Sabtu, 22 Mac 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lelaki Kelantan malas, suka lepak di warung kopi, kata Ku Li

Posted: 22 Mar 2014 02:42 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER




























Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini mengakui lelaki Kelantan malas dan menjadikan wanita atau isteri mereka sebagai "ketua" keluarga dengan bekerja mencari rezeki serta memenuhi keperluan hidup keluarga.

Bekas menteri kewangan itu berkata, daripada pemerhatiannya situasi itu membanggakan kerana melihatkan kehebatan wanita Kelantan dengan menikmati kebebasan yang merupakan sesuatu perkara yang dituntut dan diperjuangkan oleh wanita Barat.

"Kita sering dipaparkan dengan gambaran mengenai kegigihan wanita Kelantan berniaga dan bercucuk tanam sedangkan suami mereka melepak di warung, menghabiskan waktu dengan aktiviti tidak bermanfaat dan tidak menepati keutamaan.

"Kenyataan ini menghina lelaki Kelantan dan saya sebagai salah seorang yang terkait tidak suka dengannya tetapi terpaksa menerima kerana sememangnya terdapat lelaki Kelantan yang begitu sikapnya," katanya semasa merasmikan pelancaran buku Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan di Petaling Jaya hari ini.

Beliau yang juga mesra dengan panggilan Ku Li berkata, bekas menteri besar Kelantan sendiri pernah mengeluarkan kata-kata pedih menyindir lelaki Kelantan yang malas bekerja dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, senario itu lebih ketara pada waktu dahulu dan ia masih wujud di zaman sekarang walaupun sudah tidak begitu ketara.

"Malah seorang pemimpin masyarakat memberikan analogi yang cukup ekstrim dengan menyamakan lelaki Kelantan dengan 'bapa ayam' yang hanya suka berseronok dan urusan menjaga anak; mencari makan dan sebagainya dipikul oleh 'íbu ayam' semata-mata.

"Terdapat juga perspektif yang menyatakan mengenai kebanggaan wanita Kelantan yang sanggup bekerja demi menanggung suami mereka yang tidak bekerja. Sikap begini mendorong wanita Kelantan menjadi gigih, berani dan cekal," katanya.

Pada majlis itu juga, Tengku Razaleigh mengungkapkan ciri-ciri wanita Kelantan yang kebanyakan daripada mereka lemah lembut dan mempunyai rupa paras yang cantik.

Katanya, perkara itu diungkapkan bukan atas dasar syok sendiri tetapi turut diakui mereka yang bukan berasal dari Kelantan.

"Satu waktu dahulu, sering diungkapkan bahawa sesiapa sahaja yang bekerja di Kelantan akhirnya akan beristeri dengan wanita Kelantan. Kononnya, rupa paras dan sikap kewanitaan ini akan benar-benar membuatkan lelaki jatuh hati kepada mereka.

"Malah, satu waktu dahulu saya pernah mendengar anekdot mengenai 'SKMK' di kalangan orang lelaki di Kelantan. Kononya apabila orang dari luar Kelantan, apabila 'Sampai Kelantan Mesti Kahwin' dengan wanita Kelantan," katanya yang mengaitkan sebuah syarikat bas di Kelantan, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan – SKMK.

Beliau berkata di sebalik ciri-ciri positif wanita Kelantan yang disebutkan, jika perihal tersebut dijelmakan dalam keadaan tidak baik akan membawa padah.

Katanya, sifat nekad dan keberanian yang dimiliki wanita Kelantan menguatkan tekad mereka untuk "berdikari" namun ia turut menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga yang dilihat tinggi secara relatif di Kelantan.

"Kita tidak boleh alpa dan membangga diri kerana sikap dan kehebatan ini, seandainya ditunjuk atau dijelmakan dalam keadaan tidak baik akan membawa padah.

"Oleh demikian, sikap unik, hebat dan istimewa ini perlu dipupuk dan dijaga supaya ia berperanan untuk mempertahankan kesusilaan dan keharmonian sehingga mampu mengangkat perkara negatif dari melemahkan masyarakat," katanya.

10,000 banjiri himpunan mega Pakatan

Posted: 22 Mar 2014 02:39 AM PDT

MALAYSIAKINI




PHOTO GALLERY

HARI 11
KAJANG Apa yang berlaku dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang? Petikan, program yang dijalankan sereta insiden yang tidak dirancang berlaku.

11.40pm: Pengarah perhimpunan Reformasi 2.0, Tian Chua menjemput naik ke pentas dan memperkenalkan 'ikon untuk perubahan dan semangat berjuang', iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar naik ke petas diiringi dengan tepukan gemuruh hadirin, membuktikan beliau masih merupakan satu kuasa yang disegani.

Anwar hari ini juga menyalahkan BN kerana memberi taklimat kepada media asing termasuk tabloid UK Daily Mail yang menyiarkan berita yang mengaitkan beliau dengan krisis kehilangan pesawat MH370.

Berucap kepada hadirin di Stadium Kajang, Anwar berkata beliau tahu siapa yang diberi taklimat kepada Daily Mail dan media UK.

Menurutnya, apabila artikel itu disiarkan, semua blog Umno dan cybertroopers mula menyerangnya.

Anwar menamatkan ucapannya 20 minit itu, dengan berkata beliau tetap mempertahankan 'Kajang Move' kerana ia akan membuka jalan untuk Pakatan mengambil alih Putrajaya tidak kira apa yang berlaku kepadanya.

Beliau kemudian melaungkan 'Reformasi', sebelum hadirin bersurai.

11.30pm: Lim Kit Siang naik ke pentas dengan Gobind Singh Deo.

Lim berkata satu undi untuk Wan Azizah bukan sahaja undi untuk ADUN Kajang yang baru, tetapi juga undi untuk perdana menteri wanita Malaysia yang pertama.

Gobind yang mewakili bapanya Karpal Singh, memberi amaran kepada pentadbiran Najib bahawa mereka tidak boleh lagi menggunakan undang-undang zalim untuk menghukum orang lain.

11.20pm:  Tepat jam 11.22 malam, juruacara, Badrul Hisham Shaharin meminta lampu dipadamkan dan memainkan lagu Nasyid bertajuk 'Teman Sejati'.

Suasana gelap itu mengingatkan rakyat terhadap kempen 'blackout' oleh Pakatan sebagai membantah keputusan PRU13, dan diterangi dengan nyalaan lampu ribuan telefon bimbit.

Wan Azizah naik pentas dan menggesa penduduk Kajang mengundi beliau dan memberi keadilan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

11.15pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bersetuju dengan penilaian TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pemimpin BN mempunyai beratus-ratus tahun pengalaman berbanding dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Berucap kepada kira-kira 10,000 hadirin di Stadium Kajang, Lim, serta dua Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa menyeru rakyat bangkit menentang ketidakadilan kerajaan BN dan memastikan Wan Azizah menang pilihan raya kecil itu.

11pm: Anwar telah sampai dan duduk di bersama pemimpin Pakatan yang lain.

Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang.

11pm: Kira-kira satu perempat daripada 150 meja di majlis makan malam MCA kini kosong walaupun Timbalan Presiden Wee Ka Siong masih berucap.

10.30pm: Sekumpulan kira-kira 7,000 orang berada dalam stadium Kajang ketika lebih ramai pemimpin berucap di atas pentas.

Memandangkan hanya diberi masa tiga hingga lima minit tiap seorang, beberapa pemimpin Pakatan bercakap tentang keadilan, reformasi dan sabitan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, penceramah kedua belas, menggesa rakyat untuk 'mengkuburkan' Datin Paduka Chew Mei Fun dalam pilihan raya kecil Ahad ini sehingga BN hilang deposit.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar naik ke pentas bersama sasterawan negara Datuk A Samad Said yang kemudiannya mendeklamasikan puisi.

Nurul Izzah pula menggesa orang ramai supaya mengikuti jejak Pak Samad yang turun ke jalanan untuk memerangi rasuah dan amalan yang tidak adil BN.

9.45 malam: Terdapat sekurang-kurangnya 1,500 yang menghadiri majlis makan malam mega yang dianjurkan oleh MCA di Kampung Bukit Angkat.

Hadirin yang yang kebanyakannya masyarakat Cina yang pelbagai peringkat umur dihiburkan oleh artis tempatan semasa menikmati jamuan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berucap dan mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Di belakangnya di atas pentas terdapat pelbagai hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi, termasuk mesin basuh, televisyen, pembersih vakum dan periuk.

SPR jangka lebih 80% keluar mengundi esok

Posted: 22 Mar 2014 02:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan keluar mengundi esok.
  
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN itu pada pilihan raya terdahulu.
  
Bercakap dalam sidang media di Kajang hari ini, Abdul Ghani tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini melebihi 88.4 peratus yang dicatat semasa pilihan raya umum ke-13.
  
Pada masa sama beliau turut menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.
  
Rabu lepas, 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di DUN itu melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ditanya mengenai perjalanan keseluruhan pilihan raya kecil itu termasuk tempoh berkempen yang akan berakhir pukul 12 tengah malam ini, Abdul Ghani berkata SPR berpuas hati dan menyifatkan semua berjalan lancar.
  
Beliau bagaimanapun mengingatkan parti politik terlibat agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya semasa hari pengundian.
  
Antaranya larangan merayu atau meraih undi, katanya.
  
Pilihan raya kecil DUN itu diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas.
  
Esok, pengundi di DUN itu akan memilih sama ada Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan Nasional atau calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai wakil rakyat yang baharu.   
-Bernama

Khalid kekal MB Selangor, kata Dr Wan Azizah

Posted: 22 Mar 2014 02:24 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal MB Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal MB Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.


























Calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini berkata beliau tidak tahu jika pertukaran jawatan menteri besar Selangor akan berlaku selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berakhir.

Presiden PKR itu berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi kekal sebagai menteri besar di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Khalid masih lagi menteri besar. Tak, saya tidak tahu (akan berlaku pertukaran menteri besar)," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Gerakan PKR di Kajang, petang tadi.

Dr Wan Azizah menggantikan suaminya, yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR di DUN Kajang selepas Anwar terlucut kelayakan bertanding apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Anwar sebelum ini dikatakan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar sekiranya beliau menyertai pentadbiran kerajaan negeri Selangor selepas memenangi kerusi DUN Kajang.

Anwar juga penasihat ekonomi Selangor.

Dr Wan Azizah akan bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dalam pertandingan satu lawan satu esok.

Kerusi DUN Kajang sengaja dikosongkan penyandang, Lee Chin Cheh daripada PKR untuk membolehkan Anwar menyertai barisan kepimpinan negeri Selangor.

Pakar forensik tidak temui bukti mencurigakan dalam simulator juruterbang, menurut laporan

Posted: 22 Mar 2014 02:18 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Kapten Zaharie bersama simulator penerbangan yang disiasat penyiasat bagi mencari sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370. Kapten Zaharie bersama simulator penerbangan yang disiasat penyiasat bagi mencari sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370.


Ketika pencarian pesawat MH370 memasuki minggu ketiga, para pakar forensik yang memeriksa simulator penerbangan yang diambil dari kediaman juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Zaharie Ahmad Shah, tidak menjumpai sebarang bukti mencurigakan, The Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan.

Simulator itu menjadi salah satu fokus utama para penyiasat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Penyiasat curiga apabila mendapati Zaharie, 53, memadam log pada komputer yang dihubungkan dengan simulator pada 3 Februari, hampir lima minggu sebelum Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang daripada radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dilaporkan bahawa pemacu keras komputer itu dihantar kepada pakar FBI di Amerika Syarikat bagi kajian lanjut memandangkan penyiasat mengambil kemungkinan pesawat itu dirampas.

Zaharie dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, menjadi tumpuan utama siasatan selepas pihak berkuasa Malaysia berkata mereka percaya terdapat "tindakan yang disengajakan" oleh seseorang di atas pesawat yang menyebabkan ia kehilangan komunikasi dan kemudian beralih daripada laluan penerbangan yang dijadualkan.

MAS padamkan spekulasi kebakaran kerana bateri

Posted: 22 Mar 2014 02:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas berita bahawa MH370 membawa bateri lithium-ion dalam kargo mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan berlaku kebakaran semasa penerbangan, Malaysia Airlines telah mengeluarkan penjelasan berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan ringkas, MAS berkata bateri lithium-ion yang dibawa dalam pesawat MH370 pada 8 Mac adalah mematuhi syarat-syarat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di mana ia diklasifikasikan sebagai barang tidak berbahaya.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan kuantiti atau mendedahkan apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan bateri tersebut yang berada dalam pesawat itu.

Sebelum ini, apabila ditanya mengenai kandungan kargo, ketua pegawai eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya telah menafikan terdapat bahan berbahaya dalam pesawat, dengan mendakwa penerbangan ke Beijing hanya membawa beberapa tan buah manggis.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa MH370 membawa bateri lithium-ion apabila ditanya mengenai perkara itu semasa sidang akhbar semalam.

"Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya," katanya.

Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.

Ahad Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa "beberapa kali" bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.

Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa, dan bukan Malaysia Airlines sahaja.

"Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO," katanya.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo.

PKR dakwa bilik gerakan dilontar bom petrol

Posted: 22 Mar 2014 02:09 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar mendakwa bilik gerakan PKR di Taman Kajang Baru dilontar bom petrol antara jam 3 hingga ke 6 pagi tadi.

Menurutnya, satu botol dipercayai berisi minyak tanah itu dengan sumbu terbakar itu dijumpai di atas tanah di luar bilik gerakan itu oleh seorang petugas parti pagi tadi.

Dr Xavier berkata beliau percaya ia dilontar di antara jam 3 hingga ke 6 pagi kerana bilik gerakan tersebut ditutup di antara jam 2.30 sehingga jam 3 pagi tadi.

Satu laporan polis tentangnya telah dibuat, tengahari tadi, kata Dr Xavier dalam sidang medianya petang ini.

"(Tindakan) ini satu taktik menakut-nakutkan kita yang dibuat pihak lawan dan kita tidak mengalu-alukan perbuatan ini," kata Xavier.

Dalam laporan polis itu, petugas PKR Nor Azlan Mohammad berkata beliau menemui botol berisi minyak tanah itu sekitar jam 9.20 pagi tadi.

Dakwanya, kesan balingan dikesan pada satu kain rentang dan satu kerusi berhampiran juga terbalik dipercayai akibat dibaling bom itu.

Pengundi Kajang adu lokaliti dipindah secara senyap

Posted: 22 Mar 2014 02:07 AM PDT

KEADILAN DAILY


KAJANG: KEADILAN mengesahkan ada menerima aduan berhubung perpindahan pengundi di N25 Kajang secara tidak sah.

Menurut Ketua Penerangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Shuhaimi Shafie, sehingga semalam pihaknya menerima aduan daripada seorang pengundi berbangsa Cina yang dipindahkan lokalitinya dari Kajang ke Bangi.

ShuhaimiJelas Shuhaimi, pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan sebelum itu, pengundi terbabit tidak pernah mengundi di lokaliti selain Kajang.

"Apabila beliau pergi semak namanya di daftar pemilih SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) khas untuk PRK Kajang, namanya tidak ada. Tetapi apabila semak di web SPR namanya di Semenyih sedangkan dia tidak pernah ubah tempat mengundi bahkan sudah empat kali pengundi itu mengundi di Kajang," katanya, lapor Harakah Daily.

Beliau yang juga Ketua Bilik Operasi 11 KEADILAN tidak menolak akan ada lagi kes seperti itu khususnya membabitkan pengundi Cina kerana ia bukan kes terpencil.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda itu, kebiasaannya pengundi-pengundi akan mendapat slip maklumat mengundi termasuk saluran dan lokaliti mengundi.

"Jika pengundi tidak sedar mereka dipindahkan secara senyap ianya akan menyusahkan pengundi pada hari membuang undi. Kalau kita keluar mengundi jam 4 petang tiba-tiba tiada nama, sudah tentu kelam kabut dan tidak mustahil pengundi tidak jadi tunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Justeru, KEADILAN menggesa para pengundi Kajang agar membuat semakan awal di mana lokaliti mereka melalui semakan online SPR.

"Buat semakan awal, jika ada berlaku masalah ini, sila maklumkan kepada Bilik Gerakan Utama KEADILAN. Insyallah kita boleh bantu," kata Shuhaimi.

Hentikan konsert liar, pergaulan bebas – Exco Selangor

Posted: 22 Mar 2014 02:05 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menghentikan konsert liar dan program hiburan yang mempromosi pergaulan bebas, kata Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau merujuk insiden kematian 6 remaja akibat pengambilan dadah berlebihan semasa penganjuran konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Stadium Bukit Jalil 14 Mac lalu.

"Saya turut berasa kecewa apabila tragedi ini berlaku di saat kesedihan rakyat Malaysia meratapi kehilangan para penumpang dan anak kapal MAS, MH 370 sejak 8 Mac lalu

"Kedukaan saya bertambah apabila mangsa yang mati adalah dari kalangan remaja yang sepatutnya menjadi tonggak pimpinan negara di masa hadapan," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Menurut Yunus,  ada menteri kabinet yang tidak tersentuh hati dengan kerosakan moral dihadapi remaja masa kini, malah memberikan kelulusan terhadap penganjuran konsert liar tersebut.

"Masih ada lagi pihak menteri yang mempertahankan keuntungan melalui penganjuran konsert liar tersebut hasil dari kemasukan pelancong asing, walaupun remaja Malaysia tenggelam dalam budaya hedonisme hiburan melalaikan serta terjebak dengan pengambilan najis dadah dan arak," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan Persekutuan sepatutnya mencontohi usaha dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dalam melahirkan golongan belia yang berakhlak dan mempunyai jati diri.

Anwar: PM Australia bentang isu MH370 di Parlimen, Malaysia?

Posted: 22 Mar 2014 02:00 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu kehilangan pesawat MH370.

Beliau malah membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat berkenaan.

 Berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Anwar berkata, media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwa gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.

"Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.

"Di Australia, PM Tony Abbot dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia," kata Anwar di Taman Mewah, Kajang semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merujuk keengganan Parlimen membahas isu pesawat dan sesi taklimat yang hanya melibatkan Ahli Parlimen BN kelmarin.

Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar berkata, radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.

"Saya Menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)…Saya tahu radar di Utara dan Pantai Timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang," kata Anwar kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi, lapor Malaysiakini.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.

CEO MAS Pendusta, Dulu Kata Hanya Manggis, Rupanya Bawa Lithium Ion Yang Merbahaya

Posted: 21 Mar 2014 10:47 PM PDT

KELAB GREENBOC


 
Selepas mengeluarkan kenyataan Malaysia Airlines pesawat MH370 tidak mempunyai sebarang kargo bahaya dan hanya membawa beberapa tan manggis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya akhirnya mengaku pesawat itu turut membawa bateri lithium yang mudah terbakar, lapor Mail Online.

Versi online akhbar United Kingdom, Daily Mail itu berkata, pengakuan itu menimbulkan semula spekulasi kehilangannya dua minggu lalu berpunca daripada kebakaran.

Pada 17 Mac, Ahmad Jauhari pada sidang medianya berkata, pesawat MH370 itu membawa antara tiga ke empat tan manggis ke China, dengan menekankan bahawa tidak ada bahan mudah terbakar dalam pesawat itu.




Mail Online melaporkan, bateri litium pernah menyebabkan 140 kejadian di udara dalam tempoh 29 tahun lalu.

Dikelaskan sebagai 'berbahaya' oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), bateri itu biasanya digunakan dalam telefon bimbit dan komputer riba.


Ahmad Jauhari berkata, pihak berkuasa menyiasat kargo berkenaan tetapi tidak menganggap bateri itu sebagai berbahaya kerana ia dibungkus mengikut peraturan keselamatan.

"Kita membawa bateri kecil litium, ia bukan bateri besar dan ia biasanya diluluskan mengikut ICAO di bawah barangan berbahaya," lapor Mail Online yang memetik kenyataannya.

"Bateri itu sendiri tidak bahaya, tetapi mengikut syarat, ia diisytiharkan sebagai barangan berbahaya di bawah ICAO," katanya.

Ahmad Jauhari berkata, bateri litium itu diperiksa beberapa kali untuk memastikan mereka mematuhi garis panduan.

"Syarikat penerbangan selalu melakukannya, bukan saja Malaysia Airlines. Barangan itu diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan sebagai kargo, yang mengikut peraturan ICAO," katanya seperti dilaporkan Mail Online.

Pendedahan itu mengembalikan teori menyatakan Boeing 777 mungkin berdepan dengan masalah kebakaran, menyebabkan anak kapal dan penumpang tidak sedarkan diri selepas menghidu asap beracun, kata laporan Mail Online.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, bateri litium yang dibawa dalam kargo atau bagasi menjadi penyebab kepada lebih 140 kejadian antara Mac 1991 dan 17 Februari tahun ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini.

Dalam kes terpencil, pesawat musnah dalam kebakaran yang bermula daripada peralatan, walaupun ia adalah pesawat pesawat dalam kedua-dua kejadian, kata Mail Online.

Dalam satu kes, syarikat penerbangan UPS pesawat 6 terhempas dalam cubaan mendarat secara kecemasan pada September 2010 ketika perjalanan ke Dubai dari Cologne di Jerman.

Bekas Ketua Keselamatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, Billie Vincent, berkata pendedahan MH370 membawa bateri litium menegaskan semula kepercayaannya kebakaran bermula dalam kargo, memusnahkan sistem komunikasi pesawat dan kemudian memenuhi kabin dengan asap beracun,
lapor Mail Online.

Vincent berkata, keadaan itu akan mencemaskan pesawat tetapi mungkin memberi juruterbang peluang untuk mengubah laluan pesawat itu untuk pendaratan kecemasan.

Bateri litium biasa digunakan kerana ia adalah bateri boleh cas semula yang paling bertenaga, kata Mail Online.

Laporan itu berkata, bateri boleh meletus menjadi api, dan walaupun ia bukan sesuatu yang biasa terjadi, tetapi apabila ia menyala ia boleh menyebabkan kebakaran.

Bateri litium itu sangat sensitif dengan suhu tinggi dan panas boleh mendegradasikan bateri lebih cepat daripada biasa.

Jika bateri itu rosak, ada kemungkinan ia meletus menjadi api. Ia boleh mendatangkan bahaya dan keselamatan kebakaran, tidak seperti bateri dicas semula lain, ia mengandungi elektrolit mudah terbakar dan disimpan secara bertekanan,
lapor Mail Online.

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan setakat ini, pasukan mencari dari 26 negara masih belum menemui sebarang petunjuk lokasi pesawat itu.

Susulan daripada petunjuk terbaharu, pesawat dan kapal dihantar ke lautan sekitar 2,500 kilometer ke pantai bandar Perth di Australia untuk cuba mengesan objek yang ditunjukkan imej satelit yang dikatakan penyiasat mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370. -TMI


Missing jet WAS carrying highly flammable lithium batteries: CEO of Malaysian Airlines finally admits to dangerous cargo four days after DENYING it

* asked days ago, he said it was carrying 'tonnes of mangosteens'
* Lithium-ion batteries have caused 140 mid-air incidents in last 20 years
* The devices are commonly used in mobile phones and laptops
* Classed as dangerous by The International Civil Aviation Organisation
* Reignites theory that missing flight may have crashed after on-board fire
* Aviation expert said it re-affirm belief that flames started in cargo hold
* One cargo plane crashed in 2010 after attempting an emergency landing
* Safety report said battery caught fire and filled the flight deck with smoke


The admission by CEO Ahmad Jauhari comes four days after he denied the aircraft was carrying any dangerous items and nearly two weeks after the plane went missing.

He said the authorities were investigating the cargo, but did not regard the batteries as hazardous despite the law dictating they are classed as such - because they were packaged according to safety regulations.

The revelation has thrown the spotlight back on the theory that the Boeing 777 may have been overcome by a fire, rendering the crew and passengers unconscious after inhaling toxic fumes.

Lithium-ion batteries - which are used in mobile phones and laptops - have been responsible for a number of fires on planes and have even brought aircraft down in recent years.

************************************
CHANGING RESPONSES FROM CEO

What Ahmad Jauhari said four days ago:
When asked at a press conference if there was any dangerous cargo on board, he replied: 'We had a load of mangosteens headed to China.

'It was a large quantity - about three to four tonnes of mangosteens,' he said to laughter from the media.

What he said today:

'We carried some lithium-ion small batteries, they are not big batteries and they are basically approved under the ICAO (The International Civil Aviation Organisation) under dangerous goods.'

************************************

According to US-based Federal Aviation Administration, lithium-ion batteries carried in the cargo or baggage have been responsible for more than 140 incidents between March 1991 and February 17 this year, it was reported by Malaysiakini.

In rare cases, aircraft have been destroyed as a result of fires started from the devices, although they have been cargo planes in both incidents.

In one case, UPS Airlines Flight 6 crashed while attempting an emergency landing in September 2010 en route from Dubai to Cologne in Germany.

Flight MH370 disappeared from radar screens two weeks ago on March 8 after taking off from Kuala Lumpur bound for Beijing.

The second day of a new search, concentrating on a desolate area in the southern Indian Ocean, failed to locate two possible pieces of debris from the Malaysia Airlines Boeing 777.

Aircraft and ships scoured the seas around 2,500kilometres off the coast of the Australian city of Perth, for 10 hours before darkness fell. Australian officials have vowed to continue the search tomorrow.

Billie Vincent, the former head of security for the U.S. Federal Aviation Administration, said the revelation re-affirmed his belief that flames started in the cargo hold, destroying the aircraft's communication systems then filling the cabin with toxic fumes.

This, he says, would have overwhelmed the passengers but may have given the pilots a chance to divert the aircraft for an emergency landing.

He told Air Traffic Management: 'The data released thus far most likely points to a problem with hazardous materials.

'This scenario begins with the eruption of hazardous materials within the cargo hold – either improperly packaged or illegally shipped – or both.'

It is thought the missing plane climbed to 45,000ft - a move Mr Vincent believes may have resulted from the pilots not being able to see the controls properly.

Reversal: When asked four days ago if there was any hazardous cargo on aboard, Mr Jauhari said no, adding that it was carrying 'three to four tonnes of mangosteens'

Questioned: Mr Jauhari Yahya (left) and Department Civil Aviation Director General Azharuddin Abdul Rahman update the media on the progress of the investigation

Responding to a question at a press conference in Kuala Lumpur, Mr Jauhari said: 'We carried some lithium-ion small batteries, they are not big batteries and they are basically approved under the ICAO (The International Civil Aviation Organisation) under dangerous goods.

'They (lithium-ion batteries) are not dangerous goods per se, but in terms (of) they are (being) declared as dangerous goods under ICAO.'

He insisted they were checked several times to ensure they complied with the guidelines.

'Airlines do that all the time, it is not just Malaysia Airlines. These goods are being flown by many airlines as cargo anyway, (which) is based on ICAO's ruling,' he added.

When asked earlier this week if there was hazardous cargo on board, Mr Jauhari said no, adding that it was carrying 'three to four tonnes of mangosteens'.

****************************************
IF BATTERY PACKS FAIL THEY ARE PRONE TO BURSTING INTO FLAMES

Lithium-ion batteries are found in everyday items including laptops, mobile phones, iPods and other electrical products.

They are very common, because pound for pound, they are one of the most energetic rechargeable batteries available.

The batteries do have the ability to burst into flames, and while it is uncommon, when they ignite they can cause an extreme fire.

Lithium-ion batteries are very sensitive to high temperatures. Heat can cause the battery packs to degrade much faster than they normally would.

If the battery fails there is a chance the pack could burst into flames.

They can pose a danger and safety hazard since they contain, unlike other rechargeable batteries, a flammable electrolyte and are kept pressurised.

Radar also confirmed the flight later dropped to 23,000ft which, according to Mr Vincent, is a diversion altitude set by manufacturers to limit the spread of the fire.

****************************************


The United Arab Emirates' General Civil Aviation Authority blamed the crash, which killed the crew, on the batteries which it believed may have 'auto-ignited' and filled the flight deck with smoke.

The batteries have also caused problems in the cabin including a flight attendant and two passengers who were burned when they handled a mobile phone and spare battery in September 2012.

Six months earlier, a lithium battery caught fire inside one passenger's personal air purifier.

The incident prompted to the ICAO to introduce a new rule last year stating that any cargo with more than two lithium-ion batteries be packaged under hazardous goods regulations.

Malaysia Airlines has not responded to a call from MailOnline. Today the transcript of the last communication between the flight deck of the missing plane and ground control emerged.

The final 54 minutes of dialogue between Captain Zaharie Ahmad Shah, co-pilot Fariq Abdul Hamid and air traffic controllers is captured from take off until the moment Hamid uttered the last message: 'Alright, good night.'

Two minutes later the plane's transponder was disabled.

The transcript shows the moment the plane took an unexpected turn west, over north Malaysia coincided with the point at which air traffic controllers in Kuala Lumpur handed over to their Vietnamese colleagues in Ho Chi Minh City.

Former British Airways pilot Stephen Buzdygan told The Telegraph, if he was planning to steal an aeroplane, that would be the moment to choose.

He said: 'There might be a bit of dead space between the air traffic controllers … It was the only time during the flight they would maybe not have been able to be seen from the ground.'

From the first sign-in at 12.36am local time, when the plane was on the ground in Kuala Lumpur, co-pilot Hamid gave regular and routine updates, alerting air traffic controllers to the plane's location, ascent and altitude.

'The communication up until the plane went to the changeover [to Vietnam] sounds totally normal,' Mr Mr Buzdygan said. 'I've done it hundreds of times. It is perfectly normal.'

Search planes today scoured a remote patch of the Indian Ocean but came back empty-handed after a 10-hour mission looking for any sign of the missing Malaysia Airlines jet.

Australian officials pledged to continue the search for two large objects spotted by a satellite earlier this week, which had raised hopes that the two-week hunt for the Boeing 777 that disappeared March 8 with 239 people on board was nearing a breakthrough. But Australia's acting prime minister, Warren Truss, tamped down expectations.

'Something that was floating on the sea that long ago may no longer be floating - it may have slipped to the bottom,' he said.

'It's also certain that any debris or other material would have moved a significant distance over that time, potentially hundreds of kilometers.'

Aircraft and ships from China headed to the desolate southern Indian Ocean to join the new search for the Malaysia Airlines flight, which disappeared into the ether two weeks ago.

A satellite spotted two large objects in the area earlier this week, raising hopes of finding the Boeing 777 that vanished on March 8 with 239 passengers and crew on board.

Surveillance planes have been scouring the area - about 2,500 kilometres southwest of the Australian city of Perth - the size of the English Channel.

But after ten hours the second day of the search proved unsuccessful.

Australian officials pledged to continue the effort. even as they tried to tamp down expectations.

'It's about the most inaccessible spot that you could imagine on the face of the Earth, but if there is anything down there, we will find it,' Prime Minister Tony Abbott said at a news conference in Papua New Guinea.

'We owe it to the families and the friends and the loved ones of the almost 240 people on Flight MH370 to do everything we can to try to resolve what is as yet an extraordinary riddle,' he added.

Two Chinese aircraft are expected to arrive in Perth on Saturday to join the search. They will be followed by two Japanese aircraft on Sunday.

In Kuala Lumpur, where the plane took off for Beijing, Malaysian Defense Minister Hishammuddin Hussein thanked the more than two dozen countries involved in the overall search that stretches from

Kazakhstan in Central Asia to the southern Indian Ocean. He called the whole process 'a long haul'.

The search area indicated by the satellite images in the southern Indian Ocean is a four-hour round-trip flight from western Australia, leaving planes with only enough fuel to search for about two hours.

The images were taken March 16, but the search in the area did not start until Thursday because it took time to analyse them.
-Daily Mail

ULASAN GB

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah menkelaskan bateri Lithium Ion sebagai merbahaya, bagaimana MAS boleh "mengandaikan" ia tidak merbahaya walaupun dibungkus dengan macamana hebat sekalipun? Sama seperti bom, bolehkah MAS mengandaikannya tidak merbahaya walau sudah dibungkus dengan rapi?

Sesuatu yang keterlaluan apabila membuat andaian sehingga boleh mengorbankan nyawa manusia.

Itu satu hal. Yang berdusta tu apa kes? Dulu kata hanya manggis? Sekarang baru mengaku bawa barang merbahaya!

Apakah ada RAHSIA BESAR dengan percubaan untuk menyembunyikan kebenaran?

MH370: Masih belum ada bukti konklusif

Posted: 21 Mar 2014 10:44 PM PDT

MH370: Masih belum ada bukti konklusif Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (dua, kiri) bercakap pada sidang media MH370 di Pusat Media Hotel Sama Sama, Sepang, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


SEPANG – Semua aset Malaysia dihantar ke selatan Lautan Hindi belum berhasil menemui sebarang "bukti konklusif" walaupun Australia menerima imej satelit dua objek yang mungkin berkaitan dengan penerbangan MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Banyak kapal dan pesawat menuju ke arah itu, tetapi tatkala kami bercakap mengenainya ketika ini, pihak berkuasa masih belum menemui apa-apa yang konkrit," katanya kepada pemberita di Hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata semua laporan dan sebarang petunjuk perlu diteliti dengan terperinci dan konsisten bagi memastikan semua petunjuk diperakui dan disahkan.

Ditanya sama ada pihak berkuasa Malaysia berharap untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan sejawatan Australia, beliau berkata:

"Kami mendapat maklum balas secara tetap dan sentiasa memantaunya sejak sidang akhbar terakhir. Setakat ini, mereka masih belum menemui apa-apa serpihan tetapi anda perlu hargai bahawa pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang melakukan pencarian di kawasan yang luas."

Menegaskan keadaan cuaca turut memainkan peranan penting dalam operasi mencari dan menyelamat, Hishammuddin memberikan jaminan bahawa kapal P-8A Poseidon dan pesawat P3 Orion adalah antara aset paling canggih dalam operasi itu.

"Usaha ini membabitkan pelbagai negara. Saya mendapat sokongan dan doa daripada seluruh dunia, dan ini memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan SAR.

"Usaha ini melampaui sempadan bangsa, agama dan merupakan kerjasama dalam kalangan negara-negara," katanya.

Penerbangan Malaysia Airlines MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam sebelumnya.

Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama

Khalid Samad Perlekeh Program Selawat Perdana

Posted: 21 Mar 2014 10:40 PM PDT

alt
 
Bariq Ramadhan 
 
 
KAJANG  - Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad memperlekehkan program Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul memandangkan program tersebut merupakan anjuran pro Kerajaan Persekutuan.
 
Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam berkata tindakan kerajaan menganjurkan program agama tersebut bagi berselindung bahawa kononnya kerajaan tidak telus dalam pemerintahan di negara ini.
 
"Mahu berselawat kepada S.W.T memang digalakkan dan baik tetapi tidak memadai dengan hanya sekadar menyatakan kasih kepada Rasulullah.. Pada masa sama mempertahankan pemerintahan yang zalim, rasuah dan korup.
 
"Jangan guna agama untuk menipu rakyat.. berselindung disebalik agama (untuk) mempertahankan kezaliman dan rasuah. UMNO/BN tiba-tiba mahu menjadi pejuang agama?," katanya ketika berceramah di hadapan kira-kira 5,000 pengungjung Perhimpunan Reformasi 2.0 Kembalikan Keadilan, Hentikan Kezaliman, malam semalam.
 
Disamping itu, Khalid turut mempersenda kehadiran Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertelekung semasa menghadiri program agama dikhaskan untuk berselawat kepada Rasulullah S.W.T.
 
"Saya baru terima gambar melalui aplikasi Whatsapp iaitu Rosmah bertudung, bertelekung dalam program berselawat di Putrajaya," katanya dengan nada sinis.
 
 
Rakyat News
 
 
Malam semalam, program Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul berjaya menarik mencecah 500,000 kehadiran itu dianjurkan bagi menghimpunkan umat Islam, tidak kira usia, ideologi dan latar belakang.
 
Anjuran barisan generasi muda di bawah naungan Sekretariat Selawat Perdana, program ini dapat menyatukan umat Islam dari seluruh Malaysia untuk memupuk perasaan Mahabbah iaitu melalui qasidah dan zikir.
 
Acara bermula dengan alunan zikir pada jam 6.45 petang, diikuti solat maghrib berjemaah serta bacaan Al-Quran, seterusnya tazkirah agama oleh finalis program realiti TV Pencetus Ummah, diikuti solat Isyak.
 
Bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu menampilkan ikon agama terkenal, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan tausiyah pula bakal disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin.

Tiada Bendera DAP : Kurang 5 Ribu Hadir ke Himpunan Reformasi 2.0

Posted: 21 Mar 2014 10:37 PM PDT

alt
 
Alif Mustapha 


KAJANG  - Perhimpunan Reformasi 2.0 'Kembalikan Keadilan, Hentikan Kezaliman' yang berlangsung di Stadium Kajang malam tadi menerima kira-kira 5 ribu pengunjung dengan tiada kibaran bendera DAP sekalipun dihadiri pemimpin daripada parti itu.

Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dibawah kelolaan Badrul Hisham atau Che'gu Bard itu bermula seawal jam 8 malam dengan sepak mula menerusi dendangan muzik rock daripada band golongan muda.
 
alt
 
Pemimpin termasuk daripada parti PAS dan DAP mengambil bahagian dalam pentas ceramah pada minit-minit berikutnya. Antara pemimpin yang berucap bagi 'memanaskan' pentas ceramah adalah seperti Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Timbalan Presiden PKR Azmin Mohamed Ali, Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad, Ahli Parlimen Puchong (DAP) Gobind Singh, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, calon PKR pada PRK Kajang Datin Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan ucapan kemuncak oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selaras dengan tajuk himpunan iaitu, 'Kembalikan Keadilan, Hentikan Kezaliman', rata-rata penceramah mengajak rakyat bersama-sama untuk bangkit mempertahankan Anwar berikutan keputusan mahkamah yang mengenakan hukuman 5 tahun penjara kepada beliau kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Saiful Bukhari Azlan. Pimpinan parti Pakatan Rakyat (PR) ini menyifatkan institusi kehakiman telah dijadikan perkakas oleh kerajaan pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) kerana membuat keputusan yang tidak menyebelahi Anwar yang juga merupakan Ketua Umum PR.
 
Rakyat News
 
Sementara pada jam 10.30 malam, suasana padang di dalam stadium berubah menjadi gelap apabila penganjur memadamkan lampu sebagai simbolik kepada 'kegelapan rakyat' kerana pupusnya keadilan. Lantas yang demikian penganjur meminta pengunjung supaya menyalakan lampu sendiri termasuk menggunakan telefon bimbit sebagai membawa maksud 'keadilan' yang dibawa bersama rakyat bagi menerangi negara yang sudah diselubungi kegelapan.

Kira-kira jam 10.40 malam Anwar mula 'merampas' pembesar suara bagi menyudahkan acara kemuncak. Sambil diiringi laungan 'reformasi', Anwar lantang membidas kerajaan pemerintah BN yang disifatkan sebagai zalim, angkuh dan sombong.
 
alt
 
Isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 turut disentuh Anwar sambil menyifatkan kerajaan sengaja mempolitikkan status juruterbang yang juga penyokong fanatik beliau. Anwar juga 'menggelakkan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dilihat enggan berkomunikasi dengan media asing. Malah kemunculan 'Raja Bomoh' yang digelar 'Bomoh 1Malaysia' turut menjadi isi kandungan dalam ucapan Anwar sambil mendapat gelak tawa penyokong sebagai suara latar.

Selain itu BN juga dituduh sengaja menghalang dirinya daripada menjejak masuk ke dalam gelanggang perebutan kerusi di Kajang. Namun yang demikian Anwar dengan yakin memberitahu bahawa PKR akan memenangi kerusi yang dipertandingkan apabila meletakkan calon yang lebih layak iaitu isteri beliau yang juga Presiden parti Datin Dr. Wan Azizah Wan Ismail seterusnya menawan Putrajaya.

Anwar cabar Zahid letak jawatan

Posted: 21 Mar 2014 10:29 PM PDT


Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dalam sesi Dialog Anak Muda di Sunway Resort Hotel, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


KAJANG - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar meletakkan jawatannya jika masih gagal menjawab kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa radar tersebut yang dibeli kerajaan Malaysia sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan semua penerbangan yang melintasi ruang udara dan perairan negara.

"Semasa saya jadi Menteri Kewangan, Kementerian Pertahanan beli sistem radar yang canggih yang namanya Markoni.

"Sistem itu boleh baca dan lihat semua penerbangan dari perairan negara Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi, tapi tiada laporan," katanya berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut misteri penerbangan pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu lalu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China.

Mengulas lanjut, Anwar turut mempersoalkan fungsi radar tersebut dipercayai ditutup hingga gagal mengesan pesawat tersebut.

"Apa jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita?

"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta," katanya lagi.

Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia.

Dakwanya pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara.

"Ini ancaman negara kerana kecuaian, sibuk mencari wang, cari untung, hina orang fitnah orang yang dilakukan kerajaan BN," dakwanya lagi.

PR bidas tindakan SPR

Posted: 21 Mar 2014 10:27 PM PDT


Sim Tze Tzin Sim Tze Tzin


KAJANG - Pakatan Rakyat (PR) membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tindakan badan tersebut yang menurunkan lebih 200 kain rentang milik mereka yang disifatkan sebagai berat sebelah.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, alasan SPR bahawa kesemua kain rentang yang diturunkan tersebut mengandungi unsur hasutan dan provokasi kerana turut memaparkan gambar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tidak logik sama sekali.

"Alasan mereka menurunkan kain rentang tersebut kerana mengandungi unsur menghasut dan provokatif kerana turut ada wajah Anwar yang tidak lagi bertanding.

"Tapi kain rentang BN  juga selain ada wajah calon iaitu Chew Mei Fun, turut ada wajah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tapi tidak diturunkan pula,"katanya ketika sidang media, semalam.

Beliau berkata selain kain rentang yang memaparkan wajah Anwar diturunkan, beberapa kain rentang dengan slogan tertentu seperti 'You will never walk alone' turut dikenakan tindakan yang sama.

Operasi penurunan itu katanya dilakukan semalam dan sehingga kini terdapat lebih 200 kain rentang beserta 10 papan tanda diturunkan.

"SPR kena bertindak secara profesional dan kena jelaskan tindakan mereka," katanya sambil memberitahu PR telah pun membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya (PRK) Kajang, Zuraida Kamaruddin turut menyelar pihak tertentu yang bermain politik kotor dengan menampal logo parti komponen, DAP di surau dan masjid yang katanya cuba mempengaruhi pengundi Melayu untuk tidak memilih PKR.

"Tindakan ini seolah menggambarkan PR ditunggangi DAP. Mereka sengaja menyerang kawasan Melayu kerana sokongan Melayu kepada kita sudah meningkat.

Beliau dalam pada itu turut menafikan  tuduhan BN yang mengatakan tindakan itu dilakukan orang dalaman PR sendiri bagi meraih simpati pengundi, dan seolah-olah menjadi 'mangsa',

"Itu alasan lapuk mereka la, BN kalau nak kalah, sila kalah dengan cara yang terhormat," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata pihaknya sudah menasihatkan penduduk kawasan berkenaan untuk membuat laporan polis.

'Bomoh bubu jangan suka-suka nak tampar orang'

Posted: 21 Mar 2014 10:21 PM PDT


Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dalam sesi Dialog Anak Muda di Sunway Resort Hotel, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


KAJANG - "Awak bomoh bubu, baling kelapa cukup, jangan tampar orang," demikian kata-kata sinis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang sering kali mengugut untuk menampar mereka yang mempertikaikan tindakannya.

Anwar dalam nada kesal berkata, tindakan Ibrahim menggunakan bubu kononnya untuk membantu mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, sangat memalukan.

Malah katanya, ekoran perbuatan Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP itu, Malaysia tiba-tiba menjadi 'terkenal' secara tiba-tiba.

"Tindakan awak sangat memalukan. Awak tidak sepatutnya ingin menampar orang lain.

"Baru-baru ini saya dapat telefon daripada anak Sheikh  Yusuf al-Qardawi, beliau tanya apa yang Malaysia telah lakukan.

"Guna kelapa, bubu untuk cari MH370, ianya sangat memalukan, tetapi saya kata jangan tanya saya, saya tidak tahu menahu pasal bomoh ini," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.

Oleh itu, Anwar berharap agar MH370 terus berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui.

Ibrahim sebelum ini membidas tindakan Anwar yang menggunakan namanya ketika berkempen di PRK Kajang malah tidak menolak untuk memfailkan saman malu terhadap Ketua Umum PKR itu.

Terdahulu, Ibrahim mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim pada 10 Mac mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan dua batang buluh dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan dua batang buluh berkenaan sebagai teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yassin kononnya untuk mencari di manakah pesawat MH370 yang gagal dikesan.

[PANAS] MH370: Najib Didesak Letak Jawatan

Posted: 21 Mar 2014 05:33 PM PDT

KELAB GREENBOC


Syed Rosli: Najib memalukan negara, patut letak jawatan


PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya kerana beliau telah memalukan negara apabila enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar baru-baru ini.

Katanya, Najib hanya membaca teks ucapan sahaja dan selepas membacanya terus meninggalkan dewan yang menyebabkan semua wartawan tempatan dan antarabangsa kecewa dengan tindakannya itu.

Minggu lepas Najib bukannya membuat sidang akhbar sebaliknya memberi taklimat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Sejumlah 227 penumpang dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu, yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu.

"Yang menjadi persoalannya sekarang kenapa Najib tidak mahu menjawab soalan-soalan yang amat penting di sidang media tersebut sedangkan seluruh dunia mahukan penjelasan dari pemimpin tertinggi negara," kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.

Syed Rosli bertanya adakah Najib seorang yang penakut dan tidak berani untuk berhadapan wartawan di dalam negara dan luar negara yang akan menyoal beliau?

"Melihatkan pengumuman Perdana Menteri Australia Tony Abbot yang telah membuat pengumuman di Parlimen adalah sewajarnya Kerajaan Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak melakukan perkara yang sama di parlimen Malaysia,"
cadang beliau. 


Katanya lagi, di sini kita boleh lihat betapa tingginya kreditabiliti dan akauntibiliti seorang pemimpin di Australia berbanding pemimpin cap ayam di Malaysia. -FMT

Serpihan Dipercayai Dari MH370 Mungkin Telah Tenggelam

Posted: 21 Mar 2014 05:30 PM PDT

Serpihan Dipercayai Dari MH370 Mungkin Telah Tenggelam

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 4:51 PM
Sebahagian daripada pasukan Tentera Udara Diraja Australia bersedia untuk melakukan operasi carian dari pesawat Hercules C-130J di selatan Lautan Hindi, Jumaat. -foto AFP
 
Oleh: REUTERS 


SYDNEY: Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss pada Jumaat berkata imej objek yang dicerap satelit dan mencetuskan pencarian antarabangsa terhadap pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi mungkin telah tenggelam.

Imej-imej tersebut dirakam satelit pada tarikh 16 Mac.

"Sesuatu yang sudah lama terapung di permukaan laut mungkin tidak lagi boleh terapung," katanya kepada pemberita di Perth.

"Ia mungkin telah tenggelam ke dasar."

Warren berkata carian diteruskan di lautan dalam di kawasan yang terletak 2,500 km (1,500 batu) barat daya Perth.

Pesawat Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat yang menjalankan operasi SAR di sana akan disertai pesawat China dan Jepun pada hujung minggu.

Dr Wan Azizah lawan Chew Mei Fun, UMNO berzumba tepuk tangan

Posted: 21 Mar 2014 05:17 PM PDT


Oleh Izmil Amri


DAP tidak bertanding. Yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Ahad ini ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah bukan calang-calang calon dan jika mengalami kekalahan sudah pasti di mana PKR akan sorok muka dan menanggung malu dan nak lari bersembunyi?

PKR pasti berhempas pulas dan menggerakkan seluruh jenteranya demi memenangkan Dr Wan Azizah. Ini wanita yang setia dan sudah terlalu lama berkorban demi keluarga dan parti. Sudah hampir 16 tahun air mata Azizah melembutkan kerak hati rakyat Malaysia. Azizah mesti menang. Malah Azizah sebenarnya mesti menang besar.

DAP, meskipun tidak bertanding di Kajang, tetapi akan memastikan Dr Wan Azizah menang besar.
Ini semangat dan komitmen DAP kepada koalisi politik yang terbentuk masuk tahun keenam.
Tiada banyak soal, bingkas sahaja ia membuka bilik operasi dan mengatur ceramah, mencetak sepanduk dan membikin video kempen demi membantu kemenangan rakan politiknya itu.

Dr Wan Azizah akan ditentang calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun. Chew Mei Fun ini dulu sudah kalah ketika menentang Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua di kerusi Parlimen Petaling Jaya Utara. Itu saja yang saya tahu mengenai beliau. Seperti juga anda semua.

'Badan bukan kerajaan' yang terkait UMNO, akan terpaksa mengambil cuti daripada kegiatan politik ultra-Melayunya buat sementara waktu. Tidak ada cara lain. Lainlah kalau akan ada bomoh buaya yang akan boleh menghadirkan hujah bahawa Chew Mei Fun itu seorang Melayu dan bukan seorang calon Cina daripada sebuah parti politik yang 100% Cina.

Tugasan kempen BN

Kajang mempunyai komposisi pengundi majmuk dengan undi Melayu sebagai undi penentu. Itu berdasarkan perkiraan pasca 5 Mei tahun lalu bahawa majoriti undi masyarakat Cina berpihak kepada bekas ADUN Kajang daripada PKR, Lee Chin Cheh. 48% pengundi Kajang berketurunan Melayu, majoritinya orang Minang. Hampir dua pertiga daripada jumlah peratusan ini turut mengundi PKR, memberikan kemenangan dengan marjin yang agak selesa.

Tugas BN sekarang ialah untuk mendapatkan undi orang Cina. Inilah kelompok yang harus digoda dan dihasut supaya melawan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Kajang dan meletakkan seorang lagi pembangkang di DUN Selangor. Walaupun nampaknya setakat ini operasi politik yang sedemikian hampir saja mustahil.

Maka operasi politik sekunder ialah untuk memalukan Dr Wan Azizah melalui kemenangan dengan majoriti yang berkurangan, berbanding keputusan hampir setahun lalu. Ini akan dilakukan UMNO-BN dengan menggoda pengundi Melayu. Setakat yang kita ketahui berdasarkan perkiraan pasca 505, tapak sokongan yang paling kuat untuk BN oleh pengundi Melayu adalah di Daerah Mengundi Sungai Kantan. UMNO akan jenuh berusaha untuk mengekalkan undi Melayu di kawasan itu dan terpaksa gigih mendapatkan undi Melayu lain yang berada di 15 daerah mengundi lagi.

Pengundi Melayu ini semua nanti akan dihidang dengan kisah kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka akan dijamu dengan drama lubang dubur Saiful dan bagaimana Dr Wan Azizah itu hanyalah boneka dalam persembahan wayang kulitnya yang dalangnya ialah Anwar. Sebagai hidangan sampingan, jentera kempen UMNO-BN akan menjaja cerita sepupu besan Anwar yang dituduh merampas pesawat MH370 kerana kecewa dan sedih dengan hukuman penjara yang dikenakan mahkamah terhadap Anwar tempoh hari.

Ini semua akan dihidang seperti jamuan bufet di hotel lima bintang. Sepertimana selalunya UMNO-BN buat kenduri makan percuma beserta iringan karaoke dan poco-poco untuk menarik minat anak muda Melayu yang baru pulang daripada merempit dan berkhalwat di kawasan air terjun.

Kajang bukan PJU

Ini Kajang. Bukan Petaling Jaya. Kempen yang sama dilakukan sewaktu Chew Mei Fun bertanding tahun lalu, tidak laku di kawasan ini. Chew Mei Fun dulu bertanding di kawasan majoriti Cina. Undi Cina hampir sahaja solid untuk Pakatan Rakyat.

Kalau BN beri jaminan kapal terbang hilang boleh muncul seandainya mereka menang di Kajang pun belum tentu undi masyarakat Cina boleh mereka menangi.

Jadi apa mereka buat? Mereka hasilkan satu ilusi bahawa mereka benar-benar peduli dengan PRK Kajang ini. Seolah-olah kita tidak tahu bahawa mereka langsung tidak kisah Chew Mei Fun nak terbalik atau tersungkur. Tidak, mereka tidak peduli.

Yang buat mereka nampak macam peduli ialah beberapa individu di media sosial yang melakukan tweet berbayar untuk 'berkempen' bagi pihak BN, selain video di YouTube. Itu pun kalau apa yang mereka lakukan itu boleh dikira sebagai kempen.

Di sini kita lihat perbezaan cara kempen Pakatan Rakyat dan BN. Di satu pihak, rakan kongsi koalisi politik PR bingkas membantu kawannya dengan tiada sebarang imbuhan. Di satu pihak lain, harus bayar dan 'outsource' barulah kelihatan hasil.

Ini hal yang tidak akan difahami oleh pihak sebelah sana. Bagaimana mungkin kerja kempen boleh berjalan tanpa disuruh dan tanpa jenuh menanti 'duit turun'.

Namun seperti juga mereka, kita di balik sini juga jenuh memahami modus operandi kempen BN seperti 'Zumba Perdana'. Tapi tak apa, UMNO memang suka benda-benda gitu.

'Pilih Mei Fun, tak menyesal'

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Zumba Perdana yang tadi disebut itu menyebut bahawa "pengundi tidak akan menyesal jika memilih Chew, kerajaan Persekutuan akan menghulurkan segala bentuk bantuan bagi memastikan segala perancangan yang dibuat dilaksanakan sebaiknya."

Muhyiddin juga memberitahu bahawa pengundi Kajang tidak harus mengulangi kesilapan memilih calon PKR kerana "parti itu lebih mementingkan agenda pimpinan atasan" berbanding "memperjuangkan suara dan nasib orang Melayu".

Pertamanya Tan Sri, rakyat Petaling Jaya Utara sudah menyesal memilih Chew Mei Fun sebelum 2008. Sekarang Chew Mei Fun sudah tidak lagi menjadi wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara. Rakyat PJU pilih Tony Pua, dan Tony Pua masih lagi Ahli Parlimen PJU untuk dua penggal berturut-turut.

Kenapa orang Kajang mahu pilih wakil rakyat yang ditolak seluruh kawasan Parlimen PJU, saya pun tak tahu.

Kedua, kalau Mei Fun tidak menang di Kajang; adakah rakyat Kajang tidak lagi menjadi warganegara Malaysia dan tidak mendapat bantuan kerajaan? Adakah ini budaya politik balas dendam yang menjadi modus operandi BN?

Ketiga, ya memang PKR mementingkan agenda pimpinannya. Sama seperti UMNO juga mementingkan agenda pimpinannya. Agenda pimpinan PKR termaktub dalam dasar 17 Perkara yang boleh dibaca di sini. Dan ya, 17 Perkara itu tidak termasuk "memperjuangkan suara dan nasib orang Melayu" kerana PKR, DAP dan PAS sebagai parti berbilang kaum meletakkan agenda ketuanan rakyat melampaui kepentingan politik perkauman sempit.

TPM dan pihak yang sedang berkempen bagi pihak UMNO-BN perlu cuba lagi. Rakyat belum sudi membeli hujah begini. – Roketkini.com

Wartawan Ketepi Kehidupan Peribadi Demi Membawa Berita Terkini Mengenai MH370

Posted: 21 Mar 2014 05:12 PM PDT

Bilik media di Hotel Sama-Sama dipenuhi dengan wartawan tempatan dan antarabangsa. Foto RAJA FAISAL HISHAN

Oleh: LOSHANA K SHAGAR / JASTIN AHMAD TARMIZI


PESAWAT MH370 yang hilang kini memasuki hari ke-12. Seluruh penduduk dunia dan ahli keluarga kepada 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan itu berdoa bagi mendapatkan maklumat baharu yang dapat memberi penjelasan berhubung misteri kehilangannya.

Kerajaan dan agensi perisikan berusaha untuk merungkai misteri kehilangan pesawat itu dan pasukan tentera meneruskan usaha mencari dan menyelamat mereka.

Satu lagi kumpulan yang menjadi sangat sibuk sejak kehilangan pesawat adalah wartawan, sesetengah daripada mereka bekerja sepanjang masa untuk membawa berita terkini kepada orang ramai.

Ramai daripada mereka yang berkhemah di hotel, yang bertukar menjadi pusat media, di Cyberview Lodge dan Hotel Everly Putrajaya, di mana menempatkan kebanyakan keluarga penumpang.

Media membuat liputan mengenai ahli keluarga penumpang di Hotel Everly Putrajaya. Foto MOHD SAHAR MISNI

Piring satelit untuk penyiar dipasang di luar Hotel Sama-Sama bagi membolehkan media tempatan dan antarabangsa untuk membuat lintas langsung. Foto RAJA FAISAL HISHAN

Satu lagi hotel iaitu Hotel Sama-Sama yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadi tempat sidang media setiap hari oleh wakil kerajaan.

Lebih 300 kakitangan pemberita dari 99 agensi berita asing dan 43 agensi tempatan yang membuat liputan berita dari hotel ini.

Walaupun auditorium di aras bawah (LG) menjadi bilik sidang media, ruang legar turut berfungsi sebagai pusat media sementara dan dewan digunakan oleh syarikat penerbangan itu bagi menghidangkan makanan kepada wartawan dan mengadakan mesyuaratnya.

Kenderaan media diletakkan di tepi jalan, piring satelit beroperasi di ruang terbuka di seberang hotel dan wartawan penyiaran boleh dilihat membuat ulasan mengenai perkembangan berita secara langsung.

Seorang petugas media sedang membaca suratkhabar sementara menunggu perkembangan baharu di Hotel Everly Putrajaya. Foto MOHD SAHAR MISNI

Kenderaan media yang diletakkan di tepi jalan yang bersedia untuk menyiarkan berita dan perkembangan baharu. Foto RAJA FAISAL HISHAN
 
Wartawan penyiaran termasuk muka-muka yang dikenali seperti Jim Clancy dari CCN dan James Chau dari CCTV.

Beberapa pemberita mengambil peluang untuk tidur di sudut yang lebih senyap kerana kelihatan berada di sini sepanjang hari.

Wartawan Australia, Justin Hale merupakan salah seorang yang paling awal di kalangan pengamal media asing tiba di Malaysia.

"Saya tidak tidur selama tiga hari pertama, terlalu banyak perkara yang berlaku," kata wartawan Channel 7 itu yang mempunyai pengalaman kira-kira 12 tahun.

James Chau dari CCTV merupakan antara wartawan yang dikenali membuat liputan mengenai kehilangan pesawat MH370.

Seorang wartawan penyiaran sedang membuat lintas langsung dengan membaca teleprompter di Hotel Sama-Sama. Foto RAJA FAISAL HISHAN

Beliau tinggal di hotel berkenaan dan rutin hariannya termasuk bangun awal untuk menonton berita di televisyen, menikmati sarapan dengan segera sebelum berjalan ke lapangan terbang untuk mendapatkan semua akhbar yang berbeza.

Selepas membacanya, beliau akan bercakap dengan rakan-rakan wartawan di bilik menunggu media.

"Kadang-kadang wartawan begitu teruja untuk mendapatkan bahan berita sedangkan mereka lupa ia sebenarnya mengenai orang lain.

"Saya tidak boleh bayangkan sekiranya perkara ini berlaku kepada bapa saya, abang saya atau sesiapa sahaja yang rapat dengan saya.

Petugas media sedang membuat persiapan untuk peralatan rakaman bagi sesi siaran langsung. Foto RAJA FAISAL HISHAN

"Saya akui apabila saya melihat Wall of Hope di KLIA dengan mesej untuk penumpang penerbangan itu, saya berasa amat sedih," kata Hale, yang melaporkan mengenai pengeboman Bali di Indonesia pada 2002.

"Apabila anda menulis berita, anda lupa tentang menjadi selesa. Anda tidak mampu untuk kehilangan apa-apa maklumat penting," katanya.

Walaupun terdapat kritikan dari pelbagai pihak dalam cara pihak berkuasa tempatan mengendalikan keadaan itu, Hale mempunyai pandangan yang berbeza.

"Saya rasa kerajaan telah melakukannya dengan baik. Orang ramai sering mempunyai persepsi bahawa Kerajaan merupakan seorang yang dapat melihat segala-galanya. Bukan cara itu," katanya.

Hale berkata, beliau memahami kerajaan terpaksa berhati-hati, kerana pengumuman yang salah boleh membawa masalah besar.

Wartawan penyiaran CNN, Jim Clancy sedang membuat lintas langsung di Hotel Sama-Sama. Foto AZMAN GHANI
 
Wartawan The Star Nadirah H. Rodzi yang berada di situ bagi membuat liputan berita sejak hari pertama, yang baharu sahaja menjadi ibu dan masih menyusukan anaknya yang baru lahir.

Beliau berada di sini pada pukul 7 pagi dan pulang selepas pukul 11 malam setiap hari.

Seorang wartawan dengan perkhidmatan berita tempatan, yang hanya mahu dikenali sebagai Farah berkata, Cyberview Lodge menyediakan Wifi percuma, bilik persidangan dan air minuman untuk wartawan.

Wartawan penyiaran dari RTM, Shadila Abdul Malek berkata, pasukannya bekerja mengukit syif untuk membuat liputan berita mengenai MH370.

"Saya tinggal di Subang, jadi saya perlu keluar rumah pukul 4 pagi dan sampai ke sini pada pukul 6 pagi untuk memulakan persiapan untuk ' makanan cross' hidup kita setiap pagi , 7 pagi ," kata Shadila , yang kadang-kadang hanya mendapat rumah pada kira-kira 11 malam.

Beliau membuat liputan berita MH370 sejak Selasa lalu, dan berkata ia memerlukan komitmen 100% terhadap kerja.

Pembantu jurutera RTM, Mohammad Adzim Ab Hamid sedang melayari Internet ketika berehat di sebuah khemah di luar Hotel Sama-Sama. Foto AZMAN GHANI
 
Wartawan Cina Yan Hao , yang bekerja untuk yakhbar harian yang berpangkalan di Shanghai, Oriental Morning Post, tinggal di Cyberview Lodge sejak beberapa hari lalu dan bergerak ke Hotel Sama-Sama untuk menghadiri sidang media setiap hari.

"Ia menjadi minggu yang sibuk," katanya sambil menambah bahawa beberapa media Cina yang lain akan menghabiskan masa berjalan di sekitar lapangan terbang sementara menunggu.

Mengenai kesukaran yang dihadapinya dalam melaporkan berita, Yan berkata, terdapat halangan dari segi bahasa.

"Adalah sukar untuk akhbar asing semasa sidang media kerana kadang-kadang soalan itu ditanyakan dalam Bahasa Melayu," katanya , sambil menambah bahawa ia akan menjadi lebih baik sekiranya penterjemah Cina disediakan.

Kira-kira 140 bilik disediakan untuk keluarga penumpang dan pasukan yang memberi perhatian terhadap mereka.

Pada beberapa hari pertama ketibaan keluarga penumpang pesawat MH370, kenderaan penyiaran dengan piring satelit merupakan pemandangan biasa. Walau bagaimanapun, liputan lintas langsung semakin berkurangan apabila tidak banyak perkembangan baharu.

Semakin lama, semakin ramai ahli keluargadilihat bersedia untuk bercakap dengan media, berkongsi cerita dan harapan mereka untuk orang yang tersayang yang menaiki pesawat itu.

Polis bantuan dan anggota pertahanan awam mula beramah mesra dengan wartawan.

Makan tengah hari dan minuman turut disediakan untuk media sejak beberapa hari lalu oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

MH370: Pencarian Pada Jumaat Berakhir Tanpa 'Apa-Apa Dapat Dikesan'

Posted: 21 Mar 2014 04:47 PM PDT

MSTAR ONLINE


 


PERTH: Pesawat pengesan menamatkan hari kedua pencarian di Lautan HIndi tanpa hasil apabila tiada serpihan atau bangkai yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 ditemui.

Pesawat tentera Australia dan Amerika Syarikat yang biasanya digunakan untuk operasi laut dalam menyeberang kawasan carian terpencil di 2,500 km barat daya Perth bagi mencari dua objek terapung yang dirakamkan satelit beberapa hari sebelum ini.

Walaupun imej itu nampak kurang jelas untuk ia disahkan sebagai serpihan dari penerbangan MH370, pegawai Australia dan Malaysia berkata ia adalah petunjuk paling boleh dipercayai untuk meneruskan usaha mencari pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Kesimpulannya, pencarian pada Jumaat adalah 'tiada apa-apa yang dikesan', Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata dalam satu kenyataan.

Pesawat terbang rendah di bawah awan dan tidak bergantung kepada radar, selepas cuaca buruk hari sebelumnya menghalang carian.

Jarak dari pantai barat Australia membolehkan pesawat membuat carian kira-kira dua jam sebelum kembali ke Perth dengan bahan api yang cukup.

Kawasan Carian Lebih Hampir Dengan Antartika Berbanding Australia - Wartawan ABC News

Posted: 21 Mar 2014 04:42 PM PDT


MSTAR ONLINE




Gambar fail pesawat Poseidon P-8A. -foto EPA

 
 
PETALING JAYA: Ekoran laporan terkini Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia bahawa dua objek telah dikesan di selatan Lautan Hindi yang satu daripadanya dianggarkan bersaiz 24 meter, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.

Wartawan ABC News, David Wright secara eksklusif dibenarkan mengikuti penerbangan pertama di kawasan carian dan beliau menyifatkan zon dengan keluasan 6,598 kilometer persegi itu lebih dekat dengan Antartika berbanding Australia.

"Anak kapal yang menjalankan usaha carian berteknologi tinggi ini menjelajah ke 4,100 batu persegi laut terbuka yang lebih hampir dengan Antartika berbanding Australia..." David menulis di Twitter mengenai pengalamannya.

"Malangnya perjalanan 9 jam kami di atas kapal P8, termasuk 3 jam pencarian intensif TIDAK menemui sebarang bukti serpihan."

David yang kecewa dengan pencarian itu tidak dapat membuat banyak laporan, secara kesimpulannya.

"Tiada apa-apa hasil hari ini - kecuali kapal pengangkut dan 2 kumpulan ikan lumba-lumba. Mereka akan keluar semula esok. Bersemangat untuk memberikan jawapan kepada keluarga yang terlibat."

Pencarian pesawat hilang memasuki hari ke-13 dengan usaha diarahkan semula ke lokasi yang terletak lebih kurang 2,500 kilometer di barat daya Perth selepas Australia mengumumkan bahawa dua objek telah dikesan.

Walaupun mendapat perkembangan terbaharu itu, pegawai penyiasat menekankan bahawa adalah sukar untuk menemui objek itu di Lautan Hindi yang luas dan ia mungkin tidak berkaitan dengan MH370.

Tiada ulasan: