Jumaat, 21 Mac 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Keluarga penumpang China MH370 ‘lepas geram’ pada wakil Malaysia di Beijing

Posted: 21 Mar 2014 02:11 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Dalam perjumpaan di Beijing bersama pegawai kerajaan Malaysia keluarga penumpang pesawat MH370 dari China melepaskan kemarahan mereka dengan menengking wakil kumpulan politik dan pegawai kanan tentera apabila mereka bangun untuk memperkenalkan diri. – Gambar Reuters, 21 Mac, 2014.Dalam perjumpaan di Beijing bersama pegawai kerajaan Malaysia keluarga penumpang pesawat MH370 dari China melepaskan kemarahan mereka dengan menengking wakil kumpulan politik dan pegawai kanan tentera apabila mereka bangun untuk memperkenalkan diri. – Gambar Reuters



Keluarga penumpang pesawat MH370 dari China melepaskan kemarahan mereka hari ini dalam pertemuan pertama di Beijing bersama pegawai kerajaan Malaysia selepas dua minggu pesawat itu dilapor hilang, lapor agensi berita AFP.

Acara itu terus dimulakan dengan ahli keluarga yang marah dan menengking wakil kumpulan politik dan pegawai kanan tentera apabila mereka bangun untuk memperkenalkan diri.

"Kamu membuang terlalu banyak masa," jerit salah seorang waris keluarga seperti dilapor AFP.

153 warga China merupakan penumpang dalam pesawat MH370 yang merupakan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan penumpang.

Perjumpaan itu diadakan di sebuah hotel di mana ahli keluarga ditempatkan bagi mendengar perkembangan semasa.

Semalam, Australia menunjukkan gambar yang berkemungkinan serpihan pesawat di selatan Lautan Hindi namun pihak berkuasa Malaysia masih belum mengesahkannya.

Delegasi Malaysia tiba di Beijing malam semalam selepas berulang kali permintaan dibuat ahli keluarga untuk mempertikai kerja mencari dan menyelamat yang yang dilakukan Malaysia.

Perbincangan harian sebelum ini di hotel bersama wakil Malaysia Airlines dan ahli keluarga mengundang kekecewaan kerana tidak banyak jawapan yang dapat diberikan.

Ahli keluarga mengugut mogok lapar dan berdemonstrasi sejak beberapa hari lalu.

AFP juga difahamkan wujudnya percubaan menubuhkan kumpulan bagi terus memberi tekanan kepada Putrajaya.

Pegawai polis beruniform mengawasi wartawan asing di luar bilik perbincangan sebelum rundingan selama tiga jam itu dimulakan sementara organisasi media China kekal berada di dalam.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada Rabu pasukan tingkat tinggi akan memberi penerangan dan kemaskini kepada waris penumpang berhubung perkembangan terkini serta kerja mencari dan menyelamat.

Pasukan tersebut terdiri daripada wakil pejabat perdana menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.

Awal minggu ini ahli keluarga penumpang pesawat itu berang dan menuduh Putrajaya menyembunyikan maklumat dan mengelirukan orang ramai tentang kerja mencari dan menyelamat.

Konsert, budaya hedonisme dan perlecehan jati diri

Posted: 21 Mar 2014 02:07 AM PDT

DR RIDUAN MOHAMAD NOR


Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an.

Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an, sehinggalah beberapa kali pesta pora Woodstock ini berlangsung. Irama Rock mula mengambil tempat dalam hati anak-anak muda Eropah akibat bantahan mereka kepada Perang Amerika di Vietnam. Penjajahan kuasa kapitalisme dunia, Amerika Syarikat menimbulkan bantahan awam dan protes bersemarak dalam pelbagai bentuk termasuk genre muzik. Jalur ideologi sosialis dengan pakaian budaya Bohemian sedang melanda anak muda, bahkan yang sedang menggalang gelaran mahasiswa sekalipun. Lagu-lagu rock, juga Raggae yang bertemakan kedamaian, anti perang, anti kerajaan, juga satira politik mula menjadi siulan anak muda.

Kumpulan rock seperti the WHO, Santana, Deep Purple, Eagles, Led Zeppelin, pemain gitar tersohor Jimmy Hendrix mula menjadi menjadi hero barisan hadapan dunia anak muda ranggi menyuarakan aspirasi protes dan juga berekspresi sebagai generasi baru yang mula meninggalkan cara berfikir orang lama. Begitu juga dengan irama Raggae yang menonjolkan Bob Marley dengan lagu -lagu protes yang lebih merakyat.
 
Kehadiran musik genre Rock, raggae dan blues ini bukan sekadar lagu namun mengheret kepada cara hidup Bohemian yang bebas dan akhirnya juga akrab dengan dadah dan kehidupan bebas tak bertunjang agama. Konsert Woodstock, seolah ijtimak antarabangsa menghimpun pencandu muzik adalah gambaran kebejatan jiwa anak muda. Penggunaan dadah, pergaduhan sehingga membawa kematian kepada peserta-peserta konsert, akhirnya menimbul perdebatan kepada masyarakat rasional bahawa budaya konsert ini tidak memberikan manfaat kepada pembinaan generasi anak muda.

Konsert-konsert genre rock terus menggegarkan belahan dunia Eropah di Madison Square, Berlin, Praque, Rock Palace, Lolapalooza dan pelbagai lagi medan anak muda dipanah sihir untuk berhimpun seterusnya mewabakkan penagihan dadah dan seks bebas di Barat. Lebih jauh, dengan munculnya Black Metal dan Thrash Metal, budaya konsert semakin liar, bahkan dengan lirik-lirik lagu yang memuja dunia mistik, dengan ritual yang sesat.

Malangnya, kebejatan budaya konsert ini juga menular ke negara- negara umat Islam seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya sehingga membius anak muda dengan pelbagai penyakit sosial yang lain pula. Di tanah air kita, sekitar pertengahan dekad 1980-an fenomena konsert Rock mula menggila dengan konsert 'Battle Of The Bands', munculnya kumpulan-kumpulan Rock seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tak sedikit pula era itu Pemuda PAS turun membantah dan akhirnya beberapa negeri seperti Terengganu terpaksa akur dengan bantahan tegas daripada Pemuda PAS yang menentang budaya hedonisme yang melunturkan jati diri muslim anak muda. Walaupun tindakan itu tidak popular pada mata pengundi dan masyarakat liberal pragmatis, namun itulah sumbangan untuk menyelamatkan akhlak generasi muda negara ini.

Konsert-konsert artis antarabangsa juga dibantah dengan serius oleh Pemuda PAS, seperti konsert Scorpions dan Metallica, sehingga penganjur antarabangsa mengambil jalan selamat dengan mengadakan konsert rock antarabanga di Pulau Sentosa Singapura. Fenomena konsert liar juga terjadi di negara Indonesia sehingga membawa kepada kematian pengunjung, bahkan kejadian membakar stadium seperti yang berlaku dalam konsert Metallica beberapa tahun lepas di Jakarta.

Kini, bahana konsert bukan sahaja menutaskan budaya pergaulan bebas yang memualkan , malah dengan kemunculan konsert muzik techno yang mesra pil dadah serta seks rambang makin menyebabkan anak muda terpelanting jauh daripada adab dan norma beragama. Tiada untungnya budaya konsert ini jika dihujjahkan oleh pak menteri untuk menumpuk wang pada kantung negara. Akhlak, budaya, juga paling penting agama jauh, lebih berharga untuk kita bandingkan dengan nilai wang.

Kerajaan dan masyarakat sivil negara ini wajib menghalang budaya konsert yang meratah jatidiri anak muda, negara ini sudah terlalu tenat dengan pelbagai penyakit sosial. Peningkatan kes jenayah, penyalahgunaan najis dadah, kelahiran anak luar nikah, mewabak 'sensate culture' dan pelbagai sampah sosial juga adalah manifestasi gagal urus negara oleh regim negara ini. Kita menuai apa yang kita tanam, generasi Rabbani tidak lahir daripada nuansa budaya yang bobrok, maka hentikan segera kegilaan ini.

(*)  Penulis ialah Setiausaha Lujnah Dakwah PAS Pusat)

Pakatan ada cara kurangkan tarif elektrik - Husam

Posted: 21 Mar 2014 02:05 AM PDT

SALMIYAH HARUN 


KAJANG: Pakatan Rakyat mempunyai jalan penyelesaian bagaimana hendak mengurangkan tarif elektrik sekiranya mereka berjaya mentadbir negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata sesebuah kerajaan itu mampu berfikir sekiranya mereka meletakkan keutamaan untuk menjaga kepentingan rakyat.

Bercakap di hadapan lebih 500 pengundi Kajang semalam, Husam berkata, kerajaan boleh mendapat sumber arang batu paling dekat iaitu di Sumatera Selatan yang mempunyai rizab 48 peratus dari seluruh Indonesia.

"Tenaga yang kita hendak janakan ini daripada arang batu. Sumatera Selatan hanya sebelah Selat Melaka sahaja.

"Kalau kita bina janakuasa ini di Sumatera Selatan dengan transmition cable di mana dalam ekonomi bawa arang batu lebih mahal daripada bawa elektrik," katanya.

Tambahnya, arang batu yang diperoleh dengan harga murah itu mempunyai kalori yang tinggi iaitu 6,500 kalori.

"Kita boleh jual yang tinggi, kita guna yang lebih rendah kita akan jimat kos," katanya.

Dengan penyelesaian ini, jelasnya harga elektrik akan lebih murah dan kerajaan boleh kekalkan harga itu untuk seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kenapa kerajaan BN tidak buat macam ini kerana mereka ada kepentingan-kepentingan lain.

"Jadi kalau dalam elektrik sahaja kita boleh fikir penyelesaiannya seluruh masalah-masalah lain dan ekonomi dalam negara kita boleh selesaikan," katanya.

Hari ini rakyat Malaysia membayar tarif elektrik yang lebih tinggi ekoran tindakan kerajaan Umno BN menganugerahkan projek janakuasa arang batu kepada 1MDB walaupun ada saingan yang menawarkan harga lebih murah.

1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.

Rakyat akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.

Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.

DAP saran UMNO-BN cermin dulu diri sendiri sebelum fitnah Kak Wan

Posted: 21 Mar 2014 01:57 AM PDT


_DSC7028

KAJANG: UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan mencermin dulu diri sendiri sebelum dengan membuta tuli memfitnah calon Pakatan Rakyat (PR) DUN Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto.

"Saya sangat marah dan kesal dengan beberapa pemimpin UMNO termasuk Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang melabelkan Kak Wan (Dr Wan Azizah) dengan pelbagai perkara, antaranya sebagai boneka.

"Mereka juga mempersoalkan kemampuan Kak Wan jika dilantik sebagai ADUN. Hari ini saya mahu nyatakan, kamu (BN) jangan buli wanita.

"Sebelum fitnah dan serang Kak Wan tanya dulu diri sendiri apa yang telah kamu lakukan selama lebih 50 tahun memerintah negara ini?

"Inilah budaya mereka, kalau tak buli, tipu orang, rompak, curi dan fitnah, itu bukan BN," tegasnya ketika berceramah di Taman Damai Mewah, Kajang, semalam.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Dr Wan Azizah adalah calon terbaik untuk memimpin Selangor kerana imejnya yang bersih dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk seperti mana menjadi amalan pemimpin UMNO-BN.

"Saya boleh beri jaminan kepada penduduk Kajang, Kak Wan adalah individu terbaik kerana beliau tidak mengamalkan rasuah, tidak curi duit dan tipu rakyat," ujarnya.

Pada masa sama, Kasthuri berbesarkan hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Wan Azizah kerana banyak membantu berkempen pada PRU ke-13 lalu sehingga membolehkan beliau menang sebagai Ahli Parlimen.

"Di kawasan saya, Batu Kawan, ada tiga DUN. Masa PRU-13 lalu, Kak Wan datang tolong saya di Bukit Tengah.

"Hasil pertolongan Kak Wan saya menang dengan majoriti lebih 25,000. Hari ini saya datang dari Pulau Pinang ke Kajang untuk membalas budi dan berkempen supaya Kak Wan pula memperoleh kemenangan, seterusnya menjadi ADUN di sini.

"Saya berharap semua penduduk Kajang membuat pilihan tepat dengan memberi undi kepada Kak Wan, Ahad ini kerana kita bukan sekadar mahukan kemenangan tetapi menghantar mesej kuat dan keras kepada BN bahawa kamu sudah ditolak sepenuhnya," katanya. -Roketkini.com

Wan Junaidi dianggap Timbalan Menteri UMNO-BN paling tidak cerdik – Gobind Singh Deo

Posted: 21 Mar 2014 01:54 AM PDT


_DSC6905


KAJANG,: Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo sekali lagi mengecam keras kenyataan kurang cerdik Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendakwa orang bukan Melayu menerima rogol bawah umur.

"Kes rogol bawah umur dan kanak-kanak merupakan isu yang diambil berat semua rakyat tanpa mengira warna kulit menolak perbuatan keji itu sepenuhnya.
"Macam mana perkara ini pun Wan Junaidi tidak tahu? Adakah beliau kurang pandai? Saya tak mahu cakap bodoh, nanti kena tangkap.

"Tapi saya kira, beliau ini memang layak digelar Timbalan Menteri paling bodoh dalam negara ini.
Semua orang tahu bahawa UMNO memiliki ramai pimpinan sedemikian," katanya disambut sorakan 1,000 rakyat ketika menyampaikan berceramah di Taman Damai Mewah, Kajang, semalam.

Ketua Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan itu turut menyelar kelakuan pemimpin MCA yang hanya berani di belakang tapi diam membisu untuk menegaskan dakwaan Wan Junaidi adalah salah sama sekali.

"Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chua kata Wan Junaidi tidak betul, beliau mesti memperbetulkannya.

"Tapi kemudian Ka Chua menyatakan, Wan Junaidi tidak perlu minta maaf dan tarik balik. Saya tertanya-tanya, apa ini? Salah tapi tak perlu memohon maaf?," soalnya.

Beliau juga membidas Ahli Parlimen BN Labis, Chua Tee Yong yang turut tidak berani mendesak Wan Junaidi membuat permohonan maaf di Parlimen.

"Di Parlimen, saya bertanya kepada anak Soi Lek (Tee Yong), mengapa tidak berani menggesa Timbalan Menteri itu memohon maaf?. Tidak ada jawapan.

"Kamu pergi ke Kajang dan mengatakan kepada penduduk bahawa MCA kini sudah berubah, jangan risau kami akan menjaga kepentingan masyarakat Cina. Tapi mengapa kamu tidak berkeupayaan meminta Menteri UMNO supaya memohon maaf? Tidak ada jawapan.

"Jadi adakah masyarakat mahu memilih MCA, sebuah parti yang hanya membisu dan tidak berani bersuara memperjuangkan kepentingan rakyat?," tegasnya.

Pada masa sama, beliau memohon pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang agar memberi sokongan padu kepada calon PR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, Dr Wan Azizah adalah contoh pemimpin terbaik di negara ini yang mana merupakan individu terawal terbabit dalam arus perjuangan PR dan membinanya menjadi keluarga besar untuk merealisasikan agenda perubahan. -Roketkini.com

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Ini Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi!!

Posted: 21 Mar 2014 01:50 AM PDT

 


terkini pesawat mh370


Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang. Ini Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi : Satu nama yang cukup popular disebalik tragedi MH370 selain daripada seorang lagi kapten terkemuka (SEPERTI BELIAU)

Sekali lagi Kapten Nik Huzlan menjadi watak penting memberikan penerangan yang mudah kepada seluruh rakyat Malaysia untuk difahami disebalik apa yang dikatakan penemuan "luar biasa" pasukan Australia mencari pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS melalui kaca beliau sebagai orang yang cukup berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penerbangan.

Dan Datuk Kapten Nik Huzlan telah pun dipanggil sekali lagi ke TV3 untuk ditemuramah pemberita sebentar tadi tentang penilaian & keyakinan Datuk Kapten Nik Huzlan yang mana berita MH370 terkini pesawat MH370 Hilang melibatkan penemuan 2 objek yang dijumpai di kawasan perairan berdekatan Perth Australia di selatan Lautan Hindi adalah sebahagian daripada rangka pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS.

Apa kata Datuk Kapten Nik Huzlan?
"Inilah dia"
Berita Semasa ingin tegaskan di sini, ini adalah pendapat peribadi Datuk Kapten Nik Huzlan semata. Mungkin ada benarnya, mungkin tidak. Antara beberapa aspek yang diperhalusi Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai pengumuman Perdana Menteri Australia sebentar tadi (BREAKING NEWS DISINI), terdapat beberapa "point" yang cukup menarik yang boleh dikongsikan bersama di sini. Antaranya ialah :

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Analisa Kapten Huzlan VS Pengumuman Tony Abbot

  1. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan cukup berkeyakinan di hadapan ahli parlimen Australia
  2. Tidak cukup lagi, disertakan pengumuman Pihak BerkuasaKeselamatan Australia (AMSA) menunjukkan bukti yang cukup spesifik termasuklah peta, koordinat dan dimensi panjang objek.
  3. Malahan, pengumuman dan penemuan kali ini lebih jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan terpinga-pinga & kelu seribu kata untuk bertanya lebih lanjut kerana semua persoalan yang biasa berbangkit telah pun dijelaskan terlebih dahulu
  4. Berdasarkan rekod, negara Australia terkenal dengan profesionalismnya. Australia yang dikenali dunia kerana memiliki pakar-pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka ini, sama sekali tidak akan memaklumkan kepada Perdana menteri Australia mereka sekiranya bukti yang dimiliki belum benar-benar kukuh.
  5. Penilaian Datuk Kapten Nik Huzlan diperkuatkan lagi dengan rekod akauntabiliti & kredibilit pasukan SAR AUSTRALIA amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan"
  6. Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesan seperti P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.
pesawat mh370

 

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Lagi Perkongsian Kapten Nik Huzlan

Pemberita TV3 juga sempat bertanya persoalan berkisah tentang apakah sebenarnya objek pada bahagian pesawat tersebut? Ini antara jawapan Kapten Nik Huzlan :
  • Dimensi objek 24 Meter.
  • Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat (Pengimbang pesawat)
  • Ini berikutan imej berbentuk persegi
  • Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan
  • Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat
  • Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.
Walaubagaimanapun merujuk kepada perkembangan berita MH370 terkini pesawat MH370 hilang berdasarkan penemuan 2 objek di selatan Lautan Hindi, Kapten Nik Huzlan sekali lagi menegaskan ia adalah merupakan permulaan yang baik bagi operasi SAR mencari pesawat MH370 hilang yang menjadi misteri selama ini.

Dan penemuan terbaru ini, Kapten Nik Huzlan simpulkan sebagai "BAB 1 – Penemuan". Menurut Kapten Nik Huzlan lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat MH370 hilang, kos dan siasatan tragedi MH370.

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan juruterbang luar

Posted: 21 Mar 2014 01:45 AM PDT



HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sabotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie, tulis blogger Anak Sungai Derhaka.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

MH370: Parlimen Australia memalukan Malaysia

Posted: 21 Mar 2014 01:42 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) membidas sikap anggota parlimen BN yang didakwa gagal memahami konsep pengasingan kuasa (separation of powers), sehingga enggan membahaskan isu kehilangan pesawat MH370 di parlimen.

Berucap ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata keengganan itu bukan sahaja menyedihkan tetapi telah memalukan Malaysia di mata dunia.

Kamarudin yang juga AJK PAS Pusat berkata konsep separation of powers dalam negara kita tidak mutlak seperti yang ada dalam Sistem Presiden AS, Indonesia dan Filipina.

"Dalam sistem kita yang agung adalah Parlimen. Sebab itu (parlimen) kita boleh bahas titah Yang di-Pertuan Agong. (Semasa) pembukaan (sidang) dewan hakim-hakim pun datang duduk dengan kita.

"Ini bermakna kita ada hak bahas hal Agong hal hakim mengikut peraturan mesyuarat. Tapi salah faham di kalangan ahli parlimen BN dan Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (BNBBC) yang kata ini separation of power tak boleh sentuh hal hakim, tak boleh bincang MH370.

"Ini satu pemikiran mundur dan merugikan ahli parlimen dan tidak membuka peluang untuk mengambil bahagian dan menyelesaikan bersama isu MH370," kata beliau.

Malaysia kata Kamarudin lagi, patut malu dengan Parlimen Australia, di mana Perdana Menteri Tony Abbott sendiri membuat makluman dari masa ke masa di Dewan Parlimen di Canberra berhubung isu MH370 ini.

Sedangkan katanya, yang telibat dalam insiden ini bukan pesawat dari syarikat penerbangan negara itu, tetapi mereka jauh lebih terkehadapan.

"Kita amat tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang enggan untuk membahaskan isu ini dalam dewan yang mulia ini.

"Apa yang berlaku di parlimen Australia ketika ini amat memalukan kita bahawa insiden ini bukan melibatkan airline Australia tetapi mereka bawa isu ini ke parlimen mereka," jelasnya.

PKR selar tindakan simbah cat poster calon BN

Posted: 21 Mar 2014 01:37 AM PDT

SALMIYAH HARUN 


KAJANG: PKR menyelar perbuatan khianat pihak tertentu yang menyimbah cat merah di billboard calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun.

Billboard calon BN itu yang terletak di hadapan bangunan pusat membeli belah Tesco Extra Saujana Impian telah disimbah cat merah selepas jam 3.00 pagi tadi.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika melalui kawasan itu kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

"Saya dapat makluman sehingga jam 3.00 pagi belum ada cat di situ dan waktu itu juga ada sekatan jalan raya oleh polis.

"Tiba-tiba pagi ini calon kita maklumkan ada cat merah di calon BN,"katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, PKR sentiasa mengingatkan para petugas mereka agar mempunyai disiplin yang tinggi dan tidak melakukan politik kotor semasa berkempen.

Sementara itu, Ketua Bilik Operasi 11 Suhaimi Shafie mengerahkan jentera parti mengawasi penyebaran bahan-bahan fitnah dan propaganda oleh pihak lawan di masjid-masjid sekitar Kajang.

Katanya, tempoh baki berkempan yang tinggal sehari lagi pelbagai serangan yang akan dibuat oleh pihak lawan untuk meraih undi mereka.

"Semalam kita masih jumpa bahan kempen yang mencerca dan merendahkan calon kita. Kita tidak kempen macam itu.

"Kita akan pastikan ada petugas-petugas kita di masjid-masjid dan bersedia merampas risalah propaganda," katanya.

Dua objek gagal di kesan di Lautan Hindi - Tentera Udara Australia

Posted: 21 Mar 2014 01:32 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Cuaca buruk menyebabkan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berdepan masalah mengesan objek yang dicerap satelit di selatan Lautan Hindi, yang boleh dikaitkan dengan pesawat Malaysia yang hilang, demikian menurut Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA). 
 
Dalam tweetnya, AMSA menyatakan kepulan awan dan hujan mengehadkan jarak penglihatan anak kapal pesawat P-3 Orion RAAF dalam usaha mencari objek itu yang dicerap oleh satelit kira-kira 2,500km dari barat daya bandar raya Perth di Australia.
 
Pada Khamis, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata imej satelit itu mencerap dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.
 
Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 239 orang, berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas dan hilang sejak itu, yang kini masuk hari ke-13.
 
Pesawat itu dicari di Laut China Selatan namun kawasan pencarian diperluaskan dengan merangkumi sebahagian besar kawasan barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu dipercayai melencong daripada laluan asal penerbangannya setelah seseorang secara sengaja mematikan sistem komunikasi pesawat, dan pesawat itu terbang untuk beberapa jam selepas itu.
 
Pencarian kini ditumpukan ke dua koridor - koridor utara yang merangkumi Kazakhstan, Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Anwar terus jadikan MH370 modal kempen salahkan kerajaan di Kajang

Posted: 21 Mar 2014 01:30 AM PDT

Post Pic
Oleh Nurshakira Buang
KAJANG: Ketika pasukan mencari dan menyelamat dari pelbagai negara giat mencari jejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak awal pagi 8 Mac lalu, pemimpin politik pembangkang mengambil kesempatan meraih sokongan politik.
 
Malah, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  terus-menerus menyalahkan kerajaan kerana didakwa lambat bertindak terutamanya dalam berkongsi maklumat berhubung penemuan terbaru mengenai MH370.
 
Anwar memperlekehkan usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu ceramah di Taman Damai Mewah, Kajang malam tadi.
 
"Kita tengok PM Australia dapat saja maklumat terus bentang di Parlimen supaya semua orang boleh tanya, di Malaysia dapat maklumat bincang sekejap dekat dapur kemudian ceritakan pada kita kata tidak tahu," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 hadirin.
 
"Ini banding dia, padahal kejadian itu di Malaysia, pesawat Malaysia. PM Australia bentang di Parlimen, terbuka ini yang kita dapat.
 
"Belum pasti 100 peratus tapi ini apa yang kita tahu.Kita, this is what we dot know or we know do not know...itu masalah dia," ujarnya.
 
Anwar berkata demikian mengulas pengumuman penemuan dua objek yang dikaitkan kepada MH370 di perairan Australia,oleh Perdana Menteri negara itu, Tony Abbot.
 
Dalam ceramah itu Anwar juga turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kurang kelihatan dalam setiap kali sidang media perkembangan terkini berhubung pesawat MH370 itu.
 
"Kes MH370 ini isu tadbir urus. Satu dunia sekarang pakai teropong radar dia lihat PM ada atau tidak, sembilan hari pertama pesawat MH370 hilang Najib pun hilang," ujarnya.
 
"Lepas itu dia datang, dia datang cakap-cakap lepas itu dia balik tidak ada soalan. Mana ada di dunia...awak tanya BBC, Hindustan Times mana ada di dunia ada krisis nasional orang hilang beratus-ratus, pesawat hilang tapi PM kata tak ada soalan? soalnya.
 
Jelas Anwar, insiden MH370 ini ada isu urus tadbir negara dan seharusnya Najib memainkan peranan penting beliau selaku perdana menteri.
 
"Saya nak beritahu kes ini telah terbukti Najib dan menteri-menteri tak tahu jaga negara ini. Sebab itu orang marah. 
 
Seubungan itu, beliau menyeru rakyat untuk buktikan apa yang dinyatakan itu benar dan rakyat perlu menghanar mesej mereka melalui pembuangan undi yang akan dilakukan pada Ahad ini.
 
"Saudara kamu perlu undi dan 23 Mac ini beri mesej kalau PM takut, kalau menteri-menteri tidak tahu urus negara ini dengan baik bagi dia (BN) mesej kalahkan MCA dan BN 
 
Dalam pada itu Anwar berkata adalah mustahil untuk pihak bertanggungjawab gagal mengesan radar pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dari pusat kawalannya kerana beliau berkata kompenan itu berfungsi 24 jam   
 
"Di Labuan, masa itu menteri pertahan beli dan saya menteri kewangan bayar jadi saya tahu radar di pantai Timur dekat laut China Selatan di Terengganu dan Kelantan dia boleh tengok mana pesawat di waktu pagi, petang, siang dan malam boleh nampak pesawat lalu," jelasnya.
 
"Sekarang saya mahu tanya MH370 nak pergi China patah balik macamana tak boleh nampak satu, dua hari kemudian dia kata nampak tapi kita tak tahu pesawat apa. Ini (pesawat) lalu Kelantan, Terengganu, Utara Perak, masuk Kedah, masuk Penang lalu atas rumah Guan Eng (Lim Guan Eng-Ketua Menteri P.Pinang) lepas itu sapa pun tak nampak," soalnya lagi.
 
Beliau juga katanya tidak berpuas hati dengan apa yang dinyatakan Datuk Seri Hishammudin Hussien berhubung radar tersebut dan mendakwa Pemangku Menteri Pertahanan itu mengetahui maklumat yang lebih.
 
"Kita punya radar mesti nampak, ini kita beli radar untuk nampak dan tak mungkin...saya kata betul-betul saya tidak berpuas hati, tak mungkin...Najib, Hishammudin sekarang dia kata ya betul pesawat patah balik," katanya.
 
Malah, Anwar berkata beliau kini sering kali diminta untuk ditemubual media antarabangsa berhubung misteri kehilangan MH370 kerana kegagalan Najib untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai pesawat itu.
 
Anwar juga sebelum ini dilaporkan mendakwa beliau adalah individu yang paling layak untuk menjawab persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu berbanding Perdana Menteri kerana pemimpin nombor satu negara itu katanya takut untuk berdepan dengan pertanyaan daripada media antarabangsa.
 
"Sekarang surat khabar, TV, majalah China hari-hari temuramah saya. Ya, saya kata saya bukan PM tapi dia kata lebih baik temubual saya daripada Najib. Najib hilang," katanya.
 
Selain itu, Anwar juga turut membangkitkan isu aksi kurafat seorang bomoh di KLIA baru-baru ini yang nyata mengaibkan Malaysia sekali gus memberi persepsi yang salah terhada Islam.
 
"Kita doa kalau boleh selamat dan kalau tak selamat pun jumpa supaya keluarga tak susah serta kita sebagai orang Islam kita sembahyang. Itu cara kita, kita tak cari bomoh dengan buah kelapa...itu Umno punya cara," katanya.
 
"Kamu ingat kalau tak Umno, saya sama Gobind (MP Puchong) dengan Charles Santiago senang-senang...pergi ke lapangan terbang tolong bagi tikar, pengawal tolong jaga keselamatan ingat boleh ke? Tak boleh.
 
"Saya Ketua Pembangkang pun tak ada peluang punya nak buat macam itu melainkan dia bagi kebenaran khas," tambahnya.
 
Semalam dilaporkan dua objek yang dikaitkan kepada MH370 di jumpai di perairan Australia, menurut Perdana Menteri negara itu, Tony Abbot.
 
Pengumuman itu dilihat sebagai petanda paling jelas setakat ini bahawa gerakan mencari pesawat itu memperolehi kejayaan awal.
 
Abbot memberitahu Parlimen Australia bahawa maklumat baru dan kredibel (wibawa) telah diperolehi mengenai l pesawat itu yang hilang sejak Mac 8 lalu.
 
Beliau berkata pesawat Orion Tentera Udara di-Raja sudah dikerah ke kawasan itu dan tiga lagi pesawat akan dihantar.
 
Australia mengetuai misi mencari MH370 di selatan Lautan Hindi.
 
Menurut Abbot, pihaknya mengesahkan kehadiran dua objek itu menerusi satelit yang kemudiannya disahkan secara berasingan.
 
Bagaimanapun beliau mengingatkan keperluan untuk semua pihak berwaspada dan tidak menaruh harapan terlalu tinggi bahawa lokasi pesawat itu sudah diketahui.
  
Pesawat itu membawa 239 anak kapal dan penumpang yang kebanykkannya warga Malaysian dan China.

MH370: RAAF gagal kesan serpihan di Lautan Hindi

Posted: 20 Mar 2014 09:52 PM PDT

Tony Abbott  
Tony Abbott


KUALA LUMPUR - Cuaca buruk menyebabkan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berdepan masalah mengesan objek yang dicerap satelit di selatan Lautan Hindi, yang boleh dikaitkan dengan pesawat Malaysia yang hilang, demikian menurut Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
  
Dalam tweetnya, AMSA menyatakan kepulan awan dan hujan mengehadkan jarak penglihatan anak kapal pesawat P-3 Orion RAAF dalam usaha mencari objek itu yang dicerap oleh satelit kira-kira 2,500km dari barat daya bandar raya Perth di Australia.
  
Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata imej satelit itu mencerap dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.
  
Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 239 orang, berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas dan hilang sejak itu, yang kini masuk hari ke-13.
   
Pesawat itu dicari di Laut China Selatan namun kawasan pencarian diperluaskan dengan merangkumi sebahagian besar kawasan barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu dipercayai melencong daripada laluan asal penerbangannya setelah seseorang secara sengaja mematikan sistem komunikasi pesawat, dan pesawat itu terbang untuk beberapa jam selepas itu.
  
Pencarian kini ditumpukan ke dua koridor - koridor utara yang merangkumi  Kazakhstan, Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. - Bernama

[VIDEO] MH370: Australia Ajar Najib & Speaker Malaysia Supaya Hormati Parlimen

Posted: 20 Mar 2014 09:50 PM PDT

KELAB GREENBOC


Beza Malaysia Dan Australia Menghargai Parlimen


Setelah masuk hari ke 13 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan dunia buntu mengenai misterinya yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abott membawa berita yang sedikit melegakan iaitu dengan penemuan objek yang tenggelam timbul oleh satelit negaranya di selatan Lautan Hindi.

Atas sedikit kepercayaan bahawa objek sepanjang 24 meter itu adalah serpihan daripada pesawat MH370, selain meminta pihak berkuasa di negaranya berusaha mengesan penemuan itu bagi memastikan kesahihannya, beliau juga memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui telefon.

Di negaranya pula, Tony Abott membuat pengumuman mengenai penemuan itu di Parlimen, sebuah institusi tertinggi di mana-mana juga negara demokrasi. Perkara ini segera menarik perhatian dunia tentang bagaimana beliau menghargai Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat sedangkan jika mahu, beliau boleh saja memanggil sidang akhbar di pejabat atau kediamannya untuk mengumumkan penemuan itu.

Tetapi kerana menghargai Parlimen dan supaya pengumuman itu didengar oleh semua wakil rakyat yang seterusnya mewakili rakyat Australia, beliau akhirnya memilih Parlimen untuk berbuat demikian.

Walaupun MH370 bukan milik negaranya tetapi kerana menyedari isu kehilangan pesawat itu menjadi tumpuan dunia ketika ini, kewajaran dan keseriusan beliau sebagai pemimpin dalam melihat insiden ini seharusnya dihargai dan dipuji.

Ini nyata berbeza dengan negara kita, disamping pesawat MH370 adalah milik negara ini dan tumpuan pula diberikan oleh rakyat dan dunia, tetapi Parlimen tidak digunakan dengan sebaiknya, malah diketepikan pula.

Ketika awal kejadian ini berlaku, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar telah mencadangkan agar Perdana Menteri membawa usul mengenai kehilangan itu di Parlimen supaya bukan saja boleh diberitahu kepada wakil-wakil rakyat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi juga boleh dibahaskan bagi menggambarkan kepentingannya kepada negara dan rakyat.

Malangnya ianya telah ditolak oleh Speaker atas alasan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan mencadangkan jika Ahli-Ahli Parlimen ingin membangkitkan mengenainya, ia boleh dilakukan ketika perbahasan titah Diraja.


Beberapa hari kemudian pula iaitu pada 18 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein didapati telah bersetuju untuk memberi taklimat mengenai insiden kehilangan pesawat itu kepada hanya Ahli-Ahli Parlimen BN. Taklimat diadakan di sebuah tempat mewah iaitu The Aloff di KL Sentral.

Sergahan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang agar taklimat itu tidak terhad hanya kepada wakil rakyat BN dan seharusnya juga terbuka kepada semua Ahli Parlimen, langsung tidak dilayani oleh kerajaan. Hishammuddin kemudian memberi alasan remeh dengan menyatakan taklimat kepada wakil rakyat BN adalah kerana ia diminta oleh BNBBC dan sekiranya wakil pembangkang mahukan taklimat yang sama, mereka juga diminta mengemukakan permohonan kepadanya.

Adakah amat memalukan hujah yang dikemukakan itu kerana taklimat yang berlainan sudah tentunya isi taklimatnya juga berbeza. Jika benar kerajaan telus, terbuka dan tidak berhasrat menyembunyikan sebarang maklumat, taklimat yang diminta oleh BNBBC itu boleh diadakan sekali dengan taklimat untuk wakil rakyat daripada pembangkang.

Bukankah ia lebih menjimatkan dan tidak membazirkan masa dan tenaga?

Namun apa yang belaku di sebalik kehilangan pesawat ini, kerajaan bukan saja membelakangkan Parlimen, sebuah institusi penting yang mewakili seluruh rakyat, bahkan cuba pula menidakkan peranan serta kehadiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dengan mengadakan majlis taklimat yang tertutup hanya untuk BN saja.

Sementara insiden kehilangan pesawat ini turut banyak memalukan kepimpinan negara tentang bagaimana cara menguruskan krisis dan menjaga kredebilitinya, tindakan Tony Abott bercakap tentang isu penting yang melibatkan dunia di Parlimen negaranya telah mendedahkan satu lagi kelemahan kerajaan BN yang sudah memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tanpa hentinya.

Di sebalik Tony Abott menelefon Najib untuk memaklumkan penemuan objek itu, beliau juga sebenarnya mengajar Perdana Menteri dan kerajaan untuk menghargai Parlimen. Sekalung tahniah untuk Tony Abott. -shahbuddindotcom


LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI

ULASAN GBbr>br> Kegagalan Najib dan kerajaan UMNO BN untuk menghormati parlimen cuma membawa satu petanda besar: UMNO BN sudah tidak layak untuk berada di parlimen!

MH370 takkan terhempas akibat masalah teknikal

Posted: 20 Mar 2014 09:42 PM PDT

SINAR HARIAN


Neil Fergus Neil Fergus


CANBERRA - AUSTRALIA. Pakar keselamatan Australia, Neil Fergus berkata, jika dua objek dikesan di luar pantai Perth disahkan sebagai milik MH370 maka beliau menolak sebarang kemungkinan berlaku kesilapan teknikal.

Semalam, kerajaan Australia memaparkan imej satelit yang mungkin serpihan pesawat di kira-kira 2,500 km barat daya Perth.

Fergus yang juga Pengarah Perisikan bagi Sukan Olimpik Sydney 2000 berkata, jika berlaku kerosakan pada pesawat itu ini bermakna pesawat terbabit tidak dapat diterbangkan di mana serpihan dikesan.

"Jika serpihan itu disahkan betul teori kepincangan teknikal harus ditolak," katanya.

Menurutnya, tidak mungkin ada masalah teknikal atau berlaku kebakaran jika pesawat itu dapat diterbangkan ke lokasi yang didakwa penemuan serpihan terbabit.

Sementara itu, Washington Post dalam satu laporan pakar berkata, Malaysia Airlines tidak memiliki aplikasi asas yang sepatutnya diletakkan pada setiap pesawat seperti pesawat Air France yang terhempas pada 2009.

Menurut laporan itu, perisian berharga hanya 6 pound (RM33) itu dapat menghantar data penting seperti arah, kelajuan dan ketinggian walaupun selepas transponder dan sistem ACARS dimatikan.

"Aplikasi itu membantu penemuan pesawat France yang terhempas di Lautan Atlantik. Pasukan SAR dapat menemui semula pesawat itu selepas lima hari," menurut laporan itu kepada Agensi.

Difahamkan, aplikasi dikenali sebagai Swift itu dilaporkan tidak digunakan pada pesawat MH370.

'Jangan malu mohon kepada ALLAH'

Posted: 20 Mar 2014 09:40 PM PDT


 'Jangan malu mohon kepada ALLAH' Fathah Fasihah bersama ibunya menaiki beca yang dikayuh bapanya sebagai 'hadiah' kepada kejayaan pelajar itu yang memperoleh 11A dalam semua mata pelajaran SPM 2013.


SABAK BERNAM – Rahsia seorang ustazah Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) menunaikan solat hajat dan membaca surah Yasin sepanjang anaknya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi kunci utama kepada kejayaan, Fathah Fasihah Mohd Mutalabisin, 18, apabila memperoleh 11A dalam semua mata pelajaran.

Kejayaan itu lebih bermakna, apabila Fathah Fasihah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Simpang Lima diumumkan sebagai pelajar terbaik 2013 apabila memperoleh gred A satu (cemerlang tertinggi) kecuali mata pelajaran biologi.

Fathah Fasihah berkata, sejak dari Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lagi, ibunya, Siti Hazar Mohammad Ayon, 46, tidak pernah mengabaikan tanggungjawab bermunajat kepada ALLAH agar anak-anaknya memperoleh keputusan cemerlang.

"Kalau tanya kepada saya, mungkin kejayaan ini adalah berkat doa ibu yang tak pernah putus-putus bermohon kepada ALLAH agar saya dan adik-beradik lain dapat menjawab peperiksaan dan lulus dengan cemerlang," katanya.

Fathah Fasihah berkata, ibunya yang mengajar di Kafa Taman Seri Indah, Sungai Besar menjadi pendorong utama kejayaannya selain sokongan dan dorongan daripada bapanya, Mohd Mutalabisin Maryaman, 49, serta guru-guru di sekolah.

"Saya bukanlah pelajar yang fokus di dalam kelas, tetapi apabila pulang dari sekolah, saya akan mengulang kaji pelajaran dan pastikan apa yang diajar guru difahami dengan membuat banyak latihan," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Fathah Fasihah yang bercita-cita menjadi doktor gigi berkata, dia juga mengamalkan bacaan surah al-Quran sekurang-kurangnya 10 muka surat setiap hari bagi mendekatkan diri kepada ALLAH dan terbukti amalan itu berkesan serta memudahkannya mengingati setiap pelajaran yang diajar guru.
"Kadang-kadang saya ada juga bangun malam untuk Qiamullail. Tapi amalan yang saya buat dari dulu ialah membaca al-Quran kerana saya yakin apabila kita dekat dengan-Nya, Insya-ALLAH semua yang kita usahakan akan diberkati," katanya.

Siti Hazar berkata, berkat mengamalkan solat hajat dan bacaan Yasin, tiga anaknya itu berjaya dalam pelajaran dan beliau ingin berkongsi rahsia kepada umat Islam lain agar tidak sesekali melupakan ALLAH dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

"Kita ada Pencipta, jangan malu mohon kepada ALLAH kerana Dia sebaik-baik penentu. Sebagai hamba, kita hanya mampu berusaha, ikhtiar dan berdoa, tetapi segala-galanya atas kehendak-Nya," katanya.

Australia: Cuaca buruk sukar kesan dua objek

Posted: 20 Mar 2014 09:34 PM PDT

MH370  
Nota edaran daripada Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia menunjukkan peta kawasan carian MH370. - Foto EPA


MELBOURNE - Usaha mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac lepas di kawasan pencarian seluas 23,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, mungkin mengambil masa berhari-hari kerana keadaan cuaca buruk.

Laporan agensi berita Australian Association Press (AAP) itu yang memetik kerajaan Australia, turut menyatakan usaha mencari diteruskan selepas pesawat Australia dan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis gagal mengesan kedua-dua objek yang dirakam oleh satelit kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, awal minggu ini.

Empat pesawat tentera iaitu dua daripada Tentera Udara Diraja Australia serta masing-masing satu dari New Zealand dan AS dikerah ke lokasi pada Jumaat.

Kapal dagang Norway, St Petersburg masih berada di kawasan itu dan sebuah lagi kapal dagang dijangka tiba pada Jumaat malam. Kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success juga dalam perjalanan dan dijangka tiba pada Sabtu.

"Setakat ini tiada objek dikesan," lapor AAP yang memetik Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laporan terkini pertamanya pada Jumaat.

Pemangku Perdana Menteri Warren Truss berkata keadaan cuaca adalah buruk. 

Beliau berkata usaha pencarian "sukar dan mencabar" terutama kerana objek terbabit mungkin telah hanyut agak jauh dari tempat asal ia dicerap oleh satelit pada 16 Mac.

Kerajaan juga mengingatkan walaupun imej satelit itu kredibel, objek mungkin tidak ada kaitan dengan pesawat tersebut.

Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu pemberita di Papua New Guinea pada Khamis malam, penemuan itu merupakan petunjuk paling positif setakat ini dalam usaha mengesan penerbangan MH370 yang hilang bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hampir dua minggu lepas.

"Kita tidak tidak tahu apakah yang sebenarnya dicerap oleh satelit itu sehingga kita dapat lihat dari dekat, akan tetapi ini petunjuk paling memberangsangkan dalam satu kejadian misteri yang begitu membingungkan.

"Kita menawarkan semua sumber yang boleh untuk membantu. Kita akan melakukan apa yang terdaya untuk menyelesaikan kejadian ini," katanya. - Bernama

Laporan: Juruterbang telefon dari kokpit sebelum berlepas

Posted: 20 Mar 2014 09:32 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas.

Akhbar The Sun UK berkata penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac.

Maklumat itu diiharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu.

Polis Malaysia tidak secara rasmi mengulas mengenai penyiasatan berkaitan dengannya tetapi pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menegaskan bahawa kesemua 227 penumpang dan 12 kru penerbangan itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Polis sedang menyiasat "faktor manusia" selepas menyimpulkan bahawa komunikasi penerbangan itu sengaja dimatikan dan pesawat itu juga ditukar haluan dengan sengaja.

Media asing beratur temubual saya isu MH370'

Posted: 20 Mar 2014 09:29 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370, dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Anwar berkata media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwanya gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.

"Semalam CNN, selepas ini media UK, kemudian media China pula akan temuramah saya.

"Saya tanya kenapa temuramah saya, saya bukan perdana menteri. Mereka jawab, kami mahu jawapan," katanya.

Ketua umum PKR itu juga  menempelak pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu tersebut, ketika berceramah di Taman Mewah, Kajang malam tadi.

"Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.

"Di Australia, PM Tony Abbot dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia," kata beliau merujuk keengganan Parlimen membahas hal pesawat dan sesi taklimat isu ini yang hanya melibatkan ahli parlimen BN kelmarin.

Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.

Bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.

"Saya menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)... Saya tahu radar di utara dan pantai timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang," kata beliau kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.
 

Tiada ulasan: