Rabu, 19 Mac 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Keluarga penumpang warga China MH370 berang, serbu auditorium sidang media

Posted: 19 Mar 2014 06:24 AM PDT

OLEH LEE SHI-IAN


Seorang ahli keluarga penumpang MH370 warga China tidak dapat menahan kesedihan semasa diwawancara media di Hotel Sama Sama Hotel. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2014. 
Seorang ahli keluarga penumpang MH370 warga China tidak dapat menahan kesedihan semasa diwawancara media di Hotel Sama Sama Hotel. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 


Sekumpulan ahli keluarga warga China penumpang pesawat MH370 membuat kecoh  apabila menyerbu masuk ke dalam auditorium sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

Kumpulan tersebut menyerbu masuk ke dalam auditorium di mana sidang media harian diadakan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang dituduh menyembunyikan maklumat dan mengelirukan orang ramai bagi usaha mencari dan menyelamat.

Masuk hari ke-12, ketegangan semakin memuncak ketika ahli keluarga cuba mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini kehilangan pesawat misteri tersebut.

"Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi," kata seorang wanita warga China dalam bahasa Mandarin.

Beberapa kad rentang dalam bahasa Mandarin juga dibawa kumpulan tersebut, meminta jawapan daripada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan hari ini menyalahkan spekulasi liar sebagai punca tekanan dan kemarahan ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 yang semakin hilang kawalan.

Usaha mencari MH370 yang membawa 239 penumpang masuk hari ke-12, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk baru ditemui.

"Maklumat berkonflik dan spekulasi liar menyebabkan tekanan berat kepada keluarga," kata MAS dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketegangan memuncak hari ini apabila anggota keluarga penumpang MH370 warga China kecewa dengan apa yang mereka katakan satu "peranan yang memalukan" bagi syarikat penerbangan itu dalam pencarian yang kini memasuki hari ke-12, lapor AFP.

"Kami tiada cara lagi untuk menangani masalah ini selain daripada menangis dan marah.

"Cara anda (MAS) menangani ini sama ada menipu atau satu peranan yang memalukan," kata seorang anggota keluarga penumpang pesawat hilang itu sambil menjerit.

Menurut AFP, insiden tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha antarabangsa masih gagal menjumpai kesan pesawat yang membawa 153 warga China itu.

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dalam perjalanan ke Beijing.

Usaha mencari Mkini tertumpu di koridor utara dan selatan selepas pencarian di Laut Cina Selatan menemui kegagalan.

Koridor selatan berada di perairan Indonesia dan selatan Lautan Hindi, manakala koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand.

Catuan air peringkat pertama di Selangor & Wilayah berakhir

Posted: 19 Mar 2014 06:01 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kawasan-kawasan yang terlibat dengan program peringkat pertama pengagihan air berjadual di Selangor dan Kuala Lumpur kini telah menerima bekalan air berterusan setelah dua loji rawatan air (LRA) yang dihentikan operasi akibat pencemaran ammonia Sungai  Langat beroperasi semula.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) lewat petang ini, catuan bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula 27 Februari lalu ekoran penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kini berakhir.

"Berikutan hujan yang turun sejak dua hari lepas di sekitar Lembah Klang, paras ammonia dalam air mentah di Sungai Langat  telah didapati menurun.

"Sehubungan itu, operator loji iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) telah mengoperasikan semula kedua-dua LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masing-masing pada 17 Mac 2014 dan 19 Mac 2014.

"Untuk makluman, LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masing-masing mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 22 Juta Liter Sehari (JLH) dan 34 JLH memberikan jumlah besar sebanyak 56 JLH," kenyataan itu dipetik.

Menurut SPAN, sehingga kini paras ammonia di dalam air terawat di kedua-dua loji tersebut adalah kurang daripada piawaian yang disyaratkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehubungan itu, SYABAS telah membekalkan air secara berterusan ke kawasan-kawasan yang terlibat di bawah Pengagihan Air Berjadual Peringkat Pertama.

Walau bagaimanapun, SPAN mengingatkan bahawa pengoperasian kedua-dua loji ini adalah bergantung kepada paras ammonia di dalam air mentah di Sungai Langat.

"Sekiranya paras ammonia ini meningkat semula, pengoperasian loji-loji ini akan dihentikan semula dan pengagihan air berjadual akan dilaksanakan semula seperti jadual yang telah ditetapkan terdahulu," kenyataan media itu dipetik.

Jika Dr Wan Azizah menang besar

Posted: 19 Mar 2014 05:59 AM PDT


Oleh ABD SHUKUR HARUN


 Hanya beberapa hari saja lagi, tibalah hari mengundi PRK Kajang – 23 Mac ini – bahawa laporan yang dikumpulkan oleh Pakatan Pakatan Rakyat menunjukkan calon PKR/Pakatan Rakyat, setakat ini, telah mendapat sokongan melonjak daripada penduduk Kajang selepas berkempen selama beberapa minggu.

Ini hasil yang sangat menggalakkan oleh pihak Pakatan. Pertambahan sokongan pengundi Melayu, menurut pemerhati, terutamanya, berdasarkan tiga faktor. Iaitu faktor pertama, sokongan dan  kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sendiri, berdasarkan pelbagai faktor – kenaikan harga barang yang sangat menjejaskan kehidupan rakyat, sukarnya untuk membeli rumah kerana mahal, isu rasuah yang berleluasa dan kehidupan pemimpin BN yang dilihat bermewah-mewah.

Faktor kedua, kekuatan peribadi terhadap calon PKR/Pakatan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilihat memiliki sifat sebagai wanita dan isteri solehah.

Ketiga, simpati kepada beliau sendiri atas pelbagai ujian yang dihadapinya dan keluarganya berhubung dengan hukuman penjara lima tahun terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakni pengaruh Anwar sendiri juga sangat besar.

Dr Wan Azizah akan berdepan dengan calon BN dari Wanita MCA, Chew Mei Fun dan ini tentunya menarik perhatian di mana kira-kira 50% daripada kira-kira 39,000 pengundi DUN Kajang adalah wanita.

Walaupun peluang Dr Wan Azizah begitu cerah, tetapi ada peringatan penting dari Timbalan Ketua Penerangan PAS Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menggesa jentera pilihan raya Pakatan mesti bekerja keras lagi.

Ini, katanya memandangkan masih ada tempat yang sukar untuk mengubah pendirian mereka yang sudah berusia dari menyokong BN kepada Pakatan.

Beliau mendakwa, habuan dan pelbagai bantuan yang disalurkan oleh BN turut menjadi satu batu penghalang untuk mendekatkan Pakatan kepada pengundi Melayu. Walau bagaimanapun, katanya, sudah ada perubahan dalam kalangan pengundi Melayu keseluruhannya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR untuk DUN Kajang, Zuraidah Kamaruddin berkata, data yang diperoleh daripada pejabat daerah mengundi Pakatan menunjukkan peningkatan sokongan Melayu berbanding pada 2013.

Menurutnya, sokongan Melayu kini di peringkat 45 peratus, Cina di peringkat 65 peratus manakala kaum India pula 55 peratus. Iaitu, sokongan pengundi Melayu kini meningkat lapan peratus berbanding tahun 2013.

Hari mengundi PRK Kajang 23 Mac ini dijangka akan menentukan berapa besar majoriti kemenangan calon PRK/Pakatan Rakyat,  Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan menghantar indikasi sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat.

Sementara itu, yang sangat menarik diperhatikan, jentera PAS, PKR dan DAP dilihat bekerjasama erat sejak hari penamaan calon lagi. Jentera PAS sendiri yang dipimpin oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli telah mengerahkan seluruh petugas PAS – siang dan malam – untuk berkempen. Petugas PAS dilihat sudah sampai ke kawasan pengundi Melayu, malah sudah dapat 'menembusi' kubu Umno di beberapa kampung di Kajang.

Sementara itu, jentera pilihan raya DAP juga sudah dikerahkan sepenuhnya, malah dikatakan sudah menembusi keseluruhan pengundi Cina yang kebanyakannya di bandar Kajang. Sementara jentera PKR bergerak keseluruhan kawasan Dun Kajang ini.

Perpaduan jelas kelihatan antara komponan parti dalam Pakatan dan berjaya 'membenamkan' perselisihan dalaman yang berlaku selama ini.

Sementara itu, Anwar Ibrahim menjadi daya tarikan utama dalam Kempen Pakatan. Ada ketikanya beliau bersama Dr Wan Azizah di pentas yang sama, tetapi ada ketikanya berrasingan.

Di Stadium Kajang, setiap malam diadakan ceramah dan program lain seperti konsert dan sebagainya yang dikelolakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Cikgu Bard. Stadium itu bersebelahan dengan Kompleks Satay Kajang yang masyhur itu dan sambutan di stadium itu sangat baik.

Dalam kempen PRK Kajang ini, dilihat kesungguhan luar biasa bekas Menteri Besar Selangor, Timbalan Ketua Penerangan PAS Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkempen siang dan malam.

Setakat ini, saya sempat mendengar dua kali ceramahnya di Kajang dan dilihat caranya berceramah begitu mempengaruhi rakyat. Ia bercakap dalam bahasa yang sangat biasa, hujahnya, dapat diterima oleh orang ramai dengan mudah baik orang kampung, mahupun orang bandar.

Memang tepat tanggapan dan harapan Anwar Ibrahim kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib ini bahawa tokoh ini sangat diperlukan untuk membantu Pakatan Rakat di Selangor dalam memperkukuh pengaruhnya, khususnya di luar bandar. Ini memandangkan 'kepakarannya' mendepani dan mempengaruhi penduduk luar bandar untuk menyokong Pakatan.

Oleh sebab itu, pada pendapat saya, Tan Sri Muhammad menjadi aset penting Pakatan Rakyat memang sangat wajar beliau diberikan peranan penting dalam usaha meningkatkan pengaruh Pakatan, khususnya di luar bandar, bukan saja di Selangor bahkan seluruh Malaysia.

Kini, semua pemimpin Pakatan Rakyat berada di Kajang, siang dan malam, secara bergilir-gilir, bilik gerakan PAS, PKR dan DAP sudah beroperasi siang dan malam.

Ini sebuah pilihan raya yang penting, walaupun ia berstatus pilihan raya kecil, namun sangat significant dan menjadi kayu ukur kepada sokongan rakyat kepada Pakatan, terutama sesudah Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Jika calon Pakatan Rakyat mendapat kemenangan besar di Kajang ini, bermakna harapan untuk mencapai kemenangan lebih besar dalam PRU akan datang sangat cerah.

Maknanya, ini petunjuk awal yang sangat bermankna yang  memerlukan semua pendukung Pakatan Rakyat mengekalkan perpaduan, bekerja keras dengan bijaksana dan memikirkan jangka panjang politik Malaysia.

Dengan keadaan dan suasana negara yang tidak menentu sekarang, kenaikan harga barang yang sangat meresahkan rakyat, nama baik  negara yang terjejas akibat pelbagai peristiwa yang berlaku.
Demikian juga, terutamanya peristiwa besar - kehilangan pesawar MH370 yang belum dijumpai ketika rencana ini ditulis, serta kemunculan raja bomoh sedunia di KLIA secara tiba-tiba baru-baru ini yang menjadi bahan tertawaan dunia dan pelbagai lagi menyebabkan suasana dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kuasa dalam PRU akan datang.

Maka itu, pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat jangan sekali-kali melakukan kesilapan, antaranya, dengan membuat kenyataan yang bukan saja bercanggah antara satu sama lain bahkan tidak mengikut keputusan parti.

Kajian UNISEL : 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

Posted: 19 Mar 2014 05:51 AM PDT

Oleh : Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM: Kajian penyelidik Universiti Selangor (UNISEL) mendapati calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memenangi kerusi PRK N25 Kajang, pada 23 Mac ini.

Ketua Penyelidik dalam Kajian Soal Selidik Pola Pengundian dan Isu Semasa, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, berkata 75.9 peratus daripada 394 responden menyatakan keyakinan itu dalam satu kajian soal selidik yang dijalankan, antara 12 hingga 16 Mac lalu.

Beliau berkata, sementara hanya 24.1 peratus responden menyatakan bahawa calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun akan menenangi PRK itu.

P1030581Katanya, kajian itu mendapati Wan Azizah diyakini daripada segi kepimpinannya apabila 61.4 peratus menyatakan beliau mempunyai kepimpinan yang baik, 42.7 peratus menyatakan kepimpinannya sederhana dan hanya 8.9 peratus mempunyai kepimpinan yang lemah.

Sementara itu, Chew Mei Fun hanya memperoleh 34.2 peratus menyatakan beliau mempunyai kepimpinan yang baik, 42.7 peratus mempunyai kepimpinan yang sederhana dan 23.1 peratus kepimpinanya adalah lemah.

Kajian dijalankan UNISEL itu meliputi responden daripada Melayu (65.4 peratus), Cina (18.8 peratus) dan India (14 peratus).-NFN

FMFA: Mei Fun patut sekolah semula belajar Geografi

Posted: 19 Mar 2014 05:47 AM PDT

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, disaran mengulang subjek Geografi di sekolah.

Saranan itu dibuat ekoran tuduhan Chew Mei Fun kononnya Kerajaan Selangor bertanggungjawab mengeluarkan permit konsert kontroversi, Future Music Festival Asia (FMFA) yang mengorbankan enam anak muda selepas mengambil dadah berlebihan.

teng chang kim 1Sebaliknya, Exco Kerajaan Tempatan Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, lokasi Stadium Bukit Jalil yang menjadi venue festival itu terletak dalam kawasan Kuala Lumpur.

"Dia menyalahkan kerajaan negeri. Saya rasa dia kena sekolah balik, ambil subjek Geografi.

"Bukit Jalil berada dalam Kuala Lumpur bukan Selangor. Jangan kaitkan dengan kerajaan negeri sesuka hati," kata Chang Khim dalam sidang media yang diadakan di Bangunan SUK di sini hari ini.

Tambah Chang Khim lagi, permit konsert terbabit dikeluarkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.

Konsert Future Music Festival Asia 2014

"Isu penyalahgunaan dadah merupakan bidang yang berada dalam tanggungjawab polis dan penggunaan Stadium Bukit Jalil adalah DBKL," kata beliau lagi.

Beliau juga berharap agar Mei Fun membuat penyelidikkan sebelum mengeluarkan sebarang tuduhan kepada mana-mana pihak.

MB : Jawatankuasa Khas Pengangkutan Awam Selangor kaji kesesakan lalu lintas

Posted: 19 Mar 2014 05:43 AM PDT

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Jawatankuasa Khas Pengangkutan Awam Negeri Selangor yang ditubuhkan bagi mencari jalan mengatasi kesesakan lalu lintas di negeri itu dan Lembah Klang akan mengadakan mesyuarat pertama, pada 25 Mac ini.

Mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan Menter Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu turut dianggotai Exco Kerajaan Tempatan dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim sebagai Timbalan Pengerusi.

Abdul Khalid berkata, jawatankuasa itu akan diselaraskan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar.

a3"Jawatankuasa ini membuktikan komiten kerajaan negeri mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan terutama di bandar besar yang sentiasa berdepan masalah kesesakan lalu lintas.

"Ia juga sebagai sokongan terhadap usaha yang dijalankan pihak berwajib dalam meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak terlalu bergantung kepada pengangkutan sendiri," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Jawatankuasa Khas itu turut dianggotai Jabatan Perancangan Desa dan Bandar, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Selangor, Lembaga Lebuhraya Malaysia, pengusaha pengangkutan awam seperti Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM), Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Cityliner.

Semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Rawang dan Taman Templer turut menduduki jawatankuasa itu.

Manakala, dua ahli akademik, Prof Ir Mohamed Rehan Karim dari Universiti Malaya (UM) dan Prof Zakaria Ahmad dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang juga berada dalam jawatankuasa itu akan bertindak sebagai penasihat.-NFN-

Separuh perjalanan Azizah dijangka menang besar

Posted: 19 Mar 2014 05:40 AM PDT



Oleh Mohd Sayuti Omar


Kempen pilihan raya kecil N 25 DUN Kajang sudah berlalu hampir separuh. Ia bermula sebaik selesai proses penamaan calon pada 11 Mach dan akan berakhir menjelang tengah malam hari mengundi 23 Mac. Kegiatan kempen kedua-dua pihak, PR dan BN berjalan seperti biasa walaupun pilihan raya berkenaan seakan terganggu dek kehilangan pesawat MH 370 yang membawa 239 penumpang sampai ke saat ini masih belum terjawab. 

Husam berkempen di mini stadium Kajang.
Kejadian itu sedikit sebanyak menyebabkan fokus kepada pilhan raya itu terganggu atau menjadi kurang hangat dan penting, tidak seperti beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Paling baru ialah pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, Kedah.

Selain faktor kehilangan pesawat MH 370 itu, pilihan raya itu juga menjadi dingin apabila calon awal yang digembar gemburkan akan diturunkan oleh PR (PKR) menerusi projek apa dinamakan Kajang Move tidak menjadi kenyataan. Kekosongan kerusi berkenaan adalah untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding bagi dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.


Bagaimana pun malang, Anwar tidak boleh bertanding kerana terhalang oleh undang-undang apabila Mahkamah Rayuan menjatuhi hukum penjara lima tahun ke atasnya bersabit tuduhan meliwat pembacuh kopinya. Penghalangan terhadap Anwar itu sebagai konspirasi untuk mengagalkan projek Kajang Move?

Tamrin berkempen di Kajang Central, kelihatan Dr Zayadi.
Kegagalan itulah menjadikan pilihan raya itu anti klimeks. Tanpa Anwar menyertai pilhan raya berkenaan juga menyebabkan tumpuan ke Kajang tidak menjadi besar dan berghairah. Umno sendiri atau rakan-rakan sekutu mereka seperti NGO rasis dan tolol, yang membenci Anwar dan dengki, menjadi 'putus angin' bila pilhan raya itu tidak disertai Anwar. Misalnya Zaid Ibrahim yang awal-awal menyala wokkk wokkk, kononnya untuk ikut sama sertai pilihan raya itu terpaksa memikirkan soal kehilangan wang deposit apabila Anwar tidak bertanding.

Orang ramai di mini stadium mengikuti kempen PKR.
Mungkin Zaid sudah tahu dia tidak kan berjaya memperolehi 0.3% pun undi daripada kira-kira 38,965 pengundi di Kajang, tetapi dia merasa puas kalau dia hilang deposit ditangan Anwar bukan ditangan Dr Wan Azizah. Barang kali atas perkiraan itu Zaid tidak hadir pada hari penamaan calon.

Sebahagian ribuan di mini stadium Kajang.
Kedinginan pilihan raya kecil itu ditambah lagi dengan keengganan MCA menyerahkan kerusi itu kepada Umno. Orang-orang Umno tidak begitu galak dan bersemangat untuk menyertai pilihan raya berkenaan. Ironisnya ada yang telah perlahan-lahan menyatakan sokongan kepada calon PKR Dr Wan Azizah.

Sebelum ini Umno cuba menginding dan mahukan kerusi berkenaan atas alasan peratus pengundi di Kajang lebih kepada Melayu, Melayu 48.48% manakala China 40.46%. Lagi pun calon MCA dalam pilihan raya lalu tewas dengan jumlah undi yang besar mencecah 7,000.

Apabila MCA berkeras mahukan kerusi itu ditandingi oleh calon mereka, menyebabkan sesetengah orang Umno menjadi lemah atau pun tidak berminat untuk ikut sama berkempen. Mereka merasakan menjadi alat kepada MCA. Sikap sesetengah pemimpin Umno dan NGO yang menyerang orang Cina menyebabkan wujud perasaan membenci MCA dari kalangan orang Umno.

Begitu juga ejekan dan pertikaian dibuat oleh Utusan Malaysia, akhbar lidah Umno yang menyalahkan orang Cina atas kegagalan BN mendapat majoriti di parlimen dalam pilihan ke-13 lalu, menyebabkan orang Umno ikut sama membenci MCA. Angin perkauman yang ditiupkan oleh media PB itu ikut mempengaruhi orang Umno di Kajang.

Walaupun sesetengah pemimpin Umno menunjukkan komitmen mereka di Kajang, seperti Ahmad Maslan sebagai tanda permaufakatan dalam BN, itu hanya formaliti sahaja. Ketidak seriusan pemimpin Umno ini juga tergabar daripada kenyataan Naib Presiden Umno Zahid Hamidi yang tidak mahu Kajang dijadikan longgokan projek semasa pilihan raya ini.

Selain itu kedinginan dari kalagan orang Cina untuk sokong MCA juga disebabkan MCA sendiri juga menyedari yang mereka sukar untuk menang. MCA juga sedang dilambung masalah ekoran perebutan kepimpinan di dalam parti berkenaan. Masalah kem-kem bekas presiden dengan kem presiden hari ini belum dapat dilendikkan lagi. Senario ini menyebabkan orang Cina sendiri tidak 'gemas' dengan MCA.

Calon juga memberi faktor sampingan. Che Meh Fun tidak selayaknya untuk berdepan dengan Dr Wan Azizah. Bukan saja kalau diukur dari budi dan jasa kepada masyarakat dalam kerjaya politik masing-masing, tetapi dari segi kesempurnaan seorang wanita juga Wan Azizah jauh lebih unggul dan sempurna berbanding dengan Meh Fun. Wan Azizah terbukti berjaya menjadi seorang isteri yang baik dan ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya. Berbeza dengan Meh Fun, beliau bukan saja tidak ada anak, suami pun belum ada.

Sebagai pemimpin, latar belakang ini sangat penting. Hari ini orang memilih pemimpin bukan saja kerana kamu didokong oleh parti dan pemimpin, tetapi orang memilih sejauh mana kemampuan dan kebolehan kamu sebagai pemimpin.

Kurang meriah

Secara umumnya pilihan raya kecil Kajang dingin, tidak hangat dan kurang meriah. Hakikat ini diperhatikan kepada pemasangan poster dan bahan-bahan kempen lain. Dalam tinjauan rengkas saya dua hari lepas ke lokasi terpilih, kerancakan atau perang poster tidak begitu hebat. Tidak banyak bendera dan bahan kempen dinaikkan. Kalau pun ada ialah banting wajah calon. Bendera yang dipasang tinggi di atas pokok dan bangunan yang menggambarkan kesungguhan dan semangat tinggi berpilihan raya, tidak berlaku di Kajang.

Sungguh pun begitu aktivti kempen berjalan seperti biasa dan pekerja parti tidak mengambil siap sambil lewat. Terutamanya di pihak PKR, calonnya berkempen siang dan malam. Berbagai program diaturkan. Demikian juga dengan ceramah umum. Stadium Mni Kajang menjadi medan perang utama kepada PKR. Sepanjang hari dan malam program ceramah diadakan meliputi semua kawasan peti undi.

Sambutan terhadap ceramah PKR menggalakan berbanding dengan ceramah BN. Ada antara 200 hingga 1500 yang hadir di ceramah Pakatan Rakyat. BN langsung tidak berani ngadakan ceramah terbuka sebaliknya menujumpukan cramah berkelompok dan kunjungan rumah ke rumah kerana majlisnya tidak mendapat sambutan.

Seorang ahli MT Umno yang turut berkempen di Kajang mengakui pihaknya sukar untuk merampas kerusi Kajang. "Kita tidak berfikir untuk rampas kerusi N 25 Kajang, untuk menurunkan undi yang diperolehi calon PKR sebelum ini pun sukar," katanya. "Bagi kami kalau wang deposit Mei Fun selamat sudah kira ok." tambahnya.

Apabila ditinjau mengenai sikap pengundi, rata-rata berpendapat sikap atau sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat masih tidak berubah. Dalam pilihan raya lalu kira-kira 60% hingga 75% sokongan masyarakat Cina kepada PKR. Manakala kira-kira 30% hingga 35% sokongan pengundi Melayu. Bagaimana pun hari ini sokongan China dikatakan meningkat sampai 80% demikian juga ada peningkatan undi Melayu. Katanya sokongan Melayu meningkat antara 10% hingga 15 % menjadi hampir 50%.

Faktor yang menolak Melayu menyokong calon Pakatan Rakyat, ialah kerana faktor calon dan kedua kerana kedegilan MCA yang enggan berkompromi mengenai calon. Ada bisik-bisik di bawah orang Umno akan memberi signal kepada MCA bahawa Kajang untuk masa akan datang perlu diberikan kepada orang Melayu. Untuk tujuan itu mereka membuat kesimpulan pilihan raya Kajang perlu dikalahkan dengan teruk.

Sentimen Melayu di Kajang juga tersentuh apabila beberapa bekas tokoh Umno turut mengambil bahagian berkempen di Kajang. Antara mereka ialah bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sharif Omar, bekas Exco Pemuda Umno Tamrin Ghafar dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Dr Zayadi Awang Nuh. Mereka hampir setiap malam turun ke Kajang dan berceramah untuk membantu Dr Wan Azizah.

Mereka ini dapat mengajak orang-orang Umno yang mana mereka dahulu adalah rakan sewadah dengan mereka. Turut membantu Dr Wan Azizah ialah rakan daripada Pas dan DAP. Beberapa pemimpin Pas turut berkubu di Kajang. Walaupun timbul rasa skeptikal di kalangan segelitri anak-anak muda Pas mengenai tujuan pilihan raya itu, tetapi kehadiran Naib Presiden Pas, Husam Musa, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan timbalannya, Dr Rani Osman dan Abdul Khalid Samad berjaya memberi penjelasan kepada orang Pas khasnya, kenapa pilihan raya itu penting menang.

Sedikit memusykilkan saya apabila mengenangkan penglibatan pemimpin Pas dalam pilihan raya Kajang ini tampak tidak begitu serius. Sepanjang saya menijau kempen pilihan raya atau hadir majlis pra-kempen sebelum penamaan calon tidak ada pemimpin Dewan Pemuda Pas yang mengambil bahagian? Ini berbeza dengan DAP di mana hampir seluruh pemimpin mereka turun, kecuali Karpal Singh. Boleh jadi juga saya tidak terjumpa dengan mereka. Tidak terjumpa bermakna mereka tidak hadir?

Saya tidak berani untuk meramalkan berapa majoriti yang akan dipunggut oleh Dr Wan Azizah. Tetapi saya suka turunkan butir-butir yang menjadi sebutan popular. PKR telah meletakkan sasaran untuk meraih 10,000 majoriti. Sasaran ini lebih munasabah daripada untuk menghilangkan wang deposit Chew Mei Fun. Di kalangan orang Cina (kaki judi), membuat pertaruhan Azizah akan menang 10,000 undi. Saya tegaskan ramalan kaki judi tidak boleh dipakai sama sekali. Haram.

Saya tidak memandang begitu jauh. Pertama di Kajang, Dr Wan Azizah perlu menang untuk menjaga maruah PKR dan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Sekiranya beliau berhajat untuk jadi MB Selangor, wajar kemenangan itu dengan undi yang besar. Undi besar menjadi indokator beliau diingini mengambil alih kepimpinan di Selangor.

Hanya di sini dengan melihat perkembangan setakat ini saya berani menyatakan Dr Azizah akan menang sekitar 3,500 hingga 5,000 undi sahaja. Besar kecil majoriti yang bakal diraihnya nanti bergantung kepada berapa banyak jumlah yang keluar mengundi.

Kehilangan MH 370 dan sehingga ia tidak ditemui sehingga 23 Mac, maka undi Azizah akan bertambah dan tidak mustahil kemucaknya sebanyak 8,500 undi.

Maldives Sahkan Laporan MH370 Di Ruang Udaranya Tidak Benar - Hishammuddin

Posted: 19 Mar 2014 05:33 AM PDT


Oleh: IWAN SHU -ASWAD SHUAIB 


PETALING JAYA: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pada Rabu berkata, Maldives mengesahkan bahawa laporan mengenai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dilihat di ruang udara negara itu adalah tidak benar.

Beliau mengulas laporan mengenai penduduk di Kuda Huvadhoo di Maldives melihat sebuah "pesawat jumbo terbang rendah" di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama MH370 hilang.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

Malaysia Hantar Wakil Tertinggi Ke Beijing Beri Taklimat MH370

Posted: 19 Mar 2014 05:23 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
SEPANG  - Malaysia akan menghantar dengan segera wakil tertinggi ke Beijing bagi memberi taklimat dan maklumat terkini mengenai usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kepada keluarga mangsa.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pasukan itu terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Wisma Putra, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS. 
 
"Pasukan itu akan diketuai oleh Komander Operasi TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dibantu Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara DCA dan beberapa juruterbang kanan pesawat Boeing 777," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media harian mengenai Misi Mencari dan Menyelamat MH370 di Hotel Sama-Sama di sini, sebentar tadi.

Kajian: Rakyat setuju Abdul Khalid masih relevan

Posted: 19 Mar 2014 05:20 AM PDT


khalid ibrahim


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat masih relevan untuk memimpin rakyat dalam menghadapi pelbagai krisis di negeri ini.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh gabungan lima universiti tempatan dari Universiti Selangor (Unisel), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), rata-rata penduduk di Kajang bersetuju ketokohan Abdul Khalid mengatasi pemimpin lain.

Bercakap dalam satu sidang media, Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Farid Wajdi Mohd Nor berpendapat, prestasi kepimpinan yang ditunjukkan oleh Abdul Khalid menyebabkan rakyat terus menyokong beliau memegang jawatannya.

"Abdul Khalid mempunyai rekod yang bagus dari segi kepimpinan, pengurusan kewangan dan pengurusan negeri," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Kajian Pola Pengundian PRK Dun Kajang, Dr. Muhd Shamshinor Abdul Azzis berkata, hasil rumusan dalam kajian mendapati, Abdul Khalid lebih mementingkan kepimpinan negeri berbanding kepimpinan parti.

"Kami membuat kajian berkenaan beliau berdasarkan isu integriti dan akauntabiliti, isu PRK, isu kerajaan negeri dan isu berkaitan dengan PRK.

"Hasilnya menunjukkan kebolehan Abdul Khalid dalam memimpin bukan sahaja terhad dalam parti, tetapi kepimpinan dan keprihatinan beliau lebih kepada rakyat di seluruh negeri," katanya lagi.

FMFA: PKR gesa tubuh suruhanjaya

Posted: 19 Mar 2014 05:19 AM PDT


Shamsul Iskandar


KAJANG - PKR mendesak kerajaan  menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi mengkaji dan memantau penganjuran konsert hiburan bagi mengelakkan kejadian seperti yang berlaku di Konsert Festival Music Future Asia (FMFA), tidak berulang pada masa akan datang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kerajaan Persekutuan sepatutnya menapis terlebih dahulu konsert hiburan seperti FMFA yang katanya boleh dijangkakan kesan negatif yang bakal berlaku.

Beliau dalam pada itu mempersoalkan penganjuran konsert tersebut yang katanya tidak ada keperluan untuk dianjurkan, malah tidak 'sesuai' dengan Tahun Melawat Malaysia.

"Soalnya siapa yang menganjur dan apa keperluan dalam usaha mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 menganjurkan program sebegini yang boleh mengundang hal berkaitan penyalahgunaan dadah ini dibenarkan masuk.

"Saya desak satu suruhanjaya bebas segera ditubuhkan agar perkara seperti ini dapat dihalang dan program hiburan yang semai mesej baik dapat kita perbanyakkan di bawah kementerian belia dan sukan," katanya ketika sidang media, hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa cadangan ini sebagai peringatan kepada Kementerian Belia dan Sukan.

"Kita sendiri telah berikan penegasan kepada Kementerian Belia dan Sukan agar program hiburan ini dikaji agar menepati bukan sekadar selera anak muda tapi juga menggambarkan citra pendidikan generasi muda,"  katanya.

Jumaat lalu, enam orang pengunjung konsert yang berlangsung di Bukit Jalil, maut akibat pengambilan dadah dipercayai jenis baharu secara berlebihan.

Shamsul dalam pada itu tetap mempertahankan kerajaan negeri Selangor berhubung lokasi penganjuran konsert berkenaan yang dipertikaikan sesetengah pihak.

"Soal negeri, mungkin penglibatannya sekadar menyediakan tempat tapi kalau tak ada program (maka tak ada kematian),"katanya.

Ahli UMNO Jangan Marah, Ganjaran Kepada Ezam Akan Membuatkan Wan Azizah Kecundang Di Kajang

Posted: 18 Mar 2014 10:36 PM PDT

shahbudindotcom


 Ganjaran kali kedua sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan yang diterima oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor daripada Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Najib Razak, berkuatkuasa 15 Mac lalu, membuatkan ada sesetengah ahli dan pemimpin UMNO bersungut dan mencebikkan bibir kerananya.

Dengan sebelum ini beliau sudah diberikan jawatan Senator sejak 2010 tetapi khidmatnya yang tidak disambung untuk penggal kedua, diteruskan dengan perlantikan sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan dengan gred jawatan JUSA B membuatkan Ezam yang merupakan bekas orang kuat Anwar Ibrahim dan bercakap juga "stail sengau" seperti Anwar Ibrahim sehingga hari ini, dilihat mempunyai nilai istimewa di mata Najib.

Nasib dan rezekinya nyata lebih baik berbanding sekian ramai ahli dan pemimpin yang setia kepada UMNO, tidak pernah keluar UMNO dan tidak pernah mencerca UMNO.

Selain Ezam daripada kalangan bekas pimpinan PKR yang mendapat ganjaran kerana meninggalkan PKR dan sanggup memaki-hamun Anwar ialah bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zaharin Hashim yang dijadikan Duta Besar ke Indonesia, Zulkifli Nordin diberi peluang bertanding sebagai calon BN di Shah Alam dalam PRU 13 lalu manakala selebihnya ada yang berpeluang berkhidmat dengan beberapa kerajaan negeri dan juga GLC.

Tetapi perlantikan Ezam mendapat lebih perhatian di kalangan ahli dan pemimpin UMNO kerana sementara beliau diberikan satu demi satu ganjaran, hakikatnya kedudukan Anwar Ibrahim tidak juga goyah dan PKR bersama-sama dengan PAS dan DAP pula terus mendapat sambutan daripada rakyat.

Jadi apa hebatnya Ezam?

Najib Razak sebenarnya telah membuat perkiraan yang tepat dengan melantik Ezam hanya beberapa hari menjelang pembungan undi pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac ini. Walaupun sekatan Anwar daripada bertanding adalah melalui hukuman mahkamah yang diterimanya, tetapi perlantikan Ezam ini akan terus membuatkan kepimpinan Najib dilihat dinamik, baik hati dah sentiasa ingin maju ke hadapan.

Pengundi Kajang akan sedar dan beralih secara perlahan-lahan kepada mengundi BN. Wan Azizah nampaknya tiada harapan lagi untuk menang di Kajang dan sekiranya Ezam turut berkempen bersama jawatan barunya itu, peralihan undi akan berlaku dengan lebih ketara lagi.

Perlantikan dan kehadiran Ezam akan membuatkan seluruh jentera PKR patah semangat kerana berkotak-kotak bukti mengenai rasuah dan salah laku pemimpin UMNO yang masih dalam simpannnya dan tidak didedahkan sehingga kini, turut membuatkan mereka membayangkan bahawa Ezam juga mempunyai lebih banyak kotak mengenai pemimpin PKR pula.

Akhirnya kempen untuk Wan Azizah menjadi lesu dan disertai dengan gambaran kepimpinan Najib yang terlihat dinamik itu akan membuatkan calon BN daripada MCA, Chew Mei Fun seperti sedang menunggu rahmat besar menjelang 23 Mac ini sambil sudah boleh membayangkan kedudukan sebagai ADUN Kajang akan menjadi miliknya.

Harus diingat bahawa kemenangan calon BN itu nanti bukan kerana kerja keras Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang setiap hari turun padang, bukan juga kerana kehebatan program penerangan dan pelbagai teori oleh Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dan bukan pula kerana penerimaan pengundi terhadap kepimpinan Noh Omar selaku Pengerusi UMNO Selangor tetapi semuanya adalah kerana kebijaksanaan Najib dalam melantik Ezam itu.

Dengan kemenangan calon BN itu nanti, ia juga menolak teori bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau Zam yang sebelum ini mengatakan penggantian Wan Azizah daripada Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara akan membuat undi simpati lebih melimpah kepada Presiden PKR itu.

Kebijaksanaan Najib berserta aura yang ada pada Ezam akan memintas pendapat dua bekas pemimpin itu, lalu menjadikan teori mereka sebagai "sampah" saja.

Perlantikan Ezam, sebagaimana yang diumumkan juga, akan merancakkan lagi program-program transformasi ekonomi dan kerajaan bagi menghadapi tahun-tahun mendatang yang dipercayai lebih mencabar dan kritikal. Ini sekaligus akan menjadikan ekonomi lebih berkembang dan dapat mengurangkan hutang negara yang sudah mencecah 54 peratus daripada KDNK ketika ini.

Beserta aura dan pengalamannya sebagai Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan suatu ketika dahulu juga, Ezam akan dapat membantu Najib dan kerajaan menangani krisis kewangan yang mungkin melanda negara sebagaimana yang sudah diberi peringatan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad semalam.

Secara mudahnya, perlantikan Ezam ini memberikan pelbagai guna dan manfaat kepada UMNO dan negara dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kualiti dan kelebihan beliau hanya dapat dibaca dan difahami oleh Najib sahaja.

Kepada ahli dan pemimpin UMNO yang setia, ko ado semua itu...

Ketua Pembangkang DUN PP sekadar cari publisiti – Guan Eng

Posted: 18 Mar 2014 10:26 PM PDT


lge kopi

GEORGE TOWN: Tindakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid memfailkan saman terhadap Lim Guan Eng atas tuduhan fitnah kerana memanggilnya 'nenek rasis' dilihat sekadar usaha mencari publisiti.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu sekadar tersenyum dan berkata 'Kita jumpa di mahkamah'.

"Ketua pembangkang itu nak cari publisiti dan beliau sudah mencapai matlamatnya" kata Guan Eng kepada pemberita selepas majlis tandatangan MoU antara Aceh dan Pulau Pinang.

"Bila kita saman, kita biasanya tak umum. Kita saman saja," tambah beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar selama lima penggal itu berkata, beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang setelah Guan Eng gagal meminta maaf.

"Ia memudaratkan imej dan kredibiliti saya sebagai seorang wakil rakyat. Ia juga merosakkan hubungan saya dengan masyarakat pelbagai kaum.

"Kerana ini saya mesti menuntut keadilan. Saya tidak mempunyai pilihan mengambil tindakan guaman untuk memulihkan reputasi," katanya.

Pertelingkahan antara Jahara dan Guan Eng bermula Disember tahun lalu apabila keduanya berbahas lantang pada sidang DUN mengenai isu perobohan gerai haram dan tuduhan bahawa Pulau Jerejak mahu ditukar nama menjadi Pulau Mazhu (Dewi Laut).

Guan Eng telah memohon maaf kerana memanggil Jahara seorang 'nenek', namun tetap bertegas dengan kenyataan bahawa ADUN UMNO itu seorang rasis. – Roketkini.com

Juruterbang tak pernah lalu koridor Utara, Selatan

Posted: 18 Mar 2014 10:24 PM PDT

MALAYSIAKINI





Kedua-dua juruterbang dan pembantunya dalam pesawat MH370 tiada pengalaman di kawasan operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan sekarang.

"Tiada," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pengalaman kedua-dua mereka menggunakan laluan baru yang berubah daripada haluan KLIA-Beijing.

Katanya, melihat kepada koridor Utara, tiada pesawat komersial Malaysia yang terbang di laluan itu.

"(Untuk) koridor Selatan, melainkan kami terbang ke pulau-pulaunya, (tetapi) kita tidak terbang ke pulau-pulau itu," katanya di Hotel Sama-Sama di KLIA, Sepang.

'Sebar gambar palsu Chew perbuatan 'jelek, tak bermoral'

Posted: 18 Mar 2014 10:21 PM PDT

MALAYSIAKINI





PKR membantah penyebaran gambar palsu calon BN yang digambarkan berbikini di laman-laman sosial.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiee berkata kegiatan menampal muka Datin Paduka Chew Mei Fun itu sebagai "jelek dan tidak bermoral."

"Kami menyarankan pihak Chew dan MCA membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami melihat kegiatan tersebut sebagai jelek dan tidak bermoral dan satu penghinaan kepada wanita. Meskipun beliau lawan kami...

"Kami tak mahu mana-mana pihak sekalipun menggunakan kesempatan untuk memfitnah yang mengaibkan," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Kelmarin Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dalam sidang media mendakwa perbuatan itu dilakukan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau berkata gambar palsu itu menghina maruah wanita dan mendesak SKMM menyiasat perkara terbabit

Satu Lagi Konsert Maksiat, Tak Serik-Serik Lagi Dengan 6 Kematian!

Posted: 18 Mar 2014 10:04 PM PDT

KELAB GREENBOC


Konsert: Selepas 6 remaja mati nak anjur lagi


KUALA LUMPUR: PAS mengecam penganjuran satu lagi konsert di saat negara baru dikejutkan dengan insiden kematian enam remaja di konsert Future Music Festival Asia yang diadakan di Bukit Jalil, 13 dan 14 Mac lalu.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut mempersoalkan siapa di sebalik penganjuran konsert tersebut, yang dikatakan berkait dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, petang ini, Siti Zailah berkata antara sebab doa itu terhijab adalah kerana maksiat yang berleluasa.

"Di saat seluruh negara bersedih dengan misteri kehilangan pesawat MH370, kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert tersebut kerana pengambilan dadah berlebihan.

"Perlu diingatkan, antara sebab doa ditolak adalah kerana berlakunya banyak maksiat yang menyebabkan doa tidak diterima Allah SWT, lebih-lebih lagi di saat kita memohon petunjuk bagi kehilangan MH370, " kata beliau.

Justeru, beliau mengharapkan kerajaan menyatakan siapakah di belakang penganjuran konsert tersebut, selain sejauhmana pemantauan dilakukan kerajaan ke atas konsert tersebut.

Beliau turut mendesak kerajaan untuk membatalkan konsert Life in Color Malaysia yang dijadualkan pada 19 April ini di Sepang.

Konsert anjuran Future Sound Asia dan Zouk itu dikatakan turut disokong Malaysia Major Events Division of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan.

Malah, ia dikatakan turut melibatkan sebuah syarikat arak, Heineken.


Dalam pada itu, Siti Zailah turut menyatakan hikmah di sebalik kehilangan pesawat MH370 apabila Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APPM) menyatakan keluasan perairan kelantan meliputi 20, 000 batu nautika.

Sekaligus, kenyataan APMM itu membuktikan keluasan tersebut berada dalam perairan kelantan sepertimana yang ditegaskan kerajaan negeri kelantan berhubung isu tuntutan royalti dari kerajaan pusat.

Ekoran itu, Siti Zailah sekali lagi mendesak kerajaan pusat untuk segera melunaskan tanggungjawab membayar royalti minyak keoada kerajaan negeri kelantan yang dinafikan sekian lama. -HD


LIHAT VIDEO DI SINI

'Hisham tak konsisten kenyataan 'lampaui politik'

Posted: 18 Mar 2014 10:02 PM PDT

MALAYSIAKINI





Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung pencarian pesawat MH370 "melampaui politik" menunjukkan beliau tidak konsisten, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bercakap kepada media malam tadi, Anwar mengalu-alukan kenyataan mengenai usaha mencari pesawat itu selepas 10 hari, namun ketua umum PKR itu menggesa Hishammuddin mendisplinkan media yang dikawal Umno dan cybertrooper Umno.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu membidas kenyataan Hishammuddin itu tetapi majlis penerangan berhubung kehilangan pesawat itu hanya diberikan kepada ahli parlimen BN sahaja.

"Saya kata ini tidak konsisten, dia tidak amanah dengan komitmennya," kata Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan itu juga mendakwa cara krisis ini dikendalikan setakat ini "penuh dengan percanggahan".

Penganjur Konsert FMFA Boleh Dikenakan Tindakan Tegas - Ahmad Zahid

Posted: 18 Mar 2014 09:52 PM PDT


Oleh: BERNAMA 


KAJANG: Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 harus dikenakan tindakan tegas sekiranya terbukti mereka gagal mencegah penyalahgunaan dadah dan alkohol sewaktu berlangsung persembahan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Menegaskan demikian, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu yang meragut enam nyawa warga tempatan, tiga daripadanya wanita, berusia antara 19 hingga 28 tahun.

"Kita serahkan kepada polis untuk ambil tindakan, bersama-sama dengan PBT dan pihak stadium yang telah menyewakan premis berkenaan kepada penganjur," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan di sini Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata polis telah mengenalpasti 38 makmal utama dadah di negara ini di mana sembilan darinya telah pun diserbu dan peralatannya dimusnahkan.

"Saya tidak mahu beritahu negeri mana dan lokasi mana tetapi tindakan yang dilakukan Sting (Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik) sudah mengambil kira dari negara mana mereka yang telah mengusahakan makmal ini," katanya.

PRK Kajang: Keputusan Dijangka 9 Malam Ahad

Posted: 18 Mar 2014 09:51 PM PDT

Abdul Ghani
 
 
 
KAJANG: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dijangka dapat ketahui seawal pukul 9 malam Ahad depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya yakin tidak menghadapi masalah untuk melakukan proses pengiraan undi sebaik sahaja pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

"Kita jangkakan keputusan boleh diumumkan seawal pukul 9 malam," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat pengundian awal di IPD Kajang di sini, Rabu.

Mengulas mengenai kempen PRK Kajang yang masuk hari ke lapan, Abdul Ghani menyifatkan ia berlangsung dalam suasana yang aman tanpa insiden yang tidak diingini.

"Alhamdulillah semuanya lancar, kita tak terima apa-apa laporan membabitkan perkara yang serius.
"Saya harapkan suasana kempen secara aman ini dapat dikekalkan sehingga tempoh berkempen tamat pada tengah malam Sabtu ini," katanya.

PRK Kajang diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lepas.

Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal berdepan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.

SPR menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa.

PRK Kajang: Pas nafi boikot calon PKR

Posted: 18 Mar 2014 09:47 PM PDT


Kamaruzzaman Abdullah Kamaruzzaman Abdullah


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) menafikan terdapat usaha dari Pas untuk mengkhianati calon PKR yang bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan Balingian.

Ketuanya, Kamaruzzaman Abdullah berkata, isu yang mengaitkan Pas tidak akan memberi kerjasama kerana berang dengan tindakan bekas calon PKR dari negeri ini, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah mengarut.

Menurutnya, perkara itu tidak timbul sama sekali kerana pendirian kedua-dua parti sejak dari awal melihat isu saman itu tidak lebih daripada isu peribadi dan langsung tiada kaitan dengan parti.

"Isu ini karut. Kita adalah parti yang berpegang teguh dengan tahalluf siyasi selagi tiada pengkhianatan. Isu saman itu adalah masalah peribadi dan bukan parti, lainlah kalau ia melibatkan parti.

"Begitu juga dengan isu untuk boikot PRK Dun Kajang yang dibangkitkan sebelum ini. Perkara itu juga tidak timbul. Semuanya bersatu untuk memenangkan calon PR," katanya kepada Sinar Harian.

Kamaruzzaman berkata, walaupun sebelum ini timbul desas-desus untuk memboikot PRK Dun Kajang, namun ia adalah salah faham sehingga memperlihatkan pihak tertentu dalam Pas benar-benar mahu bertindak sedemikian.

Katanya, kesempatan tersebut cuba dikeruhkan pihak lawan untuk melaga-lagakan antara satu sama lain lebih-lebih lagi Kajang dan Balingian, masing-masing sedang melalui tempoh kempen pilihan raya.

"Kita sedar isu sedemikian masih dimainkan BN untuk memperlihatkan ketidaksefahaman antara Pas dan PKR, sedangkan situasi sebenar adalah berbeza sama sekali dan Pas sendiri menunjukkan komitmen yang baik untuk membantu memenangkan calon PR di Dun Kajang," katanya.

Hishammuddin jawab dakwaan lima 'airport haram'

Posted: 18 Mar 2014 09:22 PM PDT


Hishamuddin Tun Hussein Hishamuddin Tun Hussein bersama (kiri) Dato' Seri Zulkifli Mohd Zin pada sidang media berkaitan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada lima hari lalu. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan lima lapangan terbang haram yang terdapat dalam program simulasi milik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah ada hubungkait dengan kehilangan MH370.

"Tidak timbul isu sebegini dalam siasatan MH370, pihak polis sepatutnya sudah boleh mendedahkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan kecelaruan dan percanggahan pendapat oleh mana-mana pihak," katanya pada sidang media di Hotel Sama-sama di sini, semalam.

Pada 16 Mac lalu, pihak polis telah menyerbu rumah Zaharie selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan pesawat itu menukar haluannya dengan sengaja.

Pihak polis memeriksa program simulasi milik juruterbang itu untuk menyiasat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang koordinasi penerbangan beliau.

Semalam, media tempatan melaporkan, hasil pemeriksaan polis mendapati, terdapat lima lapangan terbang terbiar berada dalam latihan simulator juruterbang terbabit.

Tambah Hishammuddin, "adalah perkara biasa bagi seorang juruterbang memiliki program simulasi di rumah, tak perlu buat sebarang andaian tidak berasas.

"Ia hanya akan memburukkan keadaan," katanya.

PRK Kajang: Proses pengundian awal bermula

Posted: 18 Mar 2014 09:17 PM PDT


PRK Kajang


KAJANG - Seramai 1,197 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) berasingan pada PRK Dun Kajang, hari ini.

Pusat undi yang dibuka bermula seawal jam 8 pagi tadi membabitkan dua daerah mengundi iaitu Taman Kota Cheras dan Taman Kajang.

Daripada jumlah itu, seramai 382 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di pusat mengundi awal di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Manakala 124 pengundi lagi akan membuang undi di pusat mengundi Makmal Forensik PDRM bagi daerah mengundi Taman Kota Cheras.

Bakinya seramai 691 pengundi pula akan membuang undi di pusat mengundi Rumah Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Sebanyak tiga saluran di setiap pusat mengundi dibuka hari ini proses pengundian awam akan tamat pada jam 5 petang nanti.

Ikuti perkembangan semasa proses pengundian ini:

9.20 pagi: Calon BN bagi PRK Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun mula meninggalkan pusat mengundi awal di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM KL dan menuju ke pusat mengundi seterusnya.

9.10 pagi: Proses pengundian awal di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM, Kuala Lumpur hari ini melibatkan 382 pengundi yang akan menjalankan tanggunjawab mereka. 

9.06 pagi: Kelihatan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun mula kelihatan mengunjungi pusat mengundi awal di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM, Kuala Lumpur, hari ini.

9.05 pagi: Setakat ini seramai 32 orang pengundi yang terdiri daripada anggota polis  telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di Dewan Anjung Makmal Forensik Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur.


8.50 pagi: Ketika ini anggota dan pegawai polis kelihatan sedang berbaris di luar Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM sementara menunggu giliran untuk membuang undi.

8.48 pagi: Calon PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  hadir ke makmal Forensik pula untuk melihat sendiri proses pengundian awal.

8.45 pagi - Wan Azizah meninggalkan pusat mengundi itu dan meneruskan kunjungan ke pusat mengundi Makmal Forensik PDRM, bersebelah lokasi pertama.

8:40: Hanya jurukamera dibenarkan masuk ke pusat pengundian.

8.30 - Calon PRK N25 Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kelihatan mengunjungi Pusat Daerah Mengundi yang terletak di Taman Kota Cheras itu.

8.01 pagi: Proses pengundian bermula.

8.00 pagi: Pusat Pengundian Awal bagi PRK Dun Kajang di Dewan Sultan Ahmad Shah dan Dewan Anjung Makmal Forensik Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur mula dibuka.

Penumpang MH370 tiada pengalaman kemudi pesawat

Posted: 18 Mar 2014 09:15 PM PDT


Azharuddin Abdul Rahman Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman - Foto Bernama


SEPANG - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengesahkan tiada penumpang di dalam pesawat MH370 yang mempunyai pengalaman membawa atau mengemudi kapal terbang.

Bercakap dalam satu sidang media semalam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, latar belakang kesemua penumpang telah diperiksa dengan teliti, dan disahkan oleh pihaknya.

"Pihak kami telah menyiasat tentang perkara ini dan kami pasti tiada penumpang mempunyai pengalaman atau rekod dalam mengemudi kapal terbang," jawabnya ringkas.

Beliau memberikan kenyataan berhubung dakwaan sesetengah pihak mengandaikan ada penumpang mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam mengemudi pesawat terbabit.

Tiada ulasan: