DIALOG RAKYAT |
- Saya tidak akan maafkan Mei Fun - ibu pelajar
- MH370: Perancis Tawar Kepakaran Pencarian Dalam Air
- Pemandu maut, dua parah bas ekspres terjunam dalam gaung [TONTON VIDEO]
- Dr Mahathir hairan teknologi canggih gagal kesan MH370
- Keputusan STPM esok, SPM Khamis
- Guru anti-PBS tolak penambahbaikan 43 hari
- Hakim lawat tempat Beng Hock ditemui mati
- Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar
- Kasta Politik Dalam Malapetaka Negara
- Taklimat MH370 hanya untuk BN tidak bertanggungjawab, kata Kit Siang
- China ‘yang perahsia’ mahu Malaysia terbuka tentang pesawat MH370
- Ahli keluarga kapten tidak lari
- Jejak MH370 buntu, bingungkan semua pihak
- 3 didakwa bunuh ketua wanita Umno Semenchu
- Wan Azizah Sangkal Ditolak Pengundi Melayu
- India Sahkan Lima Warganya Dalam MH370 Mempunyai Rekod Bersih
- Umno bodohkan Melayu, kata Dr Siti Mariah
- Manivanan cabar Shahidan kemukakan bukti peruntukan Permata
- MH370: Jangan tekan para waris penumpang
- Nazri dan Khairy tidak boleh lepas tangan, kata Nik Nazmi
- 'Mesej digodam boleh perangkap kami'
- Akhbar China Tukar Malaysia Kepada "Ma Lie Sia" Kerana Kuat Berbohong
- Anwar selar kaitkan kehilangan MH370 dengan KEADILAN
- NGO beri ROS 7 hari jawab status siasatan DAP
- Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq
Saya tidak akan maafkan Mei Fun - ibu pelajar Posted: 18 Mar 2014 05:58 AM PDT NAZRI ABDULLAH KAJANG: Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun nampaknya terus tercalar dengan isu kegagalan beliau mempertahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat anaknya belajar di sekolah itu meluahkan, beliau sangat kecewa dengan Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA itu. Beliau yang hadir pada sidang media PKR bersama seorang anaknya hari ini berkata, Mei Fun hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh membela masyarakat. "Saya pengundi dia dahulu. Ketika itu saya cuba nak jumpa dia nak bincang, tapi dia lari. "Saya sangat kecewa. Orang cina memang tidak dapat maafkan dia," kata beliau. Isu penutupan SJKC Damansara yang dipindah ke Tropicana berlaku pada tahun 2001 sebelum ia dibuka semula pada 2009 dengan nama SKJC Chung Hwa. Pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah. Bagaimanapun, ia dibantah penduduk dan NGO di kawasan tersebut yang mahu sekolah itu dikekalkan. Biarpun dikunci, mereka tetap bertahan dengan belajar dalam kabin yang ditempatkan di sebuah kuil berdekatan. "Lapan tahun anak-anak kami belajar di kabin. "Bukan sahaja tidak mempertahankan sekolah asal itu, tapi dia (Mei Fun) langsung tidak peduli, tak datang tengok kami," katanya. Lebih mengecewakan kata beliau, perpindahan dibuat tanpa mendengar pandangan penduduk Kampung Baharu Seri Damansara. "Saya harap penduduk Kajang boleh buka mata terang-terang. Pilih calon betul-betul boleh harap bukan yang pandai cakap sahaja," kata beliau. Turut hadir pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, Penasihat SJKC Damansara asal iaitu Bock Kei Hee dan bekas Adun Kajang Cikgu Lee Kim Sin. | ||
MH370: Perancis Tawar Kepakaran Pencarian Dalam Air Posted: 18 Mar 2014 05:52 AM PDT Oleh: BERNAMA SEPANG: Pakar-pakar Perancis akan menghulurkan kepakaran dalam operasi pencarian di bawah permukaan air kepada Malaysia yang mengetuai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang. Jean Paul Troadec, penasihat khas kepada Biro Penyiasatan Kemalangan Penerbangan Perancis berkata kepakaran mereka dalam siasatan nahas udara Penerbangan 447 Air France pada 2009 mungkin boleh dimanfaatkan dalam pencarian pesawat Boeing 777-200ER itu. "Kami mempunyai kepakaran dalam pencarian dalam air, uji kaji dan aspek teknikal dalam bidang komunikasi dan elektronik," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Hotel Sama Sama di sini, Selasa. Bagaimanapun Troadec berkata misi pencarian MH370 berbeza dengan operasi pencarian yang dapat mengesan pesawat 447 dalam tempoh yang singkat selepas nahas itu berlaku. "Bezanya ialah tidak lama selepas nahas penerbangan 447 Air France itu, kami tahu batas kawasan di mana pesawat itu berada. "Kami memulakan pencarian dengan segera selepas nahas itu (pada 2009) yang sudah tentu berbeza dengan misi sekarang. Akan ada kelainanannya," kata beliau. Troadec ialah antara tiga pegawai daripada Pihak Berkuasa Penyiasatan Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) yang tiba di Kuala Lumpur semalam untuk membantu operasi SAR. Ketika ditanya mengenai kemungkinan teori utama tentang kehilangan MH370 itu, beliau berkata: "Kami tidak mempunyai teori. Kami berada di sini hanya untuk membantu pihak berkuasa Malaysia.. Mereka yang menjalankan siasatan dan kami cuma berkongsi pakar kami dan nasihat." Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu. Misi pencarian pesawat berkenaan setakat ini membabitkan 26 buah negara. | ||
Pemandu maut, dua parah bas ekspres terjunam dalam gaung [TONTON VIDEO] Posted: 18 Mar 2014 05:45 AM PDT ANTARAPOS.COM GOPENG: Seorang pemandu bas maut manakala dua penumpang parah apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung sedalam hampir 10 meter di Kilometer 301.5 Lebuhraya Utara-Selatan laluan ke utara, berhampiran Gua Tempurung di sini Isnin. Mangsa dikenali sebagai Hasmir Arshad, 43, dari Bercham, Ipoh, maut di tempat kejadian. Dua penumpang, Mong Ming Chai, 48, dan Farahzela Zainal Abidin, 27, masing-masing dari Salak Utara, Kuala Kangsar dan Kampung Jalong, Sungai Siput parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kemalangan pada pukul 4.25 petang itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu cuba mengelak sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang terbabas di hadapannya. Ini mengakibatkan bas membawa dua penumpang terbabit hilang kawalan dan merempuh penghadang tepi lebuh raya itu sebelum terjunam ke dalam gaung yang terletak kira-kira lima kilometer dari plaza tol Gopeng, katanya. Ng berkata ketika kejadian, bas itu melalui jalan lurus manakala cuaca pula baik. | ||
Dr Mahathir hairan teknologi canggih gagal kesan MH370 Posted: 18 Mar 2014 05:42 AM PDT ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hairan mengapa penerbangan MH370 masih gagal dikesan walaupun kuasa-kuasa besar membantu dan menggunakan teknologi mereka. Bekas perdana menteri itu berkata, teknologi secanggih itu mampu mengesan pergerakan sekecil manusia walau di mana mereka berada. "Saya melihat perkembangan ini (misi mencari dan menyelamat) amat aneh kerana dalam dunia yang serba moden dan canggih dengan pelbagai teknologi, kita masih gagal mengesan pesawat yang besar. "Padahal dengan teknologi sama kita boleh mengesan manusia walaupun ia berdiri di tepi jalan," kata Dr Mahathir dipetik berkata dalam akhbar Berita Harian. "Saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku. Saya memahami perasaan sedih yang dihadapi oleh keluarga kerana sampai hari ini kita belum tahu nasib penumpang dan kru," katanya. Dr Mahathir berkata, jika pesawat terhempas tidak kira di laut atau di darat, sudah pasti serpihan mampu dikesan oleh kuasa-kuasa besar kerana mereka mempunyai teknologi statelit canggih. Hari ini masuk hari ke-11, operasi misi dan menyelamat dilakukan untuk mencari pesawat yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal. Malaysia sudah menghantar nota diplomatik kepada 14 negara untuk meminta bantuan bagi misi mencari dan menyelamat selain radar dan satelit maklumat perisikan. Sehingga kini, 26 negara sudah terlibat dalam membantu Malaysia untuk mencari pesawat Boeing 777 - 200ER tersebut. Misi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu berterusan hari ini, 240 jam selepas ia hilang. | ||
Keputusan STPM esok, SPM Khamis Posted: 18 Mar 2014 05:39 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2013 akan dikeluarkan esok (Rabu), manakala keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dijadual diumum Khamis ini. Bagi keputusan STPM, semua calon boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, seramai 55,214 calon STPM tahun lepas dilaporkan telah hadir menduduki peperiksaan di 773 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 54,288 (98.32 peratus) orang merupakan calon kerajaan, 648 (1.17 peratus) calon dari sekolah swasta, 268 (0.49 peratus) orang merupakan calon persendirian individu, 9 (0.09 peratus) orang calon dari sekolah kerajaan negeri dan seorang calon dari sekolah integriti Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarnya ke 15888 dan juga melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada hari sama untuk semakan keputusan peperiksaan. Menurut Khawari, persidangan akhbar mengenai analisis keputusan STPM 2013 akan diadakan setengah jam sebelum keputusan diedarkan kepada calon pada hari sama di Auditorium, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Sementara bagi calon SPM, seramai 470,395 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara. Semakan keputusan SPM juga boleh dibuat melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM dan hantar ke 15888, diaktifkan mulai 10 pagi Khamis dan ditamatkan pada 11.59 malam 26 Mac 2013. Majlis Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2013 akan diadakan 9 pagi Khamis di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Parcel E, Putrajaya. | ||
Guru anti-PBS tolak penambahbaikan 43 hari Posted: 18 Mar 2014 05:35 AM PDT MALAYSIAKINI Kumpulan guru anti-Penaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menganggap pengumuman perlaksanaan sistem itu pada 1 April ini, setelah dibuat penambahbaikan, tindakan yang gopoh. Menurut aktivis pendidikan Mohd Nor Izzat Mohd Johari (lihat gambar, dua dari kanan), walaupun penambahbaikan dibuat, ia masih "gelojoh" kerana hanya diteliti semula dalam tempoh singkat. "Dalam tempoh 43 hari sahaja KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) mampu mengubah sesebuah dasar dan terus mahu melaksanakan dasar yang telah ditambah baik tanpa kajian rintis dan semestinya tiada rangka dasar," katanya. Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) itu berkata, KPM patut melaksanakan kajian menyeluruh dan kajian rintis sekurang-kurangnya tiga tahun serta mengeluarkan dokumen bertulis sebelum melaksanakan sebarang dasar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, sistem PBS baru akan dilaksana bermula 1 April. Ia juga, menurut menteri pendidikan, akan mengurangkan beban guru sehingga 80 peratus. Antara ciri baru sistem baru itu, guru akan memasukkan data berdasarkan masa yang sesuai secara 'offline'. | ||
Hakim lawat tempat Beng Hock ditemui mati Posted: 18 Mar 2014 05:33 AM PDT MALAYSIAKINI Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mengendalikan rayuan berhubung keputusan terbuka Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini melawat tempat setiausaha politik exco kerajaan Selangor itu dikatakan terjatuh di Plaza Masalam di Shah Alam. Tempat itu adalah bekas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini menempatkan sebuah institusi pengajian tinggi swasta antarabangsa yang terletak di tingkat 14. Datuk Mohammad Ariff Md Yusof, yang mempengerusikan panel itu bersama dua lagi hakim yang menganggotai panel tersebut, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer tiba di perkarangan bangunan berkenaan pada pukul 10.30 pagi. Turut hadir Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas, peguam Gobind Singh Deo dan keluarga Beng Hock yang turut membawa bingkai berisi gambar mendiang. Mereka meluangkan masa kira-kira 40 minit di tingkat 14 sebelum turun ke tingkat 5 yang merupakan lokasi penemuan mayat Beng Hock. Tiga hakim berkenaan kemudian dilihat meninggalkan Plaza Masalam pada pukul 11.30 pagi. Gobind ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata lawatan berkenaan dibuat bagi membolehkan ketiga-tiga hakim itu melihat sendiri tingkap yang dikatakan tempat Beng Hock terjatuh dari bangunan berkenaan serta tempat di mana mayat pembantu politik DAP itu ditemui. "Para hakim telah lihat apa yang mereka perlu lihat. Pada 28 Mac ini kita akan teruskan dengan hujahan berdasarkan apa yang dilihat hari ini," katanya. Pada 23 Jan lepas, Hakim Mohammad Arif memerintahkan pihak yang terlibat dalam rayuan berkenaan melawat tempat itu bagi memeriksa tingkap yang dikatakan tempat Beng Hock terjatuh daripada bangunan berkenaan. Inilah julung kalinya para hakim Mahkamah Rayuan melawat tempat kejadian dalam inkues. Dalam inkues berkenaan, koroner Azmil Muntapha Abas melawat tempat terbabit dua kali dan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan menyiasat punca kematian Beng Hock, melawatnya sekali. Pada 5 Jan 2010, koroner berkenaan membuat keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan akibat bunuh diri atau dibunuh dan tidak melibatkan pihak ketiga. Pada 21 Julai tahun berikutnya, Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen (kini bersara), memutuskan bahawa kematian Beng Hock adalah akibat bunuh diri. Selepas itu, abang Beng Hock, Teoh Meng Kee memfailkan permohonan mengikut Seksyen 323 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Tinggi pada 30 Sept 2011 agar keputusan koroner itu disemak semula. Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan semula Meng Kee itu pada 1 Dis 2011. Pada 2 Feb tahun lepas, Meng Kee mendapat kelulusan Mahkamah Rayuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. - Bernama | ||
Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar Posted: 18 Mar 2014 05:23 AM PDT Oleh : NAZLI IBRAHIM KAJANG: Menyedari tidak wajar berkempen di dalam kawasan sekolah, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memilih untuk bertemu ibu bapa pelajar di pondok bas luar pagar sekolah. Ironiknya, sekolah terbabit, Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan sebenarnya adalah sekolah yang pernah dirasmikan suami beliau sendiri ketika menganggotai kabinet kerajaan. Menariknya, kehadiran beliau di pondok bas yang terletak sebelah luar pintu utama sekolah, bukan sahaja menarik perhatian ibu bapa yang sibuk menghantar dan mengambil anak masing-masing, bahkan turut menarik perhatian sekumpulan tiga hingga lima guru sekolah berkenaan. Enggan melepaskan peluang bertemu Dr Wan Azizah, kumpulan guru terbabit dilihat secara curi-curi sempat menghampiri ke pagar berhampiran untuk bertemu dan bersalaman dengan Presiden PKR itu. Kumpulan guru terbabit yang kelihatan teruja juga sempat memberi kata-kata perangsang kepada Dr Wan Azizah yang menjalankan kempen PRK sekitar Sungai Kantan hari ini. Selepas pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (PR), Kerajaan Pusat bertindak menghalang Menteri Besar dan pemimpin negeri PR mengadakan program di dalam kawasan sekolah di negeri itu. Larangan tersebut turut meliputi program yang boleh memberi manfaat kepada pelajar dan warga guru. Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini turut pernah dihalang untuk menyampaikan wang sumbangan kepada sebuah sekolah di Selangor. Bagaimanapun larangan itu tidak terpakai kepada Barisan Nasional (BN) apabila pemimpin mereka kerap masuk ke sekolah bagi memenuhi keperluan politik mereka.-NFN- | ||
Kasta Politik Dalam Malapetaka Negara Posted: 18 Mar 2014 01:37 AM PDT shahbudindotcomDi sebalik rungutan beberapa negara mengenai sikap tidak telus dan kemungkinan maklumat disembunyikan dalam menangani kemelut kehilangan pesawat MH370 yang sudah berlarutan sehingga hari ke-11 hari ini, kerajaan semalam menunjukkan kepada rakyat bahawa dakwaan itu semakin menunjukkan kebenarannya. Ini berikutan dengan tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussein yang hanya menjemput Ahli-Ahli Parlimen BN menghadiri taklimat mengenai kehilangan pesawat itu di sebuah lokasi di KL Sentral, pada jam 8.30 malam, 18 Mac 2014 iaitu hari ini. Dalam surat jemputan yang turut bocor kepada Ahli-Ahli Parlimen PR, jelas menunjukkan bahawa Ahli-Ahli Parlimen BN sendiri tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu sehingga kemungkinan bertindak memberikan salinan surat itu dengan tujuan ia didedahkan kepada pengetahuan umum. Dengan hanya menjemput Ahli-Ahli Parlimen BN sedangkan insiden kehilangan pesawat yang masih menjadi misteri sehingga kini adalah suatu malapetaka kepada negara yang seharusnya memerlukan penglibatan dan dokongan semua pihak, adakah tindakan kerajaan yang menimbulkan banyak persoalan. Lebih-lebih lagi Parlimen merupakan institusi penting yang mewakili rakyat seluruh negara, tindakan kerajaan mengenepikan wakil-wakil dari pembangkang seperti meremehkan institusi tersebut. Apakah yang cuba disembunyikan kerajaan dalam taklimat ini? Dan apakah kerajaan, di sebalik meminta rakyat agar jangan membuat sebarang spekulasi dan andaian, sebenarnya turut menpunyai andaian sendiri yang bersifat politik kepartian dalam insiden ini? Adakah kerana semata-mata juruterbang pesawat yang hilang itu, Zaharie Ahmad Shah merupakan ahli seumur hidup PKR dan didapati hadir memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim ketika hukuman lima tahun penjara dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan, maka kerajaan terus membuat kesimpulan bahawa kejadian ini lebih bersifat politik kepartian dan sebarang maklumat harus dinafikan untuk diketahui oleh Ahli-Ahli Parlimen PR? Sebelum ini, sebaik diketahui bahawa Zaharie adalah ahli PKR, beberapa penulis blog dan pengendali laman sosial pro UMNO telah pun mengaitkan insiden itu dengan kekecewaan dan rasa terganggu juruterbang tersebut terhadap hukuman yang dijatuhkan keatas Anwar itu. Malah ada yang lebih lancang dengan menulis, " semuanya salah Anwar." Tanpa mengambil kira sumbangannya selama ini terhadap MAS, perasaan isteri dan ahli keluarganya serta fakta yang terbentang hanyalah pesawat itu dilencongkan ke tempat lain dan alat komunikasi dimatikan secara sengaja oleh seseorang yang pakar mengenai pesawat, hakikatnya semua itu belum lagi mutlak menunjukkan semuanya dilakukan oleh Zaharie. Boleh jadi juga ia dilakukan oleh orang lain atau mungkin juga Zaharie dipaksa dalam keadaan yang mengancam nyawanya untuk berbuat demikian. Sehingga apa yang sebenarnya berlaku tidak dapat dipastikan kebenarannya, segala-galanya masih lagi bersifat andaian dan telahan semata-mata. Berdasarkan logik akal juga, tiada sebab yang kukuh untuk mengesahkan bahawa Zaharie selaku juruterbang sanggup melakukan sabotaj terhadap pesawat dan mengancam 239 nyawa yang lain semata-mata kecawa kerana hukuman yang dijatuhkan keatas Anwar kerana beliau bukanlah ahli keluarga atau kenalan yang terlalu rapat dengan Ketua Pembangkang itu. Simpati dan kecewanya terhadap hukuman yang diterima oleh Anwar sebenarnya turut dirasai oleh ratusan ribu atau mungkin jutaan insan yang lain tetapi rata-ratanya mereka menerima hakikat bahawa Anwar tidak dipenjara serta-merta, malah masih ada peluang lagi untuk membebaskan dirinya di Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian, jika kerajaan bersikap rasional dan terbuka, tiada apa maklumat atau perkembangan yang perlu disembunyikan sehingga perlu mengadakan taklimat tertutup yang hanya dihadiri oleh Ahli-Ahli Parlimen BN sahaja. Jika sebelum ini, usul mengenai kehilangan pesawat ini juga turut ditolak untuk dibahaskan oleh Parlimen dengan alasan usaha mencari dah mengesan pesawat itu sedang dijalankan, tetapi setelah berlarutan selama 11 hari tanpa sebarang perkembangan positif dan semua pihak seharusnya digalakkan untuk bersatu hati, tindakan sepupu Najib mengadakan taklimat tertutup ini tidak boleh diterima sama-sekali. Selain menunjukkan kerajaan tidak telus dan ingin menyembunyikan sesuatu, perkembangan ini juga memperlihatkan kerajaan mempunyai kecenderungan untuk mempolitikkan insiden ini. Apakah dalam malapetaka negara yang menjadi sorotan dunia ini, kerajaan masih sempat lagi memikirkan soal politik kepartian mengenainya? Setelah keahlian parti politik Zaharie dijadikan isu dan kemudian kaitannya dengan Anwar Ibrahim dilorongkan kemungkinan insiden ini berlaku, kini sekali lagi ia cuba dipolitikkan dengan mewujudkan kasta untuk menafikan sebahagian Ahli Parlimen yang turut mewakili rakyat daripada mendapat maklumat yang telus dan benar daripada kerajaan sendiri. Dalam masa yang sama, tindakan mengadakan taklimat tertutup ini juga hanya selang sehari selepas Menteri Dalam Megeri, Zahid Hamidi cuba meredakan keadaan dengan meminta soal keahlian parti dan anutan politik juruterbang itu tidak dijadikan isu oleh sesiapa jua pun. Keanggotaan seseorang dalam mana-mana parti tidak menentukan baik jahatnya seseorang itu, juga tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk mendorong seseorang melakukan sesuatu yang diluar pertimbangan, lebih-lebih jika seseorang itu mempunyai pendidikan yang baik, kerjaya yang terjamin, keluarga yang bahagia dan latar belakang yang meyakinkan. Apa pun alasan kerajaan mengadakan taklimat yang hanya terhad kepada Ahli-Ahli Parlimen BN sahaja, ia adalah sesuatu yang tidak wajar dan menambah-burukkan lagi persepsi rakyat terhadap kerajaan. Jika kerajaan ingin memberi taklimat mengenai insiden MH370 ini, ia seharusnya dibentangkan di dalam Parlimen supaya semua pihak tahu, faham dan akhirnya bersetuju bahawa ia adalah malapetaka yang perlu ditangani secara bersama tanpa mengira mana-mana anutan politk sekali pun. Tetapi sekiranya tidak mahu dibentangkan di Parlimen atas sebab-sebab keselamatan misalnya, taklimat seharusnya terhad kepada anggota kabinet sahaja. Dengan menyembunyikan fakta sebenar dan cuba bersikap sembunyi-sembunyi, ia lebih membuatkan rakyat berpecah-belay dan tidak bersatu hati. Kepada kerajaan, khususnya Hishammuddin, ingatlah bahawa insiden ini adalah malapetaka kepada negara dan negara ini pula bukanlah milik UMNO dan BN sahaja. | ||
Taklimat MH370 hanya untuk BN tidak bertanggungjawab, kata Kit Siang Posted: 18 Mar 2014 01:13 AM PDT Tindakan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menganjurkan majlis taklimat berkenaan kehilangan misteri pesawat MH370 "hanya untuk Ahli Parlimen Barisan Nasional" adalah tindakan yang buruk dan memecahbelahkan, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Veteran DAP itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, tindakan yang dilakukan Hishammuddin itu akan menjejaskan peranan Parlimen untuk mengadakan siasatan penuh tragedi MH370 selepas operasi mencari dan menyelamat. "Hari ini hari ke-11 pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang. "Inilah waktunya untuk setiap orang tanpa mengira latar kaum, agama, politik, atau kewarganegaraan terus bersatu mendoakan keselamatan 239 penumpang dan anak kapal MH370," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu. Lim berkata, beliau mengesyorkan supaya Parlimen Malaysia, mewakili semua rakyat Malaysia, memainkan peranan dalam tragedi MH370 ini. "Bukan saja dengan memberikan sokongan penuh terhadap semua usaha 'mencari dan menyelamat' yang digerakkan kerajaan dan semua agensi berkenaan, tetapi juga mengadakan siasatan penuh ke atas tragedi MH370, termasuk menyelidik kontroversi dan kekeliruan yang timbul sejak pesawat itu hilang. "Saya menyeru Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan Bencana dibentuk untuk memberi sokongan kepada operasi mencari dan menyelamat dan mempersiapkan diri untuk menjalankan siasatan selepas operasi itu selesai bagi mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul tentang tragedi MH370," katanya. Lim berkata, beliau kesal kerana saranan yang dikemukakannya itu masih belum mendapat respon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin. "Semakin banyak persoalan timbul. Persoalan terkini muncul akibat tindakan berundur daripada kenyataan utama dalam sidang akhbar harian berkenaan urutan peristiwa yang membawa kepada kehilangan pesawat. "Persoalan, kekeliruan dan kontroversi berkenaan krisis MH370 semakin banyak. "Maka, sesuatu yang malang dan dikesali apabila pemangku menteri pengangkutan mengadakan majlis taklimat berkenaan krisis MH370 'hanya untuk Ahli Parlimen BN' sahaja," katanya. Taklimat berkenaan dijangkan berlangsung di Kuala Lumpur pada jam 8:30 malam ini. "Ini adalah perkembangan buruk dan memecahbelahkan, selain menjejaskan peranan Parlimen untuk menyiasat secara menyeluruh tragedi MH370 selepas operasi mencari dan menyelamat. "Saya menggesa Hishammuddin untuk menghormati dan tidak menjejaskan kepentingan, hak dan tanggungjawab Parlimen untuk mengadakan siasatan penuh dan menyeluruh ke atas krisis MH370 selepas operasi mencari dan menyelamat serta memastikan taklimat turut diberikan kepada semua Ahli Parlimen, bukan hanya sebahagian mereka, selain memberikan taklimat tersebut segera tanpa sebarang penangguhan," katanya. | ||
China ‘yang perahsia’ mahu Malaysia terbuka tentang pesawat MH370 Posted: 18 Mar 2014 01:10 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Tindakan China yang menuntut Malaysia mendedahkan segala penemuan berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 berbeza dengan sejarah negara itu yang terlalu berahsia ketika gempa bumi melanda negara berkenaan di Sichuan pada 2008, kata AFP memetik kenyataan penganalisis. Perdana Menteri China, Li Keqiang menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan maklumat berkenaan pesawat berkenaan secara berkala dan tepat, lapor agensi berita Xinhua. Gesaan itu dibuat selepas lebih seminggu apabila ruangan minda pengarang akhbar di China menuntut keterbukaan yang lebih luas daripada Kuala Lumpur dan Malaysia Airlines. "Kecuali ketelusan itu dapat dipastikan, misi pencarian antarabangsa ini tidak akan berhasil seperti yang diharapkan," kata komentar Xinhua. "Ketika berdepan dengan bencana, kejujuran adalah kunci untuk mengelakkan insiden sama berulang kembali," katanya. Namun ketika taklimat kepada media, jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei enggan mendedahkan maklumat lanjut ketika ditanya beberapa siri soalan berkaitan peranan China dalam misi pencarian itu. Mampukan China menolak kemungkinan pesawat hilang itu memasuki ruang udara? Adakah 153 penumpang warga China yang menaiki pesawat itu disiasat? Adakah China menjalankan misi mencari dan menyelamat di darat termasuk di laut? Adakah misi mencari dilakukan di wilayah barat Tibet dan Xinjiang, di mana data satelit menunjukkan kemungkinan pesawat terbang ke sana? Hong enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata,"operasi mencari kini diteruskan, dan kami akan bekerjasama dengan Malaysia untuk lakukan usaha pencarian." - | ||
Ahli keluarga kapten tidak lari Posted: 18 Mar 2014 01:08 AM PDT SHAH ALAM - Dakwaan mengatakan isteri kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah melarikan diri ke luar negara sehari sebelum kejadian tidak benar. Menurut sumber terdekat keluarga, isteri Zaharie sebenarnya tidak pernah melarikan diri sebaliknya berada di rumah anak sulungnya di Subang. Beliau berkata, wanita tersebut pergi ke rumah anaknya sehari sebelum kejadian. "Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang. "Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul," katanya, semalam. Menurut sumber tersebut, dia juga kecewa dengan spekulasi yang tersebar kerana sedikit sebanyak menjejaskan emosi keluarga serta memberi tanggapan buruk terhadap keluarga Zaharie terutama isterinya. Sumber berkata, rumah Zaharie di Laman Seri di sini, dikawal ketat oleh pihak pengurusan. "Pengawal keselamatan sentiasa berkawal di rumah Zaharie, malah orang luar juga tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut," katanya. Tinjauan Sinar Harian pagi semalam, menunjukkan kediaman Zaharie lengang serta berkunci rapat. Selain itu, terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux hitam diletakkan di garaj dan turut kelihatan seorang wanita dipercayai pembantu rumah sedang memegang seekor kucing berwarna kelabu. Cubaan untuk menemu bual wanita itu tidak berjaya kerana dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. "Saya tak boleh cakap apa-apa kerana majikan tiada di rumah," katanya. Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang dipandu Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sebelum ini, media antarabangsa Daily Mirror melaporkan bahawa isteri Zaharie bersama tiga orang anaknya telah keluar ke luar negara sehari sebelum kejadian pesawat tersebut hilang. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian juga mendapati Facebook dan Instagram Zaharie telah ditutup dan dipercayai dilakukan oleh ahli keluarga untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang menjejas imej keluarga. Manakala, akuan Twitter beliau juga tidak mempunyai sebarang status lama dan kekal kosong.S/Harian | ||
Jejak MH370 buntu, bingungkan semua pihak Posted: 18 Mar 2014 01:03 AM PDT Pesawat MH370 diyakini belum terhempas dan tidak juga dirampas atau disembunyikan di mana-mana lokasi oleh pihak berkepentingan. Kehilangannya penuh misteri, sehingga menyebabkan semakin banyak pembabitan negara luar berusaha mencari dan menyelamat pesawat itu. Ikuti pandangan pakar penerbangan mengenai isu ini, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga bekas pakar rujuk (penasihat) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam bidang Aeroangkasa 2007-2008. Beliau ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA di pejabat Harakah pada 14 Mac lalu. WARTAWAN: Apa sebenarnya yang berlaku ke atas pe sawat MAS MH370 itu pada pandangan Dr? DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR: Apa berlaku pada kapal terbang ini satu soalan yang bukan sahaja ditanya oleh rakyat Malaysia, tetapi juga ditanya oleh mereka yang pakar dalam industri penerbangan termasuklah dalam negara dan luar negara, hatta agensi yang menyiasat mengenai kemalangan di Amerika Syarikat seperti LTSB. Mereka mempersoalkan beberapa perkara pelik yang tidak se perti kebiasaan berlaku da lam kes-kes kemalangan seperti ini. Mereka ada pe ngalaman yang ba nyak. Kalau macam LTSB di Amerika itu, Amerika negara besar, jadi kemalangan sering berlaku. Tetapi dalam kes ini, pengalaman kita tidak ada dan kali terakhir kemalang an besar berlaku pada ta hun 1977 yang lain itu ha nya kemalangan kecil sa haja. Jadi persoalan apa yang terjadi ini menjadi perbahasan oleh se mua pihak. Jadi kita tak boleh elak setiap daripadanya membuat telahan atau spekulasi masing-masing mengenai apa yang berlaku. Macam mana boleh berlakunya kehilangan sesebuah pesawat?. Ia boleh berlaku akibat daripada sekurang-kurangnya lima faktor kegagalan terhadap sesebuah pesa wat. Pertama, kegagalan terhadap struktur pesawat, badan pesawat itu sendiri. Kedua, kegagalan terhadap sistem avionik dalam bahasa kejuruteraannya ataupun secara ringkasnya mengenai komunikasi dan elektronik yang ada dalam pesawat itu. Ketiga, kegagalan terhadap enjin sistem kuasa sesebuah pesawat. Keempat, faktor manusia. Faktor ini merangkumi sebelum pesawat itu terbang sehinggalah semasa pesawat itu dikatakan gagal, sama ada faktor manusia ini termasuklah apakah masalah yang berlaku da lam pesawat pada masa itu, apakah yang berlaku kepada juruterbang dan pe nolong juruterbang pada masa itu dan juga termasuk apa yang berlaku semasa penyelenggaraan pesawat. Ini adalah di bawah faktor kemanusiaan atau faktor manusia. Kelima, aksi sabotaj daripada mana-mana pihak. Ini adalah merupakan faktor luaran. Faktor luaran yang di luar kawalan kita secara directnya. Mungkin kapal terbang itu tip top, orang tip top, semua tip top, tetapi oleh kerana ada faktor luar an seperti rampasan dan se bagainya ini sememangnya kita tak boleh buat apa-apalah. Jadi faktorfaktor ini lah yang dibentangkan di hadapan kita sekarang untuk kita buat suatu analisis ke manakah atau apakah sebenarnya yang berlaku. Dalam faktor sistem, menurut penyiasat kejuteraan penerbangan Amerika, jika sesebuah pesawat itu jatuh ke dalam air pun, ia masih boleh berhubung de ngan menara kawalan... Sesebuah pesawat bukan sahaja Boeing 777 ini, maknanya Boeing 777 ini adalah satu pesawat yang dalam industri penerbangan antara pesawat terbaik yang dihasilkan. Mempu nyai rekod baik dan memulakan service pada tahun 1995. Kira barulah dan yang secara spesifiknya Boeing 777 MH370 ini hanya baru berusia 11 tahun di Malaysia. Setiap pesawat seperti ini dilengkapi dengan beberapa sistem untuk menghubungi menara kawalan. Menjawab soalan ini, sekiranya pesawat terhem pas sekalipun sekurang-kurangnya ada dua sistem yang akan menghantar signal secara automatik. Auto matik ini berlaku sekiranya terhempas, sekiranya ia me nerima hentakan yang kuat. Pertama, apabila pesa wat bersentuh dengan air kepada dua komponen ka pal terbang iaitu yang dipanggil se bagai ELT atau Emergency Location Transmitter yang ada di tengah-tengah badan pesawat itu. Kedua, adalah black box atau kotak hitam. Dalam kotak hitam ini ada dua komponen yang besar iaitu voice recorder (perakam sua ra) dan perakam perjalanan kapal terbang. Pada kotak hitam ini ada transponder untuk menghantar signal yang activate, yang akan dihidupkan secara automatik apabila berlaku hentakan yang kuat dan juga apabila tersentuh de ngan air. Secara automatik akan menghantar selama 30 hari, ia punya baterinya akan bertahan selama 30 hari. Jadi sebarang hempasan yang berlaku sama ada di air atau pun di darat akan menyebabkan dua transponder ini, transmitter ini akan menghantar signal yang sepatutnya kita akan tahu apa yang berlaku. Bukannya orang kata kalau jatuh dalam air, kalau ia turun dengan perlahan dalam air mungkin tak berkecai dan tidak ada hentakan yang kuat. Tetapi transponder ini direkabentuk supaya ia akan dihidupkan secara automatik apabila tersentuh dengan air. Sama sahaja, sama ada di darat atau laut, ia akan dihidupkan secara automatik menghantar signal. Maklumat yang diumumkan tidak ada sebarang signal diterima yang menunjukkan pesawat ini terhempas. Mungkin, ada juga sa tu persoalan lain timbul, sekiranya pesawat ini kata kanlah jatuh ke dasar laut. Dalam keadaan yang dalam itu mungkin ada masalah dari segi nak hantar signal. Ini benar sekiranya dasar-dasar itu adalah di kawasan berhampiran dengan Filipina, iaitu Mariana Trest dekat dengan Filipina ini dengan kedalamannya 14,000 meter iaitu yang paling dalam di dunia. Kalau Gunung Everest pun boleh masuk ke dalam lubang itu, ia boleh tengge lam, tetapi pesawat ini tidak menghala ke kawasan ini. Ia menghala sampai 1 point sebelum tempat yang dinamakan Igari dalam jadual penerbangan itu dan berpatah balik. Jadi sekiranya ini berlaku dan di Laut China Selatan dan di Laut Selat Melaka ini secara relatifnya adalah kawasan yang tidak dalam. Jadi kalau tempat di dasar laut sekali pun kedalaman sekadar 60 meter yang ada ini, signal itu masih lagi boleh dihantar dan berfungsi. Bagaimana fungsi kotak hitam? Sejarahnya memang asalnya kotak ini dicat de ngan warna hitam, pada awal-awal industri penerbangan dulu. Tetapi oleh ke rana warna hitam sukar dicari dengan visual dan signal receiver, maka kini ia dicat dengan warna oren pinang kalau bahasa kitalah, tapi namanya tetap dipanggil dengan kotak hitam, tak dipanggil kotak oren. Ada dua cara pengesanan ini. Pertamanya dengan cara visual sebab itu ditukar warna supaya siapa yang terjumpa di mana-mana pun atas darat, dalam keadaan boleh dilihat. Kedua, dengan mempunyai keleng kapan elektronik untuk pe ngesanan yang boleh menerima signal yang dihantar oleh transmitter yang ada pada kotak hitam. Maknanya kotak hitam itu boleh dikesan dengan alat pengesan, tapi sekarang kenapa tak boleh dikesan? Iya! Ia boleh dikesan dengan alat pengesan. Tapi sekarang, ia tak boleh dikesan. Itu yang menjadi persoalan, seolah-olah mem beri gambaran baha wa pesawat itu tidak terhempas di manamana pun. Inilah yang menjadi ke bingungan sebenarnya ke pada semua pengamal kejuruteraan penerbangan dan industri penerbangan. Kalau terhempas di mana-mana tentulah akan jumpa signal kotak hitam dan kotak hitam itu sendiri akan ditemui, terutama kalau ja tuh atas darat ia mudah dijumpa. Banyak perkara yang berlaku. Daripada se gi kebiasaan penjelasan ilmu kejuruteraan ini tidak sebagaimana kebiasaan. Ia berada di luar kebiasaan. Ini lah yang menjadi banyak tanda tanya sekarang. Pihak penerbangan Ame rika Syarikat ada mendakwa pesawat MH370 masih bergerak sehingga empat jam setelah terputus hubungan dengan menara kawalan dan andaian yang di buat kini ia dikatakan ber ada di sempadan Pakistan. Kita mendengar dalam press conference semalam (13 Mac) daripada pihak ber kuasa tentang dakwaan mengatakan pesawat masih boleh terbang sehingga empat jam, sebagai tidak benar. Itu secara officialnya diberitahu begitu kepada kita. Apa yang berlaku ialah maklumat yang ada bahawa pesawat itu terbang ke satu titik yang berhampiran dengan Igari. Igari ini adalah, kalau kita tengok dekat kawasan Laut China Selatan itu tak ada tempat yang dinamakan Igari. Tetapi ini dalam lebuh raya kapal terbang. Ia akan sampai di situ dan ia akan melakukan sedikit perubahan kedudukan untuk menghala ke Beijing. Pergi sampai Igari ia akan menghala ke Beijing. Titik Igari ini adalah titik di mana, saya lihat ini hanya be berapa kilometer sahaja dari sempadan di mana ka walan ATC ini akan dipassing kepada Ho Chin Ming. ATC (Air Traffic Controller) Malaysia ini berada di KLIA. Jangkauan radarnya sampai kepada Igari. Bebe rapa kilometer selepas Igari itu akan dipindahkan kepada kawalan menara Ho Chin Ming. Ia akan ikut Ho Chin Ming sehingga sampai ke satu titik yang lain maka ia dipindah kepada kawal an menara di Beijing pula. Begitulah cara bagaimana pergerakan kapal terbang berlaku. Apa yang diberitahu, bila sampai kepada titik Igari itu, pesawat MH370 telah terputus hubungan de ngan ATC. Maklumat daripada ATC, ia terputus hubungan dan direkodkan oleh radar tentera Malaysia bahawa berlaku perubahan arah yang dikatakan sebagai air turn back. Dalam istilah bagi se orang juruterbang air turn back itu bermaksud ia akan balik ke pangkalan, ia akan corner sedikit dan ia akan balik ke KLIA. Tapi dalam kes ini, ia tak balik ke KLIA, tetapi ia berpusing sedikit dan ia terus menghala ke Phuket ke arah hala utara, Kedah ini. Maklumat itu diberi oleh primary radar yang di punyai tentera. Primary radar ini tidak merekodkan nama pesawat. Ia hanya me rekodkan ada objek da lam radarnya itu. Ada objek terbang menghala ke situ. Ia tak mengesan nombor ke rana primary radar tidak mempunyai fasiliti untuk mengesan nombor. Mengesan nombor hanya primary radar yang ada pada ATC di KLIA. Kalau kita tengok radar di KLIA ini perjalanan pesawat selain daripada kapal terbang ia ada satu label empat angka yang akan unit kepada pe sawat itu. Empat angka ini akan bergerak mewakili pesawat berkenaan, tapi pada primary radar tentera, maklumat empat angka ini tidak ada kerana dua sistem yang berbeza, primary radar ini hanya memantulkan radiovet dan ia akan pantul balik tanpa maklumat detail pe sawat. Yang ada dalam primary radar kebiasaannya ia lah maklumat mengenai kedudukan pesawat itu di mana dan pesawat itu pada sudutnya berapa, itu saja maklumat primary radar. Apa yang paling penting pada peringkat ini? Paling penting pada peringkat ini ialah pihak berkuasa meneliti data secondary radar daripada menara kawalan di Kuala Lumpur dengan data primary radar yang dipunyai oleh Kementerian Pertahanan untuk me lihat adakah pesawat ini adalah pesawat yang sama. Kena establish itu sebagai yang pertama. Adakah pesawat yang sama. Kalau pe sawat yang sama boleh dikenal pasti melalui masanya, pukul berapa dan sebagainya, sebab mungkin ada orang kata mungkin jet, tapi itulah kena establish dulu, kalau betul pesawat yang sama maka data daripada primary radar tentera ini perlu dilihat sehingga ke mana pesawat itu pergi. Kita diberitahu menghala ke arah Phuket dan tak tahu sama ada data itu hilang di situ atau te rus sampai ke Andaman, wallahua'lam. Ini tak diberitahu oleh pihak keselamatan atas sebab-sebab mereka sendiri. | ||
3 didakwa bunuh ketua wanita Umno Semenchu Posted: 18 Mar 2014 12:51 AM PDT MALAYSIAKINI Tiga penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh Ketua Wanita Umno cawangan Semenchu Zalfah Jamaluddin, 68, pada 28 Feb lalu. Amirul Syahid Mohamad Razali, 20, Hairulnizam Salleh, 25 dan Mazlan Kassim, 21, kesemuanya dari Felda Semenchu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di No.36, Blok 2, Felda Semenchu, pada 12.20 tengah hari. Ketiga-tuga tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, namun tiada pengakuan direkodkan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 22 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan bedah siasat ke atas mangsa. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Bernama | ||
Wan Azizah Sangkal Ditolak Pengundi Melayu Posted: 18 Mar 2014 12:47 AM PDT Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK KAJANG: Memasuki pusingan kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah menyangkal dakwaan kononnya beliau ditolak pengundi Melayu di kawasan berkenaan. Menegaskan mampu meningkatkan sokongan pengundi Melayu berbanding pilihan raya Mei tahun lalu, Wan Azizah berkata sambutan dingin orang Melayu ketika ceramah anjuran jenteranya tidak boleh dijadikan ukuran sokongan pengundi. "Alhamdulillah sokongan baik di kalangan pengundi Melayu. "Tapi kita tetap perlu berusaha lebih...kempen rumah ke rumah. Itu sasaran kita sekarang," katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di Sungai Kantan di sini, Selasa. Beliau diminta mengulas mengenai kehadiran pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat yang berkurangan khususnya di kawasan majoriti Melayu. Bagaimanapun diakui bahawa ceramah Pakatan Rakyat menerima kehadiran penyokong yang memberangsangkan di kalangan pengundi Cina dan India. Sejak beberapa hari lalu penceramah Barisan Nasional (BN) menggunakan isu sokongan pengundi Melayu terhadap Wan Azizah sebagai modal kempen apabila mendakwa masyarakat berkenaan kecewa dengan agenda 'langkah Kajang' yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mengulas lanjut Wan Azizah berkata, jentera Pakatan Rakyat yang diketuai PKR kini memasukan fasa yang lebih agresif dalam usaha meraih undi. Katanya walaupun keadaan cuaca yang kadang-kadang hujan di sekitar kawasan Kajang sejak beberapa hari lalu, tetapi ia tidak menghalang jenteranya daripada terus bergerak mendekati pengundi. "Sambutan bagus. Walaupun semalam hujan...aktiviti terbatas sedikit. "Tapi tetap perlu pergi rumah ke rumah. Saya kira hingga tahap ini mesej kita sudah sampai," katanya. Menerusi PRK DUN Kajang, Wan Azizah dicabar dalam saingan satu lawan satu antara wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. | ||
India Sahkan Lima Warganya Dalam MH370 Mempunyai Rekod Bersih Posted: 18 Mar 2014 12:37 AM PDT Oleh: BERNAMA NEW DELHI: Pegawai risikan India mengesahkan lima warganegara India antara penumpang pesawat Malaysia yang hilang, mempunyai rekod bersih, menurut laporan agensi berita Press Trust of India memetik kenyataan pegawai polis tidak dinamakan. Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS, membawa 239 orang, hilang daripada skrin radar pada 8 Mac, sejam setelah berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing. Senarai penumpang pesawat itu ialah 154 warga China, 38 warga Malaysia, Indonesia (tujuh), Australia (enam), India (lima), Amerika (empat) dan Kanada (dua). Warganegara India itu ialah Chetna Kolekar, 55, Swanand Kolekar, 23, dan Vinod Kolekar, 59, daripada satu keluarga, Chandrika Sharma, 51, dan Kranti Shirsatha, 44, menurut laporan itu. Berikutan maklumat bahawa sistem komunikasi dan alat transponder dalam pesawat hilang itu sengaja dimatikan sebelum pesawat itu melencong daripada laluannya, polis menumpukan siasatan mereka ke atas anak kapal, penumpang dan petugas di lapangan dan turut menyiasat latar belakang semua penumpang pesawat itu. | ||
Umno bodohkan Melayu, kata Dr Siti Mariah Posted: 18 Mar 2014 12:34 AM PDT Dr Siti Mariah Mahmud turut mendakwa bahawa Umno kin mengaplikasi sentimen perkauman. KAJANG: Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) mendakwa masyarakat Melayu hari ini semakin menolak kepimpinan Umno kerana parti tersebut mengapikan sentimen perkauman dan membelakangkan masyarakat Melayu. "Umno mendakwa bahawa mereka yang menyebabkan rakyat bersatu tetapi akhir-akhir ini mereka yang membangkitkan semangat perkauman," kata Dr Siti Mariah. Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat berkata demikian dalam ceramah pilihan raya kecil Dun Kajang di Sungai Chua malam tadi. Berucap di hadapan kira-kira 150 orang pengundi yang kebanyakannya dari masyarakat Cina, Dr Siti Mariah merujuk kepada isu video "Onederful Malaysia" yang diterbitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini. "Mereka berkata bahawa video tersebut menghina Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu dan terdapat 200 laporan polis. Saya tonton video itu dan membaca sari kata. Ia tidak menghina langsung. "Ia video parodi yang menggambarkan isteri pembesar negara," kata Siti Mariah. Beliau menambah bahawa di bawah Umno, Melayu semakin dibodohkan. "Di bawah Umno, orang Melayu dibodohkan. Di bawah Umno, Melayu kekal miskin dan mundur," tegas beliau. Pilihan raya kecil di Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu membabitkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac. Kerusi dewan undangan negeri (Dun) Kajang diisytiharkan kosong ekoran tindakan penyandang jawatan Adun, Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan pada Jan 27. Kerusi Dun ini mempunyai 39728 pengundi berdaftar. Dalam pilihanraya umum tahun lalu sebanyak 87.9% pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka. Hanya 541 undi rosak direkodkan. | ||
Manivanan cabar Shahidan kemukakan bukti peruntukan Permata Posted: 18 Mar 2014 12:31 AM PDT Permata adalah satu program yang gagal walaupun telah dijalankan sejak tahun 2007 PETALING JAYA: Ahli parlimen Kapar, G Manivanan (gambar) mencabar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Shahidan Kassim mengemukakan bukti peruntukan Program Permata. Katanya, Permata di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menerima RM 40,726,900 mengikut Bajet tetapi menerima RM 150,000,000 seperti yang disahkan oleh Setiausaha Bahagian Permata, Saidatu Akhma Hassan. "Peruntukkan ini jelas tidak dimasukkan di dalam Peruntukkan Bajet," kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT. Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) (2006-2010), kerajaan telah memperuntukkan RM 20 Juta bagi pembangunan Permata. Beliau menambah di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) (2011-2015) pula, sejumlah RM 36 Juta diperuntukkan bagi pembinaan 181 buat pusat Permata. Katanya lagi,seperti yang terpapar dalam Bajet Barisan Nasional bagi tahun masing-masing, peruntukkan yang diberikan kepada Permata adalah berada dalam lingkungan antara RM 20 Juta dan RM 40 Juta seperti berikut: "Saya berasa kecewa kerana soalan ini ditujukan khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana ia berkait langsung dengan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak yang begitu penting untuk masa depan negara. Tetapi, Perdana Menteri kelihatan lebih sibuk untuk menyelesaikan isu kangkung dan ayam lantas menyerahkan soalan ini untuk dijawab oleh Menteri yang jelas tidak mengetahui apa-apa," katanya. Katanya, berdasarkan jawapan Menteri bahawa Permata diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana Kementerian Pendidikan hanya memberi fokus kepada pendidikan rendah, beliau telah mencadangkan agar Permata ini diletakkan di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana terdapat KEMAS untuk menjalankan program yang seumpama ini. "Ini lebih memberi penyelarasan dan tindakan teliti terhadap apa juga pelan pembangunan awal kanak-kanak," katanya lagi. Beliau juga mendakwa Shahidan memalukan Dewan Rakyat apabila gagal memberi indikator kejayaan jangka panjang terhadap program Permata dengan hanya menyatakan bahawa terdapat banyak permintaan dari pusat-pusat asuhan kanak-kanak sebagai bukti kejayaan program. "Kenyataan ini adalah dangkal kerana kita mengetahui permintaan ini dibuat hanya kerana Permata mempunyai dana peruntukkan yang banyak, bukan kerana keberkesanan program," katanya lagi, Beliau menganggap Permata adalah satu program yang gagal walaupun telah dijalankan sejak tahun 2007 dan tidak setara dengan ratusan juta peruntukkan yang diberikan. "Program ini juga semata-mata hanyalah untuk menaikkan imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan tidak langsung mempunyai hala tuju jelas demi pembangunan awal kanak-kanak di Malaysia.Bukankah ini pembaziran dan penghakisan sumber negara dan wang rakyat?" soal beliau. | ||
MH370: Jangan tekan para waris penumpang Posted: 18 Mar 2014 12:25 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY Dalam keadaan getir sekarang, komunikasi dan empati adalah penting. KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta agar tidak menambah stres yang sedang dialami para waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr NKS Tharmaseelan (gambar) berkata dalam keadaan getir sekarang, komunikasi dan empati adalah penting. Beliau berpendapat MAS serta Kementerian Kesihatan perlu diberi pujian kerana menghantar pasukan pemberi penjagaan dan sukarelawan untuk memberi bantuan, penjagaan perubatan dan kaunseling kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal terbabit. "Waris berada dalam keadaan trauma berikutan apa yang berlaku dan kerisauan serta stres mereka semakin bertambah berikutan keadaan tidak menentu tentang nasib MH370. Mereka menjadi dan kelihatan gelisah, berangin, lekas marah, mudah naik darah dan umumnya, sedih," katanya dalam kenyataan kepada Bernama. Beliau berkata stres berterusan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, murung, gangguan ketenangan dan penyakit lain. "Memandangkan MH370 adalah satu peristiwa misteri mendebarkan yang belum pernah disaksikan atau ditangani dunia, maka sebagai manusia, kita perlu mengelak daripada terdorong untuk mencari kesalahan dan bukannya memberi jawapan. Sama-samalah kita fokus untuk mencari MH370, bukan menyebabkan setiap orang dilanda stres," katanya Dr Tharmaseelan. Pesawat Boeing 777-200ER ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi 8 Mac. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari, yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil. Pesawat itu dilaporkan melencong daripada laluan asalnya apabila ada orang yang dengan sengaja mematikan sistem komunikasinya dan, menurut satelit Inmarsat, pesawat berkenaan terbang selama beberapa jam selepas itu. Satelit itu kemudian terus mengenal pasti pesawat terbabit sejam sekali melalui apa yang dikenali sebagai 'electronic handshake' selepas ia hilang daripada skrin radar pada kira-kira pukul 1.30 pagi 8 Mac, dengan 'handshake' kali terakhir direkodkan pada pukul 8.11 pagi.- BERNAMA | ||
Nazri dan Khairy tidak boleh lepas tangan, kata Nik Nazmi Posted: 18 Mar 2014 12:23 AM PDT PETALING JAYA: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) berkata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak boleh lepas tangan dalam isu konsert Future Music Festival Asia (FMFA) yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Katanya, mengapa tidak diselidik dengan lebih mendalam tentang acara yang hendak dianjurkan? "Khairy sendiri mengakui beliau sedar bahawa ada pengunjung acara-acara electronic dance music atau trance – seperti FMFA ini – yang terlibat dalam pengambilan dadah. Jika begitu, mengapakah acara ini mendapat dokongan Kerajaan Persekutuan?" soal beliau dalam satu kenyataan. Soalnya lagi, adakah pihak berkuasa telah meletakkan kawalan keselamatan dan seliaan yang sewajarnya? Beliau yang juga ADUN Kelana Jaya berkata demikian ketika mengulas kematian enam orang di Future Music Festival Asia (FMFA) yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lalu. Katanya lagi, ia adalah peristiwa yang amat menyedihkan. " Pada masa yang sama 14 pengunjung FMFA dirawat berikutan konsert tersebut di tiga hospital di sekitar Kuala Lumpur. Kita berharap mereka pulih dengan segera," katanya. Sementara itu 40 orang telah ditangkap polis berkaitan pemilikan dadah ecstacy, ganja dan jenis yang belum dikenalpasti. Beliau yang akan bertanding jawatan Ketua AMK Mei ini berkata tragedi ini menimbulkan beberapa persoalan yang wajib dijawab pihak berkuasa. "FMFA tahun ini merupakan kali ketiga konsert ini diadakan di Malaysia. Tahun ini, dijangka 75,000 pengunjung hadir ke acara tersebut," dakwanya. Katanya, FMFA mendapat dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau. Beliau menambah menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Major Events ditugaskan menjadikan Malaysia destinasi utama acara-acara sedunia. "Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz menyempurnakan majlis pelancaran senarai artis FMFA 2014 pada 17 Oktober 2013," dakwanya lagi. Dalam ucapannya, Nazri menganggap FMFA 2014 sebagai acara penting Tahun Melawat Malaysia 2014. Nik Nazmi mendakwa pihak penganjur, Iqbal Ameer yang merupakan Pengarah Livescape Sdn. Bhd. telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Khairy dalam kenyataannya pada 16 Mac memaklumkan Iqbal memohon untuk menggunakan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi FMFA. | ||
'Mesej digodam boleh perangkap kami' Posted: 18 Mar 2014 12:15 AM PDT MALAYSIAKINI PKR menuntut kawalan keselamatan lebih ketat dari pihak berwajib setelah mendakwa telefon bimbit 11 pemimpin dan penggiat parti itu digodam minggu lalu. Bagaimanapun, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh (kanan) berkata, syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM) seolah-olah tiada sebarang isu dengan masalah itu. "Isu yang rasa lebih penting ialah isu keselamatan. Bagaimana senangnya nombor telefon kita digunakan oleh sesiapa untuk hantar mesej bukan dari kita. Hal ini harus dilihat serius oleh syarikat telekomunikasi. "Hal ini amat serius dan lebih besar dari kandungan SMS itu sendiri. Siapa tahu mesej yang dihantar itu boleh digunakan untuk memerangkap kami pada masa depan," kata beliau dalam sidang media di Kajang hari ini. Menurut maklumat daripada Bilik Gerakan Utama PKR untuk pilihan raya kecil Kajang, setakat ini telefon bimbit 11 pemimpin dan ahli parti itu digodam. Selain Fuziah sendiri, turut dikatakan menjadi mangsa Timbalan Presiden Azmin Ali, naib presiden Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, beberapa wakil rakyat serta pemimpin akar umbi di Kajang. Azmin, Tian Chua dan Izzah pada 14 Mac lalu mendakwa, penggodam menggunakan telefon mereka untuk menyampaikan SMS memecahbelahkan parti. | ||
Akhbar China Tukar Malaysia Kepada "Ma Lie Sia" Kerana Kuat Berbohong Posted: 17 Mar 2014 05:21 PM PDT KELAB GREENBOCChina selar Malaysia beri maklumat 'bercanggah' tentang MH370 China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines mungkin 'sengaja' dan pesawat itu terbang beberapa jam lagi selepas meninggalkan laluan asalnya untuk ke Beijing. Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak. "Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri," tulis akhbar itu. "Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia," katanya. Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas. "Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas," lapor China Daily. Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia "hilang autoriti dan kredibiliti" kerana maklum balasnya yang kelam-kabut. "Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin. "Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa," tulis Yao. Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia. "Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?" "Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan," tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia. Posting lain ialah:"Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan." Minggu lalu, salah satu mesej yang tersebar luas ialah posting yang tertulis:"Vietnam terus menemui sesuatu. Malaysia Airlines asyik menafikan. China masih terus menghantar pasukan penyelamat." Hari ini, mesej terbaru yang tersebar luas di internet ialah:"Malaysia menyampaikan maklumat tidak benar sepanjang minggu. Vietnam dapat penemuan tidak berguna. China memberikan berita bernilai minggu ini." -TMI
| ||
Anwar selar kaitkan kehilangan MH370 dengan KEADILAN Posted: 17 Mar 2014 05:16 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai pihak yang cuba mengaitkan kehilangan pesawat Malaysia Airline System, MH 370 dengan parti itu. Anwar menyelar laporan media asing mengenai juruterbang pesawat itu Kapten Zaharie Ahmad Shah yang didakwa kecewa selepas menghadiri keputusan rayuan kes fitnah terhadap beliau, Jumaat 7 Mac lalu. "Hari ini macam-macam laporan media antarabangsa tulis, katanya kapten (juruterbang) curi kapal terbang sebab sedih dengan keputusan mahkamah yang nak penjarakan saya selama lima tahun. "Laporan apa ni? Kalau nak sedih ramai lagi sedih," kata beliau sewaktu berceramah di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang pada 16 Mac lalu., lapor Malaysiakini. Terdahulu sebelum itu, Anwar membidas sikap kerajaan yang tidak telus dan gagal mengendali isu kehilangan pesawatMH370 sehingga mendapat kritikan antarabangsa. Jelas Anwar, kelemahan itu dapat dilihat apabila kerajaan memberikan jawapan yang bercelaru dan tidak konsisten kepada media antarabangsa yang tampil membuat liputan kehilangan misteri pesawat tersebut. "Selama ini dia (kerajaan) jaga utusan, TV3, RTM dan surat khabar Umno, itu dia boleh kawal. "Dia tak biasa dengan media antarabangsa, bila media antarabangsa serang, dia jadi panik," jelas Anwar dalam satu lagi ceramah di Kajang pada 14 mac lalu. Katanya, tambah memalukan apabila ketidakmampuan kerajaan mengendali isu berkenaan turut diselar media antarabangsa. " New York time kata, tak layak menteri-menteri ini jaga dan kendali, satu dunia kata tak layak, ini kenyataannya," tegas Anwar. | ||
NGO beri ROS 7 hari jawab status siasatan DAP Posted: 17 Mar 2014 05:09 PM PDT Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao (tiga kiri) bersama bekas ahli seumur hidup DAP di pekarangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Putrajaya, hari ini. - FOTO SINAR HARIAN ONLINE- NIZAM ZAIN PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) diberikan tempoh sehingga tujuh hari bagi mengesahkan status siasatan terhadap pendaftaran DAP dan watikah yang dikeluarkan parti itu pada PRU13. Pengerusi NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, ROS perlu mengambil tindakan tegas, telus dan lebih bertanggungjawab terhadap DAP. "Saya minta DAP dibubarkan kerana kalau tengok sikap biadap DAP apabila RoS minta sesuatu penjelasan, Gobind Singh Deo sanggup hendak saman ROS. "Kita minta RoS mengesahkan status watikah yang dikeluarkan DAP pada PRU13, adakah sah atau tidak, kerana sebelum ini kita tengok DAP akan menggunakan lambang Pas tapi di saat akhir mereka pakai semula lambang mereka (DAP)," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tersebut kepada Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Ramesh berkata surat tersebut yang diserahkan sendiri oleh bekas ahli DAP seumur hidup, Tony Tan Chee Chong kepada ROS itu mendapat perhatian ROS dan mereka berjanji akan mengambil serius aduan tersebut. "Ketua Pengarah ROS berjanji akan menyelesaikan dan memberi jawapan baik, mungkin dibubar atau mungkin tidak pendaftaran DAP itu. "Keseriusan mereka dapat dilihat apabila ROS meminta salinan kad pengenalan setiap bekas ahli DAP yang menemuinya siang tadi," katanya. Pada 23 Mac tahun lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu akan bertanding dengan menggunakan logo PKR atau Pas sekiranya pendaftaran DAP digantung RoS sebelum hari penamaan PRU13. | ||
Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq Posted: 17 Mar 2014 05:05 PM PDT MALAYSIAKINI "Baik, selamat malam," adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui. Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan. Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid. Ia adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA. "Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman," katanya. Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac. Adakah sesuati berlaku ke atas pembantu juruterbang tersebut dalam tempoh 11 minit berkenaan atau adakah pembantu juruterbang tersebut terlibat dalam satu pakatan tertentu? Ia seterusnya menimbulkan satu lagi persoalan – sama ada sistem Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dalam pesawat tersebut dimatikan sebelum atau selepas komunikasi teraskhir dengan kokpit pesawat. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam menyebut bahawa Acars dimatikan sebelum komunkasi terakhir antara menara kawalan dengan kokpit. Kenyataan tersebut, yang dijelaskan sebagai tidak tepat hari ini, menimbulkan persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan. Jauhari hari ini berkata masih belum dapat dipastikan sama ada Acars dimatikan sebelum atau selepas komunikasi Fariq. "Pancaran data Acars terakhir pada 1.07pm. Kita tidak tahu bilakah Acars dimatikan selepas itu, tetapi ia sepatutnya memancar data setiap 30 minit dan pancaran seterusnya tidak diterima," katanya. Ini bermakna pancaran Acars seterusnya – yang tidak berlaku – sepatutnya pada jam 1.37am. Ini menunjukkan bahawa Acars mungkin dimatikan pada bila-bila masa sebelum atau selepas jam 1.19 pagi, tetapi pada waktu di antara 1.07am dan 1.37am, yang merupakan komunikasi terakhir dengan menara kawalan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan