Rabu, 12 Mac 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[BONGKAR] Warga Siber Persoal Adakah Foto Ini Tulen?

Posted: 12 Mar 2014 04:23 AM PDT

KELAB GREENBOC



Semalam pihak polis telah mendedahkan foto dua individu yang menaiki pesawat MH370 pada dengan pasport curi. Namun, dua foto berkenaan diragui dan telah mendapat pelbagai ulasan dan kritikan di laman sosial.

Gambar tersebut adalah "screencapture" dari video yang disebarkan.

Begitu aneh, bagaimana dua individu yang berlainan, yang kelihatan badannya dan kepalanya berbeza, tapi kedudukan kaki dan latar lantainya sama.

Tidak mungkin samasekali kedudukan kaki kedua-dua pemuda itu benar-benar kelihatan sama sedangkan muka masing-masing sedang menghadap arah berlainan. Bahagian kaki itu serupa sangat dan seperti di"photoshop"kan.

Semalam polis mendedahkan identiti pemuda berkenaan, dikenalpasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19, pemegang pasport dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya dan yang kedua juga warga Iran bernama Delajar Syed Mohamad Reza, 30.

Selain dari foto yang mencerigakan itu, pemuda itu nampaknya tidak menepati dengan ciri-ciri yang didedahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang menyatakan "kedua-dua individu itu tidak kelihatan seperti orang Asia.".

Malah mengikut Azharuddin, pemuda itu "berkulit hitam" dan tanyanya: "Kamu tahu pemain bola (bernama) Balotelli?"

Pihak polis perlu tampil menjelaskannya sebelum lebih ramai membuat tanggapan bahawa ia adalah sekeping gambar palsu.

Ini mengingatkan kita tentang Ahmad Zahid Hamidi (ketika itu Menteri Pertahanan) yang menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang dipertikaikan.



Apa hal sebenar di belakang semua ini?

VIDEO@PDRMsia DEDAHKAN WAJAH PEMEGANG PASPORT PALSU #MH370 #PrayForMH370



Teka-teki siapa dua suspek yang guna passport curi menaiki pesawat MH370 yang hilang Sabtu lalu terjawab petang Isnin selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan kepada media.

Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport yang dilaporkan hilang dan milik orang lain itu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Khalid.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

"Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.

Khalid turut mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan ke Beijing, awal pagi Sabtu.


Beliau berkata, siasatan dijalankan terhadap semua rakaman video, termasuk dengan jabatan lain dan latar belakang semua penumpang MH370.

Menurutnya lagi, polis kaji empat aspek dalam penyiasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan kru dan masalah peribadi.

Pengumuman Khalid mengenai warga Iran itu selari dengan hasil siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah serta laluan transit Kuala Lumpur-Beijing-Amsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing-masing ke Copenhagen, Denmark dan Frankfurt, Jerman.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Penumpang pasport curi itu dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

"Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak," katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport.
-AD


Pembawa pasport curi bukan seperti orang Asia


Kewarganegaraan sebenar dua pembawa pasport curi dalam pesawat MH370 kini menjadi persoalan ekoran dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa mereka "berciri Asia".

Ini ekoran kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebentar tadi bahawa kedua-dua individu itu tidak kelihatan seperti orang Asia.

"Kamu tahu pemain bola (bernama) Balotelli?"

"Dia orang Itali, tapi kamu tahu wajahnya macam mana," katanya ketika diasak menggambarkan rupanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Mario Balotelli seorang pemain bola sepak profesional Itali untuk pasukan popular AC Milan.

Diasak lagi sama ada kedua-dua mereka berkulit hitam, Azharuddin menjawab: "Ya".
-mk

Khairy Jamaluddin boneka penindas, kenapa tak bersuara isu rakyat?

Posted: 12 Mar 2014 04:12 AM PDT

KEADILAN DAILY

amkpp
AMK Pulau Pinang mengecam keras kenyataan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin yang menggelarkan Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail 'boneka' kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan yang tidak matang dan bersifat seksis adalah tidak sesuai dengan status beliau sebagai antara menteri yang paling muda di dalam barisan kabinet selepas PRU13.

Khairy Jamaluddin (KJ) hanya gemar menangguk di air keruh atas apa-apa isu pun. Beliau adalah boneka kepada golongan atasan yang hanya berdiam diri bila isu seperti NFC dan PKFZ mencengkam golongan bawahan. Projek ini adalah menggunakan dana awam dan menindas rakyat terbanyak.

KJ juga hanya diam apabila kebebasan bersuara disekat dengan penarikan lesen akhbar The Heat. Beliau juga sekali lagi diam bila institusi kehakiman diperalatkan untuk keuntungan pemerintah. Beliau harus malu dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Asrul Sani
Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang
Penyelaras DUN Bertam

"Tahyul & Khurafat Ini Bukan Ajaran Islam" - Dr.Asri

Posted: 12 Mar 2014 04:07 AM PDT

KELAB GREENBOC


Dr Asri bidas bomoh tahyul

PETALING JAYA: Sehubungan pendedahan seorang bomoh bahawa pesawat MH370 yang hilang kini tergantung di alam ghaib, mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas golongan tersebut.

Melalui posting Facebooknya hari ini, bomoh yang mengamalkan amalan khurafat ini boleh mengelirukan golongan bukan Islam mengenai agama itu.

"Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam," Mohd Asri berkata.

Beliau turut menegaskan penggunaan ayat suci al-Quran oleh golongan ini tidak bermakna mereka melakukan perkara yang betul.

"Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam," tambahnya lagi.

Semalam, seorang bomoh bernama Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa pesawat MH370 tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam kerana disembunyikan orang bunian.

"Oleh itu, semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum perlu berdoa agar pesawat yang hilang muncul kembali.

"Kita berharap dengan usaha ini, pesawat itu akan muncul dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu ini," Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim turut dilaporkan melakukan ritual tarian mencari pesawat di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dengan menggunakan bubu buluh dan dua teropong buluh. -FMT



Pesawat #MH370 Tergantung Diantara 3 Buah Negara Itu Tidak Mustahil Boleh Berlaku

SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
–BERNAMA

Lim Guan Eng: Dr Wan Azizah pilihan untuk Kajang, Selangor & Malaysia

Posted: 12 Mar 2014 04:01 AM PDT

KEADILAN DAILY

Lim-Guan-Eng


Setelah gagal mengalahkan Pakatan Rakyat melalui peti undi pada PRU ke 13, apabila BN kalah undi popular dengan Pakatan Rakyat yang berjaya meraih 51% sokongan majoriti, kerajaan BN kini memilih jalan penindasan politik untuk mengalahkan pimpinan Pakatan Rakyat dengan cara yang kotor.

Dalam minggu lalu sahaja, kita telah menyaksikan dua sabitan terhadap kepimpinan utama Pakatan Rakyat, yang telah sentiasa mengalahkan BN di peti undi. Ketua Pembangkang merangkap ketua Pakatan Rakyat telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat, manakala Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, yang kebetulan merupakan peguambela utama Datuk Seri Anwar, turut disabitkan dengan kesalahan menghasut dan dihukum denda RM4,000 oleh Mahkamah.

Kedua-dua penyabitan tersebut sekaligus menyebabkan Anwar dan Karpal hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Pun begitu, meskipun penyingkiran keduanya sebagai Ahli Parlimen akan ditangguh sementara menanti rayuan, kedua-dua Anwar dan karpal hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon dalam pilihanraya, justeru menimbulkan keperluan untuk meletakkan isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Wan Azizah sebagai calon dalam pilihanraya kecil Kajang.
anwar-ibrahim-karpal-singh-
DAP secara keras mengecam tanpa syarat salahguna kuasa dan pemangsaan politik oleh Jabatan Peguam Negara. Hakikatnya, dalam mana-mana negara yang bebas dan demokratik, kes Anwar dan Karpal tidak langsung akan dibawa ke mahkamah, berikutan kurangnya bukti di pihak pendakwaan. Malah, Anwar dan Karpal kedua-duanya telah dibebaskan dalam kedua-dua kes, sebelum rayuan Jabatan Peguam Negara.

Tambahan pula, aturan masa untuk penyabitan dan penghukuman juga turut menimbulkan syak, memandangkan ia telah diawalkan dan disegerakan demi mengganggu rencana Anwar untuk bertanding dalam PRK Kajang. Ini menguatkan dakwaan intimidasi politik dan telah mengundang kecaman serta hinaan dari dalam dan luar negara.

Contohnya, timbalan pengarah Human Rights Watch di Asia, Phil Robertson, telah berkata bahawa perbicaraan Anwar adalah demi menamatkan kerjaya politik beliau dan kerajaan bersedia melakukan apa sahaja untuk memastikan itu terjadi.

The International Court of JusticeSementara itu, International Commission of Jurists (ICJ) mengutuk pensabitan Anwar sebagai kegagalan dalam melaksanakan keadilan, sambil mengatakan bahawa ia menimbulkan syak-wasangka terhadap kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia serta mencemarkan reputasi sistem undang-undang negara.

ICJ juga mengulas pensabitan Karpal dengan berkata bahawa keputusan tersebut menunjukkan kurangnya hormat kerajaan terhadap kebebasan bersuara dan ia tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa.

Di dalam negara, kes-kes ini telah mengundang kutukan hebat daripada oraganisasi seperti Majlis Peguam, Suaram dan Lawyers for Liberty, yang mengatakan bahawa pensabitan tersebut menguatkan kembalinya pentadbiran otoritarian dan kuku besi serta mendedahkan kelayakan palsu Najib Razak sebagai seorang reformis.

 Ramai yang turut menyebut tentang ketidaksekataan kerajaan dalam menggunakan Akta Hasutan yang sudah lapuk, yang Perdana Menteri Dato' Sri Najib sendiri telah berjanji untuk mansuhkan.

Kegagalan Perdana Menteri untuk menepati janji memansuhkan Akta Hasutan beserta eksploitasi berterusan undang-undang lapuk demi menewaskan lawan politik sedang membawa kepada era baru penindasan.

Dengan ramai lagi aktivis rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat menanti giliran untuk berdepan dengan mahkamah atas dakwaan hasutan dan lain-lain lagi, wujud kebarangkalian bahawa ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat yang akan disabitkan kesalahan dengan cara yang serupa.

dr-wan-azizahOleh yang demikian, adalah sangat mustahak bagi rakyat Malaysia untuk bangkit dan mempertahankan hak asasi yang dijamin Perlembagaan untuk kedaulatan undang-undang, keadilan buat semua dan kesaksamaan tanpa mengira batas. Ini menjadikan PRK Kajang satu ujian penting untuk memutuskan sama ada keadilan menjadi mangsa kekuasaan ataupun menjaga kepentingan rakyat biasa.

Ia sudah bukan lagi sekadar satu pilihanraya kecil untuk satu kerusi DUN di Selangor, malah satu pertarungan hebat demi kuasa rakyat, kemakmuran, kestabilan dan maruah nurani menentang kezaliman, intimidasi dan penindasan oleh kerajaan BN.

Oleh itu, DAP menyeru semua pengundi Kajang serta seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong Kak Wan sebagai pilihan moral, bukan sahaja demi pengundi Kajang bahkan demi Selangor dan Malaysia.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan

Empat teras manifesto KEADILAN bagi PRK Kajang

Posted: 12 Mar 2014 03:53 AM PDT

KEADILAN DAILY


wan_azizah_manifesto


KAJANG: Calon pilihan raya kecil (PRK) KEADILAN N 25 Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan 'Manifesto Kajang' yang mengandungi empat teras utama.

Empat teras tersebut adalah membanteras jenayah, meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalulintas, pembangunan anak muda dan usahawan kecil dan pembangunan serta penyenggaraan perbandaran.

Manifesto tersebut dicetak dalam bentuk poskad dengan gambar yang menarik dan ditandatangan sendiri oleh Wan Azizah.

Manifesto kali ini dicetak dalam bentuk poskad, tidak seperti buku dalam pilihan raya sebelum ini.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, poskad yang akan dicetak sebanyak 20,000 setiap teras itu akan diedarkan dari rumah ke rumah.

"Kita sudah ada analisis pengundi mengikut kawasan jadi poskad ini akan diedarkan mengikut situasi pengundi.

"Contohnya di kawasan yang mengalami masalah kesesakan kita akan edarkan poskad mengenai lalulintas.

"Di kawasan anak muda kita edarkan poskad mengenai anak muda," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK N.25, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai lalu lintas, Rafizi berkata, Wan Azizah akan melantik jururunding trafik bebas untuk menilai dan mengkaji penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas di Bandar Kajang.

Tempelak Allah al-Quran dicemar

Posted: 12 Mar 2014 03:36 AM PDT


Oleh Subky Latif


Adalah benar masjid Kampung Limbongan dan Kampung Raja diceroboh dan kitab sucinya al-Quran dicampak-campak hingga ke jamban satu pengkhianatan terhadap Allah, Islam dan umat Islam, tetapi ia adalah Allah kepada umat Islam yang mencuaikan ajarannya.
   
Tidak berlaku al-Quran dikoyak, dicampak di merata hingga ke mangkuk tandas jika tidak dengan izin Allah.

Naskah aI-Quran adalah kitab Allah dan masjid adalah rumah Allah. Semuanya kepunyaan Allah, mulia lagi suci. Sepatutnya Allah lindungi keselamatannya daripada dicemari dan dicerobohi.
  
Tetapi kita telah saksikan ada makhluk yang mendiami negara kita, khususnya di Besut dan di Kesultanan Terengganu, tidak takut kepada Allah dan Islam melakukan apa yang telah berlaku.
   
Kita boleh serah kepada polis untuk bertindak dan mungkin si bedebah dapat dihukum. Tetapi berpuas hatikah umat Islam dengan mengutuk dan memburu sekalian pengkhianat bedebah itu?
   
Yang melakukan itu adalah bedebah yang khianat. Kaki mereka terdorong ke situ dan tangan mereka didorong membaling dan mengoyak rabak kitab-kitab suci sehina itu. Yang mendorongkan semuanya adalah Allah dan yang terjadi adalah dengan izin Allah.
   
Mengapa?
   
Allah hanya pelihara ayat-ayat suci-Nya tetapi tugas menjaga naskah kitabnya dan rumah-Nya adalah kerja umatnya. Allah tidak jaga kitab dan rumah ibadat yang tidak dijaga oleh umatnya.
    
Yang terjadi di dua kampung itu adalah amaran Allah kepada Islam di negara ini, bukan sekadar untuk Besut dan Terengganu, tetapi ingatan kepada rakyat Yang Dipertuan Agung, kerajaan Barisan Nasional dan penyokongnya adakah masing-masing sudah menjaga keselamatan kandungan dan ajaran kitabya dan rumah ibadat-Nya?
   
Kaabah adalah rumah Allah yang paling dekat dengan hati Allah dan jauh suci dan mulianya dari dua buah masjid di Besut. Masjid dan naskhah al-Quran itu dibina dan dibeli kerajaan dan rakyat yang belum tentu suci duit dan niatnya jika dibandingkan suci dan mulianya niat Nabi Ibrahim dan puteranya  Ismail membina Kaabah.
   
Betapa penganut agama Nabi Ibrahim tidak memelihara keselamatan Kaabah, Allah izin ia dicemari dengan terdirinya ratusan berhala memenuhi persekitaran Masjidil Haram. Kaabah dilihat kecil dibandingkan dengan berhala  yang banyak. Ia adalah tempelak Allah kepada umat selepas baginda.
   
Allah tidak pelihara segala kitab Islam yang tidak dijaga oleh penduduk Baghdad apabila datang tentera Tartar melandar pusat pentadbran empayar Islam itu. Hingga bangun satu generasi dari bekas pnceroboh Tartar dan umat Islam Iraq membebaskan agama Allah itu.
   
Allah tidak menjaga Baitul Maqdis dari dilanda tentera salib dan Yahudi Israel kerana umat Islam tidak menjaga keselamatan agamanya dan  wilayahnya.
  
Fitnah yang melanda Masjid Limbongan dan masjid di Kampung Raja adalah amaran awal kepada Islam Malaysia apakah mereka sudah memelihara ajaran dan al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya bagi menyelamat Islam dan umatnya di Malaysia.
  
Tidakkah umat Islam terfikir sebelum naskah al-Quran dan surah Yassin itu  disumbat ke mangkuk tandas, kerajaan dan umat Islam selepas merdeka telah mencampakkan terlebih dulu ajaran  al-Quran ke lantai dan mangkuk jamban.
  
Kita jangan tengok kitab suci itu dicampak ke jamban saja, tetapi kita kena insaf akan ajaran al-Quran dicampak ke situ lebih dulu. Jika kita tidak betulkan kerajaan dan umat dengan ajaran al-Quran yang betul, maka jangan terkejut jadi macam nasib Pattani yang pernah menyumbang para ulama masyhur di nusantara, kini menjadi wilayah naungan bukan Islam.
   
Laporan polis tidak menjamin kemuliaan al-Quran tetapi mendaulatkan ajarannya yang menjamin keselamatannya.

Selangor jimat RM2 bilion jika Putrajaya paksa ambilalih air melalui WSIA

Posted: 12 Mar 2014 03:31 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Kerajaan negeri Selangor menyatakan persetujuan berhubung tindakan Putrajaya untuk menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi pengambialihan syarikat konsesi air kerana ia membolehkan Selangor mandapatkan penjimatan sehingga RM2 bilion.

Tawaran asal bagi pengambil alihan empat syarikat konsesi air di Selangor adalah RM9.65 bilion, namun melalui Seksyen 114 WSIA 2006, Selangor hanya perlu membayar syarikat konsesi sebanyak RM7.65 bilion.

"Dengan cara ini kita mempunyai penjimatan sebanyak RM2 bilion.

"Jadi kita tiada halangan untuk bersetuju dengan perkara ini," kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) kepada pemberita ketika sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Shah Alam hari ini.

Khalid berkata, Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan berkenaan air pada 26 Februari lalu juga akan didedahkan kepada umum.

"Kini, MoU ini di bawah tanggungjawab Dewan Negeri Selangor yang mana orang awam yang berminat untuk meneliti dokumen itu boleh membuat permohonan sejajar dengan Enakmen Kebebasan Maklumat.

"Bagaimanapun MoU ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk," kata Khalid.

Kerajaan Persekutuan dalam satu kenyataan semalam berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeTTHA) akan menggunakan undang-undang bagi memudahkan kerajaan negeri Selangor melaksanakan cadangan pengambilalihan industri perkhidmatan air.

Menterinya, Datuk Seri Maximus Ongkili turut mengulangi komitmen beliau untuk menjadi pemudah cara bagi membantu tujuan berkenaan.

"Kerajaan negeri Selangor mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan KeTTHA kerana bersetuju memudah cara penstrukturan semula industri air negeri selepas respon negatif syarikat konsesi terhadap tawaran kerajaan negeri," kata menteri besar itu lagi.

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat kerajaan negeri telah mengemukakan tawaran rasmi berjumlah RM9.65 bilion kepada syarikat-syarikat konsesi pada 26 Februari lalu.

Namun hanya satu syarikat iaitu Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) yang menerima tawaran berkenaan sebelum tempoh tawaran berakhir pada jam 5 petang semalam (11 Mac).

Ekoran perkara itu, Khalid berkata, hanya ABASS yang akan menerima kelebihan dalam pengambil alihan syarikat konsesi seperti perjanjian awal, manakala tiga lagi syarikat iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) akan menerima pampasan mengikut terma baharu.

"ABASS akan dapat apa sahaja yang kami tawarkan," kata Khalid.

Khalid turut memberikan komitmen penjimatan berkenaan akan digunakan pentadbirannya sebaik mungkin untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan air kepada lebih tujuh juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

Khalid turut berkata, proses pengambilalihan kesemua syarikat konsesi itu juga hanya akan mengambil masa kurang dari tempoh tiga bulan.

"Usaha utama kita adalah untuk mengurangkan air tidak berhasil (NRW) menerusi penggantian paip sedia ada dengan gentian optik, dan penubuhan Radar Penembusan Tanah (GPR) untuk mengesan kebocoran dalam sistem pengagihan bawah tanah," katanya.

Mengulas berkenaan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Khalid berkata projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh antara 24 sehingga 28 bulan lagi.

"Arahan pembangunan sudah dikeluarkan, kita akan ada satu pasukan bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Jangkaan siap dalam masa 24 hingga 28 bulan, dan air terawat daripada loji akan mula berlaku sekurang-kurangnya 36 bulan daripada sekarang," katanya lagi. –

Khairy jangan meludah ke langit

Posted: 12 Mar 2014 03:20 AM PDT



Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin


Angkatan Muda Keadilan (AMK) ingin mengingatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar jangan meludah ke langit kerana nanti akan jatuh ke muka beliau sendiri.

Amatlah aneh apabila ketua Pemuda Umno cuba berlagak hero kononnya pilihan raya kecil di Kajang sengaja dibuat kerana kita tahu pilihan raya kecil Balingian, Sarawak juga akan turut diadakan tidak lama lagi.

AMK ingin menegaskan bahawa boneka sebenar dalam pilihan raya kecil N25 Kajang ialah Datin Paduka Chew Mei Fun yang diletakkan oleh Umno-BN sebagai calon bagi menjustifikasikan amalan perkauman, kelemahan pentadbiran dan kezaliman Umno selama ini.

Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang jelas merupakan parti pelbagai kaum, diasaskan dan terus berjuang untuk menambah kecekapan pentadbiran serta tidak tunduk kepada sebarang tekanan daripada kezaliman Umno-BN selama ini.

Sebagai tanda keseriusan dalam pilihan raya kali ini, PKR menawarkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu presiden parti sebagai calon. Beliau berpengalaman menjadi ahli Parlimen, seorang yang mempunyai kelayakan pendidikan dan teruji dalam menggalas perjuangan rakyat.

Malah, dengan usaha untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sebelum ini, jelas parti mengambil risiko besar dan ini dibuat demi memastikan mesej reformasi bukan sahaja hanya disuarakan tetapi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan cekap.

Bagaimanapun, umum maklum betapa kecutnya Umno-BN apabila usaha meletakkan Anwar sebagai calon secara tergesa-gesa digagalkan melalui satu keputusan mahkamah yang sangat janggal sehingga nama negara tercalar apabila bangsa bersatu dan badan bersabit undang-undang dan keadilan dunia membuat kenyataan keprihatinan mereka.

Tindakan Umno-BN ini bukan sahaja jijik tetapi menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidak pernah dan tidak akan berubah daripada mengamalkan cara politik kuno dan bankrap moral. Inilah yang cuba ditutup melalui pencalonan Chew. Daripada seluruh kenyataan ini, jelaslah ketua Pemuda Umno meludah ke langit.

Maka, AMK menyeru pengundi di Kajang untuk memilih Dr Wan Azizah sebagai satu sokongan untuk reformasi dan penolakan terhadap politik jijik Umno-BN. –

* Penulis ialah Ketua Angkatan Muda PKR dan ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka.

Pencarian kini di barat laut, Vietnam kata Malaysia diberitahu MH370 patah balik

Posted: 12 Mar 2014 03:07 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

























Vietnam hari ini mendedahkan bahawa ia nampak pesawat MH370 berpusing balik ke arah barat pada Sabtu lalu dan memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia pada hari sama tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.

Pendedahan itu dibuat kerana pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu kini beralih ke arah barat laut menuju Laut Andaman hari ini, jauh daripada laluan yang ditetapkan untuk kapal terbang itu.

"Kami beritahu Malaysia pada hari kami terputus hubungan dengan pesawat itu bahawa kami nampak pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat tetapi Malaysia tidak menjawab," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu yang dipetik oleh AFP hari ini.

"Kami bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia sebanyak dua kali, tetapi mereka tidak menjawab soalan kami," kata Tieu ketika ditanya mengenai laporan media bahawa pesawat itu dikesan melintasi Selat Melaka.

Vietnam hari ini mengurangkan usahanya mengesan pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, di Laut China Selatan di mana kapal terbang itu kali terakhir berkomunikasi ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Tiada kesan atau jejak langsung ditemui selepas pesawat itu lesap awal pagi Sabtu lalu, dan maklumat yang tidak lengkap dan bercanggah menyebabkan kemarahan keluarga yang menunggu berita mengenai orang kesayangan mereka.

"Kami tidak akan melepaskan sebarang peluang. Kita perlu melihat kepada semua kemungkinan," kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman kepada AFP, mengesahkan bahawa pencarian diluaskan ke Laut Andaman, iaitu di utara pulau Sumatera di Indonesia.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu sama ada keputusan meluaskan pencarian itu ke barat laut dari radius kawasan asal berdasarkan kepada petunjuk kukuh di mana pesawat itu mungkin berada.

Pihak berkuasa meluaskan zon pencarian ke Selat Melaka di pantai barat Malaysia selepas menemui data radar yang menyatakan ada petanda "kemungkinan" pesawat itu mengubah laluan daripada perjalanan asal merentasi Laut China Selatan.

Tetapi, peralihan kawasan pencarian itu menimbulkan banyak tanggapan terhadap cara pihak berkuasa yang kurang cekap mengendalikan kes itu, kata AFP.

Kekecewaan meningkat di Malaysia, dengan sosial media dan beberapa media bertukar bahan berita daripada simpati kepada keluarga kepada kemarahan kerana pencarian tidak berhasil.

Pengguna Twitter mensasarkan kepada laporan bercanggah, dan kekeliruan sama ada pesawat itu tersasar dari laluan asalnya.

"Jika tentera Malaysia tidak nampak MH370 pusing ke arah Selat Melaka, maka mengapa cari di situ? Siapa yang buat keputusan untuk mencari di sana dan mengapa," kata seorang pengguna Twitter.

"Saya rasa Malaysia Airlines dan kerajaan Melayu cuba melindungi atau menyembunyi sesuatu mengenai pesawat MH370," tulis seorang lagi.

Kemarahan dan rasa malu ditambah dengan laporan yang disiarkan program berita Australia mengenai pelanggaran keselamatan dalam kokpit sebelum ini membabitkan pembantu juruterbang dalam pesawat yang hilang itu.

Malaysia Airlines pada Selasa berkata, pihaknya "terkejut" dengan laporan Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid, 27, bersama juruterbang melanggar peraturan penerbangan pada 2011 dengan membenarkan dua wanita muda Afrika Seltan masuk ke kokpit ketika penerbangan.

Laporan itu termasuk gambar wanita berkenaan dalam kokpit, dengan salah seorang bergambar dengan seorang lelaki menyerupai Fariq. Penumpang dilarang memasuki kokpit ketika penerbangan selepas kejadian serangan 9/11 ke atas Amerika Syarikat.

Penganalisis berkata, tekanan terhadap pihak berkuasa Malaysia boleh menyukarkan usaha mencari dan menyelamat.

"Tekanan awam mungkin memberi kesan kepada struktur perintah dan penyatuan dalam misi mencari akan retak. Ini bukan apa yang kita mahukan," kata Gerry Soejatman, penganalisis penerbangan bebas di Jakarta.

"Apabila ia retak, informasi dan keupayaan untuk pengesahan jadi masalah dan spekulasi tidak bertanggungjawab akan mengalahkan akal," katanya.

Tentera udara Malaysia pada Rabu berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Boeing 777 bertukar laluan tanpa alasan yang diketahui, tetapi menafikan laporan ia dikesan di Selat Melaka, jauh dari laluan asal pesawat itu.

"Buat masa ini, tidak elok untuk mengeluarkan sebarang kesimpulan secara rasmi mengenai laluan pesawat itu hingga kita berjaya mendapatkan kepastian dan pengesahan mengenainya," kata Panglima Tentera Udara, Jeneral Rodzali Daud berkata dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun semua operasi mencari berterusan pada masa ini diarahkan untuk meliputi semua kawasan kemungkinan di mana pesawat itu mungkin pergi untuk memastikan tiada kemungkinan yang terlepas," katanya.

Pihak berkuasa setakat ini tidak mendedahkan secara terperinci data radar yang dikatakan menunjukkan kemungkinan pesawat itu patah balik.

Peralihan zon mencari adalah perkembangan terbaru dalam misteri yang menyelubungi pesawat itu. Pada Selasa, pihak berkuasa Malaysia berkata, dua lelaki menggunakan pasport curi didapati pendatang tanpa izin warga Iran yang tidak terbabit dengan keganasan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pegawainya tidak mengenepikan sebarang kemungkinan tetapi memberi fokus kepada kemungkinan rampasan pesawat, sabotaj, masalah psikologi atau peribadi di kalangan penumpang atau anak kapal.

Operasi mencari kini membabitkan 42 kapal dan 35 pesawat sehingga Selasa, dari negara Asia Tenggara, Australia, China, New Zealand dan Amerika Syarikat.

China, yang mempunyai 153 warganya menaiki pesawat itu berkata, ia akan memasang 10 satelik dilengkapi pengimejan beresolusi tinggi untuk membantu dalam operasi mencari.

Boeing berkata, ia menyertai pasukan kerajaan Amerika Syarikat untuk menyingkap misteri apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawatnya 777-200 itu.

Tiga Pekerja Pejabat Tanah Gombak Didakwa Terima Suapan RM2,000

Posted: 12 Mar 2014 02:55 AM PDT


Oleh: BERNAMA


mahkamah
Gambar Hiasan.


SHAH ALAM: Tiga kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menerima suapan RM2,000 daripada penyelia tapak tanah pada 2012.

Pegawai tanah, Mohd Firdaus Ibrahim, 29, pemandu kenderaan, Mohamed Yusmi Mohamed Yusof, 34, dan pembantu penguat kuasa Muhammad Thoriq Muhamad Rom, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Al-Razak (Rasa D'Utara), Lot 2459, Batu 17, Kundang, Rawang, Selangor, 1.05 tengah hari pada 13 Jun 2012.

Mereka didakwa menerima wang itu daripada Elly Azly Mohd Zain, 41, sebagai dorongan tidak menahan lori yang membawa tanah merah dari kawasan penambakan tanah di Kundang, Rawang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim M. Bakri Abd Majid membenarkan ketiga-tiga tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 April sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Wan Azizah Cetus Emosi 1998 Di Kajang - Rafizi

Posted: 12 Mar 2014 02:50 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK



Mohd Rafizi Ramli.


 
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diyakini mampu mencetuskan kembali 'semangat 1998' dalam usaha meraih simpati rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac depan.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, pemilihan Wan Azizah sebagai calon adalah bertepatan khususnya dalam dalam membangkitkan emosi rakyat.

"Apabila calon di Kajang kita gantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah, ia sebagai langkah mengembalikan sentimen emosi 1998," katanya ketika ditemui di sini, Rabu.

Ditanya sama ada matlamat Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya sudah berubah selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding, Mohd Rafizi bagaimanapun menolak kenyataan itu.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, menerusi 'gerakan Kajang' yang dirancang PKR, pakatan pembangkang masih mensasarkan untuk menawan Putrajaya walaupun DUN Kajang tidak ditandingi Anwar.

"Kita sedar Datuk Seri Anwar terkenal dengan kebolehan pentadbiran dan kemantapan penyampaian...jadi walaupun beliau tidak bertanding, kehadiran isterinya boleh menceritikan mengenai kepincangan kerajaan hari ini," katanya.

Tegas Mohd Rafizi, pemilihan Wan Azizah tidak menurunkan graf sokongan rakyat terhadap PKR walaupun kerusi DUN Kajang sepatutnya ditandingi Anwar.

"Secara keseluruhan kesan sokongan tetap sama. Kita tetap mensasarkan Putrajaya walaupun calonnya ialah Datuk Seri Wan Azizah," katanya.

'Alright, Good Night' Kata Terakhir Juruterbang MH370

Posted: 12 Mar 2014 02:19 AM PDT





Md Handara Mohd Yusof, 35, bersama anaknya Fateha Nur Iman, 1, melihat papan putih yang merakamkan kata-kata semangat dan prihatin mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Sepang pada Selasa. - fotoBERNAMA

 

BEIJING: "Alright, good night". Itu kata terakhir yang didengar dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lalu.

Ia didedahkan buat pertama kalinya dalam satu mesyuarat di Beijing pada pagi Rabu antara kerajaan Malaysia dan China.


Pesawat itu kemudiannya hilang dari radar, kata pegawai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dalam satu pertemuan yang diketuai Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.

Pertemuan itu diadakan di dalam sebuah bilik yang dipenuhi hampir 400 ahli keluarga penumpang pesawat tersebut di Hotel Metropark Lido.

Bimbang dan marah mengenai nasib penumpang pesawat tersebut yang tidak diketahui dan tiada perkembangan terkini mengenai lokasi pesawat, ahli keluarga mereka pada Selasa meminta satu pertemuan diadakan antara kerajaan Malaysia untuk mendapat jawapan kepada semua persoalan mereka.

Namun hampir dua jam, pertemuan pada pagi itu berakhir dengan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Pegawai jabatan tersebut berkata, perkataan terakhir dari pesawat MH370 dibuat sebagai respons selepas Pusat Kawalan Udara Malaysia memberitahu kokpit bahawa mereka memasuki ruang udara Vietnam dan pusat kawalan udara dari Ho Chi Minch mengambil alih tugas tersebut.

Pesawat tersebut yang membawa 239 penumpang dan anak kapal membabitkan 153 warga China, masih hilang selepas dilaporkan terputus hubungan pada pukul 1.20 pagi Sabtu walaupun operasi mencari dan menyelamat turut dibantu beberapa negara termasuk Singapura.

Walaupun pesawat tersebut hilang dari radar mungkin kerana dirampas dan perampas boleh mematikan signal, dalam insiden itu, juruterbang masih boleh menghantar kod mayday rahsia, kata pegawai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Pegawai tersebut turut berkata, tiada sebab untuk mengesyaki juruterbang yang berpengalaman dan lulus kesemua pemeriksaan yang dikenakan oleh MAS kepada juruterbang.

Ini sebagai respons kepada keluarga yang membangkitkan laporan bahawa juruterbang membenarkan penumpang masuk ke dalam kokpit.

Tak Sanggup Ditahan Dalam Wad, Ajak (Shiro) keluar Hospital

Posted: 12 Mar 2014 02:14 AM PDT

s
Ajak (kiri) bersama ahli kumpulannya, Shahrol.
 
 
PETALING JAYA: Pelawak Ajak (Shiro) mengakui tidak sanggup tinggal di wad dalam tempoh yang lama sepanjang dimasukkan ke wad akibat penyakit denggi Ahad lalu di Hospital Pakar Kluang Utama, Johor.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, dia berasa rimas dengan suasana hospital dan membuatkan dirinya rasa lebih sakit dan keadaan itu membuatkannya meminta kebenaran untuk pulang ke rumahnya pada pagi Selasa.

"Bukan main susah lagi apabila kena tahan di wad akibat denggi. Sejak ditahan, saya minum air dengan banyak supaya dapat sembuh dengan cepat.

"Mujurlah platlet darah saya naik dan doktor memberi kebenaran untuk saya keluar hospital atas jaminan sendiri.

"Dan saya akan menjalani rawatan setiap hari sehingga demam denggi saya benar-benar sembuh," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ajak, sebelum ditahan wad, dia sempat melawat seorang kanak-kanak yang merupakan peminatnya di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

"Sebenarnya doktor mengesahkan saya terkena penyakit denggi pada Sabtu lepas di KL (Kuala Lumpur). Kemudian saya mengambil keputusan untuk masuk ke hospital sekitar Kluang, senang untuk keluarga menjaga saya.

"Tetapi sebelum itu saya ke Negeri Sembilan pada keesokan harinya kerana mendapat tahu seorang kanak-kanak yang sangat meminati kumpulan Shiro sakit teruk sejak sembilan tahun lalu.

"Tanpa ambil peduli sakit yang dilalui, saya gagahkan diri melawat budak itu. Alhamdulillah, seronok apabila dapat membuatkan orang lain terutamanya kanak-kanak gembira. Dan kemudian saya terus ke hospital pada hari yang sama," ujarnya.
   Selain Ajak, Shiro turut dianggotai oleh Shahrol.

MH370: Interpol kenal pasti seorang lagi rakyat Iran

Posted: 11 Mar 2014 05:14 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Dua suspek yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport curi dikenal pasti dan setakat ini, siasatan mendapati mereka tiada kaitan dengan pengganas. – Gambar The Malaysian Insider.Dua suspek yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport curi dikenal pasti dan setakat ini, siasatan mendapati mereka tiada kaitan dengan pengganas. – Gambar The Malaysian Insider. 
























Interpol membuat pengesahan identiti seorang lagi rakyat Iran yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Sabtu dengan menggunakan pasport palsu Itali.
Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble mengenal pasti lelaki itu sebagai Delavar Syed Mohammad Reza, 29.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Perancis yang disiarkan CNN hari ini.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan di Kuala Lumpur bahawa seorang rakyat Iran bernama Pouri Nourmohammadi, 19, yang dipercayai dalam perjalanan ke Jerman untuk mencari perlindungan, menggunakan pasport Austria untuk menaiki pesawat itu.

Khalid berkata, pemuda itu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kumpulan pengganas dan emaknya menghubungi pihak berkuasa Malaysia apabila mendapati anaknya itu tidak sampai di Frankfurt.

Noble berkata, dua lelaki berkenaan memasuki Malaysia menggunakan pasport Iran dan kemudian menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada pengesanan radar pada pukul 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Sebelum ini, pihak berkuasa mendedahkan dua lelaki itu menaiki pesawat berkenaan dengan menggunakan pasport yang dilaporkan dicuri di Thailand beberapa tahun lalu. - Bernama

Daripada sabar kepada marah dalam misi mencari dan menyelamat MH370

Posted: 11 Mar 2014 05:04 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 

 Kesabaran semua pihak kini sudah semakin menipis dengan percanggahan pelbagai maklumat berkenaan kehilangan pesawat MH370. - Gambar Reuters, 12 Mac, 2014.

Kesabaran semua pihak kini sudah semakin menipis dengan percanggahan pelbagai maklumat berkenaan kehilangan pesawat MH370. - Gambar Reuters


Mood rakyat Malaysia sekarang berubah daripada bersabar dalam misi pencarian MH370 yang membawa 239 penumpang kepada berasa malu dan marah kerana percanggahan maklumat tentang penumpang, bagasi dan maklumat disembunyikan mengenai kedudukan terakhir pesawat yang diketahui.

Pada mulanya percanggahan maklumat sama ada lima penumpang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER untuk ke Beijing awal pagi Sabtu tetapi bagasi mereka dipunggah masuk kerana tidak muncul untuk menaiki pesawat.

Sehingga Isnin Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan ia berlaku dan bagasi dipunggah masuk dan melepasi pemeriksaan keselamatan.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan ia tidak berlaku dan Malaysia Airlines mengesahkannya pada sebelah petang.

Mengapa pegawai-pegawai MAS tidak memberikan penjelasan serta merta semasa Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mendedahkan perkara itu sebelum ini?

Dan sekarang pendedahan pesawat penumpang itu mungkin berpatah balik dan terbang ke Selat Melaka apabila hilang daripada radar?

Mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengambil masa begitu lama untuk berkongsi maklumat dengan pasukan mencari dan menyelamat serta orang awam? Maklumat disembunyikan ini menyebabkan semua pihak mencari MH370 di tempat yang salah.

Penyembunyian maklumat menyebabkan orang ramai tertanya-tanya akan langkah janggal untuk mencari di Lautan Andaman, Selat Melaka dan kawasan sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Semalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan mereka tidak menerima sebarang maklumat mengenai isyarat berpatah balik Boeing 777-200ER sebagaimana yang dikatakan oleh TUDM.

Sehingga semalam Vietnam mengatakan akan menambah lebih banyak kapal dalam misi mencari dan menyelamat intensif untuk mencari pesawat MH370.

China juga menggunakan lebih banyak sumber dan 10 statelit untuk memantau kawasan tersebut bagi mencari pesawat penumpang yang membawa dua pertiga warganegaranya.

Adakah satu keajaiban jika China marah dan meminta Putrajaya untuk lebih terbuka dengan maklumat pesawat MH370 yang hilang? Adakah ia sesuatu yang mengejutkan jika Vietnam meminta perkara sama?

Kemudian terdapat pula misteri dua warga Iran yang menggunakan pasport curi warga Itali dan Austria bagi perjalanan ke Eropah melalui Beijing.

Polis antarabangsa Interpol mengatakan kedua-dua lelaki itu menggunakan pasport asal ketika meninggalkan Iran untuk ke Malaysia sebelum menggunakan pasport curi dan menaiki pesawat MH370 untuk ke Beijing pada 8 Mac.

Imigresen Malaysia mengatakan kedua-dua lelaki itu menggunakan pasport curi untuk memasuki Malaysia pada 28 Februari. Namun, Interpol pula mengatakan mereka masuk ke Malaysia menggunakan pasport Iran.

Siapa yang betul? Apakah pertukaran pasport itu berlaku di atas pesawat?

Apakah kita akan berdepan dengan lebih banyak percanggahan maklumat dan maklumat disembunyikan akan terbongkar tidak lama lagi? Apakah kerajaan dan agensi relevan memberitahu kita semua perkara?

Atau apakah kita perlu terus menunggu dan tertanya-tanya selama lebih 24 jam sebab-sebab perluasan misi mencari dan menyelamat di pantai Sumatera dan Lautan Andaman hanya kerana Ketua Pengarah DCA Azharuddin mampu mengatakan: "Ada sesetengah perkara saya boleh beritahu anda dan ada sesetengah perkara tidak boleh."

Lebih penting lagi apakah penangguhkan perkongsian maklumat ini akan menyebabkan misi mencari dan menyelamat 239 penumpang dalam pesawat MH370 yang sudah hilang lebih 100 jam sekarang menjadi lebih sukar?

Seluruh dunia sedang memerhatikan Malaysia sekarang kerana pesawat yang mempunyai sayap selebar 200 kaki tidak akan terhempas atau hilang di udara begitu sahaja.

Keluarga dan rakan-rakan 227 penumpang dan 12 anak kapal juga memerhatikan setiap langkah diambil pihak berkuasa. Sebarang langkah yang silap akan menghilangkan keyakinan dan kepercayaan mereka bahawa Malaysia bersungguh-sungguh dalam misi mencari dan menyelamat ini.

Malaysia berdepan dengan kesukaran untuk menjelaskan kepada negara-negara lain bagaimana mereka akhirnya dapat mengesan pesawat MH370 berpatah balik dan dapat dikesan sehingga 2.40 pagi pada Sabtu – waktu sama semasa MAS mengatakan buat pertama kali mengenai kehilangan pesawat itu.

Apa yang pasti, nyawa 239 orang masih dalam bahaya sehingga ia ditemui. Masa terus terbuang sehingga Malaysia bekerjasama dan mengikut nasihat Beijing untuk memberitahu apa yang mereka tahu tentang pesawat MH370

Tiada ulasan: