Biaqpila |
- BOMOH MALUKAN ISLAM,JAKIM BOLEH DOK BIAQ???
- TERKINI: RAKIT KAPALTERBANG DITEMUI DI SELAT MELAKA
- MH370 HANTAR DATA ENJIN SEBELUM HILANG
- MAS TERKEJUT DAKWAAN TERHADAP PEMBANTU JURUTERBANG MH370
BOMOH MALUKAN ISLAM,JAKIM BOLEH DOK BIAQ??? Posted: 12 Mar 2014 06:37 AM PDT DEY MACHA!!! MANA PI PIHAK BERKUASA AGAMA? AWAT TAK PI TANGKAP SAJA DEPA NI BIKIN MALU UMAT ISLAM BRO SATU DUNIA TENGOK INI BOMOH BERDENGUNG BETOI KAH! KAH! KAH! Sudah ramai yang memberikan komen tentang hal ini terutamanya mengaitkan aktiviti bomoh ini dengan perkara khurafat dan sudah tentu mencemarkan imej serta memalukan Malaysia. Ritual yang dilakukan oleh bomoh ini amat memalukan dan tidak terfikir oleh akal. Aksi pertamanya dan komen Dr Asri boleh ditonton dan dibaca di sini. Respons orang ramai termasuk pemimpin negara terhadap bomoh ini boleh anda baca di sini. Yang sadisnya, aksi ritual bomoh ini serta pembantunya turut disindir oleh masyarakat antarabangsa. Misalnya: Apa kaitan bomoh ini dengan UMNO? Lihat gambar: duniacacamarba SET BERSALIN MURAH (NONA ROGUY, SALINDAH DAN SENDAYU TINGGI) |
TERKINI: RAKIT KAPALTERBANG DITEMUI DI SELAT MELAKA Posted: 11 Mar 2014 11:26 PM PDT Jumpa rakit getah di Selat MelakaNelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak. Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat. "Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut. "Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam. Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam. "Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat. "Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan 'boarding' pada permukaan objek itu. "Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya. Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan. Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan. HM |
MH370 HANTAR DATA ENJIN SEBELUM HILANG Posted: 11 Mar 2014 10:43 PM PDT Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) menghantar sekurang-kurangnya dua data teknikal kepada menara kawalan sebelum hilang, menurut majalah New Scientist. Data tersebut mungkin membantu penyiasat memahami apa yang tidak kena kepada pesawat itu dengan tiada sebarang petanda sejak ia hilang pada awal pagi Sabtu, menurut laporan itu semalam. "MAS tidak mendedahkannya jika mendapat sesuatu daripada data Acars," katanya merujuk kepada Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (Acars) yang mengumpul secara automatik empat laporan teknikal setiap penerbangan bagi memudahkan jurutera mengenal pasti masalah. Laporan itu boleh dihantar melalui gelombang radio VHF atau satelit di tempat berlepas, semasa mendaki, di satu titik ketika terbang atau semasa mendarat. Majalah tersebut mendapati kenyataan media ke-11 Malaysia Airlines ada menyebut, "Semua pesawat MAS dilengkapi dengan Acars yang menghantar data secara automatik. Bagaimanapun, tiada panggilan kecemasan dan tiada maklumat yang diperoleh." "Ia mungkin masih belum ada maklumat kukuh yang diperoleh. Tetapi New Scientist difahamkan syarikat pengeluar enjin Trent 800 Boeing 777, Rolls Royce menerima dua laporan data daripada penerbangan MH370 di pusat pemantauan enjin global di Derby, United Kingdom di mana mereka memantau penggunaan enjin pesawatnya." Difahamkan meskipun data enjin dipantau daripada Acars yang lebih besar melaporkan semua penerbangan kritikal dan avionik, ia mungkin bermaksud menara kawalan mempunyai petanda berguna mengenai keadaan pesawat sebelum dilaporkan hilang. "Pesawat tidak terbang lama untuk mengeluarkan lebih laporan Acars," menurut laporan itu merujuk kepada pesawat yang hilang daripada radar pada jam 1.30 pagi waktu tempatan. "Di bawah peraturan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, laporan sedemikian kekal sulit sehinggalah diperlukan penyiasat," katanya. Pencarian kehilangan pesawat itu diteruskan untuk hari kelima hari ini meliputi kawasan Laut Andaman, Selat Melaka dan Laut China Selatan. Tiada petanda di mana kedudukan pesawat itu sejak ia hilang menjadikannya salah satu misteri penerbangan yang pernah berlaku. – 12 Mac, 2014. TMI |
MAS TERKEJUT DAKWAAN TERHADAP PEMBANTU JURUTERBANG MH370 Posted: 11 Mar 2014 09:09 PM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melahirkan rasa terkejutnya berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid. Menurut satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu. "Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan. Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak mahu tumpuan kami dialih," katanya. MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka berdepan masa yang sukar ketika ini. "Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami. Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami," kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot' pada Selasa. Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu. Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. awani |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan