Sabtu, 1 Mac 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[KISAH MASYARAKAT] Paksa Adik 12 Tahun Hidu Gam Sebelum Noda

Posted: 01 Mar 2014 03:05 AM PST

KELAB GREENBOC

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun layak digelar 'setan' apabila bukan saja memaksa adiknya berusia 12 tahun menghidu gam sebaliknya turut merogol kanak-kanak itu.

Ketika kejadian di rumah mereka di Ampang kira-kira jam 11 pagi kelmarin, hanya dua beradik berkenaan berada di rumah kerana ibu bapa mereka berusia lewat 40-an keluar bekerja.

Menurut sumber, mangsa yang sedang bersendirian di ruang tamu menonton televisyen mendakwa didatangi abangnya itu.

"Abang mangsa kemudian menunjukkan #kemaluannya menyebabkan adiknya itu ketakutan dan cuba melarikan diri namun berjaya dihalang abangnya itu.

"Mangsa dipaksa menghidu gam sebelum dirogol," katanya.

Sumber itu berkata, selesai dirogol, mangsa diarah mandi sebelum bersiap untuk ke sekolah.

"Abang mangsa dilapor meninggalkan rumah sejurus kejadian manakala kesempatan itu digunakan mangsa untuk menghubungi ibunya mengadu mengenai kejadian yang menimpanya," katanya.

Sehubungan itu, mangsa ditemani ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Mangsa turut dirujuk di hospital berhampiran sebelum pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa.

Katanya, abang mangsa yang menyedari keluarganya membuat laporan polis dikatakan sudah menghilangkan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan pihak berkuasa. -HM

PENGAJARANNYA

Penting didikan agama di peringkat awal kanak-kanak, baik lelaki atau perempuan. Ibu bapa perlu mengawasi ragam kanak-kanak apabila mereka telah meningkat remaja.

Kesian Rosmah Mansor....

Posted: 01 Mar 2014 03:00 AM PST

shahbudindotcom


Secara tiba-tiba isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengeluh tentang masanya yang kini telah diambil oleh rakyat sehingga tidak mempunyai kesempatan lagi untuk melayan hobinya sendiri, terutama bermain badminton yang menjadi kegemarannya sebelum ini.

Berucap dalam satu majlis semalam, beliau berkata, "semua telah diambil rakyat, termasuk masa dan hobi saya. Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang. Saya hanya luangkan masa untuk rakyat".

Ucapan Rosmah ini agak menghairankan kerana siapa yang menyuruhnya sibuk-sibuk atau menyibukkan diri menjaga rakyat. Tiada siapa yang memintanya berbuat demikian, bahkan beliau tidak dibayar gaji pun untuk menjaga rakyat. Beliau bukanlah wakil rakyat, menteri atau seumpamanya.

Beliau hanyalah isteri seorang Perdana Menteri yang perlu menyokong kerjaya dan menemani suaminya dalam program-program tertentu yang memerlukan kehadirannya. Tetapi ketika Najib ke pejabat, tidak perlulah beliau ke pejabat sama. Tiada siapa yang marah jika ketika Najib ke pejabat, beliau hanya berehat di rumah dan tidak berjumpa rakyat.

Sebagai isteri Perdana Menteri atau bahasa canggihnya, First Lady, bagaimanapun beliau bolehlah mengaktifkan dirinya dalam program-program ringan seperti yang biasa dilakukan oleh mana-mana isteri pemimpin lain di dunia ini. Isteri Presiden Amerika, Michelle Obama misalnya sering terlibat dalam program-program santai seperti bersama kanak-kanak, wanita, menghadiri program kebajikan, pertunjukan fesyen amal dan sebagainya.

Jika ditambah dengan program Permata pun, Rosmah sebenarnya tidaklah sesibuk mana. Tapi kenapa semua masanya diambil oleh rakyat sampai tiada masa bermain badminton? Adakah Najib menderanya untuk melakukan kerja-kerja bertemu rakyat?

Rosmah sebenarnya tidak perlu mengeluh kerana tiada siapa mewajibkannya melayan rakyat daripada pagi sampai petang dan kemudian bersambung hingga ke malam. Kerja melayan rakyat adalah kerja suaminya, menteri-menteri adan wakil rakyat yang sudah dibayar gaji oleh kerajaan.

Tetapi jika beliau melakukannya kerana suka-suka atau ingin membantu Najib, berpada-padalah. Curilah masa untuk hobi sendiri seperti membeli-belah, bertemu kawan-kawan atau bermain badminton dan janganlah sampai terlebih sibuk daripada wakil rakyat, menteri atau pegawai di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang memang dibayar gaji untuk kerja demikian.

Ada seorang bekas pegawai Najib yang ketika berkhidmat dulu menjadikan setiap hari Khamisnya untuk beliau bermain golf bersama kawan-kawannya. Di hujung minggu tertentu pula, pegawai terbabit juga masih mempunyai masa bermain golf sehingga ke Indonesia dan Thailand sedangkan beliau lebih dikehendaki membantu bossnya melayan rakyat.

Jika pegawai Najib sendiri yang memang dibayar gaji untuk sebahagiannya ialah melayan rakyat masih mempunyai banyak masa melayan hobi golfnya, agak menghairankan juga bagaimana Rosmah sampai tiada masa untuk bermain badminton.

Lagi pun, baru beberapa hari lalu ketika menyampaikan sumbangan air mineral di Cheras, Rosmah mengelak ketika didekati wartawan dengan alasan beliau hanyalah suri rumah dan bukannya ahli politik.

Kalau hanya suri rumah, kenapa sampai sibuk sangat sehingga tiada luang waktu untuk bermain badminton?

Ternampak ada kecelaruan di sini, sekejap suri rumah dan sekejap yang lain sebagai penjaga rakyat paling sibuk. Kalau hanya suri rumah sebagaimana yang diakuinya, disitulah sebenarnya kepuasan dan pahala untuknya. Sebagai suri rumah tetapi menyibukkan diri mahu menjaga rakyat sama, belum tentu dapat pahala, apatah lagi jika mengabaikan suami dan mengeluh kemudiannya.

Bagaimanapun mungkinlah tugasnya sibuk dengan rakyat dan menemui pelbagai kelompok manusia sekarang ini berikutan suasana politik tidak lagi stabil, bahkan yang mendesak suaminya berundur pun makin ramai. Selain pihak pembangkang dan yang terbaru, Hindraf pula bersuara dengan desakan yang serupa, bekas Perdana Menteri, Mahathir serta Daim Zainuddin pula sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengganggunya.

Mungkinlah semua ini yang mengganggu Rosmah untuk meluang masa daripada hobi badmintonnya. Alahai, kesiannya...

Namun, jika Rosmah terlampau ingin melangsaikan hobinya yang banyak tertangguh selama ini, beliau bolehlah juga meminta suaminya agar berundur dengan segera. Kemudian berbadmintonlah dengan sepuasnya

Perompak tetak Pengawal, larikan hampir RM300,000

Posted: 01 Mar 2014 02:47 AM PST

MALAYSIAKINI


Seorang pengawal keselamatan cedera ditetak manakala seorang juruwang kepedihan mata akibat disembur serbuk kari selepas mereka disamun empat lelaki di kawasan parkir di Terminal Larkin Sentral semalam.
  
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika mangsa menuju ke premis perniagaan mereka di terminal berkenaan selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank.
  
"Mereka didatangi empat lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kereta yang kemudian menyembur serbuk kari dan menetak pinggang kanan pengawal keselamatan itu dengan parang," katanya ketika dihubungi.
  
Beliau berkata suspek kemudian melarikan dua beg berisi wang tunai hampir RM300,000 dengan kereta berwarna gelap.
  
Sulaiman berkata anggota polis yang digerak untuk mengesan kesemua penjenayah berjaya menahan dua daripada mereka berumur lingkungan 20an dan 30an pada kira-kira 8.30 malam dan usaha giat dijalankan bagi mencari bakinya.
  
Beliau berkata pengawal keselamatan berumur 34 tahun, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan dilaporkan stabil manakala juruwang berusia 22 tahun tidak mengalami kecederaan serius.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.- Bernama

'Cukuplah tu Waythamoorthy…'

Posted: 01 Mar 2014 02:44 AM PST


Manivannan Gowin Manivannan Gowin
 

CABARAN Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy semalam agar Umno/BN menjadikan PRK Dun  Kajang sebagai referandum untuk membantu masyarakat India adalah sesuatu yang ganjil.

Ini adalah kerana masyarakat India telah lama menyedari Umno/BN tidak mampu untuk menaiktaraf kehidupan mereka dan hanya menggunakannya sebagai satu slogan retorik setiap kali pilihan raya.

Malah, Waythamoorthy sendiri telah meletakkan jawatan dari Kabinet kurang sebulan lalu, kerana kerajaan Umno/BN gagal berperanan sebagai kerajaan yang mengangkat martabat masyarakat India.

Yang mengejutkan saya ialah mengapa Saudara Waythamoorthy bersikap tidak masuk akal dengan melontarkan cabaran sebegitu.

Oleh yang demikian, tidak ada gunanya membiarkan Umno/BN menabur janji palsu sekali lagi terhadap pengundi di Kajang terutamanya masyarakat India kerana rekod buruk Umno/BN yang terbukti gagal menangani isu-isu berbangkit masyarakat India selama ini.

Jelas, Waythamoorthy hanya melontarkan cabaran kosong yang langsung tidak membawa sebarang makna kepada nasib masyarakat India.

Untuk apa mencabar kerajaan yang sememangnya tidak mampu dan tidak mahu, membawa perubahan untuk masyarakat India. Waythamoorthy hanya bermain wayang dan membuang masa.

PR selama ini tetap komited untuk membela masyarakat India daripada menjadi mangsa politik Umno/BN.

Taktik kotor Umno/BN yang sengaja membelenggu dan memerangkap masyarakat India dalam kemiskinan dan kemunduran agar meneruskan kebergantungan kepada kerajaan mereka harus difahami dan ditangani.

PR berdiri teguh selama ini bersama masyarakat India dalam pelbagai isu dan keyakinan yang diberikan oleh pengundi India dalam dua siri PRU yang lalu memberi isyarat kepada Umno/BN bahawa mereka tidak lagi percaya dengan polemik dan politik murahan, yang hanya menabur janji ketika berlakunya pilihan raya.

Fokus untuk pembangunan modal insan dan juga sosio-ekonomi di kalangan masyarakat India adalah satu tanggungjawab yang dipikul secara bersama antara parti-parti dalam PR.

Nasib masyarakat India terutamanya di negeri Selangor terbela dengan Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti bantuan untuk anak pekerja ladang yang bukan sahaja bersifat membantu, tetapi membina.

Justeru, jelas samada Waythamoorthy melontarkan cabaran kepada Umno/BN atau tidak dan samada cabaran itu disambut oleh Umno/BN atau tidak, PR tetap memberikan komitmen yang optima bagi membangunkan masyarakat India untuk bersama-sama dalam keluarga besar bangsa Malaysia.

Sebagai bangsa Malaysia kita mengorak jalan ke hadapan bersama-sama.

Bersama PR, tidak ada lagi dasar pecah dan perintah akan berlaku sepertimana yang diamalkan oleh Umno/BN. Masyarakat India akan menjadi sama penting dengan mana-mana kaum di Malaysia iaitu sebagai tulang belakang tanahair ini.

Komitmen masyarakat India sejak kemerdekaan akan berterusan dan kini ianya akan menjadi satu garisan hadapan yang akan menghapuskan dasar-dasar kolot Umno/BN.

Cukuplah Waythamoorthy, masyarakat India telah lama tolak Umno/BN.

(*) YB Manivannan Gowin Ahli Parlimen Kapar

Cuaca Panas : Waspada dengan Serangan Strok Haba

Posted: 01 Mar 2014 02:38 AM PST

RAKYAT NEWS

 

Rakyat News


KUALA LUMPUR  - Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

Syanie, Nadi Putera selamat bernikah

Posted: 01 Mar 2014 02:33 AM PST


Syanie, Nadi Putera selamat bernikah Syanie kelihatan manis dalam persalinan kelabu ketika bersiap sebelum majlis akad nikah - Foto instagram Brian (Master Chef)


SHAH ALAM - Pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan hanya sekali lafaz.

Memetik laporan berita tempatan, majlis akad nikah tersebut berlangsung di Sandy Beach Resort, Langkawi, pagi tadi.

Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi ini manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail.

Pasangan ini bertunang pada hari raya Aidilfitri tahun lalu.

Pemain Khoo Kien Keat 'jadi tukang kempen' Chew

Posted: 01 Mar 2014 02:31 AM PST

MALAYSIAKINI





Walaupun mempunyai jadual yang padat, namun calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyertai satu perlawanan badminton persahabatan malam tadi.


Dalam perlawanan yang berlangsung di dewan badminton di Sungai Chua, Chew dan bekas pemain badminton negara, Khoo Kien Keat berpadu tenaga untuk menundukkan pasangan Pemuda BN dalam satu pertandingan sengit yang berkesudahan dengan 21-19.

" Ia dimenangi Chew Mei Fun ," kata Chong Sin Woon, yang berpasangan dengan Khairy Azwan Harun yang tewas kepada pasangan "Diamond Pair " itu.

Pertandingan persahabatan itu, anjuran Pemuda BN, turut menarik perhatian mereka yang bermain di gelanggang bersebelahan, untuk datang menontonnya.

Chew, yang kemudiannya bergegas untuk menghadiri dua ceramah di Kajang, tidak bercakap dengan media.

Beliau mempunyai sejumlah lapan program di bandar itu semalam.

Ini adalah kali kedua Khoo dilaporkan menghadiri fungsi yang
berkaitan dengan pilihan raya .

Yang pertama ialah di Machap pada tahun 2007 selepas beliau dan pasangannya, Tan Boon Heong mencapai kemasyhuran apabila menjadi juara Sukan Asia pada tahun 2006 dan Terbuka England pada Mac 2007.

Kedua-duanya dilaporkan mengadu kekurangan masa untuk latihan kerana mereka perlu menghadiri aktiviti luar, termasuk pergi ke Machap.

Dan bekas rakan sepasukannya Khoo - Datuk Lee Chong Wei -  pula ke Perak untuk memberi sokongan kepada rakannya, Ling Hee Long, yang bertanding kerusi Parlimen Gopeng dalam pilihan raya umum 2008.

Bekas ketua dipecat kerana kritik presiden MIC

Posted: 01 Mar 2014 02:29 AM PST

MALAYSIAKINI


Jawatankuasa Disiplin MIC memecat seorang ahli parti itu semalam kerana membuat kenyataan bahawa presiden parti Datuk Seri G. Palanivel tidak wajar dibenar berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Kajang.
  
Pengerusinya Tan Sri Dr K.S. Nijhar berkata bekas ketua MIC Bahagian Bukit Gelugor K Loganathan dipecat kerana gagal memberi bukti untuk menyokong dakwaan negatif dibuatnya terhadap presiden parti.
  
Katanya Loganathan, yang hadir di ibu pejabat MIC semalam, gagal mengemukakan bukti berkenaan.
  
"Penjelasan diberinya tidak memuaskan. Oleh itu, jawatankuasa membuat keputusan memecat Loganathan daripada parti, berkuat kuasa serta-merta.

"Bagaimanapun, Loganathan mempunyai masa 14 hari untuk merayu kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) berhubung keputusan itu," katanya apabila dihubungi hari ini.

Pada 21 Februari, sebuah portal berita memetik Loganthan sebagai berkata Palanivel tidak patut dibenarkan berkempen bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, Selangor, dijadualkan berlangsung pada 23 Mac.
  
Empat hari kemudian, Jawatankuasa Disiplin megeluarkan surat tunjuk sebab kepada Loganathan dan memintanya memberi penjelasan tentang perkara itu.
  
Menurut Nijhar, Jawatankuasa Disiplin MIC dalam mesyuaratnya pada 17 Februari memutuskan Loganathan adalah antara 10 pemimpin parti yang diletakkan di bawah pemantuan jawatankuasa itu.
  
Katanya jawatankuasa tersebut akan bermesyuarat sekali lagi dalam tempoh dua bulan akan datang untuk membuat keputusan muktamad sama ada tindakan disiplin perlu diambil terhadap mana-mana mereka demi kepentingan parti. Bernama

Debat calon ketua AMK malam ini

Posted: 01 Mar 2014 02:27 AM PST

MALAYSIAKINI





Satu majlis debat yang menampilkan tiga calon yang bakal bertanding merebut jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan berlangsung di Batu Pahat malam ini.

Tiga calon tersebut ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amiruddin Shari dan Nazree Yunus.

Nik Nazmi merupakan timbalan Speaker DUN Selangor yang juga ADUN Seri Setia, Selangor manakala Amiruddin adalah ADUN Batu Caves. Nazree pula adalah naib ketua AMK.

Mereka akan berhujah mengenai gagasan dan manifesto masing-masing dalam persaingan merebut jawatan ketua AMK Malaysia dalam pemilihan parti kali ini.

Majlis itu bakal dihangatkan dengan kehadiran moderator jemputan, Hishamudin Rais yang merupakan aktivis dan pengkritik politik tanahair.

Ada kereta cuba langgar saya, kata Sanjeevan

Posted: 01 Mar 2014 02:25 AM PST

MALAYSIAKINI





Selepas pulih daripada pengalaman bergelut dengan nyawanya selepas cedera ditembak,  semalam aktivis anti-jenayah R Sri Sanjeevan mengadu diekori sebuah kereta selepas memeriksa sebuah pusat maksiat di Negeri Sembilan .


Sanjeevan (kiri dalam gambar) berkata beliau pulang ke Bahau
petang semalam dari rumahnya selepas mendapat maklumat bahawa ada pelajar mengunjungi pusat maksiat di sana.

"Saya pergi ke tempat itu kira-kira pukul 4 petang, dan setibanya di sana, saya ternampak sebuah kereta Perodua Kancil sedang memerhatikan kami.

"Kami memandu dan melihat kereta itu mengekori kami dan pemandunya menunjukkan jari tengahnya kepada saya.

"Pemandu saya kemudian memecut tetapi kereta itu masih mengekori kami selama kira-kira 20 minit di sekitar bandar," katanya lagi.

Di satu selekoh, tambah beliau, pemandunya meninggalkannya di tepi jalan raya tanpa dapat dilihat oleh suspek, dan beliau nampak kereta Kancil itu masih mengekori keretanya.

"Pemandu saya mendakwa Kancil cuba melanggar kereta saya," kata aktivis anti-jenayah itu.

Bagaimanapun, katanya, pemandunya sempat memecut dari situ.

Sanjeevan, yang merupakan pengerusi MyWatch berkata, beliau cuba menghubungi Balai Polis Bahau dan bilik operasi polis serta ketua polis daerah beberapa kali untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, tidak ada jawapan

Beliau kini masih tidak pasti sama ada hendak membuat
laporan polis berhubung kejadian itu walaupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkannya supaya berbuat demikian.

Sanjeevan ditembak di dada di Jempol, Negeri Sembilan Julai lalu selepas menerima ancaman bunuh berkaitan usaha-usahanya mencegah jenayah itu.

Beliau terlantar di hospital selama beberapa untuk sembuh daripada kecederaan yang dialaminya.

Operasi buru Pati berniaga bermula malam ini

Posted: 01 Mar 2014 02:21 AM PST

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


ALOR GAJAH - Operasi bersepadu memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) menjalankan perniagaan dengan menggunakan permit milik rakyat tempatan akan bermula malam ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata operasi melibatkan Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu bagi memastikan masalah peniaga warga asing tanpa izin ditangani sepenuhnya.

"Rata-rata rakyat rasakan peluang perniagaan mereka sudah direbut dan dirampas oleh pendatang asing.

"Saya ingin memberitahu bahawa rakyat Malaysia (yang sewakan atau jual permit) juga perlu disalahkan...jangan sewakan lesen, jangan jual lesen kerana lesen itu diberi kepada warganegara Malaysia untuk kerajaan bantu mereka meningkatkan taraf kehidupan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakyat anjuran Umno Bahagian Masjid Tanah di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan kawasan perniagaan seperti di Chow Kit, Jalan Silang dan Pasar Keramat di ibu negara banyak diusahakan oleh PATI.

Katanya serentak dengan operasi itu, PBT di seluruh negeri diminta menjalankan semakan lesen setiap tahun terhadap premis-premis perniagaan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.

"PBT harus semak pemberian lesen setiap tahun, jika lesen benar-benar digunakan oleh rakyat tempatan, berikan penyambungan tetapi kalau didapati lesen berkenaan dijual atau disewakan kepada pendatang asing ia hendaklah ditarik balik," katanya. - Bernama

Jenazah 4 beranak disemadi satu liang lahad

Posted: 01 Mar 2014 02:19 AM PST

Jenazah 4 beranak disemadi satu liang lahad Empat beranak dikebumikan dalam satu liang lahad dengan kedudukan Mohd Fauzan dan isteri tepi kiri dan kanan.


SETIU - Jenazah empat beranak yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan kelmarin dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Batu Gajah, Guntung Dalam dekat Permaisuri di sini awal pagi semalam.

Mohd Fauzan Abu Bakar, 33, isterinya, Nurhidayah Ngah, 29 dan dua anak perempuan mereka Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 selamat disemadikan kira-kira jam 4 pagi.

Menurut abang Mohd Fauzan, Mohd Zaki, 36, jenazah empat beranak itu tiba dari rumah mayat Hospital Jempol kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

"Sebaik tiba jenazah mereka terus dibawa ke Masjid Kampung Guntung Dalam untuk disembahyangkan kemudian dikebumikan," katanya.

Mohd Zaki berkata, jenazah adiknya dan keluarga dibawa pulang dengan dua buah van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia dan Hospital Jempul.

Menurutnya, jenazah mereka dikebumikan berhampiran dengan kubur ibu dan ayahnya Fatimah Muda dan Abu Bakar Diah yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Menurut abang sulung Mohd Fauzan, Mohd Zainuddin, 49, adiknya itu sempat singgah di kubur ibu dan ayah mereka itu ketika perjalanan pulang ke Port Dickson petang Selasa.

"Sebaik turun dari rumah saya di sini (Kampung Batu Gajah) arwah singgah di kubur arwah mak dan ayah, dan dua hari selepas itu mereka sekeluarga turut dikebumikan berhampiran kubur arwah mak dan ayah," katanya.

Mohd Zainuddin berkata, selain  Mohd Zaki yang bermimpi adiknya (Mohd Fauzan) akan meninggal dunia, Mohd Fauzan juga berubah laku apabila menjadi pendiam.

Katanya, ketika Mohd Fauzan ingin berangkat pulang, dia turut meminta arwah meninggalkan anaknya Nur Ain Shahiera untuk dijaganya, namun Mohd Fauzan berkata, dia dan anaknya tidak boleh berpisah.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi kelmarin, kereta  Proton Saga dinaiki mangsa sekeluarga dari sini ke Port Dickson bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja dinaiki Muhammad Fairahall Abbas, 45, yang dalam perjalanan dari Seremban ke Kerteh.

BN P.Pinang: Anwar mungkin popular tapi...

Posted: 01 Mar 2014 02:16 AM PST


Datuk Jahara Hamid Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan populariti untuk meraih sokongan rakyat bagi memastikan kemenangan  pada PRK Dun Kajang.

Ujarnya, pengundi Dun Kajang perlu membuat pilihan yang bijak dengan memilih calon yang boleh berkhidmat kepada mereka, bukan atas dasar populariti semata-mata.

"Kita harap rakyat negeri Selangor khususnya di Kajang betul-betul menilai tokoh yang nak dipilih atas sebab apa? Sebab popular sahaja atau khidmat dia?," katanya kepada sebuah portal.

Menurut Jahara lagi, Anwar boleh menang jika dinilai berdasarkan populariti tetapi akan tewas jika pengundi menilai dari segi khidmat serta tanggungjawab diberikan.

"Kalau atas populariti mungkin dia menanglah tapi khidmat dia tak menang.

"Sebab kalau dinilai khidmat setakat ini memang tiada apa pun, dia cakap-cakap sahaja," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Dun Kajang pada 23 Mac manakala penamaan calon pula pada 11 Mac ini, sementara tarikh pengundian awal pula pada 19 Mac.

Untuk rekod seramai 38,297 orang pengundi akan terlibat dalam pilihan raya kecil Dun Kajang yang terdiri dari 38,055 pengundi biasa, 1,197 pengundi awal dan 26 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 18 pusat pengundian akan dibuka dengan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Bandar Baru Bangi akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi.

Kos haji kekal RM9,980

Posted: 01 Mar 2014 02:15 AM PST

Jamil Khir Baharom Datuk Seri Jamil Khir Baharom

YAN - Kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini kekal RM9,980 walaupun kos sebenar telah meningkat kepada RM16,115 seorang berbanding RM15,575 tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, walaupun berlaku peningkatan kos, kerajaan mengambil langkah untuk tidak menaikan kos sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.

"Setiap tahun akan ada kos tambahan melibatkan tempat penginapan, pengangkutan, penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Arab Saudi dan kos mutawif tapi harga masih dikekalkan demi membantu jemaah haji.

"Walaupun kos rendah, kita pastikan perkhidmatan diberikan pada tahap terbaik. Kita mahu kekalkan nilai perkhidmatan dan kualiti kepada jemaah haji Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 kepada 6,000 penerima kawasan Parlimen Jerai, di sini hari ini. 

Jamil Khir berkata, beliau akan ke Jeddah Rabu ini untuk menghadiri mesyuarat mengenai persiapan musim haji akan datang bersama kerajaan Arab Saudi.

"Saya akan cuba mengemukakan rayuan supaya kuota bagi jemaah Malaysia dapat dinaikkan," katanya.

Jamil Khir berkata, kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji untuk jemaah Malaysia kepada 22,000 orang berikutan proses pembangunan dan menaik taraf kemudahan sekitar Masjidil Haram di kota suci Makkah.

"Kita faham mereka terpaksa menetapkan kuota jemaah...tetapi kerajaan akan terus memohon dan merayu untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak 10,000 dengan Arab Saudi bagi memenuhi keperluan rakyat negara ini," katanya. - Bernama

PRK: Polis Terengganu turun Kajang

Posted: 01 Mar 2014 02:12 AM PST

PRK Kajang


SETIU - Sebanyak 151 pegawai dan anggota polis dari Terengganu akan ditugaskan untuk membantu menjaga keselamatan sepanjang proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Selangor dijadualkan 23 Mac ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil hari ini berkata kesemua mereka akan ditugaskan bermula tempoh berkempen sehingga hari pengundian.

Katanya penugasan anggota dan pegawai itu bagi membantu Polis Selangor menghadapi sebarang kemungkinan berikutan lokasi itu bakal menjadi tumpuan masyarakat luar untuk turut serta berkempen mewakili parti masing-masing.

"Walaupun PRK ini berlaku di luar Terengganu namun sebagai satu pasukan kita akan saling membantu. Kita harap dengan kekuatan yang dihantar ini akan dapat membantu menjaga keselamatan sepanjang proses berkempen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan penyerahan papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kemunting, di sini. - Bernama

Tak perlu curah peruntukan di Kajang, kata Zahid

Posted: 01 Mar 2014 02:10 AM PST

Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi


ALOR GAJAH - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat pilihan raya kecil Dun Kajang di Selangor tidak perlu menjadi medan kepada BN untuk mencurahkan pelbagai peruntukan pembangunan.

Beliau berkata, penyaluran peruntukan sepatutnya diberikan sekiranya penduduk Kajang memberikan mandat kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada pilihan raya kecil dijadual 23 Mac ini.

Katanya jentera pilihan raya BN yang merupakan pembangkang di Selangor juga perlu mengubah minda agar tidak terlalu bergantung kepada penyaluran peruntukan pembangunan dalam mendapatkan sokongan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakyat Umno Bahagian Masjid Tanah di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, BN mempunyai potensi besar untuk menang  pilihan raya kecil itu berikutan pengundi khususnya Melayu telah mula memberikan sokongan kepada BN setelah menyedari kerajaan Selangor gagal menyediakan infrastruktur diperlukan penduduk.

"Di kalangan orang Cina pula mereka tahu bahawa Chew Mei Fun ketika jadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara merupakan seorang yang baik, turun ke bawah...jadi kalau ditakdirkan beliau menang jadi Adun Kajang, beliau akan laksanakan tanggungjawab yang sama biarpun Selangor dipegang pembangkang," katanya.

Justeru, Ahmad Zahid yakin penduduk Kajang mampu membuat pilihan tepat dengan memberi peluang kepada calon BN untuk berkhidmat kepada rakyat dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya berniat memenuhi keinginan politiknya. - Bernama

Khalid salur kenaikan gaji kepada tabung warisan Selangor

Posted: 28 Feb 2014 08:56 PM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Khalid menyumbang separuh daripada gaji yang diterima kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014. Khalid menyumbang separuh daripada gaji yang diterima kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider,


 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalurkan keseluruhan kenaikan gaji yang diterimanya baru-baru ini kepada Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Perkara itu disahkan pegawai di Pejabat Menteri Besar kepada The Malaysian Insider, yang berkata jumlah yang disumbangkan Khalid adalah RM15,074.85.

"Betul, beliau sumbangkan kenaikan gaji menteri besar kepada tabung Tawas," kata pegawai tersebut ketika dihubungi.

Dokumen berupa surat rasmi berkenaan perkara itu yang diperoleh The Malaysian Insider turut menyatakan perkara sama.

"Saya dengan ini menyumbang semua wang kenaikan gaji tersebut sebanyak RM15,074.85 ke dalam Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) melalui potongan gaji saya bermula bulan Januari 2014 dan seterusnya," kata surat rasmi Khalid yang diserahkan kepada Pegawai Kewangan Selangor, Datuk Noordin Sulaiman.

Salinan dokumen yang menyatakan persetujuan Khalid menyalurkan sebahagian gajinya kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Salinan dokumen yang menyatakan persetujuan Khalid menyalurkan sebahagian gajinya kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider,Surat bertarikh 28 Januari 2014 itu turut menyatakan, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 8 Januari 2014 meluluskan pemotongan sebanyak RM4,250 sahaja daripada keseluruhan RM29,250 gaji menteri besar.

Melalui sumbangan Khalid itu, beliau hanya menerima gaji asal menteri besar sebanyak RM14,175.15.
Pengumuman kenaikan gaji menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sehingga 300% menimbulkan kontroversi.

Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak, Mohamed Azmin Ali, turut mempertikaikan keputusan tersebut, dengan berkata kenaikan berkenaan terlalu besar.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengkritik kenaikan berkenaan.

Khalid berkata kenaikan gaji berkenaan dibahaskan di DUN dan tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana ahli DUN, sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) sebelum ia diluluskan.

[WASPADA] Isu Air Selangor: Tiba-tiba Pemimpin BN Puji Khalid Ibrahim...

Posted: 28 Feb 2014 08:50 PM PST

KELAB GREENBOC


Ada yang tidak kena dengan perjanjian air Selangor


Persetujuan persefahaman (MoU) Putrajaya-Selangor bagi pengambilalihan aset air negeri dan pembinaan loji rawatan air nampaknya ada yang tidak kena.

Dan apabila kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena, mesti ada sesuatu tidak kena.

Pertama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan MoU yang ditandatangani Rabu lepas sebagai perjanjian yang mengikat, walaupun Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzukefly Ahmad mengatakan ia tidak begitu, bukan seperti memorandum perjanjian (MOA).

Para peguam juga turut serta dalam isu ini, mengatakan MoU bukanlah sebuah perjanjian yang mengikat, kerana ia bertujuan menampakkan keinginan pihak yang ingin berusaha menuju ke matlamat yang sama.

"Kebiasaannya (MoU) ditandatangani apabila dua pihak hendak bekerjasama tetapi tidak mahu perjanjian yang mengikat antara satu sama lain," peguam Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider.

"Bagaimanapun saya katakan ini sebagai seorang yang masih belum melihat kandungan MoU yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya."

"Apa yang penting sekarang adalah kandungan dokumen tersebut, bukannya labelnya. Kita boleh sahaja memiliki dokumen perjanjian yang terikat, dan masih memanggil dokumen itu MoU," kata Syahredzan.

Peguam itu meneliti kandungan utama MoU tersebut dan mengatakan, "Saya rasa MoU yang ditandatangani Selangor dan Putrajaya ini lebih berkait kepada pengambilalihan konsesi air dan kelulusan pembinaan loji rawatan air Langat 2."

Untuk memastikan dua komponen tersebut berjaya, Syahredzan berkata perlu ada perjanjian undang-undang untuk mengambil alih konsesi air tersebut dan untuk membina loji rawatan air RM1.2 bilion di Langat, Selangor.

Adakah MoU itu akan luput jika salah satu komponen tersebut tidak berjaya? Dan adakah MoU ini punyai jangka masa untuk siap bagi setiap komponen? Hanya satu perkara yang jelas kepada rakyat, bahawa kerajaan Selangor perlu meluluskan Langat 2 sebaik tender pembinaan dikeluarkan.

Akhirnya adakah ini hanya tentang siapa yang akan bermanfaat daripada kontrak pembinaan tersebut?

Sementara ahli perniagaan boleh bergembira dengan pampasan RM9.65 bilion yang mereka perolehi daripada empat pemegang konsesi, yang lain pula dapat bergembira kerana terdapat satu lagi projek infrastruktur yang dapat memberi manfaat selepas lima tahun tawar-menawar.

Laporan media tahun lepas mengatakan ketiga syarikat ini – Salcon Bhd, MMC Corp Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) – terpilih dalam senarai untuk membina loji rawatan air Langat 2 yang bernilai RM1.2 bilion itu.

Terowong pemindahan air Pahang-Selangor sudahpun dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion daripada Japanese International Cooperation Agency (JICA) yang mempunyai pelan pembayaran 40 tahun bagi terowong yang melalui pergunungan Titiwangsa sepanjang 45km itu.

Selain itu, seluruh projek itu juga melibatkan pembinaan empangan dan rumah pam di Pahang, dan loji rawatan air di Selangor dengan jumlah keseluruhan RM7 bilion.

Sementara mereka yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur akan bermanfaat daripada projek ini apabila ia siap pada tahun 2007, para pengkritik berkata loji rawatan air Langat 2 hanya boleh membekalkan kapasiti air sehingga 2025 dan kemudian kerajaan akan memerlukan lebih banyak loji dan empangan di kawasan yang paling padat dalam negara ini.

Ini juga bermakna lebih banyak lagi projek pada masa akan datang, dan lebih kos.

Melainkan Putrajaya dan Selangor juga bersetuju dan bertegas konsesi air patut ambil langkah memotong kobocoran yang mengakibatkan lebih banyak bahagian air tidak terhasil (NRW).

Memanglah ada keperluan untuk air terawat untuk memenuhi permintaan populasi yang semakin meningkat, tetapi dalam tergesa-gesa memenuhi permintaan itu, kerajaan juga patut mencari jalan memulihara air kerana lebih banyak projek hanya bermakna pembayar cukai perlu menanggung bebannya manakala syarikat pula dapat menikmati keuntungannya.

Muhyiddin juga berkata hari ini, "MoU antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah bagi manfaat rakyat untuk mengatasi krisis air di Lembah Klang dengan pembinaan loji rawatan air Langat 2."

Ini akan mengambil masa lagi 3 tahun.

Dan kita tidak dapat lihat di mana-mana dalam MoU itu tentang bagaimana untuk menghentikan kebocoran dan NRW.

Jika ahli politik PKR dan Barisan Nasional (BN) fikir mereka sedang membantu Selangor dengan perjanjian ini, fikirkan semula.

Yang untung dalam hal ini hanyalah para kontraktor. –TMI

ULASAN GB

Nampaknya beberapa orang pemimpin BN telah memberikan pujian mereka kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apabila "musuh politik" memberikan pujian kepada kita maka sudah sampai masanya untuk kita membuka mata... pasti ada sesuatu yang tida kena di sana. Jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.

Apakah MOU itu sebagai satu platform empuk untuk Kerajaan Pusat "menipu" kerajaan Selangor?

Apa kata jika di tengah perjalanan, Kerajaan Pusat membatalkan MOU berkenaan lantaran ia bukan satu perjanjian yang mengikat untuk dipatuhi?

Sepertimana yang kita sedia maklum, Tan Sri Khalid adalah seorang ahli korporat dan pentadbir cemerlang tetapi bukan ahli politik yang matang. GB pernah ulas dahulu. Petikan:


TS Khalid mengurus negeri sebagai seorang ahli korporat kerana beliau bekas seorang tokoh korporat yang berjaya. Beliau tidak pandai sangat berpolitik. Ini pernah diakuinya sendiri. Baca: MB Selangor akui kelemahan dalam politik, tubuh 'political liaison'

UMNO BN juga tahu tentang hal ini dan apakah lantarannya maka diaturkan "penipuan" melalui MOU supaya kerajaan Selangor mampu ditawan semula oleh mereka dengan isu air setelah gagal untuk menawannya melalui PRU13 yang lalu?

Berita terbaru menyatakan Khalid sah bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR untuk melawan Azmin. Ada yang melihat ia melengkapkan sebahagian plot UMNO BN untuk melawan Anwar-Azmin untuk meranapkan PR Selangor. Dalam politik semua boleh jadi. Dan ada asas untuk meragui kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kenyataan yang meyokong MB Selangor tersebut. Kebenaran akan zahir juga akhirnya.

Hubaya hubaya!

BN Pilih Calon Paling Sesuai Bagi Pilihan Raya Kecil Dun Balingan - Najib

Posted: 28 Feb 2014 08:44 PM PST

 MSTAR ONLINE


Najib Tun Razak (kanan) berbincang bersama Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, Jumaat. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, dua, kiri).
 
 
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan akan memilih calon paling sesuai untuk bertanding di kawasan tersebut, kata PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedang tunggu tarikh pilihan raya yang akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta BN Sarawak akan sediakan calon yang paling sesuai untuk kawasan tersebut," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin tertinggi parti komponen BN.

Kerusi DUN Balingian yang disandang Tan Sri Abdul Taib Mahmud kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak,Jumaat.

Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengangkat sumpahsebagai Ketua Menteri Sarawak kelima bagi menggantikan Taib.

Najib berkata Adenan dilantik menjadi Pengerusi BN Sarawak atas kapasitinyasebagai ketua menteri baharu.

Mengenai pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac depan, Najib berkata segalapersiapan berjalan lancar dan jentera parti amat komited untuk memberi sokonganpadu kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.

"Kita lihat bahawa sambutan adalah menggalakkan walaupun kita tidak nafikanbahawa BN akan menerima tentangan yang hebat daripada calon (pembangkang) yangakan bertanding.

"Tetapi kita tahu bahawa calon kita ini seorang yang disenangi masyarakattempatan dan mempunyai track record yang baik, mempunyai pendirian yang tegasserta seorang yang mahu memberi khidmat bakti kepada pengundi di DUN Kajang,"katanya.

Pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.

Najib berkata BN juga menyelaraskan strategi antara parti komponennya, selain mengatur pelbagai program bagi memperoleh keputusan terbaik pada pilihanraya kecil itu.

Mesyuarat itu turut bersetuju untuk menerima Persatuan India Malaysia dan Parti Punjabi Malaysia sebagai anggota gabungan BN, katanya.-BERNAMA

Kembalikah Cina Kajang ke pangkuan MCA?

Posted: 28 Feb 2014 08:39 PM PST

SUBKY LATIF


CHEW Mei Fun dan MCA menyertai Pilihan Raya Kecil Kajang dengan modal parti itu adalah baru, bukan lagi MCA dalam masa 20 tahun  dulu.
   
Dengan mengira ia sudah berubah, belum cukup untuk mengubah sikap pengundi Cina yang sekurang-kurangnya sudah tiga kali menolak calon MCA.
  
Pengundi Cina Kajang adalah penuntut pilihan raya DUN itu selama ini. Justeru ia setia pada BN sebelum PRU 2004, pembangkang baik PAS mahupun DAP gagal merampas Kajang. PAS boleh menang apabila pengundi Cina mengundi Dr Shafie dalalm PRU 2004.
   
Pengundi Cina Kajang adalah antara pengundi Cina yang awal di seluruh negara melepaskan sikap sentimen Cinanya apabila calon MCA berdepan dengan calon PAS. Jika pengundi Cina lari dari MCA kepada DAP adalah perkara biasa. Tetapi pengundi Cina undi siapa saja asal bukan MCA dan pilihan mereka pula PAS adalah satu sikap menarik perhatian.
   
Ertinya pengundi Cina Kajang sejak tahun 2004 telah keluar dari kepompong perkauman. Apabila persempadanan baru selepas 2004, sebahagian  Kajang dimasuk ke DUN Bangi, Dr Shafie melepaskan Kajang kepada Bangi, maka Kajang diberi kepada PKR dengan calonnya Cina. Cina memilih Cina PKR, tidak memlih Cina BN.
   
Kalau Cina Kajang sedia memilih Melayu PAS asal bukan MCA, maka lebih mudah Cina Kajang memilih Cina PKR kalau isu perkauman dibangkitkan. PRU13 Cina Kajang menolak lagi  MCA. Sudah tiga PRU Cina Kajang menolak MCA/BN. Ini tanda Cina Kajang bebas dari gejala perkauman.
    
Dalam susana ini Mei Fun jadi calon MCA yang baru dan berubah. Tetentulah Cina hendak tengok perubahannya dulu. Setakat ini yang berubah pimpinan. Jika pun MCA berubah, bagi Cina Umno dan Najib belum berubah. Perubahan MCA tidak memadai kerana MCA belum bebas dari stigma Umno  dan Najib.
   
Apa yang MCA harapkan dari Cina Kajang adalah perkauman Cinanya. Janji perubahan dan ia MCA baru tidak memberi jaminan, kerana antara Cina Kajang itu adalah anak muda yang bersama DAP dan PKR. MCA tegar adalah MCA tahun 1950-an. Kebanyakannya sudah mati. Cina baru dibangunkan atas bebas dari perkauman adalah bersama DAP dan PKR yang bersekutu dengan PAS.
    
Yang MCA lawan sekarang ialah Anwar Ibrahim. Peratus Cina yang menyokong Anwar lebih tinggi dari peratus Melayu. Yang bencikan Anwar hanya Melayu Umno.
    
Presiden baru MCA Liow Tiong Lai datang ke Kajang dengan modal hendak mendedahkan keburukan Anwar. Yang mengata Anwar buruk Dr Mahthir dan Najib saja. Apakah mereka tidak dilihat buruk oleh Cina? Dan MCA pula tidakkah buruk. Anwar tidak perlu kata MCA buruk, lepaskan Lim Kit Siang dan DAP serta Tian Chua, mereka boleh ceritakan apa pula buruknya MCA.
   
Jika MCA kata Anwar buruk, Cina Kajang akan membuat perbandingan siapa lebih buruk antara Anwar, Najib dan Dr Mahathir?
    
Selain Allah, hanya Cina tahu siapa lebih buruk antara ketiga itu. Waktu PRK Kajang ini, rasanya eloklah Najib tidak datang ke Kajang. Ia tidak akan menguntungkan calon MCA. Najib boleh dibawa ke tengah orang Melayu saja. Tugas MCA sekarang  ialah meyakinkan Cina tentang Najib lebih utama dari memburukkan Anwar. Sebelum ia dapat meyakinkan Cina tentang Najib, ia perlu yakinkan Cina tentang MCA dulu.

Melaka catu air selepas 29 Mac jika kemarau berterusan

Posted: 28 Feb 2014 08:37 PM PST

HARAKAHDAILY 


 ALOR GAJAH: Melaka hanya akan melakukan catuan bekalan air selepas 29 Mac depan sekiranya keadaan cuaca kering berterusan dalam tempoh sebulan ini.
  
Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron berkata paras air di tiga empangan iaitu di Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah; Jus dan Asahan di Jasin kini masih mampu menampung keperluan pengguna di negeri itu.
  
Beliau berkata ketika ini, air di Empangan Durian Tunggal berada pada paras 65.2 peratus, Jus (61.8 peratus) dan Asahan (76.1 peratus).
  
"Tahap air di empangan ini memberi jaminan bahawa kita boleh bertahan sehingga 29 Mac tanpa hujan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Empangan Durian Tunggal di sini hari ini.
  
Katanya kerajaan negeri turut mengambil langkah menyalurkan air mentah dari beberapa kolam tadahan selain air Sungai Muar dan Gerisik, Johor ke empangan terbabit sekali gus mampu membekalkan 105 juta gelen air sehari kepada pengguna.
  
Dalam pada itu, Idris berkata kerajaan negeri merancang mewujudkan perigi tiub di setiap 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persiapan menghadapi musim kemarau pada masa depan.
  
Beliau berkata pada masa ini, Melaka mempunyai pelan kontigensi bekalan air yang mampu bertahan sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau.
  
"Dengan pembinaan perigi tiub ini, kita menjangkakan bekalan air mampu bertahan sehingga tempoh enam bulan dalam musim kemarau," katanya. - Bernama

PAS berjaya tembusi kubu kuat Umno Dun Jabi

Posted: 28 Feb 2014 08:36 PM PST


Dr Azman (tengah) bersama ahli PAS Cawangan Tok Dor Luar.

HARAKAHDAILY 


SETIU: Setelah sekian lama, Kampung Tok Dor Luar menjadi simpanan tetap Umno Jabi, semalam (28 Februari) menyaksikan sejarah baru tercatat dalam politik setempat.

Sebuah cawangan baru berjaya ditubuhkan menjadi cawangan bongsu PAS yang ke-24 dalam Dun Jabi.

Berucap merasmikan penubuhan cawangan baru yang diberi nama PAS Cawangan Tok Dor Luar, Pengarah MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim menegaskan, di dalam suatu gerakan, kita ibarat satu ikatan lidi penyapu.

"Bukan semua sama panjang saiznya dan bukan semua akan kena sampah bila disapu, tapi  semua lidi adalah penting dalam ikatan tersebut.

"Dalam mana-mana organisasi apatah lagi organisasi dakwah, tarbiyah dan politik seperti PAS, ada 4 kelompok ahli dan penyokong," katanya.

Jelasnya, mereka yang ada idea, ada pendapat serta boleh melaksanakan kerja tetapi bilangannya tidak ramai.

" Mereka yang tahu memberikan idea dan pendapat, tapi kerja tak pandai buat. Tak apa. Anda dialu-alukan untuk terus memberikan idea.

" Orang yang tak ada idea dan pendapat tapi tunggu pendapat dan idea orang lain untuk buat kerja. Beri arahan saja mereka akan laksanakan," ujarnya.

Tambahnya, orang yang tidak tahu membuat kerja serta tidak ada idea dan pendapat.

"Tak apalah, anda sama-sama bantu memeriahkan medan perjuangan ini.

"Hakikatnya, tiada siapa yang terpinggir dalam perjuangan ini. Semua kita adalah penting," tegas beliau.

Program yang berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 40 orang ahli dan penyokong PAS setempat telah membuka mata ramai orang bahawa sebenarnya PAS mempunyai kekuatan tersendiri di situ.

Semua yang hadir terdiam terharu apabila ketua cawangan PAS yang baru ini, mesra dikenali sebagai Din Telefon mengumumkan, beliau mewakafkan sebahagian dari tanah miliknya untuk didirikan sebuah surau yang akan berperanan sebagai Markas PAS Cawangan.

Turut hadir adalah anggota-anggota Dewan Harian MTD Jabi terdiri dari Ustaz Ismail Awang Teh selaku penasihat, Ustaz Zulbhari Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Sudin Awang, Setiausaha, Abdullah Hemzah, Bendahari, Rafei Long Hassan, Ketua Pemuda Dun dan Norisabri Ismail sebagai Penolong Setiausaha Dun

PRK Kajang mesej PR berjaya satukan rakyat pelbagai kaum

Posted: 28 Feb 2014 08:34 PM PST



SALMIYAH HARUN 


KAJANG: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.

Katanya, pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang.

"Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti.

"Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar," katanya.

Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN.

"Atas rekod ini, kita mahukan Kajang terus melonjakkan mesej undi popular ini untuk kita kekal di Kajang. Kita mahu rakyat sebagai pendokong utama dengan undi lebih kepada rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Taman Mesra Kajang sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi. (Foto facebook)

Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan bendera parti masing-masing kepada ketua Pemuda PAS, AMK dan DAP sebagai simbolik pelancaran jentera PRK Pemuda.

Usaha sama merugikan, kerajaan pertimbang rampas tanah GLC, kata MB Selangor

Posted: 28 Feb 2014 08:31 PM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK



























Kerajaan negeri Selangor tidak akan teragak-agak merampas semula tanah atau mengambil tindakan lebih wajar terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan negeri sekiranya terlibat dalam usaha sama yang tidak menguntungkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri mengeluarkan arahan kepada semua GLC supaya lebih berhati-hati dalam membuat perjanjian melibatkan pembangunan tanah dengan pihak swasta supaya tidak hanya memberi keuntungan kepada syarikat swasta terbabit.

"Bagi memastikan hak rakyat Selangor terus terpelihara, kerajaan negeri akan meneruskan usaha mengenal pasti  aset dan tanah kepunyaan GLC dan agensi kerajaan negeri dengan memperbetulkan mana-mana perjanjian berat sebelah atau merampas semula tanah yang terlibat.

"Pengalaman perjanjian usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan Nusa Gapurna yang akhirnya menjadi kes mahkamah adalah satu contoh perjanjian yang sedang disiasat kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata, kerajaan negeri mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebelum ini apabila satu Perjanjian Penyelesaian Hutang terpaksa dimeterai setelah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan beberapa GLC bekerjasama dengan syarikat swasta termasuk Kumpulan Talam.
Katanya, menerusi perjanjian itu, kerajaan negeri terpaksa membetulkan kesilapan untuk mendapatkan semula tanah yang diberikan kepada Talam.

"Kerajaan negeri juga akan menggalakkan semua GLC menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan perjalanan urus niaga dibuat mengikut tatakelola yang betul sekaligus memastikan hak negeri terjamin," katanya.

Hujung tahun lalu, empat anak syarikat PKNS menandatangani CIP bagi memastikan tadbir urus korporat yang telus, terbaik dan berintegriti.

Empat anak syarikat tersebut adalah Selangor Industrial Corporation, PKNS Infra Berhad, Worldwide Holdings Berhad dan PKNS Holdings Sdn Bhd.

Bekas Pengurus Besar PKNS Othman Omar berkata, CIP adalah satu komitmen dan ikrar terbuka syarikat swasta bagi memerangi gejala rasuah selain memperkukuh integriti organisasi dan menjalin kerjasama dengan SPRM.

Katanya, sejak pelaksanaan tender terbuka, PKNS berjaya menjimatkan perbelanjaan mencecah RM335 juta dan penjimatan tersebut dapat dimanfaatkan kepada rakyat Selangor dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) atau subsidi rumah mampu milik.

Siapa pengganti Taib untuk kubu kuat BN-PBB Balingian?

Posted: 28 Feb 2014 08:26 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Habis cerita Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundurkan diri daripada dunia politik, pemerhati politik kini beralih fokus kepada kubu kuat Barisan Nasional (BN) Balingian yang dikuasai suku kaum Melanau.

Dengan selesainya persoalan siapakah pengganti Abdul Taib sebagai ketua menteri, semua perhatian kini adalah untuk Balingian yang boleh menjadi medan untuk ketua menteri Sarawak yang baharu dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Adenan Satem (gambar) menunjukkan kemampuannya.

Satu pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan tidak lama lagi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang telah menjadi kubu kuat BN-PBB sejak lebih 40 tahun lalu.

Kini, teka-teki mengenai siapa yang akan dipilih menjadi calon untuk kerusi DUN Balingian hangat diperkatakan.

KERUSI MAJORITI MELANAU

Sudah pasti, calonnya perlu dari kaum Melanau.

Terdapat kira-kira 130,000 orang Melanau di Sarawak, iaitu kira-kira 6% daripada keseluruhan penduduk negeri itu.

Kaum Melanau ini terdiri daripada penganut pelbagai agama iaitu Kristian, Muslim dan ada juga yang penganut kepercayaan tradisional yang boleh ditemui di kawasan Mukah-Balingian.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Balingian ini.

Paling atas dalam senarai ialah bekas menteri persekutuan Datuk Seri Effendi Norwawi dan anak lelaki sulung Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Bagaimanapun, kedua-duanya sejak beberapa minggu kebelakangan sudah menafikan kenyataan berkenaan. Effendi telah mengeluarkan kenyataan kepada media tempatan di Sarawak dengan menyatakan beliau tidak berminat.

Sementara itu, Bekir secara peribadi memberitahu pemberita di Kuching beberapa hari lalu bahawa terlalu awal untuk beliau terlibat secara serius dalam politik kerana beliau sibuk dengan urusan perniagaannya.

Dengan ketiadaan tokoh-tokoh hebat itu, sumber dalaman parti menyatakan senarai calon untuk kerusi Balingian kini melibatkan beberapa nama sahaja.

Mereka itu termasuk jurutera Andrian Alphonsus Dorhan, ahli perniagaan Paul Druce, bekas setiausaha tetap Kementerian Pelancongan Sarawak Akit Sebli dan Dr Anthony Valentine Laiseh, bekas Timbalan Residen Mukah yang kini Timbalan Residen Betong.

Ada juga cakap-cakap seorang siswazah yang berusia 30an dengan identitinya dirahsiakan turut dikenal pasti untuk bertanding.

Calon pilihan raya kecil ini berkemungkinan diketahui minggu depan apabila parti di bawah presiden baharu, Tan Sri Adenan Satem mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk membuat pilihan mereka.

TRADISI DAN PERSEFAHAMAN

Pemerhati politik percaya untuk PRK ini, parti itu berkemungkinan meletakkan calon berketurunan Melanau-Kristian sebagai peraturan tradisi yang diwarisi PBB daripada parti sebelumnya iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak (Barjasa).

"Kesefahaman yang dicapai mengenai peruntukan kerusi melibatkan kawasan Mukah ialah sekurang-kurangnya satu kerusi diberi kepada kumpulan lain," kata bekas ahli dewan undangan negeri untuk Balingian, Datuk Salleh Japaruddin.

Salleh, bekas naib presiden PBB dan dua pupu Taib menjelaskan kerusi Dalat dan Balingian yang termasuk dalam kawasan pilihan raya Mukah, diwakili oleh Datuk Fatimah Abdullah dan Taib.
Kerusi Parlimen Mukah pula diwakili Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah.

SOKONGAN MENINGKAT

Menurut pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir, walaupun siapa yang menjadi calon pilihan PBB, parti itu akan mengekalkan kerusi Balingian dengan mudah.
"Untuk PRK ini, saya percaya calon BN dengan mudah boleh memperoleh antara 85-90% undi. Sebabnya mudah sahaja, malah rekod sebelum ini menunjukkan setiap kali calon baru diperkenalkan, sokongan meningkat," katanya.

Dalam ketika ramai pemerhati politik percaya kemenangan pasti berpihak kepada BN untuk PRK Balingian, ia masih menjadi medan ujian yang baik untuk kepimpinan baharu Sarawak.

Dr Awang Azman Awang Pawi dari Institut Pengajian Asia Timur Unimas menjelaskan pilihan raya kecil Balingian akan mencerminkan penerimaan akar umbi untuk ketua menteri baharu, Tan Sri Adenan Satem memandangkan kawasan pilihan raya itu mengandungi pelbagai kumpulan etnik meskipun yang besar sekali ialah Melanau.

"Ia boleh menjadi medan ujian untuk pucuk pimpinan baharu Sarawak dalam memperkenalkan muka baharu di samping menguji tahap penerimaan sebelum pilihan raya negeri yang dijadual diadakan pada pertengahan 2016," kata Awang Azman. - Bernama

Tiada ulasan: