Sabtu, 1 Mac 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Taib Mahmud : Turun kerusi KM, naik tahta

Posted: 01 Mar 2014 10:34 AM PST

Taib mengangkat sumpah sebagai  Yang di-Pertua Sarawakke-7 di hadapan 
Ketua Menteri Sabah dan Sarawak , Tan Sri Richard Malanjun .Turut hadir, 
Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem.  ~ New Straits Times
 
Rabu 12 Feb lalu, Taib Mahmud secara rasminya telah meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri dan melepaskan kerusi negeri Balingian, yang sekaligus telah membuka jalan untuk pilihan raya kecil.

 Isu perletakan jawatan dan PRK Balingian tidak pula menjadi isu hangat sebagaimana tatkala adun Kajang mengosongkan kerusinya yang menyebabkan PRK Kajang.

 Ini kerana rakyat Sarawak memang telah lama menyampah dan meluat dengan Taib Mahmud. Mereka sepatutnya meraikan perletakan jawatan Taib sebagai Ketua Menteri paling lama iaitu selama 32 tahun.

Turun kerusi KM, naik tahta pula...
 
 Malang bagi rakyat Sarawak kerana perletakan jawatan Taib sebagai KM itu bukan mahu bersara terus, tapi masih mahu berkuasa dan kali ini melalui kuasa sebagai Yang Di-Pertua Negeri pula!

 Maka terdapat usaha oleh satu gabungan 55 pertubuhan bukan kerajaan dan empat parti pembangkang Sarawak melancarkan satu petisyen menentang Taib Mahmud dari menjadi gabenor.

 Namun usaha itu tidak mampu menahan nafsu keparat yang brgelora orang tua krepot itu. Agong mempersembahkan watikah yg diidaminya itu pagi kelmarin walaupun Taib dalam keadaan kotor comot bergelumang dengan banyak tuduhan-tuduhan rasuah meliliti tubuh badanya itu. 

 Taib tidak seharusnya dilantik menjadi  Yang Di-Pertua Negeri selagi dia belum dibersihkan dari tuduhan-tuduhan salah guna kuasa dan rasuah yang masih berkisar di sekelilingnya.

 Ada ramai calon yang lebih berkebolehan dan kurang tercemar, yang boleh dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, selain Taib, seorang ahli politik yang paling korup dan gila kuasa kerana mahu menghimpun harta semata-mata untuk diri dan keluarganya sendiri sahaja.

 Taib sanggup mengenepikan Timbalan Ketua Menteri dan merupakan Timbalan Presiden 1 PPB, Alfred Jabu Anak Numpang lalu menamakan sendiri penggantinya, Adenan Satem iaitu ahli keluarganya sendiri yang begitu uzur.Pelik bukan?

 Ini merupakan kali kedua Jabu disisihkan. Pada 1981, beliau sudah menjawat Timbalan Ketua Menteri . Tetapi, Abdul Rahman Yakub , Ketua Menteri melantik Taib Mahmud, anak saudaranya sendiri utuk menggantikan tempatnya.Ada patutkah?

 Malah perlantikan Satem itu telah melangkau 'bendul' hiraki kepartian iaitu Abang Johari Tun Openg, Timbalan Presiden PPB (11) and Awang Tengah Ali Hassan seorang Naib Pesident.

 Begitulah kuasa yang ada pada Taib yang sudah siap perkiraan tolak dan darabnya dalam menentukan kuasa supaya tidak terlepas ke tangan lain.

 Kerusi Balingan yang dikosongkannya pasti akan diberikan kepada anaknya, Hanifah bagi menyediakan dirinya untuk memimpin PBB kearah PRU yang akan diadakan dua tahun lagi dari sekarang. 

 Adenan Satem yang uzur itu kemudiannya akan diketepikan kerana tugasnya telah selesai akhirnya.

Begitulah strategi Taib untuk meneruskan kuasa berada dalam genggaman dan keluarganya.

  Najib nampaknya terpaksa akur dan tunduk patuh kepada setiap karenah Taib.Najib memang dikenali sebagai suami yg takut dengan isteri sendiri, tentunya dia tidak seberani Ragad Kurdi yang khabar beritanya ada di sini.

  Sarawak adalah 'simpanan tetap' kepada Umno-BN kerana memperolehi undi majoriti sekaligus menyumbang kepada kemenangan besar Umno-BN. PRU13 lalu, di Sarawak BN memenangi 25 daripada 31 kerusi.

Tuang yang arif, tengok ning....ambo mana ada pernah pakai spenda pung...

Posted: 28 Feb 2014 05:40 PM PST

Penyelesaian kes saman fitnah di luar mahkamah terhadap dua pemimpin PR sebelum ini nampak mudah saja.Tiba tang Hj Hadi ni apasal kalut sangat jadinya? Isunya mudah, Kenapa buat susah?

  Mustafa Ali pernah menuduh UMNO terbabit terhadap penyebaran video lucah membabitkan individu miripnya. Bila Umno kemukakan saman terhadapnya, dia pun mengaku kesal kerana keluar kenyataan tersebut, lalu tukar kenyataan kata "bukan UMNO tapi blogger UMNO!"

  UMNO pun tarik semula saman tuh dan kes itu pun tidaklah sampai ke peringkat perbicaraan penuh.Mustafa Ali pun selamat dari kena naik turun mahkamah ...mudahkan?

  Begitu juga dengan kes Tian Chua berkaitan kenyataannya yang bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO – Tian' yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013. Tian Chua telah bersetuju untuk menarik balik dan menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan.Umno tarik semula saman terhadapnya. Mudah kan?

 Kedua-dua kes diatas boleh disetelkan diluar mahkamah dengan mudah – kedua-dua mereka menyatakan kekesalan masing-masing. Secara tak langsung diaorang tu telah mengaku salah dan minta maaf; cuma dalam hal ini diaorang guna perkataan menyesal!

  Kalau dengan Umno boleh setel kes fitnah saman malu macam itu, takkanlah Hj Hadi tak boleh setel dengan sesama rakan dalam PR? Susah sangatkah nak menyatakan kekesalan dan minta maaf?

   Habis bab itu....cuma aku nak tahu seperkara mengenai video spenda Cikgu Pa itu....sebab ada kawan-kawan tanya, betul ke itu Cikgu Pa? Sebiji macam dia ajer....  
Aku cakap, manalah aku tahu? Depa tanya lagi, apasal Cikgu Pa tak saman blogger Umno tu....boleh dapat sedikit wang macam Anwar baru-baru ni...

   Kata  depa lagi, Cikgu Pa tidak perlu khuatir sehabuk pung! Cikgu Pa boleh menafikannya sebagaimana loyar VK Linggam pernah buat dulu tu, "Looks like me, sounds like me, but it's not me!"


  Atau pun Cikgu Pa bolehlah juga kata macam yang Papa Gomo kata , "Muka macam saya, tapi bukan saya"

   Hujah-hujah itu rasanya sudah mampu boleh mendakwa Papa Gomo sebagai memfitnahnya, fikirku dalam benak. Entahlah.Aku bukan loyar pun!

  Aku cuma mampu bagi satu tip kat Cikgu Pa, supaya hujah boleh menjadi lebih kuat lagi bila bicara nanti (kalau Cikgu berani sammang blogger Umno tu), jangan pakai seluar dalam....

   Cikgu Pa bolehlah kata kat hakim nanti, "Tuang yang arif, tengok ning....ambo mana ada pernah pakai spenda pung..."

Walau apa pun, diam adalah lebih baik, kankah gitu wahai Cikgu Pa?

Tiada ulasan: