Selasa, 4 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gempar! Al Quran Dicampak Ke Dalam Lubang Jamban di Terengganu... (Gambar dan Video)

Posted: 04 Mar 2014 06:11 AM PST


Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini.

Kejadian itu disedari berlaku oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang melakukan rondaan kali kedua di situ jam 2.30 pagi apabila ternampak al-Quran berselerak di tangga masjid sebelum rondaan pertama jam 1 pagi di kawasan itu tidak menemui sebarang perlakuan mencurigakan.

Lebih mengejutkan, jemaah yang datang untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi turut menemui kitab suci itu bersepah di lantai masjid dan dalam tandas.


Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera Mohd Mahdi Musa berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian itu Subuh tadi.

Katanya, kejadian itu amat dikesali dan tidak patut berlaku di tempat berkenaan.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara itu sebelum merebak di tempat lain.

Sebelum ini Terengganu Today juga melaporkan...

Penduduk telah telah digemparkan dengan insiden kerosakan yang berlaku di Masjid Limbongan, Kota Putera yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sejumlah naskah suci kitab Al-Quran telah dikoyakkan dan dibuang ke dalam mangkuk tandas dan diselerakkan di dalam masjid.


Kejadian disedari penduduk ketika persiapan hendak menunaikan solat Subuh dan dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi tadi.

Terdapat juga beberapa kesan tompokan darah di dalam kawasan masjid. Darah dipercayai dari kaki si pelaku yang dikatakan menendang pintu masjid untuk dipecahkan.

Imam masjid berkenaan berasa amat kecewa dan sedih serta menanggap perlakuan sedemikian amat serius ~ Terengganu Today

.. Memang dajal siapa yang melakukannya ini..

Berikut adalah rakaman CCTV dari tempat kejadian..

Wanita yang difitnah murtad, akan saman Blogger UMNO..

Posted: 04 Mar 2014 02:16 AM PST


Gambar yang disifatkan sebagai bukti kononnya orang Melayu dibawa ke gereja untuk dimurtadkan adalah gambar palsu, menurut salah seorang yang dilihat dalam gambar yang tersebar di media sosial, Zaiton Ismail.

Menurut aktivis pertubuhan Islam itu, gambar tersebut menunjukkan dewan besar Institut Pemikiran Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Zaiton, yang giat dalam Pertubuhan Ikram Malaysia, berkata beliau telah difitnah oleh gambar tersebut.

Beliau melahirkan rasa terkejut dan amat sedih kerana dikaitkan dengan tuduhan murtad.

Zaiton dilihat dalam gambar tersebut bersama beberapa orang lain, termasuk yang bertudung, duduk di bangku kayu.

Menurut Zaiton, mereka menghadiri sebuah majlis anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari, 2012.

Ekoran itu, Ikram mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menyebarkan berita palsu mengenai gambar tersebut.

"Apapun niat blogger tersebut, ternyata perbuatannnya itu telah mewujudkan kesan negatif kepada individu terbabit dan masyarakat secara umumnya," kata Ketua Wanita Ikram Malaysia, Maznah Daud.

Beliau berkata kelakuan seperti itu menggugat persefahman dan keharmonian antara rakyat yang lama terjalin di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kerana ia bukan saja menimbulkan fitnah peribadi, tetapi membabitkan hasutan yang boleh memberi kesan kepada hubungan antara agama di negara ini.

Sebelum ini, aktivis hak asasi Yu Ren Chung, yang turut hadir dalam majlis yang sama di Istac, tampil menafikan dakwaan blog tersebut.

Yu berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.

"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya.

Blog yang menyiarkan gambar tersebut berkata ia adalah bukti kegiatan murtad di gereja, dan mempersoalkan PAS yang "masih menghalalkan usaha Melayu dimurtadkan".

"Dulu PAS pernah berjanji untuk mentarbiah DAP supaya mengikut Islam. Tetapi sekarang, apa yang kita nampak. PAS yang kena 'tarbiah' supaya mengikut DAP.

"Akhirnya, lama ke lamaan, ahli PAS yang dikristiankan. Ini bukan cakap saja, contohnya dah ada. Cuma kita perlu guna akal untuk berfikir."

Pendedahan mengenai blog tersebut berlaku serentak laporan sebuah akhbar kononnya tiga lelaki ditangkap di Pulau Pinang kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di sebuah sekolah.

Laporan itu kemudian didapati palsu, dan dipercayai sebahagian siri provokasi agama oleh beberapa pihak di Pulau Pinang.

Baru-baru ini, beberapa gereja di negeri itu dikejutkan dengan kain rentang dipasang di luar gereja, yang menggunakan kalimah Allah dalam konteks Kristian.

Beberapa gereja dan masjid juga menjadi sasaran serangan, termasuk insiden di masjid Cherok Tok Kun yang dibaling sekeping daging dipercayai khinzir.

~ The Malaysian Insider

Polis maut diserang warga asing

Posted: 03 Mar 2014 08:57 PM PST


Klang: Seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi parah selepas diserang lima lelaki warga asing awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi selepas dua anggota kereta peronda (MPV) terserempak kumpulan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan.


Bagaimanapun, selepas cuba menjalankan pemeriksaan kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba melawan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum merampas senjata api milik seorang anggota polis.

Selepas merampas penjejayah cuba melepaskan tembakan namun gagal sebelum senjata berkenaan berjaya dirampas semula.

Pada masa sama, seorang lagi anggota polis sempat melepaskan tembakan yang menyebabkan dua penjenayah terbunuh sebelum sepasukan anggota polis yang tiba untuk membantu mendapati seorang anggota peronda parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital ~ myMetro

Dua suspek yang ditembak mati

Sementara itu Berita Harian pula melaporkan..

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohd yang terkorban selepas diserang lima lelaki dipercayai warga asing, dalam kejadian di Taman Sentosa, Klang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi tadi, Raja Aizam bersama seorang lagi anggota, Koperal Mohd Aidil Mustafa dipercayai diserang suspek berkenaan ketika mereka sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbudin 44D, Taman Sentosa.

Kejadian berpunca apabila Raja Aizam dan Mohd Aidil membuat pemeriksaan terhadap kelima-lima suspek di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dilakukan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan pistol milik seorang daripada anggota polis terbabit dirampas suspek.

Mohd Aidil berjaya merampas semula pistol berkenaan dan menembak mati dua suspek terbabit di tempat kejadian.

Sejurus menerima bantuan daripada lima anggota polis yang lain, Raja Aizam dan Mohd Aidil dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan.

Raja Aizam meninggal dunia ketika dirawat di HTAR manakala Mohd Aidil masih menerima rawatan di hospital sama.

Sehubungan itu, sebilah pisau dijumpai berdekatan mangsa dan siasatan masih dijalankan di tempat kejadian dengan bantuan Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


..... Al Fatihah buat Allahyarham.... kemudia baru kita persoalkan dimanakah silapnya?.. pemutihan kononnya telah dijalankan oleh Kerajaan namun masih ada yang hitam....

Anwar Ibrahim ada sifat-sifat dajal kata Hassan Ali.

Posted: 03 Mar 2014 04:30 PM PST


Jika sebelum ini telah muncul seorang Ustaz yang kononnya mewakili NGO Suara Pondok Kelantan, Ustaz Mohd Syamsul yang mengeluarkan satu resolusi bukan fatwa katanya mengharamkan Anwar Ibrahim diundi di Kajang, kali ini muncul pula Hassan Ali dan konco-konconya..

Ustaz Syamsul dalam satu status di Facebook miliknya "Resolusi NGO Suara Pondok Kelantan menyebut "Adalah bermula Pengundi Islam di Kajang hendaklah ia barang mengetahui bahawasanya Haram mengundi Anwar Ibrahim pada musim ini di atas 3 sebab musabab... bacalah sebab-sebabnya di SINI

Hassan Ali dan konco-konconya telah mengemukakan 20 alasan syarie untukpengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di DUN itu pada 23 Mac ini.

Dalam sidang media mereka ini Datuk Aidit Ghazali, Pengerusi Pembela telah berkata "Sifat-sifat dajal ada diterangkan dalam hadis dan al-Quran. Anwar bukan dajal tetapi mempunyai sifat-sifat kedajalan.

"Anwar pandai. Dia bercakap berbeza-beza pada audien yang berbeza. Anwar ada karisme tapi sayang pada penghujung usia Anwar ada sifat-sifat dajal." tambah Hassan Ali..


Sedap saja dia tuduh orang lain dajjal...

Ni laporan dari media milik UMNO itu..

NGO Islam kemuka 20 alasan syarie tolak Anwar di DUN Kajang 

KUALA LUMPUR 3 Mac - Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mengemukakan 20 alasan syarie untukpengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di DUN itu pada 23 Mac ini.
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang membacakan kenyataan akhbar, menyatakan NGO-NGO Islam berpendapat, Anwar tidak memenuhi kriteria untuk bertanding pada pilihan raya berkenaan terutama apabila menonjolkan diri untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Antara 20 alasan syarie NGO Islam menolak Anwar antaranya, Ketua Umum PKR itu didakwa berpegang pada fahaman pluralisme dengan menganggap status Islam sama sahaja dengan agama-agama lain.
Anwar juga, kata Dr Hasan, dikaitkan dengan persoalan murtad apabila didakwa bersetuju bahawa memilih pegangan agama adalah hak indidivu apabila seseorang telah mencapai satu tahap umur.
Anwar juga didakwa menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dan bertentangan dengan titah Sultan Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri, katanya.
Hasan Ali berkata, alasan syarie bagi menolak Anwar termasuk didakwa mempamerkan sikap liberal dan menyokong alasan songsang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta didakwa terlibat dengan gerakan Yahudi antarabangsa.
"Kami membayangkan bencana dan malapetaka sekiranya Anwar menang dan menyebabkan pertembungan antara rakyat di Selangor dan merebak ke seluruh negara.
"NGO-NGO Islam juga meramalkan berlaku pertembungan antara Islam dan bukan Islam kerana fahaman yang dibawa oleh Anwar,"kata Hasan Ali dalm satu sidang akhbar di sini hari ini.
Serentak itu, NGO-NGO Islam akan turun ke DUN Kajang bagi mengajak rakyat menolak Anwar sebaik sahaja proses penamaan calon selesai pada 11 Mac sehingga hari pengundian.
Turut hadir pada sidang akbar yang berlangsung di rumah Hasan Ali di Taman Tun Dr. Ismail itu adalah Pengerusi Yayasan Murni Akidah, Datuk Aidit Ghazali; Pengerusi Pembela, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Pengerusi Muslim UPRo, Azril Mohd. Amin.

Alasan Syarie atau alasan yang diceduk dari 21 dalil Anwar tak layak jadi MB Selangor ni... nampak banyak yang sama dengan dalil ciptaan macai saja ni..

Korang bandingkanlah alasan syarie Hassan Ali dan konco-konconya itu dengan dalil macai itu di SINI

Tiada ulasan: