Anak Sungai Derhaka |
- Wahai Najib!! Islam beri tempoh 4 tahun sabitkan kematian penumpang MH370 tu...
- Semuanya adalah spekulasi hingga serpihan MH370 ditemui kata Menteri Pertahanan Australia..
- Objek dikesan belum disahkan, Najib umum MH370 berakhir di Lautan Hindi.. Kenapa?
- Mengapa dan bagaimana MH370 dikesan berakhir di Lautan Hindi?
- ‘God loves you more daddy ... God loves them more.’ tulis Maira Elizabeth Nari
Wahai Najib!! Islam beri tempoh 4 tahun sabitkan kematian penumpang MH370 tu... Posted: 25 Mar 2014 06:38 AM PDT Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira. "Dari segi Islam, pernah disabitkan kematian setelah berlalu selama empat tahun. "Selagi tak jumpa, selagi tak sampai empat tahun, itu terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan hal itu," kata beliau pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini. Ustaz Hadi yang ditemui Harakahdaily selepas sidang media itu menjelaskan, hukum empat tahun itu merujuk satu kisah di zaman Saidina Umar. Khalifah kedua itu dikatakan menunggu sehingga empat tahun sebelum memutuskan fasakh seorang wanita yang kehilangan suaminya untuk berkahwin lain. "Selagi tak dapat bukti jasad, atau fizikal atau saintifik, hukum ini terpakai. "Kita tak boleh bergantung hanya kepada imej satelit, yang mengandaikan pesawat pecah. "Kita perlu terus mencari sehingga jumpa kotak hitam, baru kita boleh sahkan," kata beliau kepada Harakahdaily. Implikasi mengisytiharkan kematian Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) PM Najib sudah umum MH370 berakhir terhempas di Koredor Selatan lautan Hindi, denganbantuan radar satelit dan method tercanggih dari Britain. 2)Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui. 3) Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati. 4) Sekonyong-konyong PM Malaysia membuat pengumuman. mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung. 5) Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yg relevan. 6) Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan? 7) Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yg terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber'eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang 'eddah kematian suami mesti dipatuhi. 8 ) Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh 'eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya. 9) Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat dihijack (andaian), si suami yg diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dgn isteri itu yg sudah bersuami baru? 10) Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yg dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami laama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dgn suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru duami yg dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah milik anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dgn pulangnya suami lama yg 'hidup semula'. 11) Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal dek kemunculan semula suami lama yg pernah diisytihar mati. 12) Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal zolat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yg lain. 13) Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu manilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata. Sekian Artikel ini merujuk kepada perkara ini... tengok kat bawah ni... |
Semuanya adalah spekulasi hingga serpihan MH370 ditemui kata Menteri Pertahanan Australia.. Posted: 25 Mar 2014 02:00 AM PDT Tak tahulah pulak aku kepada siapa Menteri Pertahanan Australia, David Johnston tujukan kenyataannya mengenai MH370 ini.. Katanya kepada pemberita "Until debris is recovered and positively identified as being from Malaysia Airlines flight MH370, any information about the search for the missing plane is speculation. Boleh jadi dia tujukan kenyataannya itu kepada Najib kot... sebab semalam Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah mengumumkan penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. Tanpa mendedahkan sebarang bukti fizikal yang kukuh untuk dikaitkan dengan pesawat tersebut Najib hanya mengumumkan ianya adalah berdasarkan analisa pakar analisis data satelit Inmarsat. Perkara tersebut telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain. "Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.. sepenuhnya di SINI Dan apa yang dinyatakan oleh Najib itu juga bukanlah satu bukti yang kukuh untuk membuat kesimpulan MH370 telah terhempas di Lautan Hindi.. Kerana dalam sidang media yang diadakan pagi tadi pihak MAS juga tidak menjadikan apa yang dinyatakan oleh Najib itu sebagai satu bukti kukuh. Malaysia Airlines (MAS) hari ini memberitahu akan menerbangkan keluarga penumpang pesawat MH370 ke Australia jika terdapat bukti kukuh daripada pihak berkuasa. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahaya, berkata kerajaan Australia hanya akan mengeluarkan visa sekiranya terdapat bukti seperti serpihan pesawat ditemui... All 'speculation' until MH370 debris found Defence Minister David Johnston says until debris is recovered and positively identified as being from Malaysia Airlines flight MH370, any information about the search for the missing plane is speculation. Malaysian Prime Minister Najib Razak told a press conference in Kuala Lumpur late on Monday that based on new analysis by the UK Air Accidents Investigation Branch and tracking firm Inmarsat, the plane flew along the southern corridor and crashed into the ocean west of Western Australia. But Senator Johnston said while the British data is all the authorities have to go on, he stressed no debris had yet been recovered from the massive search area in the Indian Ocean. "The turning point for us, I think, will be when we pull some piece of debris from the surface of the ocean and positively identify it as being part of the aircraft," he told reporters at the RAAF Pearce air base north of Perth on Tuesday. "This is a mystery and until we recover and positively identify a piece of debris, everything is virtually speculation." He said the search continued to be "fairly urgent" given there's only some 13 days of life left on the beacon battery that would pinpoint the location of the black box. Poor weather caused the international effort to be suspended on Tuesday, but searchers could not be put at risk, Senator Johnston said. "It is a very difficult task. We just have to deal with this location as best we can." Air Marshal Mark Binskin said the British data "seems to indicate more surety that it went down in the southern Indian Ocean". Air Marshal Binskin said the search wasn't just like looking for a needle in a haystack. "We're still trying to define where the haystack is - that's just to put it in context," he said. He said HMAS Success had been moved south as a safety precaution while the weather was poor. Please continue yours reading HERE Errr... Menteri Pertahanan Australia ni kata Najib sebar spekulasi ke?.. |
Objek dikesan belum disahkan, Najib umum MH370 berakhir di Lautan Hindi.. Kenapa? Posted: 24 Mar 2014 10:22 PM PDT Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai nasib pesawat MH370 yang diumumkannya telah berakhir di Lautan Hindi menimbulkan satu persoalan baru. Kenapa agaknya tanpa sebarang bukti fizikal hanya berasaskan data-data saintifik dari satelit dan analisa.. (baca di SINI), Perdana Menteri mengumumkan penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi dan dalam masa yang sama mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa? Sila baca pengumumannya di ( SINI ) Sedangkan kebanyakkan objek yang dikesan oleh satelit dan dicari oleh pasukan penyelamat satupun masih belum disahkan sebagai datangnya dari pesawat MH370 itu? Ini menimbulkan rasa tidak puas hati sekumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 dan mereka mengancam untuk berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing. Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana "terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran." "Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia," kenyataan itu dipetik. Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh "Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370". Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk "membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga." Without plane wreckage, doubts linger over MH370's Indian Ocean crash KUALA LUMPUR, March 25 ― Malaysia formally announced last night that flight MH370, missing for over 17 days now, crashed into the Indian Ocean but despite confirmation from local and foreign experts, doubt still lingers over how the plane went down, and whether it did at all. For many, the lack of solid proof ― such as plane wreckage ― still means that the Boeing 777 aircraft ferrying 239 people could have landed somewhere safely and is merely awaiting rescue from search teams. In Beijing, distraught families lashed out at Malaysia for concluding that the plane had crashed without offering concrete proof.. "Where is the proof?" one woman screamed after attending a Malaysia Airlines (MAS) briefing there, according to CNN. "You haven't confirmed the suspected objects to tell us no one survived." On UK's The Telegraph website, a man commented on the daily's article on how the aircraft was tracked to the Indian Ocean, saying: "Uhm, they haven't found anything yet, but they speculate based on this new data that the plane went that way, but there is no actual proof that it really did.... Seems like a coverup to me...." Across Twitter and on TV news stations last night, one key question ― the same question that has been uttered since the crisis began on March 8 ― reared its head again: Where is flight MH370? "We know nothing about how the plane went down... We know nothing," aviation specialist Richard Quest said on CNN. But according to Chris McLaughlin, senior vice president of external affairs at Inmarsat, there is no doubt that MH370 had taken the southern route to the Indian Ocean and there, it ran out of fuel and ended its nearly eight-hour journey. The British satellite firm was responsible for arriving at the conclusion that MH370 had indeed veered off its flight path from Kuala Lumpur to Beijing in the north, and that it had headed westwards before going either in a northerly direction past Thailand and towards Turkmenistan or in a southerly direction towards the Indian Ocean. Yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told an emergency news conference that further calculations by Inmarsat of its satellite data indicated that MH370 had definitely taken the southern route to the vast, wild Indian Ocean, west of Perth. Speaking on UK's Sky News last night, McLaughlin said Inmarsat's scientists used the "doppler effect" to identify the plane's track marks, which is by studying the change in frequency between the aircraft and the satellite as each one move away from one another. "And they tested off against a number of other aircraft... known flights... and come to the conclusion that only the southern route is possible," he said. McLaughlin said the matching patterns between the flight path and Inmarsat's satellite data gave a "very, very good fit" to indicate that flight MH370 had been the aircraft that went down in the Indian Ocean. Unfortunately, he said, the "pings" registered on Inmarsat's satellite from the aircraft does not offer the plane's specific position. "It would be simple to do.. costs less than a dollar and an hour to do it but at the moment, the legislation doesn't require it," he said. He said if all airplanes are required to be fitted with such communication systems, satellites would be able to receive "pings" that would offer details on the plane's location, rendering it easier to locate them in future incidents. "What information does it give? It gives an approximate direction of travel, plus or minus 100 miles to a track line," he said. MH370, a Boeing 777 aircraft, disappeared off the coast of Kota Baru, Kelantan, less than an hour after take-off at 12.41am on March 8 and has remained missing ever since. Early investigations saw searchers concentrated on the waters off Malaysia's east coast — in the South China Sea and between Malaysia and Vietnam — where the plane was last heard from before it lost contact with the Subang Air Traffic Control (ATC). But local military radar later spotted the plane flying westwards, forcing the authorities to redirect its search efforts to the Straits of Malacca. More information from foreign military and satellite data then confirmed the plane's flight to the west of Malaysia, hundreds of miles away from its original flight path to Beijing. According to Inmarsat on March 14, its satellite registered "routine, automated signals" from the missing Malaysia Airlines aircraft during its flight from Kuala Lumpur. On March 15 — a week after MH370's disappearance — Najib told a press conference that Malaysia would call off the search at the South China Sea and Straits of Malacca. Search troops were then redirected troops to scour two corridors — a northern arc from northern Thailand to the border of Kazakhstan and Turkmenistan in central Asia, or a southern one from Indonesia to the southern Indian Ocean. On March 20, authorities in Australia announced what they said was a possible breakthrough in the the two-week hunt for MH370. Satellite images taken by DigitalGlobe, a Colorado satellite imaging company showed at least two objects in the Indian Ocean, south of the search zone for MH370 that Australia was leading. The largest of the objects found measured 24 metres or 79 feet in length, Australian Maritime Safety Authority (AMSA) Emergency Response division general manager John Young said. Since then, much focus has been given to the search south of the vast Indian Ocean. Over the weekend and earlier yesterday, several reports of alleged "debris" streamed it from the French, Australian and Chinese — some picked up by search planes, some via satellite images ~ The Malay Mail |
Mengapa dan bagaimana MH370 dikesan berakhir di Lautan Hindi? Posted: 24 Mar 2014 08:11 PM PDT Kesan Doppler membantu penyiasat menentukan penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi tetapi mereka masih hairan mengenai sebab-sebab pesawat Malaysia Airlines bertentangan daripada destinasi yang ditujui - Beijing. Mengapa Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang berakhir di Lautan Hindi? Bagaimana pesawat penumpang bersaiz lebar berpaling daripada rutin penerbangan menjadi "misteri penerbangan yang belum pernah berlaku sebelum ini"? Dan, siapa yang melakukannya? Ini merupakan persoalan utama dalam minda penyiasat dan keluarga 239 orang penumpang dan anak kapal MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac tetapi hilang selepas sejam di udara. Selepas 16 hari misi mencari antarabangsa yang bermula di Laut China Selatan, data satelit komunikasi penyiasat British dan serpihan ditemui satelit Amerika Syarikat, China dan Perancis akhirnya kedudukan terakhir MH370 dikenal pasti iaitu di bahagian selatan Lautan Hindi. Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di kawasan pedalaman perairan itu hanya akan diketahui selepas penyiasat menemui kotak hitam pesawat Malaysia yang didaftarkan sebagai 9M-MRO itu. Sehingga ia ditemui, usaha untuk mengesan laluan pesawat MH370 itu sebelum hilang daripada radar di Kota Baru ke Lautan Hindi menjadi sesuatu yang menakjubkan dengan sendirinya. Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir. Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh. Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing. Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang. Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap. Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini. Kesan Doppler adalah mengapa bunyi siren kereta polis berubah selepas mendekati atau memotong pemerhati. "Kami kemudian mengambil data yang kami dapati dari pesawat dan diplotkan terhadap kedua-dua trek, dan ia berat ke trek selatan," kata Jonathan Sinnatt, ketua komunikasi korporat Inmarsat kepada Reuters. Katanya, syarikat itu kemudian membandingkan teori laluan penerbangan dengan data diterima daripada Boeing 777 yang diketahui terbang laluan sama, dan ia dipadankan dengan tepat. Beliau berkata, penemuan itu disemak dengan syarikat satelit lain sebelum diserahkan kepada penyiasat pada Isnin. Jumlah data - hanya isyarat ping diterima oleh satelit tunggal setiap jam atau lebih - bermakna teknik seperti triangulasi menggunakan beberapa satelit atau GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) tidak boleh digunakan untuk menentukan laluan penerbangan pesawat. Mengesan Ketua Pegawai Eksekutif All Source Analysis, Stephen Wood, berkata seolah-olah para penyiasat mengecilkan kawasan pencarian. "Tetapi ia masih kawasan besar yang mereka perlu lakukan pencarian," katanya. Katanya, insiden ini mungkin merangsang kajian semula peraturan penerbangan, terutamanya berkaitan dengan peralatan komunikasi dan keupayaan untuk mematikan transponder pesawat. Tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan apa-apa kerana belum diketahui apa yang menyebabkan kapal terbang untuk beralih daripada laluan asal. "Insiden seperti ini akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menerbangkan pesawat komersial dengan penumpang akan menuntut kaedah baru untuk mengesan kargo berharga mereka," kata Wood, seorang bekas pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai unit analisis DigitalGlobe Inc , sebuah firma imej satelit, sehingga Julai 2013 ~ The Malaysian Insider |
‘God loves you more daddy ... God loves them more.’ tulis Maira Elizabeth Nari Posted: 24 Mar 2014 09:40 AM PDT Sejak 17 hari lalu, remaja Maira Elizabeth Nari kekal tabah, dengan tweet dihantar kepada bapanya betapa dia merinduinya, menantikan keputusan sijil SPM dan kemenangan pasukan bola sepak kegemarannya, Liverpool. Malam ini, selepas diumumkan pesawat Malaysia Airlines MH370 menamatkan penerbangannya di tengah Lautan Hindi jauh dari daratan, Maira memuat naik tweet: "saya tidak tahu nak kata apa :')" Remaja itu kelihatan tabah. Tweet yang berikutnya, sekitar tiga minit kemudian: "Tuhan lebih sayangkan ayah... Tuhan lebih sayangkan mereka." Maira merupakan anak kepada Ketua Pramugara Andrew Nari (gambar bawah) yang menaiki pesawat berkenaan. Di Beijing, jeritan dan tangisan kedengaran daripada bilik di Hotel Lido apabila keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 berkumpul bagi taklimat berkenaan nasib pesawat tersebut. Laporan media berkata salah seorang anggota keluarga pengsan selepas pegawai dari MAS mengumumkan berita itu kepada mereka. Laporan lain turut menunjukkan gambar jumlah pengusung yang begitu banyak dibawa masuk ke dalam hotel. Wakil Daily Telegraph di Beijing melaporkan kehadiran polis di hotel semakin ramai dan lebih ramai di bawa masuk untuk mengawal keadaan. "Salah seorang anggota keluarga keluar dari bilik taklimat dalam keadaan menangis dan kemudiannya jatuh di eskalator," lapor akhbar berkenaan. Wakil ABC News Asia Gloria Riviera dalam Tweetnya: "No, no, no!, perkataan sedih yang keluar di Hotel Lido selepas 17 hari menanti dengan penuh harapan." "Situasi yang amat menyedihkan di sini. Tangisan, keliru, marah," lapor wakil Sky News Jonathan Samuels dari Lido Hotel. Di Putrajaya, keluarga jurutera penerbangan Mohd Khairul Amri Selamat turut dilihat menangis apabila mendengar berita itu. Bapa kepada Khairul, yang kebiasaanya ceria, Selamat Omar yang turut menjadi ikon kepada media di Putrajaya tidak dapat menahan sebaknya dan meminta media tidak mengganggunya kerana beliau ingin bersendiri. Maira dan Selamat adalah antara dua anggota keluarga yang menyuarakan kesedihan mereka dan berharap sejak penantian selama 17 hari itu. Maira menerima perhatian dunia sejurus pesawat berkenaan hilang dengan tweet menyentuh perasaan berkenaan rasa rindu kepada ayahnya. Dia terus memuat naik tweet kepada ayahnya berharap pesawat Andrew akan ditemui. Beberapa tweetnya seperti berikut: "Tuhan... saya hanya mahukan ayah saya... tiada perkara lain, pulangkan ayah. saya mahu ayah saya." "Ayah. Ayah di semua berita dan akhbar. Pulang cepat, nanti ayah dapat baca semuanya! Ayah tak rasa terujakah?" "Ayah. Sudah hampir 48 jam. Jangan lupa makan malam. Ayah mesti kelaparan." "Pulanglah cepat, ayah... itu sahaja saya mahu." Dia turut memuat naik tweet sekitar jam 2 pagi: "selalunya pada masa ini, sebelum ayah suruh saya tidur, dia akan kata 'jangan tidur lambat sangat, okay." Maira turut mendapat perhatian penyokong kelab Liverpool apabila dia memuat naik tweet: "Ayah, Liverpool menang. Balik rumah, ayah boleh tengok perlawanan! Ayah tidak pernah terlepas perlawanan. Ini kali pertama. :')" Minggu lalu, ketika Liverpool menewaskan Manchester United 3-0. Maira menggunakan laman Twitter dengan alamat @@Gorgxous. Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menyeru supaya keluarga penumpang diberikan privasi dan dihormati. "Ketika tempoh-tempoh sedih seperti ini, saya menyeru orang ramai untuk memberikan ruang dan menghormati privasi mereka. "Perkataan tidak mampu menjelaskan perasaan saya malam ini tapi saya berjanji terutamanya kepada keluarga penumpang dan kru, pencarian akan diteruskan," kata Hishamuddin melalui laman Twitter miliknya, @HishammuddinH20 lewat malam Isnin. Beliau menambah: "saya memahami tiada perkataan mampu menenangkan keluarga penumpang #MH370. Seluruh dunia bersama anda melalui saat-saat sukar ini." Tepat jam 10 malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penyiasat insiden nahas udara British, Cawangan Siasatan Nahas Udara menyimpulkan penerbangan MH370 tamat di selatan Lautan Hindi. Perdana menteri itu menambah lokasi terakhir pesawat itu adalah kawasan pedalaman dan jauh dari mana-mana lokasi pendaratan. MH370, hilang selama 17 hari daripada radar Malaysia pada jam 2.15 pagi, 8 Mac selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal ~ The Malaysian Insider TAPI... Ada jugak manusia seperti kat bawah ni?.. manusia atau apa ni? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan