Anak Sungai Derhaka |
Mahathir perlekeh lagi pemberian BR1M oleh Najib.. Posted: 02 Mar 2014 07:21 AM PST Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mempersoalkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan mengingatkan ahli politik Barisan Nasional (BN) supaya tidak berada dalam khayalan bahawa pemberian tunai secara meluas seperti itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan. "Perlukah kita akan BR1M? Tanpa BR1M pun, kita pernah mendapat sokongan rakyat," tulis Dr Mahathir dalam blognya. "Jika mereka tidak sokong, ia adalah kerana mereka tidak puas hati dengan sesuatu, malah mungkin tentang BR1M. Cari sebab mengapa mereka tidak puas hati dan anda akan tahu apa perlu dilakukan." Dr Mahathir juga memberi respon kepada kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang berkata seramai 17,000 penerima BR1M tahun lepas telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak mahu menerima bantuan kali ini kerana merasakan bukan lagi dalam kategori keluarga susah. Menurut Ahmad Husni, ia membuktikan tahap kematangan masyarakat semakin tinggi kerana menolak BR1M dengan penuh rasa tanggungjawab. Bagaimanapun, Dr Mahathir menempelak kenyataan itu, dan mengatakan ramai yang menyifatkan BR1M sejenis bentuk rasuah. "Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen mereka. Perasaan sedemikian lebih baik diperlihatkan apabila mereka mengundi. "Undi merekalah yang mencerminkan kematangan mereka. Perasaan mereka pula mungkin akan dilahirkan dengan cara lebih kasar," kata beliau. Dr Mahathir juga memberikan perkiraan jumlah yang perlu dibelanjakan kerajaan bagi menampung pemberian BR1M. "RM500 seorang untuk 7 juta orang bermakna kerajaan membelanjakan RM3.5 billion. Jika kadar BR1M ditambah kepada RM1,200, kos ini menjadi RM8.4 billion. "Ini jumlah wang yang banyak. Tetapi masih ramai lagi orang miskin di negara ini," tulisnya, sambil menambah bahawa walaupun beliau menyokong kerajaan, ada beberapa yang beliau tidak setuju. Putrajaya mengumumkan fasa ketiga program BR1M tahun ini, dengan nilai bantuan ditambah daripada RM500 kepada RM650 bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala RM450 bagi kategori berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000. Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun menerima kenaikan RM100, menjadikan jumlah bantuan RM650, manakala bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah diberi penambahan RM50, menjadikan bantuan kepada RM300. ~ The Malaysian Insider |
Posted: 01 Mar 2014 04:30 PM PST Pemikir dan penulis kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang mencetuskan kegemparan dengan kemunculan semula mengkritik hadis di Seminar Pemikiran Kassim Ahmad dimasukkan ke Hospital Kulim sejak Rabu lalu kerana kesukaran bernafas. Rombongan media MySuara yang sepatutnya menemubual beliau secara eksklusif semalam di rumahnya dimaklumkan oleh isterinya, Sharifah Fawziah bahawa beliau dikejarkan ke hospital dengan ambulan dan ditahan wad. "Dia agak penat kerana selepas seminar tempoh hari, ramai orang datang ke rumah dan menerima banyak panggilan telefon. Anak kami mungkin akan membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," jelasnya sambil membawa kami meninjau bilik pejabat Dr Kassim di dalam rumah mereka.. Di bilik bacaan dan penulisan itulah Dr Kassim menghabiskan masa emasnya dalam usia 80 tahun untuk menghasilkan tiga karyanya iaitu Mencari Jalan Pulang, Islamic Renaissance dan Jalan Yang Lurus. Masing-masing diterbitkan ZI Publications, Brainbowpress dan Pekan Ilmu. Dr Kassim sebelum ini menyewa di Tanjung Bunga, Pulau Pinang sebelum berpindah ke rumah baru yang dibelikan anaknya Shauqi Kassim di Kulim pada 2006. MySuara kemudian menziarahi beliau di Hospital Kulim ketika waktu melawat sebelah petang. Dr Kassim kelihatan sedang berehat dengan dibekalkan tiub oksigen untuk membantu penafasannya. "Pagi tadi saya sudah pesan roti canai tetapi sampai lewat dan saya sudah minum pagi. Selera makan saya baik walaupun sudah tua. Nasinya sedap cuma lauk ikannya tidak berapa sangat," jelasnya yang sedang menikmati makan tengahari. "Saya boleh berdialog lagi 3 jam," seloroh Dr Kassim dalam suara perlahan, serak dan batuk ringan. Dalam pertemuan ringkas selama 30 minit itu, Dr Kassim sempat menerangkan pandangannya dan menjawab soalan-soalan tambahan dengan bersemangat. Penampilan Dr Kassim seperti pesakit lain menyebabkan kelibatnya di Hospital Kulim tidak disedari. Malah sepanjang temubual berlangsung beberapa orang doktor yang lalu lalang teruja apabila melihat buku Jalan Yang Lurus dan mengetahui pesakit mereka adalah penulis buku tersebut. ~ MySuara |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan