Sabtu, 15 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Keluarga mangsa MH370 rasa ada sesuatu yang disembunyikan Najib..

Posted: 15 Mar 2014 02:33 AM PDT


Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan keluarga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan.

Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan untuk berbulan madu ke China apabila pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) hilang semasa perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.

Muhammad Razahan, bapa saudara Zulkifli Zakaria dari Perak berkata, selepas lapan hari menunggu, perdana menteri sepatutnya sudah memberi jawapan lebih pasti dan bukannya apa yang diumumkan sebelum ini.

"Saya tidak berasa itu adalah perkara sebenar. Mesti ada sesuatu yang lain. Mereka menyembunyikan sesuatu daripada kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider semasa dihubungi melalui telefon tidak lama selepas pengumuman dibuat.

"Kami tidak berpuas hati bagaimana perkara ini dikendalikan," kata Zulkifli.

Beliau berkata, ahli keluarga yang berada di situ bersama dalam bilik di Hotel Everly mendengar pengumuman, kelihatan tidak gembira.

"Tiada yang menjerit tetapi saya dapat melihat raut wajah mereka. Malah saya dan anggota keluarga lain cuba yang terbaik untuk bersabar. Ibu meminta kami untuk tidak membuat hal. Jadi kita menghormati permintaannya itu," kata Zulkifli .

Beliau tiba di sini dengan nenek Muhammad Razahan dua malam lalu untuk memberi sokongan moral kepada abang dan kakak iparnya.

Turut bersetuju sentimen yang sama adalah waris warga Ukraine, Chustrak Oleg Ukraine, 45, dan Deineka Sergii Ukraine, 45.

Lelaki yang enggan namanya disiarkan berkata, apa sahaja maklumat yang diumumkan oleh Najib adalah tidak lengkap.

"Kami mahu lebih. Ia tidak lengkap," katanya.

Warga Ukraine, Muhammad Razahan dan isteri adalah antara 227 penumpang dan 12 anak kapal adalah antara penumpang yang ditakdirkan untuk berada dalam pesawat malang MH370 itu.

Lebih 100 ahli keluarga penumpang MH370 ditempatkan di Hotel Everly sementara menanti perkembangan terkini mengenai pesawat yang hilang.

Daripada 239 orang penumpang, 38 daripada mereka adalah warga Malaysia, 159 warga China dan selebihnya dari 12 negara lain termasuk Indonesia dan India.

Najib awal hari ini berkata pencarian pesawat MH370 akan diperluaskan ke kawasan-kawasan luar Thailand hingga Kazakhstan dan Turkmenistan di utara dan di luar Indonesia di selatan selepas bukti menunjukkan hubungan terakhir adalah pada jam 8:11 di utara Selat Melaka.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan pergerakan jet penumpang dan hubungan komunikasi dimatikan adalah disengajakan tetapi tidak mengatakan ia satu rampasan pesawat .

Penyiasat mengesahkan pesawat dikesan radar tentera adalah pesawat milik MAS MH370, selepas komunikasi mungkin dimatikan sebelum ia sampai di pantai timur Malaysia seminggu lalu, Reuters memetik Najib sebagai berkata.

"Walaupun laporan media mengatakan pesawat itu dirampas, saya ingin menegaskan, kami masih menyiasat semua kemungkinan tentang apa yang menyebabkan MH370 tersasar daripada laluan asal," kata Najib, membaca kenyataan bertulisnya di sidang akhbar yang dipenuhi pengamal media.

Beliau berkata, satelit mengatakan pesawat Boeing 777- 200ER (9M- MRO) berada di salah satu daripada dua koridor: di bahagian utara Thailand hingga ke Kazakhstan, atau di bahagian selatan, dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Beberapa laporan sebelum ini memetik kenyataan seorang pegawai Malaysia yang tidak dinamakan sebagai mengesahkan spekulasi bahawa pesawat tersebut dirampas.

~ The Malaysian Insider

MH370 : Masih tiada maklumat kukuh pesawat dirampas Najib kata...

Posted: 14 Mar 2014 11:36 PM PDT


Dalam sidang medianya yang berlangsung pada jam 2.19 lewat hampir satu jam dari yang dijadualkan iaitu 1.30 di di Hotel Sama-Sama, KLIA, Najib telah sahkan apa yang dilaporkan oleh Associated Press sebelum ini.

2:18 PM Perdana Menteri baru tiba untuk mulakan sidang akhbar

2:20 PM Najib berkata "Ini merupakan saat yang amat sedih buat para waris penumpang. Kerajaan Malaysiq turut bekerja sama dengan negara luar dan agensi antarabangsa dalam pencarian ini."

"Malaysia turut berkongsi data sehingga meletakkan kepentingan keselamatan negara di bawah daripada operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini."

"Saya senantiasa menerima laporan setiap masa daripada pihak yang menjalankan pencarian"

"Hari ini 14 negara dengan 43 kapal serta 53 pesawat terlibat dalam operasi mencari. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerajaan yang terlibat."

"Ada banyak spekulasi. Namun kami mesti bertanggungjawab terhadap maklumat yang dikeluarkan. Matlamat utama ialah untuk menjumpai pesawat tersebut."

"Pagi ini saya menerima taklimat daripada mereka yang terlibat dalam penyiasatan."

"Hasil komunikasi satelit, kami yakin sistem komunikasi pesawat dimatikan."

"Radar TUDM mengesan sebuah objek tidak dikenal pasti kemudian dikesan berpatah balik dan menghala ke barat daya Semenanjung Malaysia."

"Hasil komunikasi maklumat satelit dan dibandingkan dengan maklumat radar pesawat tersebut disahkan sebagai MH370."

"Bagaimanapun data satelit tidak dapat membantu mengesan lokasi terakhir."

"Komunikasi satelit terakhir pesawat sama ada menuju ke selatan Lautan Hindi atau menghala ke arah Kazakhstan."

"Berdasarkan maklumat baru ini, operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan akan dihentikan"

"Masih tiada maklumat kukuh pesawat dirampas. Para waris penumpang dan krew telah dimaklumkan oleh MAS."

2:34 PM Sidang akhbar selesai.

Sebelum ini pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, menurut laporan agensi AP.

AP melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap 'konklusif'.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.


Malaysian official says missing plane hijacked 

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- A Malaysian investigation into the missing flight 370 has concluded that one or more people with flying experience switched off communications devices and deliberately steered the airliner off-course, a Malaysian government official involved in the investigation said Saturday.

The official called the disappearance a hijacking, though he said no motive has been established and no demands have been made known. It's not yet clear where the plane ended up, said the official, who spoke on condition of anonymity because he was not authorized to brief the media.

The official said a deliberate takeover of the plane was no longer a theory. "It is conclusive," he said, indicating that investigators were ruling out mechanical failure or pilot error in the disappearance.

He said evidence that led to the conclusion were signs that the plane's communications were switched off deliberately, data about the flight path and indications the plane was steered in a way to avoid detection by radar.

The Boeing 777's communication with the ground was severed just under one hour into a Malaysia Airlines flight March 8 from Kuala Lumpur to Beijing. Malaysian officials previously have said radar data suggest it may have turned back toward and crossed over the Malaysian peninsula after setting out on a northeastern path toward the Chinese capital.

Earlier, an American official told The Associated Press that investigators are examining the possibility of "human intervention" in the plane's disappearance, adding it may have been "an act of piracy."

While other theories are still being examined, the U.S. official said key evidence suggesting human intervention is that contact with the Boeing 777's transponder stopped about a dozen minutes before a messaging system on the jet quit. Such a gap would be unlikely in the case of an in-flight catastrophe.

The Malaysian official said only a skilled aviator could navigate the plane the way it was flown after its last confirmed location over the South China Sea. The official said it had been established with a "more than 50 percent" degree of certainty that military radar had picked up the missing plane after it dropped off civilian radar.

Why anyone would want to do this is unclear. Malaysian authorities and others will be urgently investigating the backgrounds of the two pilots and 10 crew members, as well the 227 passengers on board.

Some experts have said that pilot suicide may be the most likely explanation for the disappearance, as was suspected in a SilkAir crash during a flight from Singapore to Jakarta in 1997 and an EgyptAir flight in 1999.

A massive international search effort began initially in the South China Sea where the plane's transponders stopped transmitting. It has since been expanded onto the other side of the Malay peninsula up into the Andaman Sea and into the Indian Ocean.

Scores of aircraft and ships from 12 countries are involved in the search.

The plane had enough fuel to fly for at least five hours after its last known location, meaning a vast swath of South and Southeast Asia would be within its reach. Investigators are analyzing radar and satellite data from around the region to try and pinpoint its final location, something that will be vital to hopes of finding the plane, and answering the mystery of what happened to it.

The USS Kidd arrived in the Strait of Malacca late Friday afternoon and will be searching in the Andaman Sea, and into the Bay of Bengal. It uses a using a "creeping-line" search method of following a pattern of equally spaced parallel lines in an effort to completely cover the area.

A P-8A Poseidon, the most advanced long range anti-submarine and anti-surface warfare aircraft in the world, will arrive Saturday and be sweeping the southern portion of the Bay of Bengal and the northern portion of the Indian Ocean. It has a nine-member crew and has advanced surveillance and reconnaissance capabilities, the department of defense said in a statement.

Another U.S. official, who also spoke on condition of anonymity, said investigators looking for the plane have run out of clues except for a type of satellite data that has never been used before to find a missing plane, and is very inexact.

The data consists of attempts by an Inmarsat satellite to identify a broad area where the plane might be in case a messaging system aboard the plane should need to connect with the satellite, said the official. The official compared the location attempts, called a "handshake," to someone driving around with their cellphone not in use. As the phone from passes from the range of one cellphone tower to another, the towers note that the phone is in range in case messages need to be sent.

In the case of the Malaysian plane, there were successful attempts by the satellite to roughly locate the Boeing 777 about once an hour over four to five hours, the official said. "This is all brand new to us," the official said. "We've never had to use satellite handshaking as the best possible source of information."

The handshake does not transmit any data on the plane's altitude, airspeed or other information that might help in locating it, the official said. Instead, searchers are trying to use the handshakes to triangulate the general area of where the plane last was known to have been at the last satellite check, the official said.

"It is telling us the airplane was continuing to operate," the official said, plus enough information on location so that the satellite will know how many degrees to turn to adjust its antenna to pick up any messages from the plane.

The official confirmed prior reports that following the loss of contact with the plane's transponder, the plane turned west. A transponder emits signals that are picked up by radar providing a unique identifier for each plane along with altitude. Malaysian military radar continued to pick up the plane as a whole "paintskin" - a radar blip that has no unique identifier - until it traveled beyond the reach of radar, which is about 320 kilometers (200 miles) offshore, the official said.

The New York Times, quoting American officials and others familiar with the investigation, said radar signals recorded by the Malaysian military appear to show the airliner climbing to 45,000 feet (about 13,700 meters), higher than a Boeing 777's approved limit, soon after it disappeared from civilian radar, and making a sharp turn to the west.

The radar track then shows the plane descending unevenly to an altitude of 23,000 feet (7,000 meters), below normal cruising levels, before rising again and flying northwest over the Strait of Malacca toward the Indian Ocean, the Times reported.

~ The Associated Press

Bekas Timbalan Menteri UMNO sertai PKR..

Posted: 14 Mar 2014 08:17 PM PDT


Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar secara terbuka memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Beliau juga meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan memastikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menang dengan majoriti lebih besar.

"Saya kenal lama dengan Dr Wan Azizah. Saya sokong Wan Azizah untuk menang di Kajang. Baik, berakhlak orangnya. Orang Kajang bernasih baik dapat calon seperti Dr Wan Azizah.

"Saya yakin pengundi Kajang akan membuat keputusan bijak dengan memilih Dr Wan Azizah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang," kata bekas Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor itu.

Beliau yang pertama kali berucap di pentas Pakatan Rakyat berkata demikian depan lebih 3,000 pengunjung Karnival Selangorku di Stadium Kajang, malam tadi.

Mohd Shariff hadir ke program anjuran Kerajaan Selangor dan Solidariti Anak Muda (SAMM) yang berlangsung 7 hingga 22 Mac itu bersama-sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor antara 1999 hingga 2004 dan pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sokongan itu memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) yang cuba merampas kerusi yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Apatah lagi, beberapa pemimpin akar umbi Umno termasuk jentera parti PRK Kajang turut mengisytihar menyertai PKR pada program berkenaan.

Mereka ialah timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita dari Umno Cawangan Sungai Kantan Peringkat Tiga, selain bekas Ketua Umno Cawangan Batu 9, Cheras beserta 80 penyokong mereka.

Ketua Belia Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan Ketua Beliau Taman Sri Minang turut berbuat demikian sebelum Anwar mengaluingi mereka mafla PKR.

Mengikut penganjur, lebih ramai orang Umno bakal menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebagai tanda sokongan kepada Dr Wan Azizah.

~ SelangorKu

Tiada ulasan: