ALHUSSEYN |
- Korang bersaralah....bikin malu 1Malaysia!
- MH370 - Apa yang bekas MB Perak itu katakan, terbukti ada juga kebenarannya
- Jom lihat : Cara Pasukan F1 Grand Prix Malaysia menghormati mangsa MH370 pesawat hilang
Korang bersaralah....bikin malu 1Malaysia! Posted: 29 Mar 2014 05:06 AM PDT Boleh tak sesiapa tolong bagi tahu menteri-menteri kita yang dua orang ni, bahawa senarai 40.2 juta tu, bukan seperti senarai nama dalam buku hutang cheti atau along yang pakai buku kecik 555 tu... Tolonglah bagi tau depa tu...bukan! bukan! bukan! Kemudahan internet telah menjadikan dunia ini seolah-olah berada dihujung jari sahaja... Takkanlah begitu naif dua orang menteri kita ini? Pihak Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis telah menempelak kenyataan menteri Zahid Komedi yang mendakwa proses itu terlalu perlahan kerana menurutnya, pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia. Menurut penjelasan Interpol, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu , katanya. Sebelum ini , sudah ada mangkuk yg pernah memberikan alasan yang sama : | |||||||||
MH370 - Apa yang bekas MB Perak itu katakan, terbukti ada juga kebenarannya Posted: 29 Mar 2014 02:50 AM PDT Semakin meluat tengok PC MH370.Tidak ada berita baru.Sekadar ulang benda yang sama - apologia dan apologetik ... Nampaknya apa yang pernah Nizar katakan melalui tweetnya tempohari menampakan ada kebenarannya. Jom soroti kenyataan ayam mereka : "Saya amat gembira jika spekulasi yang mengatakan pesawat itu dikesan di Lautan Hindi atau sebagainya betul atau tidak, bagi membolehkan kita menghantar semua aset ke situ bagi usaha menyelamat, namun itu bukan kenyataannya." Bukan main sombong dia bercakap....saya amat gembira ....sarkastik bukan? Tetapi kemudiannya dia terpaksa pula jilat semula kahaknya itu dan umumkan operasi pencarian terarah ke Lautan Hindi..... Tambah pelik dan memalukan,walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, hanya berdasarkan data yang diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom, sepupunya PM Najib buat pengumuman yang membuat ramai orang marah dan tidak berpuas hati : "Berdasarkan kepada analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. Baca di sini Bekas MB Perak, Nizar Jamaludin menerusi tweetnya tempohari yang menyebabkan ramai pencacai Umno/BN marahkan dia, menampakan ada juga sedikit kebenarannya bila dia kata: Well equipped sophisticated devices are of no use! | |||||||||
Jom lihat : Cara Pasukan F1 Grand Prix Malaysia menghormati mangsa MH370 pesawat hilang Posted: 28 Mar 2014 09:06 PM PDT
Grand Prix Formula 1 Malaysia akan berlangsung besok di Litar Antarabangsa Sepang, bersebelahan dengan lapangan terbang di mana penerbangan MH370 itu berlepas dan kini merupakan ibu pejabat pencarian pesawat yang hilang itu. Sebagai tanda menghormati mangsa kemalangan terssebut, pasukan F1 tersebut akan bertafakkur selama satu minit. Penghormatan tersebut akan diketuai oleh ringmaster F1 Bernie Ecclestone dan Perdana Menteri Najib Razak sebelum Grand Prix Malaysia bermula. Sesetengah pasukan akan membawa pelekat pada topi keledar mereka (lihat gambar atas) dan di kereta mereka (2 gambar bawah). 239 penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban di Lautan Hindi dalam keadaan misteri di atas kapal penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Dan topi keledar pemandu akan membawanya 'Selagi mana diperlukan.'
Lewis Hamilton dan Nico Rosberg akan mempunyai 'Tribute untuk MH370' pada sidepods mereka. Pasukan Mercedes ditaja oleh Petronas. Entahlah....kenapalah gerangannya, hati aku ini kuat berkata-kata sekuat persis sinetron Indon bila bercakap sendirian yang boleh didengar berbatu-batu jauhnya... mengatakan bahawa ini semua hanyalah jalan pintas dan mudah untuk membodoh-bodohkan rakyat Malaysia dan mereka yang kehilangan keluarga tersayang bahawa mereka juga turut bersimpati... err dengan cara mereka sendiri sambil mengaut fulus! fulus! fulus! "Di bawah terma Perjanjian Concorde 2009, Formula besar 1 pasukan Ferrari membuat banyak wang dari dana hadiah. Ini terdiri daripada 50 peratus daripada hasil sukan itu, yang bermaksud sekitar $ 500 juta pada masa ini…. SUMBER
|
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan