ALHUSSEYN |
Antara dua Habib - Satu jual nama Nabi, satu jual permata... Posted: 22 Mar 2014 08:04 AM PDT Majid dan Rosnah adalah antara ratusan ribu umat Islam yang menghadiri majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di dataran Masjid Putra malam tadi. Selesai majlis itu, mereka pun pulang. Sepanjang perjalanan pulang itu, muka Rosnah nampak kelat sahaja. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya yang terus muncung itu. Majid faham telatah isterinya yang sedang marah itu.Semenjak dia merasa penampo kokodal Rosnah tempohari, sampai kesudah kini Majid dah serik nak memujuknya.Phobia. Masuk sahaja ke dalam bilik tidur, Rosnah terus sahaja berdiri bercekak pinggang dihadapan Majid yang sedang duduk di pinggir katil sedang membuka setokinnya. "Amboi, pandai abang ajak Nah pergi ke tempat Habib tu tadi ya.... Nak tipu Nah lagi tak?" sambil tanganya memulas cuping Majid. "Sakit Nah," Majid mengerang kesakitan minta dikasihani. " Tipu apanya? Abang cakap tadi tu betullah , Abang ajak Nah untuk pergi jumpa Habib," balas Majid sambil mengibas-ngibas telinganya yang nampak kemerah-merahan akibat kena pulas Rosnah. "Cakaplah Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf! Nah ingatkan abang maksudkan nak bawa Nah gi shopping kat kedai Habib Jewels...." "Abang janji, besok abang bawa Nah gi Habib Jewels, percayalah...kita pergi Habib Jewels.....Habib Jewels....Habib Jewels...." Demikian Majid di sepanjang malam itu membisikan kata-kata itu ditelinga Rosnah .... |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan