Selasa, 25 Februari 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JENAYAH JUAL AGAMA

Posted: 25 Feb 2014 07:14 PM PST



KOMENTAR TUKAR TIUB
menjual agama ini
adalah salah satu perniagaan
yang tertua dalam dunia

menjual agama yang di salut
dengan  ketakutan adalah
perniagaan yang lumayan

semakin rancak penjualan agama
maka semakin rancak
jenayah berlaku

kita selalu terbaca
jenayah kolar puteh
jenayah kolr puteh adalah jenayah
yang  bersangkutan 
dengan peniagaan dalam sistem kapitalis

dalam perniagaan agama
kita kini selalu terbaca
berlakunya jenayah atas nama agama

jenayah betuk ini
 wajib dikenali
sebagai jenayah kopiah puteh


APA DIA 
JENAYAH KOPIH PUTEH
apa sahaja jenayah
yang bersangkutan dengan perniagaan agama

AWAS DAN BERJAGA 
Hati-hati jualan amal tipu
YAN - Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan aktiviti jualan amal yang dikesan cuba menggunakan resit bayaran rasmi Pusat Tahfiz Amal (PTA) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengetuanya, Muslim Ab Karim berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan imej dan nama baik PTA.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menghantar pelajar untuk melakukan aktiviti jualan amal di sekitar negeri itu sebaliknya hanya di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

"Pada saya, aktiviti yang dikesan berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor mungkin penipuan. Mereka cuba buat resit bayaran palsu untuk kepentingan individu tertentu.

"Sebabnya kita tidak pernah hantar pelajar PTA ke negeri itu dan sudah menghentikan percetakan resit bayaran rasmi sejak enam bulan lalu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, pihak berkenaan juga pernah ditahan kerana dipercayai melakukan pemalsuan pada resit bayaran dengan menggunakan nama dan logo rasmi PTA bagi tujuan perniagaan.

KENALI MUKA MUKA
----------

PEMIKIRAN KRITIKAL

Posted: 25 Feb 2014 06:48 PM PST





MALAM ESOK
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA

KHAMIS  27 FEB 2014
jam 9:00 malam
universiti bangsar utama
dari socrates ke plato
ke aristotle
kini
AL KINDI


STESEN PUNK ROCK
akan membuat liputan langsung
untuk warga yang berada di mana sahaja
layari www.radiobangsarutama.com



--------

SATU KERANA ALLAH SATU KERANA PARTI

Posted: 25 Feb 2014 05:47 PM PST







KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... NEGERI SEMBILAN KURANG AIR JUGA ....kah kah kah..

kah kah ..AIR DICATU DI NEGERI SEMBILAN... kah kah kah..

kah kah...CATUAN AIR DI N9 BUKAN  SALAH GEROMBOLAN..kah kah


  1. KEKURANGAN AIR DI NEGERI SEMBILAN , APA PERANAN ... - MHS

    myhomesoil.blogspot.com/.../kekurangan-air-di-neger...

    Translate this page
    6 days ago - Kekurangan Air di Negeri Sembilan memperlihatkan agensi-agensi Kerajaan di Negeri Sembilan bertungkus lumus bertugas untuk ...

  2. KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
woit..KURANG AIR DI SELANGOR KUNO... kah kah kah

kah . KALAU NEGERI PAKATAN  -  CATU AIR DASAR KUNO..kah kah..

kah .KALAU NEGERI GEROMBOLAN  CATU AIR KERANA ALLAH.. kah

Tindakan 'kuno' - NGO

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diselar kerana mengambil tindakan seperti 'berundur ke belakang' kira-kira 30 tahun yang lalu apabila membuat catuan air bagi menangani krisis bekalan itu ketika ini.

Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor,  Jamal Yunos berkata, tindakan tersebut langsung tidak menggambarkan sebuah negara yang akan menuju status negara maju yang sepatutnya telah pun membuat persiapan awal bagi menghadapi krisis tersebut.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan telah lama menjangkakan krisis air akan berlaku di negeri ini dan disebabkan itu mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2 sejak lima tahun lalu.

"Apabila krisis air terjadi, kerajaan Selangor masih menuduh Kerajaan Pusat, janganlah semua perkara dipolitikkan kerana kita sedang menghadapi krisis kemanusiaan paling kritikal.

"Oleh itu kita mendesak Kerajaan Selangor dapat menyegerakan pembinaan loji itu, kita perlu siapkan simpanan air melalui sistem yang diwujudkan, jangan hanya mengharapkan hujan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Catuan air wajar bagi kawal penggunaan bekalan air, kata pakar

Catuan bekalan air wajar dilaksanakan bagi mengawal penggunaan sumber air mentah terutama ketika tahap takungan air di empangan berada pada paras kritikal seperti dihadapi beberapa negeri sekarang.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S Piarapakaran berkata jika catuan air tidak dilaksanakan, dikhuatiri sumber air mentah di empangan akan habis dengan cepat, manakala loji perawatan air tidak dapat menghasilkan air terawat untuk pengguna.

Tidak hanya di Selangor, Johor khususnya di daerah Kluang turut melakukan catuan air, selain berkemungkinan besar sebahagian kawasan Tampin dan Rembau di Negeri Sembilan, memandangkan paras air Empangan Gemencheh, Tampin kini cuma mampu bertahan dalam tempoh tertentu sahaja.




---------

ITIK JADI SAKSI

Posted: 25 Feb 2014 05:15 PM PST





INI ITIK BERNAMA TERESA


Forensik bawa itik, poster Teresa untuk siasatan

Unit forensik ibu pejabat polis daerah Brickfields membawa itik dan tiga keping poster Teresa Kok yang dimasukkan ke dalam plastik bagi tujuan siasatan.

Dalam plastik itu mengandungi beras dan jarum yang dicelup cat merah.

Pegawai forensik memulakan siasatan diMalaysiakini kira-kira jam 1:30 petang ini.

Sebelum itu, anggota polis unit siasatan mendapatkan maklumat bahan bukti berhubung insiden di pejabatMalaysiakini pagi tadi.

Malaysiakini difahamkan bahawa itik tersebut dibawa ke makmal forensik untuk mengenalpasti cap jari yang terdapat pada tali rafia yang diikat pada kaki itiknya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit.. ADA BERAS ADA JARUM... kah kah kah..

kah kah kah..INI KEJA BOMOH MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah... TAPI ADA CAT MERAH... kah kah kah..

kah kah..BOMOH MELAYU TAK MAIN CAT....  kah  kah

kah kah ... ADA  PULAK ITIK.... kah kah kah..

kah kah kah..INI BUKAN  KERJA BOMOH... kah kah kah..

kah kah kah.. INI KES MAKAN UPAH..kah kah kah


--------

NAJIB AKAN TANDA TANGAN TPPA

Posted: 25 Feb 2014 06:30 AM PST




KOMENTAR TUKAR TIUB
beranikah najib tanda tangan?

jawabnya 
najib akan tanda tangan
jangan lupa altantuya
jangan lupa risikan nsa

obama akan datang
bermakna akan ditanda tangan
kalau tidak buat apa obama datang?

SEMUA RAHSIA NAJIB
di ketahui oleh amerika
TPP: Syarikat Bumiputera tidak akan ketinggalan
SINGAPURA - Syarikat Bumiputera yang besar tidak akan secara automatik ketinggalan dalam persaingan dengan syarikat asing berikutan perjanjian perdagangan Perkongsian Trans Pasifik (TPP) tetapi sebaliknya akan mempunyai peluang untuk membida kontrak asing di negara-negara anggota TPP yang lain.

Ketua Pusat Yayasan Temasek bagi Perdagangan Dan Rundingan (TFCTN) Dr Deborah Elms berkata: "Saya tahu dasar Bumiputera sangat sensitif di Malaysia dan saya hanya mahu menangani kebimbangan yang berterusan mengenai mengapa perlu membuka perolehan.

26/27/28 
rabu khamis jumaat
datang buat ramai

---------

JANGAN BUAT BUAT TAK TAHU

Posted: 25 Feb 2014 05:30 AM PST





  • Asri: Mana RM1 bilion duit zakat?Radzi Razak | 10:28AM Feb 25
    Bekas mufti Perlis mencadangkan kajian telus terhadap isu kutipan dan perbelanjaan zakat oleh badan agama.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... MANA PERGI DUIT?.... kah kah kah...

kah kah kah...TAK KAN TAK TAHU.... kah kah kah...

kah kah kah...DAPAT DUIT PERGI UMARAH LAAAA... kah kah kah..

kah kah kah..KAN INI BUDAYA  GEROMBOLAN.... kah kah kah

KHAMIS INI
jam 9:00 malam


----------

PUTERI LANDUNGAN BALAK

Posted: 24 Feb 2014 08:26 PM PST



Taib tak campur tangan urusan Sarawak hanya sandiwara »

zulhaida_suboh_amk_sarawak
KUCHING 24 FEB: Kenyataan Ketua Menteri Sarawak  Abdul Taib Mahmud tidak akan campur tangan dalam pentadbiran negeri selepas…

KUCHING 24 FEB: Kenyataan Ketua Menteri Sarawak  Abdul Taib Mahmud tidak akan campur tangan dalam pentadbiran negeri selepas persaraannya hanya sandiwara.
Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, kenyataan oleh Abdul Taib yang hanya akan menasihati penggantinya seperti dilakukan ratu England kepada Perdana Menterinya tidak boleh dipercayai.
"Ini sandiwara. Kita tidak patut percaya. Sudah pasti selepas menjadi Yang di-Pertua Negeri dia akan lakukan apa yang dia mahu.
"Jika sebelum ini semasa jadi Ketua Negeri pun banyak salah guna kuasa dilakukannya, kita risau selepas dilantik menjadi Yang di-Pertuan Negeri ia jadi lebih teruk," kata Zulhaidah kepada Keadilandaily.

TUAN PUTERI LINDUNGAN BALAK

KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH 

woit... BAGINDA  RATU SARAWAK ... kah kah kah..

kah kah kah... PUTERI LINDUNGAN BALAK... kah kah kah..

kah kah kah... KEBAL DI HUTAN KEBAL DI LAUT... kah kah kah



--------

BILIK SULIT MEMECAH BERITA

Posted: 24 Feb 2014 08:00 PM PST







TEATER AMAL
BILIK SULIT
26 27 28 FEBUARI
TEATER DEWAN CHINA
JALAN MAHARAJA LELA
-

SESIAPA MENENTANG
tahan tanpa isa
menetang tahanan bicara
yang menentang kezaliman 
dijemput datang
beramal bakti
------------

BALING 1974 - BALING 2014

Posted: 24 Feb 2014 07:32 PM PST






 NOVEMBER 1974 BALING KEDAH

KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas kelihatan bahawa gerakan pemuda pas
kini telah menjadi ajen utama 
bergerak untuk menggerakan rakyat

penoreh getah
kaum tani
warga miskin kota
kita telah menjadi agenda utama pemuda pas

kepimpinan bentuk ini
yang dinanti
yang ditunggu
yang membawa pencerahan
untuk perubahan

FEBUARI 2014 BALING KEDAH
Menurut ketuanya, Suhaizan Kaiat, sokongan tersebut sebagai tanda solidariti Pemuda PAS kepada penoreh getah di seluruh negara yang sedang tertekan akibat kejatuhan harga getah yang teruk.
Perhimpunan anjuran PAS Kedah itu akan bermula jam dua petang dan dijangka berlangsung sehingga lewat malam.

"Perhimpunan ini mengambil masa yang panjang dengan pelbagai aktiviti dan peserta himpunan akan mengimbau perhimpunan mogok lapar semasa kejatuhan harga getah pada 1974 sehingga mendapat campur tangan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, Gerakan Suara Orang Kampung yang menggabungkan petani, penoreh dan nelayan akan dilancarkan pada 6 Mac depan di hadapan Bangunan Lembaga Getah Asli di Jalan Ampang, dekat sini.

Mereka akan berhimpun pada waktu makan tengah hari bagi menunjukkan kepada orang ramai mengenai tuntutan mereka kepada kerajaan agar menyelesaikan harga getah, padi dan masalah nelayan.


ANAK ANAK  YANG DI JALAN RAYA INI
dimana mereka sekarang?
sekali lagi sejarah menjemput
kita semua turun kre jalan raya

---------

Tiada ulasan: