Selasa, 4 Februari 2014

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Kekal DUN Kajang dan kekal MB Selangor (4/2/14)

Posted: 03 Feb 2014 07:12 PM PST


Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS atas semangat Pakatan Rakyat akan membantu jentera pilihanraya PKR "berdasarkan kepada keperluannya" dalam Pilihanraya Kecil kajang nanti.
Dan sehubungan itu Presiden PAS turut menegaskan bahawa kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor "adalah tidak berbangkit".

Sekali lagi PAS selaku rakan dalam Pakatan Rakyat telah mempamirkan kematangan dan kebesaran jiwanya meraikan kawan-kawannya walaupun hakikatnya, semua tahu dan telah pun dilaporkan, isu PRK Kajang ini dibuat dengan begitu pantas dan senyap-senyap tanpa pengetahuan pihak tertinggi
Kerusi N25 DUN Kajang adalah kerusi PKR, lantas benarlah Presiden PAS, oleh kerana akan berlaku pilihanraya kecil di sana ekoran kekosongan kerusi, dan PKR telah mengisytiharkan calonnya akan bertanding, selaku rakan dalam PR PAS akan datang membantu berdasarkan keperluan, apa saja dihajati PKR nanti.

Sudah pasti juga sebagaimana PKR, Pas juga mahu kerusi ini terus berada dalam genggaman PR dan tidak jatuh ke tangan BN.
Namun yang pentingnya bagi Presiden PAS, pilihanraya kecil ini tidak sekali-kali melibatkan jawatan Menteri Besar Selangor. Apabila menegaskan bahawa jawatan MB Selangor "tidak berbangkit" bukannya "tidak berbangkit lagi" bermakna Presiden PAS akur dengan desakan PAS Selangor bahawa seharusnya kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR dan tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan MB Selangor (sila rujuk kenyataan SU Perhubungan PAS Selangor).

Sesungguhnya hubungan Pakatan Rakyat yang merangkumkan PAS, PKR dan DAP ini akan kekal kukuh dan harmoni kiranya semua pihak matang dan berbesar jiwa dalam mengharungi pakatan persahabatan ini. Pakatan ini mampu berdiri tegak dan bergerak kerana didukung oleh kekuatan bersama PAS, PKR dan DAP bukannya kekuatan individu atau satu kelompok dan puak sahaja.
Semoga Dato Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kemenangan PR di Kajang dan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Pakatan Rakyat Selangor.

Tiada ulasan: