Selasa, 4 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Selepas Skandal NFC, muncul pula Skandal 1Azam yang melibatkan RM690 Juta..

Posted: 04 Feb 2014 07:11 AM PST


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.

"Jika 'meletup', ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.

"Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.

"Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa," jelas Rafizi.

Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.

Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

1azam"Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.

"Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.

"Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang," katanya.

Sebelum ini Keadilandaily juga telah melaporkan..

KUALA LUMPUR 4 FEB : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan Skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan.

Kata Rafizi, aduan penipuan diterimanya sejak 2012 dan berlaku melalui dua cara.

Sebagai contoh katanya, jika tuntutan beberapa perkakas berjumlah RM5,000, harga sebenar adalah RM2,500.

"Beza RM2,500 dari tuntutan dibahagikan diantara beberapa orang yang terlibat.

"Harga peralatan bantuan jauh lebih rendah dari yang tuntutan dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan di antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai tertentu di kementerian," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Manakala cara kedua penipuan dibuat menurut Rafizi apabila peralatan bantuan tidak sampai kepada isi rumah miskin, sebaliknya dihantar kepada pimpinan Wanita Umno setempat.

"Namun saya berasa lega apabila SPRM menahan beberapa individu dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk terbabit di dalam pelaksanaan skim 1Azam," kata Rafizi.

Menurut Rafizi, Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin (limited by guarantee) dan tidak banyak maklumat diperolehinya.

"Kecuali pengarahnya adalah Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil," kata Rafizi.

Kata Rafizi, wujud campur tangan politik yang menghalang beberapa orang disiasat kerana disyaki menyeleweng dana rakyat di bawah Skim 1Azam daripada didakwa.

"SPRM dah kumpul data, tapi sembunyi dari orang awam. "Nampaknya kerajaan tidak telus dengan projek yang dibuat dan menggunakan nama orang miskin untuk mengayakan beberapa orang," tegas Rafizi.

ADUN Hutan Melintang, Perak Keluar PKR?.. Bohong tu..

Posted: 04 Feb 2014 12:58 AM PST


Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan khabarnya telah mengutus surat kepada Speaker Dewan memaklumkan yang dia mengambil keputusan untuk mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta merta.

Surat makluman tersebut bertarikh 2 Januari lalu. Alasan yang diberikannya ialah tiada lagi kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti itu.

Salinan surat tersebut yang diterima oleh pejabat Speaker pada Selasa, 4 Februari kini tersebar di dalam alam maya.

Ini suratnya...


Bagaimanapun Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil melalui satu kenyataan media menafikan berita berkenaan dengan mendakwa surat berkenaan adalah palsu.

"Perkara ini tidak benar... saya sahkan erita ini palsu.

"Beliau tidak keluar PKR, beliau masih setia bersama kita," katanya.

Assalamualaikum dan salam hormat,

KEADILAN telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan A/L Subramaniam, ADUN Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN.

Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti.

YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut. Sekian, terima kasih.


Fahmi Fadzil 
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Berikut pula kenyataan media dari YB Kesavan..

PENAFIAN BERITA KELUAR PARTI.

Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta.

Saya ingin menegaskan disini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Yang Benar,

YB Kesavan a/l Subramaniam 
No KP 720613-08-6261 

Surat tersebut juga disahkan palsu oleh Ketua Srikandi KeAdilan Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail.

Menurutnya "Surat di sebelah atas ialah surat palsu yang dihantar ke pejabat SUK negeri Perak dengan niat khianat kepada YB Kesavan dan di bawah ialah surat rasmi bagi ADUN yang digunapakai untuk setiap urusan mereka.


Tambahnya lagi "Jelas ia adalah dua surat yang berbeza dan dipalsukan.Aalamat kepala surat dalam surat palsu itu juga ialah alamat rumah dan bukan pejabat YB Kesavan.

... Alahai macai.. dah tak ada kerja sangat ke?

Herman Tino Calon BN di Kajang?

Posted: 03 Feb 2014 11:57 PM PST


Pada PRU13 lalu Penyanyi era 80-an Herman Tino telah bertanding sebagai calon bebas dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi Tanjung Karang, menentang Noh Omar (Barisan Nasional) dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Mohamad Rashdi Deraman.

Bagi membolehkan beliau bertanding dua rakannya telah menggadaikan kereta mereka bagi membolehkan Herman memperoleh wang pertaruhan sebanyak RM10,000 untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

Penyanyi era 80-an Herman Tino memperoleh wang pertaruhan sebanyak RM10,000 untuk bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Karang dekat sini dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada5 Mei lalu selepas dua rakannya sanggup menggadaikan kereta mereka.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata,"Terus terang saya memang tidak mempunyai wang untuk bertanding tetapi pengorbanan dua sahabat yang sanggup menggadaikan kereta mereka cukup membuatkan saya terharu.

"Selain RM10,000 dibayar sebagai wang taruhan saya juga perlu membayar RM5,000 sebagai deposit bahan untuk berkempen," katanya.

Meskipun telah kehilangan deposit pada PRU tersebut dengan hanya mendapat 340 undi pada PRU tersebut, beliau masih belum serik.

Kali ini melalui akaun Twitter miliknya beliau membayangkan akan turut bertanding di PRK Kajang pula.. .

Melalui akaun twitter @Herman4Kajang beliau menulis: "Aku tak lawan PKR, tapi aku lawan Anwar Ibrahim"

Beliau turut memohon agar Barisan Nasional tidak meletakkan calon, sebaliknya menggantikan dirinya untuk menentang Anwar Ibrahim di Kajang.

Anwar mengaku akan kalah di Kajang, kalau....

Posted: 03 Feb 2014 06:40 PM PST


Bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, Kajang, Anwar berceramah di hadapan ratusan penduduk setempat yang memenuhi dewan itu bagi mendengar penjelasan 'Langkah Kajang' seperti dijanjikannya sebelum ini.

Dalam ceramah ringkas selama kira-kira 20 minit itu, Anwar mengambil kesempatan berjenaka tentang cadangan agar jaguh bulu tangkis negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri), dicalonkan BN di Kajang untuk menyaingi popularitinya.

Menurut Anwar, beliau peminat tegar personaliti sukan itu dan sentiasa mendoakan kejayaannya dalam setiap perlawanan, tetapi beliau akan 'mengaku kalah' seandainya perlu berhadapan dengan Chong Wei.

"Kalau dia nak datang sini saya mengaku kalah... (tetapi) mengaku kalah dalam badminton.

"Setiap kali dia bertanding, saya akan doakan kemenangan dia. Saya yakin jika saya bertanding (di Kajang), dia pun akan doakan kejayaan saya," kata Anwar mengundang ketawa sebahagian hadirin.

Khalid pengarah p'raya PKR

Beliau turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaannya kepada bekas wakil rakyat, Lee Chin Cheh yang menurutnya mengosongkan kerusinya secara sukarela untuk memberi laluan kepada beliau.

Tegasnya, beliau tidak pernah membincangkan perkara itu dengan Lee (kanan) yang dirujuk sebagai 'CC Lee', sebelum surat peletakan jawatan diserahkan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.

"Saya hanya menemui CC Lee dua jam sebelum peletakan jawatan CC Lee, sebelum beliau menemui Hannah Yeoh .

"Tidak (pernah) ada perbincangan antara saya dan dia.

"Dan CC Lee membuat keputusan itu untuk memberi laluan kepada saya," kata Anwar.

Turut hadir pada majlis semalam adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang duduk sebelah menyebelah di atas pentas dewan.

Selesai majlis berlangsung, pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan petugas media yang Khalid akan memikul tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Kajang dengan dibantu MP Ampang, Zuraida Kamaruddin selaku timbalannya.

~ Malaysiakini

Tiada ulasan: