Roslan SMS Corner |
Jatuh bangun MB Selangor bersebab (17/2/14) Posted: 16 Feb 2014 09:39 PM PST Selangor telah menukar Menteri Besarnya berkali-kali sejak Merdeka. Acapkali jika tidak kerana keuzuran, pertukaran berkenaan adalah kerana masalah moral penyandangnya sehingga ada penganalisa yang mengatakan bahawa kerusi MB Selangor ini adalah kerusi "panas". Yang pertama disingkirkan melalui undi tidak percaya dalam Dewan adalah Allahyarham Dato Harun Idris apabila beliau enggan menggosongkan kerusi MB setelah dipecat dari Umno pada 19 Mac 1976. Sidang Dewan khas terpaksa dipanggil dengan Pemangku MB Dato Hormat Rafiee membentangkan usul memecat Harun. Setelah diundi 25 bersetuju, 1 iaitu Harun sendiri menentang, 4 berkecuali dan 1 tidak hadir.Umno memecat Harun setelah beliau didakwa di Mahkamah atas kes rasuah. Seorang lagi bekas MB iaitu Muhammad Taib digugurkan dari jawatan MB pada April 1997 apabila didakwa di Mahkamah Australia kerana gagal mengisytiharkan wang tunai RM3.8 juta yang dibawanya ke Negara berkenaan.Manakala Tan Sri Abu Hassan Omar yang menggantikan Muhammad Taib juga terpaksa berundur pada bulan Ogos 2000, tak sampai sepenggal menjadi MB apabila berbangkit desas-desus skandalnya dengan seorang wanita. MB Umno terakhir adalah Dr Khir Toyo yang tersingkir secara teknikal apabila Pakatan Rakyat merampas kuasa dari BN dalam PRU 2008. Khir akhirnya diseret ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan kini menanti rayuannya di mahkamah setelah disabitkan oleh mahkmah tinggi.Demikianlah kisah jatuh dan tersungkur mereka yang duduk atas kerusi "panas" MB Selangor sejak lebih 3 dekad yang lalu. Apa pun ternyata jatuhnya mereka kesemuanya angkara masalah moral dan hilangnya keyakinan rakyat atas mereka. Tidak ada dalam sejarah negeri ini atau mana-mana negeri lain di Malaysia sekalipun, seorang Menteri Besar yang baik dalam erti kata memiliki rekod cemerlang, bersih, telus, tiba-tiba "dijatuhkan", tidak pernah berlaku. Di Selangor Menteri Besarnya datang dari pelbagai disiplin pengajian dan latarbelakang. Kalau kita mulakan dari Dato Harun, beliau seorang lulusan undang-undang, Dato Hormat tidak memiliki kelulusan tinggi (dikhabarkan seorang bekas Sarjan dalam pancaragam polis), Tan Sri Ahmad Razali seorang bekas guru (ipar kepada PM Tun Mahathir ketika itu), Muhammad Taib juga bekas guru, Abu Hassan bekas pegawai kanan kerajaan lulusan Sarjana (MA) dan Khir Toyo seorang doktor gigi.Tidak pernah Selangor yang mewah, maju dan kaya-raya ini memiliki seorang MB yang punya kelulusan tinggi dan pengalaman luas dibidang korporat. Apa yang mahu saya tonjolkan bahawa hari ini tidak seperti yang lepas-lepas malah tidak seperti di negeri-negeri lain, Selangor punya seorang MB yang memiliki rekod perkhidmatan yang cemerlang Keperibadian dan kepimpinannya bersih dan telus, dan ini diakui semua bukan sekadar oleh kawan malah juga oleh lawan.MB Selangor hari ini berkelulusan tinggi dan cemerlang dalam pengajiannya. Iaitu lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan MBA dari Univesiti Queensland Australia. Beliau pernah menjadi CEO Permodalan Nasional Berhad (terlibat semasa pelancaran Amanah Saham Nasional), dan CEO Kumpulan Guthrie. Pada tahun 1981 beliau antara individu yang terlibat mengembalikan penguasaan Guthrie (syarikat gergasi perladangan ) ke tangan anak bangsa apabila PNB menguasai 51% saham syarikat berkenaan sekaligus merampas penguasaan Brtish ke atasnya. Memang layaklah Negeri Selangor yang gagah perkasa ini, negeri termaju dan antara terkaya di Malaysia, di pimpin dan ditadbir oleh tokoh yang berkaliber dan berkebolehan umpama Tan Sri Khalid. Tiba-tiba, tanpa ada kecacatan dan kekurangan, tanpa ada skandal, masalah moral atau seumpamanya kita mendapat khabra berita bahawa tokoh ini mahu dirihatkan!!! Jika tidak ditukar Tan Sri, Selangor berkemungkinan rebah ditangan BN, agenda ke Putrajaya akan terbantut…..demikianlah antara kajian dan pandangan beberapa kalangan bijak pandai tertentu. Tetapi bukankah Selangor yang terbit dengan keputusan PRU paling cemerlang? Jika dulu iaitu PRU 2008 PR menang 36 kerusi BN 20 kini PRU 2013 di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid PR tambah 8 kerusi ke 44 dan BN cuma dapat bertahan di 12 kerusi!Dan selain itu ada yang keluarkan hujah bahawa beberapa isu sensitif termasuklah kes perampasan Bible, tidak dtangani secara bijak oleh Tan Sri, bahawa ancaman puak ekstrimis boleh memungkinkan darurat diisytiharkan. Benarkah begitu? Walaupun yang terbit dengan hujah berkenaan bijak-bijak belaka tetapi sejauh mana ianya benar dan logic perlu ditimbang juga. Jangan sampai kita dikatakan punya agenda lain, marahkan pijak sehingga bertindak bakar kelambu! Terbitlah dengan analisis yang lebih konstruktif dan masuk akal. Hujahkanlah kelemahan dan kegagalan Tan Sri dengan terperinci jika ada yang boleh memungkinkan PR kalah dan kecundang di Selangor dan Putrajaya kelak. Nyatakanlah alasan konkrit bahawa rakyat akan tolak PR jika Tan Sri Khalid kekal begini begini begini.Saya harian mengapa alasan-alasan longgar dan hujah yang mentah mahu digunakan untk mengundurkan seorang yang baik dan cemerlang umpama Tan Sr Khalid yang tidak pernah Selangor rasakan sebagai pemimpinnya sebelum ini. Janggallah sejarah negeri ini, apabila MB-MB sebelumnya jatuh angkara isu moral dan masalah besar, tiba-tiba Tan Sri Khalid, MB PR, jatuh kerana ……. kerana apa pun kita tak tahu kerana tidak diyakinkan seyakin-yakinnya.Pilihanraya Kecil Kajang akan bermula tak berapa lama lagi. Kajang perlu dipertahankan demi membuktikan kukuhnya PR di Selangor. Semoga kita menang cemerlang di Kajang dan semoga jawatan MB sebagaimana yang disurakan oleh PAS sebelum ini tidak dipersoalkan. Kekallah negeri ini ditadbir dan dipimpin demi kesejahteraan rakyat dan negeri oleh Tan Sri Khalid selaku MB Pakatan Rakyat Selangor. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan