Isnin, 17 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pesawat Air Asia terhempas di KLIA?.. Lawak jenis apa ADUN PAS buat ni?

Posted: 17 Feb 2014 06:47 AM PST


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, 'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.

Postingnya itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya, antara lain @AzizLaikar membidas tindakan Dr Syed Azman dengan mengatakan, apa yang dipaparkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak betul.

Menurut @AzizLaikar, berita itu sebenarnya tidak betul. Kami berada di airport (lapangan terbang) dan tidak ada pun kejadian sebegini berlaku.

Seorang lagi pengikut, @Akarbina berkata, Dr Syed Azman seharusnya memastikan laporan yang ditulisnya itu adalah benar kerana setelah beliau memeriksa dengan pihak berkenaan, pesawat itu mendarat mengikut masanya.

@ADM1RZ4 turut mempersoalkan darimana Dr Syed Azman mendengar berita itu dan menyiarkan kenyataan yang belum ada pengesahan dan kesahihan adalah bahaya.

@syazwancdm pula menempelak ADUN Pas itu kerana menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.


Selepas ditegur, Syed Azman memuat naik dua status menegaskan berita yang disebarkan sebelum itu tidak benar tetapi tiada perkataan maaf disertakan.


~ MalaysiaGazette

Penerima wang bantuan banjir kecewa dapat sampul kosong..

Posted: 17 Feb 2014 02:51 AM PST


Seorang penerima wang bantuan banjir kecewa apabila salah satu sampul wang yang diterimanya dalam majlis penyerahan di Dewan Sukpa, kelmarin didakwa kosong.

Abdul Shukor Azid@Aziz, 49 dari Taman Beserah di sini berkata, akibat masalah itu dia gagal mendapatkan RM250 bantuan daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, dia tidak menyalahkan sesiapa dalam hal itu bagaimanapun sedikit terkilan kerana aduannya kepada pegawai yang bertugas semasa majlis penyerahan tiada kata putus.

"Saya ada bertemu pegawai termasuk dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan perkara ini namun aduan saya seolah-olah dipandang lewa.

"Saya sendiri tidak pasti saluran untuk mengadu bagi mendapatkan kembali wang itu sehingga ada pihak meminta saya membuat laporan polis bagi memudahkan rujukan pihak berkenaan," katanya ketika ditemui di pekarangan balai Polis Kuantan di sini, kelmarin.

Abdul Syukor yang bekerja sendiri berkata, ada juga rakan-rakannya mendakwa menerima jumlah wang tidak mencukupi dan perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

"Saya minta pihak berkenaan mengambil perhatian perkara ini dengan sewajarnya supaya wang itu dapat diserahkan kepada penerimanya secepat mungkin.

"Perkara ini akan dirujuk kepada MKN Pahang Isnin ini (esok) untuk tindakan dan kami harap wang RM250 itu dapat dikembalikan," katanya ~ Sinar Harian

Zaid Ibrahim kata dia lagi hebat dari Anwar Ibrahim..

Posted: 16 Feb 2014 10:59 PM PST


Semalam Presiden Perkasa yang kalah kepada Nik Abduh dalam PRU13 di kerusi Parlimen Pasir Mas mendakwa beliau 1,000 kali lebih baik dan layak menjadi Perdana Menteri jika nak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.

Tapi ada yang meninggalkan komen dalam Pages aku "Kalau dia nie jadi PM alamat semua kena makan katak..... lihat di SINI

Kali ini pula muncul Zaid Ibrahim.. seperti Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim juga menjadikan Anwar Ibrahim sebagai kayu ukur untuk dibandingkan dengan dirinya..

Walaupun populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar digugat, namun dari segi prinsip politik, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan dirinya lebih baik.

Bekas Presiden Parti Kita itu berkata, prestasi Anwar kian merosot apabila gagal membawa PR ke Putrajaya dan gagal mempertahankan Kedah serta Perak di bawah pentadbiran mereka.

Berapa baik tak tahulah sebab dia tak nyatakanpun berapa kali gandakah dia lebih baik dari Anwar Ibrahim.

Persoalannya disini mengapa Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim menjadikan Anwar Ibrahim sebagai kayu ukur untuk membandingkan prestasi mereka?

Kenapa mereka tidak menjadikan Najib sebagai perbandingan dengan diri mereka?..

Adakah Najib terlalu lekeh atau teruk buat mereka sehingga malu untuk dijadikan kayu ukur?.. he..he..

Laporan berkaitan..

Anwar popular tapi saya lagi hebat  
KAJANG - Walaupun populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar digugat, namun dari segi prinsip politik, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan dirinya lebih baik.

Bekas Presiden Parti Kita itu berkata, prestasi Anwar kian merosot apabila gagal membawa PR ke Putrajaya dan gagal mempertahankan Kedah serta Perak di bawah pentadbiran mereka.  
"Sebelum PRU13 beliau mungkin dilihat sebagai individu yang berkuasa. Tetapi selepas itu tidak lagi, penyokong boleh nilai sendiri prestasi dan kelemahan beliau.  
"Tetapi saya konsisten, saya lebih baik daripada beliau," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kajang, semalam.  
Ditanya bagaimana beliau mampu memberi saingan kepada pemimpin utama PKR itu, Zaid berkata, beliau lebih terbuka dari Anwar.  
"Saya tidak boleh ceritalah apa kekuatan saya. Tetapi saya lebih terbuka daripada Anwar. Rakyat sudah bosan dengan pemimpin politik yang suka main politik saja," katanya.  
Selain itu Zaid berkata, beliau enggan berkempen melalui sesi ceramah seperti amalan PR, sebaliknya akan menggunakan platform soal jawab dalam skala kecil-kecilan sebagai kaedah kempen beliau.

Tegasnya lagi, keputusan untuk bertanding di Dun Kajang bukanlah untuk memecahkan undi mana-mana kaum lapor Sinar Harian

Banjir di Sabah: TV3 bukan nak menipu, cuma 'setting' tarikh video salah kononnya..

Posted: 16 Feb 2014 06:30 PM PST


Rentetan dari tersiarnya satu artikel mengenai laporan TV3 mengenai banjir di Sabah tampil seorang individu menjelaskan situasi sebenar mengenai laporan tersebut.

TV3 sebelum ini telah didakwa 'menipu' dalam satu laporan mengenai bantuan banjir di Crocker Range di Tenom Sabah menerusi berita Buletin Utama beberapa hari lalu.

Kordinator Jingga 13, Fariz Musa mendakwa visual dipaparkan dalam laporan berita itu sebenarnya merupakan rakaman video lama bertarikh 29 Mei 2007.

"Perkara ini bukan saya sahaja sedar, tetapi ramai lain perasan mengenai perkara ini. Lebih jelas bila TV3 cuba menutup dengan mengkaburkan tarikh video tersebut yang menyebabkan perasaan ingin tahu lagi dengan membuat carian tetapi kalau tak tutup tentulah lagi cepat kantoi.

Kata Fariz, tiada sebab stesyen televisyen mengkaburkan bahagian laporan bantuan banjir yang sering dilakukan terhadap laporan kejadian jenayah dengan mengkaburkan bahagian wajah suspek.

 Kata Fariz lagi, TV3 sepatutnya bertindak profesional dengan tidak membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu sesuka hati hingga menyebabkan kredibiliti stesyen televisyen itu semakin merudum di mata masyarakat umum... laporan penuh sila baca di ( SINI )

Bagaimanapun individu yang mengelarkan dirinya sebagai En. Bob yang tampil memberikan penjelasan melalui e-mail menyenaraikan beberapa fakta yang kelihatan ada benarnya mengenai video yang disiarkan oleh TV3 itu.

Aku tak tahu apa kaitannya individu ini dengan TV3 samada beliau jurukamera itu atau pekerja di TV3 atau pemegang saham dalam TV3.. entahlah.. hanya dia yang tahu..

Tapi mungkin juga beliau seorang rakyat Malaysia yang merasakan dirinya bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan itu.. bagus kalau begini.

Antaranya menurut beliau "Video yang dikatakan rakaman tahun 2007 adalah video yang baru dirakam cuma tarikhnya tidak dimatikan....TV3 telah pun mengaburkan tarikh tersebut tapi didalam video susulan tarikh tersebut jelas kelihatan tanpa dikaburkan.

Tambahnya lagi "Dari segi fakta...tahun 2007 tidak ada sebarang bencana banjir di Sabah...

Beliau juga menerangkan "saudara Jamawi Jaafar juga belum jadi Ketua Pemuda BN di Sabah...malah baju yg diguna pakai BN dalam video ni juga tidak pernah digunakan pada 2007..."


Nampak macam ada kebenarannya tu.. tapi entahlah..

Cuba tengok betul-betul gambar Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar kat bawah ni, tengok baju dia dengan baju dalam gambar di atas..


Laporan sebelum ini sila baca di SINI

Anwar Ibrahim akan dikuburkan dalam PRK Kajang..

Posted: 16 Feb 2014 04:30 PM PST


Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008 dulu Khairy Jamaluddin dalam satu ceramah di Seberang Jaya menyatakan Barisan Nasional bukan sahaja akan mengalahkan DS Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, tetapi akan turut 'menguburkan' karier politiknya.

Beliau memberitahu para hadirin bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh akan menentukan masa depan negara.

Dalam ceramah selama 30 minit itu, Khairy berkata, cabaran sebenar bagi calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ialah untuk menamatkan karier ketua pembangkang yang 'rakus kuasa'.

Oleh itu, katanya, BN akan menguburkan karier politik Anwar supaya masa depan negara ini bebas dan selamat daripada penasihat PKR itu.

Itu kali pertama Anwar nak dikuburkan, kali kedua PapaGomo pulak nak kuburkan Anwar di Permatang Pauh dalam PRU 13.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dilaporkan mengumumkan perkara itu melalui seorang pengikutnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam satu sidang media di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.

Mohamad Rafi dalam laporan The Star Online hari ini menyebut, mereka juga berhasrat untuk menamatkan kerjaya politik Anwar.. laporan mengenainya silalah baca di ( SINI )

Tapi bila tiba hari penamaan calon untuk PRU 13 itu bayangnya pun tak nampak..

Kini sekali lagi Anwar Ibrahim akan dikuburkan.. dikuburkan oleh MCA yang dah nak berkubur dari arena politik Malaysia...


KAJANG: MCA hari ini akan memastikan kekalahan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac depan.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA akan bekerja keras untuk memberi kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam sekaligus mewujudkan seorang pemimpin parti itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Kita perlu pastikan kita ada kerusi di DUN supaya kita ada suara untuk menyuarakan hak-hak orang Selangor.

"Anwar dengan sengaja adakan pilihan raya kecil ini dan kita tidak boleh biarkan beliau terlepas. Perlu pastikan beliau, (Anwar) yang menggali lubang, kita (pula) tanam dia," katanya dalam ucapan ketika Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Induk MCA bagi PRK Kajang di Taman Berjaya di sini hari ini.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 23 Mac.

Tiong Lai turut memberitahu MCA telah menyediakan calon yang bakal berentap dengan parti lawan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai pengumuman bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam PRK kali ini, beliau berkata MCA mengalukan-alukan perkara itu kerana yakin akan dapat menawan kerusi DUN Kajang.

"Zaid memang telah pun nyatakan berhasrat untuk bertanding, dan dalam sistem demokrasi berparlimen kita hormati pandangan beliau.

"Dulu dalam pilihanraya lalu, ada 6 penjuru. Kali ini, datanglah berapa penjuru, kita bersedia hadapi cabaran," katanya.

Zaid akan bertanding pada PRK Kajang untuk menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Zaid berkata beliau akan bertanding sebagai calon bebas bagi mendokong mandat rakyat yang mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar ~ AntaraPos

Tiada ulasan: