Khamis, 6 Februari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Di Sebalik Provokasi Perkauman Oleh Macai, Bala Besar Sedang Menunggu Najib..!!!

Posted: 06 Feb 2014 08:39 PM PST

Tindakan sebuah NGO yang menamakan dirinya Majlis Jamaah NGO Islam Malaysia mengadakan demonstrasi membantah penerbitan video yang dibuat oleh pemimpin DAP, Teresa Kok yang dianggap menghina orang Melayu dan pemimpin tertentu, sambil menyembelih ayam dan melumurkan darahnya pada gambar beberapa pemimpin pembangkang, adalah suatu perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ini.

Ia tidak lain merupakan provokasi perkauman dan menggalakkan pertumpahan darah. Walaupun kita tidak bersetuju dengan tindakan Teresa Kok menerbitkan klip video yang dianggap menghina dan keterlaluan itu, tetapi cara bantahan dengan menyembelih ayam dan melumurkan darahnya sebagai simbolik mengajak pertumpahan darah, adalah juga perbuatan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Begitu juga dengan tindakan NGO yang sama menawarkan upah sehingga RM1200 kepada sesiapa yang dapat menampar muka Teresa Kok, ia bukanlah cara yang sewajarnya melawan musuh politik. Tindakan ini mengundang bahaya yang lebih besar kepada keamanan, keharmonian dan kedamaian antara kaum di negara ini.

Persoalannya, apakah dengan hanya berdemonstrasi seramai 50 dan membuat provokasi melampau yang seolah-olah mengajak pergaduhan, ia suatu bukti gah menandakan orang Melayu sudah cukup gagah untuk bergaduh dan bertumpah darah?

Bagaimanapun, diharapkan tiada mana-mana pihak yang pendek akal yang sanggup menyahut tawaran tawaran NGO tidak matang ini. Percayalah, NGO ini hanya inginkan perhatian daripada pucuk pimpinan UMNO dengan menunjuk keberanian dengan maksud yang hanya mereka saja mengetahuinya.

Jika berlaku sesuatu yang buruk nanti, NGO inilah yang paling awal menghilangkan diri.

Penghinaan dan cara serangan melalui video, sebagaimana yang dilakukan oleh Teresa, sepatutnya hanya dibalas dengan serangan dalam bentuk yang serupa juga dan bukannya dengan cara yang melampau. Ini semua adalah sebahagian daripada proses berpolitik yang sepatutnya ditangani dengan akal, hujah dan penuh kematangan.
Read More / Baca Lagi >>

Muslimat PAS kecam tawaran RM500 tampar Teresa Kok

Posted: 06 Feb 2014 08:35 PM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk tawaran terbuka RM500 oleh Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan sebuah video sketsa ucapan Tahun Baru Cina.

Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahamud berkata, PAS tidak mahu tajaan tampar menampar seperti itu akan menjadi budaya di dalam masyarakat pada hari ini.

Namun katanya, Muslimat bersetuju atas sifat demokrasi dan kebebasan bersuara sekiranya NGO dan mana-mana pihak ingin menyatakan bantahan dengan hujah yang benar ke atas video terbabit dengan membuat laporan polis, dakwa di mahkamah atau kenyataan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang sensitiviti kaum di Malaysia.

Terkini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Siti Mariah turut menyelar tindakan Jemaah NGO Islam yang dilihat tidak matang dan bercanggah dengan akhlak Islam sendiri apabila melumur darah ayam ke atas kain rentang dengan gambar pimpinan DAP dan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Bela Che Ibrahim: Beliau pernah gegarkan negara, kata Husam

Posted: 06 Feb 2014 08:34 PM PST


Sebuah kerajaan Islam perlu adil dan ihsan terhadap pekerja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Gambar fail.Sebuah kerajaan Islam perlu adil dan ihsan terhadap pekerja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Gambar fail.Datuk Husam Musa membela penyokongnya, bekas kadi, Che Ibrahim Mohamed yang dipecat oleh anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dengan mendakwa tindakan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh kerajaan Islam.
"Kerajaan Islam perlu bertindak adil dan ihsan kepada pekerja kita.
"Lagipun beliau (Che Ibrahim) adalah pengasas KIAS dan ingatlah jasanya yang pernah menggegarkan negara suatu ketika lalu," kata naib presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri mempertimbangkan semula pemecatan itu.
Pada 1 Februari lalu, Che Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan.
Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.
Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.
Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata:"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri."
Read More / Baca Lagi >>

Taib Berundur: Pilihan raya Sarawak mungkin diadakan lebih awal?

Posted: 06 Feb 2014 08:33 PM PST

Spekulasi pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini beralih kepada kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lebih awal daripada tempoh penggal tamat pada April 2016, lapor sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Ini berikutan satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan termasuk polis akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin depan.
Akhbar itu turut melaporkan, media di Sarawak semalam menerima jemputan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui e-mel bagi membuat liputan majlis pada jam 10.30 pagi yang akan dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun KDN kemudian menghantar ralat dengan tidak memasukkan liputan media bagi taklimat tersebut tetapi mengekalkan dua acara Ahmad Zahid iaitu lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada jam 2 petang dan Ulang Tahun Rela ke-42 peringkat negeri yang akan berlangsung pada 4 petang, lapor Berita Harian.
Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011, Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1) walaupun sentimen kebecian terhadap Abdul Taib dikatakan meluas kerana terlalu lama di tampuk kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Demo Ayam: Pakatan, Proham kutuk tindakan NGO yang mengaku Islam..!!

Posted: 06 Feb 2014 08:32 PM PST


Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi manusia Proham mengutuk sekumpulan NGO Islam yang menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR semalam.

Mereka juga mengecam tindakan menggalak orang menampar Ahli parlimen Teresa Kok dengan ganjaran RM1,200, susulan kontroversi video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pakatan dan NGO hak asasi itu menganggap tindakan kumpulan 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' semalam bertentangan undang-undang kerana mengapi-apikan sentimen kebencian dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

"Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa Kok, anjurlah debat dengan beliau sambil menonton video beliau dan tunjukkan di mana yang dituduh sebagai menghina semasa debat.

"Jangan pula memberi alasan tiada masa. Berhujahlah menggunakan lidah dan akal dan bukannya melakukan tindakan tidak bertamadun," kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Read More / Baca Lagi >>

Demo Ayam: Pas selar tindakan provokasi melampau macai Umno

Posted: 06 Feb 2014 08:30 PM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man 
SHAH ALAM - Pas hari ini menyelar tindakan kumpulan yang melakukan provokasi yang akan memberi kesan kepada imej Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan kumpulan itu bukan sahaja bertentangan dengan akidah Islam dan menggalakkan perbuatan yang tidak baik.

"Pas kesal dengan provokasi perkauman melampau akhir-akhir ini. Tindakan melampau ini bukan sahaja boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara bahkan ia akan mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap Islam.

"Tindakan sembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan seolah ianya selaras dengan kehendak syarak.

"Lebih sedih, apabila tindakan menggalakkan orang menampar dengan habuan wang itu disasarkan terhadap seorang wanita," katanya dalam laman Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sekumpulan NGO bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Kita Ambil BR1M, Dia Guna BROM Sapu Semua

Posted: 06 Feb 2014 08:25 PM PST

Anwar Ibrahim: Rakyat Jangan Kena Buli, Kalau Kita Bersatu Kerajaan Tidak Boleh Buli

Posted: 06 Feb 2014 08:24 PM PST

Anwar Kena Ada Watikah Ke Nak Solat Berjemaah Disurau Atau Masjid...!!!

Posted: 06 Feb 2014 06:35 PM PST


Zaman Najib & Rosmah: Ringgit jatuh RM2.624 berbanding dolar Singapura

Posted: 06 Feb 2014 05:50 PM PST

Ringgit Malaysia mencecah rekod paling rendah berbanding dolar Singapura awal minggu ini, dengan matawang lain di rantau ini masih lemah.
Penganalisis berkata, ini disebabkan oleh aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju.
Akhbar Straits Times Singapura melaporkan rekod terendah ini dipecahkan hanya tiga hari selepas Malaysia mencapai rekod terendah RM2.622 Khamis lalu dan berada pada RM2.6207 semalam.
Ringgit semakin jatuh bukan disebabkan dolar Singapura semakin kuat, tetapi kerana aliran modal yang tinggi daripada pasaran yang masih membangun ke pasaran maju, kata pakar yang dipetik daripada akhbar aliran perdana itu.
"Keseluruhannya, daripada segi kekukuhan kewangan, Singapura dilihat sebagai lebih kukuh. Oleh itu mata wang kita dilihat semakin rendah berbanding dolar Singapura," kata Pengurus Besar Fundsupermart, Wong Sui Jau.
Penganalisis mata wang daripada Oanda, Wu Mingze, berkata:"Daripada segi dasarnya, Malaysia kelihatan tidak hebat. Tetapi ia tetap lebih baik berbanding Thailand, Filipina dan Vietnam."
Beliau berkata, walaupun Malaysia semakin menghampiri defisit akaun pertengahan tahun lalu, lebihan daripada dagangan Malaysia sedang meningkat dan boleh membantu negara.
Baht Thailand dan Rupiah Indonesia paling terkesan dengan aliran modal besar ini.
Terkini, Sedolar Singapura dibeli dengan 26.86 Baht iaitu 9,611 rupiah Indonesia.
Penganalisis berkata, setakat ini mereka masih belum dapat memastikan berapa lama lagi tempoh matawang itu akan kekal lemah.
Read More / Baca Lagi >>

Masih ada pembangunan terpinggir di Kajang

Posted: 06 Feb 2014 05:42 PM PST

Masih ada pembangunan terpinggir di Kajang 
 Penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.
KAJANG – Dihantui pelbagai isu dan masalah. Itu yang terpaksa dihadapi penduduk 59 unit rumah teres dua tingkat di Kajang Perdana 8A dan 8B sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan, kediaman mereka seolah-olah terpinggir daripada pembangunan dunia luar dan mendakwa pihak berwajib seolah-olah tidak prihatin dengan isu membelenggu penduduk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kajang Perdana 8A dan 8B, Md Hamim Waris, 35, berkata, pihaknya bimbang berlaku hakisan cerun yang terletak kurang lima meter dari jarak belakang deretan rumah di situ.

Dakwanya, sebelum ini pernah berlaku kejadian pokok tumbang namun, bernasib baik ia tidak mengenai mana-mana rumah.

Menurutnya, penduduk meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan pihak berwajib datang membuat pemantauan cerun berkenaan kerana percaya masih berlaku pergerakan tanah.

Md Hamim berkata, selain isu hakisan, beliau pernah membuat beberapa aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) termasuk meminta pihak itu menurap jalan perumahan melalui surat dihantar pada  15 November tahun lalu.

Dakwanya, beliau terkejut apabila dimaklumkan peruntukan sudah tiada dan perlu menunggu antara enam bulan hingga dua tahun untuk memohon perkara itu.

Katanya, penduduk tidak berharap dua laluan perumahan diturap sepenuhnya, cukup sekadar menutup lubang-lubang yang ada.

"Namun tiada tindakan, kita harap sangat pihak itu turap lubang kritikal yang menimbulkan bahaya kepada pengguna," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan 2014: 'AMK jangan terperangkap dengan politik kabilah'

Posted: 06 Feb 2014 05:39 PM PST


ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata AMK perlu melakar idea tersendiri dan tidak terperangkap dengan politik kabilah "satu chai atau satu blok" seperti parti lain kerana menganggapnya tidak sihat walaupun tidak menafikan pilihan ahli masing-masing.

Menurut Nik Nazmi lagi, AMK juga perlu mencungkil bakat dan meraikan kekuatan dari pelbagai pengkhususan demi menjamin kelangsungan kekuatan parti khususnya dari kumpulan generasi muda.

Malah, katanya, ia sekaligus memastikan sayap kanan PKR itu boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Umno dan tidak dianggap sebagai jaguh kampung semata-mata.

"Saya nak jadi AMK sebagai satu organisasi dapat mewakili bakat yang kita yang ada dalam parti, daripada aktivis, reformasi, kesatuan sekerja, hak asasi, profesional, kotrak, akademik, seniman, boleh menyantuni masyarakat yang pelbagai.

"Dalam program dan ceramah, saya jumpa pelbagai ramai bakat dalam parti, daripada aktivis, orang susah sehingga korporat, penjawat awam. Itu yang kita (perlu) raikan

"(Saya) tidak mahu mewakili satu kelompok... Biarlah kita pergi mana-mana dunia, kita boleh menjadi macam yang ditunjukkan oleh Anwar. Kalau boleh itu yang dicontohi AMK," katanya.
 
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan jangan selesa, waspada segala kemungkinan

Posted: 06 Feb 2014 05:33 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS akan memanfaatkan tempoh lebih sebulan sebelum penamaan calon PRK N25 Kajang untuk mendekati dan mengenali hampir 40,000 pengundi di Dun berkenaan.

Namun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dalam tempoh itu Pakatan Rakyat tidak seharusnya berasa selesa dan perlu berwaspada dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

"Kita selalu minta tempoh berkempen yang panjang, oleh kerana masa yang lumayan ini diberikan kita gunakan untuk 'berkenalan' dengan para pengundi," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, dalam tempoh ini juga jentera Pilihan Raya Pakatan Rakyat boleh menfaatkan untuk menjalankan proses simulasi sebagai persediaan sebelum PRK itu.

"Oleh kerana tempoh kempen selama 13 hari selepas penamaan. Kita mahukan 14 hari atau 21 hari berkempen. Tapi kita akan gunakan kesempatan tempoh sebulan ini untuk perkuat jentera pilihan raya. Kita guna sebaik mungkin," katanya.

Bagaimanapun, Hatta kurang gembira dengan penetapan hari penamaan calon pada hari bekerja yang agak menyusahkan para penyokong parti masing-masing.

Semalam SPR mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Dun Kajang pada 11 Mac manakala hari membuang undi pada 23 Mac ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan tunggu, siasat kejadian dakwaan perkauman sekarang, kata peguam

Posted: 06 Feb 2014 05:31 PM PST



Polis perlu bertindak cepat menahan mereka yang bertanggungjawab mengancam pemimpin pembangkang dengan menyembelih ayam dan mencetuskan keganasan dengan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam, kata peguam.
Datuk Baljit Sidhu berkata, polis tidak perlu menunggu sehingga seseorang membuat laporan sebelum bertindak menyiasat kejadian dakwaan perkauman itu.
"Mereka perlu proaktif dalam keadaan seperti ini. Mereka perlu menghentikan masalah perkauman dan agama yang semakin meningkat sebelum ia jadi semakin di luar kawalan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Menggambarkan perbuatan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semalam sebagai "amat mengganggu dan tidak wajar", Baljit berkata, pegawai polis yang bertugas di kawasan itu sepatutnya bertindak cepat dan tidak berlengah kerana kejadian itu diketahui umum.
Semalam, sekumpulan kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan Islam (NGO) Islam mencetuskan kekacauan apabila mereka menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai tanda marah terhadap pemimpin pembangkang kerana dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Mereka kemudian melumurkan darah ayam itu ke atas kain rentang yang terdapat gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Lee Khai Loon.
Ketua kumpulan itu, Zulkifli Sharif, berkata ganjaran RM1,200 itu untuk sesiapa yang menampar Kok dan boleh membuktikannya menerusi gambar untuk menuntut wang berkenaan.
Kumpulan itu kemudian memijak `wajah' pemimpin pembangkang. Kain rentang yang dibawa juga mengandungi rujukan mengenai kejadian rusuhan perkauman 13 Mei, 1969. Bantahan itu adalah tanda marah terhadap pembangkang yang didakwa menghina "Kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, Islam dan maruah Melayu".
Read More / Baca Lagi >>

Ketika provokasi perkauman meningkat, di mana pemimpin negara?

Posted: 06 Feb 2014 05:29 PM PST


Poster mengejek Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dengan ganjaran RM1,200 untuk menamparnya yang dilakukan NGO Melayu menunjukkan provokasi perkauman di Malaysia berada pada tahap bahaya. Gambar fail.Poster mengejek Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dengan ganjaran RM1,200 untuk menamparnya yang dilakukan NGO Melayu menunjukkan provokasi perkauman di Malaysia berada pada tahap bahaya. Gambar fail.Tawaran secara terbuka kepada sesiapa yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok daripada DAP dengan ganjaran RM500 yang kemudiannya dinaikkan kepada RM1,200 oleh sebuah pertubuhan Melayu semalam menunjukkan provokasi perkauman sudah berada di tahap paling tinggi di Malaysia dan pemimpin tertinggi negara perlu segera campur tangan.
Tawaran dibuat dalam satu demonstrasi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam yang menyaksikan dua ayam disembelih dan darahnya dilumurkan kepada kain rentang terpampang wajah empat pemimpin Cina DAP dan PKR di Kuala Lumpur yang dilakukan sekumpulan 50 Melayu tanpa rasa takut dan malu.
Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata semalam, tawaran bagi menampar Kok dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Sekretariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia, Zulkfli Sharif, berkata beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli Parlimen itu.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: ‘Takkan saya mahu sabotaj diri sendiri’ - MB Selangor

Posted: 06 Feb 2014 05:27 PM PST

SHAH ALAM 6 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal tuduhan pihak tertentu kononnya beliau memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal berikutan kedudukannya sebagai Pengarah Pilihan raya PKR Kajang, beliau berkata:
"Jika saya sabotaj, bermakna saya sabotaj diri saya sendiri. Tuduhan itu tidak ubah seperti sebuah jenaka."
Pada sidang media semalam, Abdul Khalid juga menafikan ada perjanjian antara beliau dan PKR untuk mengosongkan jawatan Menteri Besar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menang.
"Tidak ada sama sekali perjanjian seumpama itu. Tumpuan sekarang adalah untuk menang PRK Kajang," katanya.
Abdul Khalid juga menafikan dakwaan kononnya mahu kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandang Mohamed Azmin Ali dikosongkan, bukannya kerusi Kajang.
Penafian itu dibuat berikutan wujud tuduhan tanpa bukti dari akhbar berbahasa Inggeris, kononnya beliau berusaha memastikan Azmin tiada dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pampasan tol: RM400 juta duit rakyat jadi mangsa...tapi macai Umno kata wajar untuk kroni..!!!

Posted: 06 Feb 2014 05:22 PM PST

KUALA LUMPUR: Duit rakyat terus menjadi mangsa apabila kerajaan terpaksa membayar pampasan lebih RM400 juta kepada sembilan syarikat konsesi lebuh raya akibat daripada perjanjian yang berat sebelah sekarang.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah sampai masanya perjanjian itu didedahkan untuk pengetahuan umum agar seluruh rakyat tahu kandungan sebenar perjanjian tersebut.
 
Jelasnya lagi, kerajaan tidak perlu lagi mengambil duit rakyat melalui pengurangan subsidi dengan tujuan melindungi syarikat konsesi tersebut.
 
"Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri kelmarin mengenai pampasan RM400 juta menunjukkan wang rakyat terus menjadi mangsa.
 
"Ini akibat yang terpaksa ditanggung oleh rakyat hasil daripada perjanjian 'bodoh' atau berat sebelah sehinggakan kerajaan akur dengan desakan syarikat pemegang konsesi.
 
"Kita tidak mahu terus menjadi mangsa dan sudah sampai masanya perjanjian tersebut didedahkan kepada pengetahuan umum, apa sebenarnya yang terkandung di sebalik perjanjian rahsia itu," jelasnya kepada Harakahdaily
 
Beliau yang turut mempersoalkan kenyataan kerajaan yang mahu membuat kajian menyeluruh terhadap konsesi yang sedia ada.
 
Read More / Baca Lagi >>

Barang naik: Di mana lagi rakyat harus berjimat?

Posted: 06 Feb 2014 05:21 PM PST

KUALA LUMPUR: Tekanan ke atas kerajaan berikutan kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kebelakangan ini perlu berterusan bagi memastikan kerajaan benar-benar sedar dan faham keperitan rakyat.

Nasihat agar rakyat berjimat-cermat dan memikirkan keperluan melebihi keinginan dianggap satu tamparan yang menyakitkan apabila rakyat sudah tidak tahu di mana dan apa lagi yang boleh dijimatkan.

"Di mana lagi rakyat harus berjimat? Pada saya, rakyat sudah puas berjimat. Kalau harga barangan, mungkin pembeli boleh memilih untuk tidak membeli barangan yang meningkat harganya.  Tapi kalau kenaikan tarif elektrik, di mana lagi mahu berjimat sedangkan semuanya menggunakan tenaga tersebut. Takkan mahu berjimat dengan kembali ke dapur kayu?" kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat, Anuar Tahir.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily sebagai mengulas rungutan pengguna ekoran kenaikan tarif elektrik yang mula dirasai mereka bermula Januari lalu.

Tegas Anuar, biarpun kerajaan mengatakan hanya pengguna elektrik yang melebihi 300kwh sahaja dikenakan kenaikan tersebut, hakikatnya kesan berantai dari kenaikan itu turut dirasai mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar MB Selangor: Rekod prestasi untuk PRU14, kata penganalisis

Posted: 06 Feb 2014 04:51 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Taman Koperasi Cuepacs Kajang, malam tadi dalam siri kempen PRK Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2014. Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Taman Koperasi Cuepacs Kajang, malam tadi dalam siri kempen PRK Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2014. Seorang penganalisis berkata, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor, ia akan mengubah corak permainan pembangkang kerana ia memberikan peluang kepadanya untuk mengetuai sebuah negeri sebagai rekod prestasi untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Timbalan Pengarah Institut Pengajian Asia Tenggara Singapura, Dr Ooi Kee Beng, berkata jika Anwar berjaya sebagai menteri besar Selangor, ia akan memberikan lebih banyak tekanan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
"Jika dia mengetuai Selangor, polisi yang dilaksanakan negeri itu akan digunakan sebagai rekod prestasi pada pilihan raya umum akan datang.
"Jika beliau mempunyai rekod prestasi yang baik, daripada polisi sehingga menyelesaikan masalah air, beliau mempunyai sesuatu untuk meyakinkan pengundi, beliau akan mempunyai rekod prestasi yang boleh dibanggakan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: PKR mahu akses media adil

Posted: 06 Feb 2014 04:49 PM PST

N Surendran 
PETALING JAYA - PKR mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan kerajaan memberikan akses media dan hak siaran sama rata kepada parti tersebut menjelang PRK Dun Kajang bulan depan.
Naib Presidennya, N Surendran berkata, SPR mempunyai hak untuk mengarahkan media kerajaan memberikan slot siaran kepada pembangkang semasa tempoh berkempen di PRK Dun Kajang.
"PKR diserang dengan bertalu-talu ketika ini yang mana kita tiada hak untuk menafikannya di stesen televisyen, radio mahupun akhbar.

"SPR pula dilihat hanya mendiamkan diri walaupun mereka mempunyai hak di bawah perlembagaan persekutuan untuk mendesak memberi akses media kepada PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, kerajaan melakukan kesalahan dengan menggunakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk kepentingan mereka sedangkan RTM adalah hak milik rakyat.

"Stesen milik kerajaan itu dibiayai melalui wang pembayar cukai yang seharusnya turut memberikan liputan adil kepada PR.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: 'Saya sedia diaibkan' - Anwar

Posted: 06 Feb 2014 04:47 PM PST

Anwar Ibrahim 
PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia diserang dengan isu peribadi oleh calon yang menentangnya di PRK Dun Kajang kelak.

Malah, tegasnya, beliau tidak akan sesekali berundur walaupun sedar akan perkara tersebut.

"Sudah lima belas tahun kisah yang sama diulang tayang dan saya tidak pernah peduli pun. Malah, isu serang peribadi ini sudah pernah dimainkan ketika saya bertanding di PRK Permatang Pauh.

"Tapi adakah kerana takut diaibkan saya akan berundur? Tak boleh. Sebaliknya saya perlu atasi ketakutan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, kata Anwar, menyerang peribadi lawan adalah cara politik picisan dan hanya menunjukkan kerendahan moral seseorang.

"Ramai yang lupa saya pernah menjadi pemangku perdana menteri dan masih mendapat maklumat. Jika saya mahu aibkan pihak lawan, saya boleh tapi seolah-olah saya tiada moral.
Read More / Baca Lagi >>

Pilih Kajang untuk ke Putrajaya

Posted: 06 Feb 2014 04:46 PM PST

Anwar Ibrahim 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keputusan bertanding di Dun Kajang sebagai landasan menjadikan Selangor negeri contoh seterusnya menakluki Putrajaya pada masa akan datang.

Beliau menafikan memilih Selangor berikutan masalah dalaman sebaliknya bagi meningkatkan keupayaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama pimpinan PR lain untuk menjadikan Selangor sebagai contoh cemerlang hasil pemerintahan PR.

Menurutnya, dengan asas ekonomi dan politik yang kuat PR juga diyakini dapat menangkis serangan Umno-BN.

"Masalah sebenar bukan di Selangor tetapi seluruh negara sebenarnya. Selangor ini sebagai landasan untuk tingkatkan keupayaan kita dengan asas ekonomi dan politik yang sedia ada baik ini, kita akan angkat Selangor sebagai contoh negeri terbaik kepada rakyat dan Malaysia untuk ke Putrajaya," katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Anwar menyuarakan, kesediaannya memberikan perkhidmatan terbaik bersama Abdul Khalid dan pemimpin PR lain untuk memantapkan Selangor menjadi cemerlang.

"Saya sedar adanya pertemuan antara pemimpin Umno termasuk yang lama untuk merancang ikhtiar menghalang kemaraan saya di Selangor sebab mereka dapat jangka keupayaan PR jika kita  bersama untuk mentadbir mampu membawa perubahan dan khidmat lebih baik," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai krisis yang berlaku antara Menteri Besar dan beberapa pemimpin PR beliau mengakui, krisis ada di mana-mana dan ia perlu ditangani dengan membina persefahaman.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Senario remaja hamil makin serius

Posted: 06 Feb 2014 04:39 PM PST

Putrajaya: Mesyuarat Majlis Sosial kali ketiga yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membentangkan dua kertas kerja masing-masing bertajuk 'Kehamilan dan Kematian Di Kalangan Remaja' oleh Kementerian Kesihatan dan Agenda Sosial Negara 2014 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Dalam kenyataan dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri semalam, Kementerian Kesihatan menyatakan senario kehamilan dan kematian dalam kalangan remaja kini semakin serius dan perlu pendekatan holistik untuk mencegah dan membendungnya.

Justeru, kerjasama berterusan amat diperlukan terutama dari ibu bapa, guru, badan bukan kerajaan (NGO), ahli agama dan ketua masyarakat bagi memberikan kesedaran menyeluruh kepada remaja.

Sementara itu, perbentangan kertas kerja kedua oleh KPWKM pula menerangkan lebih lanjut senarai program Agenda Sosial Negara 2014 yang akan dilaksanakan tahun ini.

Antara program yang akan difokuskan termasuk memberi tumpuan kepada kumpulan sasar kementerian dan isu sosial yang spesifik untuk ditangani dan dibendung oleh kementerian.

Pada masa sama, kempen kesedaran dan pencegahan akan dilaksanakan bagi menangani masalah sosial yang sudah dikenal pasti.

Pada mesyuarat sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyediakan kertas makluman bertajuk 'Kadar Jenayah Di Malaysia - Program Pencegahan oleh PDRM' sebagai makluman awal kepada ahli mesyuarat.

Mesyuarat Majlis Sosial yang berlangsung di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya itu turut dihadiri sembilan menteri; dua wakil NGO dan dua pegawai awam yang juga ahli tetap majlis.

Malaysia Kita: Permainan hina nabi

Posted: 06 Feb 2014 04:36 PM PST

Kuala Lumpur: Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak mereka yang gemar bermain komputer berikutan satu permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kini dikesan mengandungi elemen yang menghina Islam dan menjejaskan akidah.
Ini kerana pemain permainan itu tanpa disedari berperanan seolah-olah sebagai Tuhan kerana mampu mengawal karakter nabi bagi menyebar apa juga agama.
Selain itu, bandar suci umat Islam Makkah dan Madinah juga diletakkan di bawah penguasaan pasukan penakluk bukan Islam yang jelas dipaparkan menerusi simbol tertera.

Difahamkan, permainan itu sudah berada di pasaran sejak awal 1990-an lagi dan permintaan tinggi penggemar permainan komputer mendorong pihak pengeluar memperbaharui, menambah baik serta mengeluarkan beberapa siri baru.
FotoMAKKAH dijadikan pusat penguasaan pasukan penakluk bukan Islam.

Siri terbaru dilancarkan pada 2010 turut memenangi pelbagai anugerah permainan video di peringkat antarabangsa.

Malaysia Kita; Soalan seks untuk murid sekolah?

Posted: 06 Feb 2014 04:31 PM PST

Soalan seks untuk murid sekolah?  
Soalan kaji selidik yang menjadi punca kontroversi.
SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.

Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.

Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya,  beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.

"Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.

"Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: