RAKYAT MARHAEN |
- Mewahkah Gaji RM1,500 Hari Ini di Zaman Pemerintahan Najib & Rosmah?
- Metaphysics behind kangkung and Kajang
- PRK Dun Kajang peluang pengundi hukum BN
- Taib Mahmud tidak hirau pribumi Sarawak, empangan baru akan dibina.,.!!
- Insuran kenderaan naik siri terbaru BN bebankan rakyat
- Polis terima lebih 40 laporan polis terhadap video Teresa Kok, kata Zahid Hamidi
- Jadual program Anwar di PRK Dun Kajang 5-9 Februari
- PRK Dun Kajang: Saya tak tersinggung dengan tohmahan kata Anwar
- Asal-usul Kajang: Pakatan wajar ambil iktibar
- UMNO membela BIAWAK hidup...!!
- PRK Dun Kajang: Luahan bersifat peribadi
- Pilihanraya, Hari Raya Dan Hantu Raya
- Kini Putrajaya nasihat Herald langsung tidak guna kalimah Allah
- Malaysia Kita: Mayat hidup semula
- Malaysia Kita: Lans Koperal SB mati ditembak
- Lihat `pencerobohan’ kapal China secara positif
- Banyak kes rasuah tergendala sebab AG tiada kredibiliti
- Najib's Running Mate?
- KERAJAAN MALAYSIA PATUT MALU JIKA GAMBAR INI BENAR2 SAHIH..!!!
- Perkasa selar SKMM cepat bertindak tutup Facebook anti Kristian tetapi tidak anti Islam
- Sandiwara pantau harga barang, TPM buat wayang – Yahya Sahri
- Cover Line: Ekspedisi Antartika bukan pembaziran kata Mat Said
- Mahfuz kepada Mukhriz - Jangan Dok Ugut, Ada Bukti Sila Dedahkan
- Adakah Muhyiddin Yassin hantar Nallakaruppan lawan Anwar diKajang..???
- Asuhan dalam prinsip Demokrasi- Bhg 1
Mewahkah Gaji RM1,500 Hari Ini di Zaman Pemerintahan Najib & Rosmah? Posted: 04 Feb 2014 06:04 PM PST |
Metaphysics behind kangkung and Kajang Posted: 04 Feb 2014 05:51 PM PST Everyone should remain calm and should not act rashly in any heated circumstances or situations. This is because we use the solar calendar which has a fixed changeover date of Feb 4 annually compared to the Chinese New Year celebration which uses the lunar calendar. This year the annual chart is as follows: Year Pillar: Wood Horse Month Pillar: Fire Tiger Day Pillar: Fire Horse Hour Pillar: Metal Rabbit Each pillar consists of the Heavenly Stem and the Earthly Branch. For example in the Wood Horse pillar, the Heavenly Stem is the wood element while the Earthly Branch is Horse which has two elements inside it, namely Yin Fire and Yin Earth. Inside the Tiger, there is Yang Wood, Yang Fire and Yang Earth while the Rabbit is pure Yin Wood. All these elements are called 'qi' (pronounced as 'chi'), meaning energy force. The Tiger and Horse are two-thirds of the Three Harmony Fire Combination with the Dog completing the combination whereas the Tiger and Rabbit are two-thirds of the Eastern Spring Wood Directional Combination with the Dragon completing this wood formula. As there is a lot of wood and fire in this year's chart, people tend to get angry fast as the formula is: wood feeds fire. And fire symbolises anger. Although Feb 4 is the entry date of the Wood Horse, its energy force had already started seeping in or in this case, galloping in by early January. So far, two prominent persons have made people very angry via the elements of wood and fire. The first person is none other than Prime Minister Najib Tun Razak who had quoted the example of kangkung or water spinach to show that not all things have gone up in prices. But he had spoken too soon. Kangkung is a vegetable and is of the wood element and therefore as wood feeds fire, he has only succeeded in making people angry. The second person to make people angry is Opposition Leader Anwar Ibrahim. By causing a by-election in Kajang, people are angry. In addition to that, Kajang is located in the south which is a direction of fire. Thus the general advice for everyone this year is to think carefully before speaking or doing anything important. This is of utmost importance because this year's chart does not have the 'thinking element' – Yang Metal which is sword or axe. Politicians beware Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang peluang pengundi hukum BN Posted: 04 Feb 2014 05:48 PM PST KUALA LUMPUR 5 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno-BN yang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum ke-13. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar. "Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata Muhammad kepada Keadilandaily. Tegas Muhammad, PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Taib Mahmud tidak hirau pribumi Sarawak, empangan baru akan dibina.,.!! Posted: 04 Feb 2014 05:46 PM PST Selepas 100 hari menghalang cadangan pembinaan empangan di daerah Baram, penduduk pribumi Sarawak semalam mendengar berita tidak menggembirakan dari Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa empangan itu akan dibina. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, kerajaan negeri bersetuju membina dua empangan iaitu di Baram dan di Tageh secara serentak daripada membinanya satu persatu. Koridor industri itu bermula dari Tanjong Manis di Sarikei di bahagian tengah Sarawak, ke Samalaju di utara bahagian Bintulu. Bercakap di pra-pelancaran Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) kampus Sibu, Taib berkata empangan Bakun yang siap pada 2009 dan empangan Murum yang hampir siap tidak mampu menjana tenaga yang diperlukan syarikat berkenaan. "Dengan dua empangan baru (Baram dan Baleh), kita boleh menyediakan keperluan tenaga lebih tinggi, terutamanya kepada pelabur baru di Score," katanya. Beliau berkata Sarawak perlu mengurangkan penerimaan permohonan syarikat baru yang mahu melabur di Score atas masalah bekalan elektrik. Badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar tempatan dalam kempen anti empangan, Save Sarawak Rivers Network, bertindak pantas mendakwa Taib cuba memadamkan kontroversi dengan mengenepikan harapan penduduk yang terjejas dalam pembinaan empangan tersebut. Pengerusi Save Rivers, Peter Kallang mendakwa Taib mengabaikan piawaian dan etika antarabangsa pembinaan empangan seperti prinsip Persetujuan Bebas, Awal dan Termaklum (FPIC) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Read More / Baca Lagi >> |
Insuran kenderaan naik siri terbaru BN bebankan rakyat Posted: 04 Feb 2014 04:42 PM PST KUALA LUMPUR 5 FEB: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan keatas syarikat takaful merupakan satu lagi tambahan yang membebankan rakyat. "Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, kenaikan insuran sebanyak 15 peratus merupakan satu kenaikan yang tinggi, "Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. "Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda," kata Azrul kepada Keadilandaily. Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia telah meluluskan kenaikan premium insuran takaful sebanyak 15 peratus. Kenaikan tersebut membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan juga bas ekspress, bermula 15 Februari 2014. Justeru kata Azrul, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar. Tambahnya, penduduk di luar bandar memerlukan kenderaan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran. "Di bandar ada pengangkutan awam, jika nak berjimat. Tapi penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam. Mereka terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak. "Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika tak bayar, pengguna tak dapat cukai jalan. Read More / Baca Lagi >> |
Polis terima lebih 40 laporan polis terhadap video Teresa Kok, kata Zahid Hamidi Posted: 04 Feb 2014 04:41 PM PST Polis menerima lebih 40 laporan berhubung isu klip video berbaur sindiran yang didakwa melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata siasatan terperinci video sempena Tahun Baru Cina yang tersebar luas dalam YouTube sejak Isnin lepas itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau meminta masyarakat, tanpa mengira fahaman politik, tidak memainkan isu melibatkan sensitiviti agama sehingga menjejaskan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini. Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok dikatakan 'berlakon' sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina tahun ini dan tetamu undangannya pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah. Read More / Baca Lagi >> |
Jadual program Anwar di PRK Dun Kajang 5-9 Februari Posted: 04 Feb 2014 04:38 PM PST BERIKUT ialah jadual tentatif Program Turun Padang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Read More / Baca Lagi >>Orang ramai disaran menyertai program berkenaan. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perubahan pada saat akhir 5 FEBRUARI 5–7 ptg: Hi-Tea – Pusat Khidmat Komuniti DUN Kajang, Taman Sg Sekamat. 7.30–8.30 mlm: Solat & Tazkirah Maghrib – Surau Taman Muhibah, Kajang 9–12 mlm: Ceramah Perdana depan Surau At-Taqwa, Taman Kajang Baru, Sungai Jelok 6 FEBRUARI 5–7 ptg: Hi-Tea – Pusat Komuniti Kg. Sungai Kantan 7.30–8.30 mlm: Solat, Solat Hajat & Tazkirah – Surau Jenaris, Tmn Desa Jenaris 8.3 –12 mlm – Ceramah Perdana – Taman Koperasi Cuepac 7 FEBRUARI 12.30–2 ptg: Solat Jumaat & Jamuan Rakyat – Masjid Jamek Kajang 5–7 mlm: Hi-Tea – Pusat JKKK Batu 13, Tmn Delima, Bt 13 Jln Cheras 7.30 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib di Surau At Taqwa, Tmn Kota Cheras Fasa 2 7.30–11.00 mlm: Chinese Dinner – Shuang Xi Lou Chinese Restaurant, Metro Kajang 8.30 – 12 mlm – Pelancaran Jentera Pilihanraya PRK Kajang di Dataran Prima Saujana, Kajang |
PRK Dun Kajang: Saya tak tersinggung dengan tohmahan kata Anwar Posted: 04 Feb 2014 04:36 PM PST Menurut Anwar, beliau memahami ramai terkejut dengan keputusan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan Adun Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding. "Apabila nama saya diumumkan, pelbagai reaksi diterima. Ada yang kecam dan bingung dengan pendirian PKR sehingga tempias kepada (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul ) Khalid (Ibrahim) dan (Pengerusi PKR Selangor) Azmin (Ali). "Ada juga yang pelik Anwar daripada pemangku perdana menteri mahu jadi Adun. Saya tidak terasa. Bagi saya, apa saja jawatan dan amanah yang ALLAH SWT takdirkan, saya terima," katanya ketika berucap dalam majlis bersama pimpinan masyarakat Daerah Hulu Langat, di sini, kelmarin. Beliau berharap agar tiada lagi yang mempertikaikan keputusannya bertanding di Selangor. "Memang saya bukan anak Selangor, tapi saya tinggal puluhan tahun di sini. |
Asal-usul Kajang: Pakatan wajar ambil iktibar Posted: 04 Feb 2014 04:27 PM PST Fariz MusaSebelum kewujudan Kajang, terdapat satu kawasan penempatan orang asli dan Melayu bernama Reko. Pada satu hari, dua orang sahabat, seorang Melayu dan orang asli menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk menuju pulang. Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Kepada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh, tapi pada fahaman orang asli, berkajang bermaksud bertikam. Oleh kerana salah faham, maka orang asli menikam rakannya itu. Maka dengan itu, tempat tersebut telah diberi nama Kajang. (sumber: Perpustakaan UKM) Peristiwa yang tidak ada siapa pun mampu mengiyakan, kerana sumbernya adalah sebuah cerita lisan, tiada fakta yang menyokongnya. Mitos ini tiada siapa pun ketahui tarikh kejadian serta pengesahan yang menjadi asal-usul nama Kajang. Namun, ceritanya mungkin ada signifikan boleh diterima akal, kerana salah faham komunikasi (miscommunication) sehingga berlakunya peristiwa berdarah tersebut, atau mungkin ada yang membacanya terasa lucu serta sangsi dan mempertikaikan kesahihannya kerana dengan mudah orang asli tersebut menikam rakan Melayunya tanpa usul periksa dan bertanyakan sebab musabab mereka perlu bertikam yang sudah pasti diperbetulkan rakan Melayu itu! Tiba-tiba nama Kajang menjadi sangat panas, mungkin sepanas bara arang satay kajang ekoran peletakan jawatan secara drastik dan mengejutkan Ahli Dewan Undangan N25 Kajang, CC Lee yang menimbulkan kontroversi dan mengundang pelbagai persepsi. Kajang menjadi isu yang sangat panas, sama ada positif dan negatif oleh semua pihak, dan rakan Pakatan Rakyat serta seterunya, Umno-BN bagai 'cacing kepanasan'. Kehangatan ini bukan sahaja menimbulkan reaksi di kalangan politikus, malah turut mendapat respon daripada ahli akademik, penganalisis politik serta orang awam. Lebih ketara isu Kajang terus 'dikipas' oleh media massa , media internet dan media sosial. Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh rakan Pakatan Rakyat yang secara negatif dan positif mengundang perdebatan. Ada yang dilihat bersifat egois serta amat kasar hingga sanggup memboikot PRK dan membiarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendirian, dan ada yang melihat relevan PRK Kajang dan tindakan positif Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kepentingan Pakatan dan rakyat Selangor untuk terus utuh di Selangor. Sudah pasti yang akan bertepuk tangan ialah Umno-BN , yang bakal menikmati 'satay' hasil kontroversi dan polemik dalam Pakatan sendiri. Pertelingkahan dan serangan beberapa kenyataan yang dilabel 'geng kopiah putih' begitu ekstrim dan prejudis terhadap PRK Kajang, termasuk melalui media sosial mereka yang dijadikan bahan kepada pimpinan dan media Umno-BN, khususnya Utusan Malaysia dan TV3. Read More / Baca Lagi >> |
UMNO membela BIAWAK hidup...!! Posted: 04 Feb 2014 03:55 PM PST |
PRK Dun Kajang: Luahan bersifat peribadi Posted: 04 Feb 2014 03:48 PM PST Beliau mengulas sikap sesetengah pimpinan Pas yang menyatakan mereka tidak puas hati dengan sekutu mereka, PKR, yang kosongkan kerusi Dun Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. "Kita akan bantu PKR atas semangat setiakawan untuk memastikan kemenangan kepada PR dalam PRK Kajang. "Sekarang kita bercerita tentang Dun Kajang. Semua bersetuju untuk kalahkan BN," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini, semalam. |
Pilihanraya, Hari Raya Dan Hantu Raya Posted: 04 Feb 2014 03:41 PM PST Pilihanraya kecil DUN Kajang barangkali merupakan pilihanraya paling unik dan menarik. Sejak rakyat Malaysia mengenal apa itu pilihanraya, inilah pilihanraya yang paling menjadi tumpuan dan diperbualkan ramai orang. Menariknya pilihanraya kecil ini tentu faktor utamanya ialah kerana Anwar Ibrahim bertanding di situ. Dengan Anwar bertanding dan dikhabarkan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas itu dan kemudian dijadikan laluan menawan Putrajaya, bukan saja UMNO dan BN yang kepanasan dan terasa bahangnya, malah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat juga ada turut terlompat seolah-olah kejutan yang berlaku membuatkan mereka tergeletek sama. Pilihanraya bagi orang politik adalah umpama hari raya. Ini kerana ketika pilihanraya, sentiasa meriah dengan makan minum, baju T dan topi yang silih berganti serta duit belanja yang boleh diminta sesuka hati. Baik pilihanraya besar atau pilihanraya kecil, itulah resam dan kelazimannya. Dalam pilihanraya DUN Kajang ini, walaupun ia hanya hanya sebuah pilihanraya kecil, faktor Anwar dan kerusi Menteri Besar yang direbutkan menjadikan ianya menarik dan diberikan tumpuan. Meskipun Anwar diramalkan tidak mempunyai banyak masalah untuk menang, namun kempen dan gerak kerja sudah pun bermula. Kemeriahan yang dibawa bersama kehadiran Anwar ke Kajang bukan saja menyebabkan orang berpusu-pusu ke bandar itu, malah peniaga makanan, penjual baju T dan topi yang berkaitan Kajang atau mempunyai gambar wajah Anwar, dilaporkan mulai sibuk menambah bekalan bagi memenuhi permintaan yang dijangka meningkat. Jika BN sudah memutuskan turut bertanding nanti, kemeriahan Kajang tentunya lebih berganda. Di sebalik tidak ramai yang yakin BN mampu meraih kemenangan, namun sebagai kerajaan BN pastinya tidak memandang randah pilihanraya ini, lebih-lebih lagi lawan yang dihadapi ialah Anwar. Kempen, gerak kerja, majlis perasmian itu ini dah pelbagai peruntukan sudah pasti melimpah ruah. Pilihanraya akan benar-benar seperti hari raya. Read More / Baca Lagi >> |
Kini Putrajaya nasihat Herald langsung tidak guna kalimah Allah Posted: 04 Feb 2014 03:36 PM PST Surat makluman bertarikh 20 Januari itu, bertujuan menguatkuasakan sekatan penggunaan perkataan tersebut di dalam keseluruhan penerbitan. Ketua Bahagian Penerbitan dan Kementerian Dalam Negeri, Hashimah Nik Jaafar mengesahkan notis berkenaan dikeluarkan kepada pengarang Herald Paderi Lawrence Andrew minggu lepas. Beliau bagaimanapun menekankan, notis itu hanyalah nasihat, yang boleh diikuti pihak penerbit. "Kami hanya memberi nasihat. Isu ini masih dalam perbicaraan di mahkamah. Justeru, mereka perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan buat masa sekarang," Hashimah memberitahu The Malaysian Insider. Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober tahun lepas yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah dalam ruangan bahasa Melayunya. Dalam keputusan itu, mahkamah mendapati bahawa kalimah Allah tiada kaitan atau sebahagian daripada agama Kristian. Gereja Katolik memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan, yang dijangka didengari pada 5 Mac. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: Mayat hidup semula Posted: 04 Feb 2014 03:28 PM PST Kuala Lumpur: "Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap 'jenazah' saya yang disahkan sudah meninggal dunia," kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62. Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru. Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang 'hidup' semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan. Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi. ZULROZI menunjukkan bekas pembedahan di kepala ayahnya. Bagaimanapun, selepas 'jenazah'nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala. |
Malaysia Kita: Lans Koperal SB mati ditembak Posted: 04 Feb 2014 03:24 PM PST KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan dua das tembakan pada muka dan mata sebelah kanan di tepi Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini semalam. Mayat T. Thivakaran, 37, berasal yang dari Chemor, Perak itu ditemui orang awam pada pukul 4.30 petang semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata, pemeriksaan yang dilakukan di lokasi kejadian, polis menemui dua kelongsong peluru berukuran .9 milimeter berdekatan mayat mangsa. |
Lihat `pencerobohan’ kapal China secara positif Posted: 04 Feb 2014 03:22 PM PST Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu untuk melindungi negeri Sabah dari kuasa besar seperti China. Lebih dikenali sebagai Beting Serupai, kawasan ini merupakan sebuah beting di Laut China Selatan dengan kedalaman 22 meter terletak 80 km dari Bintulu. Kawasan ini dituntut oleh Malaysia, Republik Rakyat China (RRC) dan Republik China Taiwan (ROC) dalam pertikaikan perebutan kawasan kepulauan Spartly di Laut China Selatan. "Apabila dilihat dan difikir dari sudut perhubungan antarabangsa, ia adalah satu reaksi yang bijak bagi kerajaan Malaysia yang tidak memperbesarkan kejadian ini," jelas beliau semasa temubual telefon dengan FMT Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu untuk melindungi negeri Sabah dari kuasa besar seperti China sekiranya kita meminta bantuan. "Kerajaan Malaysia juga menghadapi masalah semasa pencerobohan sekumpulan Sulu pada masa yang bulan Febuari tahun lalu." "Bayangkan sejumlah 7 batalion askar yang dikerah, yang mempunyai lebih kurang 6,500 orang askar untuk menghadapi pencerobohan itu yang sebanyak 235 orang." kata beliau sambil merujuk kepada kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo Lahad Datu. "Apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sekiranya mereka ingin memperbesarkan perkara tersebut tetapi pada masa yang sama tidak dapat berbuat apa apa?" beliau mempersoalkan. Bukan ancaman Namun, Sipaun tidak melihat pencerobohan kapal perang China di perairan Malaysia sebagai satu ancaman sebenar tetapi ia merupakan satu tindakan untuk mendapatkan pengiktirafan kuasa tenteranya dikalangan negara jiran terutamanya Malaysia |
Banyak kes rasuah tergendala sebab AG tiada kredibiliti Posted: 04 Feb 2014 07:15 AM PST KUALA LUMPUR 4 FEB : Ahli jawatankuasa khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Fauzi Abdul Rahman mempersoal kredibiliti Jabatan Peguam Negara (AG) berikutan masih terdapat banyak kes rasuah tergendala. "Walaupun saya baru dalam Jawatankuasa Khas Rasuah SPRM ni, "Saya lihat persepsi rakyat terhadap SPRM buruk. Kita dah jalankan tugas kita dengan baik, cuma tak ada kuasa mendakwa sebab kuasa besar terletak pada Jabatan Peguam Negara. "Apa yang dipertikaikan ialah integriti dan amanah Jabatan Peguam Negara. "Kita (seolah-olah) memberi kuasa paling besar kepada orang yang salah," kata Fauzi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang. Katanya lagi, siasatan menjadi lebih cepat dan selaras sekiranya SPRM memikul tanggungjawab tersebut. Kelewatan pejabat AG kata Fauzi (gambar) menyebabkan agensi penguatkuasaan lain termasuk SPRM tidak dapat bertindak kerana kuasa pendakwaan mutlak di Pejabat Peguam Negara. Katanya, antara kes menunjukkan kelemahan pendakwaan Pejabat Peguam Negara termasuk pembebasan daripada dakwaan skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) melibatkan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy 14 Januari lalu. "Itu kesilapan terbesar sistem kita kerana memberi kuasa mutlak kepada pihak yang tidak ada integriti dan tidak amanah. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Feb 2014 07:12 AM PST Hi folks. Just in case you were feeling sleepy. Above : Old story Below : New pictures These pictures and stories pop up because of two things : i. persistent rumours that Muhyiddin is leaving town ii. who is going to be No. 2 after Muhyiddin? Obviously the three VPs (except one) are not considered to be replacement material. Who is the one? Few know. Or claim to know. Or think they know. Or behave as if they know. There is a new columnist in town. The column is called 'Relevances'. |
KERAJAAN MALAYSIA PATUT MALU JIKA GAMBAR INI BENAR2 SAHIH..!!! Posted: 04 Feb 2014 06:55 AM PST Gomen Dah Tak De Duit....MP Pulak Sebok Buat Duit...??? |
Perkasa selar SKMM cepat bertindak tutup Facebook anti Kristian tetapi tidak anti Islam Posted: 04 Feb 2014 06:44 AM PST Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mempersoalkan tindakan pantas Suruhanjaya Komunikasi Media Multimedia (SKMM) menutup laman Facebook yang dikatakan menghina agama Kristian tetapi lambat bertindak apabila ia berkaitan agama Islam. Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), agak menghairankan apabila SKMM tidak bertindak biarpun laporan polis dibuat terhadap beberapa laman sesawang dan Facebook yang menghina umat Islam di negara ini. "Perkasa ingin bertanya kepada SKMM, mengapa begitu cepat bertindak terhadap akaun Facebook menghina Kristian tetapi tiada satu pun tindakan diambil terhadap Facebook yang menghina kesucian Islam walau sudah banyak aduan dibuat," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan lewat petang tadi di Kuala Lumpur. "Laporan polis terhadap beberapa portal berita dan Facebook yang menghina kesucian Islam kami kira cukup banyak tetapi mengapa masih tiada tindakan diambil? Apakah laporan polis tidak mencukupi dan perlu juga membuat aduan kepada SKMM?" Perkasa turut menuntut SKMM agar tidak bersikap memilih dalam mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat kerana agak mengecewakan apabila melihat begitu banyak penghinaan terhadap kesucian Islam sedangkan pihak bertanggungjawab seperti SKMM hanya memandang ringan mengenai isu tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Sandiwara pantau harga barang, TPM buat wayang – Yahya Sahri Posted: 04 Feb 2014 06:43 AM PST KUALA LUMPUR, 4 FEB: Lawatan mengejut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke beberapa hypermarket kononnya bagi memantau harga barangan keperluan rakyat hanya bersifat sandiwara dan sama sekali tidak membantu mengurangkan beban hidup rakyat Malaysia. "Jangan jadikan lawatan tersebut sebagai sandiwara politik murahan bagi menarik sokongan rakyat yang sedia tertekan," kata Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN. "Kerajaan sepatutnya menurunkan harga bahan api dan elektrik, ini dapat mengurangkan kos operasi dan pengangkutan dan akhirnya menurunkan kembali harga di pasaran. "Lawatan tersebut tidak membantu mengurangkan masalah yang ditanggung rakyat," kata Yahya kepada Keadilandaily. Beliau mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri ke Pasaraya Mydin dan Kedai Rakyat Satu Malaysia di Mantin hari ini kononnya bagi memantau harga barangan bagi menangani kos sara hidup. Kata Yahya, sekiranya kerajaan benar-benar berhasrat membantu rakyat, langkah lebih berkesan dan proaktif perlu dilakukan bagi memastikan harga barangan diturunkan, bukan dengan setakat melakukan lawatan. Read More / Baca Lagi >> |
Cover Line: Ekspedisi Antartika bukan pembaziran kata Mat Said Posted: 04 Feb 2014 06:42 AM PST SEPANG - Ekspedisi saintifik ke Antartika telah memberi peluang kepada peserta rombongan melihat secara dekat kerja-kerja penyelidikan para saintis dari seluruh dunia. Menegaskan demikian, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata dakwaan pembangkang bahawa ekspedisi itu suatu pembaziran adalah tidak benar sama sekali. Katanya, beliau dan peserta rombongan yang lain mengambil risiko yang tinggi mengunjungi kutub selatan itu. "Saya ke Antartika atas undangan Institut Penyelidikan Antartika Chile. "Ketika di sana kami menaiki kapal tentera laut Chile iaitu 'Aqulies' dan bukannya makan angin (melancong). "Kalau saya nak makan angin, lebih baik saya tidak ke Antartika..nak beli apa di sana?..nak sentuh dan bawa balik penguin pun tak boleh. "kami sebenarnya mengambil risiko tinggi kerana cuaca di sana sukar diramalkan dan berubah dalam masa yang singkat," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Mahfuz kepada Mukhriz - Jangan Dok Ugut, Ada Bukti Sila Dedahkan Posted: 04 Feb 2014 05:58 AM PST |
Adakah Muhyiddin Yassin hantar Nallakaruppan lawan Anwar diKajang..??? Posted: 04 Feb 2014 05:49 AM PST |
Asuhan dalam prinsip Demokrasi- Bhg 1 Posted: 04 Feb 2014 05:47 AM PST Ada 2 tahniah yang patut diberi. Pertama kepada Teresa Kok kerana mengemukakan suatu YouTube yang menggambarkan rekod Najib dan BN dalam bentuk humour dan satire. Darah pemuda UMNO hendak menggelegak kenapa? Benda2 ini nak tunjuk garang sangat- penderitaan Melayu akibat dasar2 UMNO dan BN tak hendak memberontak pulak! Rakyat lagi lama dihina dan diperbudakkan berbanding dengan Najib dan Rosmah. Si penoreh getah dari kampong Gesing dan Ulu Atok Raub, menderita untuk dapat RM200 sebulan, bil letrik kediaman rasmi Najib ialah RM6100 sehari dan bil air RM800 sehari. Dan Najib dan pemimpin UMNO yang lain, tidak malu dan segan menasihatkan rakyat supaya berjimat dalam belanja! Pu****k! Mengapa tidak ada lapuran polis dibuat kepada pimpinan BN? kerana kita tidak guna polis untuk mendepankan idea kita. Yang mengguna polis adalah kumpulan yang merasakan polis dalam genggaman dan bayaran mereka. Kita gunakan dialog dan thought engagement. Rakyat Kampung pun sudah cerdik sekarang. Belia2 kampung pula akan merupakan barisan depan mendukong panji2 perubahan kepada lanskap politik bangsa Melayu khususnya. Hanya UMNO sahaja yang menggunakan belantan dan penggunaan belantan ini, cara penghuni gua dan politik gua. Kedua- tahniah kepada Anwar Ibrahim dan PKR kerana mengembangkan nilai demokrasi sejagat atau universal democracy. Itu saya akan lakukan dalam tulisan selepas ini. Saya baru sampai ke Kuala Lumpur setelah berada lama dalam kawasan Raub. Di kawasan Bukit Kajang Raub, seorang cukong Cina sedang membalun suatu kawasan seluas 3000 ekar. Semua dilakukan atas nama Raja Melayu. Benarlah seperti yang dikatakan oleh seorang bekas timbalan PM- yang jual negara ini ialah UMNO. Resthouse di Raub telah lama dijual kepada Cina. Demikian juga bungalow lama diatas bukit Giat Mara Raub.Wahai UMNO- jual lah negara ini. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan