Khamis, 20 Februari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Khutbah Jakim selar golongan anti-hadis

Posted: 20 Feb 2014 08:02 PM PST

Selepas kontroversi pemikiran sarjana Kassim Ahmad muncul semula, khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini mengingatkan umat Islam terhadap ancaman anti-hadis.

Khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu meletakkan fahaman anti-hadis sebaris dengan "Islam Liberal", fahaman sekular, Syiah, serta fahaman moden seperti kapitalisme, pluralisme dan komunisme.

"Maka kita hendaklah menolak fahaman sedemikian kerana menolak Hadith Rasulullah beerti menolak kepercayaan kepada Rasulullah," khutbah itu dipetik.

Mimbar juga menyeru umat Islam mempertahankan dan mengukuhkan rasa cinta terhadap Allah dan rasul-Nya serta menentang segala bentuk penghinaan terhadapnya.

Khutbah itu tidak menyebut secara langsung nama Kassim.

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa, ia dipercayai merujuk kepadanya.

Tambahan lagi, pelbagai pihak bangkit menyatakan bantahan keras terhadap idea Kassim yang dibangkitkan semula dalam seminar pemikirannya di Putrajaya hari minggu lepas.

Kassim sendiri pernah menafikan sebagai andi-hadis sebaliknya hanya menolak hadis yang didakwanya bertentangan dengan al-Quran.
 

Himpunan 222: "Cikgu,lawan,kita sokong mansuhkan PBS"

Posted: 20 Feb 2014 07:42 PM PST


TENTATIF :

1.00 petang - 2.00 petang : 
Taklimat Berkumpul Di Masjid Al-Hasanah Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Program Bermula Dengan Solat Zohor & Solat Hajat Perdana

2.00 petang - 4.00 petang: 
Ucapan pelbagai NGO & Tokoh Akademik Serta Tetamu Jemputan Dilokasi Yang Diaturkan.


4.00 petang - 5.00 petang: 
Deklarasi & Ikrar Bersama NGO

- Penurunan Tandatangan Membantah Kezaliman Terhadap Pendidik & Memorandum Mansuh PBS.

-Simbolik penyerahan Memorandum

5.00 petang: 
Solat Asar Berjemaah



PRK Dun Kajang medan protes rakyat kepada BN - Pemuda PAS Perak

Posted: 20 Feb 2014 07:37 PM PST

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menganggap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang adalah medan yang sangat penting untuk rakyat menzahirkan kemarahan serta kekecewaan mereka terhadap BN yang gagal memimpin negara dengan baik.

Pengarah Jabatan Pilihanrayanya, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, rakyat ketika ini sedang dibebankan dengan peningkatan kos kehidupan seharian setelah kerajaan menaikkan harga minyak petrol, gula, tarif elektrik dan sebagainya.

Menurutnya, platfrom PRK Kajang ini perlu dijadikan medan protes rakyat terhadap kerajaan yang tidak prihatin dengan masalah dan kesensaraan yang dihadapi oleh rakyat di semua peringkat di negara ini.

"Walaupun keputusan di Kajang nanti tidak memberi kesan dan perubahan struktur kerajaan secara total, namun ia adalah cerminan kepada imej kepimpinan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di mata rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Persatuan peguam Muslim sedia berdialog dengan Comango

Posted: 20 Feb 2014 07:36 PM PST


Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersedia menyambut cabaran berdialog bersama Gabungan NGO Malaysia (Comango) yang didakwanya menimbulkan kemarahan umat Islam sebelum ini.
Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (gambar) berkata, dialog tersebut mestilah menjurus kepada tuntutan yang dikemukakan Comango dan kebejatan yang bakal diwujudkan jika tuntutan tersebut diterima.
Sehubungan itu, PPMM mengenalpasti tujuh orang di kalangan ahli PPMM yang bersedia berdialog secara beradab dengan Comango sebagaimana dianjurkan Islam.
Bagaimanapun katanya, dialog tersebut hendaklah diadakan secara tertutup bagi mengelakkan ia dimanipulasi dan dipolitikkan pihak-pihak tertentu.
"Dialog ini hendaklah diadakan bagi mencari kebenaran bukan publisiti," kata Zainul dalam satu kenyataannya.
PPMM juga katanya, bersedia berunding dengan Comango di dalam menetapkan tarikh dan tempat bagi dialog berkenaan diadakan.
Dalam kenyataan itu, PPMM menegaskan mereka membaca dan memahami laporan yang disediakan Comango kepada Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Read More / Baca Lagi >>

PKNS beri bekas makanan elak pekerja guna polisterin

Posted: 20 Feb 2014 07:35 PM PST


PKNS mengedarkan bekas makanan dan beg bagi mengelakkan pekerjanya menggunakan polisterin dan plastik. – Gambar oleh PKNS.PKNS mengedarkan bekas makanan dan beg bagi mengelakkan pekerjanya menggunakan polisterin dan plastik. – Gambar oleh PKNS.PKNS mengambil inisiatif membekalkan bekas makanan dan minuman kepada 1,030 warga kerjanya bagi mengelakkan mereka menggunakan polisterin yang sangat merbahaya kepada kesihatan.
Inisiatif ini dibuat oleh Bahagian Sistem Kualiti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan diharap dapat mengurangkan penggunaan bekas polisterin di pejabat.
Pengurus Sistem Kualiti, Julina Ibrahim berkata, langkah yang diperkenalkan sempena Program Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (QSHE) ini menunjukkan komitmen PKNS terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai tanda sokongan tidak menggunakan plastik.
Ia juga bagi memberi kesedaran kepada warga kerja PKNS mengenai bahaya penggunaan bekas pembungkus makanan polisterin kepada kesihatan diri.
"Ini selaras dengan piawaian di PKNS iaitu MS ISO 14001:2004, Pengurusan Alam Sekitar dan BS OHSAS 18001: 2007, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, dalam usaha mendidik warga kerja PKNS mengenai bahaya penggunaan plastik dan polisterin dalam kehidupan seharian kita.
"Mengikut kajian, Agensi Penyelidikan Kanser Antrabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia," katanya lagi.
Penolong Jurutera, Norhazwani Zulkepli, 28, berkata, langkah yang diambil PKNS ini wajar kerana ia bukan sahaja mampu menyelamatkan bumi malah juga mampu melindungi diri daripada bahaya polisterin kepada tubuh manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Perlembagaan Perak: Karpal didapati bersalah kerana menghasut

Posted: 20 Feb 2014 07:33 PM PST

Keputusan mahkamah hari ini bakal menyaksikan kemungkinan Karpal kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen. - Gambar The Malaysian Insider.Keputusan mahkamah hari ini bakal menyaksikan kemungkinan Karpal kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen. - Gambar The Malaysian Insider.

Peguam veteran Karpal Singh hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis perlembagaan pada 2009.
Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
Pasukan peguam Karpal menggesa Azman menangguhkan hukuman ke hari lain bagi mereka menyediakan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.
Karpal, 73, yang juga pengerusi DAP, juga berisiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana kesalahan itu membawa sehingga denda berjumlah RM5, 000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

KENALI INSAN YANG MENJADI MUSUH NO.1 UMNO@BN.!!

Posted: 20 Feb 2014 06:38 PM PST

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya.

Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). Semenjak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular.

Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Belia Malaysia. Pada 1968 beliau menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia. Tahun 1969 menyaksikan Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang.

Pada 1971 beliau menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu, dan menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Kemudiannya pada 1973 beliau dilantik menjadi Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar’s reformasi and Mat Tyson

Posted: 20 Feb 2014 06:32 PM PST

Anwar must tell us how Muhammad Muhd Taib could be of service to his reformasi programme in rural Selangor in particular.

By Kua Kia Soong
We don't hear very much about reformasi these days. We hear even less about the content of the reformasi that PKR champions.
My ears still ring with the brave and defiant cries by PKR youth leaders in years past who had demonstrated that the struggle for reformasi goes beyond the personality of Anwar Ibrahim.
We were trying to build the brave new world in which Malaysians would be empowered in the struggle against Umno/BN rule through the decades.
Today, the concept of reformasi seems to have changed. Anwar has not only reneged on his pre-GE13 statement to retire from politics if his quest to be PM failed, he is now deemed indispensable as the Menteri Besar of Selangor, a stepping stone to being prime minister.
Hence, the sideshow in the Kajang by-election continues…
What is complete anathema to the promise of reformasi is Anwar's stated intention to rope in Umno veteran and his one-time ally (in Umno), Muhammad Muhd Taib to the Selangor government once the Kajang by-election is over.
Anwar, the Pakatan Rakyat candidate, said that besides relying on the economic management skills of Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim, the state needs the expertise of Muhammad on rural programmes!
Deconstructing ABU
ABU or Anything But Umno was bandied about during the GE13 campaign as a catch-all for anti-Umno sentiments and anti-Umno votes.
One assumed that this slogan was a rallying call for all Malaysians who have had enough of Umno rule – their corruption, autocracy, cronyism, lack of transparency, basically, bad governance…
Muhammad Taib was of course Umno Menteri Besar of Selangor from 1986 to 1997. Now, is Anwar saying that the rural programmes implemented by the former MB were praiseworthy and worth modelling?
Anwar should point out which aspects of the rural programmes under Muhammad Taib's administration were particularly good and beneficial to the rural people of Selangor.
Democrats and reformers would be most interested to know.
If Anwar believes that Muhammad Taib's administration was an exception to Umno rule, maybe the ABU slogan may have to be adapted and he would need to periodise Umno's autocratic record and identify the good from the baddies in Umno.
Remember Muhammad Taib was also Umno vice-president (2000-2003) and Umno information chief (2008-2009).
By taking out the class interests in Umno, Anwar has clouded the content of reformasi and devalued the ABU slogan.
Mat Tyson: Tale of the Taib
Read More / Baca Lagi >>

Can Pakatan survive post Taib era?

Posted: 20 Feb 2014 06:29 PM PST

Increasing distrust of Malayan politics and the internal tussle within Pakatan Rakyat in Sarawak could hurt its chances in the next state election.

KUCHING: Is Pakatan Rakyat's dream to win Sarawak in the next state elections achievable, or just a simple delusion?
Earlier this year, PKR national women's chief Zuraida Kamaruddin was quoted as saying that Pakatan Sarawak could win at least 36 seats in the next state elections expected in 2016 or earlier.
This was the number Pakatan had  targeted  in 2011. They eventually won only 15 seats.
Currently DAP holds 12 of the 15 seats, while PKR has three.
If talk about Sarawak Workers' Party (SWP) hooking up with Pakatan is true then the coalition will get an injection of two more seats – Pelagus and Meluan. Together Pakatan will then hold 17 seats against Barisan Nasional's 54. The Sarawak Legislative Assembly has 61 seats.
Reasonably, Pakatan will only need  19 more seats to form a new government in a post-Taib Sarawak.
But is this attainable?
BN Sarawak leaders, particularly PBB assistant minister Abdul Karim Rahman Hamzah thinks Zuraida's statement a "joke".
Across the political divide, Sarawak DAP chairman Chong Chieng Jen was more realistic.
He said while 24 seats were "achievable" their agenda was simply to deny BN a majority in the state assembly.

Pakatan's support based on emotions

Optimistic Zuraida reportedly said the tide would turn against BN as Sarawakians were upset with the soaring cost of living.
"There is no denying that the people there are rejecting BN and this is a sure sign that BN is losing its grip in Sarawak.
"Even deep within the interiors of Sarawak, people are beginning to awaken to the lies and broken promises of BN," Zuraida said.
But are Pakatan's chances in Sarawak actually improving?
Let's look at their supporters. Pakatan supporters generally think of themselves as  "rebels" or  "rebellious teenagers".
Their support for Pakatan is mostly based on emotional inclination. Those who support and vote for Pakatan usually hinge their support on hate and anger towards BN and not because they  fully back Pakatan's believes.
With Chief Minister Taib Mahmud stepping down, these rebels no longer have a cause in Sarawak.
Pakatan's victory in the 2011 state election hinged largely on Taib's alleged power abuse and his wealth.
Read More / Baca Lagi >>

Di Hukum Rejam hanya Kerana Miliki Akaun FB,Atau Hanya Propaganda Untuk Burukkan Islam

Posted: 20 Feb 2014 06:27 PM PST


Dua hari yang lalu seorang sahabat yang bukan beragama Islam telah menunjukkan kepada aku satu laporan dari Kwong Wah Yit Poh versi on-line tentang berita kononnya seorang gadis Syria telah dihukum rejam sampai mati kerana memiliki akaun Facebook.

Tiada sebarang caption diletakkan pada gambar itu, dan ini menyebabkan sahabat aku menganggap ianya adalah gambar dari tempat kejadian..

Dalam masa yang sama berdasarkan gambar tersebut beliau mengatakan undang-undang Islam yang diguna pakai ini amat kejam dan zalim..

Yang aku boleh nafikan ialah ini bukanlah apa yang telah ditetapkan oleh agama Islam melalui hukum Hudud, ianya kalau benar telah dijalankan oleh puak ektrimis dalam Islam..

Tentang berita itu pula samada ianya benar atau tidak, aku tak pasti sebabnya ia datang dari sebuah negara yang sedang bergolak..

Dan hari ini laporan mengenai insiden tersebut telah disiarkan oleh Sinar Harian di SINI , aku copy n paste kat bawah ni..

DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook. 
Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral. 
Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut. 
"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih baik Syabas guna duit kos guaman pengkritik untuk tingkat mutu perkhidmatan, kata Rafizi

Posted: 20 Feb 2014 06:18 PM PST



Rafizi akan terus menyuarakan masalah rakyat berhubung masalah bekalan air kepada pihak yang terlibat. - Gambar The Malaysian Insider.Rafizi akan terus menyuarakan masalah rakyat berhubung masalah bekalan air kepada pihak yang terlibat. - Gambar The Malaysian Insider.

Syarikat pengurusan air di Selangor dinasihatkan agar menggunakan duit bayaran guaman menyaman pengkritiknya bagi menukar sistem penapisan di semua loji supaya kegagalan yang menyebabkan penutupannya dapat dielakkan di masa akan datang.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, daripada membazirkan wang membayar peguam bagi menyaman beliau kerana mengkritik mereka, adalah lebih baik wang itu digunakan untuk tujuan itu.
Lagipun, kata pengarah strategi PKR itu, beliau akan terus menyuarakan bantahan kepada mana-mana pihak yang beliau fikir tidak meletakkan kepentingan awam untuk memastikan bekalan air yang baik kepada penduduk di kawasan beliau iaitu Pandan dan rakyat Selangor amnya.
"Jika ini bermakna saya akan berdepan dengan tindakan undang-undang, ini bukan kali pertama saya diheret ke mahkamah apabila bersuara di dalam isu kepentingan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi beliau, Syabas dan Puncak Niaga (serta pemiliknya) nampak dangkal apabila sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar berjaya tarik sokongan ahli Umno di Kajang?

Posted: 20 Feb 2014 06:17 PM PST


Siri pertemuan Anwar bersama penduduk setempat di sekitar Kajang sentiasa berjaya menarik khalayak yang ramai. - Gambar The Malaysian Insider.Siri pertemuan Anwar bersama penduduk setempat di sekitar Kajang sentiasa berjaya menarik khalayak yang ramai. - Gambar The Malaysian Insider.

Walaupun kempen rasmi belum bermula, Ketua PKR dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menembusi pengundi Melayu yang secara tradisinya berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
Penyokong Umno semakin ramai yang muncul dalam siri perjumpaan kecil yang dianjurkan pasukan Anwar dengan penduduk setempat seperti di kedai-kedai kopi dan tazkirah.
Kehadiran ramai ahli Umno yang memilih untuk terus mendengar Anwar semasa perjumpaan ini memberi manfaat kepada matlamat PKR bagi mengekalkan kerusi itu, kata seorang daripada pengurus kempen Anwar, Mohd Yahya Saari.
"Kami agak terkejut mereka benar-benar datang dan mereka menunggu hingga  akhir bagi mendengar Anwar berucap," kata Yahya, yang juga ketua bilik gerakan PRK Kajang.
Walaupun Kajang dianggap kubu PKR – parti itu memenanginya dengan majoriti 6,000 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 – kebanyakan sokongan adalah daripada masyarakat Cina di kawasan ini.
PKR cuba menarik lebih ramai pengundi Melayu yang terdiri daripada pekerja kelas pertengahan yang cukup penting bagi memenangi kuasa di peringkat persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Ibrah Kisah Nabi Yusuf : Perancangan Kebajikan & Kesejahteraan Rakyat

Posted: 20 Feb 2014 04:43 PM PST

Fitnah Dinar: KGT tuntut ganti rugi dari Utusan RM150,000

Posted: 20 Feb 2014 04:42 PM PST

KOTA BHARU: Kelantan Golden Trade (KGT) menuntut ganti rugi sebanyak RM150,000 daripada Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap agensi itu pada 2012.

Pada prosiding kes tersebut petang semalam KGT diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa menolak permohonan maaf Utusan tanpa dibayar sebarang kos.

Sehubungan itu Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 dan 28 April hadapan bagi perbicaraan kes tersebut yang dikendalikan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Zainal ketika ditemui berkata, Utusan yang diwakili peguam M Reza Hassan bersetuju untuk memohon maaf tanpa mahu membayar sebarang kos.

"Bagaimana pun anak guam saya tidak bersetuju dan mahu dibayar kos terhadap berita berunsur fitnah yang didakwa terhadap KGT dua tahun lepas," katanya di sini.

Kelmarin bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamed membuat pengakuan maaf di mahkamah terhadap dakwaannya Dinar dikeluarkan KGT tiada ciri-ciri Islamik seperti disiarkan Utusan.

Beliau juga memohon maaf kepada KGT terhadap sebarang kesulitan, terjejas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami akibat pemberitaan tersebut. Mahkamah menetapkan kos RM10,000 perlu dibayar terhadap plaintif.

Pada 25 Jun 2012 Nik Mahani dilaporkan mendakwa Dinar dikeluarkan KGT tiada ciri-ciri Islam. Berita tersebut disiarkan Utusan dengan tajuk "Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam".
Read More / Baca Lagi >>

Adakah kebebasan berekspresi artis juga dikekang?

Posted: 20 Feb 2014 04:26 PM PST

Cheng Yen Peng, seorang daripada dua artis yang hasil seninya dikeluarkan oleh Balai Seni Lukis Negara bercakap kepada wartawan The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Februari, 2014. 
Cheng Yen Peng, seorang daripada dua artis yang hasil seninya dikeluarkan oleh Balai Seni Lukis Negara bercakap kepada wartawan The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Februari, 2014.

Penyingkiran karya seni dua artis muda dari Balai Seni Visual Negara (BSVN) minggu lalu menimbulkan persoalan berkenaan penapisan dan kebebasan luahan hasil seni, dan akhirnya menentukan apa yang kita harus lihat, baca dan dengar.
Ia menimbulkan persoalan atas percubaan Putrajaya mengekang kebebasan ekspresi dan cabaran dalam masyarakat Malaysia yang menimbulkan ancaman kepada ekspresi seni.
Walaupun semua persoalan ini dibangkitkan kedua-dua artis dan juga individu lain, reaksi mereka kepada tindakan galeri tidaklah berbeza.
Cheng Yeng Pheng, 32, membuat bantahan di khalayak ramai apabila lukisan beliau yang mengandungi perkataan 'abu' dikeluarkan oleh galeri tanpa memaklumkannya kepada beliau terlebih dahulu.
Beliau menjadi terkenal apabila video protesnya di hadapan dinding kosong di mana lukisannya, "alksnaabknuaunmo" digantung menjadi viral setelah dimuatnaik di Youtube.
Pada Rabu, kekecewaan dan kemarahannya bertambah apabila diberitahu pada mesyuarat bersama para pegawai dari galeri untuk membawa pulang lukisan beliau.
Keputusan itu membuatkannya terkejut, marah dan kecewa.
"Kejadian ini tidak menjejaskan keputusan saya untuk terus melukis tetapi ia membuatkan saya berfikir dua kali berkenaan kandungan lukisan saya pada masa hadapan dan mennyedarkan akan hak-hak saya," katanya kepada The Malaysian Insider selepas mesyuarat itu.
Bagaimanapun, beliau mendapat hikmah daripada kejadian ini, "Ia mengajar saya bahawa terdapat platform yang berbeza untuk menyuarakan pendapat."
Namun, bagi Izat Arif Saiful Bahri, reaksinya lebih sugul.
"Saya dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan tindakan itu. Justeru, tiada permohonan maaf," kata Izat dalam e-mel berkenaan karya seninya bertajuk "Insert#" iaitu sehelai baju T yang dicetak dengan huruf Arab, "fa" dan "qof".
Malah, Izat, 28, berkata beliau "bangga" hasil seninya itu dikeluarkan.
Read More / Baca Lagi >>

PBS: Kenyataan bercanggah boleh 'makan diri'

Posted: 20 Feb 2014 04:16 PM PST


Semakin hampir dengan penganjuran perhimpunan aman Himpunan222:MansuhPBS, pelbagai kenyataan berbelit-belit dikeluarkan oleh empat menteri dan timbalan menterinya seolah-olah cuba mengalihkan perhatian semua pihak.
 
Kenyataan yang dilihat bercanggah antara satu sama lain ini, membuatkan banyak pihak keliru dan membuktikan pengurusan tertinggi kementerian sendiri tidak memahami apa itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
 
Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, pihak mereka sendiri 'pening' dengan kenyataan berbeza ditambah pula arahan melalui aplikasi watsapp yang dibuat oleh pengurusan tertinggi kementerian.
 
"Terbaru, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu penambahbaikan dan kajian aplikasi dalam talian sistem PBS dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini sebelum dapat dilaksanakan semula.
 
"Sebelum ini, beliau juga telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan sistem tersebut akan memakan masa untuk ditambah baik. Tetapi, hari ini kenyataan sebaliknya dikeluarkan.
 
"Kenyataan beliau, seolah-olah berbeza dengan arahan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mahukan PBS keseluruhannya ditangguhkan untuk kajian semula," katanya ketika menghubungi MalaysiaGazette.
 
Ia juga, katanya, dilihat bertujuan menunjukkan kepada orang ramai bahawa masalah PBS hanyalah pada aplikasi dalam talian sahaja, iaitu berbeza dengan pendapat Muhyiddin yang melihat masalah PBS adalah pada keseluruhan modelnya.
 
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Adakah paku terakhir 'keranda' MCA?

Posted: 20 Feb 2014 04:14 PM PST


Prof. Salleh Buang
Prof. Salleh Buang
BARU-baru ini seorang sahabat (veteran UMNO dari Pulau Pinang) berkata kepada saya bahawa kalah menang dalam pilihan raya kecil Kajang tidak akan memberi kesan penting kepada mana-mana parti yang bertanding. Hujahnya kalau pun Barisan Nasional (BN) menang, Selangor akan masih kekal di bawah Pakatan Rakyat dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besarnya.
 
Sebaliknya kalau Anwar menang sekalipun, belum pasti dia akan mengambil tempat Khalid. Pas belum tentu setuju. Selain itu, kita tidak tahu reaksi Sultan Selangor nanti. Mungkin baginda masih suka Khalid kekal sebagai MB Selangor.
 
Kepada sahabat itu saya katakan saya tak dapat bersetuju  dengan pandangannya.  Pada hemat saya, keputusan PRK Kajang akan memberi impak positif kepada BN jika calonnya menang. Kalau Anwar menang, politik negeri Selangor mungkin bertambah celaru dan sekiranya tidak ada kesungguhan mengurus krisis (crisis management), tidak mustahil pakatan akan mula retak menunggu belah.
 
Agenda Anwar
 
Seorang blogger membuat ramalan (andaian) Anwar akan menang tetapi hasratnya menjadi MB menggantikan Khalid tidak termakbul kerana Sultan tidak berkenan melantiknya. Lalu Azmin Ali akan menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid. Anwar akan menggunakan penolakan (keengganan) sultan melantiknya sebagai asas memulakan agenda barunya. 
 
Saya petik di bawah ini apa yang dikatakan oleh blogger tersebut –
 
"Agenda Anwar untuk membuang raja akan bermula dengan kempennya kerana sultan menolak beliau menjadi Menteri Besar.
 
Anwar akan menarik gulungan muda yang dah sedia tak berapa minat dengan Raja-Raja  untuk mencari sokongan untuk membuang raja dengan undi tidak percaya rakyat kapada Duli Tuanku Sultan walau pun dalam masa tempoh yg agak lama tetapi episud membuang Raja telah bermula dengan Selangor…" (lihat http://seratah.blogspot.com/2014/02/kesan-prk-kajang.html
 
Read More / Baca Lagi >>

Yuktes tarik diri bertanding PRK Dun Kajang

Posted: 20 Feb 2014 04:12 PM PST


Yuktes Vijay
Beliau merupakan orang pertama yang menawarkan diri menjadi calon untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tetapi beliau juga menjadi orang pertama yang menarik diri.
Yuktes Vijay, bekas pegawai undang-undang Anwar itu pada mulanya bersemangat untuk melawan Anwar dalam PRK yang disifatkannya mencabul demokrasi kerana sanggup meminta ADUN sedia ada, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut bertanding di Kajang demi untuk menyelesaikan krisis dalaman parti berkenaan.
Tidak sampai sebulan daripada tarikh Yuktes meluahkan hasratnya, beliau membuat pengumuman untuk menarik diri kerana tidak sanggup melihat PRK Kajang menjadi medan untuk calon-calon lain beraksi seperti dalam 'sarkas'.
"Saya mahu kembalikan integriti pilihan raya dan meletakkan martabat pilihan raya ke tempat yang sepatutnya. Apa yang mereka (calon-calon lain) sedang buat sekarang macam sarkas," katanya kepada MalaysiaGazette menerusi sistem pesanan ringkas.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: DAP gesa kerajaan perjelas peningkatan RM2.4 bilion pembiayaan penempatan semula unit pertahanan

Posted: 20 Feb 2014 03:58 PM PST


KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI: Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggesa kerajaan memberi penjelasan berhubung peningkatan besar pembiayaan penempatan semula unit pertahanan di Sungai Besi.
Beliau berkata demikian merujuk laporan akhbar hari ini bahawa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang merancang menjual RM2.4 bilion bon Islam agar dapat membiayai penempatan semula unit pertahanan itu daripada tapak asal projek Bandar Malaysia.
Menurutnya, perjanjian 'kekasih' kepada 1MDB itu merangkumi persetujuan kerajaan membiayai kos keseluruhan penempatan semula unit pertahanan sedia ada ke kawasan lain di seluruh negara yang bernilai RM2.7 bilion.
"Jadi, sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, kerajaan bersetuju membayar RM1.1 bilion kepada 1MDB. Jumlah ini diluluskan dalam Bajet 2012 dan RM800 juta dikeluarkan kepada 1MDB berdasarkan dokumen bajet terkini 2014," katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu menegaskan apa yang lebih menarik adalah hakikat 1MDB diberikan kontrak RM2.1 bilion pada April 2013 kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk menyediakan lapan penempatan semula berbeza di seluruh negara.
"Berdasarkan matematik mudah, 1MDB menaikkan RM2.4 bilion di dalam sukuk bagi projek penempatan semula walaupun ia hanya memerlukan tambahan RM1 bilion iaitu RM2.1 bilion, kurang RM1.1 bilion daripada jumlah yang dibiayai kerajaan," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

LUPAKAN PERBEZAAN KITA, INGATI SEMULA KEZALIMAN UMNO@BN KEPADA RAKYAT SELAMA INI..!!

Posted: 20 Feb 2014 03:55 PM PST

PERCAYALAH, InsyaAllah, Umno/Bn di Kajang pastinya tidak mampu menghalang Anwar Ibrahim memasuki Dun Selangor.  Hanya satu saja yang boleh menyekat Anwar dari terus menggugat plan Najib untuk merampas Selangor, iaitu di kalangan kita.
Setakat ini, Alhamdulillah, kita di dalam PR semakin baik di dalam penyatuan untuk membenamkan rejim Umno/Bn dari bumi Selangor sebelum kita kuburkan mereka di tanahair ini.  Benar, kita berdebat serta berbalah di alam maya terutamanya di FB di dalam membahaskan isu Kajang, namun bila kita berhenti sesaat di dalam perdebatan kita, tergambar oleh kita betapa musuh yang paling zalim dan terus mengkhianati kita sebenarnya Umno/Bn.
Kita, PKR dan PAS khususnya berhujah dan berdebat yang kadangkala emosi tandanya kita sayang kepada PR.  Ada suara-suara rakan-rakan kita seperti merajuk dan kecewa dengan apa yang terjadi di Kajang terutamanya yang tidak cukup mendapat maklumat sebenar atau mereka dapat maklumat tetapi masih tidak boleh terima mengapa perlunya Anwar ke Kajang.  Perbezaan pendapat ini, jika pun memang itu kesilapan Anwar atau PKR, tetapi kita harus renung sejenak siapakah yang lebih banyak bukan saja lakukan kesilapan malahan menganiayai kita selama ini.  PAS tentunya mangsa paling teruk teraniaya diperlakukan oleh Umno/Bn.  Lupakah kita bahawa Umno/Bn khianat kepada PAS sewaktu Presiden PAS baru sepenggal menjadi MB Terengganu?  
Secara tiba-tiba royalti Terengganu dirampas dan Kerajaan PAS Terengganu dilemahkan dengan berbagai tekanan.  Akhirnya, PAS tumbang di Terengganu bukan kerana Presiden PAS menganiayai rakyat Terengganu tetapi Umno/Bn melakukan berbagai cara untuk merampas Terengganu.  Peratusan pengundi di Terengganu secara tiba-tiba meningkat dan memecah rekod pilihanraya negara ini sebelum kejatuhan PAS Terengganu.  Apa yang tidak Umno lakukan pada PAS waktu itu?
Terbaru, lihat saja di Kedah.  Sekali lagi PAS tumbang.  Seluruh negara merasai penipuan sistem Pilihanraya yang diamalkan.  Apakah di Kedah tidak berlaku?  Serangan media Umno, TV dan akhbar terus memburukkan Kerajaan PAS Kedah dan akhirnya kecundang.  Inilah rupa wajah Umno.  Umno ini lah juga yang bakal kita hadapi di Kajang pada 23 Mac nanti.  Apakah kerana tidak setuju dengan Anwar atau PKR maka kita rela maafkan pengkhianatan Umno pada PAS ? 
Read More / Baca Lagi >>

PBS DIMANSUHKAN: PBS bentuk baharu ringankan tugas guru kata Idris Jusuh.!!

Posted: 20 Feb 2014 03:51 PM PST

KUALA LUMPUR - Sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baharu setelah melalui proses penambahbaikan akan meringankan beban dan tugas guru di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya sistem itu sedang melalui proses kajian dan penambahbaikan yang dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi sebelum dapat dilaksanakan semula.

"Merujuk kepada respons yang kita terima, banyak yang menyatakan bahawa ia membebankan tugas guru selain ada isu-isu tentang teknologi maklumat (ICT) (dari segi) connectivity dan accessibility.

"Semua perkara ini sedang dilihat secara menyeluruh dan kajian yang dilakukan mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan wacana pada majlis Siri Wacana Fikrah Ummah: Ulul Albab dalam Pembangunan Pendidikan Negara, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kajian PBS selepas pelaksanaannya di sekolah ditangguhkan bagi kajian semula seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Idris berkata PBS merupakan satu sistem yang amat baik namun menghadapi kesulitan dari segi pelaksanaannya sahaja yang perlu ditambahbaik.

Read More / Baca Lagi >>

Macai Umno: Syabas nafi agihan air di kawasan terjejas dikawal pihak tertentu

Posted: 20 Feb 2014 03:47 PM PST

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menafikan dakwaan kononnya penghantaran lori tangki dan pengagihan air oleh pihaknya ke kawasan terlibat gangguan bekalan air di Balakong dikawal pihak tertentu.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya Priscilla Alfred berkata dakwaan itu tidak benar kerana Syabas bekerjasama dengan ketua penduduk dan pemimpin masyarakat setempat dalam menguruskan pergerakan lori tangki pengagihan air kepada pengguna terlibat.
"Syabas mendirikan pusat khidmat setempat (PKS) di Taman Impian Ehsan (di Balakong) sejak 7 Februari lepas sebagai pusat menyalurkan maklumat pengagihan bantuan air kecemasan kepada pengguna akibat penutupan Loji Rawatan Air Cheras Batu 11.
"Untuk Taman Impian Ehsan, PKS Syabas secara kebetulan ditempatkan bersebelahan dengan kabin milik kawasan rukun tetangga (KRT) Taman Impian Ehsan yang mempunyai logo parti Umno. Syabas memilih menempatkan PKS di lokasi ini kerana ia laluan masuk utama ke Taman Impian Ehsan, Taman Desa Karunmas dan Taman Bukit Emas," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tak Setuju Dengan MKPN: Perkasa akan tubuh majlis perpaduan sendiri

Posted: 20 Feb 2014 03:42 PM PST

Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa mengumumkan mereka akan membentuk badan perpaduan sendiri – "Barisan Perpaduan Nasional" – sebagai alternatif kepada Majlis Konsultatif Perpaduan Nasional (MKPN) yang ditubuhkan Putrajaya.
Ketua Biro Perhubungan Awam Perkasa, Mat Rabi Abu Samah berkata, Perkasa hilang keyakinan kepada MKPN dalam memupuk perpaduan negara.
"Ahli-ahli MKPN tidak memberi keyakinan bahawa mereka boleh mencapai matlamatnya," beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malaysiakini.
"Walaupun idea kerajaan (untuk membentuk MKPN) adalah baik, komposisi ahli-ahlinya menunjukkan ia tidak akan  berkesan.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sebelum ini berkata MKPN tidak sesuai untuk menasihati Putrajaya mengenai isu-isu agama dan bangsa, dan menggesa majlis itu dimansuh dan digantikan dengan NGO Melayu yang akan menggalakkan "perpaduan sebenar dan betul".
Beliau mengatakan beberapa ahli-ahli MKPN bersikap "anti-nasionalis" dan  berat sebelah, manakala ada yang aktif mempromosikan agenda Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango).
"Ada ahli yang tidak percaya pada prinsip-prinsip negara," kata Mat Rabi dalam sidang akhbar semalam, mengulangi sentimen presidennya.
Read More / Baca Lagi >>

Syrian refugees in Lebanon speak to Al Jazeera

Posted: 20 Feb 2014 03:38 PM PST

War rages in Syria, as U.N. set to vote on aid resolution

Posted: 20 Feb 2014 03:32 PM PST

Tiada ulasan: