MIMPI SENJA |
- Mak Cik penjual nasi lemak bawah Monorail Raja Chulan vs penguatkuasa DBKL
- Kajian UMcedel: Lebih separuh pengundi Kajang mahu Anwar jadi MB
- 2000 penoreh getah berdemo di Padang Terap
Mak Cik penjual nasi lemak bawah Monorail Raja Chulan vs penguatkuasa DBKL Posted: 20 Feb 2014 06:36 AM PST KISAH MAK CIK PENJUAL NASI LEMAK YANG CEKAL WALAPUN DIGANGGU KACAU OLEH DBKL .... LAWAN TETAP LAWAN.Seorang wanita Melayu pertengahan umur begitu cekal untuk berniaga nasi lemak demi kelangsungan hidup. Walau pun pagi semalam gerainya disita oleh pihak DBKL dengan merampas meja dan kerusi perniagaannya dengan dikeluarkan surat saman walaupun ketika itu beliau merayu-rayu agar peralatannya tidak dirampas namun rayunnya langsung diendahkan oleh pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Gelagat kasar, angkuh dan sombong besar kepala DBKL berjaya dirakamkan .. Pagi ini rakyat yang bersimpati telah pergi kelokasi yang sama iaitu di bawah Monorail Jalan Raja Chulan untuk melihat perkembangannya .. Kelihatan wanita Melayu tersebut terus menjalankan perniagaannya menjual nasi lemak dan kuih muih. Bila ditanya beliau dengan linangan air mata berkata ... "kakak anak ramai ... gaji suami akak kecil .. kos sara hidup di Kuala Lumpur tinggi .. jadi terpaksalah akak meniaga demi nak membesarkan anak-anak yang masih bersekolah .. akak meniaga tidak ganggu lalu lintas dan sentiasa jaga kebersihan". Inilah dia .. bila rakyat merunggut dan mengeluh kerajaan suruh ikhtiar berusaha untuk menambah pendapatan .. bila rakyat berikhtiar dan berusaha diganggu kacau pula ... berapa sangatlah untungnya menjual nasi lemak di tepi jalan. - SUMBER |
Kajian UMcedel: Lebih separuh pengundi Kajang mahu Anwar jadi MB Posted: 20 Feb 2014 04:26 AM PST OLEH HASBULLAH AWANG CHIK Walaupun mendapat kritikan media kerana "Langkah Kajang", lebih separuh pengundi Kajang bersetuju pilihan raya kecil itu perlu diadakan untuk membolehkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor. "Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui berasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi berasa tidak pasti. "Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Ketua Umcedel, Profesor Datuk Dr Riduan Othman dalam satu sidang media di Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calonnya akan diadakan pada 11 Mac setelah penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar berbanding di kawasan itu.. – 20 Februari, 2014.- TMI |
2000 penoreh getah berdemo di Padang Terap Posted: 20 Feb 2014 01:15 AM PST Hampir 2,000 penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka, Padang Terap, Kedah semalam bagi menuntut kerajaan segera bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak, himpunan ketiga yang dicatatkan sehingga kini. Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getah, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung. Pelbagai sepanduk turut dibawa termasuk yang bertulis "Harga barang naik, harga getah turun", "BN menang rakyat senang?" dan "Getah turun ape cerita, terima kasih BN". Mereka mendesak kerajaan menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram bagi meringankan beban penoreh getah, lapor media rasmi PAS, Harakahdaily. Harga getah kini jatuh sehingga RM2.40 sekilogram di kebanyakan tempat. Sebelum ini, Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencadangkan isu kejatuhan harga getah ini dijadikan modal kempen pilihan raya kecil Kajang. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, sebahagian besar penoreh getah kini terpaksa ikat perut kerana pendapatan bulanan mereka terjejas. Suhaizan berkata, biasanya pendapatan bagi mereka yang mengambil upah menoreh dua relung getah adalah sekitar RM300 hingga RM400 sebulan dan ia masih di bawah paras kemiskinan. "Itu ketika harga getah tinggi, dan mereka menoreh 6 hari seminggu, jika tidak hujan. Kalau musim hujan atau kemarau, pendapatan mereka kurang daripada itu. "Pada 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah sekerap RM2.40. "Beza harga dengan barangan keperluan itu tinggi, " katanya. Ketua Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria, berkata kerajaan perlu segera bertindak segera menangani kemelut harga getah ini. "Pemuda Kedah mengingatkan bahawa mungkin Demonstrasi Baling 1974 yang berlaku 40 tahun dahulu akan berulang jika kerajaan tidak bertindak segera," katanya. – 20 Februari, 2014.-TMI |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan