Sabtu, 1 Februari 2014

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


setan tua jatuhkan Najib bukan perkara pelik

Posted: 31 Jan 2014 06:20 PM PST






















pembabitan setan tua membuktikan sejarah  lama berulang kembali  sebelum ini .












































sibuk kumpul  harta anak beranak  sampai SPRM  jadi pondan...memalukan....!!!!


Pembabitan Setan tua Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Najis Tong Rosak  bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.

Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. Tetapi itulah  setan tua  yang di kenali Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya..

Gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

Desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini.

Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa.

Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya.

Setan tua ini juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?..

kedai rakyat 1 malaysia jadi kedai rompak rakyat 1 malaysia bila gagal bantu kurang kos sara hidup

Posted: 31 Jan 2014 06:07 PM PST
















Langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menambah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat seperti terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu didapati tidak memberi kesan.

Tinjauan  di salah sebuah KR1M dan sebuah pasar mini berantai popular (pasar mini 'A') mendapati kebanyakan harga barangan yang ditawarkan bukan sahaja tidak banyak berbeza, malah terdapat beberapa barangan yang ditawarkan KR1M pada harga lebih tinggi. Antara barangan terbabit, krimer berjenama Gold Coin di pasar mini 'A' berharga RM2.35, berbanding KR1M pada harga RM2.69; lampin pakai buang bayi jenama Drypers (pek 80 keping, saiz M) di pasar mini 'A' pada RM31.50, berbanding KR1M RM31.99 dan susu formula bayi Lactogen 2 (650 gram) RM17.90 di pasar mini 'A', manakala KR1M pada harga RM17.95.

Sementara itu, bagi barangan berjenama 1Malaysia pula,  kebanyakannya adalah lebih murah berbanding harga jenama yang ditawarkan pasar mini 'A'. Bagaimanapun, salah seorang kakitangan KR1M dipercayai warga asing memberitahu , aliran stok barangan jenama 1Malaysia khususnya barangan makanan adalah jauh perlahan berbanding jenama lain disebabkan tidak mendapat sambutan pelanggan. "Memang barang 1Malaysia lebih murah tetapi orang tidak mahu beli mungkin sebab mereka rasa tidak bagus, tetapi saya rasa tidak berapa betul. Mereka lebih suka beli barang (jenama) lain,"  Katanya, kebanyakan pelanggan akan mengaitkan isu kualiti barangan 1Malaysia yang dipercayai lebih rendah berbanding barangan berjenama lain.

Tiada ulasan: