Selasa, 11 Februari 2014

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


ANWAR MB SELANGOR, ANWAR PRESIDEN PKR - UMNO GELABAH PUYUH

Posted: 10 Feb 2014 10:01 AM PST


Anwar bakal MB Selangor.  Anwar bakal Presiden PKR.  Dua perkara ini adalah igauan maha hebat buat Umno.  Gelabah tidak tentu pasal dibuatnya.  Sebab tu aku kata dalam PR tiada tokoh yang ada 'aura' seperti Anwar melainkan Tok Guru Nik Aziz.  Yang lain tu ketokohan ada, tapi tiada 'aura'.  

"Aura' ini jika sebut nama pun musuh dan takut, peminat ada yang fanatik.  Fanatik ni memang tidak baik kepada seseorang, tetapi siapa boleh nafikan memang ada yang fanatik pada Anwar?  Siapa boleh nafikan memang ramai yang fanatik pada Tok Guru Nik Aziz?  Memang sifat fanatik terhadap seseorang itu tidak elok, tetapi perkara ini memang berlaku.

Itulah 'aura' dan Anwar ada benda ini.  Sebut saja Anwar mahu bertanding di PRK Dun Kajang, habis menggelupur pihak musuh.  Peliknya, ada juga sahabat sendiri turut menggelupur.  Musuh menggelupur sebab cita-cita mahu tawan Selangor nampaknya semakin tipis.  Sahabat kita menggelupur takut Khalid yang selama ini jadi MB akan ditukarkan dan diganti oleh Anwar.  Mereka memang harap krisis Khalid dan Azmin berterusan agar akhirnya Khalid gugur, Azmin tidak berupaya dan di pihak mereka ada peluang jadi MB.  Setidak-tidaknya mereka mahu kekalkan Khalid kerana Khalid banyak bantu menjana duit poket untuk mereka.  Bukan rasuah, bukan penyelewengan tapi banyak peluang diberikan Khalid.

Jika Anwar jadi MB Selangor, sudah tentu berbeza kerana selama ini ramai orang-orang PKR di Selangor merungut susah mahu dapat dana atau peruntukan juga sokongan dari Khalid untuk hidupkan parti di kawasan masing-masing akan dibantu oleh Anwar.  Prinsip Anwar pemimpin mesti bertanggungjawab tentukan partinya sentiasa hidup.  MB Selangor bukannya Pengarah Syarikat.  MB Orang politik, dia naik melalui politik dan tentulah sepatutnya dia peka dengan masalah partinya sendiri.  Tidak salah bantu parti jangan bantu individu atau kumpulan.  Ini yang tidak dibuat oleh Khalid sepenuhnya semenjak 2008.  

Balik kita pada Umno.  Umno sudah semestinya mimpikan Selangor siang dan malam.  Selangor negeri kaya dan lubuk duit di Malaysia.  Jika tidak, masakan Khir Toyol benar-benar jadi toyol?  Sebab itulah puak yang paling kecewa bila Anwar di war-warkan jadi MB Selangor adalah Umno.  Anwar bakal berdepan dengan Najib selaku Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.  Rakyat akan nilai mana satu lebih hebat.  Penilaian ini akan dijadikan ilham sewaktu rakyat memilih kerajaan pada PRU ke 14 nanti.  Itu yang Umno takut sangat.

Buat sahabat, lupakan dulu kepentingan diri.  Kita pandang jauh ke hadapan kerana tindakan Anwar ini pastinya akan menguntungkan kita bersama nanti, InsyaAllah.

Tiada ulasan: