Kelab Greenboc |
- [EDISI PELIK] Yang Tawar Buat Ancaman Tak Disiasat, Pelakon Video Pula Yang Dikejar
- [VIDEO PANAS] Pemain T-Team Bersumpah Depan Al-Quran
- Pasangan Malaysia Di Sweden Didakwa Pukul Anak, Masyarakat Dunia Luah Simpati
- UMNO Rasis! Macai Tak Nak Buat Demo Ke? Tak Nak Tampar Taib Mahmud?
[EDISI PELIK] Yang Tawar Buat Ancaman Tak Disiasat, Pelakon Video Pula Yang Dikejar Posted: 11 Feb 2014 12:35 AM PST Hanya di Malaysia, polis mengejar pelakon video, bukan samseng Ada masanya polis sungguh cekap, seperti hari ini apabila mereka memanggil pelakon wanita untuk memberi keterangan tentang peranannya dalam video kontroversi Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Ada masanya pula polis seakan-akan meleret untuk menyiasat jenayah seperti majlis NGO yang menyembelih dua ayam dan menumpahkan darah serta menawarkan ganjaran RM1,200 kepada orang pertama yang dapat menampar Kok. Bagaimana pula dengan tugas polis yang sebenar, seperti memastikan kawasan awam aman dan selamat daripada samseng. Tidak, sebaliknya, polis ingin menyoal Lim Ching Miau, 32, di ibu pejabat polis esok kerana klip video 11-minit yang memaparkan Kok sebagai pengacara feng shui menemu ramah tiga orang panel, membuat jenaka berhubung beberapa isu, termasuk sistem pendidikan di Malaysia dan pencerobohan pengganas di Sabah tahun lepas. Ahli Parlimen DAP itu sedang disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan menggalakkan orang awam melakukan kerosakan awam, dan Seksyen 233 (1) (a) Suruhanjaya Komunikasi dan Akta Multimedia bagi salahguna rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Yang peliknya, polis belum lagi memberi status laporan ke atas mereka yang menawarkan ganjaran untuk menampar beliau, sesuatu yang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, katakan sebagai ancaman tidak serius. Adakah beliau dan pihak polis sedang menunggu jenayah berlaku sebelum mengambil tindakan? Atau ini disebabkan tiada lagi undang-undang pencegahan tahanan untuk digunakan daripada membuat penyiasatan sebenar seperti anggota polis di seluruh dunia sering lakukan? Ataupun sebenarnya, berlakon dalam klip video, sudahlah tidak kelakar, adalah jenayah yang lebih serius daripada menghasut orang ramai untuk menampar seseorang? Dalam negara mana-mana pun, memanggil pelakon tersebut untuk memberikan keterangan akan dilihat sebagai satu intimidasi. Tetapi polis sepatutnya ingat satu perkara: rakyat Malaysia tidak lagi takut dengan ugutan atau intimidasi. Parodi dan video satira politik akan terus dimuatkan di Internet, dan meletup - walaupun tidak disukai mereka yang dikritik secara terbuka dan mereka yang senang terasa dengan apa-apa yang mereka tidak persetujui. Pihak polis sendiri patut melihat bagaimana tidak munasabahnya mereka menyoal orang yang terlibat dalam klip video atas dakwaan fitnah atau hasutan, daripada mencegah jenayah di luar sana. Mereka juga akan melihat betapa ia tidak masuk akal bagaimana mereka belum lagi bertindak atas laporan polis terhadap ahli protes yang mengugut Kok, walaupun mereka sudahpun mengklasifikasi kes itu di bawah Seksyen 505 (c) untuk kerosakan awam dengan tujuan menghasut sesiapa untuk melakukan jenayah ke atas orang lain, serta Seksyen 506 untuk jenayah ugutan. Rakyat Malaysia perlukan pihak polis yang tertumpu kepada pencegahan jenayah, bukannya lakonan yang teruk. -TMI
|
[VIDEO PANAS] Pemain T-Team Bersumpah Depan Al-Quran Posted: 10 Feb 2014 08:21 PM PST Penolong jurulatih, pemain T-Team bersumpah al-Quran KUALA TERENGGANU: Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam ini bersumpah dengan al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu. Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team. Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lalu. Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid. Bagaimanapun, kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu. Ahmad dalam ucapannya berkata majlis mengangkat sumpah itu bagi membuktikan kebenaran insiden tersebut dan meminta para pemain dan pegawai yang menyaksikan kejadian tempoh hari itu supaya tidak berbohong. Ketika ditemui selepas majlis itu, Menteri Besar mencabar Irfan tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar. "Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu. Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata. Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," katanya. Ahmad nyata berbangga dengan kedua-dua individu itu yang tampil bersumpah kerana menurutnya ini jelas membuktikan mereka jujur. Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi. Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan. Beliau sudah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang juga rakan serumahnya dan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Februari. - BERNAMA ULASAN GB Sepatutnya Al-Quran itu menjadi panduan kehidupan manusia dengan mengikuti ajaran-ajaran dan mematuhi hukum-hakam yang terkandung di dalamnya, bukan sekadar digunakan sebagai alat untuk bersumpah. Di dalam Islam jika terdapat keperluan untuk bersumpah, Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita: Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak) maka diamlah. Tidak ada disebutkan perlu seseorang itu mengangkat atau melafazkan sumpah di depan Al-Quran. |
Pasangan Malaysia Di Sweden Didakwa Pukul Anak, Masyarakat Dunia Luah Simpati Posted: 10 Feb 2014 04:45 PM PST Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu. Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu, Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera. Perbicaraan kes berkenaan mungkin ditetapkan pada 18 Februari dan dijangka berlangsung selama 14 hari. Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga. Shalwati didakwa memukul dan mendera anaknya Ammar sebanyak 11 kali, Adam sebanyak tiga kali, Ariff empat dan Aisyah empat kali. Kesemua kesalahan itu dilakukan Shalwati dengan menggunakan tangan, rotan, tali pinggang, termasuk menampar dan memulas telinga serta memukul di tubuh badan. Sementara itu, suaminya pula didakwa mendera dan mendedahkan anaknya kepada kemudaratan di mana terdapat enam pertuduhan menyeksa anaknya Ammar termasuk tidak membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu sehingga terhantuk ke pinggan, empat tuduhan memukul Adam, tiga Arif dan sekali Aisyah. Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk kaunselor dan guru-guru sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas kebajikan. Undang-undang Sweden menetapkan tindakan memukul anak adalah salah disisi undang-undang. Laporan terdahulu memetik peguam pasangan itu Kristopher Stahre memaklumkan, Azizul dan Shalwati akan mencabar pertuduhan tersebut. Sebelum ini pihak pendakwaan menghantar permohonan bertulis kepada mahkamah untuk mendakwa pasangan berkenaan sekitar 6 petang waktu Malaysia pada Isnin. -astroawani
klik untuk baca |
UMNO Rasis! Macai Tak Nak Buat Demo Ke? Tak Nak Tampar Taib Mahmud? Posted: 10 Feb 2014 06:03 AM PST Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu. Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak. Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963. "Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya. Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura. Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik. Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pelan persaraannya bersama pemimpin PBB dan MT BN. Pelbagai tuduhan berlegar di media sosial dengan warga siber menuduh Putrajaya menghakis banyak hak Sarawak dan Sabah dalam perjanjian 18 perkara yang membawa kepada pembentukan Malaysia. Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nisson, berkata Umno hanya "memahami isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam" manakala di Sarawak, parti seperti PBB perlu memenuhi kepentingan pelbagai kumpulan etnik dan kepercayaan agama dan mazhab. "Kita perlu menangani berbilang kaum, agama dengan berhati-hati untuk mengekalkan keharmonian sosial. "Di Sarawak, garis pemisahnya sangat nipis. Justeru, kami perlu bersikap lebih prihatin terhadap sensitiviti rakyat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Terdapat lebih 40 kumpulan etnik di Sarawak. "Oleh itu tiada siapa lagi yang memahami situasi ini lebih baik melainkan rakyat Sarawak sendiri," katanya menjelaskan parti tunjang BN di Semenanjung Malaysia itu sejak kebelakangan ini dilihat gagal menguruskan keperluan masyarakat pelbagai kaum. Pihak pembangkang, khususnya DAP juga tidak bersetuju cadangan kemasukan Umno ke Sarawak. Pengerusi DAP negeri, Chong Chien Jen, menimbulkan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu apabila beliau menuduh Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai pro-Umno dan akan membawa parti Melayu itu ke Sarawak jika beliau menjadi ketua menteri . Abang Johari, timbalan presiden II dalam PBB, merupakan salah seorang daripada tiga individu yang dikatakan bakal dipilih Taib sebagai ketua menteri bagi menggantikan beliau. Apabila Abang Johari menuntut Chong, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa dan ahli Parlimen Bandar Kuching menarik balik tuduhan itu, Chong berkata, beliau hanya akan melakukannya jika DUN membawa usul untuk mengharamkan kemasukan Umno ke Sarawak. Keengganan Chong mengalah menyebabkan Menteri Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem – seorang lagi yang dikatakan bakal dipilih menjadi ketua menteri – bertindak menggantung Chong. Chong masih digantung daripada sebarang persidangan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar baru-baru ini berkata, keputusan untuk membatalkan penggantungan Chong hanya akan dibuat apabila dewan bersidang pada Mei nanti. Chong bakal terlepas beberapa sesi pertama memandangkan Asfia berkata beliau tidak akan membuat keputusan di luar Dewan. Rundi berkata, tindakan Sarawak berpegang teguh dan menghormati perjanjian itu tidak membuatkan mana-mana rakyat Sarawak kurang kesetiaan kepada kerajaan persekutuan. "Kami 100% setia kepada Malaysia. Kami akan bersama-sama Malaysia di saat susah dan senang. "Tetapi hak Sarawak perlu dilindungi," katanya kepada The Malaysian Insider dan menambah Umno tidak berminat melakukannya. -TMI ULASAN GB GB terbaca satu komen di bawah artiekel berkenaan: UMNO tak terasa ke? Tak nak buat demo... Tak nak tampar Taib Mahmud |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan