Jumaat, 7 Februari 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Misteri penghantar surat palsu keluar parti terbongkar

Posted: 06 Feb 2014 09:37 PM PST

 Astro Awani| Kemas kini: Februari 07, 2014

IPOH: Misteri penghantar surat palsu mengenai pengumuman keluar parti ADUN Hutan Melintang dari PKR, S. Kesavan terjawab selepas seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun mengaku menyerahkan surat tersebut.

Warga emas yang dikatakan aktivis PKR itu tampil memberi kenyataan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Khamis.

Warga emas yang menetap di Seri Kembangan itu dikatakan telah diupah untuk menyerahkan surat tersebut ke pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika menghadiri satu program politik di Kajang.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya masih lagi berusaha untuk mengenal pasti seorang lagi yang dikatakan menyerahkan surat tersebut pada lelaki terbabit.

Susulan daripada kejadian tersebut, pihak polis telah merakam percakapan Kesavan termasuk beberapa orang kakitangan di Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

PAS kecam provokasi melampau

Posted: 06 Feb 2014 06:07 PM PST

PAS kesal dengan tindakan provokasi perkauman melampau akhir- akhir ini. Tindakan melampau ini bukan sahaja boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara bahkan ia akan mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap Islam.

Tindakan menyembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan seolah - ianya selaras dengan kehendak syarak.

PAS mengesahkan agar semua pihak bertindak mengikut lunas perundangan dan membawa sebarang isu yang dianggap melampau kepada pihak berkuasa.

Lebih sedih, apabila tindakan menggalakan orang menampar dengan habuan wang itu disasarkan terhadap seorang wanita.

Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa Kok, anjurlah debat dengan beliau sambil menonton video beliau dan tunjukkan di mana yang dituduh sebagai menghina semasa debat. Jangan pula memberi alasan tiada masa.

Berhujahlah menggunakan lidah dan akal dan bukannya melakukan tindakan tidak bertamadun.

Cukuplah bermain isu agama dan bangsa tatkala nilai wang Ringgit, yang jatuh ke paras terendah RM2.624 berbanding mata wang Singapura dan ekonomi negara semakin malap.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
7 Februari 2014

Tiada ulasan: