Jumaat, 7 Februari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pendakwah Minta Maaf Sebar Cerita Tosai Dicampur Tuak

Posted: 07 Feb 2014 12:37 AM PST


[MyNewsHub] PADA 27 Januari lalu, Ustaz Shukri Harun telah menaikkan satu status yang agak kontroversi di Facebook.

Status yang dikatakan bersumber daripada pembakar mayat agama Hindu itu memberi amaran agar umat Islam menjauhi dua makanan India iaitu papadom dan tosai kerana ia digoreng menggunakan minyak biawak dan dicampur tuak.

Ustaz Shukri turut menimbulkan isu berkenaan air kencing lembu disimbah di kuali di restoran mamak.

Status ini mendatangkan perasaan kurang senang sebilangan pihak apatah lagi terdapat ramai juga saudara seislam yang berbangsa India.

Jadi beberapa individu telah menghubungi Ustaz Shukri untuk membetulkan fakta yang silap dan boleh menimbulkan prasangka dalam masyarakat ini.

Selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan, Ustaz Shukri akhirnya memuatnaik status bahawa papadom dan tosai adalah makanan yang seratus peratus bersumberkan sayuran.



Ustaz Shukri turut memohon maaf kepada pihak yang terasa terutama kaum India.


Berkenaan dakwaan bahawa air kencing lembu disimbah di kuali pula, Ustaz Shukri memohon maaf kepada restoran mamak kerana tidak usul periksa sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.


Ustaz Shukri turut dikunjungi Presiden Pengerusi Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM) untuk memperjelaskan salah faham tentang pembuatan papadom dan tosai.


Dari satu segi tindakan Ustaz Shukri pastilah datang daripada niat murni mahu berkongsi dengan umat Islam lain berkenaan makanan yang halal dan bersih.

Namun pada masa sama, sewajarnya kita semua lebih berhati-hati apabila melakukan sebarang perkongsian maklumat terutama yang mempunyai unsur kontroversi.

Hal ini kerana penyebaran maklumat yang dilakukan dibimbangi boleh membawa kepada fitnah dan suasana tidak aman dalam masyarakat berbilang bangsa. – REM RAMZI/7/2/14


Teresa Kok Jelaskan Tajuk Video yang Diputarbelitkan oleh Macai

Posted: 07 Feb 2014 12:14 AM PST



Ekoran putar belit dan fitnah yang dilontarkan oleh macai berkenaan tajuk video di atas, pelbagai reaksi dan kekecohan berlaku. Antaranya demonstrasi ahli NGO yang turut menyembelih ayam serta melumurkan darah ayam tersebut pada poster yang memaparkan gambar pemimpin DAP. Malah mereka turut menawarkan sejumlah wang bagi individu yang dapat menampar muka Teresa Kok. Walhal NGO ini tidak menyiasat pun perkara sebenar tetapi bertindak membabi-buta dan mengapi-apikan sentimen perkauman.

Selepas berlaku kekecohan, Teresa menjelaskan maksud tajuk video itu. Ada portal mesra UMNO menyalahkan Teresa kononnya ahli politik DAP itu sepatutnya lebih awal menjelaskan maksud tajuk yang didakwa mereka menghina orang Melayu. 

Bagi TM, kalau mereka ini bodoh Mandarin atau Kantonis, mengapa terus melulu menuduh Teresa menghina Melayu sehingga membuta-tuli membunyikan tajuk video itu sebagai "Malay, Sei Ley ya," yang jika difahami dari aspek dialek kantonis bermaksud "Melayu, pergi matilah kau.." 

Fikirlah secara logik, adakah Teresa yang merupakan MP Seputeh sanggup melontarkan kata-kata itu, tambah-tambah pula kata-kata itu diungkap dalam sebuah rancangan yang boleh ditonton ramai? Di mana logiknya, Teresa yang menyertai dan mendokong parti berbilang bangsa boleh berkata begitu?

Siapa sebenarnya yang memainkan api perkauman di Malaysia sejak dulu lagi?

Fikir. Selebihnya, jangan jadi macai yang hanya tahu memainkan api perkauman demi memastikan parti anutan mereka kekal berkuasa.





Sembelih Ayam dan Provokasi Melampau: Pakatan, Proham Kutuk Tindakan NGO Islam

Posted: 06 Feb 2014 08:18 PM PST


[MK] Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi manusia Proham mengutuk sekumpulan NGO Islam yang menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR semalam.

Mereka juga mengecam tindakan menggalak orang menampar Ahli parlimen Teresa Kok dengan ganjaran RM1,200, susulan kontroversi video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pakatan dan NGO hak asasi itu menganggap tindakan kumpulan 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' semalam bertentangan undang-undang kerana mengapi-apikan sentimen kebencian dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

"Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa Kok, anjurlah debat dengan beliau sambil menonton video beliau dan tunjukkan di mana yang dituduh sebagai menghina semasa debat.

"Jangan pula memberi alasan tiada masa. Berhujahlah menggunakan lidah dan akal dan bukannya melakukan tindakan tidak bertamadun," kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataanya, bekas pensyarah itu juga berkata tindakan menyembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan seolah-olah ia dilihat selaras dengan kehendak syarak.

Bersetuju dengan Tuan Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kesal dengan tindakan kumpulan itu yang dianggap memalukan Islam, Melayu dan negara bahkan beliau menyindir bahawa tiada agama, bangsa atau lelaki sejati yang membenarkan perempuan dipukul.

"Sebagai seorang lelaki, saya rasa malu apabila lelaki lain dengan bangga dan tak malu boleh memanggil untuk menampar seorang wanita dan diberi ganjaran untuk itu.

'Lelaki sejati tak pukul wanita'

"Lelaki yang sejati tidak memukul wanita dan keganasan perlu dihindari dari wacana awam dan arena politik. Jika tidak, demokrasi gagal dan Malaysia akan menuju pemerintahan diktator dan masyarakat tidak bertamadun," katanya.

Sebagai tindakan lanjut, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengarahkan wakil rakyat DAP dipilih membuat polis di seluruh negara berhubung tindakan kumpulan itu.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata tindakan kumpulan itu dianggap satu perkara yang serius dan pasti menyalahi undang-undang negara dan dihadap ke muka pengadilan. 

"Pentadbiran Datuk Sesi Najib Razak wajib mengecam tindakan provokasi ini yang cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila beliau baru minggu lalu menggariskan empat perkara utama dalam rancangan rekonsiliasi nasional yang mana salah satu adalah aspek sosial," kata Fahmi

Manakala Setiausaha Agung Proham Datuk Dr Denison Jayasooria dan exconya Datuk Kuthubul Zaman Bukhari pula turut mengecam tindakan kumpulan itu yang dianggap melampaui kebebasan demokrasi.

Dalam kenyataan bersama, mereka juga menggesa polis mengambil langkah yang sepatutnya untuk memberi perlindungan keselamatan kepada Teresa.

Mereka turut menggesa polis, kementerian dalam negeri dan peguam negara mengambil tindakan segera terhadap kumpulan itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. - 7/2/14



Tiada ulasan: