Jumaat, 7 Februari 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Ada Soal-selidik Tentang Seks Di Sekolah

Posted: 07 Feb 2014 01:01 AM PST


Soalan seks untuk murid sekolah?

SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.

Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.

Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).

Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.

"Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.

"Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii," katanya.

Arul Kumar berkata, tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.

"Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.

Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

"Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.

"Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.

"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.

"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya.

Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil. -SH


Tinjauan seks: Kementerian tunggu penjelasan JPN


Kementerian Pelajaran menunggu maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPN) berhubung dakwaan tinjauan kecenderungan seks yang dilakukan ke atas murid sekolah rendah kebangsaan di Nilai.

Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata setakat ini pihak kementerian juga belum dapat memastikan jika insiden yang didakwa itu benar-benar berlaku.

"Kita belum dapat maklumat lagi daripada pihak negeri berkenaan perkara ini. Kita kena lihat apa yang sebenarnya berlaku.

"Sistem dan cara kita ada (untuk menangani perkara ini) termasuklah prosedur dia," katanya pada sidang media merasmikan pelancaran buku teks digital Kementerian Pendidikan yang meliputi 313 jenis buku teks di Petaling Jaya pagi ini.

Semalam dua wakil rakyat DAP memfailkan rungutan mereka dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhubung satu tinjauan berkaitan kecenderungan seks yang didakwa berlaku di satu sekolah rendah di Nilai.

ADUN Nilai J Arulkumar dan ADUN Senawang P Gunasekaran berkata mereka dimaklumkan perkara itu oleh seorang ibu bapa pelajar berusia 10 tahun minggu lepas.

Antara soalan yang ditanya adalah sama ada pelajar pernah melakukan onani atau menonton bahan lucah dan sama ada mereka mempunyai kawan istimewa atau kekasih.

Pelajar juga didakwa turut ditanya jika mereka mempunyai minat terhadap sesama jantina atau berhasrat untuk menukar jantina mereka.

Selain itu mereka juga didakwa ditanya jika mereka ada bertukar-tukar pasangan, melakukan seks sejenis, melakukan seks di luar tabie atau mengamalkan perancangan keluarga.
-mk




[VIDEO] Subhanallah, Walau Buta, Muadz Mampu Hafal 30 Juz Quran

Posted: 06 Feb 2014 11:00 PM PST

Mampu menghafal Al-Qur'an adalah kurnia Allah yang tak ternilai harganya, dan tidak semua orang diberikan kurnia ini. Menghafal Al-Qur'an itu mudah, tidak sulit. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja, tak kira berapapun usia dan apapun bidang seseorang bukan menjadi faktor dan alasan yang membuat menghafal itu menjadi susah. Kanak-kanak, remaja, tua dan dewasa, semua boleh menghafalkan Al-Qur'an. Sehinggakan seorang buta pun boleh melakukannya. Inilah yang terjadi pada seorang anak yang cacat penglihatan berasal dar Mesir ini. Buta namun hafal Al-Qur'an.

Mu'adz namanya, ia adalah seorang anak yang lahir kurang beruntung layaknya seperti manusia normal yang lain. Anak ini lahir dalam keadaan tidak dapat melihat (buta). Sebagaimana orang buta lainnya, ia tidak boleh banyak melakukan sesuatu, terbatas oleh ketidakmampuannya untuk melihat. Namun, meskipun buta ada yang unik tentang anak ini, ternyata Mu'adz telah berhasil menghafalkan Al-Qur'an lengkap 30 juz. Sejak awal ia melakukannya (menghafal) dengan penuh kesabaran, dan didorong oleh motivasi yang tinggi. Hingga pada usianya yang ke-11 tahun ia berhasil mengkhatamkan hafalan Al-Qur'an. Sesuatu yang tidak semua orang dapat melakukannya, oleh manusia normal sekalipun.

Pembaca sekalian, mungkin bagi kita yang telah diberikan nikmat penglihatan oleh Allah menganggap mata adalah jendela dunia. Tanpanya, hidup ini terasa tidak lengkap dan sempurna. Bayangkan saja, jika sebelumnya kita dapat melihat (penglihatan normal) ternyata akhirnya ditakdirkan buta – na'udzubillah, apa yang terjadi? Kita tentu bersedih dan menderita kerana tidak dapat melihat lagi.

Namun, bagi Mu'adz ia sama sekali tidak pernah bersedih ataupun mengeluh dengan atas derita yang alami ini. Justeru ia bersyukur kepada Allah atas takdir dan kondisinya sekarang. Itu ia tunjukkan dengan menghafal Al-Qur'an. Keterbatasan fizikal tidak membuatnya terhalang untuk menghafal Al-Qur'an. Anak ini menganggap bahwa takdirinya ini (buta) menjadi jalan baginya untuk dapat menghafal Al-Qur'an.

"Dalam salatku, aku tidak meminta kepada Allah agar Allah mengembalikan penglihatanku…"

Dalam sebuah rakaman video acara TV yang dipandu oleh seorang imam masjid, iaitu Syaikh Fahd Al-Kandari, sempat mewawancarai Mu'adz. Bertanya bagaimana ia dapat menghafal Al-Quran dalam keadaannya ini. Semangatnya untuk menghafal ayat-ayat Allah yang mulia membuat langkah kakinya ringan untuk pergi ke tempat gurunya. Dan terjadilah dialog antara syaikh Al-Kandari dan Mu'adz.

"Saya yang datang ke tempat syaikh," kata Mu'adz.

"Berapa kali dalam seminggu?" Tanya syaikh.

"Tiga hari dalam seminggu," jawabnya.

"Pada awalnya hanya sehari dalam seminngu. Lalu saya mendesak beliau (syaikhnya) dengan sangat agar menambah harinya, sehingga menjadi dua hari dalam seminggu. Syaikh saya sangat ketat dalam mengajar. Beliau hanya mengajarkan satu ayat saja setiap hari," sambungya.

"Satu ayat saja?" ujar beliau terkejut, takjub dengan semangat waja anak ini.

Dalam tiga hari itu ia khususkan untuk belajar ayat-ayat suci Al-Qur'an, tidak ada waktu keluar bermain dengan kawan-kawan sebayanya. Sang penyiar TV tersenyum dan menepuk paha anak itu tanda kagum, disambut senyum ceria oleh anak ini.

Yang lebih mengagumkan dalam dialog itu adalah pernyataan Mu'adz tentang kebutaannya. Ia tidak berdoa kepada Allah agar Allah mengembalikan penglihatannya, namun rahmat Allah-lah yang ia harapkan.

"Dalam salat, aku tidak meminta kepada Allah agar Allah mengembalikan penglihatanku," kata anak ini.

Jawaban anak ini membuat sang syaikh makin terkejut.

"Engkau tidak ingin Allah mengembalikan penglihatanmu? Mengapa?" tanyanya kehairanan, seolah tak yakin.

Dengan wajah meyakinkan, anak itu memaparkan alasannya. Bukannya ia tak yakin pada Allah, bukan. Namun ia menginginkan yang lebih indah dari sekadar penglihatan.

"Semoga menjadi keselamatan bagiku pada hari pembalasan (kiamat), sehingga Allah meringankan perhitungan (hisab) pada hari tersebut. Allah akan menanyakan nikmat penglihatan, apa yang telah engkau lakukan dengan penglihatanmu? Saya tidak malu dengan cacat yang saya alami. Saya hanya berdoa semoga Allah meringankan perhitungan-Nya untuk saya.




[KETERLALUAN] Polis Diam Saja Sekalipun Dicabar Di Depan Mata!

Posted: 06 Feb 2014 04:05 PM PST


Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200 kata NGO Islam

Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.

"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.

"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.

Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.

"Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita," katanya.

Terdahulu kira-kira 50 individu menggelarkan diri mereka "Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia" bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon dari PKR.

Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu" oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.

Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia itu berkata, tindakan mereka itu juga turut disokong kaum Cina lain yang menentang perbuatan pemimpin DAP itu.

"Beliau ialah rakan kita Sunny Goh iaitu Pengerusi Perhubungan Hal Ehwal Masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib). Beliau juga tidak suka dengan perbuatan pemimpin pembangkang yang sebangsa dengannya," katanya.

Zulkifli berkata lagi, beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli parlimen itu.

"Kita serius dengan tawaran ini, tidak main-main. Ini adalah akibat kerana mulut celupar beliau. Kita mahu beri amaran supaya kelak ahli parlimen itu lebih berhati-hati dalam perbuatannya dan polis kena siasat betul jangan kerana beliau ahli parlimen maka dilepaskan," katanya. -TMI

ULASAN GB

Polis berdiam sajakah walaupun dicabar di depan mata?

Adegan di atas jelas menunjukkan kumpulan tersebut meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, senang-senang nak tampar orang lain, senang-senang mahu melakukan jenayah tanpa sebarang tindakan.

Sedangkan video Teresa Kok yang berupa sindiran jenaka yang belum terbukti ada unsur jenayah telah dibuka kertas siasatan oleh pihak polis.

Namanya "pertubuhan Islam" tetapi perangainya lebih teruk dari kafir yang dikutuknya itu.

Sekali lagi integriti dan kredibiliti polis dipersoalkan dan tercabar. Jika selama ini, perhimpunan aman melibatkan Pakatan Rakyat terus saja dikenakan tindakan siap dengan menghantar FRU tetapi jika perhimpunan-perhimpunan yang melibatkan UMNO BN sekalipun ternyata berbaur hasutan dan menyemarakkan api perkauman, polis berdiam diri.

Jika senario hodoh ini berterusan, Menteri KDN dan Ketua Polis Negara perlu letak jawatan atau hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Yang bersalah pasti menerima hukuman daripada"Nya".

TOL Tangguh Tapi Insurans Bakal Dinaikkan, BN Perbodohkan Rakyat

Posted: 06 Feb 2014 04:50 AM PST

BN perlu beku kenaikan insuran kereta, rakyat sedia terbeban

Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyifatkan pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan ke atas syarikat takaful adalah tambahan yang membebankan rakyat.

"Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, namun kenaikan insuran 15 peratus adalah kenaikan yang tinggi.

"Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda," kata Azrul yang dipetik daripada kepada Keadilan Daily.

Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia meluluskan kenaikan premium insuran takaful 15 peratus membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan bas ekspress, bermula 15 Februari ini.

Azrul berkata, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.

"Di bandar ada pengangkutan awam, jika ingin berjimat. Tetapi, penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam dan terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.

"Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika enggan bayar, pengguna tidak dapat cukai jalan. Penduduk kampung terpaksa menanggung kenaikan dan penduduk bandar turut terbeban.

"Kita tidak dapat menjangkakan apa lagi yang naik selepas ini. Siapa tahu pula, selepas ini cukai jalan pula akan dinaikkan," katanya. -selangorku


Pembangkang Gesa Beku Kenaikan Insurans Kereta


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan membekukan pelarasan kadar baharu insurans kenderaan yang dijangka akan berkuat kuasa 15 Februari ini.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) berkata, kenaikan kadar premium insurans akan meningkatkan lagi bebanan rakyat khususnya ketika peningkatan pelbagai kos lain.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengeluarkan arahan segera agar kenaikan kadar premium insuran kereta dibekukan serta-merta dengan mengambil kira kesusahan rakyat sekarang.

"Sudah tentu jika kenaikan premium insuran kereta ini diteruskan juga, ia akan menjadi salah satu dari isu yang akan dibawa di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang nanti," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, keatas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu


Tiada ulasan: