Isnin, 3 Februari 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PRK Kajang: BN Akan Kalah Teruk Jika Terus Gunakan Seks Sebagai Modal Kempen

Posted: 03 Feb 2014 01:08 AM PST


Guna taktik keji & lucah, SPR mesti bidas Umno – Surendran

KUALA LUMPUR 3 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak membidas rancangan Umno untuk menggunakan taktik keji dan lucah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang, kata Naib Presiden KEADILAN N Surendran.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam yang menyatakan bahawa parti itu akan menggunakan rayuan kes Firnah II Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen BN dalam PRK Kajang.

"Ini tindakan yang tidak beretika, kotor dan terdesak oleh Umno untuk menuduh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil nanti.

"Pengerusi SPR mestilah tanpa kompromi dan pro-aktif mempertahankan integriti proses pilihan raya.

"Ini adalah kewajipan untuk berbuat demikian di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan

"Kegagalan berbuat demikian membuktikan SPR adalah 'harimau tak bertaring' dan berat sebelah, malah memihak kepada BN" ,
kata Surendran dalam kenyataan.

Dalam pada itu kata Surendran, rancangan Umno menjalankan kempen 'seks dan kotor ' tidak boleh dipandang ringan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno bertanggungjawab atas kaedah kempen kotor Umno-BN.

"Sebelum ini Umno pernah mengumumkan secara terbuka untuk menjalankan kempen 'seks dan kotor' terhadap lawan politiknya.

"Sebagai Perdana Menteri dia tidak sepatutnya membenarkan kempen jijik seperti ini dilakukan oleh parti politiknya," kata Surendran.

Tambahnya, Umno masih lagi tidak sedar kesalahan moral yang dilakukan dalam kempen pilihan raya sejak 1998 lagi.

"Umno merancang menggunakan rekayasa tuduhan terhadap Anwar auntuk menipu dan mengelirukan pengundi pada pilihanraya kecil di Kajang nanti".

"Umno mengambil jalan pintas dalam berpolitik kerana mereka takut kesan kenaikan harga barang dan rasuah dalam BN itu sendiri", kata Surendran -KD


hmad: Isu seks Anwar jadi modal BN di Kajang




Rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.

"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah.

"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka.

"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat tertutup pilihan raya kecil DUN Kajang anjuran Umno bahagian Hulu Langat.

Rayuan kes liwat itu diketuai pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini, depan tiga orang hakim.

Lipat ganda usaha

Berkaitan isu video, Ahmad dipercayai merujuk video yang didedahkan oleh Trio Datuk 'T' pada 21 Mac 2011 dan dipertontonkan kepada wakil media di Hotel Carcosa Seri Negara.

Bagaimanapun Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata jentera pilihan raya Umno perlu melipatgandakan usaha bagi mendedah wajah sebenar ketua umum PKR itu supaya pengundi Kajang tidak tertipu seolah-olah kesnya itu sudah selesai.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, ho, dia ini dah lepas.

"Tak betul, tak betul. Dia ini belum lepas. Dia belum lepas kes liwat, dia belum lepas hakim di Mahkamah Rayuan. Saya sebut ini tentang fakta. Adakah apa yang saya sebut ini tak betul?

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar, bahawa Anwar Ibrahim belum lepas lagi kes liwat dia di Mahkamah Rayuan," kata Ahmad.

Sementara itu, beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata data-data setakat ini menunjukkan BN berpeluang memenangi pilihan raya kecil Kajang.

"Saya menaja program (taklimat tertutup) ini untuk memberikan semangat kepada mereka dan menunjukkan data-data bahawa tak mustahil kita boleh menang di Kajang ini," katanya.

Kekosongan kerusi itu berlaku selepas penyandang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ - sekaligus mencetuskan spekulasi beliau bakal mengambil alih tugas menteri besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.
- mk


ULASAN GB

UMNO & Fitnah Seks memang tak dapat dipisahkan.

GB ingin menyatakan: teruskanlah kerja fitnah seks kamu itu kelak yang akan ditimpa kehinaan bukan orang yang kamu sasarkan sebaliknya adalah diri kamu sendiri.

GB sentiasa, di dalam blog ini mengingatkan pihak tertentu tak kira siapa dan dimana jua bahawa rancangan jahat dan zalim itu tidak akan menimpa orang lain, sebaliknya akan menimpa mereka yang merancangnya.

Itu adalah hukum kebenaran dan keadilan. Itu adalah hukum Allah dan tercatat jelas di dalam Al-Quran:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang.[Fatir: 43]

Tidakkah mereka melihat kehinaan yang menimpa ke atas Raja Blogger Seks mereka, papagomo?

[VIDEO] Video Lawak Teresa Kok Sindir Rosmah Sebabkan UMNO Meroyan

Posted: 02 Feb 2014 08:45 PM PST

Video CNY Teresa Kok cetus kontroversi

Apa yang mengundang gelak ketawa dalam video ucapan Tahun Baru Cina oleh ahli parlimen Seputeh Teresa Kok mengundang satu lagi kontroversi antara kaum.

Kali ini, naib pengerusi DAP itu, yang sebelum ini secara salah dituduh mengkritik seruan azan, dituduh "biadap" dan "menghasut kebencian kaum".

Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Isnin lalu, Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.

Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.

Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .

Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.

Walaupun tidak secara langsung, penonton video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Kok mungkin mengaitkan ini kepada kegemaran Rosmah membeli barangan mewah dan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta. -mk


Video 'Onederful': Teresa enggan mohon maaf


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok hari ini menegaskan beliau tidak akan memohon maaf sekali gus mempertahankan video sempena Tahun Baharu Cina yang dilakonkannya hanya sebagai lawak jenaka yang disasarkan kepada kaum Cina.

Menurutnya, video sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu merujuk kepada isu semasa dan tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak.

"Minta maaf? Siapa makan cili dia terasa pedas.

"Video itu dalam dialek Mandarin dan Kantonis, saya tujukan untuk golongan yang faham bahasa itu.

"Saya juga hanya lakukan untuk tujuan lawak jenaka sempena Tahun Baru Cina, jangan serius sangat, ia hanya (watak) khayalan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Teresa ekoran penerbitan video berjudul 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang disifatkan berunsur hasutan, mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mengutuk tindakan Teresa itu yang dianggap biadab.

Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dilihat sebagai jenaka oleh sesetengah pihak, bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.

"Kami mengutuk video ini yang bersifat perkauman. Kami kecam video ini yang boleh menggugat keharmonian rakyat," katanya.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.
- SH




ULASAN GB

GB tak nampak ada isu perkauman di situ - ia hanyalah royanan golongan orang "yang terasa pedas kerana termakan cili" sepertimana kata Teresa.

Yang dibangkitkan oleh video berkenaan hanyalah isu-isu semmasa yang telah diketahui oleh seluruh rakyat di negara ini.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan - lagi dihebohkan lagi tersebar luas video berkenaan dan masyarakat boleh membuat penlaiannya. Memang tak wujud isu perkauman sepertimana yang digembar-gemburkan oleh UMNO.

Laporlah seberapa banyaknya. Siasatlah. Akhirnya sama macam "kes azan" dulu. Akhirnya Khir Toyo yang terpaksa meminta maaf dan membayar Teresa sejumlah wang kerana memfitnahnya.

Kali Ini Betul-betul Lembu Berarak Di Pulau Pinang

Posted: 02 Feb 2014 05:05 PM PST


Tanjung Tokong - Hampir lima minit beberapa pemandu di hadapan Kompleks Island Plaza kelam kabut seketika.

Bukannya disebabkan kemalangan ataupun kerja penyelenggaraan jalan, rupa-rupanya ia disebabkan lembu berkeliaran di tengah jalan raya.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam itu bukanlah kali pertama berlaku.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Tokong, Mohd Asrul Ismail berkata, lembu-lembu berkenaan dipercayai diternak beberapa individu di Bagan Jermal.

Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana lembu berkenaan boleh berkeliaran di tengah-tengah kesibukan jalan raya di Tanjung Tokong tanpa pemiliknya.

"Saya sendiri dengan anak-anak terkejut pada dua hari lalu bila tengok lembu ini beratur panjang di jalan raya.

"Pada masa itu memang kereta yang sedang buat pusingan U dan melalui lampu isyarat terpaksa mengelakkan kawanan lembu ini untuk memberikan laluan, agak kelam kabut jugalah," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan seorang penunggang motosikal hampir kemalangan gara-gara terkejut lembu berada di tengah jalan raya.

Kebiasaannya kenderaan menghala ke Persiaran Gurney dari arah Tanjung Tokong agak laju kerana jalan raya yang lengang.

Namun, dia terpaksa brek mengejut kerana kira-kira 20 lembu tanpa pemilik memenuhi jalan.

Kehadiran sekumpulan lembu berkenaan juga menjadi tanda tanya kepada pengunjung kedai nasi kandar berhampiran.

Sabaruddin Ali sebelum ini langsung tidak pernah ternampak lembu yang begitu banyak di situ.

"Jika hendak diikutkan memang susahlah hendak nampak lembu tengah bandar ini, memang agak berbahaya kerana lembu itu tidak dikawal oleh pemiliknya.

"Terasa agak lucu tetapi sebenarnya ia membahayakan pengguna jalan raya, bayangkan jika lembu ini menuju ke arah Plaza Gurney, sudah pasti kecoh," katanya.

Mohd Asrul menggesa supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tindakan dengan mencari pemilik lembu berkenaan.

"Saman perlu dikenakan kepada pemiliknya kerana sesuka hati membiarkan lembu ternakan sehingga bahayakan keselamatan pengguna.

"Jika pemiliknya masih degil, senang sahaja, MPPP boleh tangkap lembu ini dan lelong," katanya. -SH

ULASAN GB

Dah keluar pun petunjuk itu .... hukum alamiah... hukum kebenaran dan keadilan... ayat manzurah... sebutlah apa saja .. ia adalah mungkin gambaran apa yang berlaku di Pulau Pinang iaitu "kumpulan lembu berdemo" - bukan pertama kali berlaku tapi rupanya dah banyak kali...

Terjadi selepas beberapa hari berlakunya "demo 13 Mei" membantah demo kangkung!

Tiada ulasan: