Isnin, 3 Februari 2014

.

.


Nazree Yunus rebut ketua AMK

Posted: 03 Feb 2014 03:36 AM PST

LAPORAN LEWAT                                                                            

Semalam Mohd Nazree  Mohd Yunus telah mengesahkan akan ikut sama merebut jawatan ketua AMK yang akan dikosongkan dalam kongres parti itu akhir Mac depan. Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis cukup meriah bertempat disalah sebuah ruang kedai under ground Dataran Merdeka.

Melihatan kepada suasana dan tempat majlis pengumuman itu diadakan, ia semacam gerakan bawah tanah pulak?

Sebenarnya tidak begitu. Majlis itu terbuka kepada media massa. Hadir sama memamtau ialah ketua AMK Shamsul Iskadar Md Akin. Kelihatan sama Pengarah Latihan dan Strategi PKR Kelantan, Dr Wan Suhaimi Wan Daud.



Apa yang menarik, pengumuman semalam secara berpasukan. Tampak Nazree serius untuk mengepalai anak muda dalam PKR. Sambutan dan sokongan juga padu apabila anak muda datang dari berbagai daerah. Beliau dan teamnya juga kemas dalam membuat tawaran untuk bertanding. Selain beliau dua orang Adun Selangor juga dikatakan akan ikut sama merebut jawatan itu.

Beberapa minggu lepas Adun Batu Cave, Amiruddin Shaari telah mengumumkan untuk merebut jawatan berkenaan. Khabarnya majlis pengumuman Amiruddin juga tidak kurang hebatnya. Ia diadakan disebuah restoran mamak di Jalan Ampang dan turut sama dihadiri Shamsudl Iskandar.

Pengumuman Amiruddin itu tidak berpasukan, hanya sendirian saja. Saya juga turut dijemput tetapi kerana masa tidak mengizinkan tidak hadir.

Seeorang lagi yang disebut akan ikut sama bertanding ialah seorang Adun Selangor. Adun ini bagaimana pun belum membuat apa-apa pengumuman mungkin sedang melihat suasana dan perkembangan selanjutnya. Dari tokoh pemuda PKR yang ingin merebut jawatan ini Nazree dikira dari rahang pemuda kerana seorang berpersonaliti, manakala dua lagi tidak terlibat secara aktif dalam AMK.

Nazree merupakan salah seorang dari beberapa orang naib ketua AMK yang banyak memabntu Shamsudl Iskadar menggerakkan AMK. Beliau bolehlah dianggap sebagai 'asoib' dalam AMK, apabila tidak ada ada sesiapa berminat bila ditawarkan untuk dilantik menjadi naib ketua AMK. Justeru penawaran dibuat oleh beliau dilihat sebagai kesenimbungan perjuangan di dalam sayap kanan PKR itu.

Sambutan hangat majlis mengumumkan bertanding merebut jawatan itu menunjukkan gelanggang sayap kanan Parti Keadilan Rakyat itu sedang mendapat perhatian hangat ana-anak muda yang mahu berkecimpung dalam politik. Ini sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap PKR hanya parti sirpihan yang kecil sahaja yang tidak ada tenaga kerja dan penggerak. Segelintir anak-anak muda sering merendah-rendahkan keupayaan Pas.

Paling merujakan juga mereka yang menyertai AMK terdiri dari anak-anak muda berpendidikan dari berbagai bidang termasuk iktisas, profesional dan agama serta mereka yang dikenali sebagai lasak dalam menggerak pelbagai isu masyarkat.

Perebutan jawatan AMK kali ini menarik dan menguji minda anak-anak muda dalam PKR. Mereka akan diuji apakah mereka membuat pilihan berdasarkan kebolehan atau track record kepimpinan seseorang ataupun jawatan. Ini kerana dua dari tiga calon itu berkedudukan dan berjawatan sebagai wakil rakyat. Hanya Nazree yang tidak menjadi wakil rakyat. Dalam pilihan raya lalu beliau ikut sama bertanding di Negeri Sembilan tetapi tewas ditangan Hassan Malik. Nazree merupakan pengarah pilihan raya PKR Negeri Sembilan.

Tidak mempunyai jawatan wakil rakyat bukan bermakna Nazree terkebelakang. Jika diperhatikan kepada penglibatannya dalam gerakan sebelum ini menunjukkan dia berkelayakan dan calon pantas untuk memimpin anak muda dalam PKR. Beliau dilihat sudah masak dalam gerakan pelajar dan sosial.

Mungkin ramai yang tidak tahu Nazree merupakan seorang pecorak dan penggerak kepada gerakan mahasiswa negara ini. Penglibatan beliau dalam dunia mahasiswa merupakan aset utama buatnya untuk membawa anak-anak muda PKR dalam satu landasan perjuangan yang mampan dan terarah dan fokus. Sudah tentu pengalamannya di kampus dan juga ruang sosial lain membantu meletakkan anak-anak muda PKR menjadi golongan penggerak yang bukan sahaja berani tetapi berkualiti.

Beberapa jawatan atau gerakan mahasiswa dan sosial dipegang oleh Nazree. Antaranya beliau pernah menjadi presiden Mahasiswa Islam (PIM) Universiti Malaysia (2005-2006), pernah menjadi presiden Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (Permanis) (2004-2005). Selain itu beliau juga terlibat dalam gerakan sosial pernah menjadi Pengerui Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) (2008-2010) dan lain-lain.

Pengalaman yang ada itu sudah cukup munasabah kalau Nazree mengumumkan untuk menawarkan dirikepada anak-anak muda PKR sebagai ketua. [wm.kl.7:35 pm 03/02/14]


Ahmad Maslan langgar signal Zahid?

Posted: 02 Feb 2014 05:05 PM PST

MENJERNIH MINDA                                                                        

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan (foto) nampaknya telah memberi isyarat awal agar pilihan raya kecil DUN Kajang bakal diadakan, dilumuri dan dihiasi dengan isu yang kotor dan menjijikkan mengenai moral Anwar. Dalam satu kenyataan Ahamad memberi tahu isu liwat yang membabitkan Anwar tidak boleh didiamkan dan rakyat kena diberi tahu.

Beliau juga membuat psywar mengatakan pembangkang meletakan calon yang dibebankan oleh kes mahkamah. Beliau merujuk kepada kes rayuan Anwar berhubung kes liwat II yang masih dibicarakan dimahkamah ketika ini.

Katanya kes video membabitkan 'pembacuh kopi' menyebabkan timbul pesepsi buruk terhadap Anwar kerana mahkamah masih belum memutuskannya. Perkara itu tegasnya tidak boleh disembunyikan dan pengundi di Kajang kena diberi tahu.
Isyarat atau topik dibicarakan Ahmad itu menjelaskan apakah modal utama yang bakal digunakan oleh UBN dalam pilihan raya kecil itu.

Tidak sepatut sebagai seorang menteri muda yang berpendidikan tinggi dan dapat CGPA tinggi dalam peperiksaan memberi ruang agar kempen di Kajang menjadi cemar dan jijik. Isyarat diberikan Ahmad itu lebih jijik dari kes membabitkan ketua pembangkang itu sendiri.

Tindakan beliau itu sebagai tidak bermoral dan politik kelas longkang dan kangkung saja. Bahkan ahli Umno sendiri juga sudah muak dengan kes berkenaan yang tidak pernah habis dan tamat dari diperkatakan.

Sebagai tokoh muda yang lebih bermoral dari Anwar (?), Ahmad sepatutnya menutupi ruang politik sebegitu dari dicabuli oleh isu-isu yang perit untuk kita dengari kerana ia adalah salah satu tanggungjawab dan tuntutan agama agar menutup aib seseorang.

Pilihan raya kecil itu akan sah kalau pun isu yang menimpa dan dikaitkan Anwar itu tidak dimainkan. Sudah lebih 15 tahun isu moral Anwar made in Mahathir Mohamad itu dijaja dan diperdagangkan untuk kepentingan politik. Rasanya 29 juta rakyat Malaysia termasuk yang sedang dikandung oleh ibu-ibu sekarang ini sudah mengetahuinya isu itu gara-gara hebatnya publitisi dan jampi serapah tentangnya dilakukan Umno.

Apakah Ahmad tidak ada tanggungjawab sosial dan agama di dalam hal ini? Masih banyak lagi isu dan modal yang boleh dijual dan dibangkitkan untuk BN merampas kerusi Kajang itu. Isu-isu GST, kenaikan harga barang, jenayah, pemborosan wang dan sebagainya adalah isu-isu relevan bagi BN menjelaskan kepada rakyat. Rakyat masih dalam kebingungan mendepani isu-isu berkenaan yang 'digumba' oleh pembangkang malam dan siang. Sudah sampai politik negara kita diberi nilai tambah sesuai dengan perubahan zaman dan para pemainnya.

Isu mengenai moral Anwar sudah mangli (klise) bagi rakyat. Sudah tiga kali pilihan raya umum dan pilihan raya kecil diadakan isu mengenai moral Anwar menjadi isu aulia, tetapi ternyata BN tidak dapat menambahkan undi sebaliknya semakin berkurangan dan berkurangan sehinggakan undi popular UBN berkurangan lebih 2% dari diperolehi Pakatan Rakyat.

Apakah BN masih terus hendak berniaga barang yang basi sedangkan ia ditolak. Di sinilah mengundurnya politik orang Melayu. Tampak sangatlah BN dan Ahmad Maslan sendiri tidak kreatif dan dinamik dalam mencari isu-isu dan modal ampuh untuk berniaga?

Seorang ketua penerangan yang juga menjadi pemikir parti (biro politik), Ahmad patut berfikir jauh dari luar jendela yang dibuka Mahathir menerusi isu berkenaan. Sebaik-baik dia menjadi penutup kepada isu itu barulah dia dilihat seorang yang berwibawa. Sikap dan pendekatan diambil oleh bekas bosnya Mustapa Mohamed, wajar dicontohi. Untuk rekod Ahmad pernah menjadi setiausaha politik kepada Mustapa. Tidak pernah terkeluar dari mulut Mustapa mengenai keburukan Anwar Ibrahim apa lagi menyebut soal liwat dan seks.

Rakyat negara ini akan senang kalau takdir pilihan raya itu membabitkan Anwar, isu-isu buruk dan jelek mengenainya tidak dibangkitkan. Orang akan tabik kepada Ahmad sebagai ketua penerangan kerana tidak lagi mengheretkan kebusukkan dan kehanyiran dalam kempen. Beliau juga akan dianggap sebagai 'implemator' kepada aspirasi Najib yang hendak membawa politik cara bermoral.

Melenyapkan isu-isu moral sebegitu, baik terhadap sesiapa, ia akan meletakkan kempen politik di negara ini menjadi sihat dan politik kita juga berkualiti.

Cara Ahmad memberi isyarat dan beri muka itu juga semacam beliau tidak faham maksud dilontarkan oleh Naib Presiden orang paling berpengaruh di dalam Umno kini, Ahmad Zahid Hamidi yang seakan mahu berkompromi dengan pelan transisi bikinan PKR itu di Kajang itu. Apabila Zahid meminjam slogan "Lawan Tetap Lawan" sepatutnya Ahmad sedar dan faham apakah maksud tersembunyi di sebaliknya. (Kalau ilusi politik kita tumpul sangat Ahmad boleh sms Zahid menanyakan maksudnya).

Untuk tenang di hujung muara Ahmad perlu mencari jalur hidup yang jernih dan tenang.

Kalau orang-orang cerdik dan bijak seperti Ahmad Maslan pun masih berminat dengan isu-su seperti liwat, rogol, perkosa, lesbian, mak ngah dan sebagainya, apalah sangat diharapkan dari ahli politik biasa yang pendidikan dan kesedaran agama dan sosialnya jauh lebih buruk dari Ahmad. Kalau yang memberi isyarat itu orang-orang seperti Noh Omar, Fuad Zarkasi atau Inche Ibrahim Ali ia tidak memelikkan sangat. Isu-isu huduh dan busuk begitu pantas sekali dimainkan oleh mereka.

Ahmad Maslan perlu memikirkan apakah sebab dan peranannya maka beliau dilantik menjadi ketua penerangan. Yang perlu diberikan penerangan tentulah hal-hal yang baik dan oleh harmoniskan keadaan dan bukannya menambahkan keburukan. Dalam konteks Islam penerangan ialah terbiyah dan dakwah. Rasanya filsafah mengenai ini diarifi oleh Ahmad Maslan. Mungkin Asyraf Wajdi Dusuki boleh membantu menterjemahkan maknanya. [wm.kl. 8:22 am 03/02/14]

Tiada ulasan: