Kelab Greenboc |
- Rahim Noor Terlopong Bila Ditanya "Tan Sri Tahu Tahaluf Siyasi, Halfu Al-Fudul?"
- Bukan Fasakh, Tetapi Perceraian Secara Baik - Kes Ditangguh 11 Mac
- [BERGAMBAR] Bergemanya Sorakan Bernada Islam Di Liga Perdana Inggeris
- [EDISI MABUK] Zaid Ibrahim Jilat Ludahnya Sendiri!
Rahim Noor Terlopong Bila Ditanya "Tan Sri Tahu Tahaluf Siyasi, Halfu Al-Fudul?" Posted: 18 Feb 2014 01:30 AM PST Rahim Noor teruk 'dikerjakan' oleh Hanipa PULAU PINANG: Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin. Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanipa bangun membantah dengan menyatakan beliau bukan sebagai saksi pakar. Beliau menyatakan bahawa menurut pandangan beliau Mat Indera adalah seorang komunis. Beliau bagaimanapun mengakui beliau tidak pernah menemui sebarang bukti bahawa Mat Indera ada memegang kad keahlian Parti Komunis Malaya (PKM). Beliau juga menyatakan bahawa komunis mempunyai perancangan besar untuk menegakkan negara komunis di seluruh dunia. Beliau juga mengakui negara ini dijajah oleh British meskipun Utusan cuba mengambil pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British Apabila tiba giliran beliau disoal balas oleh Hanipa, peguam Mat Sabu itu memulakan soalan beliau dengan bertanya kepada Rahim Noor adakah dia sedar Mat Indera adalah seorang guru agama dan tahu berbahasa arab dan beliau mengakui perkara tersebut. Hanipa juga bertanya. Hanipa: Maaf saya bertanya Tan Sri, apakah tahap pendidikan agama Tan Sri? Rahim: Saya tidak belajar tinggi agama, hanya sekolah pondok. Hanipa: Pondok mana dan sampai tahap mana Tan Sri? Rahim: Pondok di Melaka sampai darjah 3 kalau tidak silap..pondok tu pun dah tak ada lagi. Hakim: Sekolah pondok ke sekolah agama sebelah petang? Rahim: Sekolah agama petang.. Hakim: Itu bukan sekolah pondok! Hanipa: Jadi Tan Sri saya kata sekarang ini situasinya Mat Indera adalah seorang guru agama, ada pendidikan tinggi agama, tahu bahasa arab dan Tan Sri pula pendidikan agama yang rendah, setuju dengan saya kefahaman agama Islam Mat Indera lebih baik dari Tan Sri? Rahim: Setuju Hanipa: Tan Sri tahu tak tahaluf siyasi..di mana orang Islam boleh bekerjsama dengan mana mana pihak termasuk bukan Islam bagi menentang musuh yang lebih teruk.. saya kata ini adalah tindakan yang Mat Indera ambil..dalam keadaan semua pertubuhan politik diharamkan British kecuali Umno maka Mat Indera bekerjsama dengan PKM untuk lawan penjajah British yang jajah tanah Melayu..setuju Tan Sri? Rahim: Tidak setuju. Hanipa: Saya kata Tan Sri tidak setuju sebab Tan Sri sendiri tidak mempunyai pendidikan tinggi agama seperti Mat Indera... Tan Sri tahu halfu al-Fudul ? Rahim: Saya tidak tahu. Hanipa: Halfu al Fudul adalah perjanjian antara pelbagai qabilah arab jahiliyyah Mekah bagi menentang musuh yang sama dan Nabi Muhammad s.a.w menyaksikan perjanjian itu dan Nabi kata jika ia berlaku lagi di zaman selepas Baginda menjadi Nabi maka Nabi juga akan sokong perjanjian itu ..tahu tak Tan Sri? Rahim: Itu saya tak tahu. Hanipa juga bertanya kepada Rahim mengapa beliau secara panjang menyatakan tentang grand design Komunis tetapi tidak pula menyatakan grand design British. Hanipa menyoal "adakah Tan Sri fikir Mat Indera tidak tahu grand design penjajah British yang jajah tanah air kita, rampas khazanah negara kita, perkenal undang undang mereka ganti undang undang Islam, perkenal budaya mereka dan sebagainya?" Tersentak dengan soalan itu beliau menjawab ini satu yang baru bagi beliau dan beliau akhirnya menjawab dengan sekali lagi bercakap tentang Komunis tetapi tidak langsung menjawab soalan Hanipa. Hanipa juga membawa perhatian Rahim tentang buku "Pengukir Nama Johor" terbitan Yayasan Warisan Johor di mana kata kata pengantarnya ditulis oleh Tan Sri Abdul Ghani Othman, mantan Menteri Besar Johor. Hanipa bertanya. Hanipa: Tan Sri ada baca buku ini? Rahim: Ya, ada. Hanipa: Adakah Tan Sri tahu bahawa buku ini disemak oleh jawatankuasa antaranya pakar sejarah seperti Prof. Datuk Dr Ramlah Adam dan Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid Rahim: Ya, saya tahu. Hanipa: Tan Sri sila lihat muka surat 108 di mana salah seorang tokoh pengukir nama Johor adalah Mat Indera, saya bacakan Tan Sri "di negeri Johor terdapat seorang pejuang bangsa dan negara yang telah diberi imej buruk oleh penjajah Inggeris. Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan." Soalan saya Tan Sri , jika dilihat kepada buku ini jelas bahawa penjajah Inggeris lah yang mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia bahawa Mat Indera adalah pengganas komunis dan minta maaf salah seorang rakyat malaysia yang dipengaruhi Inggeris itu adalah kamu Tan Sri? Rahim: Saya tidak setuju. Hanipa: Tan Sri katakanlah anggapan Tan Sri bahawa Mat Indera adalah komunis adalah benar, maka tidakkah ini bermaksud Kerajaan Johor atau Manteri Besar Johor sendiri iktiraf komunis melayu ini sebagai tokoh kemerdekaan ataupun Tan Sri mungkin anggapan Tan Sri salah maka sebab itulah Mat Indera bukan seorang Komunis dan sebab itu jugalah Mat Indera diiktiraf sebagai pengukir nama Johor. Rahim: The truth lies somewhere in the middle.. Rahim juga dilihat sukar nak menjawab apabila Hanipa menyoal mana lebih mulia rakyat Tanah Melayu yang bekerja dengan penjajah British, yang jadi tali barut atau spy British dan yang jaga kepentingan British dengan Mat Indera yang berkerjsama dengan PKM seperti Chin Peng, Rashid Maidin , Abdullah C.D yang juga rakyat Malaysia dan menentang orang luar yang datang jajah Tanah Malayu iaitu British. Rahim juga bersetuju teknik soal siasat yang dijalankan oleh British ke atas Mat Indera menyerupai teknik siasatan di bawah ISA dan apabila Hanipa bertanya adakah Mat Indera ditumbuk ketika dalam penjara saksi menjawab dia tidak pasti. Sementara itu semasa menyoal Ketua Pengarang Utusan, Datuk Aziz Ishak, Hanipa telah merujuk kepada dokumen defendan sendiri iaitu keratan artikel dari Utusan Malaysia pada tahun 1983 di mana di dalam artikel tersebut pengarang itu telah gunakan istilah penjajah Inggeris dan juga dinyatakan di dalam artikel tersebut bahawa rakan Mat Indera bernama Cikgu Sabran yang menguruskan mayat Mat Indera memberitahu keadaan mayat itu berwarna kekuningan dan berbau wangi. Pengarang itu sendiri di akhir artikel tersebut menulis seperti berikut "beliau telah pergi dan dalam konteks ini siapakah beliau sebenarnya seorang pengganas komunis atau Nasionalis tulen Melayu? Perbicaraan kes akan bersambung hari ini. Mat Sabu diwakili pasukan peguam Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Nasar Khan manakala Utusan diwakili peguam Datuk Firuz Huseein, Datuk Hafarizam Harun dan Abu Bakar. |
Bukan Fasakh, Tetapi Perceraian Secara Baik - Kes Ditangguh 11 Mac Posted: 17 Feb 2014 11:05 PM PST Kes tuntutan cerai secara baik Nurul Izzah ditangguh 11 Mac Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan tuntutan perceraian secara baik yang difailkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) pada 11 Mac depan. Nurul Izzah sebelum ini memfailkan tuntutan perceraian dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984. Nurul Izzah bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini, sebaliknya hanya suaminya Raja Ahmad Shahrir hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi ini bagi mendengar sebutan semula kes tuntutan tersebut. Raja Ahmad Shahrir tiba berseorangan dengan berpakaian kot kemas kira-kira jam 10.30 pagi dan terus memasuki kamar Mahkamah Rendah Syariah 1. Peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli hadir sebagai wakil pihak plaintif. Kira-kira 15 minit kemudiaan, Raja Ahmad Shahrir bersama peguamnya, Muhamad Nakhaie Ishak keluar daripada kamar selepas mengadakan perbincangan dengan peguam plaintif. "Kita cuba untuk selesaikan kes ini secara baik, itu sahaja lah," kata peguam, Normawaddah. Apabila ditanya sama ada kes tuntutan tersebut akan digugurkan, Normawaddah berkata ia masih lagi dalam proses. "Kita masih lagi dalam proses perbincangan dan cuba selesaikan kes ini secara baik. "Ia masih dalam proses," katanya lagi. Normawaddah juga membetulkan laporan sebelum ini mengatakan anak guamnya membuat tuntutan perceraian secara fasakh, sebaliknya tuntutan tersebut dibuat secara baik di bawah Seksyen 47. "Fasakh adalah perceraian dengan memberikan alasan tertentu, tapi ini adalah cerai secara baik," terang peguamnya lagi membetulkan laporan sebelum ini. Raja Ahmad Shahrir sejurus itu bergegas ke keretanya dan tidak memberikan sebarang komen. Hari ini adalah sebutan semula kes tuntutan cerai secara baik yang dibuat oleh Nurul Izzah, 34 ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35 di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu. Anak perempuan sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah. Suaminya, Raja Ahmad Shahrir yang dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Jan, meminta penangguhan dua minggu sebelum ini berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir, berkahwin pada 9 Mei 2003. Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, di Bukit Damansara. Mereka dikurniakan dua cahaya mata seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun. -TMI |
[BERGAMBAR] Bergemanya Sorakan Bernada Islam Di Liga Perdana Inggeris Posted: 17 Feb 2014 08:10 PM PST Demba Ba scored since 15 Ramadhan" "He prays 5 times a day" Serangkai sorakan bertali arus dilaungkan peminat di United Kingdom, ditujukan kepada insan yang sama tetapi berbeza tempat dan juga ketika. "Demba Ba scored since 15 Ramadhan" laung penyokong Newcastle United di St. James Park melihat Demba Ba gembira meraikan jaringan ketika sedang berpuasa. "He prays 5 times a day' adalah ungkapan daripada sorakan khas untuk Demba Ba di Stamford Bridge ketika permainannya bersama Chelsea. Mungkin terasa janggal kenapa perkara ini berlaku, bagaimana masyarakat di United Kingdom yang majoritinya bukan Islam menitikberatkan puasa dan solat dalam rangkap sorakan mereka seolah-olah mereka juga menjalankan kewajipan yang sama. Inilah yang kita nyatakan sebagai pengaruh. Pengaruh cara hidup,adab,ketetapan beragama dan prinsip yang di bawa oleh pemain muslim sehingga masyarakat di sana turut mengetahuinya. Demba Ba merupakan salah seorang pemain yang boleh disandarkan untuk menjadi penyudah terbaik, biarpun tiada penampilan utama dalam pasukan Chelsea tetapi beliau tetap memainkan peranan dalam pelan jangka masa panjang Mourinho (Pengurus Chelsea). Dalam artikel sebelum ini pastinya isu ketegasan pemain kelahiran Senegal ini dalam setiap situasi yang melibatkan hukum agama Islam dan prinsipnya menjadi hala tuju utama dan wajar untuk di contohi. Tapi kali ini kita bawakan lebih dekat pengaruh pemain muslim seperti Demba Ba mahupun pemain lain dan kesannya terhadap faktor persekitaran seperti Ultras (penyokong), pengurus antarabangsa, staf dan masyarakat mahupun penduduk setempat. Ultras pastinya pemain kedua belas dalam setiap pasukan itulah perumpamaan yang selalu diungkapkan. Kini segalanya terbukti dengan wujudnya 'chant' atau ungkapan sorakan yang mengandungi unsur ibadah agama Islam yang ditujukan kepada pemain muslim seperti Demba Ba tidak kira ketika, tempat mahupun situasi. Kepentingan ibadah yang ditonjolkan oleh Demba Ba membawa ingatan kepada penyokong mahupun peminatnya bahawa ibadah yang dilakukannya penting dalam kehidupan pemain muslim tersebut dan wajar diterapkan dalam bait-bait sorakan mereka. Ini membawa pengaruh yang positif kepada penyokong tentang agama Islam dan umatnya. Bagi menyentuh faktor pengurusan, pemilikan dan pengaruh pemain muslim, kita mengambil contoh Alan Pardew (Pengurus Newcastle United) mengakui secara peribadi bahawa beliau mengambil kira kepentingan lapan orang pemain muslim yang menyertai pasukannya dan amat menghormati pendirian mereka setelah menimba pengalaman menguruskan pemain muslim seperti Demba Ba untuk musim dan kempen sebelumnya. Ketika era Roberto Mancini sebagai pengurus kelab berbelanja besar Manchester City, bilangan pemain muda muslim yang direkrut bertambah seperti Abdul Razak dan Karim Rekik. Pemain-pemain ini kebanyakannya dipinjam ke kelab luar bagi memperoleh pengalaman dan mengembangkan bakat mereka. Faktor pemilik saham terbesar di Manchester City yang berasal dari Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mansour juga memainkan peranan kerana semenjak pengambilan beliau isu keselesaan pemain muslim The Citizens lebih terjamin dan diambil kira. Terbinanya surau di Direct Sports Arena (Newcastle United), penyediaan makanan ruji halal seperti ayam yang disembelih kepada semua pemain di Marseyside (Liverpool) demi menjamin kesihatan pemain muslim dan pemain-pemain yang lain, pemberian waktu untuk mengerjakan solat oleh kelab The Gunners (Arsenal), memberi gambaran jelas tentang hubung kait antara kepentingan pemain muslim dan pihak pengurusan kelab berpengaruh di liga Perdana Barclays. Pegawai atau staf pasukan juga merupakan watak penting bagi perjalanan sesebuah pasukan begitu juga pasukan besar di liga Perdana Barclays. Tidak dinafikan ada juga antara pegawai mahupun staf yang berkhidmat untuk kelab-kelab ini beragama Islam. Sikap hormat terhadap larangan dalam agama bukan sahaja berlaku atau berinteraksi antara pemain malah pegawai dan staf kelab. Pemain-pemain Liverpool menanggalkan jersi perlawanan yang terkena pancutan Champagne ketika meraikan kejohanan sebelum masuk ke bilik persalinan bagi menghormati seorang pegawai atau doktor muslim yang bertugas. Sikap ini wajar dicontohi dan diteladani oleh masyarakat yang prejudis terhadap Islam atau umat Islam sendiri sebagai peringatan menghormati agama lain. < Terbiasnya pengaruh pemain muslim kita teruskan lagi dengan adegan atau sambutan jaringan yang biasa dilakukan pemain muslim di liga Perdana Barclays, seperti bersujud. Cara sambutan gol ini kerap dilakukan oleh Demba Ba dan rakan sepasukannya Papiss Cisse yang juga beragama Islam ketika di Newcastle United, yang akhirnya di contohi oleh kanak-kanak di kejiranan St. James Park atau Newcastle United ketika bermain futsal. Mungkin bagi kanak-kanak ini mereka tidak tahu tujuan sujud itu dilakukan atau makna di sebalik tindakan tersebut tetapi jelas mempamerkan pengaruh budaya muslim dalam masyarakat di sekitarnya. Pengaruh agama Islam yang dibawa oleh pemain-pemain muslim memberikan satu skop pandangan baharu terhadap Islam bagi masyarakat bukan Islam. Biarpun pengaruhnya tidaklah terlampau besar atau meluas tetapi tetap boleh di banggakan. Dengan pembawaan pengaruh budaya Islam dan interaksi dengan persekitaran yang baik, pastinya hilanglah sikap prejudis terhadap agama Islam,sikap anti-Islam dan sebagainya. Tidak kita nafikan ini adalah antara permulaan dakwah secara dasar dan pemberian pandangan positif yang kita mahu sebagai muslim sejati. Sukan membawa banyak fadhilat di samping kesihatan fizikal,rohani dan keharmonian sejagat. Majulah sukan bersama syiar Islam, Insya Allah. saiful islam/HD
|
[EDISI MABUK] Zaid Ibrahim Jilat Ludahnya Sendiri! Posted: 17 Feb 2014 04:20 PM PST Zaid: Tak perlu betulkan yang tak rosak Dua minggu selepas 'menyokong' bekas bos beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar Selangor yang baru, bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim kini bertukar arah. Dalam tulisan blog beliau yang terbaru, beliau mahu MB sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai peneraju utama kerajaan negeri. "Selangor masih perlukan Khalid sebagai menteri besarnya. Marilah kita hormati mandat yang diberikan kepada beliau selepas pilihan raya lalu dan biarkan beliau buat kerjanya," kata beliau hari ini. Zaid memberi amaran bahawa perjuangan untuk politik yang lebih matang dan baik akan tergugat sekiranya mereka yang melakukan kerja dengan baik dipecat atau ditukar hanya untuk melakukan strategi politik yang tidak terbukti dan kurang jelas. "Jadi kenapa nak tukar MB sekarang yang bukan hanya bekerja dengan mandat rakyat, tetapi telah membuktikan dengan jelas kepimpinan beliau baik untuk negeri. "Benar Anwar pernah memegang jawatan politik tinggi sebelum ini dan pernah menjadi menteri kewangan. Tetapi ia tidak mengubah kenyataan bahawa tidak perlu betulkan sesuatu yang tidak rosak. Pada 1 Februari lalu, Zaid menulis dalam laman mikro 'Twitter' "Anwar Ibrahim telah membuat keputusan tepat untuk jadi MB. Harimau mesti berhadapan dengan singa baru selesa rakyat jelata". Beliau menjelaskan keputusan itu setelah melihat 'trend' pengundi Cina yang mahu menggunakan PRK Kajang 23 Mac depan untuk menghantar mesej lebih positif mengenai keperluan untuk bergerak ke hadapan. "Mereka (pengundi Cina) mungkin tidak mahu mengundi MCA kerana masih kecewa dengan isu masa lalu dan cara parti yang gagal menangani isu ini sejak sekian lama. "Saya percaya mesej positif yang pengundi Cina akan hantar bukan untuk memberi undi kepada Anwar," kata beliau. -mk
ULASAN GB Sudahlah melompat-lompat dari satu parti ke parti yang lain, cakap pun berputar-putar sehingga terbelit lidah sendiri. Ini apa yang ditulis sendiri di twitternya pada 2 Feb 2014 yang baru lalu: Apa dia tulis kat atas tu? Sekarang dia pulak masuk bertanding nak lawan orang yang dah dipujinya baru beberapa hari yang lalu. Bukankah dah mabuk namanya tu. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan