edyesdotcom |
- Bagaimana Jika Ada Pihak Tawarkan RM1200 Untuk Botakkan Rosmah Mansor?
- SAMM Pulau Pinang Menyelar Tindakan Kurang Cerdik NGO Pro-umno Serang Rafizi
- SAMM Pahang Gesa Pasukan JDT Digantung Jika Fiasco Kekecohan Berterusan
- Taib Lebih Kebal Dengan Kedudukan TYT Sarawak
Bagaimana Jika Ada Pihak Tawarkan RM1200 Untuk Botakkan Rosmah Mansor? Posted: 09 Feb 2014 07:55 PM PST Kenyataan Media 10 Februari 2014 Bagaimana Jika Ada Pihak Tawarkan RM1200 Untuk Botakkan Rosmah Mansor? Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras kenyataan 'kurang masak' Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi dalam isu tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Ketika banyak pihak menggesa tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang membuat tawaran melampau berbentuk ugutan itu, Zahid tanpa rasa bersalah mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tampar itu bukan suatu ancaman keselamatan. Apakah Zahid Hamidi buta undang-undang? Atau sebenarnya ada dua set undang-undang maka itulah jawapan terbaik seorang menteri? Jika benar tawaran menampar itu bukan satu ancaman keselamatan, maka oleh kerana sikapnya yang sering membazir wang rakyat, bagaimana jika ada pihak yang menawarkan RM1200 kepada sesiapa yang berjaya membotakkan kepala Rosmah Mansor? SAMM percaya ini juga bukan satu ancaman keselamatan jika hukum mantik yang sama terpakai. SAMM juga ingin memberi nasihat percuma kepada para menteri, janganlah perbodohkan rakyat kelak rakyat pula akan perbodohkan kamu dengan pelbagai gelagat termasuklah flashmob dan klip video lucu. Sekian Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
SAMM Pulau Pinang Menyelar Tindakan Kurang Cerdik NGO Pro-umno Serang Rafizi Posted: 09 Feb 2014 11:59 AM PST Kenyataan Media 10 Februari 2014 SAMM Pulau Pinang Menyelar Tindakan Kurang Cerdik NGO Pro-umno Serang Rafizi SAMM Pulau Pinang menyelar tindakkan kurang cerdik NGO (pro umno) membuat provokasi kekecohan dengan memaki hamun di Program Ceramah bersama YB Rafizi, YB Sim Tze Tzin YB Tkm1 Haji Rashid Hasnon dan Pemimpin Pakatan Rakyat Setempat di Bukit Gedung Pulau Pinang, malam semalam. YB Rafizi telah didatangi oleh beberapa individu yang ingin menyampaikan memorandum notis kononnya terdapat perobohan rumah, dan Rafizi menerima memorandum tersebut dengan baik. Namun tidak dapat dikesan apakah angin yang tiba-tiba melanda jiwa penghantar memorandum ini apabila naik berang dengan YB Rafizi. Mujurlah SAMM Pulang Pinang yang menjadi sebahagian penganjur bertindak pantas melerai dan menempatkan YB Rafizi ke tempat lebih selamat dan memberikan penjelasan lanjut di atas sifat budi bicaranya melayan setiap persoalan yang ditimbulkan. Dari kekecohan yang berlaku, timbul beberapa persoalan antaranya; 1. Siapa sebenarnya yang serang siapa dulu dengan membuat provokasi dan di program siapa? 2. Apa kaitan dengan penyerahan memorandum dan notis roboh rumah di Waterfall Pulau Pinang kepada YB Rafizi Ahli Parlimen Pandan? 3. Selepas selesai insiden di ceramah bukit gedong kelihatan individu yang menganggu dan yang ingin serahkan notis tersebut bersama tkm1 berbincang tentang pekara tersebut di Nasi Kandar Kassim Mustapa, ada cara mudah utk berjumpa tapi kenapa pada awalnya perlu membuat kecoh di tempat ceramah? SAMM Pulau Pinang mengutuk keras tindakkan melulu beberapa individu yang membuat kecoh di majlis Pakatan Rakyat, menjerit-menjerit memaki hamun penceramah yang hadir ini hanya berlaku dari kalangan penyokong Umno yang kian lupa diri. SAMM Pulau Pinang menjangka bahawa sebenarnya mereka terdesak untuk mencari isu untuk menyerang Pakatan Rakyat. Mereka menggunakan media massa pro kerajaan yang hadir semalam untuk memanipulasi isu. Tetapi mereka tersilap langkah, kerana kami tidak berminat melayan provokasi yang cuba di timbulkan. Penyokong dari Pakatan Rakyat tidak mudah termakan provokasi. Turut hadir semalam lebih kurang 6 orang Pengawai Keselamatan (SB) tetapi mereka berjaya mengawal keadaan. Penyokong Pakatan Rakyat juga berjaya menenangkan keadaan untuk mengelakan daripada berlaku insiden yang lebih buruk. Sekian Aidil Hj Ibrahim Penyelaras SAMM P.Pinang |
SAMM Pahang Gesa Pasukan JDT Digantung Jika Fiasco Kekecohan Berterusan Posted: 09 Feb 2014 11:41 AM PST Kenyataan Terbuka 9 Februari 2014 SAMM Pahang Gesa Pasukan JDT Digantung Jika Fiasco Kekecohan Berterusan Perlawanan bolasepak antara pasukan Pahang dan Johor di Stadium Darul Makmur pada Jumaat lalu menjadi kecoh selepas beberapa penyokong melakukan provokasi. Kekecohan ini tidak wajar berlaku dan seharusnya boleh dielakkan. Perkara ini terjadi disebabkan campur tangan orang tertentu berpangkat VVIP, sepertimana yang berlaku dalam perlawanan T-Team menentang pasukan Johor (JDT). FAM sendiri tidak berani atau bacul untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada petualang yang mampu merosakkan semangat sukan bolasepak tanahair. SAMM Pahang kesal dengan apa yang terjadi dan menyelar tindakan FAM yang hanya menutup sebelah mata. Malah suatu ketika, ada pasukan yang tergamak membawa masuk senjata api rifal automatik ke dalam stadium - apakah tindakan FAM? Maka SAMM Pahang menggesa agar mana-mana pasukan yang mengundang campur tangan golongan VVIP ini digantung dari meneruskan penyertaan dalam liga Malaysia sekiranya sikap seperti ini gagal dibendung pada masa hadapan. SAMM Pahang merujuk pasukan JDT sebagai contohnya. SAMM Pahang juga berharap agar tidak ada lagi berlaku kekecohan di stadium. Tidak salah memberikan sokongan padu, namun jika pemimpin pasukan tidak mampu tunjuk contoh yang baik, maka para penyokongnya akan bertindak lebih luar kawalan. SAMM Pahang menyeru kepada semua penyokong-penyokong bolasepak agar tidak taksub, janganlah sokong hingga membawa rebah. Cintailah sukan bolasepak tanahair, kerana ini sukan kegemaran kita dan jadikanlah ia terbaik. Sekian Amirul Syazwan Penyelaras SAMM Pahang |
Taib Lebih Kebal Dengan Kedudukan TYT Sarawak Posted: 09 Feb 2014 11:19 AM PST Kenyataan Media 10 Februari 2014 Taib Lebih Kebal Dengan Kedudukan TYT Sarawak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui sayapnya SAMM Sarawak telah melalui beberapa fasa memberi tekanan kepada regim Taib Mahmud supaya berundur dari 'tahta rajah putih Sarawak' selama lebih 30 tahun. Untuk tempoh tersebut, terbentuk kekayaan sebuah empayar berskala bilion dan persoalan dari mana datangnya kekayaan keluarga Taib tidak langsung disentuh. Menyedari kekayaan negeri Sarawak yang dihakis tanpa kepedulian terhadap nasib rakyat dan infrastruktur asas yang masih jauh ketinggalan, maka SAMM Sarawak melancarkan kempen #NyahTaib dengan harapan negeri Sarawak ditadbir oleh pemimpin yang lebih bertanggungjawab. Setelah puluhan aktivis tempatan dilatih, puluhan ribu bahan kempen berbentuk risalah dan dvd kesedaran diedar sehingga beberapa aktivis SAMM Sarawak diberkas dan dilokap sewaktu menjalankan kempen ini, malah ada suatu ketika puluhan NGO berkampung selama dua hari di depan istana Taib Mahmud kononnya SAMM anjur demonstrasi di kawasan tersebut, akhirnya usaha kecik SAMM menggembeling kempen #NyahTaib membuahkan hasil apabila Taib mengumumkan pengundurannya. Justeru itu, SAMM Sarawak bertekad untuk memastikan gerakan lebih besar disusun bagi menghalang usaha lantikan TYT kepada mana-mana individu yang terbabit salahlaku rasuah dan salahguna kuasa, apatah lagi bagi mereka yang terlibat merompak hasi bumi Sarawak berpuluh tahun lamanya. Sekian Azan Akma SAMM Kuching Penyelaras Bersama SAMM Sarawak |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan