Khamis, 27 Februari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wakil Duta Indonesia Dakwa Banyak Keraguan dalam Kes Bunuh dan Bunuh Diri Libatkan Pembantu Rumah di Sungai Buloh

Posted: 27 Feb 2014 06:44 AM PST


Polis Sangkal Keraguan Indonesia Berhubung Kematian Pembantu Rumah

[AA] KUALA LUMPUR: Polis menyangkal dakwaan wakil Duta Besar Republik Indonesia (RI) untuk Malaysia bahawa terdapat banyak keraguan dalam kes bunuh dan bunuh diri yang melibatkan pembantu rumah negara itu dan dua kanak-kanakdi Taman Sri Putra, Sungai Buloh pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata setelah proses bedah siasat yang dijalankan oleh di bilik mayat Hospital Sungai Buloh pada malam Selasa lalu mengesahkan kecederaan yang dialami oleh pembantu rumah dan kedua-dua kanak-kanak itu amat konsisten dengan perbuatan bunuh dan bunuh diri.

"Kesan tompokan darah yang ditemui di tempat kejadian juga sangat konsisten dengan perbuatan bunuh diri. Malah, pihak hospital juga telah mengesahkan pembantu rumah berumur 30 tahun itu yang mengalami tiga kesan luka pada bahagian tepi leher kanan pada awalnya cuba membunuh diri kerana terdapat kesan-kesan tikaman pada bahagian badan hadapan pembantu rumah itu,".

Pembantu rumah itu kemudian membunuh diri dengan mengelar leher sendiri setelah membunuh kedua-dua anak majikannya itu yang dikenali sebagai Koay Jia Hong, 5 dan adik tirinya, Melvin Selvan Joseph, 18 bulan.

"Ketika kejadian hanya mereka bertiga sahaja yang ada di rumah berkenaan kerana majikannya itu keluar untuk menikmati makan petang. Tiada unsur-unsur pecah masuk yang ditemui di rumah itu kerana rumahnya itu berkunci dan kejadian itu hanya disedari oleh majikannya yang pulang dan mendapati empat anjing Rottweiler peliharaan keluarga itu masih tidak dimasukkan ke dalam kandang peliharaan,".

Pembantu rumah yang dikenali sebagai Agnes dikatakan berasal dari Kepulauan Flores, Indonesia itu sememangnya tidak banyak bercakap dan juga bergaul dengan jiran-jiran.

Namun begitu, hubungannya dengan majikannya juga sangat baik ditambah lagi dengan kebolehannya bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Tiada kecederaan fizikal yang ditemui pada badan mangsa selain kecederaan akibat kelaran yang terjadi dalam kejadian pada hari Selasa itu. Oleh hal demikian, tidak mungkin dia pernah didera oleh majikannya itu,".

Agnes dikatakan telah masuk ke negara ini secara haram dan diambil sebagai pembantu rumah oleh keluarga majikannya sekitar tahun lalu dan pengenalan diri dan kemasukkan mangsa ke negara ini juga tiada dalam rekod.

Sehingga kini, pihak polis dan Kedutaan Besar Republik Indonesia sedang mengesan waris dan keluarga Agnes yang berada di Indonesia.

Sebelum itu, Wakil Duta Besar RI untuk Malaysia, Hermono ketika dihubungi Astro Awani memberitahu bahawa banyak keraguan dalam kes bunh dan bunuh diri yang melibatkan pembantu rumah negara itu.

Menurut, Hermono, sekalipun Agnes dituduh sebagai pembunuh kedua-dua anak majikannya itu, sudah tentu sebelum itu wujudnya suatu keadaan yang 'luar biasa' yang membuat dia nekad melakukan perbuatan tersebut.

"Maksud 'luar biasa' disini ialah seperti penderaan fizikal dan mental yang dialami oleh Agnes. Selama ini, Agnes tidak pernah mempunyai masalah dengan majikan dan jiran-jirannya itu," kata Hermono.

Keraguan kedua menurut Hermono, terdapat sembilan anggota keluarga majikan yang tinggal di rumah itu jadi meskipun tidak ada barang yang hilang atau kesan pecah masuk pada rumah tersebut, tidak wajar terus dibuat kesimpulan bahawa Agnes adalah pembunuh kepada kedua-dua anak majikannya itu.

"Keraguan ketiga pula, melalui cara bunuh diri yang dikatakan itu. Tidak mungkin Agnes boleh mengelar lehernya sendiri kerana ianya agak janggal dan tidak masuk akal," katanya. -Aizat Sharif/27/2/14




[KEJAM] Mangga Mulut Anak dan Belasahnya Hingga Mati

Posted: 26 Feb 2014 05:36 PM PST

KEADAAN mayat Godrich Elvis yang dimangga mulutnya sebelum dibunuh bapanya.
[HM] Lagos (Nigeria): Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa mengunci mulut anaknya dengan kunci mangga semata-mata untuk memaksa budak itu berhenti menjerit ketika dia memukul mangsa hingga mati.

Chris Elvis, 30, didakwa menuduh anaknya, Godrich Elvis, 4 'Ogbanje' atau 'Anak Syaitan' dan menyalahkan budak itu menjadi punca kepada nasib malang yang menimpa dirinya sejak beberapa hari lalu.

Mengikut fail mahkamah, pengawal keselamatan itu memukul anaknya, melecurkan seluruh tubuh mangsa dengan seterika dan menguncinya dalam tong plastik.

Ibu kanak-kanak itu menghubungi polis sebaik menemui anaknya yang mati dalam keadaan yang mengerikan selepas pulang dari pasar.

Chris berpura-pura gila ketika ditahan, tetapi dia di sahkan normal, lapor International Business Times.

Dia ditahan selepas dituduh membunuh.

"Kamu, Chris Elvis, pada 10 Februari 2014 sekitar jam 5 petang di nombor 7, Jalan Adetola Adelaja , Meiran Lagos, melakukan pembunuhan ke atas Godrich Elvis, berusia empat tahun menggunakan seterika untuk melecur badan dan meletakkannya di dalam tong plastik serta mengunci tong itu dengan mangga justeru melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 221 Undang-undang Jenayah Negeri Lagos, Nigeria 2011," menurut kertas pertuduhan ke atas Chris.- AP/ 27/2/14


P/s: Gila kejam!!!!


Belasah Sebelum Paksa Lakukan Hubungan Intim

Posted: 26 Feb 2014 05:33 PM PST


[HM] Subang Jaya: Seorang isteri yang tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya termasuk sering dibelasah serta berhadapan keganasan suami ketika melakukan hubungan kelamin, bertindak nekad membuat laporan polis untuk keselamatan diri dan anak selain persediaan menuntut cerai.

Sumber berkata, kejadian terbaru di rumah mereka di sebuah pangsapuri, di sini, 13 Februari lalu, muka mangsa berusia 33 tahun itu bukan saja ditampar berkali-kali, malah turut dipukul seluruh badan oleh suaminya sebelum dipaksa menjalin hubungan seks.

Menurut sumber, kejadian ganas itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu dan mangsa juga ditegah daripada berhubung dengan ahli keluarga bagi memastikan pelakuan lelaki berusia 35 tahun itu tidak terbongkar.

"Mangsa mendakwa tidak mempunyai lagi perasaan kasih terhadap suaminya itu," katanya. - 27/2/13


Kanak-kanak Lelaki Diliwat Jiran

Posted: 26 Feb 2014 05:12 PM PST


[HM] Kepala Batas: Tidak tahan menjadi pemuas nafsu jirannya, seorang kanak-kanak mengadu perkara itu kepada ibunya yang kemudian membawa kepada pembongkaran 'hobi songsang' lelaki terbabit yang meliwat mangsa dalam beberapa kejadian sejak setahun lalu.

Berang dengan perkara itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor di sini, berhubung aduan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu sebelum suspek ditahan di tempat kerjanya di Prai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 47 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu tinggal di Kulim, Kedah, bagaimanapun suspek akan mengambil peluang meliwat mangsa ketika pulang ke rumah ibunya di Padang Menora.

"Mangsa tinggal bersebelahan rumah ibu suspek dan berikutan itu, lelaki terbabit menggunakan peluang itu melepaskan giannya tanpa dicurigai keluarga kanak-kanak itu," katanya. - 27/2/14


Tiada ulasan: