Khamis, 27 Februari 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bukan salah Pak Mertua Ku....Bukan! Bukan!

Posted: 27 Feb 2014 03:00 AM PST

Berikut adalah penjelasan menantu Presiden.Jangan ketawakan bila baca alasan-alasan yang dia berikan... Aku bersimpati dengannya kalau begini daya intelek yang mampu dipaparkan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS. Sila korang fahamkan betul-beul apa yang dia nyatakan sebagaimana berikut: 

 ISU SAMAN: AWASI FITNAH YANG SEDANG BERLEGAR

Ada pihak sedang cuba kaitkan saya sebagai pemberi maklumat kpd Tuan Guru Presiden (TGHH) tentang isu pil kuda. Berita ini adalah fitnah yg sangat jahat dan cuba memburukkan saya dan meletakkan imej sebagai penghasut seterusnya memburukkan TGHH sebagai tidak matang sehingga mudah dihasut.

 Ada berita lain pula menyebarkan bahawa pejabat PAS Marang yang cuai kerana surat-surat mahkamah dialamatkan ke situ walhal ianya tidak berpenghuni. Ada pula pihak yg cuba memalitkan perkara ini kepada setpol tg presiden seolah-oleh cuai dalam bertindak.

 Semua berita sebaran ini memburukkan semua yg ada disekeliling presiden bg menggambarkan kelemahan presiden.

 Apabila isu ini dibangkitkan, semua akan lupa siapakah yg menguruskan sehingga TGHH seolah-oleh berlaku kegagalan bagi pihak TGHH memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini. Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?

 Pokok utama isu saman ini yang berbangkit hanya satu sahaja, iaitu TGHH seolah2 tidak menghantar peguam mewakili beliau dalam kes ini. Akhirnya selepas procedure tertentu, keluar surat Perintah mahkamah tersebut. Jadi pokok utama ialah siapa yg uruskan kes ini daripada awal?

 Adapun isu2 lain::

 1. Pengumuman tghh: ia tidak salah dan saya yakin telah dibuat dengan teliti demi menyelamatkan parti drpd wakil rakyat lompat slps menang spt di perak sehingga jatuh kerajaan negeri.

 Isu ini hanya berbangkit jika berlaku perbicaraan dan TGHH di dapati bersalah dan fitnah. Realitinya, ia belum berlaku dan agak mustahil akan berlaku darisegi fakta dan realiti kes, khsusnya TGHH tidak pernah menamakan Syamsul dalam mana-mana kenyataan mahupun ceramah.

 2. Pemberi maklumat kepada Tuan Guru: adalah menjadi tanggugjawab dan lewajipan jika itu benar2 berlaku. Mereka tidak perlu dipersalahkan jika maklumat itu betul dan tepat khususnya apabila mereka berani dan sedia tampil. Ia adalah isu dimahkamah kalau berbangkit. Saya yakin, isu ini tidak akan timbul kerana tghh x sebut wakil rakyat mana.

 Isu ini hanya berbangkit apabila mereka enggan tampil di mahkamah sebagai saksi TGHH, atau hanya selepas terbukti maklumat itu adalah rekaan mereka. Sehingga kini, tiada satu perbicaraan pun berlaku. Jadi masih terlalu awal untuk salahkan mereka.

 3. Setpol cuba dikaitkan sebagai cuai. Walhal setpol telah jalankan tugasnya dengan menyerahkan surat pertama dahulu kepada lawyer berkenaan.

 Isu ini hanya berbangkit jika Setpol TGHH ada firman guaman dan dilantik oleh TGHH menguruskan isu ini. Tapi ini langsung tak berlaku.

 Jadi isu utama yg timbul dan berbangkit ialah, apa yang telah dilakukan oleh lawyer yg diamanahkan menguruskan isu ini sedari awal surat pertama sampai? Siapa yang letakkan alamat surat menyurat kes ke Pejabat Marang? Jawapan ini perlu diberikan oleh pihak yg bertanggungjawab bukan divert kepada orang lain yang tidak berkenaan sehingga menimbulkan fitnah yang bukan-bukan.

 Dalam masa yang sama, saya rasa agak kesal apabila ada pihak mengkategorikan isu ini dengan isu peribadi TGHH.

 - Ustaz Zaharudin Muhammad.

Mufti mahu teruskan legasi Abdul Taib Mahmud ...

Posted: 27 Feb 2014 12:52 AM PST

 Masih ingat dengan individu yang pernah diwar-warkan menjadi calon PKR di Parlimen Perlis PRU-13 lalu? yang tak semena-mena kemudiannya dia mengumumkan menyokong BN pula.....

Hasan Ali, Dr Juanda, Muhyiddin ....laporannya di NST di sini

  Tidak lain, tidak bukan, itulah Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang telah menyatakan kesediaanya menjadi calon mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ekoran pengosongan kerusi DUN Balingian oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang meletakkan jawatan Jumaat ini.

  "Sebagai orang yang dididik oleh Abdul Taib selama ini, saya sentiasa akur dan taat kepada apa sahaja arahan beliau termasuk saya sendiri ke Perlis enam tahun lalu pun adalah atas arahan beliau sendiri.

 "Maka saya sentiasa ingin menyumbang sebagai mana beliau mahu menyumbang kepada negeri dan negara," jelasnya.

 Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata, soal calon dibincangkan oleh peringkat tertinggi PBB dan bukan tempatnya bagi memberi lebih penjelasan.  Sumber

Boleh tak jangan naikan tarif air?

Posted: 26 Feb 2014 05:31 PM PST

Walaupun mereka percaya langkah menandatangani MoU Air Selangor semalam akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi pengguna selama beberapa tahun ini, dua badan air mempersoalkan adakah ia akan mengakibatkan kenaikan tarif bagi pengguna. 

 Mereka berharap sebarang kos tambahan yang dikenakan berkaitan perjanjian tersebut tidak akan dikenakan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.

 Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek pemindahan air Pahang-Selangor yang bernilai RM9 bilion itu akan menaikkan tarif antara 16 sen hingga 20sen setiap meter padu.

 "Kami mahu kerajaan negeri beritahu kami apakah kesan Langat 2 dari segi kenaikan tarif. Ini tanggungjawab mereka untuk berterus-terang dengan rakyat tentang harga yang mereka perlu dibayar pada masa akan datang," katanya.

 MoU yang ditandatangani itu juga akan membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air dalam negeri, dengan pampasan RM9.65 bilion kepada keempat-empat syarikat tersebut.

 Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek pemindahan air Pahang-Selangor yang bernilai RM9 bilion itu akan menaikkan tarif antara 16 sen hingga 20sen setiap meter padu.

 "Kami mahu kerajaan negeri beritahu kami apakah kesan Langat 2 dari segi kenaikan tarif. Ini tanggungjawab mereka untuk berterus-terang dengan rakyat tentang harga yang mereka perlu dibayar pada masa akan datang," katanya.

 MoU yang ditandatangani itu juga akan membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air dalam negeri, dengan pampasan RM9.65 bilion kepada keempat-empat syarikat tersebut. Berita lengkap di sini

Tiada ulasan: