DUNIACACAMARBA |
- Bunuh, Cincang Isteri yang Dipercayai Curang
- Polis Serbu Restoran Saji Daging Manusia
- Putrajaya Dakwa Media Lebih Bebas, Tetapi BFM Dilarang Siar Temu Bual Anwar
Bunuh, Cincang Isteri yang Dipercayai Curang Posted: 12 Feb 2014 07:44 PM PST
[HM] Kaherah: Seorang lelaki Mesir berusia 20 tahun membunuh isterinya dan mengerat mayat mangsa. Dia melakukan kekejaman itu selepas diberitahu anak lelakinya yang berusia dua tahun bahawa wanita terbabit membawa lelaki masuk ke rumah mereka ketika dia tiada. Lelaki yang dikenali sebagai Nabil itu menunggu isterinya tidur sebelum mengambil penukul dan mengetuk kepala mangsa berulang kali. Mangsa melompat dari katil dan cuba melarikan diri. Sambil menggelar isterinya 'wanita jahat dan curang,' Nabil mengejar mangsa di sekitar apartmen mereka di Kaherah. Dia kemudian menikamnya dengan pisau berulang kali tanpa mempedulikan jeritan anak lelaki mereka dan rayuan mangsa. Nabil memberitahu polis, selepas membunuh isterinya, dia cuba memotong mayat mangsa kepada beberapa bahagian untuk dimasukkan ke dalam plastik sampah, tetapi pisau yang digunakannya tumpul. Dia kemudian meminjam pisau pemotong daging tetapi penduduk menghubungi polis selepas melihat tangannya berlumuran darah dan mendengar jeritan anaknya. Nabil mengakui dia sempat menggunakan kapak untuk memotong mayat isterinya kepada beberapa bahagian. Akhbar melaporkan Nabil sedang memasukkan keratan tubuh isterinya ke dalam plastik sampah ketika polis menyerbu kediaman itu dan menahannya. - Agensi/ 13/2/14 | ||
Polis Serbu Restoran Saji Daging Manusia Posted: 12 Feb 2014 07:31 PM PST
[HM] Abuja: Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia. Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra. Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit. Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui. "Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini," kata seorang penduduk tempatan. Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis. "Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut," katanya. -Agensi/13/2/14 | ||
Putrajaya Dakwa Media Lebih Bebas, Tetapi BFM Dilarang Siar Temu Bual Anwar Posted: 12 Feb 2014 05:05 PM PST [TMI] Stesen radio perniagaan, BFM hari ini dilarang daripada menyiarkan satu temubual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pilihan raya kecil Kajang – pada hari yang sama selepas Putrajaya mengatakan media di Malaysia tidak pernah sebebas kini. Ini bukannya kali pertama BFM dilarang daripada menyiarkan program mereka. Terdahulu, stesen itu beberapa kali dipanggil penyelia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang mengawal semua program yang disiarkan. Difahamkan temubual tersebut sepatutnya disiarkan hari ini waktu program Evening Edition yang merupakan program 'drive-time'. Bagaimanapun rakaman temubual tersebut boleh dimuat turun daripada laman web stesen itu, dengan notis mengatakan rakaman tersebut dilarang untuk disiarkan. BFM adalah stesen radio yang berpangkalan di Bandar Utama, Selangor, yang menyiarkan dengan keluasan boleh diterima di sebahagian kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka. Malaysia mengawal ketat media cetak dan penyiaran, tetapi Putrajaya tetap menegaskan mereka bertoleransi dengan media, mengatakan "media di Malaysia tidak pernah sebebas ini." Namun begitu, Indeks Kebebasan Media Reporters Without Borders (RSF) 2014 menunjukkan kebebasan media dalam negara sudah merosot. Kedudukan Malaysia di dalam Indeks Kebebasan Media 2014, jatuh paling rendah kepada 147 daripada 180 negara disenaraikan. Malaysia diletakkan di nombor 145 dalam indeks tahun lepas. Indeks tahun ini menunjukkan Malaysia lebih teruk daripada negara Asia Tenggara seperti Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (130), Cambodia (132) dan Myanmar (145). Putrajaya pula berkeras mengatakan ia lebih bebas, dan hari ini berkata, "Malaysia menikmati media atas talian yang pelbagai dan terbuka." "Sesiapa yang mengunjungi laman web berita Malaysia atau blog politik akan dapat melihat sendiri betapa bebasnya media atas talian kini." "Lebih-lebih lagi, di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, undang-undang media cetak dan perlesenan sudah lebih longgar," kata wakil Pejabat Perdana Menteri dan menambah, kewajiban membaharui lesen cetak setiap tahun sudah dimansuhkan, dan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menyekat, membenarkan atau membatalkan lesen dibuka untuk penghakiman. Semalam, Menteri Dalam Negeri membatalkan permit pencetakan bagi FZ Daily – hanya beberapa jam selepas penerbit The Edge Communications Sdn Bhd mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding ke atas Kementerian Dalam Negeri kerana menangguhkan kelulusan awal permit tersebut. Kementerian juga menggantung akhbar mingguan The Heat Disember lepas kerana didakwa tidak memberitahu tentang perubahan pemilik serta enggan membalas kepada dua surat tunjuk sebab. Bagaimanapun, penggantungan tersebut ditarik balik pada 27 Januari, lebih daripada sebulan sejak diarahkan untuk penerbitan dihentikan.– 12 Februari, 2014. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan