Khamis, 13 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SPR digesa perinci kos RM1.6 juta kos PRK DUN Kajang

Posted: 13 Feb 2014 03:38 PM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM  : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyenaraikan dengan  terperinci jenis perbelanjaan anggaran kos RM1.6 juta untuk PRK DUN Kajang.

sammPengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata kos RM1.6 juta agak tinggi berbanding kos perbelanjaan PRK Dun Kuala Besut yang tidak mencecah RM1 juta, dalam keadaan logistik pengangkutan di Kajang jauh lebih baik berbanding Kuala Besut.

"Dalam perlaksanaan PRK Kajang, tidak ada perbelanjaan baru buat SPR, tiada kenderaan baru yang dibeli, tiada perkakasan baru yang dibeli melainkan kertas ballot undian.

"Jadi di manakah kos pilihanraya yang tinggi ini disalur?," kata Badrul Hisham dalam satu kenyataan media.

sprKatanya, SAMM juga tidak menolak kemungkinan modus operandi SPR didakwa hanya menguntungkan pihak ketiga seterusnya menyebabkan kos perbelanjaan melambung tinggi.

"SPR seharusnya lebih efisyen dan memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga pekerja SPR yang diberi gaji bulanan," katanya.

PRK DUN Kajang akan diadakan pada 23 Mac manakala manakala penamaan calon pada 11 Mac.EZY

Anwar: Hanya di Malaysia kempen luar waktu salah?

Posted: 13 Feb 2014 03:33 PM PST

Oleh: Norhayati Umor


KAJANG  : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pertikaian beberapa pihak berhubung kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang mendakwa ianya dilakukan di luar waktu berkempen.

Katanya, kesalahan itu tidak berlaku di negara lain kecuali di negara Malaysia.

AnwarAnwar bagaimanapun bersedia bekerjasama dengan polis untuk menjalankan siasatan mereka.

"Saya tidak pernah dengar berkempen sebelum tempoh kempen ini salah. Hanya di Malaysia, Polis kata hendak siasat, siasatlah. Siasat cara baik.

"Nanti saya tulis surat kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri), siasatlah kes rompak kes samun.

Balik-balik nak siasat Anwar Ibrahim," katanya dalam ceramahnya di Kompleks Penghulu, Batu 10, di sini.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan membuka tiga kertas siasatan terhadap Anwar berhubung tindakannya berkempen sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Siasatan itu merujuk di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan berkempen.

AnwarBagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang telah mula berkempen bagi PRK Dun Kajang memandangkan tempoh rasmi berkempen belum bermula.

Dalam pada itu, beliau turut yakin usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) akan berhasil berikutan peningkatan kos sara hidup yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Saya yakin kita boleh merintah. Insya-Allah, dengan orang marah dengan kenaikan harga barang.

"Saya yakin, Kajang… kita mantapkan kekuatan Selangor, ekonomi kita, pertumbuhan kita ada baiknya," katanya.EZY

Selangor terus ‘gempur’ wabak denggi

Posted: 13 Feb 2014 03:30 PM PST

Oleh : Lizawati Madfa


SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri akan menggerakkan kempen 'Ayuh Gempur Aedes Khas' ke Kajang bagi membasmi lokaliti pembiakan nyamuk Aedes di sana yang merupakan salah satu lokaliti hot spot di Selangor.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata perlaksanaan kempen yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac itu sekaligus bertujuan mengekang penularan penyakit demam denggi.

daroyah aedesKatanya, langkah memilih Kajang juga bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada bulan hadapan dengan mengambil kira kebanjiran ribuan orang awam dari seluruh pelusuk negara.

"Kempen pencegahan ini kita anjurkan bagi memelihara kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan.

"Kita juga tidak mahu orang awam yang yang datang bertugas sebagai petugas pilihanraya tidak kira dari belah parti mana sekalipun, pulang ke negeri asal masing-masing dengan membawa wabak denggi dari Kajang," katanya dalam sidang media Mesyuarat Exco.

Pada masa sama, beliau berkata pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama beberapa lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah mengenalpasti lokaliti-lokaliti pembiakan nyamuk Aedes di sekitar Kajang.

"Hasil lawatan, dilihat terdapat banyak projek-projek pembinaan yang sedang giat beroperasi di Kajang termasuk pembinaan projek sistem pengangkutan bandar dan Aliran Transit Massa (MRT).
"Tapak-tapak ini dilihat sebagai lokasi hot spot pembiakan nyamuk Aedes di sana.

"MPKj akan mengenalpasti dan terus memantau tapak pembinaan ini, selain itu notis atau arahan pembersihan akan diberikan demi memastikan lokaliti ini dalam keadaan baik dan bebas dari pembiakan nyamuk Aedes," katanya lagi.

Sehingga 8 Februari tahun ini, Daerah Hulu Langat mencatatkan kes daftar denggi kedua tertinggi iaitu sebanyak 1784 kes selepas Daerah Petaling sebanyak 2,738 kes.EZY

Khalid: Kenapa JKR hantar lima kali surat tunda lawatan projek Hospital Shah Alam?

Posted: 13 Feb 2014 03:28 PM PST

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kecewa dengan tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang cuba berdolak-dalik bagi memberikan tarikh sebenar lawatan beliau ke tapak projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan menundanya beberapa kali.

Khalid memberitahu, beliau sudah pun menulis surat kepada JKR pada 7 Jun 2013 bagi mendapatkan kebenaran mengadakan lawatan ke tapak projek terbabit.

khalid samadKatanya pada 11 Jun beliau menerima surat jawapan dari JKR yang mencadangkan lawatan diadakan pada 20 Jun.

Kemudiannya pada 18 Jun beliau mendapat satu lagi surat, lawatan ditunda pada 24 Jun dan pada 20 Jun terima satu lagi surat menundakan lawatannya ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Khalid berkata selepas itu, beliau menerima lagi surat dari JKR bertarikh 22 Oktober memberitahu lawatan akan diadakan pada pada 24 Oktober tetapi sehari sebelumnya iaitu 23 Oktober terima surat, lawatan ke tapak Hospital Shah Alam ditundakan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Ini bermakna untuk satu surat yang saya hantar saya terima lima surat jawapan balas dari JKR yang semuanya menunda tarikh lawatan saya.

"Adakah ada sesuatu yang cuba disorokkan?," Kata Khalid dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.

Sebelum ini projek Hospital Shah Alam yang sepatutnya siap pada 25 Jun 2012 ditunda ke Oktober 2013, Jun 2014 dan September 2014 dan sekaligus menyebabkan pertambahan kos projek pembinaan bernilai RM482.6 juta itu.

"Secara rasminya sudah lewat dua tahun dari jadual asal dan saya juga dinafikan untuk melawat tapak projek ini. Entah apa yang begitu rahsia saya tidak tahu.

"Saya akan menulis surat semula untuk membolehkan saya melawat tapak projek hospital ini," kata Khalid yang mempunyai latar belakang seorang jurutera itu.EZY

UMNO takut dengan YouTube?

Posted: 13 Feb 2014 12:49 AM PST



hantuyuotube

Aishah



POLITIK lucah, politik selak kain, politik tahi, cukup menggambarkan kejayaan 'transformasi' yang dibawa DS Najib Razak.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dikritik dengan keras kerana ucapan di Youtube Onederful Malaysia CNY 2014 yang sehingga 10 Februari 2014 telah mencatat sebanyak 475,070 hit.

Pihak UMNO mengatakan video itu mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap pengorbanan tentera di Lahad Datu, Perdana Menteri dan isterinya. Perkara ini heboh bukan sahaja di akhbar perdana tetapi juga di media alternatif seperti twitter, facebook dan lain-lain.

Malang sekali, apabila isu besar yang cuba dipertontonkan dalam video yang berbentuk satira politik itu tidak dapat difahami mentaliti yang sempit dan rasis. Teresa Kok menggunakan media baru sebaiknya dengan membuat video pendek yang lucu tentang korupsi, kroni dan kegagalan urus tadbir.

Sebaliknya, Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Shabery Cheek telah membodohkan diri mereka sendiri dengan membuat tuduhan dan tindakan melulu. Malah pihak UMNO juga menyalahkan dan menyindir Teresa Kok kerana pernah menyaman berjuta bagi artikel yang bertajuk 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' dan cerpen bertajuk "Politik Baru YBJ" yang dikatakan merujuk kepada dirinya (pautan: http://www.umno-online.my/?p=100051).

Kes ini bagaimanapun diselesaikan di luar mahkamah. UMNO mungkin merupakan Melayu mudah lupa kerana tindakan yang dilakukan UMNO terhadap video Teresa Kok adalah berunsur rasisme, lucah dan merendahkan wanita dan martabat manusia. Ini sudah tentu membezakan cara berpolitik UMNO dengan DAP.

Lim Kit Siang dalam hal ini berkata "Before more UMNO Ministers make fools of themselves, I seriously suggest that the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak should invite Teresa Kok to screen her 11-minute video "Onederful Malaysia CNY 2014". Ajakan Lim Kit Siang ini harus disambut baik semua pihak dalam mewujudkan politik yang sihat.

Dalam konteks politik di Malaysia, wacana kaum tidak patut mendominasi politik negara. Dikotomi Melayu-bukan Melayu ini hanya menunjukkan kegagalan pembinaan negara bangsa, apatah lagi 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri DS Najib Razak.

Politik parochial seperti ditonjolkan kelompok pro-UMNO iaitu Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang dilaporkan menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR dan menawarkan ganjaran sebanyak RM1,200 bagi sesiapa yang dapat menampar Teresa Kok sepatutnya dikecam! Tambah memburukkan lagi keadaan apabila terdapat tawaran bagi sesiapa untuk 'main' atau pernah meniduri beliau.

Tindakan ini bukan sahaja merupakan satu cubaan menutup hak berekspresi malah menggalakkan unsur rasisme dan keganasan terhadap wakil rakyat. Undang-undang yang draconian tidak seharusnya dikenakan untuk menutup hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Pihak berkuasa sewajarnya menjaga keselamatan orang awam ini termasuk wakil rakyat yang secara terang-terangan diancam dan diugut.

Bukan itu sahaja, melihatkan kepada kedudukannya sebagai Ahli Parlimen wanita, tawaran sebegini berani dibuat menunjukkan tanda tidak hormat kepada wanita! Bukan sahaja tawaran ini dilihat sebagai tamparan kepada rakyat Malaysia umumnya tetapi juga golongan wanita khususnya. Adakah tawaran ini akan dibuat jika Teresa Kok bergender lelaki? Adakah tawaran RM1,200 akan diberi bagi sesiapa yang mampu sunat (khatan) Teresa Kok lelaki? Jika demikian, di manakah letaknya kewarasan politik Malaysia dan kenyataan Zahid Hamidi dalam mengatakan ia bukan ancaman?

Adakah jika tawaran seumpama ini dibuat terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, Zahid Hamidi akan mengatakan hal yang sama?

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh (pautan: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2014/02/10/teresa-kok-is-being-hypocritical/) oleh Presiden Centre for Political Awareness tentang sikap Teresa Kok yang hipokrit. Harus diingatkan, DS Najib Razak dan UMNO-BN selama ini yang bersikap hipokrit dengan mewujudkan sentiment perkauman dan pada masa sama melaungkan slogan keharmonian.

Justeru, sejauh mana "transformasi politik" yang mengambil kira "politik baru" untuk Malaysia yang demokratik seperti diuar-uarkan Perdana Menteri DS Najib Razak? Sampai bila politik Malaysia berkisar adegan peribadi, keganasan dan perkauman? Budaya politik baru seharusnya mewarnai lanskap politik Malaysia melampaui batas kaum, agama, dan gender seperti ditunjukkan dalam pasca-PRU 2008. – Roketkini.com

Malaysia corot dalam Indeks Kebebasan Media, Najib jangan diam

Posted: 13 Feb 2014 12:46 AM PST


lks pensel merah demo



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media (FPI) mencatatkan kedudukan terbaruk untuk tahun ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, laporan terbaru itu ternyata mengaibkan, apatah lagi apabila Najib pernah berjanji untuk menjadikan negara sebagai 'demokrasi terbaik di dunia'.

Beliau mengulas laporan FPI 2014 yang dikeluarkan badan antarabangsa, Reporters Without Borders (RSF) yang menunjukkan Malaysia berada di tempat ke 147 daripada 180 buah negara – turun dua tangga dan terendah sejak 12 tahun ia diadakan.

"Dakwaan Najib bahawa Malaysia adalah 'demokrasi terbaik di dunia' tergugat apabila dapat kedudukan tercorot dalam sejarah, malah lebih rendah daripada Myanmar.

"Bolehkan kita mengharapkan penjelasan beliau selepas mesyuarat Kabinet hari ini tentang mengapa beliau mungkir janjinya untuk jadikan Malaysia 'demokrasi terbaik dunia? Kedudukan negara diatasi Myanmar yang dianggap sebagai negara demokrasi terburuk di kalangan negara ASEAN," katanya dalam satu kenyataan.

Kedudukan Malaysia boleh dikatakan baik pada tahun-tahun awal laporan itu dikeluarkan, dengan mendapat tempat ke 110 pada 2002, 104 (2003) dan dan 92 (2006).

Namun, sejak akhir-akhir ini terutama di bawah pemerintahan Najib, kedudukan negara terus merudum dengan tempat ke 141 pada 2010, 145 (2013) dan 147 (2014).

Katanya lagi, kedudukan itu mungkin ekoran tindakan terbaru kerajaan, iaitu pembatalan permit penerbitan FZ Daily, hanya selepas beberapa jam penerbit, The Edge Communications Sdn Bhd mendapat keizinan mahkamah untuk memulakan prosiding terhadap Kementerian Dalam Negeri yang menangguhkan pemberian permit itu pada mulanya.

Sebelum ini, kerajaan juga pernah menggantung permit akhbar mingguan 'The Heat', sebelum memberikannya semula ekoran tekanan berterusan yang diberikan aktivis kebebasan media.

Kebanyakan negara Asia Tenggara mengatasi kedudukan Malaysia, seperti Brunei (117), Thailand (130) dan Indonesia (144), manakala negara yang mendapat kedudukan yang lebih rendah adalah Singapura (150), Laos (171) dan Vietnam (174). – Roketkini.com

Bekas adik ipar Taib Mahmud bakal Ketua Menteri Sarawak.

Posted: 13 Feb 2014 12:42 AM PST


Dewan-Undangan-Negeri-Sarawak



KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud hari ini mengesahkan peletakkan jawatannya dan akan menyerahkan mandat kepada bekas adik iparnya, Tan Sri Adenan Satem menerajui Bumi Kenyalang itu selepas 28 Februari ini.

Abdul Taib yang berada ditampuk kuasa selama 33 tahun juga difahamkan akan bertemu Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng untuk menyerahkan surat peletakkan jawatan.

Abdul Taib Mahmud, 78, meletakkan jawatan dan melantik bekas adik iparnya, Adenan Satem, 70, bagi menggantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Mengulas peletakan jawatan itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, "Taib Mahmud sudah dijangka akan dilantik sebagai TYT yang baru pada 28 Februari ini dan perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Balingian."

"Siapa nak bertaruh, tarikh Pilihan Raya Kecil Balingian akan juga diadakan pada 23 Mar 2014?" ujarnya melalui laman sosial Facebook rasminya.

Profesor Sains Politik Monash Universiti Australia kampus Malaysia, James Chin pula berkata, pengunduran Abdul Taib itu tidak bermakna beliau benar-benar, malah menjadikannya lebih berkuasa apabila bergelar Gabenor.

"Ia adalah satu tanggapan salah untuk berfikir bahawa Taib benar-benar bersara. Apabila bergelar Gabenor tentunya beliau akan bertambah kuat.

"Perkara tertentu memerlukan tandatangannya, Ketua Menteri beliau lantik dan semua pajakan perlombongan juga ditandatanganinya," katanya pada Bloomberg News.

Menyokong kenyataan itu, Penganalisa Politik Merdeka Center, Ibrahim Suffian menegaskan, Taib jelas tidak berundur tapi mengawal selia politik daripada belakang tabir.

"Taib tidak berundur daripada politik Sarawak tapi beliau akan memainkan peranan penting di belakang tabir sebagai Gabenor baru termasuk pengendalian isu ekonomi," ujarnya.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Menteri, Taib diselubungi pelbagai kegiatan salah laku.

Antara salah laku itu merangkumi pendedahan Bruno Manser Fund berhubung keluarganya menerima peratusan besar kontrak balak, kelapa sawit komersial, harta kekayaan yang tidak diketahui nilainya dan perusahaan besar diluar negara menggunakan wang negeri. -Roketkini.com

Sudahlah kebebasan media corot, kerajaan larang pula BFM siar wawancara Anwar

Posted: 13 Feb 2014 12:40 AM PST



pressfreedom




 KUALA LUMPUR: Kerajaan BN sekali lagi menunjukkan sikap tidak bertolak ansur kepada kebebasan media, apabila melarang stesen radio Business FM (BFM) menyiarkan wawancara bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wawancara berhubung 'Langkah Kajang' itu sepatutnya disiarkan dalam slot 'Evening Edition' radio itu.

Namun BFM menerima arahan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tidak menyiarkan wawancara itu, lapor Malaysiakini semalam.

Sebelum ini, stesen radio itu turut pernah dilarang menyiarkan wawancaranya bersama Irshad Manji, penulis buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' – buku yang diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2012.

BFM menumpukan siarannya kepada penduduk Lembah Klang dan sekitar, dan pada tahun lalu, dilaporkan 23 peratus sahamnya dibeli The Edge Communications Sdn Bhd – juga pemilik FZ Daily, yang baru sahaja ditarik permit penerbitannya awal bulan ini sebelum sempat menerbitkan keluaran pertamanya.

Beberapa jam sebelum laporan larangan wawancara itu, badan antarabangsa Reporters Without Borders (RSF) mengeluarkan Indeks Kebebasan Media (FPI) 2014, yang menunjukkan Malaysia jatuh pada kedudukan 147.
Kedudukan itu lebih rendah berbanding kebanyakan negara Asia Tenggara lain, seperti Thailand (130) dan Indonesia (144).
Ia adalah kedudukan terendah Malaysia sepanjang 12 tahun FPI diadakan. Lebih memalukan, negara ketinggalan kepada Myanmar (145) yang sering dikatakan memiliki tahap demokrasi terburuk dunia
Kedudukan Malaysia boleh dikatakan baik pada tahun-tahun awal laporan itu dikeluarkan, dengan mendapat tempat ke 110 pada 2002, 104 (2003) dan dan 92 (2006).
Namun, sejak akhir-akhir ini terutama di bawah pemerintahan Najib, kedudukan negara terus merudum dengan tempat ke 141 pada 2010, 145 (2013) dan 147 (2014).
Wawancara BFM bersama Ketua Pembangkang tersebut berhubung topik hangat Langkah Kajang masih boleh mengikutinya melalui laman web rasmi BFM (www.bfm.my) -Roketkini.com

Syabas Rebecca, Usah Peduli Apa Orang Kata

Posted: 12 Feb 2014 10:18 PM PST

KELAB GREENBOC

Rabecca Dapat Hidayah Bertudung Di Mekah


Pelakon Rabecca Nur Al-Islam sudah pun berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yang lain.

Rabecca, 28, berkata, sepanjang berada di Mekah, dia cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut.

"Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.

"Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu. 




Tambah Rabecca, dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.

Dalam pada itu dia juga bersyukur apabila suaminya turut memberikan sokongan terhadap perubahannya dalam menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik.

Sementara itu, ditanya pula mengenai komen-komen negatif beberapa pihak yang menyifatkan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kerana memuat naik video-video dia mengaji di Mekah, Rabecca berkata, dia tidak kisah dengan kritikan tersebut

Kata Rabecca, tujuan dia memuatkan pelbagai video dia sedang mengaji kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.

"Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah.

"Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja. Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang," ujarnya. -mstar

ULASAN GB

Syabas Rebecca, asalkan niatmu baik, usah pedulikan kritikan orang. Sebab orang yang mengkritikmu itu belum tentu lebih baik dari dirimu.

Kepada suamimu, tahniah diucapkan dan teruskan usaha membimbing isterimu menjadi seorang wanita solehah.

Hadith Nabi s.a.w.

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah". (Riwayat Muslim)

Harga Minyak Naik Lagi RON97 2014 Sebanyak 5 sen. Tak Sampai Sebulan Naik 10 sen!

Posted: 12 Feb 2014 10:06 PM PST



Kenaikan Minyak RON97


Harga Minyak Naik Lagi RON97 2014 : Dilaporkan kepada Berita Semasa minggu lepas jelas kelihatan orang Singapore kebanyakannya isi minyak RON97, tetapi ada juga menggunapakai minyak RON95 (SEPERTI DI SINI). 

Kata orang, minyak RON97 ini untuk orang kaya? Betulkah?

Penggunaan minyak petrol di atas bumi yang telah dilimpahkan dengan emas hitam pun ada dipecah-pecahkan kumpulan yang boleh menggunapakai minyak yang berkualiti atau tidak
  • Ada kereta hebat, duit lebih boleh pakai minyak yang berkualiti seperti minyak RON97
  • Ada kereta biasa-biasa, pendapatan pun biasa-biasa boleh menggunakan minyak RON95 yang kurang kualitinya
Sedangkan minyak RON97 inilah yang pernah kita gunakan sebelum ini (KLIK SINI UNTUK BACAAN). Tetapi sekarang tidak lagi…..minyak untuk rakyat marhaen hanya sesuai bagi minyak RON95.

Harga Minyak Naik Lagi RON97 2014 Menjadi RM2.85 Seliter

Minyak RON97 Naik

Hakikatnya sekarang ini, tanpa dimaklumkan kepada rakyat Malaysia harga minyak RON97 naik 5 sen menjadi RM2.85. Tidak sampai sebulan harga minyak RON97 telah naik sebanyak 2 kali. Sebelum ini pada 8 januari 2014 telah naik 5 sen menjadi RM2.80.

P/S : Minyak petrol RON97 ini sudah menjadi barang premium

Khalid Ibrahim akan selesai hutang USD18 juta Bank Islam lebih murah

Posted: 12 Feb 2014 10:00 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Perbincangan perjanjian berhubung hutang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika bersama Kumpulan Guthrie Bhd sedang berjalan. Gambar fail.Perbincangan perjanjian berhubung hutang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika bersama Kumpulan Guthrie Bhd sedang berjalan. Gambar fail. 



























Dalam satu langkah yang mengejutkan, Bank Islam Malaysia yang sebelum ini beria-ia membawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana hutang USD18 juta (RM66.67 juta) kini bersedia untuk menyelesaikan perkara ini dengan amaun lebih rendah.

The Malaysian Insider difahamkan, Mahkamah Persekutuan mengadakan pendengaran sampingan di antara kedua-dua pihak semalam selepas diberitahu tentang rundingan penyelesaian yang sedang berjalan.

Kemungkinan penyelesaian itu mengejutkan ramai pihak termasuk pemimpin tertinggi PKR dan peguam Abdul Khalid. Salah seorang peguam mengatakan beliau mendengar penyelesaian sedang berjalan.

"Saya ada dengar tentang penyelesaian ini dan sedang cuba dapatkan butiran lanjut," katanya.
Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.

Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor.

Bank Islam Malaysia dimiliki 100% oleh BIMB Holdings Bhd (BHB), di mana pemegang saham majoritinya merupakan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) yang menguasai 54%. Pemegang saham lain adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Amanah Saham Bumiputera.

Mahkamah Rayuan memutuskan pada Mac 2010 Abdul Khalid tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam selepas mengenepikan rumusan penghakiman bank tersebut terhadapnya kerana gagal menyelesaikan kemudahan pinjaman Islam itu.

Pada 21 Ogos, 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bank untuk untuk mengemukakan penghakiman terus terhadap Abdul Khalid dan memerintahkannya membayar RM66.67 juta.

Tetapi Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad secara sebulat suara membenarkan rayuan Abdul Khalid dengan kos.

Mereka juga mengembalikan semula kes ini ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan isu dalam kes ini memerlukan perbicaraan penuh.

Semasa mengenepikan penghakiman terus itu, Zainun berkata, mahkamah berpendapat di bawah prinsip perbankan Islam, pendapat daripada pakar undang-undang Islam mengenai peraturan Islam tentang kesahan transaksi, adalah diperlukan.

Terdapat dua saman difailkan berhubung kes itu, satu yang difailkan oleh Abdul Khalid terhadap bank dan yang kedua saman balas bank terhadap menteri besar itu.

Dalam samannya terhadap BIMB, Abdul Khalid menuntut ganti rugi dan pengisytiharan, dengan mendakwa terdapat penjualan yang salah saham-saham dalam Guthrie di bawah kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA).

Abdul Khalid, yang ketika itu ketua pegawai eksekutif Guhtrie Berhad, mendakwa wujud kontrak kolateral antara beliau dan BIMB bersampingan dengan perjanjian kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.

Beliau mahu satu perisytiharaan kemudahan BBA itu secara berasingan dan tanpa kontrak kolateral itu adalah batal dan tidak sah dan BIMB melanggar kontrak kolateral dan atau kemudahan BBA.

Dalam saman balas terhadap Abdul Khalid, BIMB mendakwa berlaku pelanggaran perjanjian Al-Bai Bithaman Ajil ekoran kegagalan beliau membayar balik pinjaman.

Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)

Posted: 12 Feb 2014 09:54 PM PST

 


negara terkaya dunia


Negara Terkaya Di Dunia 2014 : Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah.

Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh "dunia" tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :

Senarai Negara Terkaya Di Dunia 2014

  1. #Qatar – KDNK per kapita lebih (~ $102,000 / ~ RM340,323)
  2. #Luxembourg – KDNK per kapita lebih (~ $77,000 / ~ RM256,911)
  3. #Singapore – KDNK per kapita hampir (~ $61,000 / ~ RM203,527)
  4. #Norway – KDNK per kapita (~ $55,000 / ~ RM183,508)
  5. #Brunei – KDNK per kapita sekitar (~ $54,000 / ~ RM180,171)
  6. #United Arab Emirates
  7. #United States
  8. #Hong Kong
  9. #Switzerland
  10. #Netherlands
  11. #Australia
  12. #Austria
  13. #Ireland
  14. #Canada
  15. #Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia 2014 :

  1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  2. Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :
  • Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di dunia. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
  • Brunei ada simpanan minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
  • Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 5 negara terkaya di dunia
  • Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
  • Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Kedua-dua negara membuktikan kepada dunia, tidak relevan saiz negara menjadi penanda aras membuatkan sesebuah negara tu kaya ataupun miskin.
  • Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama "merasainya" tanpa merompak untuk kepentingan sendiri, itu yang paling penting sebenarnya.
Harapan Berita Semasa pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah Berita Semasa mahu melihat :
  • Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian "sentiasa mencukupi". Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi
  • Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.
Kami terus ternanti-nanti saat ini. Apa pandangan & harapan anda pula anda pula?

Ketua menteri baru Sarawak sama acuan dengan Taib, kata penganalisis

Posted: 12 Feb 2014 09:50 PM PST

OLEH DESMOND DAVIDSON


Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) melantik Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti jawatan ketua menteri Sarawak. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) melantik Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti jawatan ketua menteri Sarawak.  
























Dilihat sebagai tamparan kepada Putrajaya, Ketua Menteri Sarawak baharu, Tan Sri Adenan Satem adalah seorang pemimpin yang mempunyai acuan sama dengan orang yang memilihnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata penganalisis.

Penganalisis berkata, Adenan yang berpengalaman luas juga mampu berkeras dengan Putrajaya kerana Taib yang akan meletakkan jawatan ketua menteri pada 28 Febuari, bakal menjadi gabenor Sarawak pada hari sama dan terus memegang tampuk kuasa negeri.

"Sekarang Putrajaya perlu berurusan dengan orang yang mempunyai acuan sama dengan Taib.
Seperti Taib, Adenan boleh membangunkan hubungan kerja dengan mereka tetapi tidak akan tunduk kepada mereka," kata penganalisis, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis kepada The Malaysian Insider di Kuching.

"Beliau mempunyai apa yang diperlukan untuk berdepan dengan Putrajaya," kata ketua Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu.

Taib mengumumkan Adenan sebagai penggantinya semalam, memilih bekas adik iparnya itu berbanding timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang dilihat rapat dengan pemimpin persekutuan dan disukai Putrajaya.

Adenan, 70, merupakan menteri tugas-tugas khas negeri sementara Abang Johari, 64, adalah menteri perumahan negeri.

Profesor Dr James Chin dari Institut Pengajian Adia Tenggara (ISEAS) di Sengapura bersetuju bahawa Adenan adalah calon terbaik untuk jawatan itu.

Bagaimanapun, penganalisis itu berkata, Adenan mungkin hanya akan menjadi ketua menteri secara sementara kerana masalah jantungnya.

"Masalah jantungnya tidak menjadikannya calon yang sesuai sebenarnya.

"Tetapi kalau sementara, untuk memimpin BN bagi pilihan raya negeri, beliau adalah orang yang terbaik," kata Chin yang berasal dari Sarawak.

Mohd Faisal berkata, Taib dilihat sebagai mencerca Putrajaya dengan pilihan sendirinya - orang yang setia kepadanya.

"Sudah menjadi rahsia umum Putrajaya mahu melihat Abang Johari sebagai ketua menteri Sarawak yang baru. Secara idealnya, beliau akan menjadi pilihan terbaik kerana hubungan rapatnya dengan pemimpin persekutuan. Beliau juga dilihat bersih dan bukan seseorang yang kontroversi seperti Taib.

"Tetapi, apabila Putrajaya mula memberi tekanan agar Taib meletakkan jawatan, ketua menteri yang tegas itu tidak akan tunduk.

"Beliau memberi terma kepada Putrajaya tentang bila akan meletakkan jawatan dan siapa yang akan menggantikannya," katanya.

Kesimpulannya ialah, Taib yang menetapkan bila peletakan jawatan itu akan berlaku, tempatnya dan siapa yang beliau mahu untuk menggantikannya.

Salah seorang lagi yang dikatakan berpeluang adalah Naib Presiden Kanan PBB dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber negeri II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, 58, tetapi dipertikai kerana pengalaman politik belum cukup luas.

"Selepas itu, peluang Abang Johari gelap (selepas Putrajaya memberi tekanan kepada Taib). Lagipun, beliau bukannya pengikut setia Taib," kata Mohd Faisal, merujuk kepada pilihan raya parti 2002 bagi timbalan presiden II selepas Datuk Abang Abu Bakar Mustapha dipecat.

Mohd Faisal berkata, ia merupakan sebahagian daripada pelan kepada pengganti Taib.

Tetapi pelan untuk menjadikan Adenan – seorang peguam yang belajar di universiti sama dengan Taib – di University of Adelaide - sebagai pengganti terganggu apabila Adenan dicabar Abang Johari yang menang jawatan timbalan presiden II PBB.

"Episod itu juga tidak memihak kepada Abang Johari," katanya.

Walaupun Adenan kalah, Taib mewujudkan jawatan naib presiden kanan untuknya agar beliau boleh masuk ke mesyuarat majlis tertinggi PBB.

Adenan yang mula masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas terpilih pada 1978, dilantik sebagai menteri muda tujuh tahun kemudian selepas dijadikan menteri muda pembangunan tanah negeri.

Pada 31 Mac, 2004, Adenan dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan sebagai menteri sumber asli dan alam sekitar.

Dalam rombakan semula Kabinet pada Febuari 2006, Adenan meminta tidak dilantik semula dan pulang ke Sarawak.

Mohd Faisal yang mengkaji PBB dan pernah menulis kajian tentang parti itu berkata, kepulangan Adenan sepatutnya untuk mengambil alih jawatan Taib.

"Entah bagaimana sesuatu berlaku dan terdapat perselisihan faham antara mereka. Adenan dibekukan,: katanya.

Pada 2007, Adenan "yang merajuk" meletakkan jawatan sebagai naib presiden kanan PBB tetapi Taib melantiknya sebagai ketua penerangan.

Walaupun jawatan itu lebih rendah, ia masih membenarkannya untuk masuk ke dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Adenan menerima jawatan itu dan menamatkan spekulasi beliau mahu mengakhiri karier politiknya.
Selepas tiga tahun dibekukan, Taib mengejutkan ramai pihak apabila beliau sekali lagi mewujudkan jawatan baru untuk Adenan dalam kerajaan negeri.

Taib menjadikan Adenan penasihat khas di pejabat ketua menteri pada Mac 2010.

Jawatan itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai menteri tugas-tugas khas dengan kuasa menteri dan boleh menghadiri mesyuarat Kabinet negeri.

"Begitulah cara Taib menjaganya," kata Mohd Faisal.

Katanya, Adenan dengan mudah boleh lemas dalam kehangatan politik sekiranya beliau tidak cekap sebagai ahli politik.

Mat Taib sambut baik pelawaan Anwar untuk bantu Selangor

Posted: 12 Feb 2014 09:39 PM PST

OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA


Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tidak keberatan menerima pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai pentadbiran kerajaan negeri Selangor selepas PRK DUN Kajang. Gambar fail.Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tidak keberatan menerima pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai pentadbiran kerajaan negeri Selangor selepas PRK DUN Kajang. Gambar fail.  



























Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyambut baik pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau membantu pembangunan desa negeri Selangor selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lama lagi.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, apa yang penting kepadanya, Selangor kekal sebagai negeri utama yang menjadi "super model" kepada negeri lain di Malaysia.

"Saya bersedia untuk membantu jika khidmat saya diperlukan," katanya yang dikenali sebagai Mat Taib kepada The Malaysian Insider.

"Kalau hendak mulakan sesuatu di negeri Selangorlah. Orang cedik pandai ada di sini, semua sumber ada di sini," katanya mengulas cadangan Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan mereka sebelum menawan Putrajaya.

Mengulas mengenai kemungkinan Anwar akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, Muhammad berkata, ia tidak mustahil berlaku kerana tidak ada undang-undang bertulis yang mengatakan hanya anak Selangor sahaja boleh memegang jawatan itu.

"Politik itu adalah the 'art of possible'. Tiada apa yang mustahil dalam politik," katanya.

Dalam satu ceramah di Kajang malam tadi, Anwar mengumumkan akan membawa masuk bekas veteran Umno, Muhammad  ke dalam pentadbiran Selangor selepas selesai PRK.

Ketua pembangkang itu juga berkata, selain kepakaran pengurusan ekonomi Abdul Khalid, kepakaran program desa yang dimiliki Muhammad  juga amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

"Saya akan panggil Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Dia ada kepakaran program desa," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong PKR, di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang, malam tadi.

Pengumuman Anwar itu dilihat sebagai mengesahkan lagi spekulasi beliau akan menggentikan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor sekiranya menang PRK Kajang.

Muhammad yang turut dikenali sebagai "Mat Tyson" dalam arena politik negara mengumumkan menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya adalah naib presiden Umno (2000-2003), dan ketua penerangan Umno (2008-2009). Selain itu, beliau juga pernah menganggotai Kabinet di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Muhammad merupakan menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 dan turut berkempen ke seluruh negara membantu PR semasa PRU13.

PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut bulan lalu.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac dan hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac

Indeks kebebasan akhbar M'sia terus jatuh

Posted: 12 Feb 2014 07:22 PM PST

MALAYSIAKINI

 





Kedudukan Malaysia merosot ke tahap paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris, hari ini.

Malaysia kini berada di kedudukan 147 daripada 180 negara, merosot dua anak tangga lagi berbanding tahun sebelumnya (145).

Kedudukan itu meletakkannya berada di bawah negara-negara lain yang kurang membangun seperti Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).

RSF dalam laporan itu tidak menyatakan secara spesifik berhubung kemerosotan kedudukan Malaysia.

Badan pemantau itu bagaimanapun menyatakan ia dibuat berdasarkan tinjauan dengan pelbagai pihak, termasuk aktivis NGO, wartawan sendiri, dan pakar undang-undang.

Turut diambil kira, kes pencabulan terhadap kebebasan media seperti penapisan dan serangan terhadap wartawan.

Ini bukan karut tetapi adalah hak Anwar - peguam

Posted: 12 Feb 2014 07:14 PM PST


SALMIYAH HARUN 


PUTRAJAYA: Barisan panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa pihaknya sengaja melengah-lengahkan pendengaran rayuan dalam kes liwat II.

Menurut salah seorang barisan panel itu Sivarasa Rasiah, mana-mana pemohon yang membawa isu ke mahkamah ada hak untuk merayu kerana kesemua ini termaktub di dalam undang-undang.

"Ini bukan karut. Tetapi ini adalah hak Anwar untuk mendapatkan keadilan bagi dirinya.

"Dan Shafee sudah tahu kerana sistem itu ada. Malah sebelum ini dua permohonan berkaitan status Shafee juga diputuskan di Mahkamah Rayuan macam hari ini dan dibenarkan membuat rayuan di peringkat persekutuan. Dia pun tidak  pertikaikan pada masa itu. Dia tahu sebab itu adalah hak kita.

"Tiba-tiba dia pertikaikan  pula seolah-olah tidak tahu walhal undang-undang membenarkan," kata Sivarasa.

Peguam Datuk Mohd Shafee Abdullah semalam mempertikaikan permohonan Anwar untuk memanggil semula Pereira sambil menyifatkan tindakan itu karut dan sengaja melengah-lengahkan kes ini.

"Yang saya tidak faham kenapa pihak responden melengah-lengahkan sedangkan kita sudah cukup persediaan kita sudah bagi hujah-hujah berbulan-bulan, kemudian baru hari ini dia kemukakan," tegas Shafee ketika bercakap dengan media selepas penangguhan kes itu di Mahkamah Rayuan semalam.

Tambah Sivarasa proses secara logik dan realiti memang lambat dan tidak dinafikan ia menjadi kebiasaan dalam sistem mahkamah.

"Jadi, kita tunggu sahajalah. Kalau pendengaran rayuan ini ditangguhkan satu atau dua bulan apa susah ikut sahaja. Tidak ada isu besar sebab Mahkamah Tinggi sudah bebaskan Anwar jadi tidak ada isu untuk tunggu.

"Lebih baik kita jaga prinsip keadilan iaitu ikut undang undang daripada melanggar undang-undang.

"Mungkin Mahkamah Persekutuan ada pendapat yang berlainan akan memberi impak besar kepada rayuan hari ini sebab itulah hakim-hakim tadi kata kita dengar dulu," jelas Sivarasa.

Peguam kanan Karpal Singh yang mewakili Anwar telah memohon untuk memanggil semula Pereira atas alasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendapati "tidak layak dan sesuai" untuk diterima sebagai peguam di Mahkamah Tinggi Malaya.

Karpal segera memohon penangguhan pelaksanaan penghakiman tersebut dengan alasan mereka akan kemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan tersebut atas prinsip keadilan, Karpal berjanji akan memfailkan notis rayuan pada hari ini.

Hakim menetapkan 28 Febuari untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan Saya

Posted: 12 Feb 2014 06:51 PM PST


Oleh Khalid Samad


Saya telah hadir ke 'Muzakarah Kalimah Allah' di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan. Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar. Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara.

 Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.

Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya? Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya. Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan UMNO/BN.

Mungkin bagi diri Noh, sememangnya beliau tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini. Oleh itu beliau memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujjah yang telah saya kemukakan. Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, "kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?" dan sebagainya. Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM

Hujjah saya bahawa kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Arab Jahiliah sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) langsung tidak di'iya'kan atau ditolak. Kerana menurut beliau sendiri, beliau bukan pakar dan oleh itu beliau tidak tahu.

Hujjah saya yang berlandaskan Ayat Al-Quran bahawa masyarakat Nasrani (Kristian) dan Yahudi sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) menggunakan kalimah Allah dan ianya langsung tidak dilarang oleh Ar-Rasul juga tidak dihiraukannya. Begitu juga di zaman para Sahabat, Tabiin dan Taba-Tabiin selepas wafatnya Rasulullah, termasuk zaman Bani Umayyah, Abasiah sehingga Othmaniah keadaannya terus begitu.

Cabaran saya untuk dikemukakan pandangan walaupun seorang ulama muktabar pada zaman itu yang menyatakan bahawa kalimah Allah hak eklusif orang Islam dan haram untuk bukan Islam, juga tidak disahutnya. Apakan daya, beliau tidak tahu dan hanya mampu bertaqlid dalam soal ini walaupun tidak mengetahui apa sebarang hujjah di sebaliknya.

MENGAPA DIHARAMKAN

Mengikut fahaman saya, pada dasarnya pengharaman itu adalah berkaitan dengan usaha menghalang penyebaran agama lain kepada ummat Islam. Pada asalnya hukum penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah harus (dibenarkan) tetapi dalam konteks penggunaannya untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam maka ianya diharamkan. Maka haramnya adalah atas cara dan tujuan ianya digunakan bukan kerana "Allah adalah milik ummat Islam" atau "Allah adalah Tuhan ummat Islam", iaitu kata syirik yang terhasil dari golongan jahil berhubung isu yang dipolitikkan ini.

Dalam soal penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam, kita semua bersetuju ianya dilarang dan perlu dibenteras. Oleh itu buku dan kitab termasuk risalah serta apa jua usaha menyampaikan agama bukan Islam kepada ummat Islam perlu dihalang. Namun, adakah sesama bukan Islam juga ingin dihalang dan dipantau sedangkan ianya tidak sama-sekali melibatkan ummat Islam? Jika buku Bible ini tidak boleh diserahkan kepada orang Islam, apakah keperluan untuk kita sebagai ummat Islam menentukan perkataan apa yang digunakan di dalam Bible tersebut? Tidakkah ini bercanggah dengan maksud ayat yang masyur yang saya yakin Noh sendiri mengetahuinya iaitu, "Lakum diinukum wali yadiin" atau bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami.

Pada zaman Nabi, arab musyrikin mempunyai berbagai-bagai kekeliruan terhadap Allah sepertimana juga orang Kristian dan Yahudi. Dasar 'bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami' membiarkan mereka terus dengan kepercayaan mereka terhadap Allah sambil ummat Islam menyatakan kefahaman yang sebenarnya.

PERSOALAN AQEEDAH?

Pada penghujung muzakarah tersebut, Noh merumuskan ucapannya dengan mengatakan 'mempertahankan kalimah Allah' adalah persoalan Aqeedah. Nampak gaya bukan sekadar Noh tidak mampu sekolahkan saya, beliau juga merupakan 'guru' yang kurang bijak. Beliau tidak mampu memahami bahawa ini bukan soal aqeedah tetapi kaedah untuk menyekat penyebaran agama lain di kalangan ummat Islam. Itu pun oleh kerana dianggap ummat Islam mudah dikelirukan.

Jika benar ianya Aqeedah, maka mengapa sebut kalimah Allah oleh bukan Islam 'secara biasa' dibolehkan? Sekiranya ianya Aqeedah, bagaimana ianya dibenarkan di Sabah dan Sarawak? Kalau ianya Aqeedah tidakkah ia bermakna seluruh dunia Islam, selain dari ummat Islam di Semenanjung sahaja telah sesat kerana membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah?

Akan tetapi apa yang disebut oleh bukan Islam berhubung Allah, seperti Allah 'tiga dalam satu', adalah tidak benar dan salah. Namun, walaupun salah menurut pandangan Islam, sebagai seorang Islam kita tidak boleh melarang kerana itu agama mereka dan kepercayaan mereka. Samada dikatakan Allah itu tiga atau Tuhan itu tiga ianya tetap salah menurut Islam.

Maka, Enakmen Agama Bukan Islam adalah kaedah untuk mengelak ummat Islam dikelirukan dan dengan itu terpengaruh dengan agama bukan Islam. Itu sahaja, bukan soal Aqeedah. Dan implikasinya ialah bahawa orang Melayu Islam di Semenanjung ini lebih mudah dikelirukan berbanding dengan yang berada di Sabah dan Sarawak! Maka itulah sebabnya di Sabah dan Sarawak ianya dibenarkan tetapi tidak di Semenanjung. Mungkin ianya ada kaitan dengan hakikat UMNO lebih lama di Semenanjung berbanding Sabah dan UMNO tidak ada di Sarawak maka orang Islam di Semenanjung mudah dikelirukan? Di mana adanya UMNO, di situ Melayu jahil dan mudah dikelirukan?

Saya sebenarnya letih dengan guru yang kurang bijak sebegini. Malam itu saya mengambil pendekatan tidak menyerang kerana saya datang untuk 'disekolahkan'. Saya jelaskan fahaman saya dan jawab serangan Noh terhadap diri saya. Saya tidak menyerang dirinya. Namun dalam keadaan begitu pun saya sedih kerana kemampuannya untuk 'menyekolahkan' saya tidak sama sekali diserlahkan. Sebaliknya beliau hanya mengaku bahawa beliau tidak tahu serta tidak layak dan mendakwa begitu juga diri saya. Yang pasti, DIA yang tidak tahu dan oleh kerana tidak tahu, maka beliau tidak mampu juga menilai hujjah yang telah saya kemukakan. Oleh itu beliau tidak mampu menilai kemampuan saya.

Letih saya dengan guru sebegini; bukan sahaja tiada 'udang' di sebalik batu, bahkan tiada apa pun di sebalik batu!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kita tunggu perbezaan diantara pra dan post pentadbiran Taib Mahmud

Posted: 12 Feb 2014 06:47 PM PST

Oleh Aspan Alias


Berminat pula saya menulis sambungan kepada posting saya yang lepas lanjutan dari isu perletakkan jawatan serta kebersaraan TS Taib (TSTM) dari kerajaan dan akan menjadi Gabenor Negeri kenyalang itu. Tentunya persaraan TS Taib ini merupakan peristiwa yang menjadi minat ramai untuk bercakap dan mentelaah tentang isu ini lebih mendalam lagi. Masakan tidak, TSTM merupakan Ketua Kerajaan yang paling lama sekarang ini, bukan sahaja dalam Malaysia malahan diantara yang terlama dalam dunia moden ini. 

Moralnya Sarawak adalah sebuah negara yang bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah. Sarawak mempunyai kedaulatannya sendiri dan ia bukan setaraf dengan Perlis dan Melaka dari sudut tarafnya dalam Persekutuan Malaysia. Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu adalah 'equal partner' dan kedudukan itu sekali gus memberikan kita gambaran yang mereka di Sarawak adalah sebuah negara ysng khusus yang telah bergabung dengan dua buah negara yang lain.
Itu sebabnya tidak ada siapa yang mempersoalkan beliau satu-satunya Ketua Kerajaan Negeri yang menggunakan kereta termewah dalam dunia sekarang ini, Rolls Royce misalnya. TSTM adalah raja dalam kategorinya yang tersendiri.
Taib sahajalah yang boleh secara terbuka melabelkan pegawai SPRM sebagai budak nakal semasa cuba melakukan penyiasatan keatas tuduhan rasuah terhadap beliau dan sehingga sekarang TSTM tetap unggul dan masih mempunyai kuasa penentu bagi negerinya sendiri. Apabila beliau bersara pada hakikatnya beliaulah yang akan menentukan pengganti beliau dan tidak akan ada penentangnya.
Jika ada pun kesilapan pencarian terhadap penggantinya, ia akan hanya dirasakan setelah penggantinya itu mentadbir negeri Sarawak selepas beberapa ketika nanti. Bagi Putrajaya pengganti yang diharapkan mereka ialah sesiapa yang boleh bekerjasama dan mahu menunjukkan sikap kompromi dengan kerajaan Persekutuan untuk merapatkan pengaruhnya terhadap Sarawak itu.
Banyak pendapat ramai yang berkata yang kalau pun beliau terlibat dalam skandal rasuah seperti yang dipersepsikan dan berbagai lagi, tidak akan ada sesiapa dikalangan Jemaah Menteri Persekutuan termasuk Perdana Menteri sendiri boleh melakukan apa-apa tindakan penguat kuasaan terhadap TSTM. Jika ia dilakukan terhadap beliau, TSTM boleh menunjukkan 'middle finger' beliau dengan santai sahaja. Pendeknya setakat hari ini TSTM mempunyai 'immunity' yang tinggi dan tidak ada pihak nampaknya yang mampu memberikan beliau tekanan  politik oleh sesiapa di Persekutuan ini.
TSTM menguasai segala-galanya di Sarawak dan kita tidak berapa berkeyakinan yang penggantinya nanti mampu untuk memberikan kepimpinan yang sama tarafnya dengan kepimpinan TSTM. TSTM merupakan seorang yang mempunyai kepimpinan yang kuat kerana dalam banyak-banyak pemimpin beliau sahajalah yang kita tidak mendengar berucap dengan retorik dan slogan yang besar-besar. Selalunya hanya pemimpin yang kekurangan keyakinan dirinya sahaja cuba menutupi kelemahan mereka dengan berslogan, lepas satu slogan satu slogan yang lain pula wujud.
Pesanan TSTM supaya melindungi Sarawak 'at all cost' yang membawa maksud jangan biarkan UMNO bertapak itu, memberikan persepsi yang amat buruk kepada UMNO sebagai parti pemerintah sekarang. Dalam pada parti itu menghadapi masalah keyakinan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak pula sedaya upaya cuba untuk menahan parti itu berkembang di Sarawak. Ia membawa makna kepada Sarawak, UMNO lebih tidak boleh dipercayai. Tetapi DAP dan PAS yang tidak mendapat apa-apa halangan untuk bergiat di negeri kenyalang itu.
Semasa persaraannya nanti TSTM tidak banyak yang 'outstanding' dengan pemimpin di Sarawak. Semasa persaraan tidak ada masalah tentang isu kepelbagaian bangsa dan suku kaum serta agama walaupun katanya Sarawak mempunyai 33 suku kaum yang tinggal dalamnya. Berbeza dengan Semenanjung yang bergolak tentang isu Allah walau pun bangsa-bangsa dan suku kaum di Semenanjung ini hanya kecil jika dibandingkan dengan Sarawak.
Ada pihak yang berkata di Sarawak tidak ada masalah dan isu yang berkait dengan perhubungan kaum kerana Sarawak belum di sentuh oleh UMNO. Jika UMNO telah mula menyentuh Sarawak tentu isu perkauman akan menjadi hangat dan akan terus membelah kesatuan diantara kaum disana. Pimpinan UMNO hanya kuat jika ada perbalahan diantara rakyat dan inilah lebihnya TSTM dengan pimpinan UMNO Persekutuan. TSTM kekal dengan gah sebagai pemimpin terulung dan terlama dalam keadaan aman damai. Itulah kekuatan TSTM yang sebenarnya kerana beliau berkemampuan untuk menyatukan semua suku kaum dan agama sejak mula menjadi Ketua Menteri Sarawak itu dan telah kekal selama 33 tahun sebagai Ketua Kerajaan.
Dr Mahathir sebaliknya terpaksa memecah belahkan partinya sendiri untuk kekal hanya 22 tahun berbanding dengan TSTM yang kekal selama 33 tahun tanpa membelahkan partinya sendiri. UMNO telah mewujudkan dua parti serpihan, Semangat 46 dan PKR semasa pentadbiran Dr Mahathir.
Walau apa pun kita jangan begitu yakin yang kestabilan semasa TSTM itu akan berulang di zaman pentadbiran penggantinya sebab pimpinan yang diasuh oleh TSTM belum lagi menunjukkan bukti tentang kekuatan kepimpinan mereka. Selama ini mereka hanya selesa kerana duduk dibawah dagu TSTM semata-mata. Sarawak tetap utuh walaupun kepimpinan Persekutuan sedang menghadapi krisis keyakinan yang begitu besar sekali dalam sejarah negara merdeka kita ini.
Hanya kita berharap keadaan yang berlaku di Semenanjung tidak akan berlaku di Sarawak. Semoga pilihan TSTM untuk menunjuk penggantinya itu merupakan pimpinan yang mampu untuk mengekalkan kestabilan politik negeri kenyalang yang pesat membangun itu.
Jika diukur dari segi jangka masa pentadbiran dan kuasa yang diperolehi TSTM merupakan yang paling berjaya dan ikuti oleh Dr Mahathir Mohamed yang menguasai negara selama 22 tahun itu.
Najib pula merupakan yang paling tidak berjaya kerana baru menguasai 4 tahun sahaja kuasa kerajaan beliau telah menghadapi desakan yang amat kuat untuk bersara dan yang paling kuat desakan itu datangnya dari Dr Mahathir.
Tetapi seperkara yang harus difahami, yang saya maksudkan ialah penguasaan siasah negara sahaja, bukannya menguasai politik negara yang bermoral. Saya menyebutnya kerana dalam proses bertahan selama yang dikehendaki mereka itu banyak isu moral telah diketepikan sehinggakan banyak institusi demokrasi telah jahanam kerana mempertahankan pemimpin yang moral mereka terbuka untuk dipersoalkan.  http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Mahkamah Persekutuan halang 14 mengakses dokumen SYABAS

Posted: 12 Feb 2014 06:45 PM PST

MALAYSIAKINI


 


dikemaskini Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menghalang 14 pengguna mengakses laporan audit dan perjanjian konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Sambil menyifatkannya sebagai mundur ke belakang, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (kiri) berkata penghakiman itu akan menghadkan fungsi Enakmen Kebebasan Maklumat di Selangor.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 yang lain, telah menamakan  menteri air, tenaga dan teknologi hijau dan SYABAS dalam permohonan itu, untuk mendapatkan akses kepada dokumen-dokumen yang diklasifikasikan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.


"Saya percaya ada sesuatu yang tidak kena dalam laporan audit itu. Bagaimanapun, kita tidak boleh mendapat akses kepada kedua-dua
dokumen tersebut," kata MP Klang, Charles Santiago (kiri), salah seorang daripada 13 perayu yang dianggap oleh mahkamah gagal dalam ujian 'locus standi' dalam menjadi sebahagian daripada permohonan itu.

Dalam keputusan hari ini yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hasan Lah berkata hanya MTUC mempunyai asas perundangan untuk mengambil tindakan itu kerana ia telah menulis surat kepada menteri mengenai perkara itu.

Tetapi, seperti 13 yang lain, ia juga tidak akan mempunyai akses kepada dokumen-dokumen kerana OSA.

Hakim Hasan berkata, melihat konteks undang-undang dan fakta keseluruhan permohonan itu, terutama hakikat bahawa ini adalah satu tindakan undang-undang yang kepentingan awam, maka Mahkamah Persekutuan berpendapat MTUC telah menunjukkan bahawa ia mempunyai kepentingan sebenar dan tulen dalam kedua-dua dokumen itu, dan oleh itu, kongres itu terjejas oleh keputusan menteri.

1.5 Juta Pelawat Layari Star Online

Posted: 12 Feb 2014 06:41 PM PST

MSTAR ONLINE





PETALING JAYA: Produk digital utama Star Media Group, The Star Online, berada di kedudukan teratasa bagi laman web berita tempatan, yang mencatatkan 1.01 juta pelawat unik pada Disember tahun lepas.

Menurut Persatuan Digital Malaysia (MDA) dan comScore Inc, keseluruhan perkhidmatan produk digital Star Media Group mencatatkan 1.5 juta pelawat unik di Malaysia.

Selain The Star Online, aset digital yang kumpulan itu termasuk StarProperty.my, Propwall , iBilik, myStarjob.com, StarMotoring, Carsifu dan mStar Online, dan kesemua portal ini mencatatkan 496,000 pelawat unik.

MDA merupakan badan perwakilan tertinggi bagi agensi penerbitan dalam talian, pengiklanan dan pembekal perkhidmatan digital di Malaysia, manakala comScore adalah sebuah syarikat teknologi Internet terkemuka yang membuat pemeriksaan terhadap apa yang pengguna lakukan apabila mereka melayari dunia digital.

"Kami berjaya mengekalkan The Star Online sebagai laman web berita paling popular di negara ini, dan juga kerana mencatatkan hampir 500,000 pelawat unik untuk laman-laman web lain, yang merupakan satu pencapaian amat bermakna," kata Ketua Produk (Digital) The Star, Serm Teck Choon.

"Terdapat usaha yang berterusan untuk mengukuhkan kedudukan sebagai nombor satu, dan juga untuk meningkatkan profail laman-man web kami yang lain.

"Kami yakin produk digital The Star akan terus menjadi tumpuan pegguna Internet di Malaysia," katanya.

Antara laman-laman web berita tempatan, Malaysiakini berada di tempat kedua dengan 838,000 pelawat unik , diikuti oleh Sinar Harian (763,000), The MalaysianInsider ( 669000), Berita Harian (612,000), myMetro (Harian Metro online) (590,000 ) dan Utusan Malaysia Online (476,000).

The Star Online merupakan satu-satunya laman berita tempatan yang berada dalam kedudukan lima teratas bagi laman web Malaysia.

Perangkaan dalam laporan itu tidak termasuk penggunaan Internet antarabangsa.

Di Malaysia, laporan comScore Media Metrix adalah berdasarkan data lebih 150,000 orang.

Bilangan pelawat unik yang dilaporkan hanya diukur berdasarkan pengunjung yang melayari internet menggunakan desktop, dan tidak termasuk mereka yang menggunakan peranti mudah alih dan tablet.

Polis akan panggil dua individu 'ancam Teresa'

Posted: 12 Feb 2014 06:30 PM PST

MALAYSIAKINI





Polis telah mengenalpasti dua individu yang didakwa membuat ancaman jenayah terhadap MP DAP Seputeh, Teresa Kok.

Mereka akan dipanggil tidak lama lagi untuk membantu siasatan, lapor theSunDaily hari ini.

Akhbar itu melaporkan di akaun Twitternya bahawa polis juga akan memanggil Teresa untuk disoal siasat esok.

Semalam, polis telah menyoalsiasat tiga pelakon yang berlakon dalam video Tahun Baru Cina yang disiarkan Teresa di YouTube.

Kandungan video tidak disenangi oleh menteri-menteri Umno, dan beberapa NGO Melayu yang membuat laporan polis terhadap Teresa.

BFM dilarang siar temubual dengan Anwar

Posted: 12 Feb 2014 06:28 PM PST

MALAYSIAKINI





Stesen radio BFM dilarang menyiarkan temubual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pilihan raya kecil di Kajang.

Temubual itu pada mulanya dijadualkan untuk disiarkan dalam Edisi Petang stesen tersebut.

Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan stesen itu tidak menyiarkan temubual tersebut.

Bagaimanapun, ia masih boleh didapati untuk muat-turun di lamanweb stesen itu.

Ia adalah amalan biasa untuk stesen radio tersebut mengemukakan senarai tetamu dan topik untuk rujukan SKMM.

Ia juga bukan kali pertama BFM dilarang SKMM daripada menyiarkan rancangan temubualnya.

Antara contohnya, SKMM telah mengarahkan BFM tidak menyiarkan temubual dengan Irshad Manji, seorang pengarang buku Kanada yang menjadi sasaran bantahan kumpulan Islam konservatif kerana pendirian liberalnya mengenai Islam.

BFM adalah sebuah stesen radio yang berpangkalan di Lembah Klang yang boleh diterima siarannya di bahagian-bahagian di Negeri Sembilan dan Melaka.

Stesen ini telah membina reputasi kerana pendekatannya yang lebih liberal dan berani berkaitan perniagaan dan hal ehwal semasa, yang membezakannya daripada tiga kumpulan stesen swaster terbesar - Media Prima Radio Networks, Star Publications (M) Bhd dan AMP Radio Networks.

Ia ditubuhkan oleh Malek Ali dan tahun lepas, dan 23 peratus pegangan sahamnya dilaporkan telah diperolehi oleh The Edge Communications Sdn Bhd.

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru

Posted: 12 Feb 2014 06:25 PM PST

MALAYSIAKINI






Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengumumkan bahawa penggantinya ialah Tan Sri Adenan Satem.

Abdul Taib mengumumkan demikian selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 28 Februari kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Pertemuan dengan yang dipertuan negeri berlangsung kira-kira sejam di Astana Negeri. Abdul Taik memberitahu pemberita kemudian bahawa Adenan mendapat sokongan penuh BN Sarawak untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Abdul Taib diiringi Presiden PRS Tan Sri James Masing, Presiden SPDP datuk William Mawan, Timbalan Presiden PBB Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan bekas ketua SUPP cawangan Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Mereka yang ketara tidak hadir termasuk Adenan, Datuk Seri Abang Johari Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan. Ketiga-tiga dikatakan menjadi calon yang berpotensi untuk jawatan KM.

Seorang lagi yang ketara tidak hadir ialah Presiden SUPP, Tan Sri Peter Chin. Jurucakap beliau telah memberitahu pemberita yang beliau tidak sihat dan tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

Adenan merupakan bekas peguam dan pada satu ketika pernah menjadi adik ipar Taib. Adenan pernah berkahwin dengan adik perempuan Taib, Zainab Aishah.

Adenan, 70, kini merupakan ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan penasihat khas kepada ketua menteri, dengan berstatus menteri negeri.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri persekutuan pada 2008.

Pada tahun 2011, beliau dipilih sebagai calon PBB dalam pilihan raya negeri, untuk mempertahankan kerusinya Tanjung Datu, yang dimenanginya dengan majoriti yang selesa. Adenan dipercayai mengalami komplikasi jantung.

Beliau adalah antara tiga personaliti untuk mengambil alih jawatan ketua menteri. Dua lagi ialah naib presiden PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Presiden, Datu Abang Johari Openg.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar selepas menghadap yang dipertua negeri, Bernama melaporkan Abdul Taib berkata: "Apabila saya memaklumkan kepada beliau (Tun Abang Muhammad Salahuddin) mengenai niat saya  (untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri), beliau tiada bantahan".
  
Menurutnya, nama Adenan yang juga anggota Majlis Tertinggi PBB dicadangkan kepada Tun Abang Muhammad Salahuddin dan beliau bersetuju dan majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru akan diadakan pada 28 Februari.
  
"Adenan mewakili satu bentuk perjanjian antara tiga calon (yang disebut-sebut mengantikan Taib sebagai ketua menteri)," katanya.
  
Dua lagi calon ialah Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
  
Taib berkata pemilihan Adenan, yang juga ADUN Tanjung Batu, sebagai penggantinya juga untuk memastikan BN negeri akan terus mengekalkan semangat berpasukan yang semakin utuh dalam kalangan mereka sejak beberapa tahun lepas.
  
Beliau yakin dengan dasar-dasar sedia ada yang telah dibangunkan bersama-sama dan pasukan pemimpin yang akan bekerja dengan Adenan, Sarawak akan mampu meneruskan momentum pembangunan pesat pada masa depan.
  
Taib, yang telah memegang jawatan ketua menteri sejak 1981 berkata, beliau juga akan mengosongkan kerusi DUN Balingian yang diwakilinya susulan peletakan jawatannya itu.
  
"Sebarang pilihan raya kecil selepas saya mengundurkan diri diserahkan untuk diputuskan oleh ketua menteri yang baru (Adenan) dan mungkin ia akan menjadi tugas pertama beliau untuk merundingi semua rakan (parti-parti komponen) BN (mengenai) siapa yang akan mengisinya (kekosongan itu).
  
"Saya tidak ada siapa yang mahu dicalonkan sebagai pengganti saya dan untuk bersikap adil, saya serahkannya kepada ketua menteri (yang baru)," katanya.

Tiada ulasan: