DIALOG RAKYAT |
- [EDISI KARUT] Akhbar TheStar Milik MCA Reka Cerita MB Selangor Enggan Letak Jawatan
- Rakyat disuruh berjimat, Menteri membazir beli plat mewah
- MCM 11 - "Macam Tu" Ke Ketua Menteri Melaka?
- Saya lulus Tabung ATM agar pulangan dimanfaat pesara – Anwar
- Buku Anwar dilarang jual kerana MPH milik Syed Mokhtar?
- ‘AMK Baru’ kemuka 7 gagasan dalam manifesto
- Berapa Tebal Agaknya Kulit Muka Idris Haron...
- Potensi cerah Pakatan Sarawak selepas Taib?
- Sanusi Junid: Umno dijangka akan terus hilang kerusi
- 2 Pegawai Kanan PDRM Meninggal Dunia
- Banjir di Sabah : Lebih 4,000 Mangsa Dipindahkan
- Korban ayam
- Siswa gerak jentera kempen di PRK Kajang
- GERAMM: Alasan k'jaan kelirukan isu akhbar
- Anwar beritahu MCA jangan jadi hamba Umno
- Zizan Razak Tidak Nikahi Emma Maembong Waktu Terdekat
- Hujan Berterusan, Banjir Di Sabah Semakin Buruk
- Peletakan Jawatan Waythamoorthy Mendukacitakan - PM
- Khalid Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan
- Pas tak bincang isu menteri besar
- Kempen MCA paling lambat dalam sejarah
- Minyak masak terputus lagi
- Nenek disamun kakitangan TNB palsu
[EDISI KARUT] Akhbar TheStar Milik MCA Reka Cerita MB Selangor Enggan Letak Jawatan Posted: 15 Feb 2014 06:12 AM PST KELAB GRENBOCNaib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata laporan akhbar milik MCA, The Star yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sebagai tidak berasas. Katanya, fokus PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan soal siapa menteri besar Selangor tidak timbul. "Laporan itu tiada asas. Sekarang ini fokus kami hendak menang PRK Kajang dan semua pihak termasuk Abdul Khalid bekerjasama untuk menjayakannya," kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. "Tidak betul, tiada isu tentang surat letak jawatan. Isu menteri besar Selangor akan dibincang nanti (selepas PRK)," katanya. Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang". Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang. Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang. "Beliau merasakan dipermainkan oleh Anwar," lapor The Star memetik sumber kerajaan negeri yang turut mengatakan Abdul Khalid sudah menyatakan hasratnya untuk tidak berundur kepada Sultan Selangor semasa pertemuan mingguan pada Rabu. Menurut laporan akhbar itu, Abdul Khalid kini berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terutamanya daripada DAP. Laporan itu menyatakan Abdul Khalid berkecil hati dengan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli yang mengatakan beliau tidak cukup kuat untuk memimpin cabaran serangan Umno di Selangor. Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut. Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK Kajang manakala BN masih lagi belum berbuat demikian. Tetapi, spekulasi mengatakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diletakkan untuk melawan Anwar. -TMI | ||||||||||
Rakyat disuruh berjimat, Menteri membazir beli plat mewah Posted: 15 Feb 2014 06:07 AM PST KEADILAN DAILY MELAKA : Ketika rakyat disuruh berjimat untuk menangani kos sara hidup yang tinggi, Menteri pula yang membazir dan bermewah membeli nombor plat kenderaan. "Perdana Menteri suruh rakyat berjimat. Tetapi Menteri sendiri membazir duit hanya untuk membeli plat kenderaan sahaja," kata Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Beliau merujuk pendedahan Pengerusi NGO anti-jenayah Mywatch, R Sanjeevan berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000. Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang tertera nama 'Idris Bin Haron', nama sama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11. Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11. Nombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama 'Fadilah Binti Abdullah' yang sama seperti isteri Idris, manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. Kata Sanjeevan, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 'Rosli bin Hasan' juga kebetulan sama seperti nama setiausaha sulit Idris. Idiris bagaimanapun petang ini menafikan menggunakan wang kerajaan Melaka untuk membida nombor plat tersebut. Justeru, Shamsul yang juga ahli parlimen Bukit Katil mempersoalkan kemampuan kewangan individu dinyatakan sehingga mampu membeli nombor plat mewah. "Dari mana mendapat duit yang banyak semata-mata beli nombor plat? Apakah ada syarikat yang membayar bagi pihak dia untuk mendapatkan kontrak daripada kerajaan". "Mungkin ada rasuah atau berlaku penyelewengan wang rakyat dalam hal ini? soal Shamsul. | ||||||||||
MCM 11 - "Macam Tu" Ke Ketua Menteri Melaka? Posted: 15 Feb 2014 06:03 AM PST KELAB GREENBOCMyWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000. Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11. Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11. Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris. Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris. Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. -TMI
ULASAN GB Sekalipun Idris Haron menafikan penggunakan dana awam untuk membida plat MCM 2 hingga MC 11, namun langkah beliau untuk menggunakan nama isterinya, setiausaha politik dan setiausa sulitnya amat jelas amat tidak beretika. Perkara pertama ialah tiba-tiba beliau melenting dengan membuat penafian beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam sedangkan MyWatch baru "mempersoalkan" dari mana sumber kewangan beliau dapat apabila membuat bidaan nombor-nombor plat berkenaan? Kedua, tiba-tiba juga beliau menyatakan beliau masih "siuman". Tiada siapa pun menuduhnya tidak siuman (gila) - tetapi beliau semacam begitu "terasa" sangat yang langkahnya itu sebagai tidak siuman. Ketiga untuk tujuan apa nombor plat banyak-banyak itu di bida? Dari MCM 2 hingga MCM 11 - sepuluh plat semua sekali yang kesemuanya bernilai RM200,000? Keempat, sehingga ke penghujungnya beliau masih tidak menjelaskan sumbe rkawangan dari mana? Dari poket sendiri? Jika benar kenapa perlu guna nama setiausaha-setiausaha? Ia mengulangi kehidupan membazir dan penyalahgunaan penjawat awam yang diamalkan oleh bekas ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam sebelum ini. Dan memang pun corak pentadbiran Idris Haron 2 x 5 sahaja dengan Mohd Ali Rustam. Gambar di bawah ini mungkin menjelaskannya dengan lebih baik: Bukan kita nak mengaibkan Idris Haron tetapi hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan wajah sebenarnya... beliau yang mengaibkan dirinya sendiri! Dan jika demikianlah Idris Haron, maka tidak mustahil beliau bakal di"alirustam"kan pada pilihanraya akan datang nanti. | ||||||||||
Saya lulus Tabung ATM agar pulangan dimanfaat pesara – Anwar Posted: 15 Feb 2014 04:44 AM PST Azuan Ab Rahman KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Aeri Anwar Ibrahim kesal terhadap nasib pesara tentera yang tidak terbela dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Kata Anwar, salah satu usaha yang dilakukannya bagi membantu anggota tentera semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dengan meluluskan beberapa projek dan penyenaraiaan saham di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain Koperasi Tentera dan Polis. "Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu memberikan kelulusan. "Sebabnya kita mahu sebahagian penyenaraian saham LTAT, Koperasi Tentera dan Polis digunakan untuk pelaburan dan sebahagian hasilnya dipulangkan kepada yang dibawah," kata Anwar. Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan (Pahlawan) di Kelab Darul Ehsan di Selangor semalam. "Rasionalnya saya menganugerahkan saham penyenaraian yang mencecah ratusan juta ringgit agar pulangan dan hasil itu dapat memanfaatkan pesara tentera yang memerlukan," katanya,. Namun menurut Ketua umum KEADILAN itu, usahanya akhirnya menemui kegagalan setelah kerajaan minoriti BN gagal memahami matlamat usaha tersebut yang pada awalnya bertujuan membantu golongan pesara tentera. "Beri ratus juta ringgit itu bukan untuk catat untung besar, tetapi untuk diberikan kepada golongan di bawah," tegas Anwar sambil menambah perkara tersebut hanya dapat diperbetulkan dengan menukar kerajaan. "Seandainya kita bentuk kerajaan, hari ini kita akan betulkan," ujarnya. | ||||||||||
Buku Anwar dilarang jual kerana MPH milik Syed Mokhtar? Posted: 15 Feb 2014 04:42 AM PST Basyar Abkadir KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Suerendran mengesyaki tindakan MPH memutuskan tidak menjual buku biografi Anwar Ibrahim kerana rangkaian kedai buku itu dimiliki Syed Mokhtar Albukhary, kroni Umno-BN. "Ada kemungkinan tindakan ini disebabkan arahan daripada orang atasan. Syarikat MPH ini dimiliki oleh Syed Mukhtar Albukhary. "Jika disebabkan desakan politik orang atasan, itu tidak wajar. Sepatutnya semua buku dijual (tanpa ada sekatan politik), " kata Surendran kepada Keadilandaily. Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata tindakan tersebut tidak profesional dan MPH sepatutnya mengekalkan intergritinya yang bebas tanpa mengikut petunjuk golongan politik tertentu. "Buku-buku tentang tokoh politik, memoir seperti tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) oun ada dijual di MPH. "MPH kena pertahankan intergriti. Tindakan MPH ini merupakan tindakan yang tidak profesional," kata Khairul MPH bookstore melalui rangakaian kedai buku syarikatnya mengesahkan tidak menjual Biografi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bertajuk 'Evolution of Muslim Democrat'. Bagaimanapun buku-buku tersebut didapati telah terjual di kedai buku lain seperti Borders dan Kinokuniya. | ||||||||||
‘AMK Baru’ kemuka 7 gagasan dalam manifesto Posted: 15 Feb 2014 04:39 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Calon bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Amirudin Shari mengemukakan tujuh gagasan dalam manifesto pasukannya yang diperkenalkan sebagai 'AMK Baru'. Tujuh gagasan tersebut adalah perkaderan anggota, membela nasib anak muda, Pendidikan dan Latihan Politik, Gerakan mahasiswa dan aktivisme anak muda, muafakat Pemuda Pakatan Rakyat dan Menuju Putrajaya. Perkara itu dinyatakan dalam Majlis Deklarasi Gagasan AMK yang berlangsung di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hari ini. Dalam majlis berkenaan, beliau turut memperkenalkan calon timbalan AMK, Dr Afif Baharuddin yang juga merupakan Adun Seberang Jaya. Manakala tiga calon bagi jawatan naib ketua AMK dari pasukannya ialah- peguam Radzlan Jalaludin, Sangetha Jayakumar dan Raymond Bin Ahuar. Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 150 anggota AMK, Amiruddin berikrar akan menggagaskan idea-idea baru terutama dalam sosial dan ekonomi. "Dalam masyarakat, anak-anak muda sentiasa dipandang sebagai masalah, namun merekalah yang sebenarnya akan mewarisi kepimpinan satu hari nanti," katanya yang juga ADUN Batu Caves. Dalam sidang media selepas itu, beliau juga berkata pasukannya akan bergerak dengan lebih jelas untuk memperkukuhkan KEADILAN sebagai sebuah parti. "Yang pentingnya pada saya kita menggariskan sasaran dan kerja yang jelas untuk kerja dan tugas anak-anak muda untuk memperkuat parti dan mengerakkan perubahan di Malaysia," katanya. Sementara itu, Dr Afif menegaskan pasukan AMK Baru tidak semata-mata menawarkan individu sebagai calon tetapi membuat tawaran tujuh manifesto sebagai janji bersama. "AMK Baru tidak tawarkan individu. Kami tawarkan tujuh gagasan untuk anggota KEADILAN," katanya. | ||||||||||
Berapa Tebal Agaknya Kulit Muka Idris Haron... Posted: 15 Feb 2014 04:34 AM PST
Beberapa hari lalu telah tersebar di laman sosial maklumat mengenai pembelian nombor plat MCM (bermaksud Malacca Chief Minister) yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron, isterinya dan beberapa orang setiausahanya. Dalam maklumat itu, Idris dikatakan membeli nombor plat MCM 11 dengan harga RM20,900 manakala seorang wanita yang bernama Fadilah Abdullah, dipercayai isterinya telah memenangi bidaan MCM 10 dengan harga RM16,610. Beberapa nama yang dipercayai setiausahanya didapati turut memenangi bidaan membeli nombor plat MCM 2, MCM 3, MCM 4 dan MCM 5 dengan harga antara RM20,000 hingga RM56,100 setiap satunya. Idris dipercayai membeli nombor plat MCM 11 untuk menunjukkan keakrabannya dengan Perdana Menteri memandangkan nombor 11 adalah kegemaran Najib Razak sejak dulu. Bukan saja nombor kereta Najib bernombor 11, malah semua perkara yang dilakukannya jika melibatkan angka, pasti nombor 11 menjadi pilihannya. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan nombor kegemarannya ialah 13, ramai juga pemimpin yang berebut-rebut memiliki nombor tersebut untuk menggambarkan hubungan saling sehati sejiwa dengannya. Walaupun Idris menafikan pembelian nombor plat itu melibatkan dana awam sebagaimana yang dibangkitkan oleh sebuah NGO pemantau jenayah, Mywatch dengan menggambarkan beliau masih siuman, persoalannya yang lebih besar ialah wajarkah beliau, isteri dan para pegawainya membazirkan wang yang mahal dengan pembelian yang dianggal mahal dan mewah itu? Kita tidak mempersoalkan pembelian itu jika ianya daripada wang simpanan sendiri atau tinggalan nenek-moyang yang berpeti-peti jumlahnya. Namun jika pembelian itu, sama ada oleh Idris sendiri atau para pegawainya, adalah dari sumber yang meragukan, lebih-lebih lagi memandangkan beliau baru lapan bulan menjadi Ketua Menteri, pihak berkuasa seperti SPRM wajar menjalankan siasatan dan mengambil tindakan. Tetapi sebagai pemimpin, terutama di ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi dengan pemimpin sendiri kerapkali meminta rakyat berjimat cermat dan mengamalkan gaya hidup sederhana, apa yang dilakukan oleh Idris dan para pegawainya ini adalah bertentangan sama-sekali dengan seruan kerajaan itu. Idris bukan saja merosakkan imej dan nama baik kerajaan, bahkan telah memberi gambaran buruk mengenai perlakuan yang seharusnya dilakukan oleh seseorang pemimpin. Pemimpin bukan saja perlu menunjukkan sikap baik, bersama dengan denyut nadi rakyat, sentiasa menunjukkan sikap sederhana, bahkan lebih penting ialah tidak menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki. Dengan sejumlah besar penduduk Melaka masih berada dalam kesempitan hidup, terbeban dengan kenaikan kos seharian serta ramai yang lainnya berlumba-lumba memohon BR1M bagi meneruskan kelangsungan bernafas di negara yang semakin sukar ini, kenapakah begitu tergamak Idris Haron dan para pegawainya mempamerkan perbelanjaan mewah mereka? Apakah mereka tiada perasaan? Tidakkah mereka tersentuh melihat derita hidup rakyat setiap kali turun padang ke kampung-kampung dan desa pedalaman? Bahkan dengan berbangga mengguna plat MCM yang dibayar dengan harga puluhan ribu, ada yang bertanya, berapa tebal agaknya kulit muka beliau sehingga sanggup melakukan perkara yang boleh menyinggung hati rakyat miskin ini? Jika sebelum ini, Ali Rustam dikecam kerana mengadakan jamuan mewah untuk majlis perkahwinan anaknya yang dihadiri oleh kira-kira 130,000 orang, kini penyakit yang sama berjangkit kepada seorang lagi Ketua Menteri Melaka. Pemimpin MCA, Liow Tiong Lai turut pernah dikecam kerana memiliki nombor plat WWW 15 dengan harga RM24,200 tetapi beliau akhirnya memulangkan nombor tersebut bagi mengelakkan kontroversi berterusan. Dengan kesanggupan menghabiskan beratus-ratus ribu ringgit untuk nombor plat kereta, Idris juga telah menunjukkan teladan yang tidak baik bagi golongan muda. Sebelum ini, ramai yang meminta pucuk pimpinan agar mengenengahkan lebih ramai golongan muda sebagai pemimpin sama ada di peringkat pusat atau negeri bagi memberi gambaran kerajaan memandang tinggi tentang potensi mereka sebagai pewaris kepimpinan negara. Namun, hanya selepas lapan bulan berkuasa di Melaka dan sudah menunjukkan contoh buruk bahawa beliau "mudah geli" dengan kuasa dan kenikmatan yang datang bersamanya, pemilihan beliau sebagai pemimpin barangkali merupakan keputusan yang salah oleh pucuk pimpinan. Bersama kemungkinan akan lebih banyak perlakuan tidak wajar dilakukannya sebagai pemimpin, Idris Haron tidak seharusnya dikekalkan lebih lama lagi sebagai pemimpin. Beliau adalah antara penyumbang terbesar kiranya UMNO dan BN semakin kehilangan sokongan rakyat dan seterusnya tumbang dalam pilihanraya akan datang. | ||||||||||
Potensi cerah Pakatan Sarawak selepas Taib? Posted: 15 Feb 2014 04:30 AM PST DETIK DAILY Pengunduran Tan Sri Taib Mahmud daripada kedudukan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dipegangnya selama 33 tahun mencetuskan isu politik dalaman negeri ini, berhubung penggantinya dan pengaruh Taib selepas ini. Kedudukan Taib yang sangat lama sebagai ketua menteri mengukuhkan kedudukan beliau dan sekutu politik dan ekonominya, pada satu tahap yang hanya dapat diperhatikan di Sarawak. Pemimpin selepas Taib dijangka tidak akan dapat mengatasi malah menyaingi pengaruhnya sebagai ketua menteri, dan kemungkinan akan terus dibayangi Taib dalam politik dan pentadbiran negeri Sarawak. Malah, mungkin ada yang melihat kepentingan Taib masih kuat dalam usaha memastikan kestabilan di Sarawak, dan untuk mengelakkan persaingan kuasa yang boleh menjejaskan PBB dan BN. Pengaruh yang telah lama dibina bermakna penguasaan Taib dan sekutu yang kukuh dalam pelbagai ruang, dalam tempoh yang suasana politiknya jauh berbeza dengan sekarang dari sudut penguasaan parti pemerintah dominan. Hari ini, selain pengganti yang tidak dapat menyamai kepimpinan Taib, suasana politik yang baharu menyaksikan parti-parti pembangkang termasuk daripada Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukan di negeri ini. Dalam Pilihan Raya Negeri Ke- 10 pada April 2011, BN memenangi 55 kerusi Dun, daripada 71 kerusi, merosot daripada 62 kerusi dalam pilihan raya negeri sebelum itu. Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mac tahun lalu pula menyaksikan BN menang 25 kerusi Parlimen daripada 31 kerusi, berbanding 30 dimenangi pada PRU2008. Ini bermakna landskap politik Sarawak telah banyak berubah, malah KeADILan pada 2011 berkempen dengan menjanjikan pelantikan pemimpin parti itu, Baru Bian sebagai ketua menteri jika Pakatan menguasai Sarawak. Pada tahun-tahun akhir Taib sebagai ketua menteri, kempen untuk menjatuhkan beliau juga berjalan dengan rancak dari dalam dan luar negara, meningkatkan lagi tekanan ke atas Taib dan negeri kubu kuat BN itu. Tetapi selepas dua pilihan raya itu, Sarawak kekal sebagai kubu kuat BN walaupun dengan kekuatan yang merosot, dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB, yang bersifat Bumiputera Muslim kekal dominan dalam BN di Sarawak, dan bersama dengan Umno menjadikan BN hanya dikuasai parti Melayu. Pilihan raya 2011 mencatat rekod terbaharu Taib berjaya mempertahankan penguasaan BN di Sarawak, pada masa banyak pihak bercakap tentang keperluan peralihan kepimpinan negeri Sarawak. Perkembangan itu menunjukkan satu perubahan besar yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini; peningkatan kepentingan Sarawak dalam politik nasional, terutama kepada partiparti politik dominan yang asas kuasanya terletak di Semenanjung. Menyedari kekuatan undi di Sarawak, Pakatan menjadikan negeri ini sebagai sasaran perubahan besar-besaran untuk mengubah imbangan kuasa BN-Pakatan, terutamanya memandang kan Sarawak memegang 31 kerusi Parlimen. Sarawak dan juga Sabah mula menjadi perhatian khusus partiparti pembangkang, terutama Pakatan dan parti Kita untuk merebut bahagian lebih besar hasil pilihan raya, dengan tawar-menawar yang semakin seimbang. Selama ini, Sarawak dan Sabah kelihatan sekadar dipergunakan untuk kepentingan agenda-agenda yang sering tidak sehaluan dan tidak meletakkan kepenti ngan rakyat dua negeri itu sebagai matlamat utama. Tetapi, berbeza dengan Sabah, Sarawak terus dikuasai PBB sedangkan Sabah menjadi salah satu medan utama Umno dan mempunyai kedudukan istimewa dalam kepimpinan tertinggi parti itu. Sarawak mahu mengekalkan kepentingannya, dan bukan sekadar menjadi sumber undi mudah kepada BN tanpa pulangan yang sewajarnya. Perkembangan ini menunjukkan pengaruh PBB yang semakin kritikal kepada BN, yang masih mampu mempertahankan negeri bank undi gabungan parti pemerintah. Hal ini menjadikan PBB menyedari kekuatannya dan dapat dijangka tidak akan dengan mudah mahu mengorbankan kedudukan dominan ini, kedudukan yang semakin jelas pada masa BN semakin tercabar oleh Pakatan. | ||||||||||
Sanusi Junid: Umno dijangka akan terus hilang kerusi Posted: 15 Feb 2014 04:22 AM PST KL TODAYKeputusan dua pilihanraya umum, 2008 dan 2013 menunjukkan bahawa BN gagal mendapat majoriti dua pertiga."Adakah trend ini akan berterusan pada tahun 2018?" tanya bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dalam Syarahan Perdana Renaisans Melayu yang turut dihadiri Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan tokoh-tokoh Melayu dalam pelbagai bidang di sini malam tadi. Katanya, kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga menunjukkan bahawa kuasa politik yang dipegang orang Melayu akan hilang pada suatu hari nanti. Beliau yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata, orang Melayu perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan Empayar Uthmaniyyah yang dianggap sebuah kerajaan yang hebat dan tidak mungkin dapat ditewaskan suatu ketika dahulu. Menurut beliau, kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Lepanto pada 7 Oktober 1571 telah menaikkan moral tentera Kristian sehingga kerajaan Islam itu terus mengalami kekalahan sebelum runtuh pada 1919. "Pada 2008, buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga keramat yang dipegang sejak merdeka. Apa ertinya ini? Adakah ia akan menjadi kekalahan atau kegagalan berterusan? "Kekalahan sebegini menimbulkan semangat kepada musuh kita. Musuh kita tahu memperalatkan tokoh-tokoh Melayu yang bergelumang dengan dosa dan noda kerana mereka tahu Melayu boleh dikalahkan," katanya. Sanusi berkata, selama ini, walaupun tidak menguasai ekonomi, kuasa politik yang ada pada orang Melayu membolehkan mereka meningkatkan taraf bangsa itu dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Namun, katanya, kuasa politik orang Melayu kini sudah goyah ekoran kegagalan UMNO dan BN mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen sejak 2008. Menurut beliau, untuk kembali bangkit menjadi bangsa yang berjaya dan bermaruah, orang Melayu perlu mempraktikkan lima nilai Islam dalam kehidupan mereka iaitu amanah, berani, disiplin, rajin dan setia. "Nilai-nilai tersebut terkandung dalam semangat Bushido yang menjadi kunci kejayaan Jepun, begitu juga dengan Korea Selatan dengan semangat Hwarang," katanya. | ||||||||||
2 Pegawai Kanan PDRM Meninggal Dunia Posted: 15 Feb 2014 04:14 AM PST RAKYAT NEWS KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah kehilangan dua pegawai kanan pagi tadi masing- masing berpangkat Inspektor dan Penolong Penguasa Polis (ASP) dalam kemalangan jalan raya dan serangan jantung. Dalam satu kenyataan PDRM hari ini, Insp Muhammad Azri bin Ismail, 33 tahun dari Unit Tindak Khas telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2 Februari lalu semasa dalam perjalanan menghadiri kursus di Lumut, Perak. Beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi ini. Jenazah telah dimandikan di Masjid Bukit Aman dan akan dikebumikan di Pasir Mas Kelantan. Allahyarham Azri meninggalkan seorang balu yang kini mengandung 2 bulan dan tiga anak lelaki masing-masing berusia 8, 4 dan 2 tahun. Sementara itu, seorang lagi pegawai kanan polis, ASP Mohamad Hasri bin Abdullah, 48 tahun dari Jabatan Logistik, Bukit Aman telah meninggal dunia di Hospital Slim River pada jam 5.13 pagi tadi setelah mengalami serangan jantung. Jenazah disembahyangkan di Masjid Bakar Arang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Penghulu Him Sungai Petani, Kedah. Allahyarham Hasri meninggalkan seorang balu dan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kedua-dua allahyarham. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Foto - Facebook PDRM | ||||||||||
Banjir di Sabah : Lebih 4,000 Mangsa Dipindahkan Posted: 15 Feb 2014 04:10 AM PST RAKYAT NEWS KOTA KINABALU - Lebih 4,000 mangsa banjir kini ditempatkan di 22 pusat pemindahan banjir di Dearah Beaufort dan Tenom. Daripada jumlah itu, 2,549 orang daripada 500 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan banjir di Tenom manakala 1,963 orang daripada 613 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di Beaufort. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Tenom ketika dihubungi berkata 29 kampung di daerah berkenaan masih terjejas banjir. Bagaimanapun, menurut jurucakap berkenaan, empat pusat pemindahan banjir di daerah itu iaitu Rumah Kebudayaan Kg Kalasasan, Rumah Kebudayaan Kampung Sindungon, Rumah Kebudayaan kampung Inubae dan Rumah Kebudayaan Kampung Labut ditutup. Di Beaufort, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah, Mohd Sahid Othman berkata jumlah mangsa di daerah berkenaan dijangka bertambah berikutan paras air di kawasan kampung masih meningkat meskipun paras air di Pekan Beaufort menunjukkan sedikit penurunan. Sementara itu, Mohd Sahid berkata 138 orang daripada 40 keluarga yang tinggal di antara Kampung Batu 60 hingga Batu 63 belum dapat dipindahkan kerana keadaan air Sungai Padas yang deras. Katanya, mangsa berkenaan kini berada di kawasan tanah tinggi dan keadaan mereka terus dipantau anggota penyelamat. "Saya juga memohon kepada semua pihak supaya dapat memberi sumbangan khususnya kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan ini yang memerlukan bantuan seperti selimut, bantal, pakaian dan lain-lain keperluan," katanya. Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah ketika ditemui di sini berkata 15 sekolah di Tenom, 19 buah di Beaufort dan dua lagi di Keningau, membabitkan lebih 6,000 pelajar, masih ditutup berikutan banjir di daerah berkenaan. Katanya, semua pegawai daerah juga diarah membuat laporan kepada Jabatan Pendidikan Negeri mengenai sebarang kerosakan yang dialami di sekolah masing-masing yang dilanda banjir termasuk kerosakan buku teks. Foto - Facebook | ||||||||||
Posted: 14 Feb 2014 09:20 PM PST MALAYSIAKINIBagaimanakah kita menanggapi suatu peristiwa yang bercirikan daya penarik publisiti atau gimik, sehinggakan dapat mencetuskan kontroversi? Sejauh mana pula benarnya kontroversi itu? Apakah peristiwa itu merupakan kejadian pertama? Adakah ia betul-betul mengejutkan atau benar-benar memeranjatkan? Saya merujuk kepada suatu acara bantahan gimik publisiti penyembelihan ayam sebagai tindak balas sebuah video satira politik Tahun Baru Cina. Ia menampilkan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok. Video (kanan) tersebut di siarkan di YouTube. Sembelihan korban dalam tatacara keagamaan dan adat istiadat kepercayaan telah dilakukan sejak ribuan tahun lamanya. Namun apakah makna yang cuba dilambangkan dengan isyarat menyembelih ayam anjuran 'NGO Melayu' itu? Apatah lagi kemudiannya darah ayam yang disembelih disimbah ke atas kain rentang yang tercetak gambar-gambar pemimpin berketurunan Cina dalam Pakatan. Menariknya badan-badan karikatur kartun itu berupa ayam yang berkepala manusia. Manakala ditampakkan kepala itu pula menyerupai Teresa Kok, Lim Kit Siang, Lee Khai Loon. Buat saya ia suatu pertunjukan yang menggerunkan, jika ia berkeupayaan melangkaui garis sempadan kebebasan berekspresi ataupun menembusi perlindungan hak-hak sivil serta kesedaran sivik, selanjutnya mengundang keganasan dan mudarat, khususnya fizikal terhadap orang lain. Gimik pemasaran Lebih-lebih lagi, dengan tawaran menampar pemimpin wanita DAP, Teresa Kok. Ia contoh suatu tindakan yang dilakukan bukan pihak yang berwenang dan berkuasa, yang bertujuan untuk menggerakkan pihak umum bertindak melakukan tindak kekerasan bagi pihaknya. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu menyeimbangkan perkara ini misalnya dengan seruan NGO ABU kepada orang awam agar menangkap warga Bangladesh yang mengundi pada PRU13. Dilaporkan ia mengakibatkan ramai orang tidak bersalah, telah disalah sangka sebagai warga asing Bangladesh terpaksa berhadapan tangkapan awam. Tahap tindakan kreatif, kefahaman daya cipta seni budaya sastera dalam gerakan politik Malaysia, sebenarnya masih sekadar ungkapan perlambangan yang hanyalah sarana kepada suatu kaedah gimik pemasaran, pemberitahuan, daya penarik publisiti (stunt) terhadap isu-isu yang hendak dibawa. Itulah yang digerakkan Lee Khai Loon, dengan 'flash mob' makan kangkung karikatur perdana menteri Najib Razak. Ia hanyalah sekadar seni komunikasi. Mengimbas kembali, sebelum pilihan raya umum 2008 yang lalu, seawal bulan Januari sekumpulan anak-anak muda telah melakukan suatu tindakan bantahan politik yang sedikit aneh dan lucu. Kumpulan tersebut menghantar memorandum berupa bantal kepala dan bantal peluk ke Jabatan Perdana Menteri, ditujukan kepada PM pada waktu itu Abdullah Badawi. Tindakan tersebut bertujuan membantah kepimpinan Abdullah Badawi yang lemah dan punya reputasi suka tidur dalam mesyuarat. Antara yang terlibat ialah pengarang politik dan penyanyi folk Amin Shah Iskandar atau Black, aktivis politik Cikgu Badrul Hisham, pelukis Poodien dan ramai lagi. Namun yang lebih menarik lagi dalam aksi tersebut merupakan maklum balas dan tindakan pihak berkuasa, termasuk PM Abdullah sendiri. Kek untuk Altantuya Bantal-bantal tersebut diperiksa oleh sekumpulan anggota polis. Setelah beberapa ucapan wakil-wakil, bantahan itu pun berakhir. Meski perdana menteri pada waktu itu diejek hinakan dalam suatu tindakan gimik politik, tiada tindakan yang dikenakan kepada pihak peserta bantahan. Bagaimanapun, kemudiannya kumpulan yang sama, yang tersusun menjadi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Cikgu Badrul menerima nasib berbeza, ketika gimik sambutan ulang tahun hari lahir Altantuya. Pada 6 Mei 2009 SAMM menghantar kek (kanan) hari jadi Altantuya seberat 2kg ke Jabatan Perdana Menteri. Tindakan penarik publisiti tersebut berakhir dengan tangkapan lima orang aktivis SAMM . Dalam menyampaikan isu-isu politik menggunakan kaedah tindakan daya penarik gimik, saya sebenarnya tertarik dengan cara yang digunakan seorang pemimpin PAS tempatan di Pulau Pinang. Pemimpin Pas tersebut Mohd Ariff Ibrahim, pada jam 5 petang 15 mei 2009 telah memanjat sepohon pokok berhampiran Esplanade di Georgetown. Mohd Ariff berjanji akan duduk di atas pokok selama lapan jam sebagai lambang bantahannya terhadap peristiwa rampasan kuasa di Perak. Timbalan pengerusi biro maklumat PAS kawasan Tanjung yang berusia 37 tahun itu juga turut membawa kertas kadbod bertulis "Bubar DUN Perak Untuk Rakyat"; "Hukum Rimba" dan "Love Democracy". Ia berjaya menarik perhatian ramai orang yang lalu-lalang, apabila mereka berhenti melihat pertunjukannya, sambil membaca pesan-pesan politik yang tertulis pada plakad. 8 jam atas pokok Mohd Arif, turun dari pohon tersebut selepas tengah malam mengakhiri bantahannya selama lapan jam di atas pokok itu. Baik berbalik kepada gimik sembelih ayam dan ugutan terhadap Teresa, kehadiran pihak berkuasa yang benar-benar berwibawa dan adil begitu amat diperlukan. Kita boleh membaca sentimen, kemarahan masyarakat Cina dan kesangsian sekelompok kumpulan yang mengaku Melayu itu. Keraguan giat cuba disebar-luaskan pihak yang sedang goyah kekuasaannya. Keraguan itu hanyalah penerusan suatu dasar lama warisan penjajah 'pecah dan perintah.' Ia menjadi benteng ampuh penjajahan kuasa-kuasa kolonial pada suatu zaman dahulu. Apatah lagi terlalu banyak isu-isu yang perlu ditanggung pemimpin, negara dan rakyat sekarang ini; perjanjian TPPA, pembinaan loji nuklear, liberalisasi pasaran, kenaikan harga barang, cukai GST. Makanya mengikut fikiran sesetengah pihak yang enggan mengakui peredaran zaman, mereka berpendapat kenapa tidak digunakan 'dasar pecah dan perintah' pada hari ini jika ia dapat meneruskan agenda kerakusan kuasa dan rasuah. Tetapi dalam puisi, "Pemuda dan Gadis Tionghua," karya Almarhum Usman Awang, kita mendapati sang penyair pada tahun 1961 telah pun bertanya: "Bukankah, kecurigaan telah terbunuh, saat kita bersapa?" Kini, pada tahun 2014, soalan itu saya fikir telah pun kita temukan jawapannya pada pesanan di bait akhir puisi Tongkat Warrant (nama pena Usman Awang): "Lihatlah makam nenek moyang sebagai sejarah terpahat Darahnya dalam darahmu segar di kulit kuning langsat Esok, ketika tahun baru akan kukirimkan sebuah angpau Dalamnya sebuah cinta dari jantung tanah dan pulau." RAHMAT HARON seniman outsider. | ||||||||||
Siswa gerak jentera kempen di PRK Kajang Posted: 14 Feb 2014 09:12 PM PST MALAYSIAKINISekumpulan mahasiswa akan mengerakkan jentera kempen mereka selepas penamaan calon bagi pilihan raya raya kecil DUN Kajang dengan membangkitkan beberapa isu utama melibatkan kepentingan rakyat untuk perhatian BN dan Pakatan Rakyat. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang disokong 10 lagi kumpulan siswa akan menggerak jentera seramai lebih 200 orang antara lain bakal membangkitkan isu konsensus nasional, kenaikan kos hidup dan isu pendidikan percuma dalam kempen pilihan raya itu. Dalam isu konsensus nasional, mereka menuntut supaya perbincangan mengenainya turut melibatkan mahasiswa, kesatuan sekerja serta pelbagai NGO yang lain dan bukan hanya melibatkan BN dan Pakatan sahaja. Mereka juga menuntut kerajaan dan pembangkang mencari solusi untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan mencari penyelesaikan isu pendidikan seperti autonomi universiti dan pendidikan percuma. Isu lain yang juga akan dibangkitkan antaranya tidak menjadikan agama dan perkauman sebagai senjata politik, isu kebebasan media dan akauntabiliti dalam urus tadbir negara. "DUN Kajang menjadi medium untuk mahasiswa menjadi agen penerangan sekaligus membuka ruang untuk mencerdikan serta mencerahkan minda rakyat dengan isu-isu yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-13. "Janji-janji manis Umno-BN dalam PRU-13 dikotakan dengan kenaikan harga minyak, tarif elektrik yang jelas bercanggah dengan Aku Janji PRU-13. "Tahun 2014 boleh disifatkan sebagai tahun kesengsaraan rakyat dengan polisi-polisi yang dilihat memberikan beban yang cukup berat kepada rakyat," kata Pengerusi SMM Mohamed Bukhairy Sufian. Bercakap dalam sidang medianya hari ini, pemimpin pelajar itu juga mendesak kerajaan Selangor itu menjadi contoh dalam menyediakan plan dan model pendidikan percuma. Malah, mereka juga menggesa parti politik menyelesaikan masalah dalaman termasuk isu menteri besar Selangor yang baru secara profesional dan sepakat supaya rakyat tidak terheret ke dalam polemik itu "Dengan ini mahasiswa melancarkan kempen Undi selain Barisan 'USB" dan Undi Untuk Selangor "UTS". Kempen ini adalah isyarat kita bahawa rakyat harus mengundi selain BN untuk Selangor lebih sejahtera," katanya. Menurutnya lagi, antara mekanisme kempen mereka dengan menyediakan pentas ceramah umum tanpa penglibatan ahli politik dan turun padang berkempen sepanjang pilihan raya kecil itu. Kumpulan mahasiswa yang menyokong kempen itu antaranya Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysa, Pro Mahsiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan Malaysia Youth and Student Democratic Movement (Dema). | ||||||||||
GERAMM: Alasan k'jaan kelirukan isu akhbar Posted: 14 Feb 2014 09:04 PM PST MALAYSIAKINIULASAN Rabu lalu, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengeluarkan Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia 2014 yang menyaksikan kejatuhan berterusan Malaysia dalam tangga kebebasan akhbar. RSF meletakkan Malaysia di tangga 147 daripada 180 negara. Kedudukan itu paling buruk bagi negara ini dalam tempoh 12 tahun terakhir. Bagaimanapun, pada hari yang sama, Putrajaya melalui jurucakap kerajaan mengeluarkan kenyataan sebaliknya. Menurut kerajaan, media di negara ini – tidak kira media cetak atau atas talian – sebenarnya lebih bebas daripada sebelumnya. Menurutnya lagi, kebebasan media itu tergambar melalui laporan portal-portal berita dan blog-blog politik. Malah, perubahan yang dilakukan dalam pelesenan media cetak turut dijadikan alasan penafiannya. Gerakan Media Marah (GERAMM) sama sekali tidak boleh menerima alasan jurucakap kerajaan tersebut. Kedudukan buruk itu – tercorot di belakang Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144) – sama sekali tidak boleh diterima. Langkah kerajaan terus mencipta alasan-alasan mengelirukan, tetapi gagal mengambil iktibar, tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana. Kebebasan media tidak boleh dicerai-beraikan seperti hanya bebas di ruang siber tetapi tidak bebas di ruang cetak dan di udara (on air). Kebebasan itu bersepadu sifatnya - satu segmen bebas, maka semua segmen-segmen lain media harus bebas. Jika portal berita boleh bebas, kenapa akhbar, radio dan televisyen tidak boleh menikmati kebebasan itu? Maklumat, berita dan debat isu-isu masyarakat harus mengalir bebas tanpa mengira pentas media - portal berita, akhbar, radio dan televisyen. Jika tiada kebebasan untuk akhbar, radio dan televisyen, maka ia bermakna sikap double-standard yang boleh ditertawakan masyarakat dunia. Kebebasan double-standard ini ibarat tindakan jenayah yang harus dilakukan secara tertutup kerana malu pada orang ramai atau takut pada tindakan awam. GERAMM mempersoalkan: Kenapa kerajaan harus malu pada kebebasan media sehingga ia hanya boleh dinikmati di Internet? Kenapa kebebasan media internet tidak boleh diulang dan disebarkan melalui akhbar, radio dan televisyen? Alasan kerajaan untuk mempertahankan kemerosotan indeks kebebasan media Malaysia seumpama itu sungguh mengaibkan dan membebalkan. GERAMM ingin tegaskan, kebebasan akhbar bukan sahaja untuk media atas talian – yang dijamin bebas sejak pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad – tetapi juga termasuk media cetak, televisyen dan radio. Larangan PKR terhadap kumpulan Utusan dan TV3 PKR sebelum ini melarang Utusan Malaysia dan TV3 daripada membuat laporan sidang medianya. Pada 13 Februari, insiden yang sama berulang dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. GERAMM menuntut larangan ini dibatalkan kerana ia jelas bercanggah dengan prinsip kebebasan akhbar yang harus dihormati semua pihak. Akses sama rata kepada semua pengamal media oleh parti politik, tidak kira parti mana, merupakan salah satu daripada lapan tuntutan GERAMM. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, GERAMM juga menggesa kedua-dua media tersebut menghormati etika kewartawanan dengan memberikan liputan berimbang dan adil kepada semua. Langkah ini penting supaya semua pihak, termasuk PKR, tiada alasan lagi daripada menghalang media daripada menjalankan tugasnya di kemudian hari. Sebagai rekod, GERAMM juga menyatakan rasa kesalnya dan bantahannya terhadap kementerian yang melarang Malaysiakini mengadakan liputan sidang media Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu harga barang. GERAMM juga menuntut Umno membenarkan semua media - khususnya tiga portal utama Malaysiakini, The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today - menghadiri sidang media selepas mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi. Gangguan terhadap BFM GERAMM juga menyelar larangan kerajaan terhadap stesen radio BFM yang ingin menyiarkan temubualnya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di pilihan raya kecil Kajang. Tindakan ini tidak masuk akal dan jelas sama sekali mencabul kebebasan media yang seharusnya dibenar melaporkan semua pihak yang bertanding tanpa rasa takut dan memihak. Tindakan ini menjelaskan sikap kerajaan yang hanya membuka ruang kebebasan di Internet tetapi menyekat kebebasan di radio. Satu sikap yang janggal dan memalukan. Malah, insiden sebegini terus berulang seolah-olah tiada penghujungnya. Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyiasat BFM yang menyiarkan temubual dengan pemikir Islam dari luar negara berhubung isu "Allah". Kerajaan harus berasa malu, ketika Indeks Kebebasan Akhbar kita jatuh, pada ketika itu juga kerajaan terus menapis kandungan media sesuka hati. Gerakan Media Marah (GERAMM) adalah perkumpulan longgar pengamal media mula digerakkan susulan kontroversi penggantungan permit akhbar mingguan The Heat. Boleh mengikuti perkembangan terkini GERAMM di Twitter: @mediageramm dan Facebook: http://www.facebook.com/GerakanMediaMarah | ||||||||||
Anwar beritahu MCA jangan jadi hamba Umno Posted: 14 Feb 2014 08:59 PM PST MALAYSIAKINIKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa MCA supaya tidak menjadikan dirinya sebagai hamba Umno, tetapi sebaliknya harus berani bersuara untuk masyarakat Cina. Beliau membuat gesaan itu di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kajang malam tadi, sebagai menjawab kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa Anwar yang menyebabkan 'Ops Lalang ' pada tahun 1987. Anwar mengecam MCA dan presidennya kerana kurang keberanian untuk mengkritik kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan perdana menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terlibat dalam operasi itu. "Siapa yang menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu? Mahathir. Siapa ketua Pemuda Umno ketika itu? Najib. Tetapi, adakah dia (Liow) berani menuduh mereka? Tidak, dia tak berani," katanya kepada 600 hadirin di majlis tersebut. Seramai 106 ahli politik dan aktivis NGO ditangkap sepanjang tempoh pentadbiran Mahathir dan kemudiannya menandatangani perintah tahanan dua tahun terhadap lebih 40 orang. Najib dilaporkan mengetuai perhimpunan Melayu besar-besaran di Kampung Baru untuk membantah demonstrasi yang diadakan sebelumnya oleh NGO pendidikan Cina dan parti politik yang dicetuskan oleh keputusan kerajaan untuk menghantar kakitangan yang tidak boleh berbahasa Cina ke sekolah-sekolah vernakular. Semalam, Liow memberitahu masyarakat Cina Kajang bahawa Anwar yang menyebabkan berlakunya Operasi Lalang pada tahun 1987. Ini, tegasnya, kerana Anwar telah mengerahkan guru-guru yang tidak faham Mandarin ke sekolah-sekolah Cina. | ||||||||||
Zizan Razak Tidak Nikahi Emma Maembong Waktu Terdekat Posted: 14 Feb 2014 08:56 PM PST PETALING JAYA: Pelakon Zizan Razak tidak menafikan akan menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya pelakon Emma Maembong, 20, dalam masa terdekat. Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga. "Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu. "Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini," katanya kepada mStar Online. Sementara itu, Zizan yang baru sahaja terkait dengan gosip kononnya bersekedudukan dengan wanita itu menganggap ia sebagai cabaran sebagai seorang selebriti. Dia juga reda dan bersedia menjawab perkara tersebut dengan tenang. "Saya reda sahaja jika itu cara mereka untuk cari rezeki dan saya hanya jawab dengan tenang. "Saya juga tidak mahu tuduh sesiapa yang buat fitnah itu, namun saya bimbang apa yang saya cakap akan menimbulkan provokasi atau disalah tafsir," katanya. Dalam pada itu, Zizan yang melakonkan watak adiwira Cicakman dalam filem Cicakman 3 menganggap cabaran utama adalah untuk memberi yang lebih baik daripada filem terdahulu. Bagaimanapun, Zizan tidak menganggap lakonannya akan dibandingkan dengan pelakon yang membawa watak Cicakman sebelum ini iaitu Saiful Apek. "Cabaran utama adalah untuk membawakan watak ini dengan baik dan memberi kesan yang sama atau lebih bagus daripada filem Cicakman sebelum ini. "Namun saya tidak rasa lakonan saya akan dibandingkan kerana ia adalah kesinambungan daripada Cicakman terdahulu dan cerita ia berbeza," katanya. | ||||||||||
Hujan Berterusan, Banjir Di Sabah Semakin Buruk Posted: 14 Feb 2014 08:53 PM PST KOTA KINABALU: Hujan berterusan di kawasan pedalaman Sabah sejak beberapa hari lalu telah memburukkan lagi keadaan banjir di daerah Keningau, Tenom dan Beaufort, memaksa pemindahan hampir 2,600 penduduk dari 32 buah kampung sejak 24 jam lalu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy Ramin pada Jumaat berkata daerah Tenom adalah paling teruk terjejas dengan lebih 2,200 orang dari 24 buah kampung dipindahkan. Beliau berkata seramai 285 orang dari dua buah kampung di daerah berdekatan Keningau terpaksa meninggalkan rumah mereka manakala 48 orang dari enam buah kampung di Beaufort juga dipindahkan. 12 jalan raya dan jambatan ditutup akibat banjir atau tanah runtuh, katanya. Sementara itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno berkata banjir telah surut di beberapa kawasan di daerah Keningau dan Tenom, walaupun ramai mangsa banjir yang dipindahkan masih berada di pusat-pusat bantuan. "Banjir agak teruk dan di beberapa tempat, rumah telah tenggelam sehingga ke bumbung," kata Sairin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan. Beliau berkata paras air banjir meningkat dengan cepat sehingga ramai mangsa tidak mempunyai masa untuk menyelamatkan harta benda mereka. Beliau berkata pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan cuba untuk menilai kerosakan tidak dapat tiba kawasan tertentu disebabkan banjir. Sairin berkata, penduduk kampung di Keningau dan Tenom telah bersedia untuk berdepan banjir yang lebih buruk disebabkan hujan berterusan dalam kawasan Crocker Range. | ||||||||||
Peletakan Jawatan Waythamoorthy Mendukacitakan - PM Posted: 14 Feb 2014 08:51 PM PST MSTAR ONLINE PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peletakan jawatan Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P. Waythamoorthy adalah mendukacitakan. "Pendekatannya mungkin berbeza, tetapi beliau sepatutnya berjumpa dan berunding mengenainya sebelum mengumumkan peletakan jawatan. "Keputusannya amat mengecewakan kerana ia dibuat selepas beliau memeterai Perjanjian Persefahaman dengan Barisan Nasional untuk memperjuangkan agenda masyarakat India," kata Najib dalam satu kenyataan pada Jumaat. Najib berkata, beliau menerima peletakan jawatan Waythamoorthy anda mengucapkan selamat berjaya dan mengharapkan yang terbaik untuk usahanya pada masa hadapan. "Bagi menjayakan persefahaman ini, P Waythamoorthy seharusnya menyesuaikan diri di dalam sistem pentadbiran kerajaan dan menjalinkan kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan," katanya. Sementara itu, Najib menegaskan selaras dengan pendekatan kerajaan di bawah pimpinannya yang mudah didekati dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, kerajaan akan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi kepada kaum India seperti kaum-kaum yang lain. | ||||||||||
Khalid Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan Posted: 14 Feb 2014 07:23 PM PST PETALING JAYA: Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian. Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan. Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian. Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor. Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor. Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan. "Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan. Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu. Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri. Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum. Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria. Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya. Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan. Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya. Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible. Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya. Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kadang. Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor. Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid ada seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama. Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar. Baru-baru ini orang di sekeliling Abdul Khalid mengkritik cadangan Anwar untuk melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam program pembangunan luar bandar Selangor. Anwar menyatakan cadangan itu ketika berceramah di Kajang pada Rabu lalu. Ia dilihat sebagai keputusan yang bertentangan dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat memandangkan kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib, sebagai bekas pemimpin Umno. Anwar dan Mat Taib pernah berada dalam pasukan yang sama pada 1996 ketika pemilihan Umno. | ||||||||||
Pas tak bincang isu menteri besar Posted: 14 Feb 2014 07:19 PM PST SHAH ALAM - Pas tidak akan membincangkan hal kedudukan Menteri Besar Selangor demi menghormati Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kedudukan Abdul Khalid tidak wajar dipersoalkan memandangkan setakat ini tidak pernah disebut secara rasmi oleh mana-mana pihak bahawa menteri besar itu mahu melepaskan jawatan ataupun ada kekosongan pada posisi itu. "Jawatan menteri besar hanya akan dibincangkan oleh kami (PR) jika berlaku kekosongan secara rasmi," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sudah sampai masanya untuk Pas menuntut jawatan Menteri Besar Selangor yang kini diisi oleh PKR memandangkan parti itu mempunyai lebih banyak kerusi dalam Dun Selangor berbanding rakan sekutunya itu. Mahfuz berkata, Pas juga tidak pernah bertemu secara khusus dengan pimpinan komponen PR untuk membincangkan hal itu. "Pendirian kita adalah kekal untuk membantu jentera PKR mempertahankan kerusi Dun Kajang," tegasnya. Dalam pada itu, beliau menggesa semua menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor. | ||||||||||
Kempen MCA paling lambat dalam sejarah Posted: 14 Feb 2014 07:14 PM PST SHAH ALAM- "Gerakan kempen paling lambat dalam sejarah, sehingga saat ini, bahang kempen MCA belum dirasai", demikian menurut bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Menurutnya, sepanjang episod penglibatannya dalam sejarah menghadapi PRK sebelum ini, PRK Dun Kajang pada pengamatannya menyaksikan MCA benar-benar lambat dalam memalu gendang perang terhadap calon lawan. "Dalam sejarah PRK yang pernah saya alami sebelum ini, PRK Dun Kajanglah yang menyaksikan ketidaksediaan MCA dalam memenangi kerusi tersebut. "...bagi saya PRK Dun Kajanglah paling lambat dirasai...sebab dari segi kesediaannya kita belum nampak lagi, kalau kita lihat 'pihak sebelah sana' (Anwar) mereka bukan main lagi," katanya yang juga bekas Menteri Pengangkutan. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tee Keat berpandangan, perkara itu berlaku berkemungkinan dek kerana sikap pemimpin tertinggi MCA sekarang yang dilihat lebih sibuk untuk "membuat keputusan baru bagi menyertai Kabinet". "Saya rasa mereka ini terlalu ghairah untuk merebut tawaran baru yang mungkin akan ditawarkan oleh PM bagi menyertai Kabinet sehingga mereka terlupa Dun Kajang kerusi MCA," ujarnya lagi. BN sebelum ini memutuskan MCA untuk menewaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK Dun Kajang, Mac depan. Walaupun tempoh kempen belum bermula, Anwar kini dilihat giat berkempen bagi memastikan kemenangannya di kerusi yang disifatkan sebagai platform untuk merungkai konflik politik di Selangor. | ||||||||||
Posted: 14 Feb 2014 07:10 PM PST TELOK KEMANG - Masalah kekurangan minyak masak kembali membelenggu pengguna di sekitar daerah ini apabila mereka mula sukar untuk mendapatkan bekalan tersebut. Peniaga dan orang ramai merungut sukar memperoleh bekalan minyak masak sejak dua bulan lalu sehingga terpaksa ke Melaka dan Selangor untuk mendapatkan bekalan tersebut. Malah, tinjauan Sinar Harian di sekitar daerah ini terutamanya kawasan Telok Kemang turut mendapati bekalan bahan masakan itu terutamanya minyak masak peket sekilogram kehabisan stok. Kebanyakan pasar raya dan kedai runcit di sekitar daerah ini terpaksa meletakkan nota memaklumkan kehabisan stok minyak masak. Salah seorang peniaga ditemui, Hamita Ahmad Basher berkata, dia terpaksa menghadkan hanya dua paket minyak masak kepada kepada pelanggannya dan menyebabkan ramai antara mereka merungut dengan masalah berkenaan. "Kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana bekalan yang kami peroleh dari pembekal juga sangat terhad. Sebab itulah, kami terpaksa mengehadkan jualan minyak masak kepada setiap pelanggan agar pelanggan lain juga mendapatkan bekalan. "Saya bukan sahaja tidak dapat memenuhi permintaan minyak masak peket, malah turut kehabisan bekalan minyak masak botol," katanya. Berikutan masalah yang semakin meruncing itu, beliau berharap pihak berkuasa dapat memantau serta menyelesaikannya dengan segera. Sementara itu seorang peniaga pisang goreng, Zainudin Ujang, 48, berkata, sejak gangguan bekalan minyak masak berlaku, dia terpaksa mengunjungi beberapa kedai di untuk mendapatkan bekalan. "Saya terpaksa pergi ke beberapa buah kedai untuk membeli minyak masak memandangkan pembeli hanya dihadkan membeli dua peket minyak masak untuk satu keluarga sedangkan penggunaan saya adalah lima kilogram untuk sehari berniaga," katanya. Zainudin memberitahu, kekurangan minyak masak sudah lama berlarutan dan berharap pihak bertanggungjawab dapat segera mencari punca masalah dan sekaligus menyelesaikannya. 28 Januari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza memaklumkan bekalan telah kembali pulih dan kenyataan berkenaan turut dilaporkan akhbar ini. | ||||||||||
Nenek disamun kakitangan TNB palsu Posted: 14 Feb 2014 07:08 PM PST Rabiayah memegang beg telekung yang diletakkan dalam biliknya untuk melindungi beg kecil berisi seutas rantai emas, loket, kad pengenalan dan gugusan kunci. KUALA PILAH – Seorang warga emas kerugian RM1,000 apabila rantai emas dan loket miliknya disamun dua lelaki di rumahnya Kampung Tanah Melintang, kelmarin. Mangsa, Rabiayah Isa, 74, berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari selepas dia didatangi dua lelaki dengan memperkenalkan diri sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memeriksa bekalan elektrik di rumahnya. Menurutnya, lelaki berkenaan membuka pintu pagar rumahnya dan terus meletakkan kenderaan di laman rumah. "Makcik tergamam kerana mereka berani masuk ke dalam kawasan rumah makcik tanpa minta kebenaran. "Mereka yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan TNB bertanya kepada makcik, ada sesiapa lagi di rumah, makcik beritahu makcik seorang sahaja kerana cucu pergi ke sekolah," katanya. Tambahnya, suspek kemudiannya masuk ke dalam rumah dan memeriksa suis utama bekalan elektrik manakala seorang lagi berbual-bual dengannya. "Salah seorang daripada mereka meminta makcik membuka rantai kerana bimbang makcik akan terkena renjatan elektrik semasa pemeriksaan elektrik itu dilakukan. "Makcik segera menyimpan rantai berkenaan dalam beg kecil yang berisi kad pengenalan dan gugusan kunci di bawah beg telekung dalam bilik," katanya. Bagaimanapun, Rabiayah memberitahu, dia tidak perasan waktu bila suspek mengambil beg kecil itu kerana dipercayai dirinya dipukau. "Makcik hanya tersedar, beg kecil itu hilang selepas suspek beredar dari rumah, dan akhirnya barulah makcik tahu mereka bukan kakitangan TNB," katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Melang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan