ALHUSSEYN |
- Aduh! Apaan Ustaz ini ? Melampau bangat!
- SEJARAH ALIF MIN NUN WAU = SARKIS
- Beranikah Guru-Guru Berdemo? Bio Beno Kome!
Aduh! Apaan Ustaz ini ? Melampau bangat! Posted: 15 Feb 2014 01:18 PM PST Orangnya ganteng, tampak segak dan kacak.Tapi lo!...punya perangai yang tidak padan dengan sosok atau rupanya.Tambahan pula ada gelaran sebagai Ustaz.... Ternyata, pak ustaz juga maknusia biasa yang bisa juga melakukan salah silap persis gua dan lu! Ha! Ha! Ha! Hanyasanya ianya umpama kain putih yang bersih, kalau tercomot dengan kotoran walau sedikit pun, ianya akan lebih jelas tampak jeleknya dan sukar untuk dibersihkan semula .... Namun bagaimana para hadirin yang ada bersama dalam kejadian ini terus saja 'mengaminkan' aksi ganas sang ustaz? Sila lihat aksinya , tapi awas ya, jangan diikutin!: |
SEJARAH ALIF MIN NUN WAU = SARKIS Posted: 14 Feb 2014 08:00 PM PST Oleh : Teuku Zacharyah Iskandar. Admin FB : Anak muda Bangkit Hancurkan UMNO. Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem P.Ramlee yg berjudul Pendekar Bujang Lapok.. Di dalam filem tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus segar diingati kita hingga ke hari ini.. Apakah Maksud yang tersirat di sebalik dialog tersebut..?? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMNO..?? Di dalam buku tulisan saudara Abdullah Hussain " Seniman Agung P.Ramlee " terbitan karangkraf, cetakan pertama 1984. Sejurus selepas Filem Pendekar Bujang Lapok diumumkan sebagai komedi terbaik Festival Filem Asia ke enam di Kuala Lumpur (1959) Tan Seri Ghazali Shafie yang ketika itu menteri kebudayaan dan penerangan telah berjumpa P.Ramlee di tempat duduk peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau mengondol anugerah filem komedi terbaik peringkat Asia dan Asia Ocenea. Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua ( ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura ) TS Ghazalie : Macam mana u boleh menang malam ni..?? P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang.. TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana u boleh menang dan macam mana juri dari hong kong, jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem u sedangkan mereka tak faham bahasa kita. P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir.. Gua pun kutuk lu punya geng juga.. ( Sambil ketawa ). TS Ghazalie : u kutuk apa? i tak nampak pun.. P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. bermakna Akal Tendang ( Tolak ) Agama maka manusia akan menjadi seperti binatang-binatang Sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak utk haiwan sahaja. Alif Min Nun Wau kan bunyinya UMNO.. Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu. Note : 1. Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini.. 2. Ini Sarkis Sudah Jinak berapa tahu diorang Tranning ( Dilatih oleh pihak Penjajah British ) Pemimpin UMNO dahulu dengan mudah dijinakkan oleh Penjajah British.. |
Beranikah Guru-Guru Berdemo? Bio Beno Kome! Posted: 13 Feb 2014 03:00 AM PST Seingat aku, pernah sekali dulu guru-guru NUTP buat demo pada tahun 1969 dulu. Itu jam aku sekolah dalam tingkatan lima...Tak dipanggil demo pun.....dikenali sebagai 'MOGOK KERJA' lama benar tak ketemu dgn istilah itu sekarang! Lepas dari itu tak adalah lagi sehinggalah timbul ura-ura baru-baru ini ...Tentu ada sebab yang dah tak tertahan bagi guru-guru yang selama ini mereka pendamkan. Tiga tahun lalu sudah timbul ura-ura untuk berdemo di seluruh negara di sini. Tapi hampeh! Apakah kali ini guru-guru sudah berani untuk berdemo? Kalau ikut kenyataan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), mereka akan meneruskan rancangan untuk berdemonstrasi di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari untuk mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar. Demikian jurucakap kumpulan guru tersebut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata tanpa menghiraukan janji Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Muhyiddin ketika memberikan ucaptama dalam Persidangan Agung Umno 2013 memberikan janji untuk mula membuat Semakan Kajian PBS Online bagi memperbaikinya bermula April 2014. Beliau berharap guru boleh bersabar sehingga ke tarikh itu. Bolehkah guru-guru bersabar? Kah! Kah! Kah! Engkau dah tak jadi guru bolehlah cakap macam tu Din! Ramai yang bantah sistem penilaian tersebut; termasuklah tokoh pendidikan negara, bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Aziz sendiri. Malah pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad AgusYusof, berkata ada enam masalah yang disebabkan oleh PBS ini. Korang bacalah di sini SGMM mendakwa sistem PBS menambah beban kepada guru dan tidak memberikan manfaat kepada mereka. PBS dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu, dan menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam pelbagai segi, berbanding berorientasikan peperiksaan. Menerusi sistem ini, tiada peperiksaan akhir tahun dan setiap hari guru dikehendaki menilai pelajar berdasarkan enam tahap, bermula daripada aras pemahaman sehingga tahap tauladan. Data kemudiannya direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat. "Kita mempergiat kempen mendesak kerajaan memansuhkannya, bukan dikaji lagi," kata jurucakap SGMM itu di sini. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan