DIALOG RAKYAT |
- Lelaki Bangladesh ditetak, cuba rogol wanita 50 tahun
- Mohamad turun padang fokus masalah Melayu P Pinang
- Kalau Ingin Menghargai, Chong Wei Sepatutnya Dilantik Senator Dan Bukan Menjerutnya 'Di Tali Gantung' Kajang
- Khairy : RM122 Juta Anjur SUKMA Perlis 2014
- Lady Evelyn Cobbold: Wanita British pertama tunai haji
- Kanak-kanak 3 tahun mati dihempap TV
- Bekas hakim: Kuasa mutlak Sultan lantik MB
- Chong Wei terkejut dicadang tanding PRK
- Bebal politik si Senah juara karaoke
- PRK Kajang Membazir Kata Najib, Kos Berjuta Sewa Jet Tidak Membazir?
- Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1
- Cina sudah buat keputusan, masa depan mereka bukan bersama BN, kata bekas menteri
- Najib jangan terjerat dengan Mahathir di Kajang
- MCA: Semua, termasuk Chong Wei diteliti
- 'Reformis bogel' calon bebas di Kajang
- Merungkai isu penstrukturan industri air di Selangor
- Pembabitan Mahathir jatuhkan Najib bukan perkara pelik
- MCA main ‘politik batu api’, pura-pura sokong MB Selangor
- Konsensus Nasional: Jalan ke hadapan
- PR ada kelebihan main banyak isu, BN serang peribadi Anwar
- Janji ‘dicapati’: Harga barang KR1M masih tinggi, kerajaan salah salur peruntukan
- BN kalah jika letak calon MCA
- Lata Kekabu ragut nyawa
- Empat Anak Pasangan Malaysia Pulang Ke Tanah Air
- PRK Kajang: BN Mesti Tanding, MCA Perlu Diberi Peluang - Dr M
Lelaki Bangladesh ditetak, cuba rogol wanita 50 tahun Posted: 01 Feb 2014 06:56 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah di Alor Setar, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu depan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa. Mangsa cuba mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan suaminya berusia 62 tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di belakang rumah. Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh. Sewaktu pergelutan suami mangsa menetak lelaki tersebut pada bahagian kaki kanan dengan menggunakan parang yang digunakan untuk mengupas kelapa. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan. Wanita berkenaan ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini berkata, lelaki Bangladesh tersebut yang bekerja sebagai buruh binaan menyewa rumah berdekatan dengan rumah mereka sejak dua tahun lalu. Katanya, sewaktu kejadian lelaki itu dikatakan berkeliaran di luar rumah dan keluar masuk rumah sewanya (lelaki itu) sebelum bertindak demikian. Lelaki tersebut bertindak sedemikian selepas tiada orang di sekeliling rumah. Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Bernama, |
Mohamad turun padang fokus masalah Melayu P Pinang Posted: 01 Feb 2014 06:37 AM PST Mohamad mengadakan pertemuan dengan Exco Agama dan Yang Dipertua MAIPP. MOHD SABRI SAID PULAU PINANG: Bagi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turun padang meninjau permasalahan rakyat atau ziarah ke pejabat kerajaan bukan perkara asing bahkan menjadi rutin tugas hariannya sekiranya ada masa lapang. Makan di kedai mamak, minum petang di warung kopi di tepi jalan tidak menjadi masalah untuknya kerana di situlah banyak saluran maklumat diperolehi. Sikap berlapang dada menyenangkan orang ramai bertemu dan bersapa tanpa rasa segan untuk bersembang apa saja topik walaupun dirinya merupakan pemimpin Gerakan Islam terbesar di Malaysia. Apabila beliau dilantik mengepalai PAS Pulau Pinang, Umno, Berjasa dan sekutunya terkedu kerana bimbang pengaruhnya boleh menyebabkan beberapa buah kerusi 'berhantu' Umno bakal hilang lagi. Pemilihanya sebagai Pesuruhjaya PAS negeri merupakan satu hirisan berbisa pisau beracun kepada pengacau yang selalu mengadu domba mengecam kerajaan yang mengamalkan prinsip 'Cekap, Akauntabili dan Telus' pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Semasa mengemudi mesyuarat pertama PAS negeri, beliau bertekad memfokuskan kepada beberapa perkara yang menjadi isu penting seperti perumahan, tanah dan ekonomi khusususnya melibatkan orang Melayu. Sekaligus apa yang dikehendaki beliau memang menjadi motif Kerajaan Pakatan Rakyat untuk bertindak berlainan daripada BN yamg lebih mementingkan keuntungan peribadi daripada membantu rakyat. Maka, sebab itu langkahnya turun meninjau sendiri keadaan rakyat disambut baik oleh jentera PAS di kawasan-kawasan khasnya di sebelah pulau kerana banyak isu negeri ini dialami oleh penduduk pulau berbanding tanah besar di Seberang Perai. Gandingan bersama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pastinya memantapkan lagi perjalanan PAS Pulau Pinang kerana Mujahid memang hadam isu Pulau Pinang sebelum beliau memenangi Pilihanraya Umum di Parlimen Parit Buntar sejak 2008. Baru-baru ini, Mohamad bersama anggota Dewan Harian Perhubungan PAS negeri mengadakan tinjauan ke beberapa lokasi seperti di Batu Feringgi, Kampung Pokok Asam di Jelutong dan Kampung Batu Uban di Bayan Baru. Ketika ditanya apakah matlamat tinjauan tersebut, beliau berkata, ia adalah untuk melihat sendiri keperitan hidup rakyat bawahan selain mencari formula bagaimana untuk membantu Kerajaan Pakatan Rakyat menyelesaikan kemelut yang ditinggalkan oleh BN. Beliau berkata, lazimnya isu tanah menjadi masalah besar di lokasi berkenaan, maka sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat seharusnya diselesaikan dengan baik bagaikan 'menarik rambut dalam tepung'. Jika dilakukan secara kasar, ujarnya, Umno, Perkasa serta badan bukan kerajaan (NGO) yang pro BN akan mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat negeri melalui siri demonstrasi tidak bermoral, membelakangkan adab dan tatasusila anak Melayu. Pihak tersebut hanya tahu membelasah Pakatan Rakyat walhal bila tahu perkara sebenar mereka tidak pula kedengaran memohon maaf. Menurutnya lagi, jika ada rakyat bertindak silap menduduki tanah TOL, tanah wakaf dan sebagainya tanpa kebenaran, kerajaan negeri jangan beremosi tetapi melaksanakan tanggung jawab dengan baik. Ini, katanya kerana jika tersalah percaturan sesebuah kerajaan boleh 'bungkus' kerana rakyat adalah penentu kerajaan pada masa depan. Mohamad dan anggota Dewan Harian PAS Pulau Pinang meninjau rumah mangsa pembangunan di Batu Feringgi. |
Posted: 01 Feb 2014 06:22 AM PST shahbudindotcomSejak nama jaguh badminton negara, Lee Chong Wei diusulkan oleh Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainal Abidin sebagai calon BN mewakili MCA bagi pilihanraya kecil DUN Kajang bagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim, ramai daripada kelompok pro BN menunjukkan persetujuan terhadap idea itu. Dengan popularitinya sebagai ahli sukan kesayangan negara serta pemain badminton nombor satu dunia, ramai yang percaya ianya adalah suatu kelebihan yang cukup berbaloi bagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Sudah ada juga yang menyatakan Anwar pasti kecundang jika lawannya adalah Lee Chong Wei atas kepercayaan populariti dan jutaan peminatnya yang sentiasa memujanya adalah juga terjemahan dalam bentuk undi dalam pilihanraya. Presiden MCA, Liow Tiong Lai sendiri membayangkan nama Lee Chong Wei ada dalam pertimbangannya, sambil menyatakan pihaknya bersikap terbuka dengan kriteria boleh menang atau winnable adalah merupakan perkiraan yang menjadi keutamaan. Media pro UMNO seperti Utusan dan TV3 juga mulai menjaja dan seolah-olah cuba meyakinkan MCA, BN dan juga Perdana Menteri agar tidak ragu-ragu dalam membuat keputusan memilih Lee Chong Wei atas keyakinan bahawa populariti di kalangan pelbagai kaum mampu memberi kelebihan untuk menandangi serta menewaskan Anwar Ibrahim di Kajang. Lee Chong Wei pula sehingga ini seakan terkejut apabila namanya turut dikaitkan sebagai calon dan memaklumkan beliau tidak mengetahui atau diberitahu apa-apa mengenai perkara itu. Semua yang begitu ghairah mahu memilih beliau sebagai calon barangkali tidak menyedari bahawa Lee Chong Wei belum pun bersara sebagai pemain badminton negara dan kiranya bersetuju untuk menjadi calon, beliau tentunya terpaksa menggantung raketnya lebih awal daripada yang dirancangnya sebelum ini. Ini bermakna, negara akan kehilangan pemain badminton kerana tidak mungkin beliau mampu memikul tugas sebagai pemain badminton lagi jika sudah memutuskan untuk terjun ke dunia politik. Jika itu berlaku, sementara amat sukar untuk menang di Kajang, negara juga akan kehilangan seorang pemain badminton lebih awal daripada yang sepatutnya semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka yang hanya memikirkan kepentingan sendiri semata-mata. Selain bermain di pentas politik tidaklah semudah memenangi pertandingin di gelanggang badminton, lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan Anwar Ibrahim yang bakal menjadi MB Selangor dan juga calon Perdana Menteri, dengan bertandingnya Chong Wei dalam pilihanraya juga akan menyebabkan beliau kehilangan sebahagian penyokongnya serta mendedahkannya kepada pelbagai kata nista dan serangan pihak yang menentangnya. Ini akhirnya akan menjadikan masa depan dan kegemilangan yang dicapainya selama ini akan tercemar dengan teruknya. Sesungguhnya dengan sedia menjadi calon juga adalah menyundang risiko besar kepada Chong Wei sendiri, tambahan pula bertanding di DUN Kajang dan berlawan dengan Anwar Ibrahim, meskipun dilimpahi populariti dan mempunyai jutaan peminat, hakikatnya peluang beliau untuk menang hanyalah 0.001 peratus sahaja. Ia bukan bermakna pengundi Kajang tidak mengenang jasa dan pengorbanannya tetapi adalah kerana beliau bertanding mewakili MCA yang sudah ditolak oleh majoriti pengundi Cina sendiri sejak dua pilihanraya umum lalu. Bahkan dengan senario politik yang sekarang, bukan saja Chong Wei, bahkan jika Perdana Menteri, Najib Razak pun yang bertanding, beliau pasti akan kecundang juga. Memilih dan meletakkan Chong Wei tidak lebih umpama menghantarnya ke "rumah penyembelihan" atau " tali gantung" politik saja layaknya. Lantaran itu, ketegasan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang tidak sekali-kali akan membenarkan Chong Wei dipilih sebagai calon di DUN Kajang dengan alasan pemain badminton itu adalah harta negara seharusnya dikalungkan pujian. KJ nampaknya sangat sayangkan masa depan dan reputasi gemilang Chong Wei serta mahukan ia kekal dalam sanjungan rakyat sampai bila-bila. Memilih Chong Wei sebagai calon sebenarnya adalah membunuh reputasi dan masa depannya. Sekiranya benar ingin menghargai jasa dan sumbangan Chong Wei kepada negara selama ini, sebaik saja bersara nanti, beliau sepatutnya dilantik sebagai Senator supaya beliau sekurang-kurangnya boleh bersuara dan memberi idea di peringkat tertinggi mengenai kemajuan sukan negara. Jika tidak cukup dengan itu, selepas dilantik sebagai Senator, Chong Wei juga boleh pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, sebagai orang nombor dua kepada KJ. Bayangkan betapa bersinarnya Kementerian Belia dan Sukan apabila kementerian itu diterajui oleh KJ dan dibantu oleh Chong Wei. Itulah sebenarnya cara yang betul untuk menghargai dan membalas jasa Chong Wei selama bertahun-tahun beliau mencurahkan keringatnya mengharumkan nama negara melalui dunia badminton dan bukannya dengan menyediakan "tali gantung" di Kajang sebagai anugerah kepada persaraannya. |
Khairy : RM122 Juta Anjur SUKMA Perlis 2014 Posted: 01 Feb 2014 06:14 AM PST RAKYATNEWS KANGAR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan peruntukan sebanyak RM122 juta kepada Perlis untuk menganjurkan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 pada Mei ini. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM76 juta adalah untuk pembangunan prasarana termasuk menaik taraf kemudahan venue pertandingan dan RM46 juta bagi mengurus temasya sukan tersebut. "Setiap kontraktor yang terlibat mengendalikan projek pembinaan atau menaik taraf venue pertandingan diberi tempoh selewat-lewatnya awal April ini untuk menyiapkan kerja masing-masing. "Hasil pemeriksaan di Kompleks Sukan Negeri di sini, yang menjadikan venue bagi 11 daripada 24 acara sukan, mendapati kerja-kerja menyiapkan kolam renang dan dewan badminton agak membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja membina dan menaik taraf venue-venue di kompleks tersebut di sini semalam. Sebelum itu, beliau diberi taklimat mengenai tahap persediaan tuan rumah menganjurkan temasya itu oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Sekretariat SUKMA Perlis, Saiful Rizal Mohd Shukri. Berikutan kekangan masa untuk menyiapkan kerja-kerja menaik taraf kolam renang di kompleks tersebut, Khairy tidak menolak kemungkinan acara akuatik dianjurkan di Kedah. "Pembinaan dewan badminton tidak begitu rumit untuk disiapkan kerana ia merupakan pembinaan dewan biasa tetapi venue kolam renang mungkin tidak dapat memenuhi sasaran masa untuk disiapkan," katanya. Katanya, keputusan muktamad mengenai kemampuan Perlis menyiapkan venue itu juga perlu diketahui segera kerana jika terpaksa diadakan di Kedah, kerja-kerja menyempurnakan kolam renang di negeri tersebut juga perlu dilakukan. SUKMA Perlis 2014 dari 24 Mei hingga 4 Jun ini menawarkan 356 pingat emas dalam 24 acara sukan dipertandingkan. |
Lady Evelyn Cobbold: Wanita British pertama tunai haji Posted: 01 Feb 2014 04:35 AM PST DETIK ISLAM Hidup sebagai kaum bangsawan dengan kegelimangan harta, kehormatan, dan kemasyhuran sering kali diimpikan ramai orang. Hidup sebagai bangsawan laksana hidup di sebuah negera dongeng dengan sekali perintah segala keinginan boleh menjadi kenyataan. Begitu juga yang dialami oleh Lady Evelyn Cobbold. Sesuai dengan gelaran Lady yang melekat pada namanya, Evelyn Cobbold lahir sebagai seorang anak bangsawan. Lahir dengan nama Evelyn Murray di Edinburgh pada 17 Julai 1867, Evelyn merupakan anak tertua dari bangsawan Scotland, Charles Adolphus Murray, Pangeran Dunmore ke-7 dan Lady Gertrude Coke, anak perempuan dari Pangeran Leicester kedua. Dengan takdir hidup yang dijalaninya sebagai anak bangsawan, sejak kecil Evelyn merasa berbagai macam kenikmatan. Namun, Evelyn dan keluarganya berhijrah mengikut ayahnya ke Wilyah yang lebih eksotik di Afrika Timur. Sejak itu kehidupan Evelyn banyak dikelilingi pembantu tempatan dari penduduk asli Mesir dan Algeria. Evelyn banyak menghabiskan musim sejuk bersama dengan pembantu tersebut dan kehidupannya juga banyak dipengaruhi oleh cara-cara Islam dan tradisi Arab. Tentang kehidupan masa kecilnya, Evelyn menulis: "Aku menghabiskan musim sejuk di Vila Moorish, di sebuah lembah di luar Algeria. Di sanalah aku belajar bahasa Arab dan yang paling aku gemari adalah saat melarikan diri dari status bangsawanku dan melawat masjid bersama teman-teman Aljazairku. Tanpa sedar, aku merasa menjadi seorang Muslim di dalam hatiku. "Beberapa tahun berlalu dan aku tinggal di Rom bersama beberapa rakan Itali dan tuan rumah menawarkan aku adakah aku mahu bertemu Paus. Tentu saja saya sangat mahu. Kemudian, semasa Yang Mulia Paus tiba-tiba bertanya adakah aku seorang Katolik, beberapa saat lamanya aku tidak menjawab untuk kemudian berkata bahawa aku seorang Muslim." Untuk seorang wanita bangsawan, umur seperti Evelyn adalah lewat dalam bab pernikahan. Dia berkahwin pada usia 24 tahun dengan John Dupuis Cobbold, seorang lelaki keturunan keluarga pembuat bir yang kaya raya di sebelah timur Inggeris. Mereka bertemu di Kaherah dan berkahwin di sana pada April 1891. Pasangan suami isteri ini dikurniakan tiga orang anak yang lahir antara tahun 1893 hingga 1900. Pada tahun 1900, Lady Evelyn melakukan perjalanan tanpa suaminya. Dia kembali ke Afrika Utara tahun 1911 pada usia 43 tahun dan melakukan perjalanan di Mesir. Pada tahun 1912, buku tentang perjalanannya tersebut diterbitkan dengan judul Wayfarers in the Libyan Desert. Sejak saat itulah dan seterusnya, pengakuan dirinya sebagai seorang Muslim semakin meningkat. Lady Evelyn kemudian menukar namanya menjadi Lady Zainab. Setiap musim sejuk Lady Zainab melawat Mesir dan sejak tahun 1915 dia menjalin persahabatan dengan Marmaduke Pickhall, dengan seorang Inggeris Muslim yang menghasilkan salah satu penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Inggeris yang sangat dihargai. Pada tahun 1920, maklumat yang bersifat jenaka menyebarkan bahawa Lady Evelyn masuk Islam menjadi penyebab kerenggangan hubungannya dengan keluarga Cobbold. Akhirnya, pada tahun 1922 Evelyn dan suaminya rasmi bercerai. Evelyn memperoleh harta yang sangat banyak, termasuk hutan mengandungi rusa di Glencarron. Harta tersebut menjadikan dirinya sebagai wanita terkaya di wilayahnya. Selepas kematian suaminya pada tahun 1929, Evelyn mula serius untuk melakukan perjalanan haji ke Mekah. Keseriusannya pergi mengerjakan haji diwujudkan dengan mengemukakan permohonan ke Hafiz Waba, Menteri Arab Saudi di London yang kemudian menuliskan surat permohonan rasmi kepada Raja Abdul Aziz di Riyadh. Lama permohonan tersebut untuk dibalas. Bukan sifat Evelyn untuk menunggu, dia kemudian menghantar surat perkenalan kepada Harry St . John (Abdullah Philby) di Jeddah. Philby sendiri telah menjadi Muslim sejak tahun 1930. Sambil menunggu izin dari Raja, Philby lah yang menetapkan perjalanan menggunakan kereta ke Madinah. Akhirnya, pada tahun 1933, keinginan evelyn untuk menunaikan ibadah haji menjadi kenyataan selepas Raja Abdul Aziz mengabulkan permohonannya. Demikianlah kisah Lady Evelyn Cobbold, seorang wanita bangsawan Inggeris pertama yang menunaikan haji ke Mekah. Bahkan, boleh dikatakan bahawa Lady Evelyn lah wanita asli kelahiran Inggeris pertama yang melakukan perjalanan haji. Kisah perjalanan haji Evelyn dituliskan dalam buku yang berjudul Pilgrimage to Mecca (Berhaji ke Mekah). Dalam sejarahnya, tidak banyak fakta yang didapati bahawa Evelyn secara rutin melaksanakan ibadah solat. Namun, diyakini bahawa dia telah mengisytiharkan syahadah dan mengerjakan haji menjadi puncak membuktikan dunia sebagai Muslim. Lady Evelyn Zainab meninggal 30 tahun selepas menunaikan haji, tepatnya pada Januari 1963, salah satu bulan yang paling sejuk dalam sejarah Inggeris. Evelyn dikebumikan mengikut syariat Islam di kawasan Glencarron. * Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com |
Kanak-kanak 3 tahun mati dihempap TV Posted: 01 Feb 2014 04:20 AM PST MALAYSIAKINIKegembiraan sebuah keluarga untuk merakamkan gambar kenangan semasa meraikan Tahun Baharu Cina berakhir dengan tragedi apabila anak tunggal pasangan itu maut selepas sebuah televisyen menghempapnya dalam kejadian di Taman Chai Leng, Perai, di Butterworth malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Supt Baharom Abu berkata dalam kejadian pukul 9 malam itu, keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk mengambil gambar sebelum kanak-kanak perempuan itu Chew Hui Zhen, berusia tiga tahun, dihempap televisyen saiz 29 inci. "Televisyen jenis lama iaitu saiz besar dan berat itu diletak di atas sebuah rak yang tingginya tidak sampai satu meter dan dipercayai kanak-kanak berkenaan berdiri di hadapan rak itu untuk mengambil gambar sebelum ia (rak) condong dan televisyen itu jatuh atasnya. "Akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut, bagaimanapun kanak-kanak itu meninggal ketika menerima rawatan pukul 10.30 malam tadi. "Kita dimaklumkan kejadian itu oleh pihak hospital dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi di Butterworth hari ini. Baharom berkata setakat ini polis menyiasat kejadian itu sebagai mati mengejut kerana laporan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Katanya pihaknya belum mengambil keterangan daripada ibu dan bapa kanak-kanak itu kerana mereka masih dalam keadaan sedih dan trauma. "Ketika kejadian beberapa anggota keluarga bapa kanak-kanak itu turut berada di rumah berkenaan dan mereka sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina," katanya. Sementara itu, usaha pihak media untuk menemu bual ibu bapa kanak-kanak itu, Chew Hock Soon, 26, dan Phoruethai Sae Lee, 25, di bilik mayat HSJ gagal selepas mereka enggan ditemubual. Bapa kanak-kanak itu bekerja sebagai tukang paip manakala ibunya merupakan warga Thailand dan tidak bekerja.-Bernama |
Bekas hakim: Kuasa mutlak Sultan lantik MB Posted: 01 Feb 2014 04:18 AM PST MALAYSIAKINIPencalonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi topik hangat di seluruh negara. Keputusan itu menimbulkan pelbagai persepsi termasuk hasrat Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun persoalan yang sering diutarakan ialah adakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu layak dilantik memegang jawatan itu. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menerangkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi Menteri Besar negeri itu. Beliau berkata kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. "Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri. "Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya kepada pemberita di Menara Felda di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Jelas Mohd Noor, Sultan berhak untuk melantik seorang anggota DUN sebagai menteri besar yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan, dan syarat kedua, seorang menteri besar yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) serta berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. "Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama," katanya. Dalam erti kata lain, katanya, perlembagaan memperuntukkan kuasa berada di tangan rakyat dalam proses demokrasi di mana Sultan hanyalah merupakan pemerintah perlembagaan dan mempunyai kuasa melantik menteri besar berdasarkan undang-undang yang ditetapkan. Bagaimanapun, katanya, Sultan tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri. "Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu PAS dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain," katanya. Namun, Mohd Noor berkata calon yang dicadangkan itu mesti daripada parti yang menang dan dalam situasi di Selangor, misalnya, Sultan Selangor boleh menentukan sama ada calon itu pemimpin parti PAS atau PKR. Katanya, Sultan juga tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan pelantikan itu. "Namun, sebagai contoh, sekiranya wakil A yang mendapat majoriti undi, tetapi wakil B pula menjadi pilihan Sultan, maka parti akan membuat keputusan siapa menjadi menteri besar melalui proses lobi antara satu sama lain. Jadi, apabila wakil B dipilih, maka wakil B akan berjumpa Sultan dan mendapatkan perkenan Sultan. "Ini bermakna (satu daripada) parti beralah. Tapi, kalau parti tetap dengan keputusan majoriti untuk memilih wakil A, maka Sultan tidak boleh lantik B. Ini kerana sekiranya wakil B dilantik dan kemudian mendapat undi tidak percaya, dia kena buang juga," terang beliau. Dalam situasi sekarang, Mohd Noor berkata DUN Selangor sudah bersidang dan katakan Anwar menang dalam pilihan raya kecil itu, maka boleh diusulkan di dewan, beliau dicalonkan jadi menteri besar. "Menteri besar sedia ada (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) menjadi MB atas perkenan Sultan untuk lima tahun. Kalau beliau hendak meletak jawatan sebelum lima tahun, beliau boleh menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan. "Sekiranya beliau tidak mahu meletakkan jawatan, maka adakan usul undi tidak percaya terhadap beliau sebagai menteri besar dan (jika )usul (itu) menang, beliau kalah. Maka, beliau kena lepaskan jawatan," terang Mohd Noor. Katanya selepas melantik menteri besar, Sultan juga diperuntukkan kuasa untuk melantik Exco kerajaan negeri berdasarkan cadangan menteri besar. Berdasarkan Undang-undang dan Perlembagaan negara, Mohd Noor berkata kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi DUN, beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis dan tidak pernah dipenjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman). "Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan DUN Kajang, mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor. Tetapi, undang-undang tidak menyatakan berapa lama calon perlu duduk di Selangor," katanya. Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas. Kepada persoalan sekiranya keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap kes liwat Anwar nanti berpihak kepada kerajaan, adakah ia akan menjejaskan peluang Anwar untuk bertanding, Mohd Noor berkata ia tidak terjejas kerana Anwar masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. "(Namun), sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan tuduhan itu adalah satu kesalahan yang serius, maka kerjayanya sebagai ahli politik atau profesion yang lain akan berakhir," jelasnya. Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara. Bagaimanapun, pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dan bersetuju melepas dan membebaskan beliau atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. Pada 20 Jan 2012, Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dan rayuan terhadap pembebasan Anwar dijangka didengar pada 12 dan 13 Feb ini di Mahkamah Rayuan. - Bernama |
Chong Wei terkejut dicadang tanding PRK Posted: 01 Feb 2014 12:08 AM PST SHAH ALAM- Pemain perseorangan badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang. Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik. "Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya yang dipetik Utusan Malaysia, hari ini. Semalam, nama Chong Wei disebut-sebut sebagai calon BN untuk PRK Dun Kajang. Chong Wei juga menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kesediaan beliau untuk beralih ke bidang politik jika diberi peluang bertanding di kawasan tersebut. Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman mikro Twitter miliknya menegaskan beliau tidak akan membenarkan perkara itu berlaku. Susulan cadangan parti komponen BN yang ingin meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku. Khairy melalui laman mikro Twitternya berkata, Chong Wei adalah "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK Dun Kajang. |
Bebal politik si Senah juara karaoke Posted: 01 Feb 2014 12:02 AM PST Oleh AishahMak cik Senah meneruskan lagi sambil tawar-menawar harga sayur kangkung yang mahu dibelinya. Pak cik Bakar bertanya dengan tiba-tiba kepada Mak cik Senah, "kangkung ni dulu naik, sekarang dah turun". Terbakar dengan kata-kata seperti pemimpin sanjungannya, Mak cik Senah mengatakan, "harga kangkung boleh kasi turun lagi ke Bakar oii, mahal lagi ni". "Itu makanan kegemaran kau, apa kena-mengena dengan aku sebagai penjual sayur. Aku pun nak bayar itu ini, dan nak beri makan pakai bini. Ini semua salah Putrajaya. Kos hidup meningkat! Dan kau pun terlibat sebagai rakyat yang membayar cukai dan wajar mendapat perkhidmatan selayaknya."- sindir Pak Cik Bakar. "Ah, kau jangan nak berpolitik dengan aku pagi-pagi ni, aku cepat mengamuk"- jawab Senah sebelum membayar dan pulang ke rumahnya. Di rumahnya, "kau layan lagi ke Pak Bakar tu? Politik bukan boleh beri aku makan!"- marah suaminya yang sering dijuluki orang kampung sebagai Si Leman. Pertama, mak cik senah mungkin belum sedar bahawa sebaik sahaja dia bangun dari tidur dan berfikir hari itu mahu masak lauk kangkung atau satay adalah sebahagian daripada proses membuat keputusan dan tawar-menawar itu bertujuan mempengaruhi orang lain agar menurut kehendaknya adalah maksud mudah bagi kuasa. Itu sendiri berpolitik. Manusia ialah haiwan politik (political animal). Kedua, harga kangkung, ayam, garam, gula (makanan) – antara keperluan harian – juga dipengaruhi oleh pembuatan keputusan di peringkat kerajaan maupun desakan orang awam. Ini belum disentuh lagi pendidikan, pengangkutan yang merupakan hak yang perlu dituruti kerajaan dalam berkhidmat (bukan berbudi) kepada warganya. Senario ini bukanlah sesuatu yang aneh. Terdapat ramai lagi "mak cik Senah" dan "Si Leman" tanpa mengira batas gender di setiap kampung dan bandaraya. Gejala seperti ini mudah didapati dalam mana-mana perbincangan sama ada di warung kopi, hotel-hotel, bilik kuliah, whatsapp group dan sebagainya. Tidak sedikit yang cuba memonopoli perbincangan tanpa menyiapkan diri dengan dengan hujah atau ilmu sewajarnya. Tidak salah juga untuk menyamakan gejala ini dengan penyakit bebal. Apakah yang dimaksudkan dengan bebal? Syed Hussein Alatas mengupas bentuk pemikiran bebalisme dengan mendalam dalam Intelektual Masyarakat Membangun antaranya seperti berikut; Tidak mampu mengenali masalah Jika diberitahu, dia tidak berupaya menyelesaikannya Tidak mampu mempelajari apa yang diperlukan, malah tidak memiliki kemahiran belajar Tidak boleh menghubung-kaitkan sesuatu dalam konteks ruang dan waktu dan dengan faktor lain Hanya memberikan tindak balas kepada suasana sementara tetapi tidak memikirkan akibat / perkiraan jangka panjang Berfikir hanya melalui sebab terhad dan tidak melalui urutan sebab-akibat Terpenjara dengan tabiat sendiri tanpa berfikir secara kritis tentang asas pemikirannya Tidak berfikir dengan mendalam Tidak konsisten Tidak mempunyai tenaga akal dan hanya menurut apa yang mudah Ia lebih jelas dalam perdebatan antara ahli politik atau bakal ahli politik yang tidak mampu mencerna isu. Ini merupakan tragedi sekiranya golongan inilah yang merangka dasar kerajaan. Malangnya, tragedi inilah yang sedang menimpa Malaysia. Tidak mustahil dengan adanya ahli politik bebal, isu-isu rakyat tidak dapat ditangani dengan tuntas. Disebabkan inilah, isu sensasi mengambil tempat dalam pentadbiran negara dan pembuatan dasar. Kesannya, korupsi meningkat, perkhidmatan dan mutu hidup rakyat menurun. Kebiasaannya, mereka yang dijangkiti penyakit oblomovisme ini lebih gemar beretorik daripada bekerja – ini menjadikan itulah tujuan dia dijadikan di dunia. Harapan kita ialah bukan menternak pemikiran seperti ini ataupun menidakkan kelompok Mak Cik Senah dan Si Leman tetapi menjadikan kelompok ini sedar dan lebih bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka dalam perbuatan dan perbualan kita sehari-hari kerana kematangan itu sebahagian daripada proses yang perlu dijalani. Dan bebal terjadi apabila kita berhenti untuk belajar. – Roketkini.com |
PRK Kajang Membazir Kata Najib, Kos Berjuta Sewa Jet Tidak Membazir? Posted: 31 Jan 2014 11:51 PM PST KELAB GREENBOCPilihan Raya Kecil Kajang satu pembaziran, kata PM Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan datang adalah pembaziran wang awam yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat. "Bagi menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR, Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk membawa beban pilihan raya kecil di Kajang. "Anwar membebankan rakyat dan masyarakat Kajang. Saya dimaklumkan bahawa penduduk Kajang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku setakat ini," katanya. Bercakap kepada wartawan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib bagaimanapun enggan mendedahkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Kajang. "Saya tidak mahu bercakap mengenai siapa yang bakal menjadi calon BN sehingga saya tahu bila tarikh penamaan calon," katanya. Najib juga enggan mengulas berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya Najib sendiri bertanding di Kajang menentang Anwar. "Ini bukan masalah saya, ia masalah PKR. Ia adalah isu yang ditimbulkan oleh pertelingkahan dalaman parti. "Saya tidak mahu terlibat dalam politik parti mereka. Jangan heret Barisan Nasional dalam isu itu," katanya. Semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mencabar Najib melawan Anwar dalam PRK Kajang. PKR itu terpaksa diadakan berikutan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada Isnin. "Umno, jika anda berani, mari bertanding. Jangan letak calon MCA, MIC atau Gerakan," kata Azmin. "Minta Najib bertanding di Kajang. Mari jika berani," katanya ketika majlis taklimat jententera parti di Kajang, semalam. Lee, yang menjadi Adun bagi penggal pertama mengundur diri bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menyertai 56 kerusi dalam DUN Selangor. Tetapi wujud spekulasi menyatakan Anwar akan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah lama bercakar dengan Azmin. -TMI ULASAN GB Mengadakan PRK satu pembaziran tetapi bagaimana membelanjakan RM28.8 juta untuk kos sewa tahunan jet PM? itu bukankah lagi besar punya pemembaziran? Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam tidak mebazir? PRK membebankan penduduk rakyat, kata Najib. Kenaikan harga barang, pengenaan GST, rasionalisasi subsidi dan seumpamanya tidak membebankan rakyat? |
Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1 Posted: 31 Jan 2014 11:41 PM PST Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi. Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha. Hasilnya dalam forum malam tadi, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand. Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu. Dalam forum malam tadi, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengaku, Pemuda PAS memberikan kenyataan agak keras kerana keliru dengan perletakan jawatan Adun Kajang. Namun selepas mendapat penjelasan, mereka mengambil keputusan untuk menyokong penuh pencalonan Anwar di situ. Katanya, semua pihak perlu ingat PAS adalah sebuah parti yang terbuka kepada pandangan dan teguran daripada ahli-ahlinya tetapi akan patuh dan wala' selepas keputusan diambil oleh pucuk pimpinan parti. |
Cina sudah buat keputusan, masa depan mereka bukan bersama BN, kata bekas menteri Posted: 31 Jan 2014 11:31 PM PST Barisan Nasional (BN) tidak berpeluang menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana pengundi Cina sudah membuat keputusan masa depan mereka bukan lagi bersama BN, kata bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Zainuddin Maidin. "Mereka telah memutuskan masa depan mereka bukan lagi bersama dengan BN, itu yang saya fikir. Sekadar orang Melayu yang boleh dibawa untuk menyokong Umno. "Tapi orang Cina telah buat keputusan mereka. Zaman BN yang menyakinkan sudah berlalu, telah datang zaman yang sukar untuk BN menyakinkan," ujar bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu. Oleh itu, bagi bekas menteri penerangan tersebut, tidak mungkin pengundi Cina akan mengubah fikiran untuk memilih BN pada ketika parti pemerintah tersebut dilihat lemah. "Saya rasa, BN pasti kalah dalam PRK di Kajang. "Saya tidak fikir orang Cina akan berubah fikiran mereka. Tidak ada," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider mengenai peluang BN untuk menang di Kajang. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. Keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu, kekalahan banyak kerusi BN disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah. Keputusan mengosongkan kerusi Kajang yang dibuat oleh PKR bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang. Zainuddin melihat strategi bertanding di Kajang tersebut sebagai cubaan Anwar untuk memperlihatkan dirinya sebagai seorang pemimpin Melayu mewakili semua kaum. "Anwar akan memperlihatkan dirinya sebagai seorang Melayu yang mewakili semua kaum. "Jadi kemenangan beliau akan mencerminkan beliau adalah seorang pemimpin yang dapat menang tanpa berasaskan faktor kaum," ujarnya lagi. Menurut Zainuddin lagi, kemenangan Anwar juga akan memberi persepsi rakyat terhadap kemampuan bekas timbalan perdana menteri tersebut untuk memimpin negara. "Jadi, beliau berpotensi untuk jadi perdana menteri pada masa depan. "Sesuai dengan sentimen dengan orang Cina sekarang ini yang melihat beliau sebagai orang yang akan merentas harapan ke arah satu equality dalam Malaysia lah," ujarnya lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang PKR Lee Chin Cheh pada Isnin lalu meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut. Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun. Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. |
Najib jangan terjerat dengan Mahathir di Kajang Posted: 31 Jan 2014 11:23 PM PST MSO Najib Razak seakan berat hati sahaja untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil N25 Kajang. Macam tidak bersungguh kelihatannya. Mungkin Najib sudah dapat mengagak apakah keputusannya kelak. Tetapi berbeza dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Moahamad. Muhyuddin dihari pertama sebaik kerusi Kajang diityharkan kosong sudah memberi kenyataan BN akan letak calon. Walaupun nadanya tidak bersemangat dan lemah, tetapi menyerlahkan Muhyuddin tidak mahu mengalah. Kenapa? Manakala Dr Mahathir Mohamad seperti sangat berharap BN meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Kajang dengan menekan agar MCA diberi peluang. Pandangan Mahathir selari dengan naluri Muhyuddin. BN kena bertanding.Mahathir bersandarkan kepada Cina memandang kedudukan pengundi Cina di situ yang hampir sama dengan pengundi Melayu. Pengundi Cina sebanyak 40.46% manakala pengundi Melayu 48.48% dan pegundi India 10,15% daripada keseluruhan jumlah pengundi sebanyak 38,965. Saranan Mahathir itu dari sudut lain menampakkan dia ikhlas dia tidak mahu Umno yang diberi laluan sepereti mana dicadang oleh pemimpin Khairy Jamaluddin dan dipersetujui oleh Zahid Hamidi kerana kawasan itu hak MCA. Kenapa soal siapa calon ini menjadi berbeza pandangan?Dalam firasat saya hasrat Mahathir itu bukan sangat agar Cina diberi laluan di Kajang itu, tetapi yang penting ialah berlaku pertandingan. Mahathir juga arif mengenai pengaruh dan kekuatan MCA waktu ini. MCA masih dalam edah pemulihana semangat selepas parti itu berlaku pertukaran kepimpinan. Justeru yang diingini oleh Mahathir ialah pastikan ada pertandingan. Mahathir atau Muhyiddin ada motif lain kenapa BN perlu meletakkan calon di situ. Tujuan ialah Mahathir mahu imej Najib tercemar dengan pilihan raya itu. Sekiranya BN kalah sudah tentu Najib perlu bertanggungjawab. Kekalahan itu akan diulas nanti bahawa Najib makin tidak popular. Natijah dari itulah, bila Najib sudah tidak popular maka wajarlah Najib berundur. Tidak perlu lagi Najib tercokol di tempatnya kini. Inilah yang Mahathir kehendaki. Baginya kekalahan UBN di Kajang lebih menyeronokkan daripada kemenangan. Jadi Najib kena berhati-hati dengan jerat dipasang Mahathir itu jangan tersadung nanti, jatuh terjelapak. Segalanya duduk ditangan Najib bagi berdagang untung nasib dalam pilihan raya kecil Dun Kajang itu. |
MCA: Semua, termasuk Chong Wei diteliti Posted: 31 Jan 2014 11:16 PM PST MALAYSIAKINIMCA akan meneliti semua cadangan termasuk meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak menolak kemungkinan tersebut kerana populariti Lee mungkin boleh membantu memberikan kemenangan kepada BN di kerusi tersebut, lapor Utusan Malaysia. "Tidak kira siapa calon pun, kita bersikap terbuka. Kita akan pilih calon yang boleh menang," Liow dipetik sebagai berkata kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di ibu negara semalam. "Kriteria penting yang perlu ada pada calon itu ialah semangat untuk berkhidmat, prihatin kepada rakyat, semangat BN yang kental dan dapat memberikan pembangunan. Kelmarin, Ketua Umno Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan MCA meletakkan Lim sebagai calon BN di DUN Kajang kerana popularitinya mampu menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
'Reformis bogel' calon bebas di Kajang Posted: 31 Jan 2014 11:13 PM PST MALAYSIAKINISeorang lagi tampil mencalonkan diri sebagai calon bebas bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Ramlan Abu Bakar (kanan), presiden NGO dikenali Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah melihat "konspirasi politik" Anwar menyusahkan rakyat, lapor Sinar Harian. Beliau berpendapat, Anwar mempunyai agenda politik kotor dan secara halus ingin merampas jawatan menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Saya reformis akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini lah platform terbaik kepada reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," beliau dipetik sebagai berkata. Ramlan sebelum ini terkenal dengan "skuad berani bogelnya" dan lantang mencabar kerajaan Selangor. Sebelum ini, turut menyatakan hasrat bertanding calon bebas Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada peguam Anwar, Sankara Nair dan sebuah parti baru NewGen. Dewan Ulama: Serah pada PAS jika MB baru Dalam perkembangan lain, Dewan Ulama PAS pula menggesa PKR menyerahkan kerusi menteri besar Selangor kepada PAS jika benar terdapat agenda menyingkirkan Khalid. Menurut ketua penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, tindakan PKR mempertikaikan kedudukan Khalid sama seperti mempertikaikan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang. "Sekiranya benar perlu ditukarkan menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada PAS dan kami memilih ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon menteri besar yang baru," katanya. Bahkan laporan harian itu juga menyebut, Khalid telah mentadbir Selangor dengan baik sehingga tiada kewajaran untuk melakukan penyingkiran. Khairuddin berpendapat, pilihan raya kecil yang akan diadakan di Kajang sebenarnya "pengkhianatan" terhadap tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana ia langkah licik demi kepentingan PKR dan bukannya Pakatan Rakyat. |
Merungkai isu penstrukturan industri air di Selangor Posted: 31 Jan 2014 06:49 PM PST SELANGOR KINIISU air kembali hangat di Selangor apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini dikatakan melakukan u-turn dengan bersetuju untuk memberi kebenaran kepada kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji air Langat 2. Bekas EXCO dan juga ADUN Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor yang dikatakan mengelirukan rakyat Selangor apabila secara tiba-tiba tunduk kepada desakan kerajaan persekutuan untuk akur kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Water Services Industry Act 2006). Akta itu membenarkan kerajaan persekutuan mengambil alih aset industri air di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia danWilayah Persekutuan Labuan bagi mengstruktur semula industri air di Malaysia. Pertama, untuk membincangkan isu industri air di Selangor, elok kita ketepikan politik dalaman parti tertentu, pertembungan peribadi antara ahli politik dan hal tidak berkaitan. Isu air melibatkan kepentingan rakyat Selangor bukannya kepentingan individu tertentu yang sibuk menggunakan isu itu sebagai modal politik untuk menjatuhkan musuh politik mereka. STRUKTUR AIR DI SELANGOR Industri air di Selangor agak kompleks kerana ia melibatkan pemegang aset air, konsesi-konsesi air melibatkan syarikat swasta dan juga kerajaan persekutuan. Mari kita lihat lebih mendalam pemegang konsesi air dan pemilik atau pemegang saham syarikat konsesi air: a) Konsesi yang merawat air mentah dan menguruskan loji rawatan air: Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB): Pemegang 2 konsesi yang bertanggungjawab mengurus 29 loji rawatan air di Selangor dan Kuala Lumpur dengan kapasiti pengeluaran 1,909 juta liter air setiap hari. Ia dimiliki oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (syarikat tersenarai di Bursa Saham) yang pemiliknya ialah Tan Sri Rozali Ismail [melalui syarikat persendirian Central Plus Sdn Bhd dan Corporate Line Sdn Bhd] (41.25%), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (6.19%) dan Lembaga Tabung Haji (5.74%). ii) Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) Syarikat itu diberi konsesi 30 tahun oleh kerajaan Selangor pada Januari 2009 untuk membina, mengurus dan menyelenggara Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 3. Ia dimiliki oleh Gamuda Bhd (40%), The Sweet Water Alliance Sdn Bhd [syarikat milik Tan Sri Wan Azmi Hamzah] (30%) dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd [61% milik kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad] (30%) iii) Konsortium ABASS Sdn Bhd Konsortium itu dianugerah konsesi 30 tahun oleh kerajaan Selangor pada 2001 untuk mengurus dan menyelenggara Skim Bekalan Air Sungai Semenyih Ia 100 peratus dimiliki oleh Titisan Modal Sdn Bhd [55% milik Kumpulan Perangsang Selangor Bhd yang juga milik kerajaan negeri Selangor melalui KDEB]. b) Pengedar air terawat: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) - Pengedar/pengagih air terawat tunggal bagi seluruh kawasan Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Mengurus dan menyelenggara pam air, takungan air dan stesen pam. SYABAS dianugerah 30 tahun konsesi mengedar air oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor pada 2005. - Dimiliki oleh Tan Sri Rozali yang juga pengerusi eksekutif sebanyak 70% melalui Puncak Niaga Sdn Bhd, dan kerajaan negeri Selangor memiliki 30% SYABAS melalui KDEB (15%) dan Kumpulan Perangsang (15%). Kerajaan persekutuan memiliki satu golden share. CADANGAN AMBIL ALIH KONSESI AIR OLEH KERAJAAN SELANGOR Sejak 2009 kerajaan Selangor membuat bidaan rasmi untuk mengambil alih seluruh aset dan ekuiti pemegang konsesi. Tujuan pengambilalihan ialah: - Menggabungkan industri air di bawah kerajaan Selangor melalui KDEB bagi melindungi kepentingan rakyat negeri ini dari beban kenaikan tarif yang tinggi. - Menyusun semula industri air bagi mewujudkan perkhidmatan air yang holistik. - Memastikan kecekapan pengurusan rawatan dan pembekalan air seperti menurunkan kadar non-revenue water (NRW) atau air yang hilang melalui ketidakcekapan pengedar air (SYABAS) akibat kebocoran paip. Kerajaan Selangor, demi melindungi kepentingan rakyat menghalang kenaikan tarif air yang sepatutnya dinaikkan oleh SYABAS sebanyak 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012. Kerajaan negeri berpendapat SYABAS gagal mengoptimum bekalan air kepada pengguna air berikutan 34 loji rawatan air mempunyai kapasiti merawat 4,807 juta liter air sehari tetapi SYABAS hanya berupaya mengedar 4,411 juta liter air sehari. Pada masa sama, SYABAS memberi alasan pembekuan Capital Expenditure (CAPEX) atau perbelanjaan modal untuk menyelenggara pam lama dan sebagainya sebagai halangan untuk mengedar air secara optimum. Sejak 2009 sehingga hujung 2013, kerajaan Selangor membuat lima kali tawaran untuk mengambil alih aset dan ekuiti konsesi air Selangor. Berikut ialah cadangan pengambilalihan aset dan ekuiti konsesi air di Selangor dan maklum balas terhadap tawaran oleh pemegang konsesi air: Semua tawaran kerajaan Selangor kepada empat pemegang konsesi air dibuat berdasarkan beberapa perkara iaitu: - Jumlah pelaburan yang dibuat pemegang konsesi air. - Tempoh pelaburan pemegang konsesi sejak penswastaan air di Selangor. - Jumlah hutang yang ditanggung (bon dan pinjaman bank) pemegang konsesi air. - Tawaran yang dibuat entiti kerajaan persekutuan iaitu Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). - Pulangan ke atas pelaburan (Return on Investment) sebanyak 12 peratus. Walaupun tawaran ke atas pemegang konsesi dianggap berpatutan tetapi ia tetap ditolak atas alasan harga yang tidak berpatutan. Pemegang konsesi mahukan ROI sebanyak 15 peratus, bukan 12 peratus, penilaian ke atas aset yang dikatakan kurang daripada nilai sebenar (undervalued) dan sebagainya. Kita maklum syarikat swasta berperanan menjana keuntungan maksimum dan kepentingan rakyat selaku pengguna air bukan objektif utama oleh semua pemegang konsesi. AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (2006) Pada 2005, Parlimen meluluskan pindaan perlembagaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah dan Sarawak). Pindaan diwarta pada 10 Februari 2005 dan dikuat kuasa mulai 21 Mac 2005. Ini bermakna air yang sebelum 2005 dalam bidang kuasa negeri, dipinda kepada senarai bidang bersama yang bermaksud selepas pindaan perlembagaan itu, hal berkaitan air berada dalam tanggungjawab kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Dengan pindaan itu, kerajaan persekutuan akan mengawal selia industri perkhidmatan air dari segi pelesenan dan kawal selia operator perkhidmatan. Kerajaan Negeri pula mengekalkan kuasa terhadap sumber air, kawasan tadahan air dan embangan sungai. Pada pertengahan 2006, Parlimen meluluskan dua undang-undang yang mengubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu Akta 654 atau Akta SPAN dan Akta Industri Perkhidmatan Air iaitu Akta 655. Akta 654 (WSIA) menggariskan peranan, fungsi dan bidang tugas SPAN manakala Akta 655 memperuntukkan kawal selia meliputi ekonomi, teknikal dan sosial serta perlindungan hak pengguna. Seksyen 114 akta itu memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih aset konsesi-konsesi air Selangor. Setelah lima tawaran kepada syarikat konsesi ditolak, kerajaan Selangor tidak dapat mengambil alih konsesi sebelum 31 Disember 2013, tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan. Maka, kerajaan persekutuan hampir pasti akan mengambil alih aset konsesi air di Selangor iaitu: LOJI RAWATAN PROJEK LANGAT 2 Ia merupakan projek membina Loji Rawatan Air Langat 2 yang juga sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor untuk merawat 1.89 bilion liter air mentah sebelum disalur ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025. Projek itu yang dicadang kerajaan persekutuan seawal tahun 2007 bertujuan menampung permintaan bekalan air terawat dari Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya yang meningkat saban tahun. Langat 2 yang sepatutnya mula dibina pada 2012 tertangguh kerana kerajaan Selangor tidak membenarkan Langat 2 dibina selagi pengstrukturan industri air tidak diselesaikan. Kerisauan kerajaan Selangor jelas untuk melidungi kepentingan rakyat Selangor dari beban kenaikan tarif air jika Langat 2 diteruskan. Pada awal bulan ini, rakyat dikejutkan dengan berita Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bersetuju supaya Langat 2 diteruskan walaupun beliau sebelum ini, menafikan projek itu satu keperluan dengan alasan air mentah di Selangor mencukupi untuk menampung permintaan pengguna. Secara jelas, MB menerangkan bahawa Langat 2 boleh diteruskan hanya selepas pengstrukturan industri air di Selangor selesai. Status terkini Langat 2 juga masih berada dalam proses rundingan dan belum dimuktamad dan bersyarat. Syarat yang dikenakan oleh kerajaan Selangor kepada kerajaan persekutuan untuk persetujuan meneruskan projek Langat 2 ialah: - Aset loji Langat 2 mesti diserap ke dalam program pengstrukturan air Selangor. - Kerajaan negeri akan terlibat dalam semua urusan tender Langat 2. - Kerajaan negeri berhak mendapatkan harga terbaik bagi sebarang struktur binaan Langat 2. - Harga/tarif air akan ditetapkan oleh kerajaan Selangor. - Operasi seluruh industri air akan disatu dan diuruskan oleh sebuah Special Purpose Vehicle (SPV) yang akan ditubuh oleh kerajaan negeri. - Pelantikan dua pentadbir yang dicadangkan oleh kerajaan negeri untuk mentadbir industri air Selangor. Kerajaan Selangor juga memberi jaminan, program air percuma melalui skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan kekal walaupun Langat 2 dibina. Untuk menunjukkan betapa seriusnya kerajaan Selangor menyelesai program pengstrukturan industri air, kerajaan negeri membatal lesen air mentah yang sebelum ini diberi kepada Puncak Niaga Holdings Berhad dan lesen air mentah diserahkan kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang juga syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor. Malah, Kerajaan Selangor juga akan memulakan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (HORAS) yang akan membekalkan air terawat antara 600 juta hingga 700 juta liter sehari kepada pengguna air sementara menunggu kerajaan persekutuan menguatkuasakan Seksyen 114 WSIA. Projek HORAS akan mengurangkan kebergantungan Selangor kepada Langat 2 untuk mendapatkan bekalan air terawat. RUMUSAN Tidak adil menuduh MB Selangor u-turn ataupun tunduk kepada tekanan kerajaan persekutuan kerana kerajaan Selangor sudah menawarkan RM9.65 bilion kepada empat konsesi air dan tawaran itu ditolak dengan alasan penilaian aset air yang tidak memuaskan sedangkan kerajaan Selangor mengambil kira pelbagai faktor seperti pulangan ke atas pelaburan (ROI), liabiliti konsesi dan sebagainya. Kita sedia maklum syarikat swasta dan persendirian akan mengutamakan keuntungan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat terbanyak. MB Selangor juga tegas untuk tidak tunduk kepada kerajaan persekutuan dalam urusan mengstruktur semula industri air di Selangor. Kebajikan rakyat tetap dijaga melalui penetapan tarif air yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri dan program air percuma tetap diteruskan walaupun kerajaan persekutuan mengambil alih aset menggunakan Seksyen 114 WSIA. Isu air tidak patut dipolitikkan dan dijadikan modal untuk menyerang individu tertentu. Kerjasama dengan kerajaan persekutuan perlu kerana perlembagaan persekutuan sudah dipinda dan meletakkan kuasa ke atas air dalam senarai bersama. Seperti yang dilaungkan sesetengah pemimpin parti, kita perlu mencari titik temu bersama kerajaan persekutuan demi menjaga kepentingan rakyat. Jangan hanya kerana permusuhan politik dalaman, isu air tidak selesai dan berlarutan sehingga menjejaskan kelancaran penstrukturan industri air Selangor. * Disunting dari blog oskortos.blogspot.com. |
Pembabitan Mahathir jatuhkan Najib bukan perkara pelik Posted: 31 Jan 2014 06:35 PM PST Oleh : AFEEQA AFEERA SHAH ALAM: Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini. Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir. "Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. "Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah. "Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya," katanya di dalam blog. Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib. Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini. "Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa. "Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya. "Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?" katanya.-NFN- |
MCA main ‘politik batu api’, pura-pura sokong MB Selangor Posted: 31 Jan 2014 06:28 PM PST Oleh : NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM- Demi kepentingan politik, MCA dilihat mula membuat 'pusingan U' dengan memberikan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menggagalkan rancangan membawa masuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Dewan Negeri Selangor. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata sebelum ini MCA adalah salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) juga dilihat kerap melancarkan pelbagai serangan yang tidak masuk akal terhadap Abdul Khalid. "Sehinggakan MCA kini berkempen mereka sokong Abdul Khalid dan kata mereka kalau ingin Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar, pengundi kena kalahkan Anwar. "MCA sendiri sudah pandai guna nama Menteri Besar. Ini lawaknya arena politik Malaysia," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam. Kenyataan itu membuktikan MCA sebelum ini secara diam mengakui sokongan padu rakyat Selangor di atas prestasi cemerlang pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang diterajui Abdul Khalid. Bagaimanapun, Khalid yakin pengundi di Kajang tidak mudah diperbodohkan dengan permainan politik 'batu api' yang dimainkan parti MCA itu. Sementara itu, ketika mengulas isu Pilihan Raya Kecil Kajang, Khalid berkata kemenangan Anwar mampu memperkukuhkan lagi kubu kerajaan PR Selangor darpadai serangan BN dan menyelesaikan isu dalaman PKR.-NFN- |
Konsensus Nasional: Jalan ke hadapan Posted: 31 Jan 2014 06:21 PM PST DR MUJAHID YUSOF PROSES perkembangan sesebuah negara bangsa memakan masa yang panjang, sepanjang perjalanannya, pelbagai peristiwa dan situasi terpaksa dilaluinya sehingga ia mematangkan kepimpinan dan rakyatnya. Konflik dan pertumpahan darah sesama anak bangsa mahupun peperangan yang dilaluinya dengan penceroboh demi memelihara kedaulatan negara adalah proses pembentukan jatidiri negara bangsa. Dalam menghayati perkembangan ini, negara terdesak untuk memperbaharui komitmennya terhadap masa depan negara atau istilah patriotiknya memelihara bahtera merdeka. Untuk mencapai maksud ini satu konsensus atau kesepakatan dan persetujuan bersama amat diperlukan supaya negara bangsa ini mara mencipta nasibnya di persada alam. Ada beberapa faktor utama yang menentukan kejayaan konsensus nasional yang amat diperlukan pada tahap ini. Artikel ini cuba menghuraikan beberapa pra-syarat dan faktor yang akan menjayakan konsensus nasional ini. Latar Belakang Kemerdekaan Malaysia berbanding dengan negara bangsa lain secara relatifnya adalah negara yang masih muda. Perkataan negara bangsa hanya muncul dengan kemaraan kolonialisme Barat. Serentak dengan tuntutan merdeka dari British, negara bangsa menjadi tema kebangkitan rakyat dan Islam/Melayu menjadi asas kebangkitan menyatukan negara bangsa yang kelak akan muncul apabila pada tahun 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya dari penguasaan kolonial British selama beberapa abad. Faktor dan latar belakang yang membentuk kemerdekaan Malaysia amat signifikan untuk semua pihak akur dan menerimanya sebelum bersetuju untuk menjayakan cita-cita murni melonjakkan negara ini ke hadapan. Perlembagaan Persekutuan Konsensus mesti juga menghayati dokumen penting yang menentukan nasib dan masa depan negara. Perlembagaan negara adalah faktor penyatu kepada janji setia kita untuk memelihara negara melalui prinsip-prinsip yang disepakati dan dijunjung bersama. Perlembagaan Persekutuan meletakkan raison d'etre negara ini dengan menamakan tiang utama negara yang tidak boleh dikompromi dalam apa jua konsensus yang akan dilakukan iaitu; 1. Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. 2. Agama lain bebas diamalkan mengikut semangat Perlembagaan. 3. Hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu. 4. Hak kewarganegaraan semua kaum dengan semangat kebebasan yang perlu dipertahankan bersama. Perlembagaan persekutuan adalah faktor penyatu perpaduan nasional, cumanya interpretasi dan pemahaman prinsip-prinsip keperlembagaan kadangkala tergelincir dari semangatnya dan kerana itu kebebasan kehakiman perlu menentukan interpretasi yang betul kepada artikel dan semangat yang memberikan 'kehidupan' kepada perlembagaan kita. Sosio-Ekonomi Kesan penjajahan telah meninggalkan kita menjadi negara multi-ethnic dan sekaligus multi-cultural. Istilah 'pendatang' atau 'bangsa asing' walaupun sudah terhapus dengan konsep kewarganegaraan, namun ia tetap dibibir sesetengah pihak apabila sesuatu konflik antara kaum muncul dan ini boleh memberi gambaran betapa rapuhnya situasi serta berupaya mencetuskan ketegangan. Dalam konteks ekonomi, dasar ekonomi baru atau DEB membentuk pengagihan kek ekonomi yang mengakibatkan strata masyarakat menampakkan jurang antara penguasaan kaum Cina, Melayu dan India. Perlaksanaan DEB walaupun semangat dan rohnya adalah pengimbanagan strata dan penstrukturan semula jurang masyarakat namun amalannya telah melahirkan sikap prejudis yang berbau perkauman. Suasana sosio-ekonomi ini adalah antara faktor utama kepada sebab perlunya konsensus nasional nanti. Perjalanan Politik Perlembagaan negara walaupun menjadi panduan tetapi ianya kaku apabila tiada aktor yang mencabar kesahihannya dan keutuhannya. Peranan aktor dalam membentuk lanskap politik negara adalah signifkan kerana para aktor politik akan menentukan dan mendefiniskan maksud yang terkandung dalam prinsip negara ini. Malaysia memilih jalan demokrasi melalui pilihanraya umum yang berperanan untuk membentuk anggota parlimen bagi membahas halatuju negara lewat demokrasi ala Westminster di mana pembahagian kuasa legaslatif, eksekutif dan kehakiman menjadi kerangka para aktor politik bergerak. Demokrasi adalah tema utama perjalanan politik dan ia mengambil bahagian yang besar kepada desakan konsensus nasional hari ini kerana ketempangannya hasil pencabulan ke atas demokrasi di Malaysia. Apakah Konsensus Nasional Konsensus adalah daripada perkataan Inggeris iaitu "concensus" yang membawa makna agreement, harmony, concord, like mindedness, concurrence, consent, common consent, accord, unison, unity, unanimity, oneness, solidarity, concert more general opinion/view, majority opinion/view, dan common opinion/view. Dari perkataan itu diambil maknanya dalam Bahasa Malaysia iaitu persetujuan bersama, permuafakatan bersama, halatuju bersama, pandangan yang sama hampir dipersetujui oleh semua pihak. Sebab itu ia adalah satu pendekatan politik tahap nasional bagi semua pihak bersetuju tanpa mengira fahaman politik bahawa negara ini perlu kepada satu kaedah baru, pendekatan baru bagi menangani situasi yang sedang dihadapi hari ini di mana semua pihak perlu bersetuju untuk memikirkan kaedah itu bersama. Apa yang mewarnai lanskap politik dari tuntutan demokrasi yang lebih berfungsi, tuntutan kerajaan yang telus dan berwibawa serta kemunculan suara sivil yang semakin lantang mengkritik dasar dan perjalanan kerajaan adalah satu bentuk desakan kepada perlunya sebuah konsensus nasional supaya kerajaan dan parti politik bersatu hati mengeluarkan negara dari kemelut politik, sosial dan ekonomi hari ini. Pemikiran Baru Perpaduan Nasional Sekarang isu perpaduan tidak lagi berkisar kepada gabungan wadah seperti di awal 70-an ketika negara ini memerlukan kekuatan politik untuk menjayakan agenda nasional seperti pembentukan Barisan Nasional tetapi perpaduan terkini bentuknya adalah lebih matang dapat direalisasikan melalui kesatuan kepada kepentingan negara dengan cara menguruskan perbezaan pendapat dan bukan menyekat perbezaan pendapat. Untuk melaksanakan ini konsep by-partisan atau sokongan menjangkau kelompok atau kumpulan perlu dibudayakan untuk mencapai sesuatu kepentingan nasional. Konsensus nasional menuntut supaya parti politik mengimbangi keperluan politiknya dengan keperluan nasional. Ia bukan satu helah politik untuk mengekalkan kekuatan mana-mana pihak tetapi ia adalah untuk memastikan kepentingan nasional terpelihara dengan masing-masing mengekalkan ideologi masing-masing. Isu perpaduan Melayu secara relatifnya kepada gambaran yang lebih besar ini nampaknya seperti slogan yang agak kuno dan lebih cenderung untuk helah politik semata-mata. Perpaduan yang harus diajukan ialah perpaduan nasional dalam gambaran agenda nasional dan bukan agenda politik tertentu. Isu Ketaksamaan Pendapatan Isu ketaksamaan pendapatan atau "inequality income" tidak lagi berkisar kepada kaum tetapi ia berkisar kepada peratus pengagihan pendapatan yang kini terjulat antara peratus pendapatan tinggi dan peratus pendapatan rendah di mana 60 peratus rakyat duduk di paras pendapatan rendah dan 40 peratus daripadanya adalah paras kemiskinan. Jurang besar pendapatan ini dikecilkan lagi dengan penduduk luar bandar dan penduduk bandar serta gender. Implikasi isu ini menentukan gaya hidup dan keperluan hidup melibatkan isu keperluan perumahan, bebanan hutang dan inflasi yang disebabkan harga barang dan pendapatan yang tidak seimbang. Ia bukan lagi soal Melayu ketinggalan tetapi keperluan untuk mengimbangi kesan ketaksamaan pendapatan dan keperluan membela peratus yang terperosok di bawah. Faktor ini semakin mendesak kepada satu konsensus untuk menyelamatkan keadaan kerana isu inflasi, kesan sosial dan ketidakpuasan hati rakyat akan menjadikan negara ini terjerumus dalam krisis hilang kepercayaan kepada kerajaan. Kemunculan Ekstremisme Politik Keseimbangan perkembangan negara mestilah dengan kematangan anak bangsanya untuk melihat kepentingan yang lebih besar. Pelbagai isu perkauman, agama dan politik berpotensi menjadi isu yang diambil kesempatan oleh pihak tertentu dari kelompok ekstrim agama mahupun ekstrim kepuakan. Rasisme dalam segala bentuknya perlu disekat dan tidak menjadi umpan pihak tertentu untuk menggunakannya apabila perlu untuk kepentingan puak atau kelompoknya. Suasana ini mendesak kita kepada konsensus nasional yang meletakkan ekstrimis politik dan agama jauh dari menjadi faktor penentu keputusan-keputusan politik. Ambil contoh isu kalimah "Allah", betapa politik ekstrem dan rasis menguasai keadaan sehingga pihak kerajaan tidak berani menegaskan komitmennya kepada "Penyelesaian 10 Perkara" atau sepuluh perkara yang disepakati antara kerajaan dan penganut Kristian di negara dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' yang termeterai pada 2011. Ini melambangkan kelemahan pihak kerajaan terhadap komitmennya sendiri dan membiarkan tembakan rasis yang tidak terkawal membunuh cita-cita perpaduan nasional yang dipupuk selama ini. Tajuk Yang Perlu Konsensus Tidak syak lagi, konsensus adalah satu keperluan negara bagi menjamin perjalanan negara ini diteruskan, namun biarlah perbincangan kepada konsensus ini terfokus kepada perkara besar dan penglibatannya tidak meninggalkan mana-mana pihak di belakang. Fokus utama adalah persetujuan semua pihak kepada perjalanan demokrasi yang perlu dirungkai semula dalam konteks berpilihanraya dan demokrasi berparlimen. Kedua adalah merungkai semula hak mendapat maklumat dari segi akta media yang perlu dibebaskan dari cengkaman penguasa dan kawalan yang ketat untuk melahirkan media bebas dan bertanggungjawab. Ketiga adalah konsensus kepada medan ekonomi mengawal ketaksamaan dan inflasi melalui pendekatan progresif dan bukan regresif yang membebankan rakyat serta mengubah tatakelola kewangan yang lemah dan dipalit rasuah. Keempat adalah menangani rasisme dan ekstremisme melalui kawalan ke atas entiti rasis dan ekstremis melalui rundingan dan meletakkan aktiviti mereka di bawah semangat perlembagaan persekutuan. Hal ini juga melibatkan reformasi total kepolisian yang perlu dikembalikan tujuan utama mereka iaitu untuk memelihara keselamatan negara dan bukan memelihara parti politik tertentu atau pihak tertentu untuk terus kekal berkuasa. Harapan Kepada Konsensus Langkah awal konsensus bermula dengan pengiktirafan semua pihak kepada masalah dan bersedia untuk mengenalpasti prioriti negara. Langkah seterusnya ialah gencatan senjata fitnah media yang tidak banyak membantu melicinkan proses dan seterusnya ialah memahamkan orang ramai keperluan konsensus ini dijadikan agenda utama negara pada tahap ini. Selain itu parti-parti politik harus bersedia untuk membawa dirinya dalam kerangka ini dengan mereka sendiri membuat reformasi dalaman tak kira dari segi strukturnya, budayanya mahupun cara ia menyampaikan hasratnya untuk menjadi kerajaan. Konsensus akan menjadi satu mercu tanda bagi penunjuk aras bahawa negara ini bersedia menyelesaikan kerumitan yang ia sedia hadapi dan mampu mengakui segala kelemahan yang menyebabkan terbantut proses pembentukan seterusnya bahtera merdeka yang sama-sama kita tatang. Buat masa ini harapan kita semua ialah kepada terlaksananya langkah awal dan mula tertumpu kepada empat fokus utama tajuk konsensus, sudahkah rakyat Malaysia bersedia untuk memasuki fasa baru ini? Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN). |
PR ada kelebihan main banyak isu, BN serang peribadi Anwar Posted: 31 Jan 2014 06:10 PM PST Oleh : NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (PR) dijangka mempunyai kelebihan berbanding Barisan Nasional (BN) daripada segi penggunaan isu yang mampu menambat hati pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang bakal dilangsungkan dalam masa terdekat. Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik, berkata antara isu dijangka mampu mempengaruhi pengundi akan dibawa PR dalam PRK terbabit seperti kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. "Di pihak PR memang kelebihan ada dengan isu berkisar kos sara hidup seperti kenaikan harga barang, kegagalan BN menunaikan janji sebelum pilihan raya umum tidak menaikan harga barangan keperluan utama atau tarif perkhidmatan tertentu," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini. Dr Maszlee yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata beliau menjangkakan pengundi Cina di Kajang ketika ini masih kekal dalam mood memilih calon PR sebagai wakil mereka di Dewan Negeri Selangor. Sementara itu, BN pula pada peringkat awal akan memainkan isu perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. Katanya, isu peletakan jawatan itu secara perlahan akan hilang ekoran penerangan yang dibuat barisan kepimpinan PR. "Ramai terkejut dengan perletakkan jawatan, tidak kira penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau pengundi biasa di peringkat akar umbi tetapi kita lihat dua tiga hari ini penjelasan oleh Rafizi, Dr Manuaty, Khalid Samad dan kepimpinan PR lain akan meredakan suasana. Jadi isu letak jawatan ini akan hilang. "Manakala, isu prestasi ADUN lama bukan isu besar sebab bila Anwar bertanding, banyak isu nasional yang timbul," katanya. Dr Maszlee berkata, BN tidak mempunyai banyak pilihan melainkan menggunakan strategi politik tipikal mereka dengan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PR dalam PRK Kajang itu. "Tun Mahathir sendiri sudah mula tidak menekankan isu persoalan perletakan jawatan ADUN PKR tetapi main isu peribadi Anwar. Menyerang peribadi Anwar juga bukan isu yang besar sebenarnya tetapi hanya itu sahaja pilihan yang BN ada ketika ini," katanya.-NFN- |
Janji ‘dicapati’: Harga barang KR1M masih tinggi, kerajaan salah salur peruntukan Posted: 31 Jan 2014 06:08 PM PST Oleh : NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM: Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) didapati gagal bersaing disebabkan kebanyakan harga barangan yang ditawarkan kedai serbaneka terbabit tidak kompetitif dengan pesaing lain. Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, kegagalan itu disumbangkan wang RM40 juta yang diperuntukkan tahun ini kepada projek KR1M tidak disalurkan bagi membantu menurunkan harga barangan yang dijual, sebaliknya dilaburkan untuk membuka lebih banyak cawangan kedai berkenaan. "Tahun ini, peruntukan RM40 juta diberikan untuk menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana kononnya KR1M adalah jawapan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat tetapi Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukan satu sen pun untuk menurunkan harga barang yang dijual di kedia itu. "Keseluruhan peruntukan RM40 juta itu adalah untuk ubah suai kedai untuk dijadikan KR1M. Jadi, sebab itu KR1M tidak ada kesan langsung untuk meringankan kos sara hidup rakyat tetapi lebih banyak memberi manfaat kepada mereka yang berada di belakangnya yang saya difahamkan banyak membabitkan pasaraya Mydin. "Keadaan ini seperti memberi satu lagi jalan kepada pihak swasta bagi mendapat wang daripada kerajaan untuk membuka KR1M, namun tidak beri kesan positif kepada kehidupan rakyat," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini. Katanya, kerajaan harus peka dengan mengambil langkah drastik dan menyediakan barangan yang mempunyai kualiti munasabah pada harga berpatutan di saat rakyat bergelut menanggung tekanan kos sara hidup yang semakin melonjak sejak kebelakangan ini. "Seharusnya, pada masa ini BN kena bertindak bagaimana untuk menunaikan akujanji dalam manifesto mereka yang kononnya mahu bantu ringankan kos sara hidup rakyat tetapi masih tidak nampak langkah konkrit yang diambil," katanya. Beliau berkata, langkah mewujudkan lebih banyak cawangan KR1M seperti yang terkandung dalam manifesto tidak akan membantu meringankan kos sara hidup rakyat jika KR1M gagal menawarkan harga kompetetif berbanding pesaing lain. Ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN dalam manifestonya menyatakan akan menambah bilangan KR1M bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.-NFN- |
Posted: 31 Jan 2014 06:01 PM PST SHAH ALAM- Formula meletakkan golongan agamawan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang tidak boleh diguna pakai BN berikutan komposisi pengundinya yang hampir sama antara Melayu dan Cina. Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, calon agamawan juga belum mampu mempengaruhi pengundi untuk memberikan kemenangan kepada BN. "Formula di Permatang Pauh dengan meletakkan calon agamawan semasa pilihan raya lalu mungkin sesuai kerana ia kawasan kampung dengan majoritinya Melayu dan berhasil kerana berjaya kurangkan undi kepada PKR. "Tapi di Kajang, pengundi Cina khususnya tidak akan mengambil kisah dengan calon agamawan atau tidak langsung memberi undi kepada BN kerana komposisinya 49 peratus Melayu dan 40 peratus Cina," katanya kepada Sinar Harian semalam. Sehubungan itu katanya, beliau yakin BN tidak akan memperjudikan calonnya hanya untuk bertanding di PRK Kajang yang tidak akan memberi implikasi yang besar kepada parti itu. "Kalau ikutkan sejarahnya pun, Pas menang pada tahun 1999, 2004 MCA, manakala bagi 2008 dan 2013, PKR kekal dengan majoriti yang lebih besar. "Sekalipun kalah, tiada apa kesan kepada Dun Selangor begitu juga kalau menang. Tapi kesannya jadi besar jika PKR berjaya dikalahkan BN dalam PRK ini," kata beliau. Sementara itu, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata beliau yakin BN akan kalah jika meletakkan calon MCA. "Cina di Kajang sudah pun menolak MCA, lebih baik jika kerusi itu diberikan kepada BN melalui rundingan bagi PRK ini. "Sekalipun mahu calonkan juga dari MCA, individu itu mesti berintegriti, terkenal dengan budaya korporat yang berjaya selain akademiknya diperakui," katanya. Mengulas lanjut, katanya jika BN ada calon boleh menang yang mampu menggugat kedudukan Anwar, beliau yakin BN akan beroleh kejayaan. "BN jika mahu menang PRK ini ia bukan berkisar kepada calon sahaja, tetapi perlu bijak mengambil kesempatan di tengah-tengah kemelut khususnya PKR. "Ini kerana PKR sudah ketandusan calon yang berwibawa kerana terpaksa diambil alih oleh Anwar sendiri untuk bertanding di PRK Kajang," katanya. |
Posted: 31 Jan 2014 05:57 PM PST LENGGONG - Seorang remaja ditemui mati lemas di Lata Kekabu, di sini, petang semalam ketika dia dan beberapa rakannya sedang bermandi-manda di kawasan tersebut. Mayat mangsa, Muhammad Safwan Kamarul Zaman, 18, dari Putrajaya ditemui di kawasan itu oleh anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada jam 6.02 petang. Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa dikatakan cuba untuk menguji kedalaman air di kawasan itu sebelum terus tenggelam. "Semasa itu, dia kata nak tengok air di kawasan itu dalam atau tidak. Bila dia turun, dia terus tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi. "Bila lihat dia mungkin lemas, kami segera menghubungi anggota bomba dan JPAM untuk bantu kami mencari mangsa," katanya. Anggota JPAM Kuala Kangsar yang kebetulan berada hampir dengan kawasan tersebut segera ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada kira-kira jam 4.30 petang. Anggota JPAM, Ahmad Salihim Razali berkata, ketika tiba di situ, mayat masih belum ditemui dan beliau serta anggota JPAM lain membantu bomba mencari mangsa. "Mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 6.02 petang dibawa ke Hospital Kuala Kangsar," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrom mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu dan jenazah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat. |
Empat Anak Pasangan Malaysia Pulang Ke Tanah Air Posted: 31 Jan 2014 05:55 PM PST MSTAR ONLINE STOCKHOLM: Empat anak pasangan Malaysia, yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul tangan anak lelaki mereka yang enggan solat, berlepas pulang ke Malaysia pagi Jumaat. Aishah Azizul Raheem, 14 dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7,berlepas pulang pada 6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu. Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu, kata Hamzah ketika dihubungi Bernama sebelum berlepas pulang. Duta Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman mengucapkan selamat jalan kepada mereka di lapangan terbang di sini. Pada Khamis, anak-anak Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini oleh pihak berkuasa Sweden dalamsatu majlis di pejabat kedutaan. Mereka kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka. Selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, keempat-empat beradik itu juga dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia pada majlis itu. Sebelum ini, empat beradik itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, pada 18 Dis lepas. Pihak pendakwaan juga memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahananreman terhadap Azizul Raheem selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Feb ini bagimembantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya. Difahamkan, mahkamah sama akan bersidang hari ini bagi memutuskan penahanan reman terhadap Shalwati. Tahanan reman Azizul dan Shalwati telah dilanjutkan tiga kali sejak merekaditahan. Tiada had penahanan reman di Sweden.-BERNAMA |
PRK Kajang: BN Mesti Tanding, MCA Perlu Diberi Peluang - Dr M Posted: 31 Jan 2014 05:52 PM PST KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mesti bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia bukan amalan mereka untuk memberikan kemenangan yang mudah untuk pihak lawannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. "Kita telah bertanding dalam semua pilihan raya. Kita tidak akan memberikan kemenangan yang mudah untuk sesiapa sahaja," kata bekas Perdana Menteri itu. Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan supaya BN tidak mengambil bahagian dalam PRK itu kerana ia sebagai satu pembaziran wang, apabila dilihat seperti "pilihan raya dipaksa" bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi DUN dan berpeluang untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi (MT) BN akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan sama ada ia perlu mengambil bahagian dalam pilihan raya itu. Dr Mahathir turut berkata, terpulang kepada kepimpinan BN untuk memutuskan sama ada MCA secara tradisinya perlu memberi laluan kepada calon Umno untuk bertanding kali ini atau tidak. Bagaimanapun beliau berkata, MCA perlu diberi peluang untuk menang kerusi itu. "Parti-parti perlu membuat kemunculan semula. Saya berharap rakyat faham MCA membuat kemunculan semula dan mereka perlu memberi peluang kepada parti itu," kata bekas Perdana Menteri. Kerusi DUN Kajang di Selangor kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu. PKR mengumumkan bahawa Anwar akan menjadi calon dalam PRK Kajang, dan cakap-cakap mengatakan beliau perlu menang dan Ahli Parlimen Permatang pauh itu akan mengambil alih jawatan tertinggi negeri daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan