BRIGED MP SEGAMBUT |
RAFIZI PUJUK ADUN KAJANG LETAK JAWATAN? Posted: 13 Feb 2014 05:53 PM PST Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang diusahakan sepenuhnya oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan tidak melibatkan pihak lain sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media sebelum ini, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Setiausaha agung PKR itu menafikan laporan sesetengah media yang mendakwa Timbalan Presiden Mohamed, Azmin Ali yang menjadi punca kepada peletakan jawatan Lee yang dikritik ramai pihak. "110% kredit perlu diberikan kepada Rafizi berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh. Kerana dia yang usahakannya daripada memujuk, menyediakan surat peletakan jawatan sehinggalah membawanya bertemu Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," kata Saifudin kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. Sebelum ini media melaporkan kononnya peletakan jawatan Lee diuruskan oleh Azmin bagi memintas cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar timbalan presiden PKR itu mengosongkan kerusinya di DUN Bukit Antarabangsa bagi membolehkan Datuk Sri Anwar Ibrahim bertanding. "Itu semua khayalan pihak tertentu sahaja," kata Saifudin yang mendakwa Azmin tidak terlibat dengan peletakan jawatan Adun Kajang itu. Lee meletakkan jawatannya pada 27 Januari lalu selepas menyerahkan surat peletakan kepada Speaker DUN, Yeoh. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengumumkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon manakala Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diadakan pada 23 Mac jika ada pertandingan. Anwar diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) bagi PRK Kajang oleh Abdul Khalid sendiri selaku menteri besar Selangor. Abdul Khalid sudah dilantik sebagai pengarah pilihan raya itu manakala Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai timbalannya. "Sehingga kini jentera sudah dibentuk dengan baik dan rakan daripada PAS dan DAP juga membantu menggerakkan jentera pilihan raya di situ," katanya. Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun. Dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. – 14 Februari, 2014. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan