Anak Sungai Derhaka |
- Sah! Zaid Ibrahim akan turut bertanding dalam PRK Kajang..
- Rakyat dah demo sampai Komtar baru EXCO nak bersuara?
- Woi!! Siapa 'buat naya' kat Mat Said ni?
- Janji tak ditepati.. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang
- Sepatutnya TS Khalid lakukan perkara ini sebelum beliau diserang...
Sah! Zaid Ibrahim akan turut bertanding dalam PRK Kajang.. Posted: 14 Feb 2014 07:18 AM PST Petang tadi Malaysiakini melaporkan.. Zaid Ibrahim yang bertanding tetapi kalah dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010 di bawah tiket PKR, menulis dalam blognya bahawa beliau berminat bertanding jika isterinya memberikan restu. Menulis dalam blognya (www.zaid.my), Zaid berkata beliau cenderung untuk menawarkan diri sebagai calon bebas kerana bertanding dalam pilihan raya itu akan membolehkannya menangani banyak isu-isu politik dan ekonomi yang dialami negara. "Menulis blog ini (www.zaid.my) adalah menyeronokkan tetapi bagus juga untuk bercakap secara bersemuka dengan rakyat sebenar, mendengar apa yang mereka mahu katakan dan, sudah tentu, menjamu sate bersama mereka. "Bercakap kepada pengundi Kajang juga akan menguji penerimaan beberapa idea saya, yang seterusnya boleh menjadi maklum balas yang berguna untuk pembuat dasar kita," katanya. Beliau berkata Malaysia kini "dibelenggu" oleh suasana yang "tidak terkawal" dan para pemimpin sama ada tidak berkata apa-apa atau berkata "perkara bodoh dan merbahaya". Katanya, jika pemimpin takut untuk menangani apa yang dipanggil isu-isu sensitif kerana takut kalah dalam pilihan raya, maka "biarlah saya melakukannya." Malam ini The Star laporkan Zaid Ibrahim sah akan turut bertanding dalam PRK Kajang ini sebagai calon Bebas setelah mendapat restu isterinya..
Nak kata apa?.. Negara ini negara demokrasi.. kalau Zaid nak bertanding juga tiada siapa yang boleh menghalangnya.. Dulu semasa bertanding dalam PRK Hulu Selangor atas tiket PKR beliau telah memperolehi 23,272 undi, tewas 1,725 undi kepada calon BN.. kali ni tak tahulah berapa yang dia akan dapat.. Dan yang pasti untuk mendapat majoriti undi lebih dari 10,000 sepertimana yang disuarakan oleh Zuraida itu di ( SINI ).. agak sukar kali ini... Tadi dalam satu portal berita entah yang mana satu tah.. ada orang kata Zaid perlukan restu isterinya sebab dia takut bini.. Tapi kawan aku yang takut bini kata.. dia takut bini sebab dia tidur dengan bini dia tiap-tiap malam, jadi bila-bila masapun bini dia boleh sembelih dia, jadi sebab itulah dia takut bini.. Apa pun selamat bertanding Dato.. semuga tidak hilang wang pertaruhan.. Sekarang PRK Kajang menyaksikan Anwar Ibrahim vs Zaid Ibrahim vs Herman Tino... berapa banyak lagi calon bebas yg akan timbul tak tahulah... | ||
Rakyat dah demo sampai Komtar baru EXCO nak bersuara? Posted: 14 Feb 2014 12:49 AM PST Semalam satu demo telah diadakan dipintu masuk pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Komtar, Pulau Pinang oleh kira-kira 10 orang yang mewakili kumpulan pembeli pangsapuri Centrio Avenue. Mereka berkumpul bagi menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri campur tangan mewakili mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pemaju. Mereka tidak berpuas hati kerana merasakan diri mereka telah ditipu oleh pemaju. Ini kerana rumah mampu milik yang ditawarkan kepada mereka ialah RM72,500 tetapi apabila surat tawaran yang diterima itu diajukan kepada pemaju untuk tujuan pengesahan penerimaan tawaran harga sebenar bukanlah RM72,500 tetapi RM165,500. Difahamkan, kesemua mereka tidak berpuas hati dengan pemaju pangsapuri Centrio Avenue yang menawarkan pengubahsuaian pada rumah berkenaan dengan harga yang tinggi tanpa mendapat persetujuan mereka dengan kos kos RM59,000 serta mengenakan caj lot meletak kereta sehingga RM30,000. Dan perkara ini telah dikemukakan kepada EXCO berkenaan sejak dari December tahun lepas lagi.. bukan sekali tapi dah berkali-kali, tapi cubaan mereka untuk bertemu EXCO gagal kerana EXCO berkenaan sibuk melampau.. Mereka juga sebelum ini pernah berkumpul dipintu masuk Dewan Undangan Negeri untuk meminta bantuan dari wakil kerajaan.. tapi macam biasalah.. pilihanraya kan lambat lagi.. EXCO tak kelihatan yang datang cuma Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee yang berjanji akan membawa masalah mereka kepada EXCO berkenaan.. laporan berkenaan sila baca di SINI Hari berganti hari, minggu berganti minggu.. oleh kerana merasakan diri mereka langsung tidak diberi perhatian yang sewajarnya maka semalam mereka mengadakan demo di Komtar untuk meminta bantuan Guan Eng.. Setelah demo diadakan semalam.. berlaku satu perkara yang ajaib.. EXCO berkenaan yang suatu masa dulu sibuk melampau tiba-tiba tampil untuk membela mereka... Ini laporan dari Blogger Pembela Guan Eng... Exco panggil pemaju beri tunjuk sebab GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri sekali lagi memanggil pemaju Centrio Aveneu untuk memberi penjelasan mengenai rungutan kira-kira 20 pembeli yang terpaksa membayar antara RM160,000 hingga RM180,000 bagi seunit rumah kos sederhana rendah di dua blok pangsapuri 31 tingkat dekat Bukit Gambir, Batu Uban. Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, rumah-rumah kos sederhana rendah itu sepatutnya dijual dengan harga RM72,500 seunit, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan Negeri. "Kerajaan Negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pemaju walau sebesar mana mereka ini. "Mereka (pembeli yang layak) boleh beli dengan rela hati, tetapi, tidak boleh dipaksa oleh pemaju kerana harga rumah kos sederhana rendah itu RM72,500 sahaja. "Saya akan panggil pemaju untuk beri tunjuk sebab, mengapa mereka tidak boleh patuh dengan polisi Kerajaan Negeri ini," tegas Jagdeep yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang pada pagi tadi di sini. Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan dan dua pegawai lain dari Jabatan Perumahan Negeri turut serta dalam sidang media tersebut. Jagdeep berkata, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana pemaju sebelum ini telahpun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri dalam pertemuan tertutup kedua-dua pihak pada 6 dan 12 Januari lepas.. sepenuhnya silalah baca di SINI .. klik sajalah untuk berkenalan dengan Blogger Pembela Guan Eng tu... Oooo... dah ada tindakan rupanya, dah buat mesyuarat tertutup dengan pemaju.. tapi kenapa keputusan mesyuarat tak dimaklumkan kepada wakil pembeli yang tak puas hati tu? Pulau Pinang kan mengamalkan CAT.. kena teluslah, nyatakan kepada mereka apa hasil mesyuarat bukannya simpan dalam laci.. Tapi persoalan utama disini, ialah perlukan segala masaalah yang menimpa rakyat dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri melalui demo? Perlukah warga Pulau Pinang kemukakan segala masaalah mereka kepada Guan Eng.. tapi kalau dia 'Tokong' (pinjam ayat Dr. Mansor) tak apalah jugak.. bolehlah dia tolong settle semuanya tapi Guan Eng bukan 'Tokong'. Kenapa mereka tidak dipedulikan pada awal mereka kemukakan masaalah mereka? Kenapa dihantar wakil yang bodoh yang berkata "Tuan perlu korbankan RM16,500 sebagai bayaran pendahuluan.." untuk berusan dengan mereka? RM16,500 nak dikorbankan?.. Apa punya bangang mamat tu.. Laporan berkaitan mengenai perkara ini sila baca di SINI | ||
Woi!! Siapa 'buat naya' kat Mat Said ni? Posted: 13 Feb 2014 10:00 PM PST Siapalah agaknya yang suka sangat menyakat MB Ganu ni.. mula-mula baca nak tergelakpun ada tapi bila fikir semula kesian pulak kat Mat Said ni.. Bukan sekali dia jadi mangsa fitnah melalui akaun palsu individu yang menyamar sebagai Mat Said, tapi dah berkali-kali rasanya.. Bagi aku.. kalau tak suka kat dia macammana sekalipun bukan ini caranya.. Rentetan dari tersebarnya gambar ini dalam media sosial Facebook, MB Ganu ini terpaksa buang masa mengadakan satu sidang media untuk menafikannya.. KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam, kecewa apabila kemudahan teknologi maklumat disalah gunakan pihak dan individu tertentu bertujuan untuk membuat fitnah dan mengaibkan orang lain.
Ahmad ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut, menafikan akaun itu adalah miliknya, dan ia merupakan satu lagi fitnah yang tidak berasaskan ke atas dirinya yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab. "Tahun lepas, saya telah tutup akaun Facebook saya kerana sudah bosan dengan apa yang berlaku (fitnah). Tetapi masih ada lagi yang klon akaun dengan menggunakan nama saya mendaftar dalam laman Facebook. "Sebelum ini, apabila kita check, ia (Facebook) didaftarkan di US dan Singapura. Tindakan tidak boleh dibuat. Pegawai saya juga telah membuat penafian sebelum ini, bahawa saya tiada akaun (Facebook). Tahun lalu, Ahmad telah membuat laporan polis berhubung laman Facebook palsu yang menggunakan identiti beliau sebagai pemilik. Laporan dibuat kira-kira pukul 10.15 pagi pada 17 September itu dibuat oleh Setiausaha Akhbar beliau, Rosli Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu. Menurut Rosli yang dipetik berkata, Facebook yang dipalsukan itu lebih kepada penyamaran dan segala maklumat yang dimuat naik dalam akaun itu tidak benar dan lebih parah, ia menimbulkan kekeliruan rakyat di negeri ini. Rosli memberi contoh pengumuman cuti tambahan selepas cuti Hari Malaysia yang dimuat dalam Facebook itu dan dikesan pihak pejabat Menteri Besar. "Perkara ini tidak benar sama sekali dan mereka yang tidak bertanggungjawab itu perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa. "Penyamaran diri sebagai menteri besar di laman sosial ini dan fan page Facebook tersebut telah memanipulasi maklumat pentadbiran kerajaan sehingga mengelirukan rakyat," katanya selepas laporan itu dibuat di IPD Kuala Terengganu. Mengenai akaun Facebook terbaharu itu, Ahmad bagaimanapun tidak mahu mengambil serius mengenainya apabila ditanya tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab terbabit ~ Sinar Harian | ||
Janji tak ditepati.. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang Posted: 13 Feb 2014 07:21 PM PST Apabila kita menulis, bercakap, berdiskusi dan menyelidik mengenai perjuangan orang Melayu, maka kita akan mendapati beratus-ratus pemuda Melayu yang telah bekerja sebagai Polis Khas – special constable (SC) -, menjaga segenap tempat dari serangan pengganas komunis. Di antaranya, ladang getah dan lombong bijih. Mereka itu dibawah pimpinan pegawai-pegawai bangsa Yahudi yang bergelar Tuan Palestin. Ramai anggota polis khas yang telah terkorban, mereka yang telah berhenti dari perkhidmatan, tidak mendapat apa-apa habuan atau hadiah kerana pengorbanan mereka. Tetapi sebaik-baik sahaja perdamaian antara Kerajaan Siam, Kerajaan Malaysia dengan parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Thailand (PKT) selesai diadakan di Thailand, maka Kerajaan Malaysia dengan ihsan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid telah membiayai tiga bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), bersama isteri masing-masing menunai fardu haji di Mekah. Mereka itu, ialah Rashid Maidin, Abdullah C D dan Abu Samah Kassim. Mereka telah berangkat ke Tanah Suci Makah melalui lapangan terbang antarabangsa Bangkok, Thailand.. baca di SINI Di bawah pimpinan Abdullah CD, Chin Peng dan Rashid Mydin, dari Parti Komunis Malaya serta suku sakat mereka berjumlah ribuan orang tinggal dengan selesa di empat buah perkampungan baru secara kelompok di Chulaborn, Sukhirin , Daerah Weng, Selatan Thailand yang hanya bersebelahan tenggara Grik Perak. Pada tahun 1989, semasa perjanjian perletakan senjata, perjuangan mereka telah mendapat penghargaan oleh Kerajaan Thailand dengan memberikan kerakyatan Thai melalui perjanjian Damai Hatyai dan dianugerahkan pemilikan tanah secara kelompok. Bekas Komunis ini ditatang bagai minyak yang penuh dan menjalani kehidupan yang jauh lebih baik dari ribuan bekas tentera yang memerangi mereka dahulu. ''Kera di hutan di susukan; Anak di rumah mati kelaparan'', yang membawa maksud yang sama apabila Komunis mendapat pembelaan; tentera kita merempat dibiarkan bergelandangan? .. baca di SINI Dimana letaknya harga diri pejuang Negara disisi kerajaan dan rakyat negara ini? Mengapakah pejuang agama, bangsa dan tanah air di pinggirkan dan dibiar merana di negara sendiri? Baca ni.. Beratus keluarga bekas pengakap bakal diusir Beratus keluarga bekas anggota pengakap sempadan yang ditubuhkan untuk mempertahankan gagasan Malaysia menentang konfrontasi Indonesia pada 1962 kini berhadapan dengan ancaman diusir dari petempatan mereka kerana kawasan hendak diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Wakil mereka Saidi Jaimin berkata, pesara pengakap sempadan dan keluarga kini makin risau penempatan mereka sekarang di atas tanah Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) Keningau dikatakan sedang diambil alih oleh pihak PDRM. Saidi, 64, selaku Presiden Penaja Persatuan Bekas Anggota Polis Pengakap Sempadan Sabah (PPPSS) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman supaya mengiktiraf sumbangan pengakap sempadan yang telah turut bermandi darah berjuang untuk negara. "Kami berterima kasih kepada apa jua bantuan kerajaan kepada anggota kami sebelum ini, namun tapak tanah untuk keluarga pesara-pesara pengakap sempadan dan balu-balu serta anak mereka amatlah penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga kami," katanya ketika dihubungi selepas FMT melihat keluhan-keluhan anggota pengakap sempadan termasuk di satu blog pro-mereka. Saidi menyertai pasukan pengakap sempadan pada tahun 1966 sehingga 1976 dan kemudian menyertai PDRM. Beliau pernah terlibat dalam pertempuran dengan pihak musuh di Kalabakan sepanjang konfrontasi (1962-1966) dan pernah dipanggil bertugas di Kuala Lumpur ketika berlaku kekacauan Peristiwa 13 Mei 1969. Saidi yang juga pengerusi Persatuan Bekas Polis Cawangan Ranau, kini berada di ibu negara bersama beberapa rakannya dalam PPPSS dalam usaha mereka mendapat sokongan mendapatkan tapak tanah kerajaan seluar 46 ekar terletak kira-kira empat kilometer dari bandar Keningau. Menurut Saidi pada satu masa terdapat lebih 650 anggota pengakap sempadan tetapi kini hanya kira-kira 300 yang masih hidup, sementara yang lain tinggal balu dan anak-anak mereka. Katanya yang masih tinggal di bekas kuarters polis hutan yang sudah terlalu usang dengan tandas rosak sekarang ada lebih 300 orang dari 102 keluarga. Dianggarkan ada sekitar 10,000 orang berasal dari keluarga pengakap sempadan berada di sekitar pedalaman iaitu Keningau, Tenom dan Pensiangan. Kebanyakan mereka terbiar dan yang masih tinggal di penempatan kini bimbang kerana papan tanda dan notis larangan telah dipasangkan, malahan sudah ada pihak-pihak yang cuba menghalau dan menakut-nakutkan mereka. Kebanyakan anggota Pengakap Sempadan ini dulu tidak mempunyai rumah atau tanah, dan sebahagian besarnya kembali ke rumah orang tua masing-masing apabila mereka bersara dari khidmat. Janji tidak ditepati? Kini ramai mereka sudah tua dan uzur memerlukan bantuan serta jarak dekat dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, bagaimanapun mereka tidak mampu membeli rumah, kata Saidi. Dipercayai kawasan yang mereka diami sekarang dirancang diambil semula oleh kerajaan untuk pembinaan penempatan tambahan kepada anggota polis. "Mereka ingin mengambil tempat ini sedangkan dahulu kami memang dijanjikan untuk diberikan kawasan khas untuk pengakap sempadan. Kawasan baru yang telah dibina untuk kediaman polis sehingga sekarang pun belum penuh diisi, kini mereka mahu ambil pula kawasan kami. Apakah niat mereka sebenar ini,?" kata seorang anak bekas anggota pengakap sempadan itu. FMT juga telah melihat satu surat yang ditanda tangani Setiauaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Mohammad Ammir Haron pada 6 Mac 2013 untuk Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar, supaya menimbang perkara permohonan anggota-anggota pengakap sempadan terhadap kawasan 46 ekar yang mereka sedang duduki sekarang. Ismail kini Duta Besar Malaysia ke Perancis, dan para pejuang pengakap sempadan masih bergelut untuk mendapatkan pembelaan terhadap nasib mereka. Atas kesedaran itu, baru-baru ini lebih 50 orang pesara pengakap sempadan Sabah telah berkumpul di bekas Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di sini untuk menubuhkan PPPSS. Saidi yang turut hadir dalam pertemuan itu, berkata mereka sedang mengurus pendaftaran PPPSS di Pejabat Pendaftar Perrtubuhan (ROS) Kuala Lumpur bagi memperjuangkan keluarga pejuang negeri. Pengakap sempadan Sabah asalnya ditubuhkan khas sebagai satu unit tentera British Borneo dan anggota-anggotanya diambil dari penduduk kawasan sepanjang sempadan Sabah (ketika itu Borneo Utara) dengan Indonesia. Sebahagian besar anggotanya adalah dari kaum Murut, Lundayeh dan juga Dusun serta Iban di kawasan Kalabakan. Mereka ini berjuang bersama unit tentera Gurkha British dan mendapat latihan termasuk oleh pegawai tentera orang Asli Semenanjung yang dikenali sebagai Senoi Praq ~ Free Malaysia Today | ||
Sepatutnya TS Khalid lakukan perkara ini sebelum beliau diserang... Posted: 13 Feb 2014 04:30 PM PST Tentu ramai yang tak menyedari kenapa agaknya isu penamatan kontrak Azmin Ali dan 22 Kakitangan PKNS tiba-tiba terpadam bila TS Khalid menyatakan akan hasratnya untuk membawa masuk SPRM untuk menyiasat perkara itu. Agak pelik bunyinya itu kerana apa kena mengena SPRM dengan isu penamatan kontrak itu, tak masuk akal langsung tindakan yang hendak dilakukan oleh TS Khalid itu. Sejak dari PKR/PR mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor, kira-kira RM40 Juta telah digunakan bagi membiayai Kelab Bolasepak PKNS. Dimana pada tahun awal pengambil alihan pemerintahan pada tahun 2008 peruntukan untuk kelab tersebut dikatakan hanya berjumlah kurang dari RM2.5 Juta. Bagaimanapun ianya mula meningkat pada tiga tahun terakhir ini dimana peruntukkannya mencecah RM10 Juta bagi setiap tahun. Wang yang digunakan bagi membiayai Kelab tersebut dikatakan datangnya dari dua anak syarikat PKNS iaitu SIC dan Selaman. Masaalahnya yang kini dihadapi oleh PKNS ialah akaun kini tunggang langgang dan tiada sesiapapun yang menjelaskan bagaimana dana yang digunakan untuk membiayai Kelab bolasepak tersebut digunakan dan untuk apa. Tambahan pula kebanyakkan tuntutan dilakukan tanpa dokumen bukti seperti resit dan lain-lain.. Dalam pada itu lapan individu dari PKNS telah diamanahkan untuk berada dalam PKNS FC, dan gaji mereka dikatakan mencecah RM200,000 setahun. Itu tidak termasuk elaun yang dibayar kepada mereka untuk menguruskan PKNS FC.. Sudah tentu mereka sedar akan sesuatu yang tak kena dan sedang berlaku itu.. tetapi mengapa mereka membutakan mata, memekakkan telinga? Adakah mereka telah diberi 'makan' secukupnya?.. siapa yang memberi mereka 'makan'?.. untuk apa pula mereka di beri 'makan'? Semuanya pasti akan terbongkar jika SPRM dibawa masuk menyiasat dan bertindak… bukannya menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau perbelanjaan PKNS... Laporan berkaitan.. MB: Selangor tubuh jawatankuasa khas pantau perbelanjaan PKNS Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri daripada barisan exco untuk memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Abdul Khalid berkata, bagi tujuan itu tiga anggota exco yang dilantik adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Iskandar Samad; Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail. "Secara prinsipnya, kami mendapati terdapat isu yang melibatkan tatacara penggunaan dan perbelanjaan dana yang perlu diperbaiki," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, hari ini. Pemantauan yang dimaksudkan Abdul Khalid termasuk dana perbelanjaan bagi pasukan bola sepak PKNF FC sebanyak RM9 juta setahun, pembangunan usahawan sebanyak RM5 juta setahun dan perbelanjaan Tanggungjawab Sosial Korporat sebanyak RM30 juta setahun. Kerajaan negeri ketika mesyuarat exco juga sebelum itu diberi taklimat oleh Pengurus Besar PKNS, Azlan Alfiah berkenaan pengurusan kewangan PKNS sejak enam tahun lalu. "Kami akan memantau perkembangan PKNS dengan teliti untuk memastikan sumber syarikat diuruskan secara profesional untuk memberi manfaat maksimum kepada rakyat Selangor selaras dengan agenda hasil negeri untuk rakyat," katanya. Anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa kontroversi, termasuk pengguguran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali daripada jawatan ahli lembaga pengarah. Selain itu, dua pegawai tinggi PKNS; bekas Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutifnya, Norita Mohd Sidek dipindahkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta-merta, ekoran isu pengguguran Azmin. Terbaru, 22 kakitangan berjawatan kontrak PKNS turut tidak disambung perkhidmatan mereka, seminggu selepas pengguguran Azmin. Abdul Khalid dilaporkan berkata penamatan kontrak mereka akan dapat menjimatkan RM7 juta perbelanjaan PKNS ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan