Rabu, 12 Februari 2014

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PENAMPAR RM 500..BIJAKKAH KITA

Posted: 11 Feb 2014 04:02 PM PST

Hampir dua minggu berlalu sejak video kontroversi kelolaan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok mencetuskan kemarahan, isu itu tidak sejuk-sejuk.

Hari ini, Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim pula menyertai barisan panjang pihak yang membuat laporan polis terhadap Teresa di balai polis Perda.

Beliau mempertahankan tawaran RM500 oleh perkumpulan dikenali 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' untuk menampar Teresa yang didakwa menghina Melayu dan Islam dalam video Tahun Baru Cinanya.

Selepas membuat laporan itu, Norliza berkata, kumpulan itu tidak boleh dipersalahkan kerana ia dilakukan ketika isu itu sedang panas.

"Dia (Teresa) yang sepatutnya minta maaf kerana kekecohan yang dicetuskannya...," katanya sambil menegaskan peranan wakil rakyat DAP itu sebagai seorang pemimpin.

Beliau diiringi kira-kira 20 anggota parti yang turut tidak berpuas hati dengan video itu.

Tiada ulasan: