Rabu, 12 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tak percaya janji Muhyiddin, Guru-guru akan teruskan demo..

Posted: 12 Feb 2014 04:00 AM PST


Keputusan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh oleh Putrajaya sekadar penyedap hati, kata Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

Jurucakap kumpulan guru tersebut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, berkata rancangan untuk berdemonstrasi tetap akan diteruskan mengikut jadual, tanpa menghiraukan janji Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Bagi SGMM, kita akan tetap meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 22 Februari, seperti yang sudah dirancang.

"Kita juga mempergiat kempen mendesak kerajaan memansuhkannya, bukan dikaji lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kumpulan pendesak guru tersebut merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari untuk mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.

SGMM mendakwa sistem PBS menambah beban kepada guru dan tidak memberikan manfaat kepada mereka.

"Kita juga tidak mahu menteri mengeluarkan kenyataan demikian hanya untuk membatalkan hasrat kami berhimpun, bukannya memandang isu yang sebenar iaitu tentang sistem PBS.

"Pesan kami jangan jadikan ia langkah penyedap hati demi menghentikan perhimpunan," katanya.

Bantahan daripada bidang perguruan amat jarang diadakan dan perhimpunan kali ini menunjukkan warga pendidik semakin tidak berpuas hati terhadap sistem PBS.

Perhimpunan guru itu dikatakan akan tetap diadakan walaupun Putrajaya sudah berulang kali memberikan kaminan bahawa PBS adalah keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini.

Mohd Nor Izzat berkata, pihaknya tidak menjangkakan ramai guru akan turut serta dalam perhimpunan itu kerana wujudnya sikap birokrasi kerajaan sehingga menyebabkan kebanyakan guru tidak berani menyatakan pandangan mereka.

"Seperti yang diketahui, guru seperti kami terikat dengan satu sistem birokrasi yang dilahirkan oleh kerajaan Malaysia daripada kementerian.

"Maknanya kebanyakan guru takut dan kami tidak letak harapan yang tinggi untuk ramai guru datang pada perhimpunan bantahan itu. Saya letak sasaran lebih daripada 10 guru sahaja, itu pun sudah cukup baik sebagai simbolik," katanya.

PBS dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu, dan menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam pelbagai segi, berbanding berorientasikan peperiksaan.

Menerusi sistem ini, tiada peperiksaan akhir tahun dan setiap hari guru dikehendaki menilai pelajar berdasarkan enam tahap, bermula daripada aras pemahaman sehingga tahap tauladan.

Data kemudiannya direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.

Selepas ia dilaksanakan, pelbagai kritikan dibuat oleh tokoh pendidik, termasuk bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Aziz.

Ungku Aziz berpendapat, jika tiada tangan gatal yang mengusik dan merombak sistem pendidikan Malaysia sesuka hati, beliau yakin pendidikan negara tidak akan menjadi carca-marba seperti yang berlaku sekarang.

Putrajaya selepas ditekan mengumumkan untuk mengkaji semula sistem PBS secara menyeluruh.


Rayuan Herman Tino buat pengundi DUN Kajang..

Posted: 12 Feb 2014 12:31 AM PST


Penyanyi veteran Herman Tino sekali lagi mencuba nasib dalam arena politik berikutan berhasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi meminta supaya rakyat Kajang memberi peluang kepadanya untuk mewakili kawasan tersebut selepas gagal mendapat tempat di Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Kajang yang budiman! Aku minta izin bertanding. Mohon jangan tamatkan riwayat wang taruhanku! Aku hanya penyanyi yang hampir luput," katanya menerusi laman sosial twitter @Herman4Kajang baru-baru ini.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pesona palsu berikutan Ketua Pembangkang itu tetap dipercayai ramai penyokong sungguhpun berbohong.

"Anwar itu makin palsu tapi masih punya pesona. Dalam puluhan juta hanya dia seorang tapi belum tentu dia terpilih," katanya lagi.


Pada PRU13 lalu, Herman kalah untuk merebut kerusi Parlimen Tajung Karang sehingga kehilangan wang depositnya.-Rakyatnews

Terima Kasih lah Najib... Keranamu beras dah diturunkan harga..

Posted: 11 Feb 2014 08:31 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 29 Januari lalu telah melancarkan Kempen Penurunan Harga di 10 pasar raya terpilih di seluruh negara bagi mengurangkan beban rakyat yang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

"Dengan kempen ini, pasar raya terlibat akan menawarkan pengurangan harga antara 15 hingga 70 peratus", katanya ketika melancarkan kempen itu di pasar raya Econsave di Balakong dekat sini,

Fasa pertama kempen enam bulan itu disertai 10 syarikat yang mengusahakan pasar raya tempatan dan asing.

Ia termasuk pasar raya Econsave, KK Mart, Aeon, Aeon Big, Tesco, 99 Speedmart, NSK Segi Fresh Mart dan Giant.

Lebih daripada 955 cawangan pasar raya itu di seluruh negara mengambil bahagian dalam kempen itu. 

Antara barangan keperluan harian yang disenaraikan dalam kempen itu ialah produk makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, minuman serta keperluan bayi dan kanak-kanak.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Najib yakin kadar penurunan harga yang besar itu dapat dirasai rakyat selaku pengguna, sekaligus memberi manfaat kepada mereka dalam menangani kenaikan kos hidup semasa.

Menegaskan komitmen padu kerajaan dalam usaha menangani kenaikan harga barangan, beliau menggariskan empat langkah utama yang diambil kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.

Ini termasuk membuka peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran diri selain memperkenal langkah penetapan gaji minimum bertujuan membantu rakyat meningkatkan pendapatan.

Pemberian bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang kini dinikmati lebih tujuh juta isi rumah, baucer buku dan bantuan persekolahan juga mampu menangani kenaikan kos hidup rakyat, katanya.

Najib berkata program dengan kerjasama swasta seperti Kedai Rakyat 1Malayia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia yang menawarkan barangan dan perkhidmatan dengan harga lebih murah juga antara langkah kerajaan selain aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan tegas berhubung harga barangan oleh agensi berkaitan terutamanya KPDNKK.

Perdana Menteri turut menegaskan isu kenaikan harga perlu ditangani bersama oleh semua pihak lapor Sinar Harian di SINI

.. Oleh itu sebagai penghargaan buat Najib akan kesungguhannya menangani kenaikkan harga barang akibat kebodohannya sendiri dalam mentadbir ekonomi negara bersamlah kita mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya.

Ini kerana disebabkan usahanya itu bersa telah diturunkan harga oleh sebuah pasaraya..

Beras 'Super Tempatan' yang dulunya berharga RM24.00 untuk 10 Kilogram telah diturunkan menjadi RM23.99

Penurunan itu dijangka mampu mengurangkan beban hidup rakyat yang dihimpit kenaikkan harga barang..


Ooppss .. bukankah harga RM23.99sen masih dikira pelanggan kena bayar RM24.00 juga?

Kerana kenyataan Zuraida.. Kalau saya pengundi Kajang saya akan rosakkan kertas undi..

Posted: 11 Feb 2014 04:30 PM PST


Sepatutnya sebagai sorang pemimpin Zuraida wajar menilai dulu situasi mendatang dalam PRK Kajang ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dengan meletakkan majoriti melebihi 10,000 ianya kelihatan agak sukar biarpun yang dijangka bertanding disitu adalah Anwar Ibrahim..

Kerana ini adalah PRK bukannya PRU13 yang lalu.. banyak faktor akan menyebabkan jumlah peratusan keluar mengundi akan berkurangan..

Antaranya dinyatakan dalam satu artikel yang disiarkan oleh Sin Chew Daily yang diterjemahkan oleh Malaysia Gazette ini..

KALAU saya merupakan pengundi Kajang, saya akan merosakan kertas undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ini sebagai tindak balas terhadap kenyataan Zuraida Kamaruddin dari sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya mahu membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh lebih 10,000 undi majoriti.

Lee Chin Cheh yang bertanding sebagai muka baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah memperoleh 19,571 undi dalam pertarungan enam penjuru, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi.

Zuraida bagaimanapun berkata Anwar ialah pemimpin nombor satu dan menetapkan sasaran supaya undi majoritinya mencecah 10, 000.

Pandangannya adalah silap. Jangan lupa PRK Kajang adalah sesuatu yang disengajakan, ia menyusahkan rakyat demi menyelesaikan masalah parti.

Kajang merupakan kawasan campuran dengan hampir 40,000 pengundi di mana 48.5 peratus ialah Melayu, Cina (40.44 peratus), India (10.15 peratus) dan lain-lain (0.91 peratus).

Angin pembangkang bertiup kencang pada tahun lalu, kejayaan PKR mengekalkan kerusi ini bukan sesuatu di luar jangkaan.

Namun dalam PRK Kajang, walaupun Anwar nampak berada dalam kedudukan baik, tetapi beliau mungkin mengalami penurunan undi majoriti.

Andaikan Anwar mendapat sokongan Cina tetapi Melayu tidak menyokong, beliau tetap akan kecundang.

Walaupun PKR menang, tetapi tetap 'tiada muka' jika undi majoriti menurun. PRK Kajang turut menjejaskan hubungannya dengan rakan pakatan.

Jika Sultan Selangor tidak berkenan Anwar menjadi Menteri Besar, maka segala yang dilakukan menjadi sia-sia.

Dalam PRU-13, sebanyak 88.4 peratus pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab manakala undi rosak ialah 541 keping. Lazimnya, peratus keluar mengundi akan menurun semasa pilihan raya kecil.

Jika saya ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tetapi tidak dapat membuat pilihan antara Anwar dan MCA, maka saya akan membuang undi rosak. Jumlah undi rosak yang tinggi mungkin memberi amaran kepada calon.

Gabungan Bersih sendiri telah mempertikaikan PRK Kajang dan berpendapat Anwar harus memberi penjelasan kepada rakyat.

Kem Anwar tidak boleh terlalu angkuh dan keluarkan kenyataan untuk menang lebih 10,000 undi majoriti. Jentera mereka dari awal lagi sudah silap tafsir terhadap keadaan semasa.

Jika Zuraida tidak jelas dengan apa yang sedang berlaku, sila melayari laman web dan membaca pesanan yang ditinggalkan penyokong pembangkang.

Pesanan kepada calon bebas pula, tolonglah jangan datang mengacau. Empat calon bebas di Kajang telah kehilangan deposit dalam PRU-13, keadaan sama akan berlaku dalam pilihan raya kecil ~ MalaysiaGazette

Itu belum termasuk faktor sabotaj oleh puak-puak yang tak mahu melihat Anwar menjadi Menteri Besar Selangor..

Samalah seperti apa yang berlaku dan dilakukan oleh puak-puak yang tak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri pada PRU13 yang lalu...

Tiada ulasan: