Biaqpila |
- SASAKAWA JEPUN MINTA MAAF PADA ANWAR
- LIVE MUZAKARAH KALIMAH ALLAH DARI SUDUT PERUNDANGAN
- LAWAK BETOI HANGPA... NAK BOTAKKAN KEPALA ROSMAH?
- DICABUL SELEPAS 2 HARI BERKENALAN
SASAKAWA JEPUN MINTA MAAF PADA ANWAR Posted: 10 Feb 2014 07:49 AM PST Pengerusi SPF, Jiro Hanyu, yang memanjangkan satu jemputan baru kepada Anwar hari ini berkata, beliau akan melakukan sedaya yang terboleh untuk memastikan Anwar dapat memasuki Jepun pada kali ini. Anwar dijangka mengambil bahagian dalam forum "Demokrasi dalam dunia Islam" pada hujung bulan ini. "Saya sebagai tuan rumah bertanggungjawab agar tetamu berasa selesa dan saya sangat-sangat bertanggungjawab ke atas malu yang ditanggung... Anwar," kata Jiro selepas pertemuan tertutup dengan Anwar di Damansara pagi ini. Anwar menerima jemputan itu dan menyatakan yang beliau "memaafkan" Jepun di atas insiden itu. Pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita enggan membenarkan Anwar masuk ke negara itu pada 19 Januari kerana kesalahan beliau yang terdahulu. Mkini |
LIVE MUZAKARAH KALIMAH ALLAH DARI SUDUT PERUNDANGAN Posted: 10 Feb 2014 06:15 AM PST |
LAWAK BETOI HANGPA... NAK BOTAKKAN KEPALA ROSMAH? Posted: 09 Feb 2014 11:00 PM PST Kenyataan Media 10 Februari 2014 Bagaimana Jika Ada Pihak Tawarkan RM1200 Untuk Botakkan Rosmah Mansor? Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras kenyataan 'kurang masak' Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi dalam isu tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Ketika banyak pihak menggesa tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang membuat tawaran melampau berbentuk ugutan itu, Zahid tanpa rasa bersalah mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tampar itu bukan suatu ancaman keselamatan. Apakah Zahid Hamidi buta undang-undang? Atau sebenarnya ada dua set undang-undang maka itulah jawapan terbaik seorang menteri? Jika benar tawaran menampar itu bukan satu ancaman keselamatan, maka oleh kerana sikapnya yang sering membazir wang rakyat, bagaimana jika ada pihak yang menawarkan RM1200 kepada sesiapa yang berjaya membotakkan kepala Rosmah Mansor? SAMM percaya ini juga bukan satu ancaman keselamatan jika hukum mantik yang sama terpakai. SAMM juga ingin memberi nasihat percuma kepada para menteri, janganlah perbodohkan rakyat kelak rakyat pula akan perbodohkan kamu dengan pelbagai gelagat termasuklah flashmob dan klip video lucu. Sekian Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
DICABUL SELEPAS 2 HARI BERKENALAN Posted: 09 Feb 2014 07:58 PM PST Gambar Hiasan TUMPAT - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dicabul kekasihnya yang baru dikenali dua hari. Pelajar terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan keluar bersama teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Naim, 17. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Jumaat lalu, Naim, telah membawa pelajar tersebut pulang ke rumahnya di Kampung Berangan. Semasa berada di dalam rumah tersebut, pelajar terbabit memberitahu dia melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu. Kejadian hitam yang menimpa pelajar terbabit terbongkar apabila dia memberitahu kepada kedua ibu bapanya dan satu laporan polis dibuat. Pelajar terbabit dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan tersebut. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. "Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang dijalankan," katanya. SH |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan