Isnin, 10 Februari 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenduri Arwah Ibu : Tiga Beradik ratah Ibu sendiri

Posted: 10 Feb 2014 08:00 AM PST

 Ini baru betul kenduri arwah namanya! Mereka menghirup kering darah dan meratah organ dalaman mangsa termasuk biji mata mentah-mentah gitu saja.....Si mangsa pula adalah ibu kandung mereka sendiri..... mujurlah depa tak jemput korang sama baca doa...

Dalam satu berita yang tragik, tiga beradik Filipina telah  mengaku menyiksa dan mengerat anggota tubuh ibu kandung mereka sendiri sebelum memakan beberapa organ dalaman tubuh mangsa dalam ritual pembunuhan di rumah mereka di Ampatuan, Phillipines.

Polis melaporkan bahawa jiran tetangga telah mendengar jeritan , tangisan dan hilai ketawa dari rumah berkenaan sejak beberapa hari lalu tetapi mereka terlalu takut untuk menyiasat apa sebenarnya yang sedang berlaku.

 Menurut siasatan, ritual pembunuhan itu berlaku Rabu lepas. Polis hanya dipanggil pada Jumaat.Mereka jumpai mayat Musala Amil, 56, yang telah dikerat-kerat dan beberapa organ badannya telah hilang.


Tiga beradik tersebut, Dante Amil, 35, Paroy, 21 dan Ibrahim, 18, (gambar atas) dikatakan telah meratah mayat ibu mereka sendiri seperti 'binatang liar' dengan menghirup darah dan meratah beberapa bahagian organ dalaman mangsa mentah-mentah dengan gelojoh.

 Kesemua mereka menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa mereka hanya cuba menyembuhkan penyakit mangsa yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang jahat.

 Polis menjalankan siasatan samada keluarga tersebut mempunyai sejarah sakit mental, tetapi ada petunjuk yang mungkin melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kejadian tersebut. Bagaimana pun, ketiga beradik tersebut kini dalam tahanan polis dan akan di uji siasat berkaitan dengan dadah.

 Sumber dan gambar :  Mail Online

Tiada ulasan: