Khamis, 6 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Apa dah jadi dengan Kerajaan PAS Kelantan ni?

Posted: 06 Feb 2014 08:37 AM PST


Ketika hubungan PAS dan PKR bergoncang di peringkat nasional, kerajaan negeri Kelantan juga bergoncang hari ini apabila dua kumpulan daripada PKR dan PAS sendiri menyerang kepimpinannya.

Serangan dalaman PAS adalah daripada penyokong Che Ibrahim Mohamed, bekas kadi yang juga Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dipecat manakala satu lagi pihak adalah adalah penyokong Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Ramlan Mat dari PKR yang juga dipecat daripada jawatannya.‎

Kumpulan penyokong Che Ibrahim membuat demonstrasi hari ini di depan kolej dekat Nilam Puri bersebelahan Masjid Kampung Laut yang bersejarah itu.

Che Ibrahim adalah penyokong utama Datuk Husam Musa yang keempat dipecat oleh pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang baru.

Sebelum ini, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali), Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) serta beberapa lagi kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya dipecat.

Che Ibrahim hari ini menyerahkan kembali cek daripada KIAS yang diberikan sebagai pampasan sebagai tanda protes.

Penyokong Che Ibrahim menamakan secara langsung Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohamad Amar sebagai pihak yang tidak disenangi mereka dalam krisis ini.

Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau akan memfailkan kes ini kepada Mahkamah Perusahaan jika ia tidak diselesaikan dengan baik.

"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri," katanya.

Semalam, dalam kenyataannya kepada media, Nik Amar menafikan beliau adalah dalang di sebalik pemecatan Che Ibrahim kerana beliau hanya melaksanakan keputusan Lembaga Pengarah KIAS.

Beliau adalah Pengerusi Lembaga KIAS yang menandatangani surat pemecatan Che Ibrahim mulai 1 Februari 2014 lalu.

KIAS adalah kolej yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

Sebuah lagi kumpulan adalah 50 orang penyokong PKR dari Jeli yang menyerbu rumah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub di Tumpat malam kelmarin setelah pemecatan Ramlan Mat.

Bekas calon Kuala Balah dalam pilihan raya lalu itu dilantik menjadi penyelia DUN kira-kira tujuh bulan lalu tetapi secara tiba-tiba pelantikannya ditarik balik sebelum cukup tempoh setahun.

Penyelia DUN adalah pegawai kerajaan negeri yang dilantik untuk menguruskan kawasan DUN yang dimenangi oleh pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Ia setaraf dengan wakil rakyat untuk kawasan berkenaan.

Pemecatan Ramlan menjadi sensitif kepada hubungan PAS dan PKR kerana sesetengah pemimpin PAS di Kelantan menganggap kehadiran PKR tidak penting di Kelantan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, kesemua calon Pakatan Rakyat (PR) daripada PKR kalah di Kelantan.

Namun menurut pemerhati politik Kelantan, penyokong PKR memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan calon PAS terutama di kerusi-kerusi marginal.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Husam tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi menjadi menteri besar.

Sejak itu, satu persatu penyokong beliau diberhentikan selain beliau sendiri.

Anak-anak syarikat yang selama ini ditubuh dan diketuai beliau juga diambil pihak lain.

Berikutan itu, tawaran kerajaan negeri kepada beliau untuk mengetuai dua anak syarikat ditolak oleh Husam sendiri.

Tidak seperti yang lain, Che Ibrahim tidak mendiamkan diri selepas beliau dipecat.

Beliau menulis dalam akaun Facebook di samping membuat protes bersama penyokongnnya hari ini secara terbuka.

~ The Malaysian Insider

Isu PKNS pecat pekerja: Ini penjelasan dari PKNS.. bacalah!

Posted: 06 Feb 2014 06:00 AM PST


Penamatan kontrak 30 Kakitangan PKNS baru-baru ini telah digunakan sebaiknya oleh media-media tunggangan UMNO untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Rakyat Selangor. 

Ianya telah dipolitikkan mereka dengan bergai cara yang mana akhirnya menyerlahkan buruknya cara TS Khalid mentadbir Selangor. 

Benarkah apa yang dilaporkan oleh kebanyakkan media tunggang UMNO itu?

Berikut adalah Kenyataan Media dari Pengurus Perhubungan Awam PKNS sendiri mengenai perkara ini..

Kenyataan Media 
PENYUSUNAN SEMULA ORGANISASI SUMBER MANUSIA PKNS UTAMAKAN PERKHIDMATAN CEKAP DAN "VALUE FOR MONEY" 
5 FEB 2014

 
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulangkan semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu. 
Keputusan tersebut dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan "value for money". 
Perkhidmatan 20 anggota berkenaan di PKNS telah dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 bertujuan untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa Bahagian baharu di PKNS antaranya Pemasaran, Pembangunan Bisnes, Strategi & Media, Pelaburan; dan Pengurusan Organisasi & Integriti. 
Walaubagaimanapun, setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada di kalangan pegawai tetap di PKNS. 
Sehubungan itu, anak syarikat PKNS; PKNS Holdings telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing. 
ISHAK HASHIM
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
BAGI PIHAK PENGURUSAN PKNS 

 ------------------------ 


Apa yang kebanyakkan media tidak laporkan menurut Koordinator Jingga 13, Saudara Fariz Musa mengenai isi ini ialah..

1. Mereka adalah pekerja kontrak. Tamat september 2014. Mereka bukan pekerja tetap pkns. Gaji mereka tiga kali ganda dari gaji staf biasa pkns. Untuk yang dua tahun bekerja, gaji mereka mencecah RM15, 000 sebulan.

2. Kontrak mereka ditamatkan awal dan mereka diberi compensation sebulan/dua bulan gaji mengikut perjanjian masing2.

3. Ia proses biasa dan tiada unsur2 salah laku. Mereka boleh ambil tindakan undang2 jika tidak berpuashati dengan prosidur berkenaan.

Sementara itu Free Malaysia Today melaporkan..

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui tindakan menamatkan khidmat 22 pekerja kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menjimatkan kos perbelanjaan negeri.

Abdul Khalid berkata, dengan penamatan jumlah pekerja tersebut, PKNS dapat menjimatkan kos operasi sebanyak RM7juta setahun.

"Ini menunjukkan PKNS selama ini berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak," katanya dalam sidang media di Bangunan SUK di sini hari ini.

Khalid turut mendedahkan, wujud aduan daripada 'whistle blower' yang sangsi dengan sesetengah pegawai kontrak yang diambil bekerja bukan melalui temuduga terbuka.

Sebaliknya melalui sokongan tertentu daripada Ahli Lembaga Pengarah PKNS, sekaligus menyekat peluang kira-kira 200 pegawai dan 1,500 kakitangan awam itu sendiri yang mahu naik pangkat.

Malah berlakunya pertindihan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.

"Ada dua pegawai yang buat tugasan sama di pejabat.

"Jadi ada staf mengadu ada atau tak ada (pegawai kontrak) sama saja," katanya.

Semalam, kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang ditamatkan kontrak tidak berpuas hati apabila merasakan mereka dibuang tanpa diberikan alasan kukuh sedangkan tempoh kontrak mereka masih panjang.

Bekas Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Dr Alif Aiman berkata, tindakan itu tidak beretika apabila mereka diberi taklimat berhenti serta-merta pada 4 Februari lalu sedangkan surat penamatan mereka sudah ditandatangani sehari sebelumnya.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan meneliti tindakan yang akan diambil terhadap PKNS selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Penerangan Pekerja, dan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC).

Abdul Khalid bagaimanapun dalam responnya berkata, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak itu perkara biasa, berlaku dimana-mana bukan saja di PKNS malah di syarikat dan organisasi lain.

"Kalau saya kejam takkanlah ada sesetengah pegawai itu yang dapat ganti rugi melebihi RM60,000.

"Jumlah itu dah dinyatakan dalam perjanjian dan PKNS mesti ikut," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada isu ini berkaitan dengan krisis bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS yangjuga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Khalid bagaimanapun menafikannya.

"Setakat ini tiada kaitan. Kalau ada kaitan dengan Azmin kita akan siasat.

"Kalau tiada kaitan kita akan siasat juga," katanya.

Beliau turut menepis dakwaan ia cubaan untuk mensabotaj Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan mencalarkan imej pentadbiran negeri Pakatan Rakyat.

"Sabotaj? Itu karut. Saya ni Pengarah PRK Kajang, kalau saya nak sabotaj maknanya saya sabotaj diri sendiri," katanya tergelak.

NGO tawar RM500 kepada sesiapa yang berjaya melempang muka Teresa Kok.. (Video Inside)

Posted: 06 Feb 2014 02:07 AM PST


Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini melaungkan amaran keras kepada pemimpin-pemimpin politik kaum cina agar berhenti daripada mempersendakan bangsa melayu dan agama Islam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Zulkifly Sharif berkata, tindakan mereka sejak akhir-akhir ini dilihat sengaja mencetuskan kebencian terhadap kepimpinan yang diterajui oleh bangsa melayu di negara ini.


"Selepas PRU-13, orang-orang melayu dan agam Islam tidak henti-henti dipersendakan di negara ini dengan pelabai provokasi yang ditunjukkan oleh segelintir ahli-ahli politik serta pemimpin kaum cina. 

"Kami orang-orang melayu telah lama memerhati dan masih bersabar, tetapi kesabaran kami tetap ada hadnya dan telah hampir sampai ke kemuncaknya.

"Ini semua merupakan propaganda bagi mencetuskan kebencian rakyat dan penghinaan kepada kepimpinan melayu," katanya kepada pemberita semasa demonstrasi aman di hadapan Menara Maybank di sini hari ini.


Zulkifly menjelaskan, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan tidak terlalu tunduk kepada permainan politik daripada pihak pembangkang.

Katanya, kaum melayu di negara ini juga telah lama memendam perasaan sabar di atas penghinaan ini tindakan provokasi melampau dari pemimpin kaum cina ini dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan kaum.


"Kepada kepimpinan negara, ambillah tindakan yang tegas kerana kami takut jika tiada apa-apa tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang suka mencetuskan provokasi kaum terutama ahli politik, kami bimbang peristiwa 13 Mer 1969 boleh berulang ~ RakyatNews

   

 Kalaulah yang buat buat demo ni NGO Pro Pakatan Rakyat rasanya tak sempat nak balik rumah dah kena angkut..

Harga Getah Turun Lagi... Terima kasihlah Najib..

Posted: 06 Feb 2014 12:07 AM PST


Pertengahan bulan Januari lalu harga getah dilaporkan berada pada RM2.90 bagi setiap Kilogram dan ianya menyebabkan kehidupan rakyat marhaen yang menoreh getah sebagai sumber pendapatan terhimpit.

Ditambah pula dengan kenaikkan harga kebanyakkan barangan asas yang disumbang oleh kenaikkan tariff elektrik dan juga kenaikkan harga petrol rentetan dari kegagalan Kerajaan BN mengurus tadbir ekonomi negara dengan baik.

Hari ini dilaporkan pula harga getah semakin menjunam dari RM2.90 sekilo pada hujung Januari ianya telah merudum sehingga RM2.50.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, bersamalah kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Najib... sebabnya bukan saja harga kangkung malah harga getah juga semakin turun...

Laporan berkaitan...

BALING - Rata-rata penoreh getah makin terhimpit berikutan harga getah semakin merudum sehingga RM2.50 berbanding RM2.80 sebelum ini. 
Pengerusi Biro Pertanian Umno Baling, Mohd Taufik Yaakub berkata, pihaknya menerima banyak keluhan dari penoreh getah mengenai keadaan itu. 
Menurutnya, lebih daripada 50 peratus penduduk di daerah ini menjalankan aktiviti pertanian dan kebanyakannya adalah melibatkan pertanian getah. 
"Kita hanya mampu berharap harga getah naik kerana tiada harga siling yang ditetapkan untuk tanaman ini. 
"Tambahan pula, harga kini semakin merudum sehingga paras RM2.50 sekilogram berbanding RM2.80 sebelum ini. 
"Harga ini amat rendah terutama kepada mereka perlu membahagikan wang hasil getah kepada tuan tanah," katanya. 
Katanya, selain getah, barang pertanian melibatkan baja juga telah naik mendadak sehingga ada kenaikan 100 peratus. 
"Secara tidak langsung ia akan menjejaskan pengeluaran produk pertanian kerana melibatkan modal yang tinggi dari petani," katanya. 
Ditanya apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini, Taufik berkata, pihaknya hanya boleh mencadangkan mekanisme kepada menteri berkaitan untuk tindakan lanjut. 
"Kita tidak ada kuasa untuk membantu dari segi meningkatkan harga getah, tetapi kita akan memberikan cadangan kepada menteri berkaitan untuk membantu rakyat yang mengusahakan pertanian," katanya. 
Menurutnya, dia perlu menjelaskan perkara sebenar terutama melibatkan keluhan penduduk melibatkan harga getah ini. 
"Sehubungan itu, satu mekanisme wajar dilakukan oleh kerajaan untuk kebaikan penduduk kampung," katanya ~ Sinar Harian

Bukan apa... kalau tak ucap terima kasih nanti Najib ungkit pula kenapa rakyat tak berterima kasih macam kat SINI

UMNO Permatang Pauh! Sebelum ke Kajang sila jawab isu ini...

Posted: 05 Feb 2014 08:41 PM PST


Umpama ayam jantan yang berkokok berderai-derai tapi najis bergelumang diekor.. itulah perumpamaan yang sesuai buat UMNO Permatang Pauh..

Dalam satu sidang media mereka yang diketuai oleh Ketua Bahagian yang baru minggu lalu, mereka mendakwa akan mendedahkan keburukkan Anwar dalam kempen mereka di Kajang.

Kerana gagal membezakan antara tugas Ahli Parlimen dan juga tugas ADUN mereka mendakwa akan mendedahkan kegagalan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Antara yang didakwa mereka ialah pencapaian Anwar amat teruk sekali, Beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu rakyat.

Orang Permatang Pauh di buat seperti anak terbuang , sakit demam , mati , kahwin , susah perit , banjir dan sebarang kecelakaan menimpa beliau tidak kisah langsung,Anwar benar-benar memperlihatkan sikap angkuhnya , bangga diri , sombong dan hipokrit terlampau terhadap orang Permatang Pauh.

Malahan ketika masyarakat Tionghua sibuk dengan persiapan menyambut Tahun Baru Cina , Anwar tidak peduli langsung dengan pengundi cina yang miskin dan tidak mampu membuat apa-apa persiapan.. sepenuhnya sila baca di SINI

Sesuai dengan perumpamaan di atas.. sebelum UMNO Permatang Pauh turun ke Kajang bagi meneruskan kempen memburuk-burukkan Anwar, sekumpulan NGO mahukan UMNO Permatang Pauh, khususnya Ketua Bahagian tidak perlu berlagak suci untuk memfitnah Ahli Parlimen Permatang Pauh, melainkan jawab isu pengkhianatan Umno ke atas Melayu Pulau Pinang juga...


NGO NEKAD DEDAH 'DIARI JAMBU' UMNO DI PRK KAJANG

6 FEBRUARI 2014 | Pasar Awam Permatang Pauh

9.362 ekar tanah milik 31 Melayu dekat Kampung Terang, Balik Pulau telah dibeli oleh Syarikat Maison Height Sdn. Bhd..

Pemilik asal hanya diberi bayaran 10 peratus sahaja pada 4 Oktober 2010, tetapi, Maison Height didaftar sebagai pemilik tanah yang baru pada 31 Januari 2012 kononnya selepas pembayaran penuh RM8.5 juta dibuat kepada mereka yang berwajib.

Maison Height pada 16 Mei 2012 menjual pula tanah itu kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dengan nilai RM13.5 juta.

Ertinya, tak sampai empat bulan sudah untung atas angin kira-kira RM5 juta dengan tipu 31 Melayu di negeri ini.

Ini antara inti 'Diari Jambu' yang akan kami, beberapa NGO dedah di PRK Kajang nanti.

Sebagai pemulaan, kita akan turut mulakan dengan satu himpunan solidariti di Queensbay Mall pada Sabtu ini jam 4.00 petang untuk edar 'Diari Jambu' ini.

Umno Permatang Pauh, khususnya Ketua Bahagian tidak perlu berlagak suci untuk memfitnah Ahli Parlimen Permatang Pauh, melainkan jawab isu pengkhianatan Umno ke atas Melayu Pulau Pinang juga.

Lawan!

Yang berani,

SAMM
JINGGA 13
LANG-GAR 901!
HAPUS BARA (Bantah Anugerah Kerakyatan Asing)
RAGAS (Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa)
PAHLAWAN SKUAD

Tiada ulasan: