Isnin, 3 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jenayah filem Teresa Kok ialah ianya tidak kelakar kata Khairy

Posted: 03 Feb 2014 06:32 AM PST


Baru semalam aku bersembang dengan beberapa pemimpin PKR tentang Khairy ni...

Walaupun ideologi politik antara PKR dan UMNO berbeza, kami akui Khairy adalah antara pemimpin dari UMNO yang pembawaannya berbeza dari kebanyakkan Menteri UMNO yang ada..

Boleh dikatakan beliau antara Ahli Politik yang bersinar dalam UMNO/BN... tapi hari ini Khairy menyerlahkan kebodohannya pulakdah...

Mana punya undang-undang yang Khairy belajar ni.. tak pernahlah lagi aku dengar ada undang-undang macam ini dalam dunia ini..

Buat filem tapi tak kelakar dah menjadi satu jenayah dinegara ini rupanya... malanglah nasib penerbit-penerbit filem dinegara ini kali ini..

Laporan berkaitan..

SHAH ALAM - Jenayah sebenar video 'Onederful Malaysia CNY2014' ialah ianya langsung tidak kelakar, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, video sindiran yang dikeluarkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sempena Tahun Baharu Cina itu berada di bawah tahap sederhana.

"Setakat video sindiran politik Teresa Kok yang di bawah tahap sederhana. Tak kelakar, tak ada jenaka dan bukan original. Itulah jenayah sebenarnya," tulisnya di laman mikro Twitter, hari ini.

Video yang didakwa Teresa hanya bersifat sindiran dan gurauan serta tidak menghina sesiapa itu mendapat reaksi yang pelbagai dari beberapa pihak.

Pihak polis sedang menyiasat video yang dimuat naik pada 27 Januari itu dan tindakan akan diambil jika didapati bersalah.

Beberapa NGO sudah membuat laporan polis ke atas Teresa dan menggesa siasatan segera dilakukan kerana dianggap menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengulas isu sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan melalui Twitternya berkata:

"Tak perlu untuk Kok meminta maaf kerana sejujurnya, jika dia suka untuk terus merosakkan semangat Tahun Baharu Cina, teruskan. Silakan," tulisnya ~ Sinar Harian

Video tersebut sila lihat di SINI

Rosmah kata dia akan jumpa Raja Sweden untuk selamatkan anak-anak pasangan Malaysia itu..

Posted: 03 Feb 2014 03:04 AM PST


Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memperlihatkan wajah seorang ibu apabila menyatakan kesanggupan untuk pergi ke Sweden bagi membawa pulang anak-anak pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan di negara itu.

Keprihatinan itu dinyatakan Rosmah dalam sidang akhbar ketika menyambut kepulangan anak-anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7; di kediamannya di Taman Duta di sini hari ini.

"Saya terfikir juga kalau mereka tidak boleh dibawa balik saya akan ke Sweden untuk mengadap Raja dan Permaisuri Sweden meminta bantuan kerana saya mengenali mereka.

"Mereka juga seorang ibu dan bapa yang sangat prihatin kepada anak-anak dan rakyat. Tapi alhamdulilah, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telahpun berjaya membawa kanak-kanak ini balik," kata Rosmah yang gembira dengan kepulangan adik-beradik tersebut.

Rosmah berkata, beliau dan suami akan membantu anak-anak pasangan berkenaan yang akan dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan setakat yang mampu.

"Saya harap tolonglah jaga budak-budak ini dengan baik macam anak-anak mereka. Kalau ada masalah beritahu. Kalau saya dan suami dapat bantu kita akan bantu," kata Rosmah.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan oleh pihak berkuasa Sweden pada 18 Disember lalu kerana disyaki merotan anak mereka kerana tidak menunaikan solat.

Berikutan itu keempat-empat anak pasangan tersebut pada awalnya diserahkan kepada keluarga angkat bukan Islam.

Ketika di bawah penjagaan keluarga angkat bukan Islam itu, keempat-empat adik beradik tersebut dikatakan tidak gembira dan kurang selesa, sehinggakan anak sulung pasangan tersebut, Aisyah, 14, merayu supaya mereka dijaga oleh keluarga Islam. - UTUSAN ONLINE

Patutpun macai marah.. Teresa sindir Rosmah rupanya dalam video ni..

Posted: 02 Feb 2014 06:51 PM PST


Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Isnin lalu, Teresa Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.

Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.

Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .

Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.

Walaupun tidak secara langsung, penonton video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Kok mungkin mengaitkan ini kepada kegemaran Rosmah membeli barangan mewah dan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta lapor Malaysiakini

Sementara itu Sinar Harian melaporkan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Teresa ekoran penerbitan video berjudul 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang disifatkan berunsur hasutan, mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mengutuk tindakan Teresa itu yang dianggap biadab.

Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dilihat sebagai jenaka oleh sesetengah pihak, bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.

"Kami mengutuk video ini yang bersifat perkauman. Kami kecam video ini yang boleh menggugat keharmonian rakyat," katanya.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini..



Mananya perkauman?.. tak nampakpun aku... kutuk Najib macai nak jadikan isu perkauman, kutuk Rosmah pun nak jadikan isu perkauman jugak ke?

Tiada ulasan: