Addin |
- Anwar Tidak Di Lantik Sebagai MB Tetapi Hanya Exco.. Ini Penjelasannya
- Punca Video Teresa Kok Cetus Kemarahan Penyokong Umno Tersebar
- SPR Selar Kebiadapan Menteri
- Anwar Di Jangka Menang Majoriti Besar Di PRK Kajang.. Kajian Ini Sebagai Bukti
- Patutlah Anwar Beria Bebeno Nak Bertanding Di PRK Kajang.. Ini Penjelasan Dari Beliau
- Beranikah Mukhriz Sahut Cabaran Ini?
- Patutlah Bekas SU Politik Umno Ini Tidak Akan Terlepas, Bakal Di Dakwa.. Ini Sebabnya
Anwar Tidak Di Lantik Sebagai MB Tetapi Hanya Exco.. Ini Penjelasannya Posted: 03 Feb 2014 08:12 AM PST Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebaliknya akan menjawat jawatan sebagai Exco sekiranya memenangi PRK Dun Kajang. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata, selaku Adun ataupun Exco, Anwar boleh mengadakan pertemuan dengan pegawai Kerajaan Negeri dan memberi penjelasan berkaitan sesuatu isu berbangkit sekiranya mempunyai jawatan dalam Kerajaan Selangor. "Saya difahamkan pilihan raya adalah untuk memperkukuhkan saf kepimpinan di Selangor dengan penglibatan Anwar paling kurang sebagai Adun. Paling maksimum pun sebagai Exco. "Persoalan untuk menjawat jawatan menteri besar, beliau (Anwar) tidak berhak menentukan seorang diri. Lebih daripada itu Anwar perlu rujuk dan mendapat persetujuan ketiga-tiga parti," katanya semasa Diskusi Demokrasi di Malaysia anjuran Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, hari ini. Selain Khalid, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut menjadi panel yang dipengerusikan Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamaad Agus Yusoff. Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, PKR dan Anwar menyedari bahawa terdapat usaha agresif dari pihak BN merampas Selangor seperti terjadinya isu rampasan Bible yang melibatkan jabatan agama negeri itu. "Beliau (Anwar) ada pengalaman, sebagai Adun atau Exco. Beliau boleh berjumpa dengan pegawai yang terlibat dan memberikan penjelasan. Sekarang ini kalau beliau nak turun tak ada 'locus standi' (hubungan kuat), beliau bukan sebahagian dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor, ia boleh membantu, bagi saya sebagai pemimpin Pas Selangor tidak ada ruginya, "Bagaimanapun persoalan jawatan menteri besar ditimbulkan hanya untuk menakutkan orang ramai khususnya bukan Melayu dengan menggunakan isu, kalau nak kekal (Tan Sri) Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, tentukan Anwar kalah, mereka (BN) menjadikan Abdul Khalid sebagai ikon pula," katanya. Dalam pada Saifuddin menyifatkan tindakan PKR itu tidak salah dari sudut demokrasi, malah ia turut dilakukan oleh Umno pada 1997 bagi mengantikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Bagaimanapun, katanya apa yang membezakan kedua-dua polimik itu adalah Umno sudah jelas menyatakan tujuan PRK itu adalah untuk membawa masuk peneraju baru, tidak seperti apa yang dilakukan oleh PKR kini. "Memang kita tahu (Tan Sri) Muhammad Taib letak jawatan. Manakala Datuk Abu Hassan Omar beliau orang Selangor dan kita tahu kalau menang dalam PRK akan ganti Muhammad Taib sebagai menteri besar, sama ada membazir atau tidak itu isu berlainan, kita kena melaluinya kerana ia adalah sistem," katanya lagi. ~sh Iklan C (ii) |
Punca Video Teresa Kok Cetus Kemarahan Penyokong Umno Tersebar Posted: 03 Feb 2014 07:02 AM PST Sebentar tadi Buletin Utama TV3 melaporkan tentang kontroversi video klip Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang dimuat naik di YouTube. Sekumpulan orang termasuk Ali Tinju, ketua 'penari punggung' dilaporkan membuat laporan polis terhadap YB Teresa Kok, kerana didakwa telah menghina dan memperli pemimpin negara melalui videonya. Pemimpin mana yang kena perli tu sampai geng kangkong ni marah sangat? Kepelikan dalam benak aku telah memnyebabkan aku membuka laptop, dan cuba mencari video "onederful Malaysia" yang telah menaikkan darah geng Kangkong itu. Selepas aku menonton video tersebut, akhirnya aku faham, apa sebenarnya yang membuatkan mereka marah sangat pada video Teresa Kok itu. Rupa-rupanya video tersebut ada menyiarkan lakonan perempuan rambut besar, dengan cincin berlian besar di jari serta 'handbag' mewah di sisinya. Patutlah mereka marah sangat. Perempuan rambut besar tu pemimpin paling dihormati oleh geng kangkung. Pada hemat geng kangkong, perempuan ini sudah sama level dengan pemimpin negara atau negarawan. ~milosuam Iklan C (ii) |
Posted: 03 Feb 2014 05:15 AM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu. "Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau. "Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan," katanya kepada The Malaysian Insider.Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai. Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai. "Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan."Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah," katanya dilapor Malaysiakini. Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar."Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta."Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar," katanya seperti dilapor Malaysiakini. Dalam mengulas kenyataan Ahmad, Abdul Aziz menggesa semua pemimpin politik agar menasihatkan pengikutnya agar tidak melakukan sebarang bentuk provokasi. Katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila penyokong parti politik cendrung melanggar peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon. "Kami boleh memberikan kawalan tetapi parti politik perlu memberikan kerjasama untuk menasihati pengikut mereka."Kebanyakan mereka ini, cakap lain, buat lain. Semasa hari penamaan calon diingatkan adalah dilarang memberikan ceramah politik dan menggunakan pembesar suara," katanya yang meminta segala bentuk keganasan yang pernah berlaku dalam PRK sebelum ini tidak diulangi. Sebelum ini, Naib President PKR N. Surendran mendesak SPR mengutuk kempen Umno itu selain meminta Najib memberikan penjelasan berhubung kenyataan Ahmad. Katanya, Abdul Aziz perlu lebih pro aktif dalam mempertahankan integriti proses pilihan raya."Kegagalan SPR berbuat demikian membuktikan mereka 'tidak bertaring' dan cenderung menyebelahi BN," kata Ahli Parlimen Padang Serai itu. Sementara itu, Abdul Aziz berkata SPR akan mengkaji bentuk perundangan yang dapat menghalang mana-mana wakil rakyat meletak jawatan tanpa alasan munasabah. Katanya, seseorang wakil rakyat yang dipilih rakyat perlu bersedia untuk berkhidmat dalam tempoh lima tahun dan bukan sewenang-wenangnya menyalahgunakan sistem demokrasi."Mereka ini jika disahkan sakit tenat, tidak mengapa. Ini telah menyalahgunakan kebebasan. Sewajarnya mereka harus bersedia untuk tempoh lima tahun."PRK bukan sahaja merugikan pihak tertentu tetapi juga media, jabatan kerajaan dan anggota polis," katanya yang mengesahkan PRK Kajang akan diadakan setelah penyandang kerusi itu memaklumkan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh. Sebelum ini, PKR menyifatkan PRK Kajang sebagai satu mekanisme pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) walaupun terpaksa membelanjakan wang untuk menjalankan pilihan raya. ~tmi Iklan C (ii) |
Anwar Di Jangka Menang Majoriti Besar Di PRK Kajang.. Kajian Ini Sebagai Bukti Posted: 03 Feb 2014 01:12 AM PST Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13 lepas. Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada Ketua Umum PKR itu.Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit. "Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar."Mengikut kajian sejak 1999, pilihanraya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya," katanya memetik laporan Umdecel. Dalam laporan itu juga memaklumkan, isu dalaman PKR perlu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang. Beliau berkata tindakan terbabit juga membabitkan Putrajaya, sehubungan itu wajar meletakkan Anwar di DUN Kajang untuk menyelesaikan kemelut yang akan mencetuskan pelbagai masalah di negeri itu masa depan. Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Adunnya, Lim Chin Cheh meletak jawatan. Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. ~sk Iklan C (ii) |
Patutlah Anwar Beria Bebeno Nak Bertanding Di PRK Kajang.. Ini Penjelasan Dari Beliau Posted: 03 Feb 2014 12:01 AM PST Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Ibrahim berkata, keputusannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, kerana mahu menangkis serangan Umno terhadap Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. "Saya tidak gila kuasa. Sanggup bertanding Dun Kajang bagi menangkis serangan melampau Umno Selangor, khususnya Pengerusi Perhubungan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib. "Umno-BN memantau dengan serius kekuatan yang ada pada Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor bersama-sama dengan pimpinan PR. "Jika dibiarkan, pimpinan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid akan terus diserang habis-habisan selama 4 tahun lagi walaupun banyak yang telah beliau lakukan untuk kebajikan rakyat," katanya ketika menyampaikan ceramah penerangan beliau di Yayasan An-Nadhoh, Kubang Semang , semalam. Menurut ketua pembangkang itu, Umno kini tidak lagi melihat kepada keperluan dan kebajikan rakyat Selangor, sebaliknya berterusan menyerang Pakatan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Mudir Yayasan An-Nadhoh, Ustaz Mutalib Maarof, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Badrul Hisham Shaharin serta kepimpinan KEADILAN, PAS dan DAP Pulau Pinang.Anwar juga berkata, serangan yang dilemparkan kepadanya, termasuk daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan betapa gerunnya Umno-BN terhadap kekuatan Pakatan Rakyat. "Mahathir juga kata saya tidak layak jadi PM, tapi hanya jadi MB saja. Kasihan pada Mahathir juga, sudahlah jalan tidak kuat lagi, tapi digunakan Umno untuk menyerang saya lagi sehingga kini. "Pakai baju jersi Selangor pun dah jadi kontroversi bagi pimpinan Umno," tambah Anwar."Strategi kita menjadi. Oleh kerana itu diharapkan semua jentera akan turun padang bagi memastikan Kajang tetap pada PR. Umno-BN mesti dikekang dari terus memanipulasi kebenaran," katanya lagi. ~kd Iklan C (ii) |
Beranikah Mukhriz Sahut Cabaran Ini? Posted: 02 Feb 2014 08:53 PM PST Bekas Exco Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) jika beliau tahu dan ada bukti berlakunya penyelewengan dalam kerajaan negeri sebelum ini. Beliau berkata, Mukhriz diingatkan supaya tidak mengugut dengan memberi amaran untuk membuka fail lama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya. "Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily. Mukhriz sebelum ini dalam kenyataannya berkata, tidak akan teragak-agak membuka semula fail projek bermasalah kerajaan negeri semasa zaman pentadbiran PAS jika pembangkang terus mencemarkan nama baik pemerintahannya. Menteri besar Kedah itu berkata, antara permasalahan yang akan didedahkan adalah seperti projek pembalakan di Pedu dan pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin). "Sudah tiba masanya kita pertimbang untuk buka fail lama mengenai Pedu dan Kuin, banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang mereka (PAS Kedah) mentadbir. Saya ingat dulu kita tidak perlu ungkit perkara lama. "Tetapi kalau mereka hendak tunjuk kononnya mereka bersih dan kita kotor, kita boleh tunjukkan bukti dengan mudah bahawa sepanjang lima tahun lalu banyak penyelewengan berlaku," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Mukhriz mengambil pendekatan itu kerana sejak kebelakangan ini pelbagai tuduhan dilemparkan oleh pembangkang termasuk membabitkan isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan. Amirudin yang juga Ketua Pembangkang Kedah berkata, PAS Kedah tidak akan melindungi sebarang salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku. "Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Jika tidak, bermakna beliau berbohong dan memfitnah. "Bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam tujuh bulan pentadbiran BN Kedah. "Ditegaskan juga, tugas kami sebagai pembangkang adalah membetulkan kerajaan daripada sebarang perancangan dan pelaksanaan yang boleh merugikan rakyat dan negeri," katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
Patutlah Bekas SU Politik Umno Ini Tidak Akan Terlepas, Bakal Di Dakwa.. Ini Sebabnya Posted: 02 Feb 2014 07:41 PM PST Spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan. Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik. "Ia siasatan yang besar dan apa yang dilihat hanya di permukaan sahaja. Terdapat beberapa pihak dalam Umno yang tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Beliau merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu yang berkata mereka menahan dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu. Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, SPRM berkata terdapat kesilapan dan individu berkenaan akan didakwa pada tarikh yang belum ditentukan. Kedua-duana dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000. "Kuasa pendakwaan terletak pada Pejabat Peguam Negara dan apa-apa kenyataan SPRM hanya dikeluarkan selepas mereka bersetuju. "SPRM sudah bersedia tetapi tiada siapa tahu mengapa ada kelewatan. Ia mungkin berlaku minggu ini tetapi tiada siapa tahu," kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider. Menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, kedua-dua lelaki berusia antara 30-an dan 50-an itu akan didakwa mengikut Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Selasa lalu atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM1.1 juta dan penipuan membabitkan RM1 juta. Menurut kenyataan itu, bekas setiausaha politik dan pengarah berkenaan ditahan pada pagi dan pada petang 27 Januari itu dibebaskan dengan wang jaminan. Katanya, ketiga-tiga yayasan yang terlibat dalam kes itu ditubuhkan pada 1980-an tetapi didaftarkan sebagai syarikat berhad dan bukan sebagai badan kebajikan. Kedua-dua individu berkenaan adalah pengarah dan pemegang amanah salah satu yayasan dan SPRM difahamkan cara wang itu dikeluarkan bertentangan dengan objektif yayasan. Menurut kenyataan itu, seorang pengarah bergelar Datuk turut ditahan bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat dalam siasatan berkaitan dengan yayasan. Beberapa sumber dalaman Putrajaya berkata, Pejabat Peguam Negara mesti bertindak segera untuk menghapuskan tanggapan bahawa berlakunya pendakwaan terpilih dalam kes berprofil tinggi, merujuk kepada aduan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik bulan lalu. "Orang ramai memerhati kerajaan. Mereka mestilah adil dan mendakwa semua, bukan mereka yang berada di luar Umno sahaja," kata sumber dalaman. Difahamkan kes itu berkaitan dengan penahanan Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas setiausaha politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang disahkan September lalu ditahan bagi membantu siasatan SPRM. Suhaimi berkata, beliau disiasat atas dakwaan penyalahgunaan dana untuk golongan miskin di bawah program 1AZAM, bersama sekurang-kurangnya tujuh pegawai kementerian lain yang turut dipanggil. "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Ya, saya ditahan tetapi maklumat yang diterbitkan dalam blog dan portal online tidak sepenuhnya benar," katanya. Laporan menyatakan SPRM merampas kira-kira 10 kenderaan mewah daripada Suhaimi, tetapi menafikan ia adalah miliknya. "Kenderaan itu bukan milik saya," kata ahli perniagaan berusia 54 tahun itu. "Sekiranya terdapat persoalan mengenai kekayaan dan rumah saya sebagaimana yang dinyatakan dalam blog, ia semua adalah hasil titik peluh saya. Saya seorang ahli perniagaan sejak 1995 dan wang yang ada datang daripada itu," katanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Benta, Pahang. Program 1AZAM adalah inisiatif kerajaan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia diperkenalkan pada Januari 2010 untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dalam sektor perniagaan, perkhidmatan dan pertanian. Jabatan Kebajikan Masyarakat membelanjakan RM1.35 bilion setakat ini untuk menyediakan bantuan kepada 473,928 penerima di seluruh negara. ~tmi Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan