Ahad, 16 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya calon terbaik buat BN di Kajang menampilkan diri..

Posted: 16 Feb 2014 06:23 AM PST


Adalah menjadi satu kerugian yang amat besar buat Bangsa dan Negara jika individu yang berbakat dan berkebolehan sebesar ini diketepikan begitu saja...

Beliau mendakwa dirinya dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.

Pernah menyifatkan tugas sebagai seorang Perdana Menteri adalah mudah apa yang perlu dilakukan hanyalah memberikan arahan… lihat videonya di ( SINI )

Malah kini beliau juga menyifatkan dirinya 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.

"Sekiranya anda mahukan perdana menteri dan tidak suka dengan calon sedia ada, Ibrahim Ali juga boleh jadi perdana menteri," katanya dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa negeri di Seamo-Rescam, di Pulau Pinang hari ini.

Ucapan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut.

Katanya lagi, antara beliau dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.

"Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar. Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.

"Saya tahu saya lebih baik daripada beliau. Anwar menjadi popular ketika zaman mudanya kerana saya yang banyak menguruskan dan memberi publisiti kepadanya daripada belakang tabir pada tahun 1970an apabila ketika itu kami menjadi pemimpin pelajar," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga turut menyelar Anwar sambil menggelar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai "berdarah munafik kelas pertama".

"Saya perlu berkata demikian demi kepentingan negara. Anwar merasakan dirinya seperti manusia luar biasa seolah-olah tiada siapa lagi yang boleh mencabarnya.

"Dari zaman belajar lagi sehingga sekarang beliau cuba mencari masalah dengan orang lain. Dia (Anwar) sudah mendapat semuanya namun masih tidak berpuas hati," katanya.

Selain itu, Ibrahim turut mendakwa beliau mengenali Anwar dari dalam dan luar namun pemimpin itu tidak berani mencari pasal dengannya kerana presiden Perkasa itu menyifatkan dirinya adalah seorang yang garang.

Kenyataan Ibrahim itu turut mengundang gelak tawa kepada hadirin dan beliau juga menambah Anwar lebih suka kepada mereka yang berdahi licin.

Beliau berkata, Perkasa sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) juga tidak kurang hebatnya kerana badan itu juga terkenal dan ramai yang ingin menjadi ahli. Beliau berkata segala tuduhan dan "label" yang dilemparkan membantu menjadikan Perkasa sangat terkenal dan menggerunkan sejak ia ditubuhkan lima tahun lalu.

"Apabila kita mengkritik PR mereka menuduh kita alat Umno namun bila kita mengkritik BN, PR tak kata apa-apa.

"Pendirian kita tetap. Kita puji apa yang bagus dan menentang sekiranya tidak. Itulah tugas NGO. Jadi apa masalah sekiranya kami mempunyai hubungan baik dengan Umno.

"Sekiranya Perkasa Pulau Pinang ingin berkawan dengan PAS dan parti DAP, ia juga tidak mengapa," katanya.

Tambahnya lagi, agenda Perkasa hanya tertumpu kepada isu negara seperti mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembangunan dan keharmonian negara yang dinikmati oleh pelbagai kaum dan agama.

Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai persengketaan dengan sesiapa namun sekiranya ia berkaitan dengan Perlembagaan, pertubuhan itu sama sekali enggan bertoleransi.

"Kami tidak takut atau perlu meminta maaf kerana itu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang memainkan peranan penting terutamanya menyentuh mengenai ketegangan kaum dan agama yang dipolitikkan," katanya lapor The Malaysian Insider

... Kalau dia ni jadi Perdana Menteri alamat pakat makan kataklah kita kata seseorang di SINI

TV3 Kantoi lagi!!.. Kali ini siar video lama bantuan banjir di Sabah pulak..

Posted: 16 Feb 2014 03:00 AM PST


Stesyen televisyen swasta kawalan Umno, TV3 didakwa 'menipu' dalam satu laporan mengenai bantuan banjir di Crocker Range di Tenom Sabah menerusi berita Buletin Utama malam semalam.

Dalam laporan itu memaparkan Umno melalui Pemuda Umno Tenom merupakan antara pihak terawal yang menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

Bagaimanapun Kordinator Jingga 13, Fariz Musa mendakwa visual dipaparkan dalam laporan berita itu sebenarnya merupakan rakaman video lama bertarikh 29 Mei 2007.

"Perkara ini bukan saya sahaja sedar, tetapi ramai lain perasan mengenai perkara ini. Lebih jelas bila TV3 cuba menutup dengan mengkaburkan tarikh video tersebut yang menyebabkan perasaan ingin tahu lagi dengan membuat carian tetapi kalau tak tutup tentulah lagi cepat kantoi.

"TV3 terus menjadi media propaganda Umno dengan sanggup menipu rakyat kononnya Umno menghantar bantuan kepada mangsa banjir berpunca empangan Padas terlampau penuh menyebabkan air deras di Crocker Range mengakibatkan banjir di Tenom," kata Fariz ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Kata Fariz, tiada sebab stesyen televisyen mengkaburkan bahagian laporan bantuan banjir yang sering dilakukan terhadap laporan kejadian jenayah dengan mengkaburkan bahagian wajah suspek.

Kata Fariz lagi, TV3 sepatutnya bertindak profesional dengan tidak membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu sesuka hati hingga menyebabkan kredibiliti stesyen televisyen itu semakin merudum di mata masyarakat umum.

Beliau juga mendakwa, penipuan ini bukan pertama kali apabila pada 2011, Jingga13 pernah membuat satu laporan polis terhadap laporan pembohongan TV3 berhubung isu murtad.

Semalam, isu TV3 didakwa menggunakan visual lama untuk laporan bantuan banjir ini menjadi perhatian ramai di laman sosial Facebook dengan pelbagai kecaman dan sindiran para pengguna laman sosial itu.

Rata-rata menganggap perkara ini sekiranya benar-benar berlaku, bukan sahaja memalukan malah satu penghinaan dan mempermainkan mangsa banjir di Tenom yang sedang mengharapkan bantuan dari semua pihak.

Sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan rasmi daripada agensi media itu berhubung perkara itu ~ Selangorkini

 

Yang kat Komtar tu.. Bangga ke bila dah jadi sampai macam ni?

Posted: 16 Feb 2014 01:00 AM PST


Sanggup mengenepikan perasaan malu semata-mata untuk merayu simpati semua pihak agar dapat membantu menyelesaikan masalah mereka atau ia diberi perhatian segera.

Itu yang dilakukan secara spontan oleh Mohd Fairul Ilias, 33, apabila dilihat melutut kepada wakil kerajaan negeri semasa menyertai perhimpunan bakal pembeli aras tiga Komtar, Khamis lalu.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana mahu masalah kenaikan harga rumah dihadapi kira-kira 100 pembeli pangsapuri kos sederhana rendah Centrio Avenue di Bukit Gambir mendapat pembelaan sewajarnya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, walaupun pelbagai aduan dan laporan dibuat termasuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun pihak yang berkaitan dilihat seperti lepas tangan kerana sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Saya seolah-olah putus asa apabila memikirkan masalah ini tetapi masih mendapat kekuatan dengan dorongan rakan lain.

"Apabila keluar gambar saya melulut dalam akhbar, ramai yang memberi komen negatif dalam laman sosial iaitu Facebook saya kononnnya saya hanya berlakon untuk meraih simpati, tetapi saya tidak kisah dan menganggapnya sebagai satu kekuatan untuk terus mengharungi perjuangan ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Namun begitu, dia bersyukur kerana masih ramai yang terus memberi sokongan dan dorongan kepadanya agar meneruskan perjuangannya bersama bakal pembeli lain untuk mendapatkan hak mereka.

Mohd Fairul yang mendaftar dengan bahagian perumahan kerajaan negeri untuk memiliki rumah kos rendah sejak 10 tahun lalu begitu gembira apabila menerima surat tawaran rumah penghujung tahun lalu.

Menurutnya, tidak dapat digambarkan perasaannya apabila penantian lebih 10 tahun berbaloi apabila ditawarkan rumah berkenaan.

"Kebetulan ketika itu saya baharu sahaja menimang cahaya mata dan saya menganggap rezeki itu (tawaran rumah) sebagai rezeki anak. Memang dah lama saya mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri.

"Namun apabila mengetahui pemaju menaikkan harga rumah berkenaan dari RM 72,500 kepada RM160,000, saya rasa amat kecewa dan impian untuk memiliki rumah sendiri mungkin tidak kesampaian kerana memang tidak mampu untuk membelinya," katanya.

Mohd Fairul berkata, sejak mengetahui harga rumah berkenaan dinaikkan harga atas alasan ubah suai yang dilakukan pihak pemaju, dia kembali merujuk perkara itu kepada kerajaan negeri namun sehingga kini belum ada jaminan yang diberikan.

"Saya berharap masalah ini selesai dengan segera agar anak tempatan dapat memiliki rumah sendiri," katanya ~ Sinar Harian

Laporan sebelum ini sila baca di SINI

Strategi 'Kajang Move' dah terlanggar tembok ke ni?

Posted: 15 Feb 2014 08:11 PM PST


Jika benar apa yang dilaporkan oleh portal Pro UMNO yang berdasarkan banyak sumber ini.. nampaknya strategi 'Kajang Move' dah terlanggar tembok..

Tembok yang dimaksudkan ialah halangan yang akan menafikan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor jika beliau menang dalam PRK DUN Kajang ini..

Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.
Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan. Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian. Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.
Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.
Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.
"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan. Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.
Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.
Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum.
Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.
Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya.
Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.
Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya. Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.
Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.

Itu sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh Rakyat News di SINI

Tapi jangan takut... walaupun kelihatan strategi 'Kajang Move' itu kelihatan akan melanggar tembok, namun masih ada jalan penyelesaiannya..

Pilihan pertama akan menyebabkan 'political damage' serta 'image damage' buat yang menjadi tembok..

Pilihan kedua bagi memecahkan tembok itu akan memberikan 'political damage' buat yang melanggar dan dilanggar.

Kedua-dua pilihan yang ada itu, aku harap para pemimpin PKR Selangor sedia maklum, kalau tak tahu juga sila tanya..

Jadi buat yang telah merangka strategi 'Kajang Move' ini.. sila fikirkan betul-betul sebelum melaksanakan langkah seterusnya itu walaupun kita masih ada masa tiga tahun untuk memadam 'political damage' itu..

The Malay Mail juga telah melaporkan perkara yang sama..

The Malay Mail Online

Tiada ulasan: